20
Bincangkan Institusi Keluarga Dalam Kehidupan Manusia Dengan Merujuk Kepada Peranan Dan Fungsi Keluarga Asas dan Keluarga Luas. Pengenalan Kebahagiaan yang dikecapi terbit dari hati nurani manusia tidak dapat diluahkan jika kita hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak. Justeru itulah Allah menjadikan makhluknya khususnya yang bergelar insan, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan bersuami isteri dan seterusnya berkeluarga. Dalam masyarakat yang bertamadun tinggi terdapat beraneka bentuk susunan keluarga misalnya banyak keluarga perkahwinan, keluarga sedarah, keluarga sekutu, keluarga asas, keluarga luas dan sebagainya. 1 Keluarga boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk. Antaranya keluarga asas (keluarga nuklear), keluarga luas 1 Wan Azmi Ramli. Ranjau Hidup ; Keluarga Aspek Psikologi dan Sosial.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1986. hlm 1 1

Peranan dan fungsi keluarga asas dan keluarga luas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga berperanan membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya.

Citation preview

Bincangkan Institusi Keluarga Dalam Kehidupan Manusia Dengan Merujuk

Kepada Peranan Dan Fungsi Keluarga Asas dan Keluarga Luas.

Pengenalan

Kebahagiaan yang dikecapi terbit dari hati nurani manusia tidak dapat diluahkan

jika kita hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang

hak. Justeru itulah Allah menjadikan makhluknya khususnya yang bergelar insan,

fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan bersuami isteri dan

seterusnya berkeluarga.

Dalam masyarakat yang bertamadun tinggi terdapat beraneka bentuk susunan

keluarga misalnya banyak keluarga perkahwinan, keluarga sedarah, keluarga sekutu,

keluarga asas, keluarga luas dan sebagainya.1

Keluarga boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk. Antaranya keluarga asas

(keluarga nuklear), keluarga luas (extended),keluarga campuran dan keluarga luas yang

diubahsuai.

RD Laing has observed,`as though we know what families are. We identify, as

families,networks of people who live together over time,who have ties of marriage or

kinship to one another.’2

Mengikut Kamus Dewan, keluarga bermakna saudara-mara, kaum kerabat dan

saudara seisi rumahtangga (yang terdiri daripada suami isteri atau beserta anak-anak).3

1 Wan Azmi Ramli. Ranjau Hidup ; Keluarga Aspek Psikologi dan Sosial.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1986. hlm 12 Arlene S.Skolnick , Jerome H Skolnick. Family In Transition Twelfth Edition. Allyn and Bacon, USA. hlm 153 Hajah Noresah. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. hlm 725

1

Namun secara amnya keluarga bolehlah didefinisikan sebagai ibu dan bapa serta anak-

anak sebagai satu kumpulan yang tinggal sebumbung melalui proses perkahwinan yang

sah.

Keluarga nuklear atau keluarga asas adalah terdiri daripada ibu,bapa dan anak

sendiri serta anak-anak angkat yang tinggal bersama di dalam rumah yang sama dan

berasingan daripada saudara mara lain.Bentuk ini terdapat terutamanya dalam masyarakat

moden dan industri. Bentuk ini juga dipanggil ‘conjugal family’ yang bermaksud

sepasang suami isteri sama ada mempunyai anak ataupun tidak.

Keluarga luas pula terdiri daripada dua hubungan darah yang tinggal serumah,

seperti bapa saudara, datuk, nenek dan saudara mara lain. Ketua biasanya adalah lelaki

yang paling tua dan golongan dewasa akan bekerjasama dalam mencari rezeki dan

mengasuh anak-anak.Bentuk ini biasanya terdapat dalam masyarakat tradisional dan

praindustri. Ia juga dipanggil ‘consiguinal family’.4

Membentuk Keluarga Melalui Zuriat.

Peranan utama pembentukan keluarga adalah melahirkan zuriat. Kelahiran zuriat

pula memerlukan ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama.Tuntutan perkahwinan

bukan sekadar melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah

kurniaan nikmat perkahwinan ini dapat melahirkan zuriat keturunan yang beriman dan

bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah ini. Agama telah menggariskan rukun

berumahtangga dan perhubungan suami isteri supaya makhluk yang bakal dilahirkan itu

dapat hidup dengan sejahtera. Kewajipan ini turut dimainkan oleh kerajaan dengan

mewajibkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga agar menghadiri kursus

4 Rohani Yusof. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.2001.hlm 153.

2

perkahwinan. Walaupun ini bukanlah jaminan kepada kesejahteraan berumahtangga

namun sekurang-kurangnya dapat memberi input yang berguna kepada pasangan dalam

menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya mencapai hasrat melahirkan

keluarga yang bahagia bersama zuriat yang baik.

Tanggungjawab Keluarga

Peranan keluarga menjadi semakin besar bila mana lahirnya zuriat yang menjadi

penyeri sebuah keluarga. Tugas dan tanggungjawab seperti membesarkan anak-anak,

memberi didikan, melindungi mereka dari pelbagai mara bahaya dan menjaga kesihatan

fizikal dan mental mereka tidak boleh diperturunkan kepada orang lain. Oleh yang

demikian, penyediaan acuan yang baik perlu dihasilkan dengan memberi didikan yang

sempurna kepada anak-anak sedari kecil. Hasil yang baik memberi petanda kepada kita

bahawa keluarga tersebut telah terbina dari asas yang baik.

Sokongan Ahli Keluarga

Sebagaimana kita ketahui sifat manusia yang baru dilahirkan adalah lemah. Sifat

fitrah manusia yang lemah dan lambat untuk berdikari secara fizikal dan mental ini

perlulah mendapat sokongan dari ahli keluarganya. Di sini keluarga berperanan dalam

memelihara, mendidik, dan menanamkan nilai-nilai sosial yang dikehendaki masyarakat

supaya mereka boleh keluar ke kelompok masyarakat dengan yakin dan mampu

menangani permasalahan persekitarannya.

Keluarga Sebagai Sumber Pendidikan

3

Fungsi keluarga tidak terbatas hanya untuk meneruskan keturunan sahaja.

Contohnya dalam bidang pendidikan, keluarga merupakan sumber pendidikan utama

kerana segala pengetahuan dan kecerdasan intelektual manusia diperolehi oleh kanak-

kanak dari orang tua dan anggota keluarganya sendiri. Ibu bapa adalah guru pertama

kerana anak-anak akan belajar bahasa, budaya, akhlak,tabiat, fikiran, hobi, kemahuan,

psikologi dan lain-lain daripada ibu bapa.5Sedari awal kandungan secara sedar atau tidak

seorang anak telah mula belajar dari orang yang paling hampir dengannya iaitu ibu dan

bapa. Sentuhan, belaian, bisikan dan rangsangan pastinya mempengaruhi emosi, fizikal

dan perlakuan anak setelah lahir.Anak yang dirangsang dalam keluarga yang mempunyai

nilai-nilai murni yang tinggi akan membawa kepada sebuah keluarga yang harmoni dan

saling menghormati. Natijah dari didikan awal yang baik inilah maka akan membawa

kepada kesan sosial yang baik juga ke atas keluarga, masyarakat dan negara.

Pergantungan Dalam Keluarga

Setiap anggota keluarga saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama

lain. Pergantungan kasih sayang, tenaga fizikal dan keperluan memberi dan mendapatkan

pandangan adalah antara pergantungan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tidak dapat dinafikan apabila renggangnya pergantungan ini maka rengganglah juga

ikatan kekeluargaan itu. Adalah ditakuti seandainya pergantungan ini beralih arah kepada

individu lain yang tidak bertanggungjawab seperti pasangan kekasih, kawan yang hanya

mementingkan diri sendiri dan individu yang mempunyai agenda tersendiri maka

pelbagai masalah boleh terjadi. Antara masalah sosial yang hebat melanda sekarang ini

5 Saat Sulaiman. Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005. hlm 160

4

adalah seperti kenakalan, vandalisme,‘mat rempit’, kehamilan luar nikah, penceraian dan

pelbagai lagi.

Keluarga Sebagai Pendamping

Pergantungan kasih sayang yang erat perlu dipupuk sedari awal. Ikatan ini perlu

berterusan sehinggalah dewasa kerana pelbagai konflik kematangan tiada had umurnya.

Justeru keluargalah yang perlu menjadi pendamping setia anak-anak. Ibu bapa, ahli

keluarga perlu menjadi penyokong setia kepada anak-anak mahupun sesiapa juga dalam

keluarganya ketika suka mahupun duka,senang mahupun susah. Lantaran itu fungsi dan

peranan keluarga asas dan luas perlu digerakkan dengan menepis sifat-sifat malu dan

pemikiran tertutup kepada pemikiran terbuka agar segala jenis permasalahan dalaman dan

luaran dalam keluarga akan segera diatasi. Maka dengan sebab itu ibu bapa khususnya

mestilah memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan, kemahiran mendidik, memahami

psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan lain-lain. Pelbagai ilmu dan

kemahiran ini bolehlah dijadikan panduan untuk menyelesaikan permasalahan yang

timbul.

Keluarga Tempat Beriadah

Keluarga juga memainkan peranan sebagai tempat riadah. Walau ke mana jua kita

pergi akhirnya rumah juga destinasi yang ditujui.Pelbagai bentuk riadah dapat dilakukan

seperti berkelah di hujung minggu, bersukan, dan berkumpul untuk makan malam

bersama. Oleh yang demikian keluarga sebagai tempat riadah perlulah aktif melibatkan

setiap individu di dalamnya untuk sama-sama menyertai aktiviti riadah ini. Penggunaan

5

masa lapang untuk bersantai bersama keluarga bukan sahaja dapat menyuburkan

hubungan antara ahli keluarga malah dapat menambahkan kemeriahan dan mengeratkan

lagi silaturrahim antara isi keluarga. Secara tidak langsung pembinaan sahsiah dan jati

diri juga dapat dipupuk dan di bentuk.

Keluarga Sebagai Wakil Permasyarakatan

Keluarga juga menjalankan peranan yang penting sebagai wakil permasyarakatan.

Untuk merealisasikan peranan ini cara asuhan dan didikan awal perlulah diterapkan

dengan sebaik-baiknya. Didikan agama contohnya perlulah dipelajari oleh setiap individu

keluarga. Mempelajarinya semata-mata belum lagi memadai. Justeru itu setiap amalan

baik dalam agama itu perlulah dipraktikkan secara berterusan agar individu yang baik

akhlaknya, budi pekertinya dan baik pergaulannya dapat dibentuk malah individu ini

dapat diterima baik juga dalam masyarakatnya.

Keluarga Berkongsi Tugasan

Keluarga juga berperanan untuk saling berkongsi tugasan. Pelbagai jenis aktiviti

mahupun tugasan di dalam rumah boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat

seandainya ada perkongsian tugasan dalam isi rumah tersebut. Perkongsian tugasan ini

sudah tentulah dapat meringankan beban ahli keluarga yang dewasa ini banyak dibebani

dengan pelbagai tugasan luar yang memenatkan. Sebagai ahli keluarga yang dewasa dan

menjadi sumber kepada kewangan keluarga sudah pastilah beban tugas dan

tanggungjawab ke atas kewajipan kerjaya dan kewajipan rumahtangga menjadi bebannya.

Sebagai anak pula tugas dan tanggungjawab dalam mencari ilmu mungkin dirasakan

6

suatu beban baginya. Justeru itu apabila berada dalam ruang lingkup rumah sudah

pastilah perkongsian tugasan ini amat diperlukan. Selain memudahkan dan

mempercepatkan urusan rumahtangga ianya juga sebenarnya adalah waktu-waktu

berkualiti yang tidak disedari dan seharusnya digunakan sebaiknya untuk mengeratkan

hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

Komunikasi Dalam Keluarga

Dalam institusi keluarga, berkomunikasi sama ada secara lisan atau tanpa lisan

seperti gerak badan adalah suatu alat penting untuk menghubungkan perasaan antara ahli

keluarga. Perkahwinan, satu unsur utama dalam pembentukan keluarga tidak boleh

berfungsi dengan baik tanpa komunikasi berkesan. Masalah komunikasi yang tidak

berkesan boleh menyebabkan perasaan kesepian,terasing dan sukar untuk mendapat

penghargaan kendiri. Dalam institusi keluarga misalnya, ibu bapa perlulah menjadi

pendengar setia kepada permasalahan anak-anak. Ahli keluarga yang dewasa atau lebih

berumur pula bolehlah berperanan sebagai pemberi nasihat kepada ahli keluarganya yang

lebih muda. Situasi sebegini perlu menjadi amalan dalam hidup berkeluarga agar dapat

mengelakkan anak-anak atau ahli keluarga yang lebih muda mencari punca lain untuk

meluahkan masalah mereka. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya “Tiap-tiap seorang

daripada kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap

mereka yang terletak di bawah pimpinan kamu. Ketua Negara (al- Iman) adalah

bertanggungjawab dari hal rakyatnya, ketua keluarga adalah pemimpin kepada

keluarganya dan akan ditanya dari hal kepimpinannya.” Oleh yang demikian sebagai

pemimpin dalam keluarga, ketua keluarga bersama seluruh ahlinya perlulah mengambil

7

inisiatif untuk mencari cara komunikasi yang berkesan antaranya mewujudkan

komunikasi yang baik antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, selalu memberi

penghargaan, memberi belaian kasih sayang dengan cara sentuhan, belaian dan pelukan

kepada setiap individu dalam keluarga.

Membina Keluarga Melalui Konflik

Walau bagaimana berkesannya sebuah komunikasi dalam keluarga, sebuah

konflik tetap mempunyai peranannya dalam membina keluarga bahagia.Kita tidak boleh

membina kemesraan tanpa konflik kerana kasih sayang dan konflik tidak boleh

dipisahkan. Konflik memberi faedah dari segi membina perasaan saling mempercayai,

membina daya juang dan daya tahan dan menguji keutuhan. Erik Erikson seorang tokoh

hubungan manusia juga pernah menyatakan kegagalan untuk membina kemesraan dalam

masyarakat hari ini adalah kerana ketidakupayaan untuk berkontroversi dan bercanggah

pendapat. Kajian sains sosial juga menunjukkan beberapa jenis perselisihan faham dalam

rumahtangga adalah baik untuk membangunkan jiwa anak-anak. Dr. Robert Bolton

(1987:207) telah memetik kajian Stanley Coopersmith yang mendapati keluarga-keluarga

yang suka berterus terang meluahkan perselisihan pendapat mereka akan membesarkan

anak-anak yang mempunyai nilai diri yang berkualiti, iaitu mempunyai penghargaan

kendiri yang tinggi.6 Mereka juga sanggup menerima kritikan, mempunyai keyakinan

yang tinggi, boleh dan berupaya berhujah dan memberikan pendapat,dan mempunyai

ketahanan diri yang kental yang akhirnya berjaya menjadikan mereka manusia yang

berkualiti.

6 Abdul Rahman Abdul Aziz. Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. hlm 4

8

Keluarga Adalah Segalanya

Keluarga berfungsi bukan sekadar merumahkan manusia tetapi ia adalah segala-

galanya. Yang dikatakan ibu bapa itu adalah seorang guru yang mengajar di sebuah

sekolah yang paling teruk di dunia iaitu Sekolah untuk Menjadikan Manusia Itu

Sebenarnya Manusia. Ibu bapa adalah segala-galanya kerana mereka adalah ahli

lembaga pengelola, merekalah guru besar, merekalah guru kelas, dan mereka jugalah

tukang sapu dan tukang kebun. Ibu bapa sepatutnya menjadi pakar dalam semua mata

pelajaran yang berkenaan dengan hidup dan kehidupan. Pelajaran yang tidak formal dan

dipelajari dari keluarga inilah sebenarnya yang banyak membantu meningkatkan kualiti

hidup seorang manusia yang hidup di dalam dunia yang serba mencabar ini.

Keluarga Membina Masyarakat

Keluarga bahagia dan bertaqwa boleh menyumbang kepada pembinaan institusi

masyarakat yang bersatu padu, berwibawa, sejahtera dan juga bertaqwa. Ruang lingkup

sosial individu yang membentuk keluarga, tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama

ahli keluarga semata-mata, bahkan meliputi hubungannya dengan ahli masyarakat

setempat dan sekitarnya. Jalinan persahabatan yang erat sesama ahli masyarakat;

kemesraan jiran tetangga yang saling hormat menghormati; urusan muamalat (jual beli)

yang sihat; terpautnya hati anggota masyarakat setempat untuk memakmurkan masjid;

berjihad dan berbuat kebajikan; amalan ziarah menziarahi saudara mara dan handai

taulan di kala senang mahupun susah adalah sebahagian daripada pelbagai corak

pergaulan dalam masyarakat yang diutamakan.7

7 Al Ustaz Hj. Ismail Kamus. Hidup Bertaqwa. At Tafkir Enterprise.1994. hlm 208

9

Keluarga dan Kesejahteraan Hidup

Keluarga amat berperanan dalam menentukan kesejahteraan hidup sejagat.

Kehidupan berkeluarga amat penting bagi kesejahteraan hidup manusia sama ada lelaki

mahupun perempuan, isteri atau suami serta juga anak-anak. Kejayaan hidup berkeluarga

bukan sahaja penting bagi kesejahteraan hidup individu tetapi juga bagi kesejahteraan

hidup masyarakat seluruhnya. Jika seseorang itu itu hidup dalam keluarga yang

bahagia,kebahagiaan itu akan turut dirasai oleh orang-orang yang berhubungan

dengannya.

Saiyidina Ali kmh. pernah berkata, antara lain, “Saudaramu yang sebenar ialah

orang yang sentiasa berada di sisimu (susah dan senang), Ia sanggup membahayakan

dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.8

Keluarga dan Kekuatan Masyarakat

Ahli falsafah dan ahli analisis sosial telah mendapati bahawa sebarang masyarakat

ialah suatu struktur yang terdiri daripada rangkaian keluarga.Sesuatu masyarakat akan

hilang kekuatannya jika ahlinya tidak melaksanakan kewajipan terhadap keluarga.

Confucius percaya bahawa kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap

orang berkelakuan yang sewajarnya sebagai anggota keluarga.9 Kelakuan yang

sewajarnya adalah kelakuan yang dituntut oleh setiap agama dan tidak melampaui

batasan undang-undang. Justeru itu, Kerajaan Malaysia telah merangka Pelan Integriti

Nasional untuk membawa masyarakat Malaysia menjadi masyarakat maju menjelang

8 Ibid. hlm 2099 William J. Goode. Penterjemah Maso’od Abd. Rashid. Keluarga. DBP,KL. 1991. hlm 2

10

2020 dengan acuan yang tersendiri dan pelannya adalah menyeluruh meliputi institusi

keluarga sehinggalah kepada institusi pentadbiran negara.

Keluarga Ke arah Masyarakat Berintegriti

Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada

kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial,

budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah

peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat.

Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan

rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan.10 Pembabitan keluarga dan komuniti setempat

dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti

budaya masyarakat. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat Malaysia

merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti.11

Penutup

Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam

diri anggotanya. Keluarga berperanan membimbing tingkah laku dan membentuk serta

memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus

bermula daripada kanak-kanak manakala ibu, bapa dan penjaga harus membimbing dan

menjadi teladan yang baik.

10 Pelan Integrasi Nasional. Institut Integriti Malaysia.Pesiaran Duta,Kuala Lumpur. 2006. hlm 311 Ibid. hlm 35

11

Sesebuah masyarakat itu pula tidak akan wujud jika tidak ada keluarga dan

keluarga terdiri daripada beberapa anggota masyarakat. Sekiranya tiap-tiap anggota

masyarakat itu menunaikan kewajipan agama yang diwajibkan kepadanya dan

meninggalkan segala larangannya, nescaya akan teraturlah kehidupan keluarga yang

kemudiannya akan membawa nama baik kepada negara.12

Sesungguhnya pemilihan jodoh yang sesuai adalah perkara utama dalam usaha

merealisasikan keluarga yang sempurna. Sabda Nabi s.a.w.,” Apabila datang kepada

kamu seorang yang kamu sukai agama dan budi pekertinya untuk meminang,

kahwinkanlah dia. Apabila kamu tidak berbuat demikian kelak akan menjadi fitnah di

muka bumi dan kerosakan yang meluas.”(H.R. Tarmizi)13 Oleh yang demikian adalah

menjadi tanggungjawab setiap individu yang inginkan keluarganya menjadi suatu

institusi yang bahagia dan bertanggungjawab, maka perlulah ditunjangi dengan pegangan

agama yang kukuh. Hal ini berhubungan rapat untuk melahirkan institusi keluarga yang

cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja untuk keluarganya malah

masyarakatnya, negaranya dan kesejahteraan sejagat.

BIBLIOGRAFI

12 Muhammad Salih Samak. Ilmu Pendidikan Islam. DBP. 1983. hlm. 1013 Modul Pengurusan Integriti Keluarga dan Komuniti. Kementerian Pelajaran Malaysia.2007. hlm.87

12

Abdul Rahman Abdul Aziz. Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000.

Al Ustaz Hj. Ismail Kamus. Hidup Bertaqwa. At Tafkir Enterprise.1994.

Arlene S.Skolnick , Jerome H. Skolnick. Family In Transition Twelfth Edition. Allyn and Bacon, USA.

Hajah Noresah. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,2005.

Muhammad Salih Samak. Ilmu Pendidikan Islam. DBP. 1983.

Modul Pengurusan Integriti Keluarga dan Komuniti. Kementerian Pelajaran Malaysia.2007.

Pelan Integrasi Nasional. Institut Integriti Malaysia,Pesiaran Duta, Kuala Lumpur. 2006

Rohani Yusof. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.2001.

Saat Sulaiman. Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.2005

Wan Azmi Ramli. Ranjau Hidup ; Keluarga Aspek Psikologi dan Sosial.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1986.

William J. Goode. Penterjemah Maso’od Abd. Rashid. Keluarga. DBP,Kuala Lumpur. 1991

13