3
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK- ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003 Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak- anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu

Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM Karangan

Citation preview

Page 1: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA

ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling

mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan

pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang

tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung

untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,

Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat

17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003

Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan

sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau.

Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung

kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan

dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak

kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak

akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu

bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi

idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa

akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah

kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era

globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi

untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya

mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan

merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang

dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang

lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan

keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.

Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak

mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup

susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi,

Page 2: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.

Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini

menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk

menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan

Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih

sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan

cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi

anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa

pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang

pelajaran.

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan

anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai

didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.

Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak

mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam

masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006

menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu

meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah

buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama

yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi

kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan

anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai

aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman

sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat

melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan

mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan

kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak

lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era

globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara

maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.