4
Peranan Dan Tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah di Malaysia i. Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah. ii. Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah. iii. Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah. iv. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti. v. Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan. vi. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah. vii. Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah. viii. Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah. ix. Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.

Peranan Ppd,Kpm,Jpn

  • Upload
    eika02

  • View
    366

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peranan

Citation preview

Page 1: Peranan Ppd,Kpm,Jpn

Peranan Dan Tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah di Malaysia

i. Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.

ii. Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.

iii. Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

iv. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah

termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.

v. Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan

pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.

vi. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di

dalam daerah.

vii. Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah,

pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat

daerah.

viii. Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.

ix. Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-

sekolah dalam daerah.

x. Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut

menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.

xi. Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.

xii. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru

dalam daerah.

xiii. Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.

xiv. Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di

peringkat daerah pelajaran.

xv. Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.

xvi. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN

Page 2: Peranan Ppd,Kpm,Jpn

Peranan Jabatan Pendidikan Negeri

Dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT di peringkat negeri, BBT telah menurunkan kuasanya

kepada JPN untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan SPBT di negeri masing-masing.

Kuasa yang diperturunkan masih dikawal oleh BBT. Oleh itu, JPN memainkan peranan sebagai

pengurus, pengawal dan pelaksana dasar SPBT di peringkat negeri. Dengan peranan tersebut,

JPN mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:

i) Merancang pelaksanaan dan pengurusan SPBT di peringkat negeri.

ii) Mengawal keperluan buku teks yang dipohon oleh sekolah.

iii) Merancang, menguruskan dan mengawal perbelanjaan peruntukan

SPBT yang diterima daripada BBT.

iv) Merancang dan menguruskan pembangunan pelaksanaan dan

pengurusan SPBT peringkat negeri.

v) Menguruskan taklimat penentuan keperluan buku teks kepada

Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

dan guru SPBT.

vi) Mendapatkan dan memproses maklumat tentang keperluan buku teks

daripada sekolah.

vii) Menyediakan maklumat tentang keperluan buku teks di sekolah dengan

tepat dan benar.

viii) Memesan buku teks yang diperlukan oleh sekolah di negeri masing-

masing daripada penerbit.

ix) Memantau pembekalan dan penerimaan buku teks di sekolah.

x) Membuat pembayaran tuntutan pembekalan buku teks kepada penerbit.

xi) Melaporkan perbelanjaan peruntukan SPBT peringkat negeri kepada

BBT.

xii) Menyelia pengurusan SPBT disekolah bersama-sama PPB/PPD.

xiii) Menguruskan pelupusan buku teks di negeri masing-masing.

Page 3: Peranan Ppd,Kpm,Jpn

Fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

i. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik

ii. Mengurus peperiksaan awam berdasarkan kepada kokurikulum kebangsaankementerian pelajaran

Malaysia

iii. Memastikan semua sekolah memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar sekolah di

seluruh Malaysia

iv. Melahirkan rakyat malaysia yang berilmu

v. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan

vi. Mengurusakan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan

vii. Meningkatkan kecekapan pengurusan pendidikan

viii. Meningkatkan kualiti pendidikan

ix. Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid terutama dalam penyerapan nilai-nilai murni,pemantapan

akidah dan sifar dadah

x. Memantapkan pengurusan dan pembangunan sumber manusia

xi. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 

xii. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.