11
Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat-Negeri Perak Oleh KHAZIN MOHD. TAMRIN Ph.D- SYNOPS IS Dlle of Ihe aspects of w/a/aysiall 11;,\'lOr.1' 11101 has heen given less ollel1lioll is 'lte role alld ('ollll'iblll;OH 0/ the Malays ill del'eloping r"ral area. Duril1g th e yea r 1880's, the developmel1t of rural area was one of Ih e 8,.iti.\'/t mqior ptalls implemented ill Ille Malay Stales. The role of Ihe Malay sofiel), particularly (he Malay il11l11i grllllls.!i ·om tlte neighbouring lalld ill t/el'e/opiIlK ((lid imprOl 'illg rural (lrea was I'e r.\' promillelll. Thei,. cOlllirbwiol1 ill fhe' del ' e/oping of 'he rur,,1 area ill Perak \I'll.\' 1'( >ry sign(llcfUlI lintil the 20 th celllury. Ncgeri Pcrak Darul RidzlIall Illcmang kaya dcngan pensllwa-peris(l\va seja -' rahn ya sami:l ada dari segi poiilik, ckonomi dan sosia l. Kedmangall Briti sh di abad ke 19 merupakan satu titik tolak ya ng penti ng da l am perkembanga n seja rah Negeri Perak. Kepentin gan nya bukan sahaja dalam konteks perkembangan ekono mi tetapi yang lebih penting ialah kesan penjajahan British ke atas masyarakat Melayu Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'a mnya. Makalah ini cuba menckankan mcn gcna i penman orang MelaYlI dalam seja rah pemban- gunan awal negeri Perak di akhir-akhir dekad abad ke 19. Nege ri Perak memang salah sebua h negeri di Semenanju ng yang paling rn asy hllr dcngan hasil penge lu aran bijih timahnya. Tidak l ah dapa t dinafikan ba- hawa salah sat u sebab perubahan dasar campur tangan British di Perak juga ada- lah kerana hasil ekonomi ini.' Kejayaan British membangunkan negeri Perak dan nege ri -negeri Melayu lain pula perna h dikatakan l eb ih merupakan daya usaha yang dijalin di antara pentadbiran British dan titik peluh orang asing.' Proses pemba- ngunan yang berjalan lancar itu telah menyebabkan ban ya k ana lisis yang dihas il - kan oleh penulis-penulis Sejarah Malaysia menunjukkan bahawa ora ng Melayu k urang mcm aink an perallan . Ada juga di antaranya ya ng mcngul as keadaan lc r- sebut dengan penuh prasangka yang menyatakan orang Mclayu mala s. J Anlara kesan penjajahan British juga dapat kita perhatikan melalui topik-topik Sejarah Penulis i alah Pcns yarah di Jubatan Scjuru h. Un ivcrsiti KcbangsaClIl Ma];l ys ia. I Sila rujuk Khoo Kay Kim. Wt's/('tI Maloy Stute 1850 - 1873 Kuala Lumpur. 1972 . Lihat V. Purcell , Til(' Chim !st' ill Malaya. Kuala Lumpu r. 1965. him. V II. 1 Lihat S.H . AI·Anas. The Myth La:)' Nafil·e. London. 1 977. 93

Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat-Negeri Perak

Oleh KHAZIN MOHD. TAMRIN Ph.D-

SYNOPSIS

Dlle of Ihe aspects of w/a/aysiall 11;,\'lOr.1' 11101 has heen given less ollel1lioll is 'lte role alld ('ollll'iblll;OH 0/ the Malays ill del'eloping r"ral area. Duril1g the year 1880's, the developmel1t of rural area was one of Ihe 8,.iti.\'/t mqior ptalls implemented ill Ille Malay Stales. The role of Ihe Malay sofiel), particularly (he Malay il11l11igrllllls.!i·om tlte neighbouring lalld ill t/el'e/opiIlK ((lid imprOl'illg rural (lrea was I'er.\' promillelll. Thei,. cOlllirbwiol1 ill fhe' del'e/oping of 'he rur,,1 area ill Perak \I'll.\' 1'(>ry sign(llcfUlI lintil the 20th celllury.

Ncgeri Pcrak Darul RidzlIall Illcmang kaya dcngan pensllwa-peris(l\va seja- ' rahn ya sami:l ada dari segi poiilik, ckonomi dan sosia l. Kedmangall British di abad ke 19 merupakan sat u titik tolak ya ng penti ng da lam perkembanga n seja rah Negeri Perak. Kepentingan nya bukan sahaja dalam konteks perkembangan ekonomi tetapi yang lebih penting ialah kesan penjajahan British ke atas masyarakat Melayu Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'a mnya. Makalah ini cuba menckankan mcngcna i penman orang MelaYlI dalam seja rah pemban­gunan awa l negeri Perak di akhir-akhir dekad abad ke 19.

Negeri Perak memang salah sebua h negeri di Semenanju ng ya ng pa ling rnasyhllr dcngan hasil pengeluaran bijih timahnya. Tidak lah dapat dinafikan ba­hawa salah sat u sebab perubahan dasar campur tangan British di Perak juga ada­lah kerana hasil ekonomi ini.' Kejayaan British membangunkan negeri Perak dan negeri -negeri Melay u lain pula perna h dikatakan lebih merupakan daya usa ha yang dijalin di antara pentadbiran British dan titik peluh orang asing.' Proses pemba­ngunan yang berjalan lancar itu telah menyebabkan ban ya k anal isis yang dihas il ­kan oleh penulis-penulis Sejarah Malaysia menunjukkan bahawa orang Melayu kurang mcmainkan perallan . Ada juga di antaranya ya ng mcngul as keadaan lcr­sebut dengan penuh prasangka yang menyatakan orang Mclayu malas.J Anlara kesan penjajahan British j uga dapat kita perhatikan melalui topik-topik Sejarah

• Penulis ialah Pcnsyarah di Jubatan Scjuru h. Univcrsiti KcbangsaClIl Ma];l ysia. I Sila rujuk Khoo Kay Kim. Wt's/('tI Maloy Stute 1850 - 1873 Kuala Lumpur. 1972.

Lihat V. Purcell , Til(' Chim!st' ill Malaya. Kuala Lumpur. 1965. him. VII. 1 Lihat S.H . AI·Anas. The Myth t~r 'ltt' La:)' Nafil·e. London. 1977.

93

Page 2: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

PERANAN ORANG MELAYU DALAM SEJARAH AWAl NEGERI PERAK

Malaysia yang pernah didapati dalam buku-buku sejarah. Malahan topik-topik scpcrti ini pernah digunakan di sckolah-sekolah menengah dan. peringkat yang le­bih tinggi. Ini sudah tentu mempunyai kesan yang sangat mendalam ke atas per­sepsi di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat pribumi sering digambarkan sebagai masyarakat yang kurang memberi sokongan kepada pentadbiran British. Malahan sesctengah penyelidik telah pun mcmbuat andaian yang salah dengan menggunakan agama Islam sebagai salah satu faktor yang menycbabkan orang Melayu kurang berminat untuk berkecimpung di bidang perhuruhan 4

Dalam melaksanakan proses pembangunan awal negeri Perak , memang ti­dak dapat dinafikan di samping memajukan kawasan perlombongan dan mewu­judkan beberapa bandar haru di kawasan daratan. British juga merasakan betapa pentingnya untuk memajukan kawasan sekitar bandar dan membuka kawasan­kawasan baru. Tetapi untuk melaksanakan tugas meneroka kawasan baru ini me­mang merupakan suatu tugas yang berat, sukar dan memerlukan semangat yang gigih. Walaupun perkembangan pembukaan kawasan luar bandar juga sepatutnya sarna diberi perhatian dalam perkembangan Sejarah Negeri Perak, namun penulis sejarah lebih cenderung untuk membincang dan memberi perhatian kepada per­lombongan yang dikatakan lebih berperanan dalam sejarah perkembangan eko­nomi negeri Perak. Keadaan seperti inilah scbenarnya yang menyebabkan perlu­nya untuk kita menuntut supaya lebih ban yak perhatian diberikan kepada aspek

' sejarah tempatan . Dengan adanya kesedaran untuk menonjolkan sejarah tempatan bermakna sekaligus kita pasti mengutarakan peranan masyarakat Melayu.

Untuk membangunkan kawasan luar bandar, pentadbiran British telah meng­gubal satu dasar yang jelas iaitu untuk terus menempatkan orang-orang Melayu supaya tinggal di kawasan kampung dan terus hidup secara tradisional. Untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu di kawasn kampung, orang asing tidak digalakkan untuk membuka tanah di kawasan luar bandar. ' Oleh sebab bilangan orang Melayu masih berkurangan uotuk mengerjakan kawasan yang luas, maka satu dasar yang khusus telah digubal iaitu dengan menggalakkan kedatangan orang-orang Melayu dari tallah seherang," iaitu sekitar kepulauan Melayu seperti Sumatra, Jawa, Kalimatan dan Suiawesi.

Peranan orang-orang Melayu dari talluh seberang ini sangat penting, malahan kegigihan mereka sarna dengan peranan yang dimainkan oleh orang-orang Cina di kawasan perlombongan dan India di ladang-Iadang getah. Sayugia diingat bahawa sebahagian daripada mercka juga turut terlibat dalam sektor ekonoml perlom­bongan dan perladangan khususnya sebagai buruh.

" Stephen Chcc. 'Socio-Cultural Plumlism and Political Change: The Dilemma of the Oi-model So­ciety in Malaya', Ph.D. Thesis. University of Pi tis burg. 1971 . him. 50. Sec. Philip Loh Fook Seng. The Malay Sla/('.\' 1877 - 1895: Palilim/ C/umgt' a"d ,\'odal Policy. Kuala Lumpur. 1969.

6 Istilah TOlloll Sehercmg ini bcrmaksud kawasan alau daerah yang Icrlctak di kaW~ls.m scbcrang sungai. lau!. selat dan lain-lain. Keban yakan penduduk Melayu Semcnanjung Tanah MeJayu. Pulau Jawa dan Sumatra. istilah seherallK ialah suatu rujukan yimg lumrah untuk mcrujuk kawasan masing­masing.

Page 3: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Di negeri Perak kebanyakan orang seberang lerdiri daripada suku Jawa, Mendeling, Minangkabau, Banjar dan beberapa kumpulan suku kedl yang berasal dari Sumatera seperti Acheh, Kampar, Inderagiri dan Panai.' Berdasarkan laporan banci Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat tahun 1891 , jumlah penduduk Melayu dari daerah seberang di negeri Perak ialah seramai 1,348 orang dan meningkat kepada 2.373 o~ang pad a tahun 1901. Jumlah ini merupakan yang kedua besarnya selepas Selangor. Di peringkat awal proses pembangunan negeri Perak ini, kumpulan yang datang ini merupakan kumpulan perintis dan peneroka awal. Mereka juga merupakan kumpulan yang datang untuk herdagang' di ncgeri Perak .

Satu perkara yang harus diberi perhatian apabila memperkatakan ten tang kedatangan orang-orang Melayu ke negeri Perak dan negeri Melayu lain ialah tradisi merantau. Di kalangan orang Melayu di Kepulauan Melayu merantau ada­lah satu tradisi yang telah sebati dalam kehidupan harian mereka. la adalah me­rupakan satu cara untuk membolehkan seseorang itu untuk berhijrah dari satu kawasan-kawasan yang lain atau dari satu lanah seherallg ke /allah seherallg yang lain. Malahan ia juga merupakan satu kebiasaan untuk mcmbolehkan seseorang pedagang bergerak menjalankan kegiatan perdagangannya melalui pelayaran mereka ke tempat lain. Istilah ini memang sukar untuk difahami di kalangan orang bukan Melayu. Sebagai satu tradisi , ia merupakan amalan yang berterusan dan tidak mengenal batasan zaman' Malahan melalui tradisi merantau juga mem­bolehkan ban yak tempat lama dan baru diterokai oleh para peneroka yang terdiri daripada perantau.

Kumpulan perantau awal inilah yang telah banyak menerokai dan memaju­kan beberapa kawasan di sekitar Bagan Datok, Telok Anson (kini Telok Intan), Kuala Kangsar, Lembah Kinta, Bagan Serai, Taiping, Selama, Temoh dan lain­lain. Di negeri Perak terdapat empat kumpulan utama suku bangsa Melayu se­karang yang telah bergiat dengan gigih dengan memajukan kawasan-kawasan baru. Kumpulan tersebut ialah orang Jawa, Mandiling, Banjar dan Minangkabau.

Sebelum kita membincangkan tentang kegiatan dan kegigihan mereka me­majukan kawasan masing-masing, perlulah dilihat sejauh manakah sikap dan dasar pentadbiran British terhadap kedatangan dan permastautinan mcrcka di Perak.

Seperti juga di Negeri-Negeri Melayu Berseketu yang lain. khasnya Selangor. Perak telah memperkenalkan dasar yang khusus sarna ada untuk kepentingan ko­lonisasi pertanian atau mendapatkan bekalan buruh untuk ekonomi perladangan. Dalam konteks kolonisasi pertanian, pentadbiran British di Perak tclah memberi­kan beberapa kemudahan dan insentif seperti kelonggaran kepada peneroka:pene-

1 Lihal. Othman bin Mohd . Yalin. 'Orang-orang Mcluyu di Jajahan Dinding (Pcrak): SalU Tinj<lllan Tentang Asal Usul dun Hak Pcnghidupan Mercku", Malaysia ill HiJlory . jld. 30. No. I Jun 1977. him. 8 - 17.

a Berdagang di sini mcmbawa rnuksud unluk mcrtmfall kc negeri onmg alau linggal unluk semen lam waktu di sescbuah kawasan yang lain.

9 Lihat. 0.1. Bec. Lund, P<'op/(' (1m} EconomY;1I MllluY(l , London. 1969, him. 157: Abd AI-Majid. 111(' MalllYs il1 Malaya. Singapura. 1928. him. 4.

95

Page 4: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

PERANAN ORANG MELAYU DALAM SEJARAH AWAL NEGERI PERAK

roka awal yang tidak perlu membayar cukai tanah untuk jangka masa yang ter­tentu dan memberi bantuan pinjaman kewangan. Misalnya dalam satu rancangan kolonisasi di Telok Anson pihak kerajaan telah memperuntukan sejumlah di antara $14 - $21 untuk setiap peneroka Jawa dan Banjar bagi membolehkan mercka me­ngerjakan sawah padinya hingga ke peringkat menuai. 'o Tetapi sebelum mereka menerima sebarang pendahuluan beberapa syarat tertentu telah dikenakan yang bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan kemudahan terse but. Pertama. se­mua pinjaman hendaklah memerlukan jaminan sarna ada daripada Penghulu atau Ketua Peneroka. Kedua. pegawai yang menguruskan pinjaman hendaklah me­mastikan bahawa peminjam mempunyai cukup syarat-syarat pinjaman. Ketiga. para peminjam mestilah terdiri daripada mereka yang berkeluarga.

Salah seorang daripada pegawai British yang sangat berminat untuk meng­galakkan kedatangan orang-orang Melayu dari kepulauan Mclayu di daerah Hilir Perak ialah Noel Denison. Beliau menyokong kuat agar British meneruskan dasar pentadbiran tanah yang liberal. Malahan beliau telah menangkis bebcrapa penda­pat di kalangan sesetengah pegawai British yang mengatakan bahawa dasar yang liberal itu boleh menyebabkan tertanam sikap yang negatif di kalangan pribumi Melayu. Seterusnya beliau berpendapat bahawa.

"pcngalaman tclah mcngajar saya scmasa bcrada di Hilir Perak bahawa pan­dangan yang ncgatif tcrhadap masyarakat priburni dan orang dagang adalah tidak benar. Sayugia harus diingal bahawa sebahagian besar daripada orang­orang dagang tcrdiri daripada kalangan golongan yang miskin. yang scntiasa mengharapkan bantuan untuk kchidupan mercka. Mcreka ini memang berke­mungkinan sanggup unluk mcncroka tanah dcngan syarat-syarat tcrlcnlu bagi mcrnbolehkan mereka hid up ... II

Seterusnya beliau menekankan bahawa

"Segalanya hendaklah dibuat untuk mcmbolchkan orang-orang yang baru mendarat tidak bcrasa gcntar kcrana kurang memahami undang-undang. adat dan mallamat kita. Orang dagang yang mcmbuka lanah pckebunan baru ini bclum tcntu mcmpunyai harapan yang cerah di masa hadapan dan tcrpaksa menanggung scgala kcsusahan dan risiko sebagai pcncroka awal."12

I() Lihat Report by Supcritendent of Lower Perak, dated 10.10.1892. in R"porr 011 Ih" EllcoUrtlKillK I"e Clillil'(tIioll (d" Ricc'. him 27E. Di selengah-setengah kawasan. para pcneroka mcncrima b.mtuan dari­pad;1 Sult .. n. Nocl Denison d.tlam laporan bulanannyu untuk MeL 1893, mcngalakan bahawa pada buhin Icrscbul bcbcrapa mang pcncroka Kclantan dan j.lwa y.lIlg dalang dcngan tongkang yang san1<t tclah mcmclihar .. kim-kim 30 ckor binatang tcrnakan pcmbcrian Sultan. Binatang ternakan ini dil.tporkan mcrupukan d~lripadll bcnih yang baik. II ckor daripadanya tclah di­lalih untuk membajak dan 2 ckor daripadanya tclah pun digunakan untuk mcmbajak di Seli<lWlJO dan seckor lagi digunakan unluk mcmbajak di Pasir Panjang '. N. Denison. Lower Perak Monthly Report For May. Palik GOI'C'rf"'lC'lli G(I:ei/('. Vol. VI. No. 17. bcrtarikh 10.7.1893. him. 558.

11 Denison.' Annual Report for the District of Lower Perak for the Year ending 1891. Pc'ruk GOI'C'rnmelll Ga:,·lIe. Vol. No. 26. dated 12.8. 1892. him. 724.

12 Ihid .. him. 725.

96

Page 5: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Berkaitan dengan soal pengeeualian eukai selama tiga tahun pertama selepas peneroka awal itu membuka kebunnya. Denison berpendapat bahawa dalam masa tiga tahun pertama walaupun tanah tersebut tidak mempunyai nilai pasaran. lelapi ia sudah merupakan tanaman modal di kalangan orang dagal/g. Hasil dari penger­jaan tanah tersebut dengan gigih telah menyebabkan tanah itu bernilai tinggi Ll

Dasar pentadbiran tanah yang liberal ini sebenarnya adalah eadangan Frank Swettenham yang kemudian disokong oleh kebanyakan pegawai British yang ber­tugas di kawasan luar bandar. Mereka ini memang diberi tanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar khususnya melalui ekonomi projek pertanian . Cadangan Sweltenham sebenarnya tidak diperselujui oleh Maxwell . Pesuruhjaya Tanah Negeri-Negeri Selal yang merupakan orang yang menjaga dasa r pentadbiran tanah di Semenanjung." Namun eadangan Sweltenham terus berjalan dengan lanear di Perak. Selangor dan malahan diikuti pula olen negeri lahar. Melalui ea­dangannya Swettenham menegaskan betapa perlunya unluk menanam modal dan membawa masuk buruh dan petani terutamanya yang berkaitan dengan projek kolonisasi pertanian." Dalam tahun 1892. dasar pentadbiran tanah yang liberal masih diteruskan kerana Sweltenham . pereaya bahawa adalah mustahil unluk menggalakkan orang untuk datang bermastautin di negeri Perak lanpa sebarang tawaran yang menarik. Sweltenham seterusnya berpendapal bahawa " ramai pene­roka yang datang buat masa ini dari negeri-negeri jiran seperti Sumatera. Borneo. Siam atau tempat-tempat lain sentiasa menghadapi kesukaran dan dengan adanya jaminan daripada kawan-kawan maka alangkah baiknya mereka berhijrah ke tempat di mana kedalangan mereka akan dialu-alukan dan mereka boleh tinggal menetap dengan selesa serta boleh menikmati kehidupan yang lebih baik dari tempat asalnya, ini sudah tenlu akan menggalakkan kedalangan mereka."'"

Dalam zaman pembangunan ekonomi di peringkat awal ini. masalah yang paling rumit yang dihadapi oleh pihak pentadbiran Brilish adalah untuk men­dapatkan bekalan buruh dan juga unluk memajukan pertanian yang sangal me­merlukan perhatian penuh daripada pihak kerajaan. Dalam hal ini Residen negeri Perak, Swettenham pernah mengalakan bahawa betapa perlunya unluk mengambil langkah dan tindakan segera. Walaupun negeri Perak kaya dengan hasil perlom­bongan, namun untuk kepentingan kemajuan pertanian. usaha-usaha ke arah mal­lamat lersebut perlu dieapai dengan bersungguh-sungguh. Beliau pereaya hanya dua jalan sahaja yang boleh mcneapai matlamat lersebul iaitu mclalui pengenalan undang-undang dan membawa masuk tenaga manusia. Langkah ini adalah selari dengan eadangan yang dibual oleh Suruhanjaya Buruh tahun 1890. Di samping ilu dengan adanya kerajaan negeri melibatkan diri dengan penuh dedikasi melalui be-

13 .Ihid. 14 Lihat. Lim Tcck Ghec. Oril:i" t!1" a Colonial £cmwm ... : Lalld alld AKriClt/lllw/ ill Pewk NJ74 - 1897.

Pcnang.1976. him. 14 - 25.26.33 - 34.145 - 146. E. Sadka. TIl(' Prolnlt'd MlllarSwle 1874 - 181)5. Kuala Lumpur. 1968. him 121 - [22. 138.209.261. 342 - 343: Lihiltjuga C%;'illl o.J.lIn'. 467 /4 .

15 Swcttcnham. 'Pcrak Annual Report'. Perak GOI'l'fllmt'lIl Ga=ef/C'. Vol. V. No. 19. bcrtarikh 26.6.IK91. him. 477.

16 Perak GlH'emlllC'1II GtC(,f/t' Vol. VI. No. 14. bertarik 26.5.1893. him. 399 - 400.

97

Page 6: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

PERANAN ORANG MELAYU DALAM SEJARAH AWAL NEGERI PERAK

berapa rancangan banlUan kepada peneroka-peneroka awal, sudah tentu dapat mengatasi beberapa masalah yang rumit. 17

Pada akhir-akhir tahun I 890-an, sebagai Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama, Swettenham berasa megah dengan beberapa per­kembangan dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Melayu Bersekutu, terutama Perak dan Selangor. Beliau pernah mengatakan bahawa, .. We rule by symphaty, lVe don 't govern by Jear. lVith the practical result that the revenue oj the country has in­creased in an almost incredible manner." Untuk masa hadapan Negeri Melayu Ber­sekutu, beliau memang mempunyai harapan kuat bahawa lebih ramai lagi orang akan datang dan menetap kekal di negeri ini. Malahan beliau sangat optimis kerana banyak lagi tanah dan hutan yang masih boleh diterokai . Semen tara itu kerajaan sentiasa memberi kemudahan awal kepada para peneroka dan keadaan ini sentiasa diperbaiki setiap tahun. Beliau seterusnya mengatakan bahawa, ..... lVe are alVaitingJor people to ('Ome. energetic people Jar IVhom, lVithout a doubt. aJorlllne lies hidden in this mysterious land." "

Di akhir-akhir abad sembi Ian belas. negeri Perak telah dapat menarik per­hat ian orang-orang Melayu seberang dan juga orang-orang Melayu tempatan yang datang dari negeri-negeri jiran seperti Kedah, Kelantan dan Petani kerana tertarik dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan unLUk meneroka hutan untuk dijadikan kawasan pertanian dan perkampungan. Peneroka awal ini biasanya kemudian diikuti oleh peneroka yang baru dan keadaan seperti ini terus berjalan dengan lancar hinggalah menjelang perang dunia kedua.

Dengan adanya insentif dari kerajaan Perak , ini bukanlah bermakna orang Melayu dari seberang khasnya baru tertarik untuk datang ke Tanah Melayu dan membuka petempatan baru di sini. Mereka memang sudahpun ada yang mem­buka petempatan mereka sendiri dengan memberi nama petempatan terse but menu rut nama peneroka atau nama yang berasaskan tempat dari mana peneroka itu berasa!. Orang-orang Mandailing misalnya telah datang ke Perak sebelum British mentadbir negeri terse but. " Hanyalah selepas British dapat mengamankan negeri dan mengenalkan pentadbiran baru dengan dasar untuk mengekalkan orang Melayu tinggal di luar bandar melalui beberapa insentif yang diberi , baharulah orang-orang Mandailing dan lain-lain suku bangsa Melayu seperti Jawa, Banjar dan Minangkabau datang dengan bilangan yang lebih ramai. Ini semata-mata kerana peluang kehidupan yang lebih baik di Perak di samping beberapa faktor yang sarna seperti geografi, alam. sosial dan ras. Walau bagaimanapun, kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan mereka ialah di Perak Selatan kerana kedudukan­nya yang berhampiran dengan Kepulauan Melayu. Pada awal tahun I 890-an, Orang-orang Melayu seberang ini sudah ramai yang menerima bantuan berupa

11 Ibil/hlm . 414 - 415. III Sir Frank Swcttenham. "interview" (by Pall Mall) dalam SillRllpon' Fr(!(! Pre.fot. bcrtarikh 12.8.1897.

him. 3. 1'* Lih.l1. D. Tugby. Culiliral ClulIll{c' (lfIll/tlt"lIi'.I '.' Melllciam"K 1",,,,igralJl.I' ;11 We.~' Malay:,,;a, Queens­

land. 1977.

98

Page 7: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

pinjaman kewangan daripada kerajaan untuk membuka perkampungan baru .20 Se­orang pegawai British. F. Duberly. dalam lawatan beliau ke Kerian melaporkan bahawa pertambahan penduduk di daerah tersebut adalah kerana adanya ke­masukan orang-orang Banjar. Sumatera dan Jawa . Ramai daripada kalangan mereka yang membawa isteri dan kaum keluarganya. Semen tara itu ada juga yang berkahwin dengan wanita tempatan." Denison pula melaporkan tentang per­tambahan bilangan orang Jawa di Perak Selatan." Dalam pertengahan tahun 1890-an terdapat juga petempatan orang Jawa di Selama ' yang mengusahakan kebun kopL JJ

Daripada laporan-Iaporan tahunan kerajaan Perak di akhir tahun 1890-an terdapat beberapa komen dan laporan yang menunjukkan kemajuan kawasan yang diberi perhatian oleh British khususnya di Perak selatan yang dikatakan berjaya sebagai kawasan pertanian baru. Sesetengah peneroka baru ini pernah ditawarkan sebanyak $4.000.00 supaya menjualkan kawasan perkebunannya. tetapi ditolak." Di mukim Batang Padang dan Rungkup, orang Jawa dan Banjar telah dapat meng­hasilkan kira-kira 37,000 pikul kelapa kering. Untuk mengekalkan keadaan hasil yang menggalakkan ini, Residen Perak telah memikirkan untuk menyediakan ke­mudahan tambahan lain di kawasan tersebut seperti cara-cara penjagaan kelapa kering yang lebih baik , tempat-tempat yang dapat memudahkan pengeksportan hasil tersebut dan'memberi tanah lain untuk tanaman padi. Ada juga pegawai Brit­ish yang mencadangkan supaya dibina jalan dan lorong-Iorong baru dan juga terusan-terusan untuk membolehkan mereka mengangkut hasi l mereka ke pela -buhan Bagan Datok. Tetapi yang lebih mustahak ialah pembinaan rumah untuk mengeringkan kelapa agar ia tidak menjejaskan keuntungan daripada pendapatan mereka dan tempat itu mestilah berdekatan dengan kawasan perkebunan mereka. Ini semata-mata untuk membolehkan penjualan kelapa kering ini terus berada da­lam tangan orang-orang Melayu dan mengelakkan daripada eksploitasi orang tengah yang mula dikuasai oleh orang Cina 25 Pada tahun 1910 kawasan Perak selatan telah dianggap sebagai daerah yang paling baik dan maju dengan hasil per­taniannya. Pembinaan saliran dan terusan sejauh 8 batu di mukim Bagan Datok dan Rungkup merupakan satu faktor kemajuan kepada penduduk tempatan. Di sinilah kawasan yang ramai diduduki oleh orang Jawa dan Banjar yang memajukan pertanian kelapa."

20 Lihat. Report by the Supcritendent or Lower Perak. bertarikh 10. 10. 1892 in RepoYI of £"cQllrtl1{inK the Cultil'(lIion of Rict';11 lilt, Malay Pellimula. Singapore. 1893. him. 27 d.e.t .tnd g.

21 F. Duherly. "Krian Monthly Report ror May". PC'Yak GOI'C'mmC'lI1 Ga;t·'/!'. Vol. VI. No. 17. bertarikh 19.7. 1893, him. 559.

22 N. Denison. "Lower Perak Monthly Report ror May". Paak GOI'l'mmet/l GaZ('lIc'. Vol. VI No. 17. bertarikh 10.7. 1893, him. 558.

B C.D. Bowen. "Bowen. "Annual Report on the Seluma District ror the Year 1895. PC'rtlk GOl'('rIIl1I('1I/ Gazelle, Vol. IX. No.7. berlarikh 27.3.1896. him. 153.

24 EJ. Brewster. "Report on Lower Pcrak ror October". P(·rtlk GmwlIl1/t't/I GCI;elU'. Vol. X. No. 31. bertarikh 3.12.1897. him. 1066.

1.5 Perak Anmwl Report. 1908. him. 8 - 9. 26 Pnak Aflnual Reporl. 1909. him. 9 - 10.12.

99

Page 8: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

PERANAN ORANG MELAYU DALAM SEJARAH AWAL NEGERI PERAK

Akhir abad ke- I 9 dan awal abad ke-20, memang merupakan zaman yang penting di Perak apabila peranan orang Melayu adalah jelas sebagai komuniti yang memainkan teraju utama dari segi perkembangan pertanian di Perak. Merekalah yang mengusahakan pembukaan kampung-kampung baru dan malahan melibatkan diri sebagai golongan buruh dikawasan perladangan. Diperingkat awal tahun 1890-an, seorang pengembara wanita British iaitu Isabella Bird pernah melaporkan akan adanya orang-orang Jawa yang mengambil upah menjadi buruh menebang hutan untuk dijadikan . kawasan penanaman tebu di Kerian Perak." Penglibatan orang Jawa dalam sejarah ekonomi negeri Perak juga amat menggalakkan khusus­nya sebagai buruh di kawasan ladang getah dan juga sebagai buruh tebusaA di ka­wasan perkebunan orang-orang Jawa sendiri.

Laporan Suruhanjaya Buruh 1890 dan 1910 jelas menunjukkan kepentingan buruh Jawa di ladang tebu dan getah Eropah di Perak . Orang Jawa merupakan kumpulan buruh yang paling dikehenda ki oleh majikan ladang Eropah yang sen­tiasa mengalami masalah bekalan buruh India. Pad a akhir tahun 1890-an, John Turner. Pengurus Syarikat Ladang Tebu Pulau Pinang telah mendapat bekalan buruh Jawa seramai 500 orang dan dalam tahun 1902 pula seramai 1.000 orang kuli Jawa dapat diambil bekerja di ladang tebunya di Province Wellesley (Se-berang Perai) dan Perak . .

Suruhanjaya Buruh 1890 telah mencadangkan agar digalakkan kedatangan mereka berasaskan reputasi mereka yang baik sebagai kuli pertanian dan minat mereka untuk menetap di kawasan luar bandar. Mereka juga mudah dikendalikan dan sekiranya diberi layanan yang baik mereka biasanya akan bekerja dengan lebih tekun dan berminat untuk berkhidmat lebih lama." Ramai kalangan majikan ladang telah memberikan laporan yang baik akan kualiti kerja-kerja mereka dan majikan-majikan tersebut menekankan betapa perlunya untuk menambahkan bi­langan mereka di ladang-Iadang. Antara lain yang memberikan laporan baik ini adalah seperti William Duncan. Pengurus Besar Ladang Tebu Penang. Syarikat Ladang Rubana. Syarikat Ladang Tebu Perak; dan E. Wickham. Pengurus Ladang Selaba." Untuk membolehkan mereka menyambung kontraknya selepas tamat perkhidmatan pertama selama tiga tahun. syarikat-syarikat ladang telah mengada-· kan beberapa langkah terlentu seperti membenarkan mereka menjadi buruh bebas dan membuka kebun baru di kawasan luar bandar. ataupun menawarkan tanah­tanah yang berhampiran dengan kawasan ladang untuk dijadikan kawasan per-

17 Iscbclla Bird. Thc' Goldel! Clter!w1/(!!lC'. Kuala Lumpur. 1967. him. 115. !M C.W.W. p.trr. RC'porl (~r ,h" Commission Appoiflled to Enquire ;1110 ,hc' Condilio/1 oj /1Ic/""lIIrt't/ Ul­

hOllr ill ,h(' }:(·t/('ralC'(/ Malay SlalC'S. Kua\;1 Lumpur. 1910. him. C65: Lihal juga bcbcrapa kenyalaan lain YHng berkaitan dengan soal y.mg sarna. misainY;'1 olen T.e. Speedy (Pcnolong Resident PeTak), "Report on Larut 1874. in Indonsurc no . 20. A. Clark (Gabcnor Ncgcri-ncgcri Sclat) to Earl of Carnavon. bcrtarikh 6.4 .1875 dalam TI/£' FUr/IU'r Corrc'Spollc/(,IIf£' Re/alillK 10 "I<' Af{cllh' oI Cerlaill Nal;I'c' Stale.'· ill ,hc' Mtt/ay PC'lIituula ill til(' NC'if!,hbourhood (~r Ihe S/mits Seuh'mc·IIis. London. 1876. him: 223. A. Rathborne. Compilli{ lIfIll Tramping ill Malaya. London. 1898. him. 134. UIII.WIII MellI),u. 5. 12. 1907. him. I.

~ Lihat. Appendix B. Evidence 1. 2 and II. RC'porl ofl/It' Labour Commi.wm 1890. lhid. him. 15 - 17. Lihat juga. Evidence 30. para 422: Evidence 43. para 628 and Evidence 59. para 190 and 908.

100

Page 9: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kebunan. Langkah ini adalah untuk membolehkan mereka terus bekerja sebagai buruh di ladang-Iadang di samping di waktu lapang mengerjakan tanah yang baru diterokainya. JO Sementara itu ada juga majikan ladang yang cuba menarik per­hatian kuli-kuli Jawa dengan mengadakan pesta-pesta dan kemudahan hiburan di kawasan ladang dan ini sebenarnya akan menggalakkan mereka berhutang supaya terikat dengan pihak majikan. Dengan cara ini mereka akan mengikat kontrak bagi kali yang kedua dan seterusnya." Kebanyakan kes seperti ini banyak didapati di Perak Selatan."

Satu lagi jenis buruh Jawa yang kurang mendapat perhatian di dalam sejarah negeri Perak ialah peranan buruh tebusan" Jawa yang digunakan oleh kalangan peneroka awal Jawa yang mempunyai tanah yang luas. Buruh tebusan ini biasanya bekerja dengan tukang tebus iaitu majikannya selama kira-kira dua tahun dengan hanya diberi makan dan tempat tinggal pereuma. Mereka hanya mengikat per­janjian seeara lisan atas dasar pereaya . Bilangan buruh tebusan dikatakan agak ramai tetapi tidak terdapat dalam rekod British kerana mereka tidak berkhidmat di bawah kepentingan British, oleh itu peranan mereka dianggap tidak begitu peoting dalam pembangunan ekonomi penjajah. Tetapi kepada orang Melayu tempatan, peranan mereka penting kerana mereka adalah golongan buruh yang berkhidmat dengan pekebun-pekebun keeil dan peneroka awal yang mengerjakan kawasan pertanian di luar bandar.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian mengenai peranan masyarakat Melayu seberang dalam membangunkan kawasan luar bandar ialah tentang usaha­usaha yang mereka jalankan seeara usaha bersama melalui tradisi gotong royong, sama ada untuk membuat pari! (saliran) bagi mengalirkan air ke laut atau untuk mendirikan surau, masjid dan sekolah. Sistem peparitan yang diusahakan oleh orang-orang Jawa telah diakui sendiri oleh pihak pentadbiran British sebagai satu usaha murni mereka yang bukan sahaja demi kepentingan kawasan perkebunan mereka, tetapi juga merupakan satu usaha yang baik dari segi kesihatan. Dengan mengalirkan air ke sungai yang lebih besar atau laut dapat mengelakkan air dari­pada bertakung. Sistem peparitan ini telah menyebabkan banyak kawasan per­kampungan di selatan Perak menamakan kampung mereka sebagai Pari!. Ini ber-

JO Lihat. Perak Allnual Report. 1908. him. 8. 31 Report 0/ the Lahour Commi.~.\·i(m 1890. Evidence 43. para 637. )l Perak Anllual Report. 1908. hIm. 6 and 1913. him. 10 - 11. )) Perkataan l('bu.wIII di sini adalah mcngambil scmpena daripildu Cilnl pcngambilan buruh jcnis ini.

Pada kcbiasaannya mereka ini tcrdiri daripada orang-orang miskin di Jawa yang bcrhasrat untuk merantau kc Semcnanjung tetapi tidak mampu untuk mcmbayar tam bang. Olch ilu scgala bayaran tambang pcrjaianan dan penginapan akan diuruskan olch Sheikh Haji yang mcnjadi cjcn pcrjalanan dan broker buruh. Mercka yang berkchendakkan buruh ini akan membayar scg.lla kos pcrjalamm kepada Shcikh·shcikh terlentu. Tukang tcbus akan membuat pcrjanjian lisan pula deng<tn buruh tcbusan iaitu segala hutang pcrjalanan mercka akan dibayar dcngan tenaga mcrcka. Oleh scbab ini. merupakan satu satunya cara untuk mcrantau kc Tanah Mclayu maka mcreka pun bcrsctuju unluk mcngikat perjanjian secara lisan in; tanpa sebarang soalan. Sislcm ini bcrjalan schinggalah mcnjc· lang Perang Dunia Kcdua. Lihat. Khazin Mohd. Tamrin. The J(II'ol/C'se Lahour ill Malo.va. Kcrlas Terbitan Tak Berkala. Fakulti Sains Kemasyarakal<tn dan Kemanusiaan, Univcrsiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1992.

101

Page 10: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

PERANAN ORANG MELAYU OALAM SEJARAH AWAL NEGERI PERAK

makna Pari! telah mulai dijadikan sebagai satu rujukan tambahan khas yang ber­makna kampung. Ini juga merupakan satu perkara yang penting dalam perkem­bangan sejarah tempatan yang kurang mendapat perhatian. Perhatian perlu diberi dalam perkara ini kerana dalam proses pembangunan awal peranan orang Melayu amat penting kerana pentadbiran British sentiasa sibuk dan menumpukan per­hatian di kawasan perlombongan dan bandar, manakala kawasan kampung kurang diberi perhatian. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para peminat sejarah tanah air untuk mengenengahkan masalah ini dalam menyusun semula fakta-fakta sejarah yang ada untuk ditambah dengan yang lebih bermakna.

Sebagai rakyat pribumi, masyarakat Melayu perlu mengekalkan maruah mereka melalui sejarahnya. Orang Melayu pernah mempunyai sejarah yang gemi­lang dan akibat kedatangan British kedudukan orang Melayu mulai diketepikan khususnya akan peranan mereka dalam perkembangan sejarah pembangunan ekonomi di zaman British. Peranan orang Melayu memang jelas kurang mendapat perhatian dalam buku-buku sejarah. Kini sudah sampai masanya untuk di­rekodkan dengan sewajarnya. Kita tidak mahu tuntutan-tuntutan dangkal daripada orang bukan Melayu yang mengatakan kononnya kemakmuran negeri ini adalah kerana peranan mereka sahaja." Kita tidak mahu lagi mendengar ulasan melulu yang pernah dinyatakan oleh Tan Chen Lock bahawa Orang Jawa dan Melayu tidak sesuai bekerja di bawah cuaca panas terik." Ini merupakan salah satu contoh yang ketara untuk merendah-rendahkan peranan orang Melayu dalam pem­bangunan ekonomi Tanah Melayu. Sebenarnya banyak lagi komen lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu kurang berminat dalam mengikuti arus pem­bangunan di zaman British.

Fakta sejarah yang disebutkan di atas adalah untuk menunjukkan bagaimana orang Melayu sebenarnya tidak ketinggalan dalam membantu British membangun­kan negeri Perak. Sebenarnya orang Melayu bukanlah golongan bangsa yang malas tetapi golongan yang tertindas. tetapi apabila diberi peluang, terbukti melalui dasar pentadbiran tanah yang liberal (barangkali satu dasar yang cuba untuk mewajar­kan dasar pentadbiran bandar-bandar baru dan kawasan perlombongan), orang Melayu d.engan bantuan saudara mereka dari seberallg tidak berlengah-Iengah untuk membuktikan bahawa mereka memang mampu untuk turut membangunkan negeri, sekurang-kurangnya di kawasan luar bandar. Dengan ini bermakna masa­lah yang perlu diberi perhatian ialah peluang. Sejauh manakah pentadbiran British membuka peluang ini kepada masyarakat Melayu? Walaupun mereka diberi ke­mudahan tertentu, tetapi harus diingat bahawa peluang yang diberi itu fianya membolehkan setakat membuka lebih banyak perkampungan dan menjadi pekebun kecil. Tetapi peluang ekonomi pertanian yang sebenar masih juga di tangan orang­orang barat, melalui pembukaan ladang-Iadang. Manakala orang Melayu terus

).4 Mahathir bin Mohammad. The Malay DilC.'nmUl. Kuala Lumpur. 1982. him. 131. Jj Lihat. Tan Chen Lock. Malayan Problems: From the C!Jifl('!i(! Poi", of View, Singapore, 1947. him.

25.

102

Page 11: Peranan Orang Melayu dalam Se.iarah PemfJangunan A wat … · 2016. 3. 30. · Perak khasnya dan orang Melayu di negeri-negeri Melayu lain 'amnya. Makalah ini cuba menckankan mcn

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

menjadi masyarakat kampungan. Namun demikian dalam kontek pembangunan awal negeri Perak , penman mereka adalah jeJas.

103