Peranan Tulisan Jawi Part 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pismp pengajian melayu bmm 3112 sejarah dan perkamusan melayu

Citation preview

2.5Kesusasteraan

Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan

kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa

Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa

Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera

semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal

dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain- lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Menurut Noriah Taslim (1993);

Sastera Sejarah muncul hanya selepas kedatangan Islam yakni kurun ke-

14 hingga 15. Islam secara tidak langsung berperanan sebagai pencetus

kepada terciptanya genre ini (A.H. John & V. Kumar: 1979). Pertamanya kerana

Islam telah memperkenalkan tulisan Arab/Jawi kepada masyarakat Melayu

Nusantara (Naguib Al-Attas, 1972)

Tulisan tentunya menggalakkan penulisan dan juga pembacaan yang sudah barang tentu dapat membuka perbendaharaan ilmu daripada tradisi Islam (Arab-Parsi) yang terakam di dalam tulisan Jawi. Islam ialah agama ilmu yang membawa bersamanya khazanah penulisan yang banyak. Pembacaannya telah mengubah orientasi pandangan hidup masyarakat, meluaskan wawasan pemikiran, menggalakkan berlangsungnya proses interaksi dan pembudayaan.

Pada waktu itu,para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prosa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj yang ditulis menggunakan tulisan jawi.

2.6Kesenian Khat

Tulisan khat mula datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi hasil daripada dakwah dan perniagaan yang berhimpun di Gujerat. Khat adalah satu perkataan dari arab yang member maksud garisan. Manakala seni khat pula memberi maksud garisan indah yang membentuk tulisan. Terdapat juga maksud lain mengenai seni khat iaitu tulisan-tulisan yang terikat dengan kaedah dan peraturan yang telah dibuat kajian dan telah ditetapkan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.

Kemudian terdapat satu tempat yang telah menjadi pusat penyebaran dan permulaan seni khat di Tanah Melayu iaitu Perlak, Sumatera. Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu sehingga kurun ke-15. Penggunaan seni khat semakin meluas dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad ke-20 dengan pelbagai jenis khat misalnya Kufi, Thuluth, Naskhi, Dewani, Farisi, Raqa' Ta'liq, dan lain-lain

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.Ketika zaman keagungan Kerajaan Melayu Islam, seni khat telah digunakan pada dengan meluas.Zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah wang emas, cokmar, cop mohor, pingat, dan bintang kebesaran kerajaan negeri diukir dengan khat.Tenunan songket dan hiasan juga membuktikan keunikan penggunaan seni khat di Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

Seni khat Islam menggunakan tulisan jawi ini selain dilihat pada duit syiling dan alat kebesaran diraja,dapat dilihat juga pada bangunan-bangunan masjid. Menurut Bukhari Lubis dalam artikelnya Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa ; tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan, bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu, logam, tembikar, atau marmar.

Ia ditulis dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi, thuluth, nasakh, farisi, dan lain-lain.Terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu.Perkembangan seni khat INI di Tanah Melayu diteruskan lagi dengan pembelajarannya di sekolah-sekolah pondok,arab dan lain-lain lagi. Tanah Melayu telah melahirkan penulis-penulis khat yang terkenal seperti Syed Abdul Rahman bin Hassan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta ramai lagi penulis khat yang telah menunjukkan bakat mereka pada masa kini.

Khat Kufi fatimi

Khat Nasakh

2.7Penggunaan Tulisan Jawi di luar Tanah Melayu

Tulisan Jawi adalah tulisan yang paling luas digunakan terutama dalam zaman bahasa Melayu Klasik dan zaman peralihan.Tulisan jawi bukan sahaja digunakan di daerah bahasa melayu tetapi juga bahasa-bahasa lain seperti bahasa Jawa di Pulau Jawa.Tulisan Jawi di daerah ini dikenali sebagai tulisan Pegon.Manakala orang Bugis di Sulawesi Selatan menggunakan tulisan Serang yang juga berasal daripaa tulisan Jawi atau Arab (Amat Juhari Moain dalam Jurnal Bahasa,Nov 1991).

Orang-orang melayu yang tinggal di kemboja dan Thailand terutamanya Thailand Selatan menggunakan tulisan jawi.Hal ini dapat disaksikan dalam kitab-kitab karangan Sueikh Daud Patani seperti kitab Furu al Masail.Selain itu,orang Banjar dan Bugis juga menggunakan tulisan jawi untuk menuliskan bahasa mereka.Bagi orang Banjar,mereka lebih mudah membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu kerana bahasa ini digunakan untuk pengajian Agama Islam.

Di Luar Asia Tenggara seperti di Sri Lanka,tulisan jawi juga digunakan sejak akhir abad ke-18.Bahkan mereka pernah menerbitkan akhbar bertulsian jawi pada tahun 1869,iaitu tujuh tahun lebih awal daripada terbitnya Jawi Peranakan yang selama ini dianggap akhbar melayu tertua.Akhbar ini berjudul Alamat Langkapuri