3
PERANAN GURU Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta menjadi pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupay menjadikan dirinya suri teladan. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat menbangunkan potendi insan melalui penyerapan elemen- elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpesonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti. Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kendungan silibus di dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak

Peranan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU

Citation preview

Page 1: Peranan Guru

PERANAN GURU

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.

Guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti

dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta menjadi

pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang

berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai

keperibadian terpuji serta berupay menjadikan dirinya suri teladan.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat

menbangunkan potendi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan

kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan

potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan

bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu

memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi

mulia berpesonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kendungan silibus di

dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu

(knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan

teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan guru yang berpusatkan murid

serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap

pembentukan akhlak mulia semakin mendesak akibat permasalahan sosial yang wujud

seiring dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Kepincangan

membentuk masyarakat berakhlak mulia samalah seperti membuat kerosakan pada

muka bumi ini. Dalam konteks ini, semua guru besar seharusnya mengambil iktibar

dengan mencontohi asas yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu

membentuk akhlak mulia melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya

aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”. (Hadis riwayat Ahmad dan Al-

Page 2: Peranan Guru

Hakim). Kepentingan akhlak mulia ini diperjelaskan lagi oleh Baginda Rasulullah SAW

dalam satu hadis lain yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat

timbangannya selain daripada akhlak yang baik." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-

Tirmizi).

Sesungguhnya usaha merealisasikan pembudayaan ilmu dan penyempurnaan

akhlak bukanlah kerja sehari, seminggu, sebulan, setahun mahupun sedekad. Ini

adalah usaha berterusan dan boleh dilaksanakan melalui penjanaan idea dan program

baharu yang membentuk strategi yang cekap, berkesan dan mempunyai nilai tambah.

Sehubungan dengan itu, dalam kepesatan ekonomi zaman millenium ini, elemen

kreativiti dan inovasi harus ditekankan sejak di bangku sekolah agar Malaysia dapat

melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan terus berdaya saing untuk berdiri sama

tinggi dengan negara-negara maju di dunia.