71
Bil. 32 Rabu 5 Disember 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA

PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

Bil. 32 Rabu 5 Disember 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN·PERTANYAAN

RANG UNDANG·UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 )(No.2) 2001

Diterblt Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

(Halaman 1)

(Halaman 16)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik)

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak}

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani {Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak {Sarawak}

Dato' Charern lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Datuk Dr. Charlie Chau Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haran (Dilantik}

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor)

Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Tuan Hassan bin Haji Shukri {Terengganu)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

ii

Yang Berhormar

"

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan {Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

DN.5.12.2001

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantlk)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan,~eling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis}

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

Data' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantlk)

Datuk Long bin Jidin (Dilantlk)

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Datuk Manser bin Haji Md. Jaafar (Dilantlk)

Data' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Data' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang}

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik}

Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram (Dilantik)

Tan Sri Data' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik}

Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang}

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah {Dilantik)

Puan Safinah binti Jusoh {Terengganu)

Puan See Too Mee (Johor)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001

Yang Berhormaf' To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik)

Tuan Yew Teong Look (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zainal bin Rampak (Oilantik)

Tuan Zakaria,bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

----------------------

iv

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara

Dato' Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme bioti Hamzah

Zamani bin' Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

DN.5.12.2001

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASJ Azhari bin Hamzah

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah lntan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK

Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER

Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Ruhana binti Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 5 Dlsembar 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul1 0.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengeruslkan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1

1. Puan Jaya Partiban minta Menteri Penerangan menyatakan apakah kementeriannya akan menambahkan lagi program dalam bahasa Tamil melalui TV2.

Satiausaha Parllmen Kemantarlan Panarangan [Datuk Zainudin bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, RTM telah menambahkan waktu siaran bahasa Tamil melalui TV2 dari 11 jam kepada 13 jam mulai Apil 2000. Oleh itu, pada masa ini Kementerian Penerangan tidak bercadang untuk menambah waktu siaran.

Puan Jaya Partiban: Memang waktu itu dipanjangkan, tetapi apa yang saya khuatir adalah media massa khususnya elektronik menjadi penyebar maklumat dan juga penghibur. Tetapi pada masa ini ada hanya dua rancangan melalui TV2 dalam bahasa Tamil tiap-tiap minggu iaitu Info-Focus dan Nada Suara dan tiap-tiap satu rancangan itu hanya selama 25 minit. Apa yang saya hendak tahu adalah adakah kementerian bercadang untuk menambahkan magazine programme, dengan izin, ini supaya kaum pemuda khususnya yang terdiri daripada masyarakat India yang hanya ketahui bahasa Tamil dapat mengikuti setiap rancangan ataupun perkembangan semasa dalam bahasa Tamil dan juga segala rancangan-rancangan ataupun program­program khas yang disediakan untuk kaum belia disebarkan dengan seluas-luasnya melalui TV2 dalam bahasa Tamil. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, kita mungkin tidak dapat menambahkan masa, tetapi dalam pada itu kita dapat menimbangkan untuk memperbaiki rancangan-rancangan yang ada supaya sesuai dengan kehendak sosial yang berlaku sekarang.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakah pihak RTM menyedari adanya penyiaran iklan di Radio 6 iaitu bahasa Tamil, iklan yang berunsurkan Hinduism yang telah pun dibantah oleh Dewan Pemiagaan India Pulau Pinang dan juga Malaysia Hindu Sangam kerana mereka tidak mahu unsur keagamaan ini digunakan dalam perniagaan. Berita ini saya baca setelah disiarkan kelmarin di surat khabar star. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah merujuk kepada berita yang telah disiarkan oleh akhbar star semalam yang antara lain menyebutkan Penang Indian Chamber of Commerce dan juga Malaysian Hindu Sangam yang meminta kerajaan supaya memonitor dan juga mengawal penyiaran iklan-iklan yang menggunakan agama untuk menjual barang-barang mereka. Hal ini kita telah sedari berlaku dan pihak RTM, pihak Kementerian Penerangan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas satu kesedaran yang telah timbul di kalangan masyarakat India sendiri tentang bahaya menggunakan agama untuk kepentingan perniagaan yang pada kata-kata seorang yang bemama Encik Ramasamy, Setiausaha kepada Penang Indian Chamber of Commerce bahawa hal ini akan membawa keburukan dan akan menimbulkan persengketaan agama di kalangan masyarakat India sendiri yang katanya dalam iklan itu mengatakan bahawa "semua ubat yang dijual itu kalau dibeli akan mendapat rahmat daripada Tuhan."

Jadi, hal ini adalah memang bahaya dan hal ini juga berlaku bukan sahaja di kalangan masyarakat Hindu tetapi juga di kalangan masyarakat Islam pun secara tidak ada iklan umpamanya ada yang menjual kismis dia kata dengan menggunakan hadis dan sebagainya, kemudian apabila kismls daripada Mekah dan sebagainya habis, maka dia ambil kismis daripada Thailand tetapi dia jual dan menggunakan had is dan AI­Quran dan sebagainya. Hal ini berlaku.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

2 DN.5.12.2001

Saya bagi pihak kementerian, kita mengalu-alukan sekiranya maklumat ini dapat diberikan lebih banyak kepada kita dan saya mengakui bahawa pihak siaran Tamil sendiri sewajamya mengawasi keadaan ini dan adalah tentu tidak dapat diawasi sepenuhnya oleh pihak pegawai-pegawai RTM sendiri kerana masalah bahasa. Kesedaran ini sepatutnya ada daripada pihak siaran Tamil sendiri untuk memonitorkan perkara ini dan pihak agensi iklan yang telah dipertanggungjawabkan dalam soal ini sepatutnya mengambil berat akan hal ini. Tetapi hal ini telah tidak berlaku dan insya­AIIah, perkara ini akan diberikan perhatian berat mulai daripada sekarang oleh Kementerian Penerangan dan tindakan yang sewajamya akan diambil bagi mencegah perkara ini daripada terus berlaku.

2. Dato' Haji Mazlan Abu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kaum wanita dilantik ke dalam panel penapis filem dan TV. Kalau ada siapa.

Timbalan Menterl Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di­Pertua, pada masa sekarang terdapat seramai 62 orang ahli Lembaga Penapisan Filem dan seramai enam orang terdiri daripada kaum wanita. Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai kanan kerajaan yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang. Perlantikan mereka ini berdasarkan kewibawaan serta pengalaman dalam disiplin-disiplin tertentu seperti pendidikan, keselamatan, kebajikan masyarakat, agama, pentadbiran awam dan lain-lain. Mereka juga dilantik atas dasar mempunyai kepakaran khas iaitu penguasaan bahasa ketiga selain daripada bahasa Melayu dan bahasa lnggeris yang relevannya ialah bahasa Arab, Mandarin, Kantonis, Hindi, Hokkien, Perancis, Tamil, Urdu dan lain-lain. Sekian.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan Saya, apakah kriteria yang digunakan dalam menentukan sesuatu filem itu boleh ditayangkan di RTM sebab kita melihat ada filem-filem yang ditayangkan dalam RTM kita ada yang masih berunsur seks dan berunsur ganas yang mungkin tidak sesuai dengan negara kita.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan tambahan ini, pada keseluruhannya sebelum sesebuah filem ini dapat ditayangkan sama ada di pawagam swasta ataupun di Televisyen Malaysia, semua ini harus kena pergi kepada tapisan dahulu mendapat kelulusan. Memang kerajaan mempunyai satu garis panduan mengenai prinsip-prinsip dan juga syarat-syarat yang diberikan kelulusan ini. Pada keseluruhannya jika satu filem dapat ditayangkan di televisyen negara kita, maksudnya ianya telah pun diluluskan Lembaga Penapisan dan selepas itu ianya akan pergi ke RTM dan RTM akan buat satu lagi tapisan mereka ini. Sekian.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui dalam perlantikan ahli-ahli jadi Lembaga Penapis ini, berapakah jangka masanya. Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu.

Keduanya, adakah pihak kerajaan melihat proses penapisan ini sebagai ruang tapak untuk membuat kajian semoga ahli yang berapa orang Yang Berhormat sebut tadi mengambil kira juga bahan-bahan lain, idea dan sebagainya yang elok, dan yang tidak berapa elok memang sudah hendak ditolak, yang elok itu supaya dijadikan bahan diserahkan kepada orang-orang lain, kumpulan lain untuk memanfaatkan dalam program-program lain yang mungkin boleh digunakan oleh pihak-pihak lain. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya daripada segi had tempoh perlantikan ini memang akta ini tidak mempunyai satu had tempoh perlantikan. Tetapi walau bagaimanapun, perlantikan itu dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dan jika Yang Berhormat Menteri berpendapat bahawa ada perubahan dan jika had tempoh perlantikannya harus ditamatkan, maka beliau akan mengambil tindakan sewajarnya. Mengikut Akta Penapisan Filem juga tidak disebut tentang berapa orang anggotanya dalam Jawatankuasa Penapisan. Buat masa ini terdapat 62 orang, dan jika perlu akan ditambah, jika tidak perlu begitu ramai akan dikurangkan lagi.

Bagi soalan tambahan yang kedua ini, semua ahli Lembaga Penapisan ini harus mengikut peruntukan ataupun bidang kuasa yang telah pun disebutkan di bawah Akta Penapisan Filem. Mereka ini harus menjalankan tugas dan mereka ini diberikan

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 3

tan~gungjawa~ untuk menapi~ semua filem sama ada dibuat dalam negeri, diimport dan luar negen dan semua filem yang dikatakan bahan publisiti filem juga harus ditapis dan mengikut syarat dan prinsip-prinsip iaitu isu kemoralan, isu kelucahan dan lain-lain. Sarna ada filem-filem ini mungkin akan membawa manfaat kepada bidang-bidang yang lain, sektor berkenaan ini adalah di luar bidang kuasa Lembaga Penapisan ini. Saya percaya kementerian lain memang mempunyai pakar-pakar mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat.

3. Dato' Hajl Muhammad bin HajJ Abdul Ghani minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah tindakan kementerian dalam mempertingkatkan dan memantapkan sistem perisikan bagi memastikan kejadian seperti di Sauk dapat dibongkar dan dicegah dengan lebih awal. '

Tlmbalan Menter! Pertahanan [Datuk Mohd. Shafle bin HajJ Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan telah mengambil beberapa langkah dan tindakan untuk mempertingkatkan dan seterusnya memperkemaskan sistem perisikan Angkatan Tentera Malaysia yang sedla ada bagi memastikan kejadian seperti Sauk sebelum ini dapat dikesan lebih awallagi.

Langkah ini turut meliputi tindakan meningkatkan kemampuan sistem perisikan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan pembangunan aset-aset perisikan yang berteknologi tinggi yang berkemampuan untuk memantau dan seterusnya mengesan sebarang bentuk transmisi perhubungan dengan keupayaan imaginary yang menyeluruh. Perolehan ini akan dibuat bukan sahaja melalui sama ada peruntukan pembangunan iaitu di bawah Rancangan Malaysia Kelapan atau peruntukan mengurus kementerian.

Di samping itu, Angkatan Tentera Malaysia turut mengukuhkan kerjasama dalam jaringan perisikan di peringkat nasional dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti PDRM bagi meningkatkan pemantauan untuk menghalang sebarang bentuk ancaman yang boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara.

Angkatan Tentera Malaysia turut mengambil langkah mempertingkatkan pengawasan dan memperkemaskan keselamatan infrastruktur di semua kern-kern tentera serta memantau aktiviti anggota tentera bagi mengelakkan mereka dari terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti jenayah dan kumpulan militan.

Selain dari itu, Angkatan Tentera Malaysia juga turut memperkukuhkan pembangunan sumber manusianya melalui program latihan khusus bagi meningkatkan lagi keupayaan pegawai dan anggota dalam bidang perisikan. Di samping itu, Angkatan Tentera Malaysia juga mengadakan seminar-seminar keselamatan kepada semua peringkat anggota ATM bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai aspek keselamatan negara.

Dato' Hajl Muhammad bin Haji Abdul Ghani: Soalan tambahan saya, apakah tindakan diambil kepada pegawai dan kakitangan anggota Angkatan Tentera 304 yang cuai menjalankan tugas sehingga dapat pihak AI-Maunah melarikan 93 senjata dan adakah perkara ini tidak cekap pihak perisikan menjalankan tugas sehingga berlaku rompakan senjata itu?

Datuk Mohd. Shafle bin Hajl Apdal: Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Muhammad Ghani, saya ingat semalam saya pun sudah jawab soalan ini di mana saya ada sebutkan bahawa tindakan tegas kita ambil bila mana kita lihat dan dapati bahawa ada di kalangan anggota kita terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Tindakan-tindakan yang diambil melibatkan contohnya seperti pemecatan ataupun kita terlebih dahulu meneliti dan mengkaji sama ada di dapati kecuaian, kalau perkara kecuaian itu agak ringan maka kita bagi amaran yang keras kepada mereka.

Tetapi tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes AI-Maunah itu seperti yang saya sebutkan semalam, pegawai pemerintahnya kita lucutkan jawatan perkhidmatan pegawai itu dan seperti kita sedia maklum anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera ini tertakluk kepada dua undang-undang.

Satu peraturan yang mereka langgar akan diambil menerusi Angkatan Tentera, peraturan-peraturan yang termaktub dalam Angkatan Tentera dan satu lagi peraturan-peraturan yang termaktub dalam awam (civil law) yang sekiranya mereka seperti pembunuhan, penculikan maka mereka akan dihadapi seperti pihak awam,

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

4 DN.5.12.2001

sama ada menerusi mahkamah dan dihukum berbagai hukuman yang akan diambil. Sebelum itu tindakan ketenteraan seperti yang saya sebutkan pemecatan diambil terhadap pihak-pihak ini, selepas itu tindakan undang-undang seterusnya akan diambil pada mereka juga.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, saya ingin bertanya sama ada sistem perisikan kita ataupun jentera perisikan kita mempunyai maklumat bahawa kemungkinan negara kita akan diserang oleh peluru berpandu. Saya percaya kemungkinan ini mungkin ada memandang kepada keadaan di dunia sekarang di mana negara-negara angkuh seperti Amerika dan negara-negara bersekutunya tidak berfikir dua kali menggunakan peluru berpandu apabila keangkuhan mereka dicabar. Jika kemungkinan ini ada, apakah keupayaan negara kita menangkis serangan ini? Sekian, terima kasih.

Datuk Mohd Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Abdillah mempersoalkan perkara yang amat penting sekali, di mana banyak kemungkinan dalam keadaan yang ada pada hari ini yang kita harus berwaspada dan sebahagiannya termasuk seperti Yang Berhormat sebutkan bukan hanya daripada dalaman menerusi rompakan, menerusi penculikan, berbagai-bagai bahkan juga seperti penembakan missiles ataupun rocket launch daripada mana-mana tempat.

Walaupun demikian kita boleh detect, dengan izin, Tuan Speaker, keadaan ini bila berlaku dan kita mempunyai kelengkapan seperti radar-radar yang telah kita tempatkan di tempat-tempat yang strategik untuk mengesan bukan hanya missile yang datang daripada udara tetapi juga contohnya Selat Melaka, kapal-kapal yang menerusi Selat Melaka terdapat meneliti jenis bot-bot yang boleh mengancam keselamatan kita.

Begitu juga di perairan seperti di Pantai Timur, di Sabah dan juga di Sarawak, kita juga lnsya-AIIah kita dapat mengawal keadaan ini. Walaupun demikian seperti yang saya sebutkan pihak kementerian pada hari ini dalam rangka untuk melengkapkan dengan pembelian peralatan-peralatan moden seperti MLRS yang mana medium rocket launchers dan berbagai-bagai untuk membanteras supaya bila mana ada missile test kita boleh menembak di udara dan berhadapan dengan ancaman-ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan negara kita. lnsya-AIIah, di peringkat Kementerian kita akan berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan ini di peringkat yang credible untuk memastikan agar keselamatan negara kita dijaga.

4. Dato' Charern lntachat minta Menteri Penerangan menyatakan bilakah siaran radio bahasa Thai di stesen radio RTM Alor Setar boleh dimulakan memandangkan bahawa pihak RTM Negeri Kedah telah pun membuat beberapa persediaan untuk program tersebut.

Datuk Zainuddin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan Malaysia pada masa ini tidak bercadang untuk mewujudkan aktiviti baru iaitu siaran Bahasa Thai melalui stesen Radio Kedah. Penduduk keturunan Thai yang terdapat di utara Semenanjung memahami dan fasih berbahasa Melayu iaitu bahasa rasmi negara yang juga menjadi salah satu peranan kementerian untuk menyatukan rakyat melalui bahasa rasmi ini.

Dato' Charern lntachat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya rasa sangat kecewalah di atas jawapan yang diberi tetapi selaku rakyat yang taat setia,saya menerimanyalah. Soalan saya apakah halangan dan tegahan yang sebenarnya untuk program ini yang pada dulunya saya rasa saya telah pun mengemukakan soalan yang sama, pihak RTM pun menyatakan mereka akan mempertimbangkannya kerana dengan program ini akan membantu rakyat dari keturunan Siam dari terpengaruh dengan berita-berita dan khabar-khabar dari siaran radio di selatan Thailand, terima kasih.

Datuk Zainuddin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, pihak RTM telah berjanji untuk menambah siaran bagi orang-orang Thai, bukan untuk menambah siaran dalam bahasa Thai. Jadi program yang ada dalam bahasa Thai mungkin kita boleh tambah mungkin dalam bahasa Melayu untuk orang-orang Thai tapi bukan untuk menambah siaran dalam bahasa Thai. Jadi kita akan memikirkanlah apa langkah seharusnya bagi memperbaiki penyiaran ini.

5. Puan Chew Poh Thoi minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada kementerian mempunyai sebarang pemantauan terhadap makanan organik.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

ON.5.12.2001 5

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian bersama SIRIM telah mengeluarkan satu standard mengenai perladangan secara organik iaitu MS1529, the production, processing, leveling and marketing of plant base originally produced food dengan izin. Siri ini akan diwartakan tidak lama lagi. Berdasarkan perkara ini skim akreditasi dan persijilan akan dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan pihak yang berkenaan supaya skim ini dan program pemantauan akan dijalankan bagi memastikan garis panduan yang ditetapkan dalam standard tersebut dipatuhi. Skim akreditasi dan persijilan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian pada tahun 2002. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chew Poh Tai , Tuan Chew Poh Tai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan

saya memandangkan makanan organik semakin popular adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menggalakkan penghasilan makanan organik dengan cara besar-besaran supaya harga tidak begitu tinggi? Terima kasih.

Datuk Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, memanglah harga yang ditawarkan oleh pihak tertentu dalam barangan mereka adalah tinggi sikit tetapi memandangkan ini adalah satu program yang begitu baik dari segi makanannya maka terpaksalah kita berhadapan dengan permintaan dan pemasaran. Walau bagaimanapun, pihak kementerian menggalakkan pihak swasta untuk mengadakan program ini diperluaskan dan lnsya-llah kita akan terus misalnya di Sabah ada satu kawasan dan juga di Cameron Highlands ada satu kawasan yang diadakan program ini dan untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, harga yang ditetapkan adalah tinggi sedikit. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dayang Mahani

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawasanya makanan organik mr adalah satu makanan yang boleh menambahkan kepada mutu peningkatan kesihatan rakyat selain daripada cadangan kerajaan untuk memperluaskan, saya lebih berminat melihat kepada adakah cadangan daripada kerajaan untuk memperbagaikan jenis, bukan sahaja sayur-sayuran tetapi kepada buah-buahan dan kegunaannya di peringkat industri pemakanan.

Datuk Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya katakan tadi ialah program ini akan diper1uaskan tetapi terpulanglah kepada pihak swasta sama ada mereka berminat. Program ini akan terus dilakukan sebanyak mungkin dan kita sebagai kementerian akan menggalakkan dan seterusnya Yang Berhormat kata tadilah iaitu mungkin bahannya akan digunakan dalam industri dan terpulanglah kepada pihak swasta untuk mengambil iktibar dalam perkara ini. Terima kasih.

6. Dato' Long bin Jidin minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagaimana status penguatkuasaan terhadap mesin slot dan adakah ianya berterusan atau berkala dan bagaimanakah aktiviti seperti ini boleh mencapai tahap sitar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lesen-lesen kepada penguasa-penguasa permainan mesin slot adalah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tertakluk di bawah Akta Rumah Judi 1993 dan Akta Loteri 1952. Oleh yang demikian semua aspek penguatkuasaan terhadap permainan mesin slot ini adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Pihak berkuasa tempatan hanya membantu di dalam menjalankan operasi pemeriksaan di premis-premis berkenaan apabila diminta oleh Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rosli

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, mengikut kefahaman masyarakat luar bandar seperti di pantai timur umpamanya, pihak berkuasa tempatan sentiasa mengeluarkan permit dan lesen kepada pengusaha-pengusaha mesin slot ini, khususnya di Terengganu walaupun

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

6 DN.5.12.2001

diperintah oleh didakwa di bawah Kerajaan Islam, mesin slot masih dibenarkan oleh majlis-majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan dan ini banyak berlaku di dalam kawasan bangunan yang tertutup dan kawasan perumahan di luar bandar. Jadi bagaimanakah caranya supaya perkara ini dapat diminimumkan supaya mengikut kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ianya kuasa di bawah Kementerian Kewangan. Jadi macam mana hendak selesaikan masalah ini? Terima kasih.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih, Yang Berhormat. Perkara ini kalau perlu diselesaikan hanya Kementerian Kewangan sahaja boleh selesaikan masalah ini, tidak di bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

' ' Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Siti.

Puan Siti Zailah bintl Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, masalah sosial ini merupakan satu masalah yang besar dalam negara kita yang sepatutnya kita menangani bersama. Apakah tidak ada usaha sama di antara kementerian-kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kewangan, sebagaimana yang ditanya oleh Senator tadi di mana perkara ini tertakluk di bawah Kementerian Kewangan dari segi pemberian lesen. Jadi apakah tindakan kerajaan sesuai dengan Malaysia sebuah negara Islam? Terima kasih.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Yang Berhormat, soalan ini berkenaan dengan mesin slot. Ada beberapa jenis mesin yang lain maka jawapan saya berkenaan dengan mesin slot adalah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tertakluk di bawah dua akta iaitu Akta Rumah Judi 1953 dan Akta Loteri 1952. Oleh sebab itu, soalan Yang Berhormat adalah terkeluar daripada soalan asal. Terima kasih.

7. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah benar TNB telah membeli lombong arang baru di Indonesia dan bilakah perkara tersebut diperbincangkan dan seterusnya diputuskan. Apakah rasional pembelian tersebut dan berapakah kos pembelian yang terlibat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Datuk Tan Chai Ho): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Tenaga Nasional Berhad sedang menjalankan kajian mengenai kemungkinan untuk membeli ekuiti dalam sebuah syarikat yang mempunyai arang batu di Indonesia. Kajian ini termasuklah aspek kos pembelian cadangan ini tempoh memandangkan penggunaan arang batu oleh TNB dijangka meningkat kepada 20 juta tan setiap tahun mulai tahun 2007 apabila jana kuasa-jana kuasa yang menggunakan arang batu yang baru iaitu TNB Sdn. Berhad, SKS Jantzen dan Khidmat Power beroperasi.

Pada masa sekarang penggunaannya adalah 5 juta tan sahaja. Jika pembelian lombong dibuat, antara faedahnya ialah perbekalan arang batu yang mencukupi untuk janakuasa-janakuasa yang menggunakan arang batu yang sedia ada dan yang akan beroperasi pada masa hadapan. Di samping dapat mengurangkan risiko sekiranya harga arang batu naik pada masa hadapan. Sekianlah, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Karim.

Datuk Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apakah usaha­usaha TNB untuk mengkaji dan menggunakan arang batu yang ada di Sarawak dan Sabah kerana tentunya lebih baik kalau kita dapat menggunakan arang batu kita sendiri daripada membeli daripada orang lain?

Datuk Tan Chal Ho: Tuan Yang di-Pertua, arang batu walaupun boleh didapati di negeri Sarawak dan Sabah, tetapi kita kena tengok harga atau kos pengeluaran, kalau terlalu tinggi memang tidak sesuai dan kualitinya adalah panting juga. Kita tidak mahu menggunakan arang batu yang mengandungi tahap asid yang tinggi. Yang import biasanya tahap asid adalah di bawah 0.5%. Jadi masalah air pollution tidak berlaku. Cadangan dari Yang Berhormat memang baik, saya akan minta TNB buat kajian.

Datuk Ghazl bin Haji Ramli: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan, kedudukan janakuasa keseluruhan dalam negara ini yang berteraskan arang batu, air dan juga gas dan berapa banyak penyebarannya?

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 7

Dan apakah pandangan pihak kerajaan dari segi kos pengeluaran unit tenaga itu yang mana yang lebih kos efektif? Adakah kerajaan bercadang untuk mengganti pada ~asa­masa depan denganjanakuasa yang lebih efektif? Terima kasih.

Datuk Tan Chal Ho: Tuan Yang di-Pertua, keutamaan sumber tenaga elektrik pada masa ini di Malaysia adalah 76% dari gas, 5% dari minyak, 7% dari arang batu, 10% dari hidro dan 2% daripada biomass.

Tuan Yang di-Pertua, harga gas memang naik dan kita tidak boleh menanggung atau kita tidak boleh katakan kita hendak gunakan gas untuk penjanaan elektrik. lni memang satu kos yang tinggi. Jadi dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah menggalakkan tena99 yang boleh diperbaharui (renewable energy) di mana kita telah keluarkan lesen-lesen bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam biomass supaya mereka boleh gunakan sisa buangan biomass atau kelapa sawit, sekam padi dan kayu-kayu. Jadi inilah satu renewable energy yang kita galakkan.

Di samping itu, di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah memastikan beberapa projek hidromikro di mana kita gunakan air untuk menjana electricity. Jadi, diharapkan dengan galakan-galakan dari kerajaan, renewable energy akan dapat dijalankan secara balk dan kita berharap kita boleh mencapai 5% dari jumlah penjanaan elektrik di negara kita.

8. Tuan Yew Tuan Chiew minta Menteri Pertanian menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi banjir yang sentiasa berlaku di negara kita.

Setiausaha Parllmen Kementerian Pertanlan [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, tindakan secara menyeluruh dan bersepadu sedang diambil dan akan diteruskan dengan kerjasama agensi-agensi yang lain khususnya pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah banjir akibat pembangunan yang pesat dan tidak terkawal. Mengenai ini, langkah-langkah struktur yang diambil, mengikuti pembinaan empangan dan kolam takungan banjir, menjalankan kerja-kerja membaiki seperti melebar, mendalam dan melencong sungai, membina ban di tepi sungai bagi meningkatkan keupayaan pengaliran keluar lebihan air hujan serta program penyelenggaraan sungai.

Langkah-langkah bukan struktur pula termasuk penyediaan pelan induk tebatan banjir, menyediakan garis panduan pengurusan sungai dan pelaksanaan manual saliran mesra alam untuk diguna pakai oleh sektor awam dan swasta bagi mengawal banjir di punca iaitu control at source. Selain dari itu, program peningkatan kesedaran awam dan kempen 'Cintailah Sungai Kita' dan sebagainya juga dijalankan. Terima kasih.

Datuk Christina Tlbok Vanhouten: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adalah difahamkan bahawa oleh kerana pemotongan peruntukan yang dilakukan akibat kegawatan ekonomi negara, gotong-royong terpaksa dibuat untuk mengendalikan dan menyelenggarakan saluran air untuk beberapa kawasan pertanian dengan persetujuan khas Pertubuhan Peladang kawasan MADA. Saya difahamkan bahawa walaupun demikian, keadaan saluran air telah memberi kesan negatif terhadap beberapa kawasan yang menghadapi banjir. Soalan tambahan, berapa luaskah kawasan yang telah mengalami kerosakan tanaman kerana banjir bagi tahun 2000 dan apakah jenis tanam-tanaman yang terlibat? Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, memanglah ini kita biasa berlaku di kawasan MADA kerana kita dari segi ini kadang-kadang itu terdapat misalnya hujan turun lebat dan juga aliran air tidak dapat dialirkan ke laut disebabkan air pasang yang tinggi, itu berlaku di Pulau Pinang dan juga di Alor Star kadang-kadang itu. Jadi dalam perkara ini kita memantau dan saya tidak ada butir yang tepat berkenaan kawasan tanaman yang terfibat dengan banjir ini tetapi dari segi ini kita selalu mengadakan pemantauan dan kita beri bantuan sedikit sebanyak kepada peladang yang berkenaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Siti Zaiiah.

Puan Slti Zallah blnti Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apabila berfaku banjir di antara kesan yang ketara yang kita lihat iaitu terutama kepada para petani dan para pentemak di mana melibatkan kemusnahan tanaman dan kematian binatang ternakan. Jadi apakah setakat inl

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

8 DN.5.12.2001

kerajaan rancang satu program untuk tanaman di luar musim banjir sebab dalam negara kita ini banjir ini biasanya berlaku bermusim. Jadi apakah program yang dicadangkan setakat ini dan setakat ini apakah bantuan yang telah diberi kepada para petani yang terlibat dengan kemusnahan tanaman dan nelayan yang tidak dapat ke laut hasil daripada berlakunya musim banjir ini. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan memang prihatin dalam perkara ini dan memberi sedikit bantuan yang perlu untuk kemudahan petani, peladang dan juga nelayan. Jadi dalam perkara ini, seperti yang saya katakan tadi bahawasanya pihak kerajaan memantau apa yang berlaku di seluruh negara dan sekiranya berlaku kemusnahan tanaman dan juga temakan, maka pihak kerajaan akan beri bantuan. Kesannya di kawasan MADA 'dan juga KADA ataupun kawasan lain kita telah memberi bantuan dari segi memberi wang untuk memutar semula dan juga memberi benih baru ataupun baja tambahan. ltu yang dilakukan. lnsya-AIIah kerajaan saya ingat prihatin dalam perkara ini dan tidak usahlah Yang Berhormat gundah guiana atau gusar, kerajaan akan terus memainkan peranan sebagai kerajaan. Terima kasih.

9. Datuk Ghazi bin Haji Ramli minta Menteri Pendidikan menyatakan rangka kerja Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini mengenai cadangan struktur pendidikan Malaysia P-12 iaitu setahun di peringkat prasekolah, 6 tahun peringkat rendah, 4 tahun peringkat menengah dan 2 tahun peringkat lepas menengah. Bagaimanakah kaedah Sijil Terbuka bagi SPM membawa kesan atau implikasi dalam rangka kerja Pembangunan Pendidikan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, struktur baru persekolahan P-12 merupakan salah satu perubahan utama yang dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perkara ini masih dalam perbincangan dan penelitian pihak kementerian kerana ia perlu dilihat kesannya dari semua aspek agar tidak menjejaskan sistem yang sedia ada. Sekiranya cadangan tersebut dipersetujui tempoh persekolahan peringkat menengah rendah akan dipendekkan dari 3 kepada 2 tahun. Manakala Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR dimansuhkan. lni juga bermakna pelajar akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ketika di Tingkatan 4. Kaedah Sijil Terbuka SPM yang diamalkan sekarang tidak akan terjejas. Terima kasih.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan kerana menuju ke arah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan 10 tahun ini. Saya amat bergembira Yang Berhormat menyebut kita sedang membuat pertimbangan sekarang. Yang saya ingin bertanya ialah sejauh manakah perancangan pihak kerajaan untuk melibatkan engaged masyarakat semaksimum mungkin persatuan ibu bapa, NGO dan sebagainya supaya ini dijadikan maklum balas kita menerima benar-benar maklum balas dan cadangan baik daripada masyarakat berlandaskan umpamanya dialog belanjawan yang begitu baik dijalankan. Begitu juga dengan adakah kita memberi ruang masa untuk mereka mengkaji buat cadangan bertulis and personal presentation, dengan izin, seperti Majlis Perbandaran yang dilaksanakan. Saya rasa ini amat strategik sebab kalau tidak, kesan yang mungkin agak tidak begitu baik. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk. Sebenamya cadangan Yang Berhormat Datuk memang baik dan sebenamya pihak Kementerian Pendidikan juga sebelum kita buat apa-apa keputusan haruskah kita dengar pandangan daripada orang awam. Sebenamya satu seminar telah pun kita adakan melibatkan para pendidik supaya kita dapat pandangan, ulasan daripada mereka tentang cadangan yang kita buat ini. Perkara ini telah pun disebarkan begitu luas dalam media massa dan juga kita haraplah dapat pandangan, maklum balas daripada orang awam.

Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan sangat mengalu-alukan jika Yang Berhormat ada pandangan, sila kemukakan dan kita memang rela untuk menerima mana-mana pihak yang hendak memberikan pandangan supaya cadangan kita ini benar-benar dapat membuat satu keputusan yang cukup baik supaya kita akan mengadakan satu sistem pendidikan yang baik untuk kita menghadapi cabaran, globalisasi dan ke-ekonomi ini

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 9

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya ialah saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang akan melaksanakan pembangunan pendidikan 10 tahun. Saya tertarik mengenai melalui rancangan ini semua kanak-kanak layak mendapat praseko/ah bagi tempoh satu tahun.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada masa sekarang berapakah kanak-kanak yang tidak dapat prasekolah dan adakah kementerian memantau kualiti pengajaran dan juga kurikulum yang dilaksanakan oleh prasekolah-prasekolah yang dianjurkan oleh sektor swasta. Sekian.

Dato' Hon Choon Kim: ~aya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan yang telah dibangkitkan tadi. Mengenai soalan berapa paratus anak-anak kita yang tidak mendapat pendidikan prasekolah, untuk menjawab soalan ini, saya tidak ada angka yang tepat tetapi lebih kurang dalam lingkungan 20% atau 23% yang masih belum mendapat pendidikan prasekolah.

Walau bagaimanapun, memang hasrat kerajaan untuk memastikan semua anak yang telah mencapai umur 5 tahun akan dapat peluang mendapat pendidikan pra­sekolah. Buat masa sekarang ini kelas-kelas prasekolah tidak dikendalikan semuanya oleh Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, ia dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan sama ada pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, memang hasrat kerajaan supaya kelas tadika ini dijalankan dengan balk untuk memenuhi hasrat kerajaan. Oleh kerana itu buat masa sekarang ini garis panduan pun telah dikeluarkan kepada semua pengurusan tadika supaya mereka hendak ikut apa yang kita gariskan dalam garis panduan yang telah dikemukakan.

Sekarang ini perbincangan telah diadakan supaya 1/3 masa tadika yang dikendalikan itu hendaklah menggunakan kurikulum yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan. ltu sedang dalam perbincangan dan kita harap itu akan dilaksanakan tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

10. Tuan Haji Abdillah bin Haji Abdul Rahim minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana wang sejumlah RM8,965,005.00 boleh hilang dari akaun simpanan Tabung Haji dengan mudah dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak berkuasa supaya kejadian ini tidak berulang lagi dan bagaimana ianya dapat dikesan dengan segera jika gejala ini masih lagi berlaku.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, soalan mengenai punca kehilangan telah pun saya terangkan dalam Dewan yang mulia ini pada minggu lepas. Punca kehilangan wang sejumlah RM8,965,005.00 adalah disebabkan oleh pengeluaran wang yang telah dilakukan oleh orang tertentu dengan menggunakan kad pengenalan palsu.

Mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Tabung Haji ialah mempertingkatkan sistem kawalan dalaman dan penyeliaan pengurusan terhadap urusan pengeluaran wang pendeposit Tabung Haji,

Di antara usaha utama yang dilakukan ialah mewajibkan penggunaan buku akaun simpanan mulai awal tahun hadapan dan memperkenalkan sistem pengesahan cap jari secara talian terus atau pun on-line dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Melalui sistem ini ianya akan dapat mengesan dengan segera sekiranya ada kes penipuan menggunakan kad pengenalan palsu dalam urusan pengeluaran wang di Tabung Haji. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdillah.

Tuan Abdlllah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana setelah Tabung Haji ditubuhkan sumbangannya kepada umat Islam di Malaysia dan juga pembangunan ekonomi negara adalah membanggakan. Saya ingin bertanya apakah reaksi para pelabur setelah membaca dan mendengar berita kehilangan wang simpanan ini yang disiarkan begitu luas oleh media massa iaitu sama ada pelaburan mereka meningkat atau pun menurun dari segi akaun simpanan mereka di tabung ini. terima kasih.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

________________ , __________ _

10 DN.5.12.2001

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Apabila peristiwa ini berlaku dan telah pun mendapat liputan yang meluas dalam media, kita dapati pendeposit Tabung Haji tidak banyak mengeluarkan wang mereka dan simpanan mereka adalah seperti biasa. Kerana ramai yang sedia maklum bahawa menyimpan di Tabung Haji ini dijamin di bawah Akta Tabung Haji di mana wang yang hilang ini akan diganti oleh Tabung Haji dan juga ingin saya nyatakan bahawa wang yang hilang ini tidak melibatkan ramai pendeposit. Hanya 3 orang pendeposit sahaja. Hanya ada ceramah-ceramah tertentu oleh parti-parti tertentu yang cuba mempolitikkan isu Tabung Haji ini tetapi rupanya isu dan kempen itu tidak dapat meracuni fikiran rakyat. Terima kasih.

Dato' Haji Mazlan bin Abu:' ' Saya ingin tahu, tadi saya dengar penyelewengan dilakukan oleh orang-orang tertentu. Orang-orang tertentu ini, pendepositkah, perompakkah atau pun pegawai-pegawai sendiri dari Tabung Haji yang terlibat? Sekian, terima kasih.

Dato' Hajl Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Orang-orang tertentu ini ialah orang yang kita telah pun baca dalam surat khabar bahawa beberapa orang telah pun ditangkap oleh pihak polis Sahagian Jenayah Bukit Aman dan kes ini masih lagi dalam penyiasatan polis. Oleh kerana kes ini dalam penyiasatan polis saya rasa eloklah kita serahkan kepada polis untuk menyiasat secara terperinci dan kita memberi jaminan penyiasatan ini akan dijalankan secara menyeluruh. Jika orang dalam terlibat ianya juga tidak akan terlepas daripada undang-undang. Terima kasih.

11. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah potensi Pelabuhan Tanjung Pelepas akan lebih meningkat sekiranya kerajaan merobohkan Tambak Johor. Apakah pula pendirian Singapura dalam hal ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan lr. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat kemungkinan prestasi Pelabuhan Tanjung Pelepas akan meningkat jika sekiranya Tambak Johor dirobohkan dan terusan dibina bagi membolehkan kargo dan kontena diangkut di antara Pelabuhan PTP dan Pelabuhan Pasir Gudang. Namun buat masa ini kerajaan belum mempunyai rancangan muktamad terhadap kedudukan Tambak Johor iaitu isu pendirian pihak Singapura adalah tidak berbangkit pada masa ini.

Tuan Hassan bin Haji Shukrl: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adakah benar dakwaan sesetengah kalangan tertentu bahawa pihak Singapura berusaha untuk melambat-lambatkan kelulusan projek ini?

Tuan lr. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, tidak benar.

12. Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh manakah perancangan dibuat bagi membeli Pesawat Amfibia Pelbagai Guna jenis CL 415 buatan Bombadier bagi kegunaan memadam api kebakaran dan mengatasi masalah jerebu. Apakah jangka masa yang akan diambil supaya seluruh negara mendapat manfaat dari kemudahan yang canggih itu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas): Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan, tiga pangkalan operasi utama, dengan izin, Main Operating Base' (MOB), Unit Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dirancang untuk dibina iaitu di Subang, Kuala Lumpur, Labuan dan Prai, Pulau Pinang bagi tujuan untuk memperkembangkan perkhidmatan kebombaan melalui 'intervention' udara di seluruh negara.

Di dalam memastikan pengoperasian ketiga-tiga pangkalan ini memenuhi keperluan risiko kebakaran dan juga aspek penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga merancang untuk membeli helikopter dan pesawat sayap kaku, dengan izin, 'fixed wing' bagi membolehkan MOB tersebut lengkap untuk melaksanakan dengan izin 'tasking' yang telah ditentukan termasuklah bagi memadam kebakaran hutan dan mengatasi masalah jerebu.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia belum menentukan lagi jenis pesawat kaku yang akan dibeli.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 11

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga ada menimbangkan untuk mengkaji keberkesanan pesawat Amfibi bagi tugasan tersebut.

Namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia belum memutuskan lagi jenis pesawat tersebut kerana keputusannya bergantung kepada pengetahuannya kepada kehendak-kehendak teknikal dan juga harga yang ditetapkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Jabatan dan Kementerian Kewangan.

Di samping ltu, perkhidmatan kebombaan melalui udara dijangka akan dapat diperkembangkan ke seluruh negara sekurang-kurangnya pada awal Rancangan Malaysia Kesembilan. Sekian, terima kasih.

Puan Siti Zallah binti Mdf1d Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkhidmatan Bomba memang tidak dapat dinafikan. Saya hendak tanya bagaimana dengan kebakaran yang berlaku di Dewan Tuanku Canselor yang digembar-gemburkan bahawa ada perkara angkara sabotaj. Apa penyiasatan bomba setakat ini dan bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Yang Berhormat, lagi sekali soalan ini adalah berkenaan membeli helikopter. Walau bagaimanapun, saya ingin menjawab sedikit, laporan Dewan Tuanku Canselor oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diberi kepada Menteri dan selepas itu kepada Kabinet dan telah diberi kepada pihak polis dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan kita masih menunggu pihak polis memberi keputusan siasatan yang berkenaan. Tetapi saya secara subjektif peribadi ada mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar bahawa selepas saya kaji dokumen-dokumen, saya dapati kebakaran itu adalah satu sabotaj dan saya masih kekal dengan kenyataan saya. Terima kasih.

13. To' Puan Wan Serf@ Wan Asiah blntl Ahmad minta Menteri Kesihatan menyatakan mekanisme kawalan ke atas pusat rawatan kesihatan swasta dari segi yuran dan layanan terhadap kes-kes kecemasan.

Setiausaha Parlimen Kementerlan Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sememangnya mengambil berat mengenai isu yuran atau bayaran untuk rawatan yang dikenakan oleh pusat rawatan swasta ke atas orang ramal yang mengunjungi pusat tersebut untuk rawatan termasuklah kes-kes kecemasan.

Kementerian Kesihatan akan dapat mengawal bayaran yang dikenakan oleh pusat rawatan swasta ini melalui Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 terdapat peruntukan yang membolehkan jadual fi digubal yang mana ini akan mengawal bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pusat rawatan swasta ini ke atas pesakit-pesakit mereka

Di samping itu, rawatan dan perkhidmatan kecemasan ke atas semua kes kecemasan yang mendapat rawatan di pusat rawatan swasta telah juga diambil kira di bawah akta tersebut. Di bawah Seksyen 38 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 ada dinyatakan tiap-tiap kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah pada setiap masa mampu memulakan dan menyediakan langkah-langkah perlu bagi penyelamatan nyawa dan melaksanakan tatacara kecemasan atas mana-mana orang yang menghendaki rawatan dan perkhidmatan sedemikian.

Tuan Hajl Rosll bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya ialah, ramal di antara rakyat kita yang apabila dalam menyediakan tempat-tempat mendapat rawatan daripada doktor swasta ini, pusat rawatan swasta ini, di pertengahan jalan oleh kerana ada bil-bil yang tidak dapat diselesaikan di pertengahan jalan, maka banyak di antara pusat rawatan ini tidak menyambungkan perkhidmatan mereka terutama sekali dalam kes-kes masyarakat luar bandar apabila datang ke Kuala Lumpur ini.

Seolah-olah tidak ada satu penetapan harga secara piawai, secara standard, umpamanya apabila kita cabut gigi di Kuala Lumpur ini gigi yang bahagian bawah ini, biasanya RM300 dan biasanya doktor gigi di sebelah pantal timur hanya RM30, jadi macam manakah pengawalan sebenamya dalam penetapan harga seperti ini. Terima kasih.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

12 DN.5.12.2001

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kita tidak ada satu jadual fee untuk mengawal fee yang dikenakan oleh pengamal-pengamal perubatan swasta seperti yang saya nyatakan tadi, memang di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di mana di bawah Sahagian XVII Fasal 106 menyatakan bahawa menteri boleh membuat peraturan bagi menetapkan jadual fee bagi mana-mana atau semua kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubung dengan kesihatan.

Dan di bawah peruntukan ini, kita sedang menggubal peraturan-peraturan dan juga jadual fee dan kita berharap ianya dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

' r

Tuan Hajl Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh penjelasan sedikit iaitu masalahnya kita memang ada, akta yang dapat melindungi suasana ini, contohnya kalau masalah pengawalan harga ini apakah kementerian dalam pelaksanaannya, penguatkuasaannya supaya mempunyai contohnya indeks harga dan sebagainya, itu maksud saya. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya kita tidak ada satu rangka jadual fee untuk dilaksanakan dan jadi kita tidak dapat membuat sebarang pengawalan pada masa ini. Jadi, selepas jadual fee ini dikuatkuasakan barulah kita pun menguatkuasakan dan di dalam melaksanakan jadual fee ini, memang kita telah pun mengambil input dari pelbagai pihak termasuk MMA dan juga daripada pihak-pihak pengguna dan juga daripada universiti-universiti dan pada masa ini kita sedang membuat case study ataupun 'kes mixed' untuk menentukan jadual fee yang berpatutan dan yang bersesuaian di dalam negara kita, jadi kita tidak boleh membuat sebarang pelaksanaan buat masa ini.

To' Puan Seri Wan Asiah blntl Wan Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, bagaimanakah cara bayaran gaji kepada pusat-pusat rawatan swasta yang 'bertewah-tewah' antara satu pusat rawatan dengan satu pusat rawatan, jadi mereka ini berlumba-lumba untuk menaikkan gaji pekerja-peke~a masing­masing, tidakkah ada kawalan atau etika untuk dibayar sebagai satu garis panduan. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, gaji bagi kakitangan pihak swasta adalah bergantung kepada market driven. Jadi, kita tidak boleh campur tangan di dalam perkara tersebut.

14. Puan See Too Mee minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan negara kita akan menjadi negara pengimport minyak petroleum pada masa-masa akan datang, apakah rancangan kerajaan kita dalam menghadapi masalah tersebut.

Timbalan Menteri dl Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 1 Januari 2001, Malaysia mempunyai rizab minyak mentah sebanyak 3.39 bilion tong. Pada tahap purata pengeluaran sekarang, sebanyak 650,000 tong sehari rizab minyak mentah negara dijangka akan bertahan selama 16 tahun.

Kadar pengeluaran minyak mentah negara dijangka akan semakin berkurangan pada masa-masa akan datang akibat penurunan rizab minyak mentah ekoran lapangan-lapangan minyak menjadi semakin matang.

Malaysia dijangka akan menjadi pengimport minyak mentah pada tahun 2008 apabila jumlah penggunaan bahan petroleum dalam negara dijangka akan melebihi pengeluaran pada masa itu.

Manakala rizab gas asli pula, ianya jauh lebih banyak daripada rizab minyak menta h.

Pada 1 Januari 2001 Malaysia mempunyai rizab gas asli sebanyak 82.52 thrillion kaki padu iaitu lebih kurang empat kali ganda lebih banyak daripada rizab minyak mentah.

Untuk menghadapi kemungkinan negara mengimport minyak mentah, beberapa langkah seperti berikut telah diambil:-

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 13

(i) Usaha-usaha untuk menambah rizab minyak negara. Usaha telah dilaksanakan untuk menggalakkan pelaburan dalam aktiviti mencari gali minyak mentah di kawasan perairan Malaysia bagi menghasilkan penemuan-penemuan baru. lni termasuk galakan penggunaan teknologi terkini dalam usaha mencari gali minyak di dasar laut dalam, dengan izin, deep water.

Petronas juga telah meningkatkan aktiviti-aktiviti mencari gali minyak di luar negara, untuk menambahkan rizab minyak. Dalam hal ini, Petronas telah be~aya menghasilkan pengeluaran minyak mentah di negara­negara seperti Sudan, Iran dan Vietnam. Usaha-usaha yang sama juga sedang dijalankan untuk mencari gali minyak di negara-negara Jain seperti Algeria, Anggola, Bahrain, Chat, China, Libya, Indonesia, Myanmar dan Pakistan.

Sehingga 1 Januari 2001, Petronas telah memperolehi rizab minyak mentah sebanyak 1.33 bilion tong dari kegiatan di arena antarabangsa atau lebih kurang 40% daripada jumpa rizab minyak mentah dalam negara.

(ii) Usaha-usaha meningkatkan penggunaan gas asli sebagai sumber tenaga serta usaha-usaha mempelbagaikan sumber-sumber tenaga. Usaha-usaha telah dan sedang dijalankan untuk meningkatkan penggunaan gas asli sebagai sumber tenaga altematif, memandangkan ianya didapati lebih bersih dan mesra alam. Oleh kerana jumlah rizabnya adalah jauh lebih banyak dari minyak mentah, penggalakan penggunaan gas asli akan dapat membantu mengurangkan pergantungan negara kepada minyak sebagai sumber tenaga. Sehingga kini hampir 80% daripada keperluan sektor tenaga elektrik negara dijana oleh loji yang menggunakan gas asli sebagai bahan bakar. Petronas juga telah berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan gas asli sebagai sumber tenaga di dalam kenderaan bermotor serta sistem hawa dingin melalui loji, dengan izin, gas district cooling, di samping itu penggunaan tenaga secara lebih efisien adalah turut digalakkan. Selaras dengan usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk memperkenalkan dasar pelbagaian lima bahan api iaitu minyak, gas asli, arang batu, hidro dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dengan izin, renewable energy, Petronas sedang bekeljasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk mengkaji penghasilan diesel daripada minyak kelapa sawit secara komersial.

Selain daripada itu, kajian-kajian penggunaan tenaga solar juga sedang dijalankan di pusat-pusat pengajian tinggi dan di Tenaga Nasional Berhad.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ini akan dapat membantu pelbagaikan sumber-sumber tenaga negara dan mengurangkan penggantungan kepada minyak yang semakin berkurangan. Sekian, terima kasih.

Dato' Hamzah bin Zainudln: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya, sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab begitu panjang dan Iebar tentang jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan See tadi.

Soalan tambahan saya selepas mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengatakan 40% daripada rizab minyak yang Petronas ada di Juar negara, merupakan lebih kurang 40% daripada rizab dalam negara. Soalan saya yang sebenarnya, apakah 40% ini kita punya, Petronas punya ataupun ianya conssesion yang diberikan oleh Petronas sebagai kontraktor untuk menggali minyak di luar negara.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

-----~---

14 DN.5.12.2001

Jadi, kalau kita kata 40% sebagai rizab untuk dalam negara, ia bermakna itu kita punya dan kita boleh bawa batik ke sini, jadi soalan saya yang mana yang Jebih tepat, sama ada minyak itu kita punya ataupun luar negara punya, kita hanya sebagai penggali kontraktor kepada negara-negara tersebut. Sekian, terima kaslh.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang telah saya sebutkan, Petronas telah mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan rizab minyak negara.

Petronas sedar baawa rizab minyak negara masih berkurangan. Justeru itu mereka telah pun melabur di negara-negara luar untuk mencari minyak di kawasan­kawasan luar daripada negara Malaysia"., Dengan kepintaran dan kebijaksanaan Petronas dan juga dengan hubungan rapat di antara Malaysia dengan negara-negara yang tertentu dan dengan kepintaran Perdana Menteri yang kita ada, maka Petronas telah dapat 40% ataupun 1.33 bilion tong minyak rizab itu adalah hak Petronas dan Petronas telah membuat perjanjian-pe~anjian yang tertentu dengan negara-negara yang telah saya sebutkan lebih awal tadi untuk mencari minyak.

Bukanlah Petronas hanya menjadi penggali minyak ataupun ejen untuk mendapatkan minyak untuk negara-negara tertentu tetapi ada concession, dengan izin, agreement, di mana hak ini adalah hak minyak yang dipunyai oleh Petronas. Terima kasih.

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita tadi dimaklumkan bahawa empat kali ganda daripada minyak mentah ialah sumber tenaga yang ada di negara kita, ialah gas asli dan penggunaannya lebih bersih lagi dan kerajaan juga mencari jalan untuk mempelbagaikan kegunaan gas asli ini termasuklah untuk kenderaan bermotor.

Soalan tambahan saya, saya difahamkan bahawa teksi-teksi di Kuala Lumpur ini menggunakan gas asli tetapi rungutan mereka ialah filing station yang membekalkan gas asli ini bilangannya terlalu kecil menyebabkan kelihatan queue yang ter1alu panjang setiap kali mereka mahu menambah gas asli ini.

Jadi, adakah cadangan Petronas untuk menambah lagi filling station yang membekalkan gas asli ini untuk teksi-teksi kita di Kuala Lumpur. Terima kasih.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang ada kerumitan sedikit berkenaan, dengan izin, natural gas station yang ada khususnya di Kuala Lumpur, tetapi masalah ini sedang diatasi oleh Petronas dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat dapat melihat mereka ini suka sangat mengambil natural gas ini daripada satu stesen sahaja iaitu stesennya dekat dengan KLCC, pada hal ada lagi stesen­stesen yang lain, kita minta juga supaya pengusaha-pengusaha teksi ini supaya jangan menggunakan satu stesen sahaja.

Masalah mereka ialah mereka hendak pergi kepada stesen yang berdekatan, tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Petronas memang sedang merancang untuk menambahkan lagi stesen-stesen yang akan menjual natural gas.

15. Puan Hajah Siti Zailah blnti Mohd. Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah sistem meritokrasi akan dilaksanakan di IPTA/IPTS masing-masing dan adakah pihak kementerian meletakkan sasaran-sasaran tertentu dalam perlaksanaan sistem ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di­Pertua, sistem meritokrasi akan dilaksanakan pada kemasukan sesi akademik 2002/2003. Pelaksanaan sistem ini dilakukan secara berperingkat seperti berikut-

(a) Syarat minimum kemasukan ke IPTA akan ditingkatkan. Semua pelajar STPM mesti mempunyai sekurang­kurangnya tiga prinsipal E berbanding dengan 2 prinsipal E atau satu prinsipal E dan 2 R di dalam pelaksanaan kemasukan terdahulu. Peningkatan ini melibatkan semua program yang ditawarkan oleh IPTA. Selain daripada itu, markah potongan untuk kemasukan juga akan ditingkatkan secara beransur-ansur setiap tahun. Dengan peningkatan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001

syarat ini, pelajar-pelajar di peringkat persekolahan diharapkan akan lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berusaha dengan lebih gigih bagi menjaga kecemerlangan pendidikan.

(b) konsep meritokrasi jua akan dilaksanakan untuk pelajar­pelajar yang sedang menuntut di IPTA. Pelajar-pelajar dikehendaki mempunyai grade point average (GPA) ke atas setiap semesta. Seandainya mereka gagal untuk memperolehi gred tersebut, biasiswa pinjaman akan digantung sehingga mereka memperolehi GPA yang diperlukan; dan '•

(c) Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Tinggi akan memantau dan menilai prestasi kemasukan dan prestasi belajar ke IPTA untuk memastikan konsep meritokrasi tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih.

15

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri yang telah memberi penjelasan. Kalau kita melihat daripada dasar kerajaan dalam memperkenalkan dasar meritokrasi ini, apakah kerajaan telah membuat satu kajian yang terperinci tentang pelajar-pelajar yang berada di luar bandar termasuk jugalah pelajar-pelajar daripada golongan Orang Asli ataupun pelajar di Sabah dan Sarawak yang mungkin prasarana pembelajaran mereka jauh ketinggalan berbanding dengan pelajar-pelajar di bandar dan tambahan pula dengan tekanan ekonomi keluarga yang rendah mungkin mereka tidak berkesempatan untuk menduduki kelas-kelas tuisyen dan sebagai.

Apakah langkah-langkah kerajaan yang dibuat setakat ini oleh pihak kementerian supaya dasar ini dapat memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelajar-pelajar di luar bandar? Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Sebenamya kalau kita lihat pelajar lepasan STPM sebenarnya - kebanyakan sekolah­sekolah ini di bina di bandar, sebenamya tidak ada di luar bandar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Walaupun ada tetapi segala kemudahan­kemudahan yang diberikan adalah selaras dengan kehendak atau keperluan untuk mencapai prestasi yang disebutkan tadi.

Sebenamya 2E ini, kita rasa bukanlah satu tahap yang sangat tinggi. Untuk permulaan kita tetapkan 2E sekurang-kurangnya dan kita akan meninjau balik sama ada ini akan mengakibatkan pelajar-pelajar di luar bandar tidak dapat memasuki ke universiti tempatan. Jadi, inilah cadangan Kementerian Pendidikan. Kita harap cara ini adalah untuk tujuan, niat yang baik supaya mengingati bersama bahawa para pelajar mesti menumpukan perhatian dan masa untuk belajardi IPTA ini.

Datuk Ghazi bin Hajl Ramll: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kaedah meritokrasi yang diamalkan oleh pihak kerajaan sekarang ini begitu amat baik sekali. Mungkin agak terlewat tetapi biarlah lewat daripada tidak buat langsung. Yang saya ingin bertanya ialah, yang kita masih keliru mungkin ialah dalam masa kita mengamalkan kaedah meritokrasi, kita juga mengatakan bahawa sistem kuota akan terus wujud bersampingan.

Saya bila fikir tentang senario, timbul senario yang saya sendiri tidak boleh reconcile, dengan izin, keadaan ini. Jadi, saya ingat dapat minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Dan, keduanya, adakah kaedah meritokrasi ini juga diamal sepenuhnya di IPTS selain daripada IPTA yang Yang Berhormat cerita tadi. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tadi , Tuan Yang di-Pertua saya ucapan banyak terima kasih dan rasa sangat gembira kerana Yang Berhormat pun setuju cadangan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Sebenamya untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai sama ada kuota yang akan dikekal atau tidak, sebenarnya memang ini tidak ada bercanggah dengan kuota yang kita amalkan sebegitu lama ini.

Sistem kuota masih akan diteruskan, cuma kita akan memberikan satu target untuk para pelajar supaya mencapai sekurang-kurangnya 2E untuk memasuki ke IPT A

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

16 DN.5.12.2001

itu tujuan Kementerian Pendidikan. Dan, mengenai soalan yang kedua, sama ada ini juga boleh diamalkan di IPTS, ini sebenarnya IPTS juga mempunyai kriteria-kriteria, syarat-syarat tertentu untuk memilih seseorang pelajar.

Walau bagaimanapun, cadangan atau pandangan Yang Berhormat akan diambil kira supaya kita apabila jumpa dengan pihak IPTS perkara ini boleh kita ketengahkan kepada mereka untuk perhatian dan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi jawab Jisan sudah cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jifwab Lisan telah cukup dan Jawapan bag/ Pertanyaan No. 16 hingga 35 adalah dijilid dalam buku beraslngan]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2001) (N0.2) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [4 Disember 2001]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Puan See Too Mee menyambung ucapannya.

11.22 pagi.

Puan See Too Mee: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya sebut tentang Suruhanjaya Pilihanraya, jadi, hari ini saya akan sambungkan dari sini. Dalam dua penggal pilihan raya umum yang Jalu, parti pembangkang juga telah berpeluang untuk menguasai majoriti daripada kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri, sehingga dapat memenangi teraju kepimpinan kerajaan sesebuah negeri tersebut.

Tanggungjawab kedua, bagi Suruhanjaya Pilihanraya dalam menjalankan urusan pendaftaran pengundi dan menyemak daftar pengundi pada tiap-tiap tahun. Tidak dapat dinafikan isu yang sering dibangkitkan ialah tertimbullah undi palsu atau sebaliknya terdapat nama pengundi yang tercicir daripada daftar pengundi tanpa sebab.

Selain daripada itu, pendaftaran dan penyemakan pengundi yang hanya diadakan dalam tempoh masa yang tertentu sahaja sering didesak oleh orang awam supaya diadakan dalam sepanjang masa. Dalam kedua isu ini adalah diharapkan sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya dapat memberi perhatian serta mengadakan satu bentuk perubahan demi meningkatkan Jagi imej dan perkhidmatannya.

Sepertimana yang kita sedia maklum, persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya parlimen dan bahagian-bahagian pilihanraya negeri sebagaimana diperuntukkan di dalam perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan persempadanan yang baru telah dirangka dan dicadang oleh pihak SPR yang akan ditentukan kelak dan dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya diberi mandat dalam persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini digesa supaya menjalankan cadangan persempadanan secara adil dan berkecuali dengan mengamalkan beberapa prinsip asas seperti jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan tidak jauh berbeza dengan kawasan yang Jain demi memastikan hak pengundi yang saksama sebagai pertimbangan utamanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Kementerian Pendidikan yang meminta bekalan tambahan di bawah maksud 8.26. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah meluluskan sebanyak 977 projek pembangunan sekolah rendah dan sebanyak 420 projek pembangunan sekolah menengah, di mana dalam 977 projek pembangunan sekolah rendah sebanyak 168

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

-------- -

DN.5.12.2001 17

projek merupakan projek pembangunan sekolah baru dan bakinya merupakan projek tambahan atau pembangunan semula sekolah-sekolah yang sedia ada.

Manakala di antara 420 projek pembangunan sekolah menengah, sebanyak 160 projek merupakan projek pembangunan baru dan bakinya adalah projek tambahan dan pembangunan semula sekolah-sekolah yang sedia ada. Apa yang saya ingin titik beratkan dalam hal ini ialah memandangkan kerajaan telah menempatkan projek pembangunan pendidikan sebagai projek utama yang menelan perbelanjaan beribu juta ringgit dalam pelbagai projek pembangunan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke tahap pengajian tinggi.

[Timbalan Yang di-Pertua mfimpengeruslkan Mesyuarat]

Namun demikian, sepanjang masa ini keadaan yang wujud dan masalah yang timbul didapati tidak setimpal dengan hasrat dan penumpuan yang telah diberikan oleh kerajaan kita. Tidak dinafikan sehingga hari ini kita masih tertanya-tanya tentang isu kekurangan bangunan-bangunan sekolah, guru yang terlatih dalam bidang tertentu dan sebagainya. Apa yang saya maksudkan di sini telah selama ini dibangkitkan dalam kedua-dua Dewan Parlimen termasuk Dewan yang mulia ini.

Sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar-bandar yang terlalu penuh sesak, tidak mempunyai bilik da~ah dan bangunan sekolah yang mencukupi, kekurangan guru-guru yang terlatih khasnya dalam sekolah-sekolah janis kebangsaan Cina, tidak mempunyai ruang untuk aktiviti atau ruang untuk aktiviti yang terlalu kecil berbanding dengan jumlah pelajar yang terlalu ramaL

Sebaliknya di sesetengah sekolah di kawasan desa terdapat pelajar yang terlalu kurang dan di antaranya terdapat sekolah yang mempunyai kurang daripada 10 orang pelajar dalam satu sekolah. Sebilangan besar daripada sekolah-sekolah yang berkenaan telah beroperasi dalam keadaan yang tidak ekonomi dan tidak berkesan dari segi pembelajarannya.

Adalah amat sukar untuk memindahkan sekolah-sekolah tersebut ke satu kawasan yang lebih sesuai dan lebih memerlukan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam mencari satu penyelesaian yang sempuma dalam isu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap bahawa isu pendidikan merupakan satu persoalan universal dan harus diperbincangkan serta diselesaikan secara terbuka tanpa mengira kedudukan, race, keturunan, bahasa, agama dan sosial ekonominya. Adalah tiba masanya bagi kita berganding bahu dengan menerima hakikat ini bahawa masalah kita perlu diselesaikan secara ikhlas, tanpa sebarang alasan lagi. Saya mengambil kira bahawa segala masalah yang kita hadapi sekarang, tidak seharusnya menjadi masalah atau isu bagi kita sekiranya kita masih bercita-cita untuk menuju ke arah mencapai negara maju dan Wawasan 2020.

Apa yang kita fikirkan bagi masa-masa yang akan datang ialah bagaimana untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar kita, taraf pendidikan kita supaya dapat setanding mungkin lebih tinggi daripada negara-negara maju yang sedia ada, umpamanya kita dapat menghasilkan ahli-ahli sains yang lebih bertaraf tinggi daripada negara-negara lain.

Di bawah Kementerian Ke~a Raya pula iaitu Maksud 8.33 bahawa jumlah sebanyak RM160,747,500 untuk bayaran pampasan tol. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan prasarana dan kemudahan awam yang berkualiti dan lengkap merupakan salah satu asas panting dalam menjamin kepesatan pembangunan negara kita. Maka, tumpuan utama diberikan kepada perkembangan prasarana yang merupakan satu ciri panting dalam mempertingkatkan produktiviti dan kualiti hidup rakyat.

Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya memainkan peranan yang panting menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan pangkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Sebagai jabatan yang bertanggungjawab terhadap perancangan reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur, operasi dan penyelenggaraan jalan, bekalan air dan bangunan kerajaan yang tertentu serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

18 DN.5.12.2001

Namun demikian, terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam hal perancangan dan pembinaan projek intrastruktur terutamanya jalan-jalan raya di pelbagai peringkat. Selain daripada Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang senantiasa bercadang untuk menaikkan kadar tolnya. Jalan-jalan raya yang lain juga tidak mendapat perhatian seperti mana yang diharapkan.

Pembangunan yang tidak teratur hasil daripada perancang yang tidak selaras antara jabatan atau tidak mempunyai perancangan yang rapi, umpamanya jalan-jalan raya yang baru disiapkan telah pun dirosakkan semula oleh projek-projek pembangunan lain seperti projek pemasangan paip bekalan air, kabel elektrik atau telekom dan sebagainya yang sering be~aku. Pembangunan seumpama ini sering menimbulkan masalah sampingan seperti banjir kilat, runtuhan tanah, kerosakan yang dialami dalam tempoh masa yang terlalu singkat, ketidaksesuaian dan kadangkala perlu dibuat semula. Kesemua ini telah mengakibatkan pembaziran wang, masa, dan juga menimbulkan kesulitan kepada orang awam.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Maksud P.48. Tidak dapat dinafikan kejayaan kerajaan sepanjang masa ini dalam pembangunan luar bandar dari segi intrastruktur perlu diakui oleh semua pihak. Sekiranya kita bandingkan dengan keadaan 10 dan 20 tahun yang lalu, kita mendapati banyak perbezaan di kawasan desa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lengkap dan teratur.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah mengapakah kawasan desa ataupun kampung-kampung kita tidak dapat menarik minat generasi muda kita sekarang. Apakah kekurangannya yang menyebabkan kawasan desa atau kampung-kampung kita semakin kehilangan tarikan, hanya dijadikan tempat untuk menyambut hari raya atau hari perayaan sahaja.

Perkara yang amat menarik ialah penghijrahan daripada kawasan desa ke kawasan bandar merupakan satu perubahan yang begitu pesat sekali. Ketiadaan peluang ekonomi di kawasan desa tidak dapat menampung keperluan golongan muda dalam mengejar kekayaan, kemewahan hidup, peluang pekerjaan yang sesuai dan cita­cita mereka. Kegunaan tanah yang tidak ekonomi, harga komoditi yang rendah dan upah pekerjaan dalam bidang pertanian yang murah merupakan satu rangkaian yang berkait rapat di antara satu sama lain.

Walaupun usaha industrialization, dengan izin, merupakan punca mencapai tarat negara maju bagi kita, akan tetapi pemodenan dan inovasi dalam bidang pertanian adalah sama penting demi mencapai kedudukan ekonomi yang seimbang dan tidak semata-mata bergantung kepada bahan pertanian khasnya bahan makanan yang diimport.

Pembangunan industri pertanian yang intensit dan memenuhi keperluan ekonomi akan menjadi satu bidang baru yang mempunyai potensi ekonomi yang baik. Saya berasa yakin bahawa hanyalah meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat dalam bidang pertanian merupakan sumber utama dalam meningkatkan tarat ekonomi di kawasan luar bandar pada keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang mengutamakan kepentingan untuk mewujudkan rakyat yang hidup dengan sempurna dan makmur di masa akan datang, kesungguhan kerajaan membawa berbagai-bagai bentuk kemajuan adalah untuk menyempurnakan amanah yang dimandatkan oleh rakyat. Atas tradisi membela rakyat, kerajaan akan meneruskan program-program pembangunan demi untuk meningkatkan tarat hidup rakyat dan membentuk satu suasana kesejahteraan yang berterusan.

Dengan adanya kemudahan ini, kehidupan seharian akan lebih selesa dan sudah tentu akan meningkatkan produktiviti dan tarat hidup rakyat. Ekonomi negara akan berkembang dengan pesatnya dan pendapatan rakyat juga akan meningkat dan seterusnya menjadi asas penting mencapai tarat negara maju. Dengan menimbulkan beberapa perkara yang tersebut di atas adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kita bersama-sama dalam mengambil usaha serta tindakan yang lebih berkesan dalam menangani pelbagai masalah yang wujud selama ini.

Saya berasa amat yakin bahawa segala masalah ini telah berada dalam perancangan dan pelan tindakan kerajaan demi mencapai penyelesaiannya, saya

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 19

dengan sukacitanya memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-undang Bekalan Tambahan 2001 diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Sebelum kita teruskan perbahasan, Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya hendak maklumkan bahawa perbahasan Rang Undang­undang Perbekalan Tambahan 2001 inl akan kita tamatkan pada petang ini, kira-kira jam 4.30 petang dan saya memberi peluang lebih kurang sejam bagi kementerian untuk menggulung kerana ramal yang membahaskan rang undang-undang ini.

Jadi, oleh itu eloklah kita membahagi-bahagikan masa untuk memberi peluang kepada yang belum berucap. Dijemput Yang Berhormat Puan Safinah.

11.41 pagi. ' '

Puan Safinah bintl Jusoh: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001) (No.2) 2001.

Tambahan peruntukan melalui rang undang-undang ini yang sebanyak RM1,537,800,000. Memandangkan ini adalah tambahan perbelanjaan mengurus yang ketiga bagi tahun 2001 adalah diharapkan agar sesuatu perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi satu-satu tahun kewangan itu diharap dapat dibuat dengan lebih teliti supaya tidak berulang permintaan untuk mendapat perbekalan tambahan di masa­masa akan datang.

Bagi rakyat negeri Terengganu yang dinafikan hak royalti petroleum kepada mereka, jumlah lebih RM1.5 bilion adalah besar dan amat bermakna. Jumlah ini layak diterima oleh mereka selama 2 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada anggaran perbelanjaan mengurus Malaysia tahun 2001, tambahan bilangan 3 ini, ada beberapa perkara yang saya ingin menyentuhnya.

Pertamanya ialah berkaitan dengan peruntukan tambahan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan dalam Maksud 8.26 yang be~umlah RM271,283,800 yang telah diperuntukkan sebagai tambahan bagi mengurus kementerian ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM44,300,000 atau 16% digunakan untuk menampung perluasan Program Rancangan Makanan Tambahan untuk golongan murid termiskin di sekolah-sekolah rendah yang telah ditambah dari 120 hari kepada 200 hari persekolahan.

lni bermakna murid-murid yang dipilih di bawah skim ini akan mendapat bekalan makanan tambahan setiap hari pada hari persekolahan mereka. Langkah ini, Tuan Yang di-Pertua, sangatlah baik. Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan dengan aktiviti pemantauan ke atas khasiat pemakanan tambahan ini seperti mana yang telah ditetapkan dalam garis panduan penyediaan makanan yang telah pun disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Begitu juga dalam soal penyediaan makanan itu sendiri yang saya rasa perlu dipantau bagi menjamin kebersihan makanan yang dimakan oleh murid-murid tersebut. makanan yang berkualiti ini diperlukan untuk proses pembesaran anak-anak sekolah itu yang dapat membolehkan mereka belajar dalam keadaan kenyang, segar dan tidak lapar. Segala pelajaran yang diberikan kepada mereka dapat diberi tumpuan yang sepenuhnya.

Maka, oleh itu penyediaan makanan yang bersih dapat mengelak daripada berlakunya kes-kes keracunan yang kita rasa sangat malang kepada murid-murid ini yang mana sudahlah mereka tidak berkemampuan membeli makanan secukupnya tetapi apabila diberi makanan tambahan, perut mereka pula meragam dan sebagainya. Jadi, di sini saya cadangkan pihak Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan pihak Kementerian Keslhatan atau kerajaan tempatan menugaskan merinyu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas makanan tersebut dari masa ke semasa. Juga saya ingin tahu bilangan sekolah dan jumlah murid yang terlibat dengan program ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sesuatu yang berkaitan dengan kenaikan kadar elaun tambahan kursus Diploma Perguruan Malaysia dan kursus diploma ijazah yang telah diberi tampungan berjumlah RM26,937,500 iaitu kira­kira 10% daripada keseluruhan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

20 ON .5.12.2001

Pada hemat saya, ianya memanglah satu langkah yang tepat pada masanya. Pihak Kementerian Pendidikan sewajarnya memikir dan mengambil apa juga langkah bagi merangsangkan golongan berpendidikan tinggi mengikuti kursus Diploma Perguruan Malaysia sebagai satu profesion dan peke~aan yang menjadi pilihan utama kepada mereka dan bukan seperti masa-masa yang lampau yang menganggap bahawa profesion pendidik itu sebagai last result dengan izin, apabila di mana sudah tidak ada kemampuan atau tidak dapat memperolehi apa-apa peluang pekerjaan dalam sektor-sektor atau bidang-bidang lain maka perguruanlah yang menjadi sasaran mereka. Walaupun profesion perguruan ini sesuai kepada golongan wanita, golongan lelaki sepatutnya digalakkan juga menyertai pekerjaan ini. Oengan kenaikan kadar elaun itu ia memberi ruang yang lebih kepCild_a guru-guru pelatih mengatur aktiviti-aktiviti kursus mereka dengan lebih berkesan.

Selain daripada itu saya juga amat mengalukan beberapa insentif yang telah diberikan oleh pihak kerajaan seperti contohnya menyediakan peruntukan pinjaman kepada para guru untuk membeli kereta, menaikkan pangkat para pengetua dan guru­guru besar sekolah. Guru-guru juga telah terlibat dalam peruntukan kenaikan gaji sejumlah 10% dan memberi bonus setengah bulan. Kesemuanya itu diharapkan dapat memberikan satu motivasi kepada guru untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan masing-masing. Selain daripada itu melalui cara ini juga para guru ini tidak akan punya alasan untuk terfibat dengan sebarang kerja sampingan iaitu moon lighting dengan izin, seperti mengadakan kelas tuisyen bagi menambahkan pendapatan mereka.

Seperti yang sudah-sudah lazimnya para guru yang terlibat dengan kelas­kelas tuisyen ini akan lebih menumpukan perhatian mereka kepada penyediaan bahan untuk kelas-kelas tuisyen tersebut. Bahkan tidak kurang juga para guru yang sengaja membawa para pelajar sekolah mereka untuk mengikuti kelas tuisyennya bagi mendapatkan input yang lebih lagi. Situasi ini seterusnya telah mengakibatkan prestasi pengajaran para guru di sekolah terjejas. Sungguhpun ada sesetengah guru merupakan orang yang berpengalaman dalam pengajaran dan tidak perlu banyak masa membuat persediaan mengajar tetapi sesungguhnya masa sangatlah diperlukan untuk menyemak buku-buku latihan dan buku kerja para pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kemudahan yang diberikan kepada mereka bagi mengatasi masalah sebegini saya tetap menyatakan agar pihak kementerian terus menjalankan pemantauan terhadap perkara-perkara yang telah saya timbulkan sebentar tadi. Penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah diperfukan supaya mutu dan falsafah pendidikan negara dapat dipelihara sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan peruntukan tambahan kepada pengurusan pusat perkembangan kurikulum bagi perolehan buku dan alat bantuan mengajar yang digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa lnggeris. Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah boleh dikira sebagai satu subjek atau mata pelajaran yang baru diperkenalkan di sekolah. Dan apabila disebut mata pelajaran Bahasa lnggeris pula ia sering dikaitkan dengan ketidakupayaan kelemahan sebahagian besar murid dan pelajar terutamanya bagi bangsa Melayu untuk menguasai bahasa tersebut dari segi tatabahasanya, pembacaannya, penulisannya dan juga percakapannya. Semuanya lemah dan amat susah bagi kita untuk mendapatkan seseorang pelajar di mana peringkat pun untuk membina satu ayat dalam Bahasa lnggeris dengan betul. Bertolak di sini pertamanya guru-guru yang ditugaskan mengajar subjek-subjek ini terutamanya bahasa lnggeris perfu diberi latihan dan kursus-kursus yang secukup-cukupnya.

Dan kemudiannya Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi kelemahan menguasai bahasa lnggeris di kalangan murid-murid dan pelajar satu environment dengan izin, persekitaran yang kondusif yang sesuai hendaklah disediakan kepada mereka yang melibatkan semua pihak dan tempat. Kita tidak patut mengehadkan belajar bahasa ini di sekolah sahaja tetapi biarfah sampai di rumah mereka juga yang mana tetap kita harapkan berlaku interaksi yang boleh menyuburkan penggunaan dan penguasaan bahasa lnggeris. Contohnya saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan untuk mewujudkan satu bentuk stimulasi kepada pelajar untuk memahami bahasa lnggeris secara lebih mudah dan menarik melalui rancangan televisyen. Seperti contohnya melalui rancangan-rancangan kartun yang umumnya diminati oleh ramai murid-murid. Tindakan pihak Kementerian Penerangan yang ada setengahnya mengalihbahasakan beberapa siaran khususnya kartun yang banyak ditonton oleh kanak-kanak merupakan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 21

satu tindakan yang kurang tepat kerana dengan pengalihan bahasa ini maka ia tidak mampu mendorong kanak-kanak belajar memahami sedikit demi sedikit bahasa lnggeris.

Seterusnya pihak kementerian juga perlu memikirkan langkah-langkah bagaimana untuk memupuk kesedaran ibu bapa bahawa siaran-siaran televisyen yang berbahasa lnggeris dan yang sesuai untuk ditonton oleh umum wajar dijadikan sebagai salah satu kaedah stimulasi untuk merangsang dan mengajar anak-anak memahami bahasa lnggeris. Dan kadang-kadang ada sesetengah ibu bapa itu bila tiba program yang berbahasa lnggeris mereka meminta anak mereka itu memperlahankan suara program itu. ltu yang biasanya berlaku. Dengan itu anak-anak itu sekadar dapat melihat gambar sahaja dan jauh-jau~ tnendengar suaranya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengalukan peruntukan tambahan RM34,400,000 yang diberikan bagi menampung kenaikan kadar biasiswa kecil persekutuan dan biasiswa kelas persediaan universiti. Walau bagaimanapun saya meminta agar pihak kementerian dapat memantau kelewatan pemberian biasiswa dan juga pinjaman kepada para pelajar oleh pihak universiti dan IPTA. Saya ditahamkan masalah ini berlaku hampir di semua IPTA iaitu meskipun pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan ini awal namun ianya lewat diterima oleh pihak pelajar. Perkara ini memanglah panting untuk disiasat bagi memastikan kebajikan dan juga ketenangan jiwa para pelajar sentiasa diambil kira dan diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh Maksud 8.48 iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Melalui rang undang-undang ini sejumlah RM43,558,900 telah diperuntukkan kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi dua tujuan yang utama iaitu perbelanjaan mengurus Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan menampung perbelanjaan sewaan ruang pejabat baru Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Putrajaya. Pertama iaitu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak yang berkenaan setakat ini apakah yang telah dilaksanakan ke arah menaikkan tarat hidup Orang-orang Asli dan sejauh manakah kejayaan serta penerimaan Orang­orang Asli terhadap projek-projek yang diadakan itu. Sehubungan dengan itu juga berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Kertas Perintah 27/2001 dinyatakan bahawa jumlah peruntukan keseluruhan kepada operasi penyelidikan dan penerangan hal ehwal Orang Asli ialah sebanyak RM7,593,800. Justeru itu saya inginkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini iaitu apakah bentuk penyelidikan dan penerangan yang akan diadakan yang memakan belanja sedemikian besar.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga inginkan penjelasan berkaitan dengan perbelanjaan sewaan ruang pejabat baru di Putrajaya. Adakah kepada semua kementerian yang beroperasi di sana terpaksa membayar sewaan ruang pejabat mereka di Putrajaya itu dan dengan adanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berpindah ke tempat yang baru ini kita mengharapkan nasib Orang-orang Asli ini terbela dan perspektit mereka sebagai living museum dengan izin, dan juga showcase menjadi semata-mata sebagai bahan tontonan dapat kita kikiskan dari masa ke semasa dan dapat ditingkatkan tarat hidup mereka sebagaimana rakyat yang lain di Malaysia ini. Dengan itu saya mahan menyokong.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat Datuk Manser.

11.51 pagi.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Perbekalan Tambahan 2001 yang kedua ini. Dalam penelitian saya secara umumnya pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM1.5378 bilion bagi perbelanjaan tambahan untuk tahun 2001 itu adalah berasas dan patut sekali diluluskan memandangkan keperluan yang mendesak untuk menampung kos perkhidmatan dalam tahun 2001 yang tidak diperuntukkan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2001 dan akta-akta perbekalan tambahan selepas itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya falsatah kerajaan rakyat yang dibentuk oleh rakyat untuk rakyat menuntut kepada kebijaksanaan dan kepelbagaian bagi meletakkan hasrat dan impian di alam yang nyata dalam iklim dan suasana yang damai, selesa, sejahtera dan progresit demi negara yang tercinta dan rakyat terbela. Saya juga percaya Tuan Yang di-Pertua, apakah tambahan RM1.578 bilion itu harga yang begitu mahal untuk dibayar bagi mencapai matlamat yang dicita bagi menjanakan

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

22 DN.5.12.2001

usaha ke arah wawasan menjadikan negara Malaysia ini sebagai negara maju. Bagi saya kiranya ada keperluan, kiranya ada kepentingan yang mendadak atas nama rakyat usahkan tambahan RM1.578 bilion bahkan lebih daripada itu pun masih boleh dibicara dan dipertimbangkan. Soal kemampuan bukanlah menjadi faktor utama. Soal kemampuan ini lazimnya ditimbulkan untuk melemahkan semangat jentera pelaksanaan atau dari sebilangan rakyat yang sentiasa dilamun rasa kecewa yang hanya hafal dengan nada lagu sumbang yang dibawa. Kita harus yakin dan tekad dengan kerajaan pilihan rakyat yang mempunyai kehebatan luar biasa. Salama ini terbukti dengan rekod, dengan izin, par excellent, berjaya membawa rakyat mengharung gelombang dan badai, masih teguh berdiri walaupun terpaksa berhadapan dengan tikaman-tikaman maut dari luar tiGJn dalam negara. Maka bagi saya soal kemampuan itu janganlah dipertikaikan kiranya ada sedikit lagi keikhlasan di hati kita sebagai hamba Allah yang serba serbi kekurangan. Lagipun kerajaan yang berjiwa rakyat akan berbuat apa sahaja untuk rakyat dan amanah inilah yang akan sentiasa menggerakkan minda pemimpin untuk melakukan yang kadang-kadang kita fikirkan dengan izin, impossible become possible, untuk mereka melunaskan tanggungjawab mendapatkan kemampuan yang diperlukan itu.

Tuan Yang di-Pertua, memang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kritikan-kritikan. Minda yang kritis sememangnya baik untuk kita, menjadikan kita sentiasa berwaspada. Kritikan yang membina lebih baik untuk menghasilkan satu rumusan yang mampu membawa laba kepada semua. Tetapi kritikan yang nakal dan menghina tentulah merugikan. Dalam membahaskan rang undang-undang akta perbekalan tambahan ini akan terdengar jugalah kita suara-suara yang akan mempertikaikan kesungguhan dan kemampuan kerajaan yang telah menyediakan Akta Perbekalan 2001 yang asal, kononnya gagal mengambil kira atau memfokus kepada perkara-perkara yang sekarang ini memerlukan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, pada saya kata-kata sebegini datangnya dari golongan rakyat yang lupa kepada hukum qada' dan qadar. Qada' dan qadar Allah dan yang menentang kepada hukum harus sifat baharu manusia, ciptaan Tuhan yang suka sangat mengkaji kerja-kerja Tuhan. Mereka lupa bahawa manusia hanya mampu merancang dan segala ketentuannya adalah milik Allah S.W.T jua. Maka kita harus percaya kepada kemampuan dan kewibawaan para pegawai dan kakitangan kerajaan kita yang sentiasa menjunjung aspirasi rakyat dan cita rasanya. Saya percaya apabila mereka merangkakan peruntukan-peruntukan awalan itu semuanya telah diambil kira untuk dilihat talus dan bijak dalam mencernakan peruntukan perbelanjaan yang berhemah lagi berimbang untuk keselesaan rakyat jelata.

Tetapi jarang sekali kita mengucapkan terima kasih kepada mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan keinginan, bukannya robot atau sebagai hamba abdi. Kadang-kadang kita tidak terfikir yang mereka ini terpaksa berjaga sepanjang malam tiga empat hari atau tiga empat minggu untuk merangkakan peruntukan sebegini. Tetapi bagi saya Yang di-Pertua, saya tidak lupa, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pegawai dan kakitangan kerajaan sekalian bahawa kerja tuan-tuan, puan-puan itu sebagai satu ibadah. lanya dilihat oleh Allah, ganjarannya akan diterima jua, mungkin di sini atau di sana atau di sini dan di sana. lnsya-AIIah.

Pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, bukan nasihat kepada para pegawai kita dan kakitangan kita supaya bersabar sahajalah terhadap segala tohmahan dan cemuhan kerana sasaran segala kritikan buruk itu sebenarnya bukanlah ditujukan kepada anda. Tetapi lebih ditujukan kepada kerajaan dalam usaha mereka untuk melemahkan pentadbiran pemerintah. 'Pukul anak sindir menantu' kata pepatah orang tua-tua, tetapi pepatah saya menyatakan 'kutuk anak untuk henyak bapa' tetapi ini tidak akan berjaya.

tu? Tlmbalan Yang di-Pertua Yang Berhormat Dato' Mansor itu pepatah mana

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Pepatah saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertuat Ah okay.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Kerajaan tidak akan menjadi lemah kerananya, percayalah kerajaan akan tetap berdiri teguh.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 23

Tuan Yang di-Pertua, masalah kita manusia ini ada dl antara kita yang lupa kepada mati. Kononnya mereka itu tidak akan mati-mati, mimpi hidup untuk beribu tahun lagi, sebab itulah bagi puak-puak ini langsung tidak melihat sedikit pun kepada kebaikan atau kebenaran. Pekak dan cakap pun berkahak. Kalau kita ingat kepada mati, kita akan tetap berusaha, berbudi, berbuat baik sepanjang hayat, hidup kita mendapat berkat. Rakyat makmur ditaburi rahmat, negara maju tegap dan kuat, itulah harapan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk membicarakan kesemua tajuk di bawah Akta Perbekalan Tambahan yang dipohonkan ini, cuma saya ingin berkongsi pandangan dengan pihak kerajaan dalam dua perkara sahaja, iaitu yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan da~'Kementerian Pembangunan Luar Bandar, itu pun di dalam beberapa perkara yang tertentu sahaja dan bukannya menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan saya di antara ciri-ciri penting dalam pembentukan sebuah negara yang ideal, berjaya dan makmur ialah dengan kehadiran di muka bumi ini pemimpin-pemimpin yang istimewa dan berwibawa yang mempunyai visi dan misi cemerlang dengan rakyat yang berilmu. llmu yang berteraskan pendidikan formal dan tidak formal amat penting bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan toleran. Maka haruslah kita meletakkan peranan Kementerian Pendldikan itu di tahap yang paling tinggi kerana di sinilah bermulanya kilang yang akan melahirkan cerdik pandai dan tenaga mahir untuk mencorakkan pembentukan negara yang berjaya, ini terbukti jelas. Perkembangan yang berlaku dari tahun ke tahun sejak merdeka hingga ke hari ini bagaimana Kementerian Pendidikan dulunya Kementerian Pelajaran memainkan peranannya. Berbagai cara telah dilaksanakan dari perwujudan dasar-dasar pelajaran yang pragmatik mengikut kesesuaian zaman. Pelan-pelan tindakan dan program-program pelajaran dan pembelajaran yang pelbagai sehingga pembinaan beratus-ratus sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menentukan supaya tiada seorang insan pun jadi buta huruf lagi dan buta hati dalam negara kita ini tanpa perlu dikupas satu persatu.

Tuan Yang di-Pertua, memadailah kita katakan kerajaan telah berjaya dengan perancangannya dari segi pembangunan Kementerian Pendidikan itu. Tetapi kebelakangan ini kita rasa agak dukacita sedikit dengan keadaan disiplin murid-murid kita yang kurang menyenangkan. Jika tidak dibendung dengan tegas akan membawa padah kepada negara. Di manakah silapnya, sedangkan usaha demi usaha telah dilakukan untuk membanteras gejala ini. Contohnya, ini yang saya ketahui sendiri, hari ini kita tidak lagi melihat murid-murid yang begitu hormat dan akur kepada guru­gurunya. Hari ini kita melihat murid-murid yang suka ponteng sekolah berlaku di kawasan saya sendiri, minta maaf saya tidak ada kawasan, berlaku di pekan saya sendiri. Waktu sekolah murid-murid ini boleh meninggalkan kelas darjahnya, pergi ke kedai-kedai yang berhampiran berbuat perkara-perkara yang jelas melanggar disiplin, contohnya menghisap rokok beramai-ramai dan berborak dan bila sudah habis masuk balik kelas macam Dewan Negara ini juga.

Timbalan Yang di-Pertua Dia pergi ambil rehat Datuk

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Ya dia pergi ambil rehat dulu. Adakah kita akan salahkan kepada guru-guru, mereka ini telah berbuat segala-galanya. Masalahnya hanya seorang sahaja guru disiplin yang diperuntukkan bagi satu-satu sekolah, dan saya rasa dan saya kira tidak mampu bagi beliau menanganinya. Apabila saya mengambil perkara ini secara peribadi dan berbincang dengan pentadbiran sekolah bagaimana kita boleh membantu. Katanya pihak pentadbir carilah saya peruntukan untuk membina semula pagar sekolah ini tetapi bukan dengan dawai lagi tetapi pagar tembok batu supaya tidak mudah murid-murid ini keluar daripada kawasan sekolah waktu sekolah, waktu belajar.

Tlmbalan Yang di-Pertua Yang Berhormat Datuk, walaupun tembok batu sudah macam penjara lagi cepat dia lari.. ..

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Alhamdulillah, penjarakan mereka. Saya hendak pergi ke situ, saya hendak bawa semula keadaan bagaimana di antaranya yang kita boleh bawa semula disiplin sekolah hari ini. Kalau saya masih ingat masa saya kecil-kecil dahulu maklum sahajalah kita pun masa kecil-kecil pun nakal juga sikit, apabila dirotan oleh guru saya atas satu-satu kesalahan, saya balik ke rumah tidak berani hendak beritahu dengan bapa saya yang say a kena rotan, pasal pemah saya lakukan saya katakan "cikgu tadi rotan saya satu kali," Bapa saya tanya "di mana?"

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

24 DN.5.12.2001

Saya kata "di belakang punggung." "Ha marl sini saya bagi dua kali lagi." Dan tanpa soal periksa kenapa. Bagi dia, bagi orang tua itu kalau cikgu sudah merotan itu mestilah ada suatu kesalahan disiplin yang telah dilakukan dan dia tidak akan membela saya dalam hal ini kerana semestinyalah saya yang bersalah.

Hal semacam ini kita tidak jumpa lagi hari ini. Kalau seorang anak balik mengatakan cikgu itu telah jentik dia, , jentik sahaja. Tak sampai satu jam, bapanya akan bawa parang pergi serang cikgu itu. Walhal anaknya kena jentik sahaja dia hendak serang dengan parang. lni di antara cerita-cerita yang nyata yang berlaku. Kadang-kadang kita fikirkan ini lumrah, dengan izin kita katakan this is the price we have to pay for progress, tetapi saya tidak percaya itu. Kenapa kita harus salahkan kepada progress, dengan harga itu kita terpaksa membayar dengan izin, I don't believe it.

Dalam hal ini, apabila kita bertanyakan dengan pihak guru, pihak guru pun ada alasan, "Saya hanya ada 7 jam sahaja dengan murid itu, tetapi mak bapanya ada 23 jam lagi, jadi tanggungjawab siapa?" Bagi saya dalam hal macam ini kita tidak mahu menyalahkan sesiapa pun. Yang kita pohonkan ialah bukan kesalahan yang kita harus carl tetapi penyelesaian. Dalam hal ini kita perlu membentuk- barangkali yang ada hari ini PIBG, kita perlu membentuk kaedah ke~asama, sama-sama bertanggungjawab di atas kes-kes disiplin supaya kita dapat kembalikan institusi pelajaran itu sebagai satu rumah ibadah juga yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin, yang akan melahirkan bijak pandai, yang akan menentukan hala tuju negaranya dan bangsanya.

Jadi dalam hal ini, saya memohon supaya Kementerian Pendidikan, dalam memperuntukkan perbelanjaan agar ianya bukan sahaja untuk membina sekolah­sekolah yang baru yang begitu banyak lagi, tetapi kita harus lihat kembali kepada keperluan sekolah-sekolah premier, bukan sahaja hendak membaik pulih dari segi mengecatnya atau membetulkan dindingnya tetapi prasarana dia juga. Apakah yang kurang di sekolah-sekolah ini maka boleh berlaku keadaan kecacatan disiplin yang di luar jangkaan kita.

Tetapi lazimnya yang saya lihat peruntukan-peruntukan untuk prasarana seperti ini harus mencukupi untuk mereka itu supaya boleh memberikan rasa murid­murid ini kepada sukanya duduk di kawasan sekolah. Hari ini kita lihat ramai murid­murid yang tidak mempunyai rasa keakuan kepada sekolahnya sendiri. Tidak semacam dahulu, semacam kita bersekolah dahulu, kita boleh bergaduh dengan sekolah yang Jain kerana mempertahankan martabat sekolah kita. Tetapi hari ini kita lihat begitu nipis perasaan keakuan kepada sekolah sendiri, kenapa? Jadi, dalam hal inilah barangkali kita harus juga meletakkan sedikit perbelanjaan peruntukan untuk membuat kajian yang lebih mendalam bukan setakat kadar kata orang hendak melepaskan batuk di tangga sahaja iaitu dalam kajian kes disiplin, cikgu kena selesaikan, ibu bapa kena selesaikan, PIBG kena selesaikan. Memanglah kita kena selesaikan tetapi bagaimana. Rasanya mungkin kita fikirkan ini perkara yang lumrah, tetapi percayalah bahawasanya jika kita tidak bendung daripada sekarang, ianya akan menjadi lebih teruk dalam masa yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, bagaimana pula dengan peranan PIBG dalam suasana anak-anak murid di sekolah?

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya hendak sampai ke situ, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, maaf [Ketawa]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Sebenamya saya hendak minta kita kembali, barangkali cara yang orlhodox, dengan izin, kita mahukan - mana saya tulis tadi?

Timbalan Yang di-Pertua: Cara yang ortodoks tadi.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ya. kita mahukan penggubalan semula aturan dan peraturan disiplin yang lebih rigid dan tegas dengan membawa ibu bapa bersama-sama menerusl PIBG menandatangani satu Akujanji persetujuan. Kakitangan kerajaan disuruhkan sign Akujanji juga, ibu bapa pun boleh supaya dalam kes-kes disiplin yang nyata dan jelas setelah dibicarakan dan didapati benar, ibu bapa harus menerima hakikat hukuman yang akan dijatuhkan. lni sebagai satu contoh deterrent kepada ibu bapa dan murid-murid yang lain. Kalau kita tidak pergi ke arah itu, kalau

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 25

kita hanya mengatakan hak asasi, yang rosaknya kita, akhimya kita semua akan jadi basi.

Jadi, dalam hal inilah saya ingin menyarankan di manakah kesesuaiannya peruntukan itu. lni Menteri Pendidikan bijak memikirkannya. Kita harus juga menerima bahawasanya institusi pendidikan ini panting dan di situlah letaknya contoh-contoh dan di situlah letaknya teladan-teladan dan kalau perlu kita memperuntukkan hukuman yang berat bagi kes-kes yang berat sehinggakan pemecatan daripada sekolah pun patut dilakukan. Hari ini bukannya murid-murid takutkan kepada guru seperti saya dahulu, hari ini guru-guru yang takut dengan murid-murid. Takut kereta kana coreng, takut kena baling, takut barang-barangnya kena curi, kalau lebih sangat dengan murid-murid itu. Hari ini murid-murid tidak takut l<epada guru tetapi sebaliknya guru-guru yang takut dengan murid-murid. Barangkali guru-guru ini pun hendak kana hantar latihan militari juga, supaya semuanya barangkali pandai karate. Jadi, dalam hal ini pembentukan insan itu tadi, pembentukan insan menerusi institusi seperti ini menuntut kepada penggemblengan tenaga dan perubahan cara yang sesuai untuk masa kini.

Saya pernah bercakap di dalam satu wawancara TV menawarkan khidmat kami daripada Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia untuk mencampuri jika dipanggil di dalam program-program kokurikulum sekolah. Murid-murid ini jika kita panggil duduk di dalam Dewan macam ini, panggil seorang pakar motivasi, pakar pensyarah, pakar nasihat bagi mereka nasihat dan ransangan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tidak akan didengamya, boring katanya. Tidak boleh pakai, tidak boleh paksa murid­murid itu duduk dalam Dewan, dengar, duduk, tidak boleh, hari ini tidak boleh. Pendekatan sudah berubah. Sebab itu dalam wawancara TV itu saya katakan, saya menawarkan khidmat kita sebagai bekas-bekas polls, panggillah kita ke sekolah pada hari Sabtu tengah hari atau pagi, kumpulkan murid-murid daripada tingkatan tiga, empat, lima atau satu dua, duduk relax, duduk bawah pokok, tepi padang bola, kita bercerita kerana murid-murid dia suka hero worship.

Saya hendak panggil orang tua-tua, ahli-ahli saya yang pernah kena tembak komunis, yang pernah berjuang dalam hutan, tidak makan sampai seminggu, hendak menceritakan pengalaman dia kepada murid-murid ini dengan cara impromptu, barangkali tentang ini mereka boleh terima kerana mereka ini hero worship. Kalau cerita kartun pun yang ada hero-hero itu pun dia boleh jadikan pujaannya, mengapa tidak manusia yang hidup yang pernah menempuh perjuangan semasa menjalankan tugas menjadikan ianya hero dan di dalam cara itu akan dapat kita menerapkan nilai­nilai murni, nasihat daripada orang tua, tok-tok ini yang bercerita cara impromptu, two way communication, dengan izin, barangkali kita dapat membentuk sikap murid-murid ini cara kita. Kita ada bekas polis, kita ada bekas tentera. Saya sebut dalam televisyen, satu Malaysia dengar, tidak ada pun yang hendak jemput kita, kerana kita begitu concern, dengan izin, keadaan itu.

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, cerita mengenai Akta Perbekalan, saya lebih menekankan kepada peruntukan-peruntukan yang boleh kita membawa fokus kepada soal disiplin murid-murid. Kita dengar banyak kes, ini tidak boleh dinafikan, kenapa dan mengapa? ltu biarlah pihak R&D menyiasatnya, tetapi bagi kita bagaimana kita hendak menyelesaikannya.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, tentang masalah murid, sebelum ini kita pernah dengar seorang Ahli Yang Berhormat kita mencadangkan supaya bekas-bekas guru pencen kita ini dipanggil boleh membantu sedikit sebanyak apa yang Datuk sebutkan tadi. Kali ini Datuk pula menyebutkan tentang bekas-bekas pasukan keselamatan polis dan tentera. Saya rasa ini patut dimainkan peranan oleh PIBG dan juga pihak pentadbir sekolah.

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Ya Tuan Yang di-Pertua, sebabnya memang kita pun percaya bahawasanya bekas-bekas guru ini juga mempunyai pengalaman dari segi keilmuannya, tetapi bekas-bekas anggota keselamatan seperti bekas polis dan tentera, kita mempunyai Jatar belakang disiplin yang boleh kita terapkan, yang boleh kita kongsi bersama menerusi pendekatan yang berbeza dan sekiranya perlu kerana saya katakan tadi guru disiplin di sebuah sekolah itu ada seorang sahaja, sebuah sekolah ada 800 ke 1 ,200 murid kalau sekolah A.

Dato' Dr. T. Marimuthu: [Bangun]

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

26 DN.5.12.2001

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ya, ada yang minta laluan. Dijemput Dato' Dr. T. Marimuthu.

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang memberi laluan kepada saya. Sebab-sebab menentukan masalah-masalah disiplin adalah berbeza dan untuk menyelesaikan disiplin di sekolah, kita harus mendapat pengalaman dan juga perkhidmatan daripada guru disiplin. Tetapi saya menganggap bahawa seseorang guru adalah guru disiplin, bukan sahaja kita hendak menentukan seorang guru disiplin. Kalau kita menentukan seorang guru sebagai guru disiplin, malah beberapa orang guru yang lain tidak begitu memberi perhatian k~pada masalah-masalah disiplin dan mereka menghantar murid-murid kepada guru disiplin sahaja dan saya ingin tahu daripada Yang Berhormat bukankah kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada berkaitan dengan disiplin? Jika kualiti pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bilik darjah tidak begitu menarik minat mereka, maka masalah-masalah disiplin di sekolah timbul. Apakah pendapat Yang Berhormat?

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu. Secara idealnya Tuan Yang di-Pertua, memanglah setiap daripada guru itu ialah guru disiplin juga. Tetapi secara praktikalnya yang berlaku hari ini yang saya lihat, saya pernah menjadi Pengerusi PIBG lima sekolah, sudah ditentukan siapa guru disiplinnya. Jadi, sebagai manusia juga, kalau anda sudah menjadi guru disiplin, apa juga masalah saya serah pada anda. ltu lumrah sebagai manusia biasa. Jadi, saya tidak hendak kupas panjang-panjang dalam hal itu sebab itu sudah lain pula masalahnya. lni masalah sikap dan sebagaimana kata Yang Berhormat Dr. tadi, saya sudah sentuh tadi iaitu barangkali masalah disiplin itu saya kata kerana kurangnya prasarana yang menarik di sekolah itu, saya sudah cakap tadi. Barangkali kurangnya peralatan sukan, permainan dan sebagainya untuk menarik minat mereka untuk tinggal di dalam kawasan sekolah itu. Barangkali kurangnya perkara-perkara yang lain, barangkali kurangnya indah bagaimana hendak make upkan dewan sekolah, bilik darjah dan sebagainya.

ltu yang saya katakan tadi, soal daripada Dr., itu yang saya sebutkan mungkin itu sebabnya. Sebab tu mereka tidak mempunyai rasa keakuan kepada sekolah itu, rasa keakuan diri , sayangkan sekolah itu. Sebab itu juga dia rasakan sekolah itu sebagai tempat dia menumpang sahaja, untuk menghabiskan masa dari pukul 7 pagi sampai ke pukul 1 tengah hari dan inilah yang saya katakan tadi. Bagaimana hendak menyelesaikannya bukan soal sekolah itu sahaja, bukan soal pihak pentadbir sahaja, bukan soal PIBG sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab bersama pihak sekolah, PIBG, masyarakat dan lain-lainnya yang boleh membantu memberikan kerjasama kerana kita merasakan kita memerlukan, kita akan pergi. Pasal saya orang yang ingat mati. Tidak macam seseparuh, dia tidak ingat, kita akan mati. Ketika itu timbul mereka yang berkualiti daripada institusi-institusi pendidikan yang kita bina. Tidak ada ertinya bagi kita membina 200 buah sekolah lagi kalau masalahnya serupa itu juga. ltulah sebab saya katakan dalam merangkakan peruntukan ini, selalu yang saya lihat sejak saya jadi Pengerusi PIBG, saya selalu tanya dengan sekolah pun, tidak adakah sikit duit untuk buat ini? "Tidak ada, cukup ini sahaja, cukup itu sahaja. Hendak repair­repair ini, tidak ada." Tidak tahulah saya. Jadi, itu pengalaman saya. ltu sebab saya katakan, barangkali dalam hal macam ini, saya hendak mengajak para pegawai yang berkenaan yang terlibat supaya memikirkan ke arah masalah itu.

Kita harus membina sebuah sekolah sebagai satu "istana", "mahligai" bagi murid-murid yang belajar yang bila dia duduk di rumah pukul 6.00 pagi, hendak pergi kesekolah, cepat-cepat emak dia atau bapa dia baru hendak siapkan makanan, dia tidak sempat-sempat lagi hendak suruh emak bapa dia hantar dia cepat ke sekolah kerana begitu minat hendak pergi sekolah, kerana begitu sayang dengan sekolah, kerana begitu cinta dengan keadaan sekolahnya, kerana begitu mulia rasanya. lni yang kita hendak wujudkan bermula daripada itu. Kalau tempat sekolahnya pun sudah - minta maaf, tidak dipedulikannya, dikencingkannya, macam mana kita hendak membina budi akhlak ini, seperti kata doktor tadi daripada segi soal sikap. Jadi, soal sikap ini, itu lain pula. ltu pendidikan bagi guru-guru pula, pihak peringkat guru-guru.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput,laluan diberi. Sila Yang Berhormat.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 27

Puan Jamllah blntl Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti perbahasan Datuk, alhamdulillah, nampaknya menekankan kepada keseluruhan kerana kita memahami ya Datuk, nature manusia itu diciptakan mempunyai beberapa faktor iaitu faktor fizikal - tubuh badan, spritual - kerohanian, dan perasaan - emosi.. Kalau kita melihat juga kategori pendidikan itu sendiri, guru di dalam istilah bahasa Arabnya dipanggil, kalau guru hanya guru, datang dengan operasi dan function, peranan sebagai guru dipanggil mua'/imah. Tetapi kalau guru yang dekatkan kejiwaan, yang mendidik dipanggil 'murabbiah'. Bagaimana hendak menangani, memahami kejiwaan murid-murid di dalam memahami dan mengenal emosi perkembangan pelajar itu sendiri?

Jadi, itulah yang saya bern'linat dengan perbincangan Datuk tadi, mungkin tidak sampai lagi agaknya masuk ke gerbang menyentuh dalam peranan guru sebagai 'murabbiah' kerana Rasulullah pemah berpesan iaitu [Membaca sepotong ayat Hadis] yang bermaksud, "membentuk, mendidik kejiwaan dan keseluruhan, nature anak-anak kamu itu." lni bermakna tidak menumpukan kepada peranan memberi, tetapi pendidikan emosi (kejiwaan) itu lebih ditekankan. Maknanya, penekanan dari segi mentor-mente , dari segi kaunseling, dari segi memahami emosi dan peringkat­peringkat anak-anak yang harus kita didik itu perlu dan saya ingin tahu sedikit pandangan daripada Datuk kerana saya juga bekas seorang guru dan kita terlibat juga dengan pihak sekolah memanggil polis untuk melihat dan mengawal anak-anak nakal, boleh diistilahkan. Jangan kita sampai memanggil 'kanak-kanak samseng,' tetapi kadang-kadang media menggunakan bahasa pelajar-pelajar dalam membangun emosi itu, dia menentang dan dia tidak sesuai dengan kejiwaan dia dan digunakan, minta maaflah kepada media. Kadang-kadang memang digunakan perkataan 'samseng'.

Jadi, boleh dimaintain ataupun boleh dididik kejiwaan liar pelajar itu. Jadi, sejauh mana dalam pengetahuan Datuk, keberkesanan apabila pihak penguasa sekolah-sekolah memanggil polis untuk meninjau, menjaga, memberi kerjasama dalam sokongan di sekitar bandar, yang saya ingin tahu dalam mencegah pelajar-pelajar merokok dan terbabit dengan mencuri, terbabit dengan dadah, terbabit dengan pelbagai yang boleh dan di katakan agak kesopanan terjejaslah. Jadi, setakat inilah dengan pengalaman Datuk sendiri pernah menjadi Pengerusi PIBG di lima buah sekolah yang saya sempat dengar tadi. Saya minta pandangan Datuk. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Datuk Mansor.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat Puan Jamilah. Statistiknya saya tidak adalah pasal dalam hal kita minta bantuan daripada pihak polis dan sebagainya, untuk sama-sama menangani masalah gejala sosial ini, memangnya tidak menjadi salah dan saya rasa di banyak tempat pun, respons yang diberikan oleh pihak berkuasa undang-undang itu memang selalu memberikan. Cuma, kadang-kadang kita memikirkan sama ada akan menjadi satu perkara yang boleh dipandang negatif sekiranya selalu sangat polis masuk ke kawasan sekolah yang beruniform. Jadi bagi saya, semasa saya terlibat dengan PIBG, saya selalu minta supaya polis yang datang itu tidak beruniform supaya untuk mengelakkan salah sangka dan perasaan negatif sesetengah pihak dan saya tidak fikir mana-mana pun pejabat ataupun balai polis yang akan menolak, yang tidak akan memberikan kerjasama jika diperlukan in fact ................... [Disampuk]

Puan Jamllah bintllbrahlm: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, jemput.

Puan Jamilah binti Ibrahim Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak memperlihatkan pandangan saya ke arah salah. Jadi, saya menuju ke pandangan yang positif untuk memberi sokongan dan kerjasama polis itu menjaga dan membantu anak-anak kita.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Tetapi Yang Berhormat betul, kalau boleh kerap masuk, pandangan orang ramai lain pula. Jtu yang Datuk cakap tadi itu. Kalau polis hendak datang, jangan pakai uniformlah misalnya. ltu barangkali balk sedikit.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: ltu yang saya katakan tadi, yang saya maksudkan tadi, in fact minta maaf ya. Sebenamya, kes yang saya katakan murid keluar daripada sekolah itu tadi, pada waktu belajar bukan 10, bukan 20 orang, 100 lebih orang. Bukan sikit Tuan Yang di-Pertua, bukan sikit tetapi 150 orang sekali keluar daripada 1,200 murid yang belajar hari itu, 100 lebih keluar, hampir berapa persen,

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

------------------- - ------

28 DN.5.12.2001

Iapan persen. Saya sudah hendak panggil polis itu bawa empat trak, hendak rangkum mereka ini semua letak dalam trak itu bawa balik ke balai, selepas itu panggil emak bapa. Saya sudah hendak buat dah, tetapi saya fikirkan, biar saya bincang dengan pihak pentadbir dahulu. Sanggupkah tidak dia menerima cadangan saya begini.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Tetapi Yang Berhormat Datuk, saya dengar tadi jawapan Pengetua. Saya pandang serius kalau beratus murid keluar sekolah waktu belajar.

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Pagar tadi itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya. ~a>Vapan Pengetua mengenai pagar tembok, saya rasa something wrong with that school, dengan izin. Saya rasa seluruh pentadbiran itu perlu diperbetulkan. Saya belum pemah dengar beratus orang keluar dan jawapan oleh Pengetua itu, kita rasa .............. [Disampuk]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Tetapi saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, pentadbir dan Guru Besar itu begitu ikhlas cakap dengan saya. Saya tidak fikir something vety wrong, dengan izin. Memang ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud saya Datuk begini, dia memang ikhlas tetapi dari segi masalah murid keluar sekolah tadi, saya hendak kongsi pengalaman saya sedikit. Saya berminat dan kebetulan juga saya seorang pendidik. Saya pernah melawat sebuah negara luar di mana dia menarik minat murid-murid ini ke sekolah dengan penglibatan luar, macam Datuk cakap tadilah. Ada ibu bapa yang bagus dari segi berenang, kebetulan sekolah itu ada kolam renang. Dia datang bergilir-gilir untuk membantu melatih anak-anak berenang. Yang baik dari segi lukisan, dia membantu dari segi lukisan. lni bermakna, penglibatan emak bapa bersama-sama. Yang baik dari segi bola sepak, dia datang membantu anak-anak di sekolah. Daripada anak-anak ini dengar guru sukan mengajar sahaja, yang tadi itu bercakap sejarah, cikgu Sejarah sahaja, ia membosankan.

Maknanya, kreativiti sekolah itu menghidup, menarik murid-murid supaya belajar, sebab ada murid dia tidak suka belajar, dia suka main bola. Tetapi, dengan adanya perkara yang menarik dia, dia akan minat kepada sekolah, dia akan sayang sekolah itu. Jadi, mungkin kita tidak dapat semua tetapi sebahagian besar kita dapat menarik • kreativiti. Bila cerita tentang wang, saya rasa satu sumber yang paling panting tetapi kita tidak boleh menunggu sehingga wang datang. Jadi oleh itu, kadang­kadang dalam masyarakat susah, dia kreatif. Jadi, ini perkara yang panting.

Saya akui apa yang Datuk cakap tadi. Jadi saya rasa, bukan sahaja sekolah tetapi juga saya hendak dengar emak bapa juga bersama. Kita dengar di antara tempat-tempatnya, emak bapa juga terlibat dengan melihat video lucah dan akhimya anak jumpa video, ada kesan. Jadi, bagaimana guru dapat memainkan peranan. Saya bersetuju dengan pandangan Datuk ini, sebab generasi ini kalau kita tidak jaga, dia akan melibatkan generasi seterusnya. Jadi oleh itu, perlu kita ambil perhatian yang seterusnya.

Puan Chew Poh Thol: [Bangun]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Jadi .....

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang minta laluan. Okey, tidak apa. Jemput.

Puan Chew Poh Thol: Minta laluan.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ya, diberi. Jemput.

Puan Chew Poh Thoi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Mansor yang memberi laluan kepada saya. Saya sangat bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Tuan Yang di-Pertua, sekolah yang mempunyai murid beratus-ratus keluar daripada kawasan sekolah, ini boleh di katakan sekolah ini adalah sekolah yang bermasalah, yang tidak berdisiplin. Saya pernah pergi ke negara Jepun di mana saya ternampak sekumpulan kanak-kanak yang berumur lima, enam tahun mengikut gurunya ke satu tempat lebih kurang satu kilometer. Guru itu berjalan di depan sahaja dan murid yang lima, enam tahun ini ikut di belakang dalam barisan yang lurus sahaja. Guru itu langsung tidak lihat apa yang berlaku di belakang. lni adalah disiplin.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

ON.5.12.2001 29

Tadi Yang Berhormat kata sekolah yang selesa boleh dijadikan syurga bagi murid-murid, tetapi kita mesti memahami ada murid yang tidak minat dalam pelajaran dan dia terpaksa duduk di bilik darjah itu selama lima, enam jam. Sebab itu saya ingat seberapa selesa tempat itu, sudah menjadi tempat neraka. Sebab itu, saya bercadanglah jika sekolah dari masa ke semasa boleh mengadakan kursus motivasi untuk memotivasikan pelajar-pelajar ini supaya attitude pelajar itu boleh diubah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Datuk Mansor.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ya, terima kasih atas pandangan itu, ada yang saya setuju, ada yang saya tidak berapa setuju. Yang saya tidak berapa setuju itu kadang-kadang, kita pun tidak boleh kata terus bahawasanya sekolah itu mempunyai masalah yang besar dari segi disiplin tanpa kita mengetahui apa sebab-sebab di antaranya dan barangkali kegagalan saya memberitahu salah satu daripada sebabnya tadi ialah murid-murid yang berada di sekolah itu bukannya semua berasal dari mula darjah satu disekolah itu sehingga ......... Yang menjadi masalahnya selalu datang daripada murid-murid tingkatan tiga, tingkatan empat, bukan berada daripada darjah satu sehingga tingkatan tiga di situ. Kebanyakannya yang membawa masalah ini ialah murid-murid daripada sekolah-sekolah kecil yang bila sampai ke menengah dia pergi ke situ. Dia hanya datang ke sekolah itu ketika dia menengah, tingkatan satu. Sebelum daripada itu, dia barangkali datang daripada sekolah dekat estet sana, sekolah dekat estet sini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, memang beginikah keadaan sekolah menengah kita? Oia datang daripada ...... .

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Kebanyakannya ya. Tetapi, itulah dia. kadang-kadang dalam hal dasar ini, kita kena lihatlah sedikit maknanya. Sekolah yang saya sebutkan ini, satu ketika dahulu yang hari ini ialah sekolah premier telah banyak melahirkan pemimpin negara termasuk menteri-menteri, timbalan menteri yang ada pada hari ini pun, daripada sekolah ini. Termasuk saya, saya pun daripada sekolah itu, melahirkan pemain-pemain sukan bertaraf nasional dan ramai pemain-pemain ragbi Malaysia yang lahir daripada sekolah itu. Hari ini, kita sanggup balik ke sekolah itu hendak bimbing pasukan ini, you jaga pasukan ragbi, you jaga pasukan bola. Kita sanggup keluar duit kita, tetapi minta maaf cakap. Yang saya lihat daripada segi tenaga pengajar, ini pun pihak kementerian kena kaji balik semula dasar itu, daripada 110 guru yang ada di situ, 85 daripadanya adalah wanita. Hendak suruh wanita jaga bola ragbi ini susah sedikitlah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebut wanita Oatuk Ghazi sudah bangun. {Ketawa]

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Champion kepada wanita.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan kerana wanita tetapi kerana barangkali isu. Jemput Datuk. Laluan diberi.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Mansor kerana memberi laluan. Saya mengikuti sedikit perdebatan yang begini amat baik dan agak kontroversial. Sekolahnya, sekolah hebat. Yang Berhormat Datuk sudah cerita bagaimana sekolah hebat. Yang Berhormat Datuk agak tidak bersetuju dengan Yang Berhormat tadi kata kalau sekolah dia bermasalah sebab kurang maklumat; Yang Berhormat Datuk sudah bagi maklumat. Setelah mendengar maklumat, saya Jebih mirip bersetuju bahawa memang sekolah ini layak diberi tarat dibuat keputusan "bermasalah besar", bukan setakat bermasalah. Sebab kalau sekolah yang ada potensi begitu, ia ada sejarah mengeluarkan orang­orang yang temama dan jaguh sukannya ada.

Yang dicerita oleh Yang Berhormat Oatuk menepati kes yang Tuan Yang di­Pertua sebut tadi. Ertinya ciri-ciri, resipi, raw material semuanya sudah ada untuk menjadikan sekolah ini satu sekolah yang hebat. Malah cerita baik tentang jaguh-jaguh yang telah dapat dikeluarkan oleh sekolah ini menunjukkan sekolah ini sepatutnya menyimpan tradisi yang baik. Tradisi itu mesti diperhebatkan, dan siapa yang mengambil alih tradisi, yang mengambil alih tradisi dari satu ke lain ialah kepimpinan sekolah. Siapa kepimpinan sekolah? Saya melihat ini sebagai CEOnya - ketua eksekutifnya. Ketua eksekutif sekolah ialah pengetua - saya andaikan ini sekolah menengah. Ya, sekolah menengah- pengetua. Kalau itu pengetua, jadi pengetua itu

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

30 DN.5.12.2001

betul-betul pada saya, walaupun Yang Berhormat cuba kata kita kena faham begitu, dia jawab begini, tidak sedap.

Pada saya memang tidak layak pun kalau jadi pengetua. Kalau sekali gus seratus lebih keluar masya-AIIah, ini satu chaotic chaos, dengan izin, atau gila -keadaan pelik, yang tertalu teruk. Saya rasa mungkin di kawasan Yang Berhormat saya agak, di kawasan dekat-dekat, maksudnya di tempat duduk, bukan kawasan pilihan raya, ingat kawasan pilihan raya - tidak, kawasan kediaman, mungkin di situ. Pada saya kalau perkara ini berlaku dalam tempat kawasan kediaman Yang Berhormat dan tempat ini adalah satu tempat yang kita rasa megah juga dengan kekuatan dia dari yang lain, pada saya ini satu permasalahan yang kita tidak boleh pandang ringan.

' lni yang kita tahu berlaku di sini, dalam keadaan yang di bawah hidung kita ini,

yang semuanya ada, apa yang kita mimpikan hendak buat macam Yang Berhormat sebut, semuanya ada. Resipi untuk menggunakan, memasak dengan baik sekolah juga ada. Sekolah ini mempunyai potensi menjadi sekolah contoh pada semua sekolah. Saya cukup rasa pelik. Saya rasa sekolah ini sepatutnya dilabelkan 'sekolah hitam', sampai dia jadikan program baik pulih, sehingga dia lepas itu sampai tahap pencapaian lain barulah diklasifikasikan 'sekolah hijau' daripada 'sekolah hitam'. lni saya - hijau ini sensitit pula. [Ketawa] Warna atau apa saja. Putih, hitam lawan dengan putih. Maaf saya. Bahasa 'hitam' dengan 'putih'. Dari hitam tukar jadi putih, barulah nampaknya ada semangat sedikit. Jadi, keseluruhan anggota masyarakat didedahkan.

Saya cukup tertarik dengan tajuk ini kerana tajuk ini challenge sebagai satu kes. Kita banyak bercakap kes itu kes ini, patut begitu patut begini. Tetapi bila ada satu yang mempunyai ciri-ciri yang begitu hebat, yang boleh kita pergunakan, kita ingin menggunakan ini sebagai satu bahan untuk dijadikan projek penyelidikan bersama dan memantaatkan. Jawapannya semua kita ada tetapi macam mana kita hendak mencari solution yang baik. ltu pada saya patut dijadikan satu program yang khusus yang boleh dimantaat oleh semua, termasuk saya sendiri. Saya pun hendak belajar juga apa yang tidak kena dari segi resipi sekolah ini yang begini hebat.

Tadi sahaja kita bercakap tentang pelan pembangunan pendidikan sepuluh tahun. lni rancangan sepuluh tahun yang kedua terakhir sebelum mencapai tahun 2020; lepas itu sudah 2010 sampai 2020. Kalau dalam zaman 2001 yang termasuk dalam ini ada sekolah cemerlang semacam ini - saya sebut sekolah cemerlang sebab prestasinya hebat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekolah premier.

Datuk Ghazi bin Hajl Ramli: Sekolah premier, sekolah premier yang mempunyai tarat hitam, ini pelik - kontradiksi, sekolah premier yang mempunyai tarat hitam. Macam, katakanlah hotel yang mempunyai tarat lima bintang tetapi mempunyai alat perkakas atau perkhidmatan, servis yang bertarat minus satu - itu teruk, sebab semasa dia capai tarat itu dahulu perkhidmatan dia tinggi, masa dapat lima bintang; kemudian pengurusan tidak elok, banyak ada masalah-masalah yang lain sampai perkhidmatan rendah. Saya melihat ini sebagai satu kes simbolik yang serius. Kita bercakap yang kampung, itu satu cerita kampung, saya pun sudah cerita bab kampung ini, satu bab. lni cerita dalam bandar bestari, ya bandar bestari, direferkanlah.

ltu saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat, secara ringkasnya, bersetujukah atau tidak kita patut melihat dengan serius, jadikan satu projek penyelidikan, melibatkan masyarakat yang lain sampai jadi kes. Malah buat satu laporan, satu kertas buku untuk dimaklumkan kepada semua - serius. ltu pandangan sayalah. Jadi, hendak kata jawapan Yang Berhormat tadi kata "ini okey sebab Pengetua kata begini, begini...

Saya hendak sebut satu lagi, hal polis. Saya terdengar tadi kata kalau hendak masuk polis jangan pakai uniform. lni satu lagi. Saya tidak tahulah, ini spontan. Setakat sekarang, saya rasa senario sebenarnya saya tidak tahulah, pada saya di antara satu cara untuk menunjukkan, untuk mengubahkan pemikiran dan mengukuhkan usaha-usaha disiplin ialah juga dengan mewujudkan orang yang beruniform. Apa salahnya? Memang dirancang begitu, bukan sengaja-sengaja dan sebagainya. Kalau pun, ertinya dia tahu, kalau ada uniform masuk you bagi message kata ada salah dalam ini, tetapi kalau ibu bapa dia datang macam biasa dia tidak buat kerja yang orang takut. Kenapa kita patut kita hilangkan uniform yang sepatutnya menyampaikan,

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 31

menjadi alat komunikasi tentang hal disiplin. Tetapi bila kita hendak implemenkan disiplin, kita kata buang uniform, jangan tunjuk, kena ala-Special Branch, kena ala­perisik.

Pada saya sepintas lalu saya tidak nampak kesungguhan dari segi ini. Saya lebih suka kalau disiplin biar dia pakai betul. Jadi, budak sampai message, "oh, ini sudah tidak betur. Proses pembelajaran begitu - dia lihat, dia a mal, dia buat apa cikgu cakap, betul ada, yang kena tangkap kena tangkap, biar. Samalah dengan kalau anak kita jahat, polis hendak tangkap, tangkaplah. No problem, sebab dia buat salah. ltulah disiplin, bukan kerana dia anak kita tetapi kerana pertahankan disiplin dan nilai pendidikan yang kita hendak pada kanak-kanak itu. Jadi, saya cukup berminat dengan tajuk ini dan saya minta pandangan .Yang Berhormat Datuk. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Ghazi. Sebenarnya we have to be fair, minta maaf, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, we have to be fair to the CEO sekarang ini. Dia baru enam bulan dia take-over. ltu sebab saya kata tadi, jadi dia cuba sedaya-upaya dan dia pun seorang CEO wanita juga.

Jadi, apa yang saya hendak perkatakan pertamanya yang saya sebut tadi, setuju dengan tidak setuju tadi, saya tidak kata pun tadi bahawasanya langsung jangan ada sekali pun orang yang beruniform masuk ke sekolah. Yang kita katakan, janganlah hari-hari kerap sangat yang beruniform masuk. Soallambang yang dibawanya sebagai orang disiplin, seorang yang berkuasa mengamalkan undang-undang, tidak pakai pun tidak bererti tidak membawa disiplin, tetapi kita nampak rupa dia itu- bentuk badan dia, sasa dia, cara dia bercakap, gaya dia berjalan kita tahu dia ini polis.

Jadi maknanya, gambaran hanya untuk menakutkan sahaja minda murid­murid pada uniform itu tidak jadi. Selain daripada itu, sebab saya katakan premier tadi itu, saya bagikan contohnya, sekolah ini pernah melahirkan Menteri Besar, pernah melahirkan Timbalan Menteri Besar, pernah melahirkan menteri-menteri, timbalan menteri, satu ketika tujuh orang sekali wakil rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, sekolah premier ini dia diberi title oleh kementerian. Adakah sekolah ini memang diberi title sekolah bergred?

Datuk Mansor bin Hajl Md. Jaafar: Memang, sekolah lama ini, sekolah seratus tahun, sekolah sudah mencapai umumya 98 tahun saya rasa sekarang. Sekolah itu juga selalu kalau pasukan band dia pergi bertanding, menang, jadi juara. Macam kata Yang Berhormat Datuk Ghazi tadi, betul. Saya mengatakan ini yang berhadapan dengan kita, yang dekat dengan saya, saya jadikan contoh sekolah saya, saya tidak usik sekolah orang lain.

Tetapi persoalannya yang ingin saya nyatakan di sini, berapa banyak sekolah­sekolah semacam ini di seluruh negara, yang mungkin tidak mahu kita menimbulkannya kerana rasa malu, kerana rasa takut, kerana rasa segan. Kerana "rasa-rasa" itulah yang akan merosakkan negara kita ini kerana kita melahirkan manusia-manusia yang tidak berkualiti. Jadi, saya jadikan sekolah saya sebagai contoh.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput, laluan diberi kepada Yang Berhormat.

Puan Jamilah blntllbrahlm: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Mansor. Oleh kerana permasalahan anak-anak bangsa, generasi kita, generasi yang menjadi aset kepada negara, saya berminatlah. Harap Yang Berhormat Datuk jangan marah saya bangun bertanya. Jadi, kita melihat kepada anak pintar hari ini, dilahirkan anak-anak bestari, bijak dan segala-galanya untuk berhujah dan berdebat dengan ibu bapa pun, kadang-kadang kita tidak mampu untuk hendak menangani dan hendak melawan hujah anak-anak itu.

Cuma secara general, secara umum, Yang Berhormat Datuk tidak menyebutkan tempat, cuma kita membuatkan andaian. Apakah Yang Berhormat Datuk melihat dari segi gamitan persekitaran lebih mempengaruhi dan anak-anak daripada sekolah tentunya sekali di sekolah menengah, mereka mempunyai kelab, organisasi, badan dan sebagainya, mereka sudah biasa organize. Jadi, kalau satu gamitan yang rancak, yang lebih menarik di luar sana, maka dengan diorganizekan secara senyap­senyap dalam Internet, dalam e-mail dengan anak-anak yang standard elite dan sebagainya, boleh menggunakan satu alat yang senyap-senyap tetapi berjaya apa

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

32 DN.5.12.2001

yang mereka rancangkan. Jadi, saya tertarik melihat persekitaran dan gamitan luaran yang boleh mempengaruhi. Macam mana pandangan Yang Berhormat Datuk. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya setuju benda itu mungkin di antara sebabnya. Tetapi itulah sebab saya katakan, yang penting dalam hal ini bermula daripada institusi keluarga itu sendiri, bermula daripada rumah, dan jangan sangat kita salahkan gamitan-gamitan yang berbagai-bagai di luar itu kiranya penanaman moral, sikap moral, bertanggungjawab, kasih-sayang terhadap keluarga dan ibu bapa itu. Keimanan yang ditanamkan barangkali adalah di antara perkara-perkara yang boleh dijadikan senjata baginya menepis daripada keinginan tersebut.

' ' Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat Puan

Chew Poh Thoi mung kin hendak menambah sedikit. Diberi laluan, jemput.

Puan Chew Poh Thoi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat, jangan marah ya, tadi Yang Berhormat sebut berkaitan dengan sekolah yang menghasilkan orang yang besar-besar, tetapi mungkin pada masa itu pentadbimya adalah orang lain. Sebab itu bukan sekolah yang menghasilkan orang besar itu ia mesti dalam sepanjang masa itu adalah sekolah cemerlang. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Datuk Ghazi yang kata pentadbir atau pengetua sekolah ini perlu ditukar atau dilucutkan jawatan sebab jika sekolah itu adalah sekolah yang berdisiplin, ia boleh mengadakan cara-cara untuk mengawal muridnya. Mungkin tutup gate, macam mana dia boleh keluar? Okey, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: ltu saya setuju. Saya tidak kata saya tidak setuju. Saya kata ada yang saya bersetuju, ada yang tidak bersetuju, itu saya kata. Dan saya sudah kata tadi, hendak tutup gate tadi saya sudah cakap, dia hendak minta tembok, tidak ada duit untuk buat tembok, macam mana hendak tutup gate. Gate tutup tetapi tembok terbuka belakang, macam mana? lni yang orang kata, tutup di atas, bawah terbuka atau bawah tertutup atas terbuka.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, boleh kita sambung lepas rehat nanti, sebab cerita ini menarik perbahasan ini agak juga.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya tidak pergi lagi pembangunan luar bandar.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya boleh. Jadi, kita sambung nanti Yang Berhormat Datuk.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan majlis mesyuarat Dewan ini hingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada puku/ 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.31 ptg.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya bincangkan sebelum kita berehat tengah hari tadi, saya mengambil kesimpulan bahawasanya perkara yang amat penting yang ingin dibincangkan dan diambil satu pendekatan ini ialah mengenai hal disiplin. Dalam hal disiplin ini yang menjadi perkara yang amat menakutkan kita, maka saya memohon supaya pihak kementerian dan jabatan membuat satu kajian dan sementara itu memberikan satu jumlah peruntukan seperti yang saya katakan tadi untuk menentukan supaya sekolah-sekolah tersebut mempunyai secukupnya peralatan dan prasarana yang boleh membantu kepada perkembangan pembelajaran itu sendiri.

Pagi tadi saya cuba bertanya sesuatu tetapi saya tidak berkesempatan dalam hal pendidikan ini juga, dalam soalan lisan. Tetapi saya ingin mengaitkan di sini mengenai program P.12 yang jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan iaitu program Struktur Pendidikan Malaysia - P .12 itu masih lagi dalam penelitian dan kajian kerajaan. Yang saya ingin bangkitkan pagi tadi ialah sama ada atau sejauh mana kebenarannya sekarang ini di mana ada sekolah-sekolah di luar bandar yang bagi murid-murid tahun satu yang baru masuk dikehendaki menjalani prasekolah selama tiga bulan. Sejauh mana kebenaran ini berlaku iaitu adakah ini satu daripada

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 33

kajian atau penelitian yang sedang dijalankan oleh kerajaan untuk menentukan sama ada Struktur Pendidikan - P. 12 itu akan dijadikan kenyataan atau adanya sekolah yang murid-muridnya bagi tahun satu itu dikehendaki melalui prasekolah selama tiga bulan sebagai satu perkara kebetulan sahaja. Kerana kalau sekiranya sekolah­sekolah di luar bandar itu terpaksa melalui prasekolah tiga bulan sebelum dia masuk ke syllabus yang sebenarnya bagi tahun satu atau tahap satu,maka sekolah­sekolah ini akan ketinggalan daripada sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan program prasekolah tiga bulan ini. Ertinya, sekolah yang di luar bandar dia terpaksa melalui prasekolah tiga bulan, sekolah yang di bandar barangkali ataupun di mana tidak perlu, maka murid di sekolah yang tidak perlu itu akan lebih advance tiga bulan daripada murid-murid yang terpaksa, melalui prasekolah itu tadi.

Persoalannya pula, kalau begitulah yang berlaku kenapa perlunya prasekolah tiga bulan itu tadi, sedangkan kita tahu murid-murid di luar bandar ini juga terdedah kepada prasekolah menerusi program-program KEMAS, iaitu tadika-tadika KEMAS, apa perlunya mereka ini kepada syarat prasekolah tiga bulan. Kerana prasekolah tiga bulan itu kalau ada, dengan izln, ada multiplying effectnya, ertinya setiap kali murid yang ini terlibat mereka akan ketinggalan tiga bulan di belakang daripada murid-murid yang tidak perlu melalui prasekolah ini tadi. ltulah yang saya ingin tanyakan dan saya mengambil kesempatan ini bertanyakan menerusi ini kerana bagi saya hal yang semacam itu pun yang melibatkan dasar kadang-kadang kalau kita fikirkan perkara itu sebagai satu perkara yang remeh tetapi sebenamya tidak remeh. Kerana ia mempunyai seperti saya kata dengan izin multiplying effect daripada ketinggalan tiga bulan syllabusnya. Saya rasa daripada perkara pendidikan saya hendak beralih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang juga ada peruntukan tambahan inl.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang minta laluan.

Dato' Dr Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan. Sebelum Yang Berhormat Datuk Mansor itu meninggalkan topik pendidikan mungkin boleh saya bertanya sesuatu pendapat Yang Berhormat tentang disiplin yang telah dibincangkan tadi. Jiran kita iaitu Singapura telah melaksanakan satu sistem di mana bella atau rakyat remaja itu diperlukan menjalani satu perkhidmatan nasional (national service) di mana mungkin unsur-unsur seperti disiplin ditekankan dan kemudian mereka masuk ke institusi-institusi pengajian yang lebih tinggi. Jadi, daripada apa yang .telah dilakukan itu mungkin nampaknya ada kebaikannya. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat Datuk Mansur sekiranya untuk mengatasi masalah disiplin itu pelajar-pelajar di sekolah mung kin diperlukan menyertai pasukan polis atau pasukan berseragam ataupun menggunakan cara-cara seperti yang digunakan oleh jiran kita. Apakah pendapat Yang Berhormat Datuk tentang perkara ini? Terima kasih.

Datuk Mansor bin hajl Md. Jaafar: Terima kasih Dato' Dr Chin. Saya rasa pada pandangan saya ianya tidak ada berkait rapat untuk mengatasi masalah disiplin sekolah yang mereka harus ataupun diberikan pendedahan seperti Singapura National Service, kerana disiplin di sekolah yang kita katakan ini ialah kebanyakannya daripada sekolah menengah rendah, bermula daripada situ yang mana barangkali kalau kita hendak menghantar mereka ini pergi national service pun kalau ada national service pun, mereka tidak layak lagi. Tetapi tentulah umum mengetahui di sekolah­sekolah hari ini mempunyai pasukan-pasukan berseragam ataupun pasukan beruniform sebagal ko-kurikulum, seperti pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis, St.John Ambulan, Pasukan Palang Merah yang mana semua ini wujud sejak beberapa lama di sekolah-sekolah.

Masalahnya ialah dari segi keseriousness, dengan izin, pihak-pihak tertentu di sekolah tersebut untuk menjadikan pertubuhan-pertubuhan yang wujud di sekolah­sekolah ini sebagai satu unsur untuk kedisiplinan itu, untuk membawa dan mengajak murid-murid itu serius dalam penglibatannya dalam pasukan berseragam ataupun beruniform ini. Tetapi ada di antaranya yang saya ketahui ingin sangat hendak serius di dalam pengendalian pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah ini seperti kadet polis atau kadet tentera, tetapi dari segi kemampuannya amat sukar untuk ianya berkembang maju di sekolah tersebut. Di sinilah maka barangkali peruntukan­peruntukan tambahan yang perlu dibantu kepada sekolah-sekolah yang mempunyai pasukan-pasukan yang maju seperti ini. Kerana ini juga akan membantu murid-murid itu dalam bahasa lnggerisnya, dengan izin, faster time, dengan lebih seronok dengan pasukan-pasukan yang mereka minati, tetapi semuanya itu kadang-kadang menjadi

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

34 DN.5.12.2001

masalah kerana ketiadaan peruntukan yang secukupnya untuk sekolah itu memperkembangkan aktiviti pasukan-pasukan tersebut.

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan mengenai peruntukan-peruntukan kepada sekolah-sekolah premier yang diakui premier oleh kementerian kerana apa yang saya ketahui sejak beberapa lama dahulu memang tidak ada peruntukan yang special, dengan izin, yang khas kepada sekolah-sekolah premier yang diperakukan oleh pihak kementerian ataupun jabatan. lni amat malang kerana seharusnya sekolah-sekolah seperti ini diberikan satu bantuan yang khusus sekurang-kurangnya sebagai satu insentif bagi sekolah-sekolah yang diakui premier ini supaya tidaklah susah bagi pihak pentadbiran sekolah untuk menguruskan perkara-perkara yang boleti' membantu kepada, dengan izin, keeping the standard of the school. Jadi, kadang-kadang bila sekolah itu menjadi premier barangkali hendak diharapkan supaya ianya pandai berdikari dengan sendirinya. Kadang-kadang menjadi masalah juga kepada sekolah premier kerana mereka terpaksa berbuat perkara-perkara yang barangkali lebih susah daripada sekolah yang tidak premier. lni harus kita akui, jadi saya rasa daripada segi disiplin tadi itu memang kita sudah akui bahawa ini satu perkara yang serius yang harus ditangani dan dilihat dan harus kita fikir dan juga harus difikirkan oleh kementerian.

Saya memberikan contoh-contohnya pagi tadi di beberapa sekolah yang saya ketahui, tetapi sekolah-sekolah yang begitu banyak lagi kita tidak tahu mungkin berlaku lebih teruk daripada itu tetapi kita suka menyorok-nyorokannya kerana kita tidak ingin satu publisiti diberikan tetapi kita tahu bahawasanya dengan kita menyorokkan keadaan sedemikian sebenarnya kita mengumpulkan masalah seperti sebuah time born, akhimya apabila kita kumpul dan kumpul kerana kita tidak ingin mendedahkannya, satu ketika ianya akan meletup dan ketika itu barulah kita akan bertanya di mana silapnya kita. Ketika itu sudah terlambat, sebab itulah kita jangan rasa takut,segan dan malu untuk menghadapi masalah yang benar-benar wujud kerana kita sayangkan anak bangsa kita. Jadi, setakat itulah saya rasa dalam soar pendidikan. Saya hendak pergi kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedikit sahaja tidak banyak.

Saya terbaca satu artikel beberapa tahun dulu - maknanya sudah lama, saya baru teringat saja benda itu - satu perkara yang ada kaitannya hari ini. Ketika itu saya tidak terbayang benda akan terjadi di sini. Sebuah bank di Bangladesh, Bank Gramin -saya sudah lupa, dah berapa tahun saya baca, artikel - di mana Pengarah Urusannya bernama Profesor Dr. Yunus, pada tahun 1980, saya rasa, tak silap saya.

Satu hari pengarah ini, berjalan-jalan di dalam bandar melihat seorang perempuan tua, mengemis di tepi jalan dan profesor ini berkata: "Mengapa kamu mengemis?" Dia kata: "lnilah yang saya tahu dan ini yang paling mudah". "Tidakkah kamu mempunyai usaha dan pemikiran, untuk berusaha supaya kamu lebih maju?" Dia kata, jawab perempuan tua itu: Saya hendak usahakan dengan apa?" "Nah! Aku bagi engkau 500 rupee" - something like that, 500 rupee - "Kau buatlah apa kau suka duit ini, tetapi aku nasihatkan buatkan duit ini untuk perniagaan". "Habis? Kau bagi saja atau kau pinjamkan?" "ltu terpulang".

Maka perempuan ini pun barangkali terfikir apa yang di cakap oleh profesor ini, dia pun beli mancis api, gores api, apa namanya - matches, dengan izin. Dia pun berniaga mancis api ini di tepi-tepi jalan, maka akhirnya dia mendapat keuntungan 500 rupee lagi daripada penjualan ini. Satu hari perempuan tua ini berjumpa balik dengan profesor ini, dia pulangkan balik 500 rupee ini. ""lni dulu kau bagi aku 500 rupee, aku bagi kau balik 500 rupee yang kau bagi". "Habis? Macam mana engkau nak berniaga?" "Aku ada untung 500 rupee lagi".

lni yang dijadikan modal seterusnya. dan begitulah seterusnya sehingga satu ketika begitu maju perniagaan mancis apinya., maka dia inginkan satu tempat yang statik untuk berniaga mancis api tadi. Dia jumpa balik profesor ini untuk meminjam dana hendak menyewa kedai ini. Maka profesor itu pun bagi, kerana dia pengerusi atau CEO Bank Gramin. Bank Gramin namanya. Jadi dengan perniagaan mancis api tadi yang statik, ada kedai, makin maju dan makin maju, maka ramailah pula yang bemiaga mancis api. Apabila sudah ramai berniaga mancis api, maka perempuan tua ini, dia punya perniagaannya mula berkurang.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 35

lni macam orang goreng pisang jugalah. Kalau dekat Jalan Ampang tu banyak orang jual goreng pisang, laku, besok pagi dah ada tiga, empat gerai lagi jual goreng pisang. lni macam itulah ceritanya dekat Bangladesh itu pun.

Jadi apabila sudah keadaan berlaku macam itu dah ramal orang jual mancis api, perniagaan ini pun sudah jadi susut, dia pun menung. Satu hari beljumpa dengan profesor ini bertanya apa yang harus dia buat. Profesor ini memikirkan satu acara, satu modul bagaimana nak menggabungkan mereka ini -, tiga, empat orang yang menjual mancis api tadi ini - dalam satu gabungan supaya perniagaan itu lebih kuat dan kukuh dan teljamin.

Jadi apa yang saya nampak perkara ini barangkali Dato' Dr. Marimuthu tahu agaknya, di USM Profesor David Given dan Profesor Shukur Kassim yang merencanakan perkara ini, membuatkan penyelidikan kajian di Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama APDC (Asian Pacific Development Corporation) dan juga pusat penyelidikannya serta di Negeri Selangor di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Maka menerusi YPEIM wujudnya AIM, kalau dalam Bahasa lnggeris AIM tapi yang panjangnya Amanah lkhtiar Malaysia. Cerita panjang, saya berbelit hendak menjelaskan perkara ini. Apa yang dilakukan oleh AIM hari ini, konsepnya itulah yang diambil dari Profesor Dr. Yunus, CEO Bank Gramin daripada Bangladesh tadi. Dan ini berlaku.

Menerusi peruntukan-peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada PPRT dan kepada AIM (Amanah lkhtiar Malaysia) tadi ini. Maka rakyat miskin dan termiskin di luar bandar dapat menikmati pinjaman yang tidak ada collateral -cantiklah, tiada collateral - yang dikatakan makro kredit, pinjaman, tetapi adalah guidance nya macam mana mereka akan membayar balik, tidak seperti simple credit mengikut yang ada seperti bank, ada collateral dan sebagainya.

Bagi makro kredit ini, kajian menunjukkan pinjaman diberi banyak, lebih mudah diberi, lebih elok diberi kepada puak wanita, kerana rekod menunjukkan 80% membayar balik, ini wanita ini, dia tepat pada masanya. Dia tidak lekeh-lekehlah, dia tidak belot. Tapi malangnya bagi kaum lelaki, daripada segi kajian hendak membayar balik ini fiat sikit. Sebab itu orang Jelaki ini kena bagi kredit term, tidak boleh yang makro kredit. Makro kredit memang tidak ada collateral. Tapi apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah: Begitulah besarnya peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang saya cerita sikit sahaja, iaitu aktivitinya yang hendak membantu rakyat miskin di luar-Juar bandar-bandar supaya tidak jadi miskin.

Saya tidak cakap lagi yang lain berkenaan pembangunan jalan, infrastruktur yang lain itu di luar bandar, yang macam-macam. Sebab itu kita bersetuju- sayalah bersetuju - banyak mana pun peruntukan yang harus diberikan, yang patut diberikan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, boleh diberikan kerana fungsi dan peranannya begitu panting untuk membasmi kemiskinan di luar-luar bandar supaya satu hari, kita tidak dengar lagi ada rakyat miskin, ada rakyat daif. Sekurang-kurangnya kalau dia dulu miskin, hari ini selepas program-program menerusi AIM ini atau menerusi yang lain-lain maka mereka jadi kurang miskin.

Yang daif jadi setakat miskin atau kurang daif. Kita jangan persoalkan dulu sama ada pelaksanaannya akan menjurus kepada keberkesanan program-program ini. ltu soal kedua. Soalnya ialah di dalam perancangan bahawasanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu mempunyai fungsi dan misi yang begitu besar. Kadang-kadang orang fikir, bila cakap kementerian, bila cakap Kementerian Kewangan, wah itu hebat!. Kementerian apa lagi? Tapi ahl Kementerian Pembangunan Luar Bandar, aaah! lnilah masalahnya kita, kadang-kadang dari segi nama kita tidak dapat hendak menghayati peranan sebenamya.

Saya membaca sedikit - tak banyak - tengok dia punya fperuntukan dan sebagainya dan apakah yang ada dalam pembekalan daripada Akta Perbekalan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini, begitu banyak aktiviti-aktiviti dan peranan yang harus dimainkannya. Tetapi dalam hal ini kita mintalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, peruntukan menerusi PPRT kepada AIM ini tadi diperbesarkan kerana AIM ini satu program yang amat murni.

Kadang-kadang ibu tunggal pun mendapat, bukan sahaja bantuan dari AIM ini, macam-macam lagi bantuan daripada agensi-agensi lain, tapi saya jelas, saya tahu

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

36 DN.5.12.2001

bahawasanya AIM ini, memanglah kerja dia untuk membantu orang-orang miskin di luar-luar bandar ini menerusi program-program yang saya katakan, pemberian makro kredit. Tetapi apa yang harus Kementerian Pembangunan Luar Bandar lakukan ialah untuk membawa kepada pengetahuan umum setakat mana keberkesanan ataupun hasil daripada program-program seperti ini untuk dipertontonkan kepada rakyat supaya rakyat sedar bahawasanya kemajuan tercapa dan apa yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi satu program ini berkesan, be~aya.

Saya kadang-kadang pun bila sudah duduk di dalam dewan ini saya terpaksa kadang-kadang membaca sikit, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak karang, kita pun, kita sudah tua-tua macafTl, ini kadang-kadang membaca malas juga. Kadang-kadang tu, tapi terpaksa membaca. Jadi hikmah yang ada pada saya kerana saya terpaksa membaca juga, inilah dia. Dulu saya tidak sedar sebenamya, saya sendiri tidak sedar peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kenapa? Kerana tidak ada penghebahan tentang kejayaan program-program seperti ini.

Barangkali sudah tiba masanya, rakyat didedahkan dengan hasil aktiviti, hasil program seperti ini, supaya semuanya tahu bahawasanya program AIM itu, Amanah lkhtiar Malaysia itu, mendapat kejayaan. Contohnya barangkali sudah 5,000 orang berjaya seluruh negara. Mungkin pecahannya 1,000 di Kelantan, 200 di Selangor, 300 di sana, 500, 700 di sini, yang miskin sudah jadi tidak miskin kerana program-program ini. Mereka ini buat ini sekarang, maknanya ada report, ada laporan. Ada statistik untuk dihebahkan.

Jadi dalam membahaskan akta ini saya ambillah kesempatan untuk mohon kiranya, kalau ada maklumat-maklumat seperti itu di sampaikan untuk pengetahuan kita bersama. Saya rasa Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua cukuplah setakat itu, tekak saya pun sudah kering, saya rasa dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar tadi, itu yang saya hendak sentuh sangat ialah berkenaan dengan rekod program AIM sahaja. Yang lain-lain itu biasalah, maknanya kita bersetuju supaya diperhebatkan lagi program-program menaikkan tarat di luar-luar bandar supaya satu hari nanti, kita tidak ada luar bandar di dalam negara Malaysia kita ini, semuanya dalam bandar. Bandar kecil, bandar mega, bandar sederhana, tetapi semuanya bandar.

Kita hendak buang dah, kita hendak cuba buang dah luar bandar, bukan maknanya kita tidak mahu kepada sejarah kita, tetapi kita nak bersama-sama mengiringi alaf baru itu dalam menjadikan negara kita ini negara maju tidak ada lagi cerita luar bandar, tidak ada lagi cerlta orang miskin, tidak ada lagi cerita orang buta huruf, tetapi usaha kerajaan selama 42 tahun lebih, 44 tahun lebih itu, menampakkan bahawa itulah kerajaan rakyat yang dibina oleh rakyat untuk rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Hassan bin Shukri

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Pertama saya ucap terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan akta menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang telah ditentukan dalam akta tersebut.

Dato' Yang di-Pertua saya ingin bercakap sedikit mengenai suruhanjaya. Yang pertama iaitu 84 - Suruhanjaya Pilihan Raya. Telah ramai sahabat-sahabat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang perkara berkaitan dengan pilihan raya ini dan sebenarnya wang yang dipohon untuk Suruhanjaya Pilihan Raya ini, kalau kita melihat kepada kertas penjelasan tentang anggaran ketiga 2001 bahawa sesungguhnya wang yang dipohon telah pun dibelanjakan untuk urusan kerja pilihan raya umum yang diadakan di negeri Sarawak baru-baru ini.

Walau apa pun keadaannya kita terpaksalah meluluskan kerana wang itu sudah dibelanjakan. Walau bagaimanapun saya ingin menarik perhatian kepada pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana juga sahabat-sahabat kita telah membangkitkan tentang pegemasan pendaftar pengundi. Sepanjang pengalaman kita menghadapi pilihan raya, persoalan pendaftaran pengundi ialah suatu soal yang sering berbangkit pada setiap kali pilihan raya diadakan sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 37

Misalnya, ada pengundi-pengundi yang mendaftarkan diri mereka di alamat­alamat ataupun di rumah-rumah yang tidak terdapat di dalam alamat yang disebutkan. Misalnya satu jalan, deretan rumah itu akhir sekali No. 50, misalnya. Tetapi ada yang mendaftarkan diri sebagai pengundi di No. 51, 52, 53, dan 54. Kita pernah membuat bantahan dalam hal ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, Kerana apabila kita memeriksa alamat yang didaftarkan itu, didapati rumah-rumah yang dinyatakan seperti nombor-nombor yang saya katakan tadi - 51, 52, 53, selepas 50 itu - tidak didapati ada rumah tetapi alamat-alamat yang digunakan oleh pengundi-pengundi itu ialah di nombor-nombor yang disebutkan. Dan ini telah kita bawa kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan agak sukar juga kita hendak mengubah daftar undi atau permohonan pendaftaran pengundi itu.

Seperti yang sama-sama ketahui, apabila kita mendapati ada pengundi­pengundi yang mendaftarkan diriny~, di sesuatu tempat maka pengundi-pengundi di kawasan itulah yang berhak untuk memprotes kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Dan apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya memanggil pengundi-pengundi yang kita protes ataupun yang kita bantah itu dalam suatu perbicaraan maka jika sekiranya pengundi-pengundi itu tidak hadir waktu perbicaraan itu, maka barulah nama mereka dipotong daripada pendaftaran yang sudah sedia ada.

Persoalan yang kita kemukakan di sini ialah supaya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya memperkemaskan daftar undi ini supaya dalam mana-mana pilihan raya yang akan diadakan pada masa-masa yang akan datang, soal daftar pemilih ini tidak akan berbangkit lagi. Dalam apa cara sekalipun yang akan digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kita adalah memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Yang kedua, saya ingin juga membangkitkan tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya. Seperti yang sama-sama kita maklum, mengikut Peruntukan Perlembagaan 113(2) membenarkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk mempersempadankan semula kawasan-kawasan pilihan raya yang ada di negara kita ini. Dan saya difahamkan dalam usaha Suruhanjaya Pilihan Raya, menyemak dan akan mempersempadankan semula kawasan-kawasan pilihan raya yang akan datang ini, banyak negeri yang akan diperuntukkan kawasan-kawasan baru pilihan raya mengikut kesesuaian negeri-negeri yang tersebut.

Saya mendengar - sama ada benar ataupun tidak - negeri Johor misalnya akan diberikan peruntukan yang banyak. Saya difahamkan mungkin di antara 9 hingga 10 kawasan Parlimen baru akan diadakan di negeri Johor. Dan di antara 18 hingga 20 kawasan Undangan Dewan Negeri Johor akan diperuntukkan mengikut cadangan persempadanan kawasan baru pilihan raya ini.

Walau apa pun persempadanan yang akan diadakan, kita mohon supaya dipertimbangkan kawasan-kawasan yang akan dipecahkan akibat dari persempadanan itu jangan ada hendaknya kampung yang kadang-kadang terpencil jauh dimasukkan ke satu kawasan yang melanggar kawasan yang lain. lni berlaku di satu tempat, satu kampung terpencil kemudian dia masuk ke satu kawasan yang lain. lni pernah berlaku di negeri Kedah dan ini sebenarnya menyulitkan pengundi-pengundi. Jadi kita harapkan supaya dalam persempadanan baru kawasan pilihan raya ini, Suruhanjaya Pilihan Raya mudah-mudahan dengan pemantauan, dengan perbincangan yang diadakan sama ada dengan parti-parti politik ataupun Kerajaan-kerajaan Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan akan dapat membuat persempadanan pilihan raya baru ini yang memudahkan ataupun yang memberikan kemudahan kepada pengundi­pengundi waktu mereka menunaikan tugas ataupun menunaikan tanggungjawab mereka ketika mereka mengundi kelak.

Selain dari itu, kita juga telah mendengar banyak sungutan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri terutama sekali di Sarawak dan Sabah, masih terdapat lagi, dan ada pengundi-pengundi yang menggunakan kad pengenalan - saya tidak tahu sama ada menggunakan kad pengenalan palsukah ataupun apakah - maknanya ada orang-orang yang telah didaftarkan sebagai pengundi dan kemudiannya dilaporkan, dibuat satu protes sehingga sampai ke mahkamah menyebabkan pengundi-pengundi yang berdaftar yang menggunakan kad pengenalan itu tidak dapat ataupun tidak dibenarkan mengundi.

Oleh yang demikian, kita mengharapkan terutama sekali saya difahamkan juga bahawa satu cadangan ataupun satu rancangan telah dibuat bahawa pada masa yang akan datang ini pendaftaran pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

38 DN.5.12.2001

Katalah misal saya, saya sekang ini mengundi di kawasan Sabak Bemam. Kalau Yang Berhormat sekalian pergi ke hujung Sabak Bernam di sempadan negeri Perak, ada satu tempat mengundi namanya Bagan Nira. Saya mengundi di kawasan Bagan Nira ini sejak tahun 1969 sampailah sekarang ini tidak berubah. Dan saya telah menyemak pendaftaran saya itu pada tiap-tiap tahun dan masih tidak dibuang lagi daripada kawasan itu.

Persoalannya, kalau sekiranya nanti akan diadakan daftar undi mengikut kad pengenalan dan kita mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya akan memberikan kursus ataupun memberikan penjelasan kepada rakyat tentang bagaimana mereka yang telah mendaftarkan undi di suatu tempat, sedangkan alamatnya, macam saya sekarang alamat di Gombak misalnya. Jaai adakah dengan sendirinya saya tanpa memohon lagi dalam daftar undi yang baru saya akan berada di kawasan Gombak. lni persoalan yang perlu mendapat penjelasan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dan saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana ada pengarah-pengarah pilihan raya negeri yang memanggil misalnya pertubuhan-pertubuhan politik yang terlibat penyertaannya dalam pilihan raya memanggil parti-parti itu untuk diberikan penjelasan tentang perkembangan-perkembangan yang terbaru terutama sekali tentang pendaftaran pengundi ini. Kerana kita dapati biasanya terutama apabila ada persempadanan baru, pengundi-pengundi di kawasan sempadan baru itulah yang biasanya keliru. Ada di antara mereka, kita kata kawasan A, mereka dulu daftar di kawasan A kemudian kawasan mereka menjadi kawasan B, maka dia akan berpindah. Sarna ada dia kekal di kawasan A atau pun dipindahkan ke kawasan B. lni apabila kadang-kadang rakyat dia tidak semak, tiba-tiba dia pergi mengundi di kawasan A tetapi di tempat-tempat mengundi di kawasan A itu tidak terdapat nama mereka di dalam daftar mengundi. Kemudian mereka pergi ke kawasan B, kadang-kadang nama mereka juga tidak terdapat di situ, tiba-tiba nama mereka jauh pergi ke suatu tempat yang lain. lni berlaku dalam pilihan raya.

Dan saya juga difahamkan pada masa yang lalu ada pihak-pihak tertentu memindahkannya. Ambil borang, dia boleh pindahkan orang lain ke kawasan lain. Kadang-kadang dilakukan oleh satu parti, sesama satu partilah kerana misalnya kawasan A ini, kawasan A dia kalah 250 sahaja dan kawasan B - sempadan dia -menang. lni dalam satu parti, menang 3,000. Dia jadi hendak menang pada pilihan raya akan datang dia ambil 500 orang dari kawasan A ini dibawa masuk ke kawasan B. lni juga berlaku dalam gerak kerja memindahkan pengundi-pengundi dari satu tempat ke satu tempat.

Oleh yang demikian, kita mengharapkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya - saya bersetuju jika sekiranya dapat dijalankan - supaya mengundi itu mengikut kad pengenalan, tetapi setelah diberikan penjelasan, penerangan yang sebaik-baiknya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kepada kalau boleh kepada semua rakyat, kalau tidak boleh melalui parti-parti politik yang akan mengambil bahagian di dalam mana-mana pilihan raya di negara kita ini. Mudah-mudahan parti-parti politik ini tidak akan bertelagah di antara mereka atau sesama mereka setelah mereka mendapat penjelasan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Kerana saya kira, pilihan raya yang akan datang ini sama ada akan diadakan pada tahun 2003 atau 2004, jika sekiranya persempadanan baru ini dikuatkuasakan dan cadangan daftar undi baru ini dilaksanakan, maka dia akan - pada peringkat awal ini - menimbulkan juga perkara­perkara yang mungkin tidak memberikan banyak kemudahan kepada pengundi­pengundi.

Oleh yang demikian, apabila ianya dijelaskan, diterangkan, insyaAIIah mudah­mudahan rakyat akan dapat memahami dan mereka akan turun mengundi dengan mudah dan parti-parti yang akan bertanding juga tidak begitu sukar untuk memberikan kefahaman tentang kedudukan pengundi-pengundi di kawasan-kawasan masing­masing.

Yang kedua, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang Kementerian Pendidikan B.26. Tadi sahabat kita Yang Berhormat Datuk Mansor telah membicarakan panjang Iebar tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan ini terutama sekali tentang disiplin. Kita pun merasa hairan dalam zaman yang serba moden ini dan dengan kemudahan yang canggih ini, kita dapati pelaksanaan mengenai disiplin ini agak sukar dijalankan oleh pihak sekolah. Kalau kita mengenangkan semula kepada zaman kita - saya juga ingin menarik perhatian

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 39

zaman muda kita dululah - pelajar-pelajar, anak-anak kita saya Jihat Jebih berdisiplin daripada anak-anak kita pada zaman ini. Dan ibu bapa kita masih berupaya untuk mengawal dan menjaga anak-anak mereka pada zaman dahulu jika dibandingkan dengan zaman sekarang ini.

Misalnya disebutkan - walaupun ini di Juar sedikit, tetapi ianya berkaitan dengan pendidikan - boleh jadi kerana pendidikan ataupun disiplin pendidikan yang tidak begitu kuat, tidak begitu kukuh ini, menyebabkan timbul juga kekeruhan di kalangan keluarga. Saya semalam berbincang dengan Menteri Pembangunan Wanita di luar dewan. Saya kata saya hairan, orang tua dulu, dia ada isteri, mempunyai satu sampai 20 orang anak dia, 12, 20, dia boleh jaga. Dia boleh jaga anak dia dan boleh pula menghantar anak-anak dia ifll ke sekolah mengaji sampai universiti dan di antaranya yang menjadi senator sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta ....

Tuan Hassan bin HajJ Shukrl: Ha, itu dia. Jadi kenapa sekarang ini saya kata dalam dunia yang begitu hebat, semua ada kemudahan, berlaku kepincangan di banyak rumah tangga rakyat negara ini sama ada yang beragama Islam atau yang beragama lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput, dijemput.

Datuk Long bin Jldin: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Hassan kerana memberi Jaluan kepada saya. Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang disiplin murid­murid pada masa kini. Ada teori, sama ada benar atau pun tidak saya tak tahu, tetapi saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Ustaz Hassan.

Pada zaman dulu-dulu- sebab Yang Berhormat bangkitkan zaman dulu-dulu­zaman dulu-dulu anak-anak kita ini diberi susu ibu dan minum susu ibu. Jadi dia mendapat zuriat, gene-gene atau kromosom hasil zat daripada satu orang manusia yang orang kata mungkin disiplinnya lebih balk. Manakala ibu-ibu zaman sekarang dia tak hendak bagi susu ibu. Dia bagi susu lembu.

Kemungkinan daripada makanan susu lembu inilah menyebabkan anak-anak itu ada sedikit perangai lembulah. Jadi apa agaknya pandangan Yang Berhormat Ustaz Hassan? Mungkin kalau ada Dr. Charlie, kita boleh tanya Dr. Charlie sebab dia doktor perubatan. Apa pandangan Ustaz Hassan tentang teori ini? Adakah ada sedikit benar, dari agamanya macam mana atau pun di sebaliknya? Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih kepada Datuk Long bin Jidin yang telah membangkitkan persoalan ini. Saya hendak kata tak ada benamya pun mungkin ada benar dia. kerana ada juga teori yang mengatakan bahawa manusia ini dia terkesan dengan apa yang dia makan dan apa yang dia minum.

Jadi cuma saya kira bukan ibu dia tidak mahu memberikan susunya. Suasana yang menyebabkan ibu tidak dapat memberikan susu kepada anak-anak. Jni bukan bermakna saya hendak menghalang ibu-ibu bekerja, tidak. Kerana sekarang ini ibu-ibu kepada anak-anak ini bekerja di luar. Dia keluar jam 6 atau 7 pagi. Jadi dia hanya membekalkan anak dia susu botol. Susu itu susu lembukah atau susu untakah saya pun tak tahulah, tetapi bekalkan susu.

Anak ini hanya minum susu lembu tanpa pula, sementara itu tidak pula mendapat perhatian apa-apa daripada ibu mereka. Yang memelihara anak-anak ini orang lain. Jadi anak-anak ini memanglah minum susu yang lain dari susu ibu dia. Jadi juga saya boleh terima, tetapi tidak 100%. Boleh dipengaruhi suasana keadaan, watak malah akhlak anak-anak itu sendiri. Dan ini juga yang menyebabkan pendidik­pendidik tadi di sekolah-sekolah sukar hendak mendidik anak-anak pada zaman kita ini.

Pada zaman kita dahulu hampir saya ingat 90% kita ini menyusu kepada ibu­ibu dengan sebab itulah ketaatan dan kesetiaan ke ibu-ibu ini Jebih daripada anak-anak sekarang ini. Oleh yang demikian itu, saya bercakap semalam dengan Yang Berhormat Menteri Wanita, saya tidak bolehkah Yang Berhormat Menteri memikirkan suatu cara supaya ibu-ibu ini agak lama berdamping dengan anak-anak mereka bagi memudahkan ibu-ibu ini mendidik anak-anak mereka sendiri, kalau kita anggap bahawa susu Jembu boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak kita pada masa ini. Kalau ada yang berpendapat begitu. Kalau tiada ada orang yang berpendapat demikian tak

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

40 DN.5.12.2001

apalah, dia jalanlah, dia bagilah susu lembu itu terus tanpa memberikan minuman kepada anak-anak mereka dengan susu ibu.

Saya ingat galakan susu ibu pun digalakkan oleh pihak tertentu - bukan dihalang - digalakkan kerana barangkali galakan ini ada kempen-kempen supaya menyusukan anak ini dengan susu ibu. Kempen dibuat, tetapi oleh kerana walau macam mana pun kempen dibuat dari segi waktunya 12 atau 10 jam ibu itu tidak ada bersama-sama anak mereka. lni persoalan yang perlu sama-sama kita fikir dan kita atasi.

Semua pihak saya ingat perlulah berflkir. Duduk berflkir bagaimana hendak bagi banyak ibu-ibu ini duduk dengan artak-anak mereka. Jadi saya minta supaya jadual kerja ini diatur. Ada orang berpendapat, dia kata, ibu-ibu ini biarlah dia kerja siang sahaja, malam tak usah. Ada juga, tetapi orang bantah. Ada orang tidak suka. Dia kata kalau yang bercakap ini orang parti Islam seakan-akan orang parti Islam ini tak mahu bagi kerja kepada kaum wanita. lni adalah satu pandangan yang salah.

Saya ingat di Switzerland pun ada peraturan-peraturan yang melarang kaum wanita bekerja sampai malam-malam ini. Dilarang. Jadi itu tidak negara Islam. Apa salahnya negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ini cari jalan. Saya tidak hendak apa, kita duduk sama-sama kita bincang cari jalan. Kalau inilah yang menyebabkan kerosakan, keruntuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar atau murid-murid sekolah, saya rasa kita boleh duduk berbincang untuk mengatasi persoalan yang timbul akibat daripada sistem - bukan sistem - akibat dari suasana yang menyebabkan sukar untuk kita mendidik anak-anak kita ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat minta Jaluan. Tempoh Yang Berhormat.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin minta sedikit pandangan daripada Ustaz Hassan sebab berlakunya masalah disiplin, masalah Iepak, berbagai-bagai masalah ini adalah dalam zaman hidup kita. Dan tentu sekali kita dapat, kalau kita lihat banda yang berlaku dalam zaman hidup kita sekarang ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa benda ini boleh berlaku.

Adakah ini pengaruh dadah, pengaruh kita tidak berdisiplin, pengaruh televisyen atau pengaruh agama atau pengaruh apa? Kerana saya lihat kalau saya tengok zaman saya remaja dahulu "enjoymenr atau keriangan seolah-olah berbeza dengan masa ini. Kita pergi berkelah, kita pergi berkhemah, kita adakan macam­macam lagi yang boleh merapatkan antara keluarga, guru dengan muridnya, antara kawan dengan kawannya dan pada masa itu walaupun kita pergi ke sekolah campuran umpamanya, tidak banyak terdengar anak-anak mengandung tanpa nikah, anak-anak buat macam-macam masalah kepada ibu bapa dan guru-guru.

Jadi apa yang telah berlaku sedangkan orang-orang kita semakin bertambah pandai? Sedangkan orang-orang kita semakin bertambah mewah? Kenapa jadi begini? Saya minta pandangan Ustaz.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingat soalan itu boleh dijawab sendiri oleh Datuk Karim sebenarnya. Walau bagaimanapun, saya ingin respond kepada persoalan dibangkitkan.

Saya kira semua yang disebutkan itu memberi kesan kepada anak-anak kita sebab suasana atau pun keadaan alam sekitar itu boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak kita. Walau cerdik macam mana pun, walau pandai macam mana pun kita, tetapi kalau sekiranya alam sekitar kita itu yang dilihat, yang disaksikan, yang anak­anak kita sama-sama dengan alam yang tersebut maka anak-anak kita boleh terpengaruh dengan suasana yang tersebut itu.

Oleh yang demikian itulah kita nampaknya sama-sama - barangkali kerana kita orang tua - maka kita sama-sama memperakui bahawa sesungguhnya zaman kita dengan zaman yang ada sekarang ini ada perbezaan dari segi anak-anak dan inilah yang memerlukan saya kira Kementerian Pendidikan dan semua pihak memainkan peranan supaya anak-anak kita ini tidak terlalu jauh pergi, kemudian tidak terlalu jauh mereka ini melakukan kerja-kerja yang songsang.

Saya mengajak di sini supaya kita kembali kepada - saya ingat kerana sesuai dengan bulan Ramadan ini - dan semalam kalau tidak silap ingatan saya Datuk Ghazi bin Haji Ramli pun ada menyebut bahawa pada bulan Ramadan inilah diturunkan AI-

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 41

Quran walaupun sahabat-sahabat kita yang beragama lain barangkali boleh dengar sahajalah. Boleh dengar, tidak apa, insya-AIIah. Oleh sebab itu AI-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadan ini, ini kita tidak boleh pertikaikanlah. Cuma tentang bila, malam bila itu mungkin boleh. Tetapi bulan Ramadan tetap bulan bulan Ramadan. lni berlandaskan kepada ayat AI-Quran (membaca sepotong ayat suci AI-Quran). Dalam bulan Ramadan inilah diturunkan AI-Quran.

Sebab itu AI-Quran yang diturunkan ayat yang pertama: (membaca sepotong ayat suci AI-Quran), maksudnya "Bacalah olehmu dengan nama Tuhanmu". Jadi Islam sendiri mengajarkan kita asas pendidikan ini sebenarnya supaya kita mengenal Tuhan. Biasanya orang yang melakukan penyelewengan atau pun melanggar peraturan­peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t ini kerana mereka tidak kenai kepada Tuhan mereka.

Sebab itulah ada ahli falsl:ifah mengatakan untuk mengenal Tuhan ini, kena kenallah diri kita ini sendiri. Dengan izin, (membaca sepotong ayat suci AI-Quran), maksudnya, "Siapa yang kenai dirinya dia akan kenai Tuhannya". Bermakna kalau orang itu tidak kenai dirinya sendiri dia tidak akan kenai dengan Tuhannya. Malah kadang-kadang dia menolak bahawa sesungguhnya dia dijadikan oleh Allah s.w.t.

lni persoalan yang sangat panting yang saya rasa unsur-unsur mempercayai ketuhanan seperti juga yang disebut dalam Rukun Negara, kita perlu tekankan supaya rakyat negara ini melihat bahawa sesungguhnya dia adalah manusia yang kerdil walau apa pun kedudukannya, supaya dia tidak akan bersifat sombong, bongkak dan takbur kerana orang yang terpesong ini dia boleh sahaja bersifat yang sedemikian itu lalu mereka akan melawan ibu bapanya, gurunya, melawan sesiapa sahaja.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat sekalian, terutama sekali sahabat­sahabat kita yang non-Muslim, AI-Quran ini bukan diturunkan satu hari. Menurut Ahli Ulum AI-Quran (orang yang mengkaji A/-Quran) dia diturunkan selama 22 tahun 22 hari 22 malam, ringkasnya 23 tahun. Ringkasnya selama 23 tahun.

Ia mengandungi banyak pengajaran dalam pendidikan, kehidupan, semuanya Tuhan itu sendiri menyebutkan dalam AI-Quran. Dia tidak tinggalkan suatu apa jua pun dalam AI-Quran iaitu ada aturan, ada peraturan, ada hukum hakam dia.

Tuhan menyebutkan dalam AI-Quran: (membaca sepotong ayat suci AI­Quran). Maksudnya, "Kami tidak tinggalkan suatu apa jua pun tentang hukum hakam, kehidupan, tindakan, perlakuan yang dibuat oleh manusia dalam dunia walau sedikit pun, semuanya ada terkandung dalam AI-Quran. Cuma sama ada dia secara asas, secara dasar atau pun secara detail. Kebanyakan secara dasar.

Oleh yang demikian itulah sempena bulan Ramadan ini terutama sekali kepada Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam saya menyeru untuk mendidik anak-anak kita ini kita perlulah mengajak mereka kembali kepada ajaran AI-Quran dan sunah Rasul S.A.W ..

Rasulullah pernah bersabda: (membaca hadis) - dengan izin. Rasulullah kata: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat," maknanya yang kamu tidak akan menyeleweng, "buat selama-lamanya"; (membaca ayat AI­Quran). Dahulu, Sekarang dan akan datang, sampai hari Kiamat tidak akan sesat. Dengan suatu syarat, "Kamu hendak berpegang dengan kitab Allah dan sunah Rasul". lni jaminan yang diberikan oleh Allah.

Yang menyebabkan anak-anak kita - saya tidak kata tidak berakhlak - kurang berakhlak ialah barangkali di antaranya terutama yang beragama Islam kita tidak mendedahkan mereka dengan ajaran AI-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W. Ajaran AI­Quran memang menyuruh anak-anak kita itu supaya taat kepada ibu bapa. Walau bagaimanapun ada yang tidak taat kepada ibu bapa dalam sejarahnya. Kalau saya ingin berkesah sedikit tentang Nabi Noh AS salam.

Nabi Noh Alaihissalam tuwassalam ini, dia umur panjang, kita pun tidak ada, dia 850 tahun umumya. Tercengang ya, 850 tahun dia punya umur, kerjanya dakwah, menyeru umat supaya mentauhidkan Allah S .. W.T., mempercayai dan mentauhidkan Allah S.W.T.- 850 tahun. lni cerita dalam AI-Quran. 850 tahun, tidak berhenti siang dan malam. Yang beriman kepada Nabi Noh lebih kurang 85 orang - 850 tahun. Termasuk di antara yang menolak seruan Nabi Noh ini ialah anaknya.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

42 DN.5.12.2001

Jadi, bukanlah suatu perkara yang ganjil. Anak digambarkan oleh AI-Quran, anak dia tidak percaya sehingga - tengok ya, saya hendak menarik perhatian, bagaimana perasaan seorang ayah kepada anaknya walaupun anak itu menderhaka kepadanya tetapi ayah masih lagi ada rasa kasihan kepada anak itu. Lalu Nabi Noh menyeru dalam AI-Quran, menyebutkan: [membacakan sepotong ayat AI-Quran] bermaksud '1-fai anakku, marilah sama-sama menaiki perahu ini, janganlah kamu bersama-sama dengan orang engkar". Engkar kepada Allah dan engkar kepada perintah bapanya Nabi Noh alaihissalam.

Anak yang sombong ini menjawab - saya minta maaf hendak habiskan ucapan saya ini - anak yang sombong ini yang tidak kenai ayahnya ini. Barangkali tidak tahu susu apa yang dia minum, saya pun tidal( t'ahulah, susu lembukah, susu ibukah, kita tidak tahu, mungkin susu unta. Anaknya ini menjawab: [membaca sepotong ayat AI­Quran]- dengan izin - "Saya akan naik ke puncak gunung yang boleh menyelamatkan aku daripada air ini". I ltu kata anak dia. lni hendak banjir ini, Nabi Noh siapkan perahu yang dahulu kapallayar, siapkan perahu untuk naik perahu, anak dia tidak mahu naik.

Dia jawab: [membaca sepotong ayat al-quran] "Saya akan naik ke atas puncak gunung yang boleh menyelamatkan saya daripada air". Ayah dia ini, dialog dalam AI-Quran, ayah dia jawab: [membaca sepotong ayat AI-Quran] "Hai anakku, hari ini tidak ada kesejahteraan, melainkan orang yang diberi rahmat oleh Allah s.w.t. Akhirnya Nabi Noh masih lagi sayang kepada anaknya, dia tetap mengatakan itu anaknya. Macam kitalah. Tetapi Tuhan telah menyebut dan menjelaskan kepada Nabi Noh: "Sesungguhnya dia bukan lagi daripada keluarga kamu". [Membaca sepotong ayat AI-Quran] 'Oia bukan lagi keluarga kamu lagi . kerana dia melakukan perbuatan yang tidak baik" iaitu derhaka kepada Tuhan dan derhaka kepada ayahnya Nabi Noh Alaihissalam tuwassalam.

Puan Hajah Jamilah blntl Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat Ustaz Hassan. Saya terpanggil untuk memberi sedikit satu gambaran, kalau Yang Berhormat Ustaz Hassan menyedar dan membuka kisah kepada kita berdasarkan kepada lembaran AI-Quran, dan memperlihatkan betapa peranan bapa di dalam menangani dan mengatasi permasalahan dalam AI-Quran kebanyakannya bapa yang mengambil peranan dengan bersungguh-sungguh di dalam peringkat keremajaan.

Jadi, sekarang kalau kita melihat di rata-rata ataupun melihat dalam negara kita, peranan bapa dalam pendidikan, peranan bapa dalam membimbing kesepakatan membesarkan anak-anak, saya rasa mungkin tidak begitu melibatkan banyak masa. lni dalam, bukan saya membuat kajian, tetapi dalam renungan dalam pengamatan, begitulah.

Kebanyakannya tanggungjawab sama ada pendidikan di dalam peringkat rendah, peringkat menengah dan juga di peringkat universiti, menyerahkan kepada emak untuk mengelola dan untuk melihat. Bila kejayaan anak-anak, memperlihatkan kejayaan bersama, tetapi bila kelemahan ataupun keciciran anak-anak menyalahkan kaum ibu. Tetapi kalau kita kembali kepada Islam, kita boleh melihat bagaimana peranan bapa dengan begitu serius.

Oleh sebab itu dalam kisah AI-Quran Nabi Yusof menerangkan bagaimana pendidikan yang Baginda, bermakna Nabi Yaakob, menumpukan pendidikan kepada anaknya yang begitu ramaL Sehingga Nabi Shuib sendiri mengambil peranan untuk memberi pasangan kepada anak, betapa pentingnya peranan kaum ayah di zaman terkini di dalam pendidikan. Macam mana pandangan Yang Berhormat Ustaz, terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bersetujulah macam kata juga yang disarankan oleh Yang Berhormat Datuk Mansor tadi. Memanglah saya rasa persatuan-persatuan ibu bapa di sekolah-sekolah PIBG hendaklah memainkan peranan untuk turut sama mengawal, memelihara, menjaga supaya anak-anak yang bersekolah tidak akan tergelincir jauh ataupun tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan akhlak. Kalau orang Islam akhlak lslamiah dan juga yang lain-lain, saya ingat agama-agama yang lain pun sang at mementingkan persoalan budi pekerti dan akhlak.

Saya membaca buku-buku dalam agama Hindu, agama Hindu ini lebih dahsyat dia punya kawalan akhlak itu. Kalau hendak dibandingkan lebih hebat, tetapi

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 43

itulah setiap kali Dewan ini sahabat kita daripada orang India berucap, belia-belia India, belia Hindu pun teruk juga. Jadi saya juga mengajak kepada orang-orang India yang menganut agama Hindu supaya kembali membawa anak-anak ini mempelajari agama Hindu yang saya lihat sangat hebat dari segi pendidikan akhlak mereka.

Jadi, kalau semua orang melihat agama ini, saya ingat akhimya semua orang akan hidup baiklah, hidup aman damai. Jadi, yang berperanannya ialah samalah ibu dan bapa, tetapi saya rasa bapa itu lebih panting daripada ibu. Saya boleh bersetuju. Terima kasih.

Puan Jaya Partlban: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan. lnilah sebabnya sering kali kami membangkitkan persoalan mengapa rancangan-rancangan yang berasaskan prinsip-prinsip agama tidak boleh disiarkan melalui Radio 6 yang hanya akan diikuti oleh belia-belia yang beragama Hindu sahaja. lnilah sebabnya kita membangkitkan kenapa anak-anak muda yang terdiri dari kaum India tidak diberi pendedahan panduan agama melalui media elektronik.

lnilah sebabnya saya berharap Yang Berhormat akan bersama-sama menyokong cadangan kami. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya setiap kali Dewan ini bersidang boleh dikatakan saya membawa soal-soal yang berkaitan dengan kaum India. Baru-baru ini sewaktu saya membahaskan tentang perumahan, saya juga menyebutkan tentang perumahan berangkai yang berkaitan dengan estet, tetapi sahabat-sahabat kita Yang Berhormat dari kaum India tidak beri sokongan kepada saya. Kalau tidak estet cukup baiklah, orang-orang India akan mendapat sebuah-sebuah rumah di estet-estet seperti yang saya sebutkan tadi, kalau rancangan ini boleh dijalankan atau diterima.

Bukan kerajaan sahaja, maknanya oleh pihak estet itu sendiri, dan juga pihak pemaju-pemaju yang boleh memajukan. Dan saya sebenamya orang yang sangat terbukalah dalam soal apa pun kita boleh berbincang antara agama, sebab itu saya pernah menyebutkan kalau tidak silap saya kepada Timbalan Menteri Pendidikan supaya adakan peruntukan di sini kepada pusat-pusat pengajian tinggi juga, universiti­universiti yang diperuntukkan dalam peruntukan tambahan ini. Misalnya yang diminta di sini ialah RM270,283,800 adalah dikehendaki pertama sekali sebanyak RM44,000,300 untuk rancangan makanan tambahan.

Jadi, kita bukan kena beri makan sahaja. Makanan rohani juga perlu. Jadi kita lihatlah buat sementara ini kesesuaian, oleh kerana ada pengajaran-pengajaran dalam agama-agama ini yang kadang-kadang menitikberatkan soal-soal akhlak, budi pekerti dan sebagainya. Saya rasa kaum India boleh juga memainkan peranan walaupun tidak ada dalam siaran TV, tetapi kaum India boleh menitikberatkan supaya kaum India mengadakan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan agama Hindu kepada belia-belia Hindu misalnya supaya mereka kenai akan agama. Begitu juga Kristian.

Sebenamya, sekarang ini kita menghadapi krisis dari segi pendidikan semua agama ini. Kebanyakan sudah melarikan diri, menjauhkan diri daripada agama, maka dengan sebab itulah saya lihat kerenggangan dari segi pendidikan dan saya rasa kerenggangan di antara ibu bapa ini kerana kefahaman beragama itu sudah luntur di kalangan anak-anak kita di negara ini, mungkin di dunia seluruhnya.

Kalau tidak, tidaklah di Amerika misalnya - pemah saya pergi ke Indiana kalau tidak silap saya- gereja dijual. Gereja pun dijual, Yang Berhormat sekarang. Kalau gereja sudah dijual, itu habislah! Betul tak?.

Maknanya sampai berlaku begitu sehingga di Britain sekarang ini diadakan suatu peraturan dilarang sesiapa juga menjual gereja. lni adalah kes serius kerana sebenamya agama-agama ini sudah tidak lagi menghiraukan pengajaran agama masing-masing. Maka dengan sebab itulah saya ada mencadangkan supaya diadakan, namanya perbandingan agama, pelajaran perbandingan agama.

Saya hendak memberitahu institusi pengajian Islam sangat menitikberatkan tentang pengajian perbandingan agama ini, termasuk juga perbandingan budaya, boleh dikatakan semua pengajian Islam di peringkat universiti ada suatu ilmu namanya perbandingan agama, perbandingan akidah dan agama dan juga perbandingan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

44 DN.5.12.2001

undang-undang sama ada syariat ataupun undang-undang yang lain. Ada perbandingan.

lni ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid yang beragama Islam itu memahami agama-agama yang lain supaya mereka dapat berinteraksi di antara satu dengan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dipohon oleh kementerian ini lalah sejumlah wang yang saya kira semuanya telah didahulukan. Jadi kita berharap ini kerana sebagaimana yang dikatakan tadi hendak menghabiskan kita punya time ini kita bahaslah sana sini. Tetapi sebenarnya yang dipohon itu sebagaimana yang disebutkan tadi, misalnya di sini tadi yang pertama saya sebutkan untuk makanan tambahan murid-murid miskin. Kemudian yang dipohon lagi ialah sebanyak RM26,937,500 untuk menampung kenaikan kadar elaun latihan kursus diploma perguruan Malaysia dan juga kursus diploma lepasan ijazah.

Dan kita harap dengan adanya kursus, ini dengan adanya peruntukan yang kita luluskan ini dan saya ingat kursus ini telah pun dijalankan, cuma peruntukannya sahaja yang dipohon kemudian, sudah pun be~alan dan kita harapkan mudah­mudahan dengan kursus-kursus ini kita akan dapat menyediakan guru-guru yang balk, yang mampu untuk berhadapan dengan murid-murid yang dikatakan oleh Dato' Mansor tadi. Sukar untuk kita didik mereka sehingga Datuk Mansor menawarkan cara pendidikan polis ini pula. Macam mana saya pun tidak tahulah.

Saya takut budak-budak lebih takut lagi kepada guru yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun, kita terima kasih kerana tawaran itu, mungkin caranya lain menyebabkan budak-budak lebih takut, dia lebih patuh. Saya bimbang kalau budak­budak lari sahaja, itu sahajalah. Jadi mungkin ada caralah, saya tidak tahulah cara kerana Yang Berhormat tadi tidak menerangkan tentang cara bagaimana pendidikan anak-anak yang polis jalankan kepada anak-anak mereka, sebab saya lihat sama sahaja. Anak kita, anak ustaz, anak polis, anak tentera serupa sahaja lebih kurang, waktu berhadapan dengan masyarakat yang ada sekarang ini.

Selain daripada itu juga sebanyak RM34,400,000 ialah untuk menampung kenaikan kadar biasiswa kecil Persekutuan dan juga biasiswa kelas persediaan universiti yang telah dinaikkan sebanyak 100%. Kita menyokong kalau ini digunakan untuk memberikan biasiswa kecil kepada anak-anak kita terutama sekali kepada anak­anak kita yang ibu bapa mereka tidak mampu untuk memberikan perbelanjaan pelajaran kepada anak-anak mereka. Dan dengan biasiswa kecil ini sekurang­kurangnya akan memberikan keselesaan kepada ibu bapa yang miskin. Mudah­mudahan dengan yang demikian itu, anak-anak kita akan dapat meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya juga ingin bercakap sedikit tentang Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya melihat, saya telah sempat membaca Laporan Audit terutama sekali mengenai pelaksanaan PPRT. Nampaknya Laporan Audit telah ada cadangan­cadangan yang balk dan kita harapkan - saya ada satu sahaja - supaya sebarang bantuan yang diberikan melalui program PPRT ini akan sampai kepada sasarannya.

Cuma saya melihat, pihak kementerian dan saya pun tidak hendak menyentuh banyak kerana ada sebahagian daripada perkara yang berkaitan dengan PPRT ini sedang di dalam siasatan oleh pihak polis.

Saya lihat banyak agensi-agensi yang telah ditugaskan oleh pihak kementerian yang mungkin juga kana di pantau selalu oleh pihak kementerian. Misalnya, saya lihat di sini - dalam jadual ini - bagi negeri Kedah, Pahang, Terengganu dan Sabah, di Kedah misalnya KADA, MADA, LPP dan KEMAS itu diserahkan. Agensi inilah yang membahagi-bahagi dan mengagih-agihkan bantuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini untuk program PPRT ini kepada agensi-agensi yang maknanya mungkin telah dilantik oleh pihak kementerian, MADA, LPP dan KEMAS.

Di Pahang FELCRA, RISDA, LPP dan KEMAS. Kemudian di Terengganu, KETENGAH, FELCRA dan LPP. Maknanya di Terengganu, kerajaan negeri tidak ada langsung campurlah. lni terus kepada pihak agensi yang dikuasai oleh Kerajaan Pusat seperti KETENGAH, FELCRA dan LPP. Kemudian, di Sabah juga, di Sabah lebih banyak LPP, LKIM, JPS, Jabatan Perikanan, FELCRA, KEMAS dan MARDI. lni di antara agensi-agensi yang terlibat untuk menentukan pembahagian bantuan kepada rakyat yang termiskin ini.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 45

Oleh yang demikian itu, saya juga mengharapkan kepada pihak kementerian supaya pemantauan dilakukan kepada agensi-agensi yang disebutkan tadi. Dan, memang berbeza-beza di antara satu negeri dengan satu negeri yang lain. Dan pihak saya ingin menarik perhatian bahawa pihak audit menyebutkan tentang pemantauan, supaya pemantauan dilebihkan oleh pihak kementerian supaya tidak akan berlaku sebarang penyelewengan dan bantuan yang dicadangkan itu akan sampai kepada sasarannya yang sebenar.

Sekarang saya juga difahamkan ada pengaduan-pengaduan, bunyinya 5,000 tetapi ada yang sampai hanya 3,000. Jadi sangkut di mana? ltu dia, sangkutnya itu, sangkutnya di tengah jalan itu di mana? Jadi, inilah persoalan yang perlu kita hadapi, maknanya pihak kementerian hadc:fpi supaya pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan kepada agensi-agensi yang telah ditugaskan bagi mengagih-agihkan bantuan kepada rakyat yang termiskin ini dalam semua program yang dibuat, kerana ada program-program misalnya, program pemulihan rumah, ada juga program makanan tambahan keluarga termiskin. lni program-program yang perlu disalurkan oleh PPRT ini. Kemudian program ekonomi kampung. Sejauh mana program ekonomi kampung ini be~alan dan melalui agensi manakah program ini dilaksanakan daripada agensi-agensi yang saya sebutkan tadi?

Jadi, kita mengharapkan supaya perkara-perkara yang ditimbulkan baru-baru ini oleh surat-surat khabar, oleh akhbar-akhbar harian yang menyebutkan tentang perkara yang berlaku dalam program PPRT ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang. Dan kita mengharapkan supaya kalau sekiranya ini dilakukan penyiasatan - penyiasatan yang menyeluruh - hatta kepada agensi-agensi yang telah disebutkan tadi, kerana agensi yang berbeza-beza. Saya lihat di negeri Kelantan misalnya, ada lain-lain agensi.

Jadi, inilah yang perlu diambil kira oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar semoga segala bantuan yang berkaitan dengan orang-orang miskin ini akan dapat dirasai betul-betul oleh orang yang miskin. Saya boleh bersetuju dengan Datuk Mansor tadi bahawa beliau mahu melihat supaya tidak ada sudah orang miskin dalam Malaysia ini. Tetapi, walau bagaimanapun, saya rasa walau kaya macam mana pun mesti ada orang yang miskin. Sebab itulah dalam Islam ini, orang yang kaya dia dikenakan zakat dan kena bagi sedekah. ltu bahasa dialah, supaya orang kaya ini, fasal apa diajar begitu, supaya orang miskin ini dia sentiasa hormat kepada orang kaya.

Kalau orang kaya kedekut, orang miskin marah. lnilah yang menyebabkan orang-orang yang miskin dan yang susah, yang jahat-jahat ini, dia akan cari rumah orang kaya. Orang miskin macam saya tidak cari rumah orang kaya-kaya. Pasal apa? Tidak ada hubungan baik di antara orang kaya dengan orang miskin. Orang kaya dia hanya misalnya untuk kepentingan dia sahaja, kadang-kadang untuk mencari kekayaan, mereka menindas pula orang miskin. lni pun berlaku juga. Sebab itulah dalam Islam bukan sahaja zakat itu difardukan kerana hendak memelihara hubungan orang kaya dengan orang miskin.

Tetapi kadang-kadang orang kaya tidak tahu bahawa itu difardukan oleh Allah S.W.T. untuk menjaga, untuk memelihara mereka lalu setengah- bukan semua, saya kata setengah orang kaya ini - dia tidak melihat orang miskin itu dengan pandangan yang hormat. Padahal kadang-kadang orang miskin itulah yang mengkayakan setengah orang kaya itu. lni kita harus ingat dan saya dari segi peruntukan-peruntukan yang diberikan, kerana saya berfahaman bila saya baca, semuanya sudah didahulukan. Semua peruntukan ini telah didahulukan. lni bermakna peruntukan yang kita bahas ini telah dibelanjakan, sudah pun dibelanjakan. Tetapi tidak apalah. Kita sokong dan kita menyokong kerana kalau tidak sokong pun duit sudah habis. Saya kata selalu macam itulah. Maknanya kita sokonglah kerana dia sudah dibelanjakan dan mudah-mudahan cuma apa yang saya ingat Yang Berhormat-Yang Berhormat sebutkan ini memperingatkan supaya pada masa yang akan datang kementerian-kementerian yang bertanggungjawab akan lebih cermat, akan lebih talus, akan lebih be~aga-jaga dalam membelanjakan peruntukan-peruntukan yang diluluskan oleh kedua-dua dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini.

Ghani.

Jadi, saya cukup sekadar itu dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

46 DN.5.12.2001

3.50 ptg.

Dato' HajJ Muhammad bin HajJ Abdul Ghani: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2001 ini demi untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara kita yang kita cintai ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat kita kasihi dan tahniah juga kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya mentadbirkan negara ini dengan begitu baik dan banyak kejayaan yang telah kita capai. Dan, hasil daripada kegigihan pihak kerajaan kita melaksanakan pelbagai program bagi tujuan pembangunan untuk rakyat jelata.

Saya juga ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas kesejahteraan hidup kita semua dalam negara yang kita amat cintai ini. Segala kenikmatan yang kita capai pada hari ini adalah satu anugerah yang tidak temilai daripada Allah S.W.T. Syabas kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya juga mentadbir negara ini dengan begitu cemerlang sekali sehingga banyak negara-negara asing di dunia ini ingin belajar daripada negara kita cara bagaimanakah hendak mentadbir sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum, juga agama keadaan keselamatan negara kita sentiasa terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita yang telah menjadi isu nasional di mana banyak peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan pembangunan rakyat jelata telah tidak digunakan oleh agensi-agensi kerajaan sehinggakan berlakunya lebihan wang daripada peruntukan tersebut. Saya kurang ingat berapakah jumlah keseluruhan wang peruntukan tersebut. Adalah amat malang sekali. Yang saya tahu lebih daripada 40% daripada peruntukan tahun ini belum digunakan lagi.

Sekiranya perkara ini boleh berlaku, di mana kesan daripada keadaan itu maka banyak projek pembangunan yang hendak dijalankan tidak dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat jelata. Perkara ini juga telah mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Am at Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita.

Seharusnya pihak kementerian ataupun agensi-agensi yang terlibat hendaklah memastikan agar segala peruntukan yang diperuntukkan bagi tujuan pembangunan untuk rakyat jelata hendaklah dilaksanakan dengan telus supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan tahap pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar negara kita, di mana walaupun pihak kerajaan telah berusaha dengan begitu gigih sekali bagi membangunkan kawasan-kawasan tersebut tetapi masih banyak saya rasa yang boleh dilakukan.

Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, masih banyak sekolah di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, contohnya seperti kurang bilik darjah. Dan akhir-akhir ini kita lihat pada akhir tahun ini, banyak sekolah telah didirikan sehingga melimpah-limpah. Semua kontraktor dapat melaksanakan projek pembinaan sekolah- siapa ada Lesen A, 'BX', semuanya dapat. Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pihak Menteri Pendidikan dan juga kerajaan kerana telah membina sekolah dengan begitu banyak sekali.

Dengan adanya pembinaan sekolah ini, maka tidak terjadilah perkara-perkara kekurangan bilik darjah di masa akan datang. Kemungkinan di masa akan datang tidak ada Jagi murid-murid belajar pada waktu petang dan dapatlah ruang waktu petang itu murid-murid sekolah belajar dari segi agama dan sebagainya. Untuk itu juga, saya harap supaya sekolah-sekolah luar bandar hendaklah mencukupi peralatan sekolah seperti makmal komputer, kemudahan-kemudahan ataupun sistem pembelajaran yang masih belum begitu memuaskan dan sebagainya.

Saya rasa pihak Kementerian Pendidikan haruslah memberikan perr~tian

yang lebih serius di dalam perkara ini memandangkan aspek pendidikan ini adalah satu perkara penting di mana para pelajar yang terdiri daripada anak-anak kita adalah

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 47

generasi pewaris terhadap pembangunan negara yang bakal memimpin negara ini di masa hadapan. Oleh itu, besarlah harapan saya agar perkara tersebut hendaklah dijadikan agenda utama pihak kerajaan untuk memastikan golongan pelajar di negara ini mendapat manfaat hasil daripada pembangunan yang dikecapi oleh negara kita. Kita tidak mahu dalam negara kita untuk mencapai arus pembangunan masih terdapat lagi golongan yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan ataupun tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran di dalam institusi pendidikan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan bidang pertahanan negara. Apabila kita berbicara tentang aset pertahanan ini, kita tidak dapat lari daripada membicarakan tentang anggota tentera itu sendiri dan juga alatan peperangan kita. Saya ingin mer1cadangkan agar pihak Kementerian Pertahanan khasnya pihak kerajaan, mengkaji semula skim perkhidmatan para anggota-anggota tentera sama ada melibatkan anggota lain-lain pangkat ataupun daripada perkhidmatan pegawai-pegawai, gaji dan juga lain-lain prasarana.

Seperti yang kita semua sedia maklum, tempoh perkhidmatan anggota tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan awam yang lain. Adakah kerajaan tidak mahu mengkaji semula agar sesuai dengan kemajuan yang dicapai oleh negara kita, tempoh perkhidmatan anggota tentera juga dilanjutkan tempoh persaraan yang seakan-akan sama seperti anggota perkhidmatan awam yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat}

Kita dapat lihat dalam usia yang agak muda, banyak daripada anggota tentera yang bersara terpaksa memulakan corak penghidupan baru selepas mereka bersara daripada perkhidmatan. Pihak kerajaan seharusnya menyediakan lebih banyak peluang peke~aan kepada golongan ini kerana sebelum ini mereka sudah berkhidmat untuk negara.

Memandangkan mereka ini telah banyak menyumbangkan perkhidmatan dan berbakti terhadap negara ini yang mana kesan daripada itu, kita semua rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai pada hari ini. Oleh itu seharusnya pihak kerajaan hendaklah memastikan agar golongan ini mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Menyentuh tentang keamanan di mana kita tahu pada masa ini, banyak keadaan ataupun banyak perkara yang berlaku di luar negara seperti pertempuran, keganasan dan sebagainya, dan kita patut bersyukur dan mengucapkan alhamdulillah, negara kita dalam keadaan aman dan damai. Walaupun negara dalam keadaan aman dan damai, kita hendaklah sentiasa bersiap sedia terutama dari segi kemanusiaan itu sendiri dan juga peralatan persenjataan. Hendaklah kita mencari jalan supaya negara kita cukup peralatan peperangan yang canggih-canggih, sekurang-kurangnya negara kita ini jika diserang oleh mana-mana pihak yang ingin menyerang ataupun memberi ajaran kepada kita, jika kita tersilap langkah dan sebagainya.

ltulah harapan saya sebagai bekas tentera, sentiasa memandang berat tentang keamanan dan kedamaian. Dimaklumkan pihak Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua sebegitu juga. Begitulah kita lihat keadaan negara jiran kita, Filipina ada masalah. Kita berhati-hatilah supaya kita jangan memberi perlindungan kepada pemimpin-pemimpln pihak negara-negara sebelah, nanti kita mendapat masalah. Maklum sahajalah kalau silap langkah, Amerika bila-bila sahaja bersedia untuk menyerang sesiapa yang buat silap. Walaupun kita tidak salah, mereka mencari alasan, bagaimanakah untuk membuat serangan kepada negeri-negeri atau negara­negara yang mereka fikir boleh mereka serang. Kerana inilah kita kana berhati-hati dalam perkara ini. Jadi, dengan itu, harapan kita juga supaya keamanan ini perlulah dijaga dan menjadi harapan semua pihak saya selalu bercakap bagi pihak angkatan tentera kerana saya merasa pada masa kini rakyat Malaysia pun kurang mengambil perhatian kepada angkatan tentera dan juga bekas-bekas angkatan tentera. Walaupun saya selalu bercakap berulang-ulang, yang lepas-lepas pun saya bercakap lagi kerana perkara yang berulang-ulang ini perkara yang bagus, supaya dapat diingat dan dapat mencapai matlamatnya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator-senator, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dianggotai oleh 200,000 bekas-bekas tentera, sebenarnya tidak ada apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan. Kita hanya beke~a secara sukareia untuk membantu ahli-ahli atau anggota-anggota bekas tentera. Hanya pada tiap-tiap

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

48 DN.5.12.2001

tahun kita buat kutipan Hari Pahlawan, sambutannya tidak begitu memuaskan walaupun kita merayu. Pada tahun ini sahaja, lebih daripada 3,000 surat kita hantar kepada rakyat Malaysia, mendapat balasan tidak sampai 100 orang yang memberi sumbangan.

Walau bagaimanapun, kita berterima kasih juga kepada rakyat kampung ataupun masyarakat di sekolah-sekolah kerana kutipan yang menggalakkan adalah daripada sekolah-sekolah. lni kemungkinan murid sekolah memaksa ibu bapa untuk memberi sumbangan dan sebagainya. Kalau semua rakyat Malaysia menyumbang, misal kata dalam 50 sen satu orang, maka kita boleh dapat dalam RM10 juta satu tahun, dapatlah menampung dan memb~ri bantuan kepada bekas-bekas angkatan tentera. '

Datuk Haji Karim Ghani: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ya, ada laluan, dijemput Datuk Karim.

Datuk Haji Karim Ghani: Saya ingin minta sedikit sahaja penjelasan daripada Dato' Haji Muhammad. Daripada pengalaman dan perkenalan saya dengan sedikit masyarakat angkatan tentera, mereka membayangkan rasa kurang puas hati dengan keadaan dalam angkatan tentera di mana kalau seseorang masuk menjadi tentera dan dalam jangka masa 10 tahun atau 15 tahun umpamanya, dibandingkan dengan orang yang masuk dalam perkhidmatan polis atau perkhidmatan awam umpamanya, peluang untuk naik pangkat atau mendapat kemudahan Jebih banyak dalam perkhidmatan-perkhidmatan Jain kalau dibandingkan dengan perkhidmatan tentera.

Jadi, apakah ini betul? Kalau ini betul, macam mana cadangan supaya kita dapat memperbaiki lagi kerana kami di Sabah terutama sekali ketika ini di mana keadaan di selatan Filipina begitu tidak menentu, maka jelas kita nampak bahawa tentera inilah yang membolehkan kami tidur lena, yang menjaga keselamatan kami di Sabah. Terima kasih.

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani: Tuan Yang di-Pertua, memang tentera berkhidmat 10 tahun, 15 tahun, 18 tahun dan 21 tahun. Yang kita hendak supaya apabila tamat perkhidmatan daripada tentera hendaklah hidup mereka lebih baik daripada semasa di angkatan tentera. Kita tidak hendak tentera ini berhenti daripada tentera kebanyakannya menjadi jaga. Jadi, ini merosakkan imej kita dan sebagainya. Kemudahan memanglah banyak juga dalam angkatan tentera tetapi maklum sahajalah dalam angkatan tentera itu dia guna semasa dalam angkatan tentera.

Kita juga berharap agar kerajaan mengkaji supaya apabila tamat perkhidmatan mereka ini mempunyai rumah. Bukanlah bererti mempunyai rumah ini tidak dibayar tetapi persiapan awal bagaimana supaya seorang tentera itu apabila tamat perkhidmatan, dia ada sebuah rumah. Sekarang ini kita lihat bahawa bayaran ganjaran apabila mereka tamat perkhidmatan, dibayar kalau berhenti 18 tahun bayaran lebih banyak lagi daripada ganjaran daripada berhenti 21 tahun. Dengan itu ramai daripada anggota tentera mengambil peluang ini untuk berhenti cepat supaya dapat ganjaran lebih. Selepas itu apabila dapat ganjaran yang lebih, maklumlah dalam lima, enam bulan sahaja wang dia pun habis. lni juga harapan kita supaya pihak Kementerian Pertahanan menukarkan atau cara bagaimana mereka ini dapat ganjaran yang Jebih apabila berhenti 21 tahun berbanding daripada yang berhenti 18 tahun. lni pun satu perkara yang perlu kita fikirkan.

Dan dimaklumkan bahawa jaminan hidup setelah tamat perkhidmatan. lni yang kita hendak supaya kerajaan memikirkan dan dilaksanakan segera. Kerana tentera sekarang ini dimaklumkan, yang masuk tentera tidak sampai 3000 orang dalam satu tahun, yang berhenti Jebih daripada 5000 orang dalam satu tahun. Mereka berhenti kalau pencen umur 40 tahun dan 41 tahun. Kebanyakan mereka ini berhenti umur dalam 35 tahun atau 36 tahun. lnilah yang jadi masalah kepada kita atau kepada angkatan tentera. Apabila dia berhenti sahaja maka masalah dia mencari pekerjaan yang sesuai. lni pun satu perkara yang perlu kita fikirkan juga kerana banyak kerja yang ada seperti perumahan - tidak begitu sesuai dengan angkatan tentera kerana mereka sudah pertengahan umur. Jadi, kita memikirkan keadaan ini.

Kita juga perlu kaji dari segi gaji ATM gajinya tidak begitu memuaskan dan setelah gaji mereka kecil, apabila mereka pencen memanglah pencen mereka pun kecil

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 49

juga. ltulah yang kita hendak supaya sama-sama kita memikirkan keadaan negara kita kerana perkhidmatan kita untuk negara, memang saya sokong pendapat Yang Berhormat Datuk Karim bahawa kita duduk senang lenang di dalam rumah tangga dengan keadaan selesa tetapi tentera duduk berjauhan dengan keluarga. Pada Hari Raya pada tahun ini sahaja bulan puasa, seramai lebih kurang 16,000 angkatan tentera tidak berhari raya dengan isteri dan suami kerana ada juga tentera-tentera perempuan, dengan anak-anak. lni kerana mereka duduk dalam hutan, udara dan laut Seramai 16,000 tentera berada di sempadan tidak dapat berhari raya dengan keluarga. Jadi, kita mesti mengambil berat perkara macam ini. Yang kita risau ....

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: [Bangun] •'

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad, ada yang minta laluan. Datuk Ghazi. Jemput Datuk.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Muhammad Ghani kerana memberi laluan. Saya sejak akhir-akhir ini bila Yang Berhormat Dato' bercakap tentang tentera saya memang mengikuti dengan teliti dan saya adalah di antara peminat tentera sekarang dua-dua kaum sekali- lelakl dan wanita. Lebih-lebih lagi bila dengar 16,000 yang berjauhan dengan keluarga semasa menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Saya hendak rujuk semula kepada soalan Yang Berhormat Datuk Karim tadi dan saya terfikir semasa Yang Berhormat Dato' Muhammad jawab ini tentang keadaan aman tenteramnya negara kita kerana perkhidmatan tentera. Ancaman luar daripada Filipina dan sebagainya di sekeliling, Sabah khususnya hebat dan kuat. Ancaman mengenai terrorism (keganasan) yang dipelopori oleh pengganas moden Amerika Syarikat juga hebat. Jadi, kalau kita melihat senario ini saya teringat kembali kepada cabaran yang pernah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kwan Yew beberapa bulan yang lalu. Saya ingat hampir setahun. Saya tidak ingat berapa lama yang mengatakan dengan angkuh, "Sekarang Singapura kita ada ini, ini, ini. Siapa hendak serang kita, datang". lngat atau tidak kita sejarah itu?

Saya cuba hendak kaitkan kenyataan keangkuhan negara jiran kita ini dengan keadaan suasana keamanan negara, relate, kaitkan dengan suasana tidak tenteramnya dunia dengan usaha berperang yang tanpa hujung saya nampak, Amerika ini. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat mengetuai angkatan yang begitu hebat 200,000 orang. Saya hendak tahu, apakah peranan, boleh atau tidak persatuan Yang Berhormat sendiri mengambillangkah proaktif untuk umpamanya membuat analisis khusus tentang permasalahan yang saya bangkitkan. Saya percaya Yang Berhormat lebih faham. Tetapi saya bagi dia punya point dia sahaja. Saya kalau nampak gambaran mengerikan. Bila teringat lagi anak cucu cicit kita, lagi menakutkan.

Soalnya apa yang kita buat. Apa yang dunia Asia buat apa yang dunia ... , dunia buatlah, saya tidak mahulah khusus sangat. Saya nampak persatuan boleh mengambil peranan untuk memberi manfaat kepada masyarakat umum dan untuk manfaat persatuan. Saya hendak kaitkan dengan usaha yang agak lembap untuk mendapat derma umpamanya. Tadi kata Derma Hari Pahlawan kalau dapat RM10 juta baik dan sebagainya. Kadang-kadang, mungkin kalau kita boleh menimbulkan masalah ini sebagai satu peluang untuk menyedarkan masyarakat bagaimana pentingnya peranan tentera mungkin mereka lebih terbuka hati untuk menderma, bukan hanya mengajak kanak-kanak di sekolah, itu tidak apalah sudah berjaya. Tetapi pada saya, masyarakat dewasa yang mempunyai wang yang mungkin kalau tidak nampak yang leblh mustahak dia belanja yang lain, yang dia fikir mustahak. Dan kadang-kadang cara hendak tunjuk mustahak ialah ancaman yang boleh menyebabkan keamanan itu hilang, kekayaan, pemiagaan dia hilang. Kemungkinan untuk lebih maju dalam perniagaan atau keluarga di masa depan, anak cucu masa depan, kalau ini dapat diolah secara strategik dan dibentangkan kepada masyarakat, juga pihak kerajaan mungkin pada saya kita mengambil pendekatan serampang banyak mata. lni killing many birds with one stone, dengan izin.

Jadi, ancaman pun bercakap, peluang hendak bagi derma pun ada dan kerajaan pun sedar balik peranannya dan berilah membuka mata lebih untuk memberi pertolongan kepada sektor ini. Saya minta pandangan Yang Berhormat dari segi tajuk ini.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

50 DN.5.12.2001

Dato' HajJ Muhammad bin Hajl Abdul Ghani: Terima kasih. Berhubung dengan kempen Hari Pahlawan, kutipan itu dibuat sebenarnya untuk mengingati pejuang-pejuang kita yang gugur semasa pertempuran dahulu. Bukanlah mengharapkan sangat sumbangan itu. lngatan itu yang panting. Sebab itu saya cakap tadi kalau dapat 50 sen seorang atau 30 sen seorang ianya amat bererti walaupun kita Merdeka tanpa pertumpahan darah tetapi untuk mengisikan erti kemerdekaan, banyak darah yang telah mengalir.

Begitu juga kita hendak supaya generasi muda berminat untuk menyertai pasukan keselamatan. Kita sedar bahawa negara kita kalau dibandingkan dengan negara Singapura, memang dia boleh , bercakap sebegitu kemungkinan kerana peralatan peperangan kita tidak secanggih seperti yang ada di Singapura. Contohnya kapal selam. Kita sebiji pun tidak ada. Singapura saya ingat ada tiga biji atau berapa biji. Begitu juga kereta kebal. Kita sebiji pun tidak ada tetapi saya rasa, saya pun tidak bawa nota berapa banyak tetapi dia bolehlah ada dalam seratus lebih. Begitu juga kapal perang. Kita tidak ada banyak kapal perang. Adapun kiranya kita ini lebih baik sikit daripada Afghanistan, kemungkinan. lni perlu kerajaan mengkaji dengan sedalam­dalamnya supaya ada senjata-senjata yang canggih. Bukannya bererti kita hendak berperang tetapi untuk mempertahankan diri kita. lnilah antara lain.

Persatuan Bekas Tentera sentiasa mengambil berat, mengambil perhatian walaupun kita ada sebanyak 193 cawangan di seluruh negara, UMNO 162 bahagian, jadi kita ada 193 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak akan memainkan peranan yang penting untuk membantu kerajaan walau apa sahaja ancaman daripada luar. Memang kita sedang memikirkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan juga keturunan tentera itu sendiri, supaya menyertai pasukan keselamatan maklumlah tentera kita ada dua jenis, tentera pencil dan lagi tentera senapang.

Tentera pencil ini tidak ada masalah sangat mendapat pekerjaan yang tentera senapang ini susah sikit. Jadi kita hendak perkara-perkara sebegini sama-sama memberi perhatian kepada rakyat ataupun memberi gambaran ataupun rangsangan kepada keturunan tentera itu sendiri. ltu sebab kita hendak masyarakat membantu. Kerajaan telah menubuhkan PERHEBAT, Jabatan Veteran walaupun fungsinya tidak sebegitu canggih lagi, tidak begitu sempurna lagi kita akan membetulkan ini dari masa ke semasa.

Kalau kita hendak membandingkan dengan Singapura memanglah. Kita bukan hendak cerita hal peperangan dan sebagainya, tetapi mereka ini merasa sesuatu, mereka merasa lebih kuat daripada kita sebab memang betul kerana kita tidak ada kekuatan senjata. Sekarang ini kata kalau jadi apa-apa hal, kita bukan berperang dengan tentera darat sahaja, main perang, peluru datang macam di Afghanistan itu.

ltulah kita hendak supaya kita mengkaji balik dan kita akan berbincang dengan pihak-pihak di Kementerian Pertahanan. Kadang-kadang perbincangan kita begitu sahajalah kerana kita tidak ada kuasa dan tidak berkuasa, NGO. Kadang-kadang gambaran orang Persatuan Bekas Tentera ini hanya hendak minta derma sahaja, harap saya bukan anggapan sebegitu.

Saya sendiri sudah beritahu kepada Menteri Pertahanan orang perseorangan dan surat khabar supaya tidak perlu buat kutipan Hari Pahlawan kerana kadang­kadang memalukan kita, tin derma, diisl dengan paku payung, paku yang kepala besar sebesar duit macam 10 sen, 20 sen. lni menyedihkan tetapi pihak kerajaan tidak mahu menghapuskan Hari Pahlawan ini kerana inilah sebagai ingatan tamatnya darurat pada tahun 60-an.... Sebagai tanda tamatnya darurat maka dengan itu supaya generasi muda ini sedar bahawa kita, walaupun kita Merdeka tanpa pertumpahan darah tetapi selepas Merdeka memang ramai kawan-kawan kita yang gugur di medan pertempuran.

Persatuan kita memainkan peranan untuk menyatupadukan ahli-ahli kita ataupun bekas-bekas tentera supaya mereka ini jangan melakukan perkara-perkara seperti militan dan sebagainya. Alhamduli/lah, mengikut kata Timbalan Menteri Pertahanan semalam, cuma ada dua orang bekas tentera dan tentera seorang yang terlibat dalam AI-Mau'nah itu hari. lni yang kita hendak. Kita memang rasa megah kerana bekas-bekas tentera tidak membuat sesuatu ataupun tidak menunjukkan mereka ini menentang kerajaan sekuat-kuatnya tetapi di dalam pilihan raya memanglah, ada juga yang menentang kerajaan, sokong parti pembangkang dan sebagainya. ltu kadang-kadang kita tidak salahkan juga kepada bekas tentera. Kita

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 51

salahkan juga kepada pemimpin-pemimpin politik kerana tidak ambil berat, tidak ambil perhatian maka mereka merasa tersisih dan parti pembangkang menggunakan kebijaksanaannya merapatkan hubungan dengan mereka maka mereka sokonglah.

lni perkara biasa kita manusia kerana mereka dalam keadaan yang perlu dibelai kerana kita dalam tentera bekerja dalam satu pasukan, apabila tamat tentera pun hendak bekerja dalam satu pasukan juga.

Jadi itulah antara lain, dan kita sedang berusaha sekarang untuk merapatkan hubungan ..

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Dato', Dato' T. Marimuthu minta laluan. Silakan Dato'. ' '

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu ataupun dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Dato' mengenai peluang pekerja untuk tentera yang bersara.

Dato' mengatakan bahawa mereka susah untuk mendapat kerja tetapi saya difahamkan bahawa kementerian ataupun persatuan Dato' mengadakan beberapa latihan untuk menyediakan mereka ke dunia pekerjaan. Bukankah latihan-latihan itu memberi faedah ataupun manfaat kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan?

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani: Memang kita apabila tamat perkhidmatan, kerajaan telah memberi latihan melalui PERHEBAT yang pada masa dahulu sukarela tidak mewajibkan mereka ini kursus peralihan dan dimantaukan. Jadi bila ada kursus peralihan, kadang mereka datang sekejap sign di mana tempat yang perlu lepas itu dia cabut. Jadi itu sikap bekas tentera sendiri atau macam kita di rumah, anak-anaklah. Kita suruh dia sekolah kalau kita tidak paksa dia, dia pun tidak mahu pergi sekolah kerana dalam tentera itu kita dibelenggu oleh disiplin yang begitu ketat. Jadi apabila kita terlepas dari tentera kita rasa kita terlepas daripada satu tekanan kepada diri kita.

Jadi dalam latihan itu, masa sekarang ini kepada yang berhenti dari tentera pada masa lepas katakanlah ada 5000 atau 6000 orang tetapi yang kursus peralihan dengan PERHEBAT dalam 1000 orang sahaja. ltu sebab kita di persatuan sendiri menekankan supaya keseluruhan bekas tentera yang akan bersara dari angkatan tentera diwajibkan kursus peralihan dan selepas kursus peralihan memberi ilmu pengetahuan kepada mereka, memberi pekerjaan kepada mereka, baru mereka boleh balik kampung.

Jadi dengan perancangan itu kerajaan telah tubuh pula satu jabatan iaitu Jabatan Veteran. Jabatan ini akan memainkan peranan untuk memantau, untuk membantu mereka dan PERHEBAT akan memberi latihan kepada keseluruhan bekas­bekas dan bakal-bakal tentera yang akan bersara akan kursus peralihan. lni, kalau sekiranya pada masa akan datang, jika sekiranya perkara ini berlaku maka kekurangan dan masalah akan dapat diatasi kerana PERHEBAT akan memberi ilmu pengetahuan secukup-cukupnya lepas itu Jabatan Veteran akan mengambil-alih dan memantau mereka ini mencari pekerjaan dan memberi bantuan dan sebagainya. Perkara ini belum dilaksanakan lagi oleh Jabatan Veteran hanya PERHEBAT sahaja. Yang bermasalah pada masa yang lepas-lepas.

Walau bagaimanapun memang ada yang dapat bekerja tetapi ada yang tidak dapat bekerja, macam saya cakap tadilah. Kita ada dua jenis tentera iaitu tentera pensil bahagian pejabat-pejabat dan tentera senapang. Jadi tentera ini yang jadi masalah sedikit kerana mereka selalu dalam tentera pun hanya bekerja tidak ada menggunakan fikiran yang apa cara-cara hidup dan sebagainya. Yang ini ramai setelah berhenti menjadi pengawal keselamatan dan sebagainya.

Kita sedang berusaha supaya dapat pihak kerajaan ataupun badan-badan lain dapat membukakan kawalan keselamatan untuk Kementerian Pendidikan dan sebagainya kalau sekiranya Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolah dijaga oleh kawalan keselamatan daripada bekas-bekas tentera, syarikat bekas-bekas tentera kemungkinan masalah ini berkurang. Mereka dapat memberi gaji yang lebih dan sebagainya. Sekolah lebih kurang ada 10,000 buah dan akan ditambah lagi banyak. lni bererti kalau peruntukan 4 orang satu sekolah, kita akan ada 40,000 orang bekas tentera dapat bekerja di Kementerian Pendidikan sebagai kawalan keselamatan kalau

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

52 DN.5.12.2001

mereka ambil daripada bekas-bekas tentera. Jadi kita sedang berusaha supaya memperbaiki dari masa ke semasa untuk kebaikan.

Jadi, kalau setakat persatuan sahaja untuk memperbaiki dan tidak ada kerjasama daripada pihak swasta, pihak kementerian-kementerian dan perlaksanaannya maka tidak mungkin perkara ini akan mencapai kejayaan kerana kita boleh membahagi idea, boleh membahagi desakan. Macam saya cakap tadi, kita ini tidak ada kuasa dan tidak berkuasa. Hanya boleh memberi rangsangan, pandangan dan meminta pertolongan daripada pihak-pihak tertentu untuk membantu. Jadi anggaplah membantu bekas tentera umpama membantu kerajaan, membantu diri sendiri, macam kata Datuk Ghazi tadi, kalau sekiranya negara kita diserang ataupun bermasalah, kalau tidak ada pertahanan dan sebagainya maka kita akan menghadapi kesusahan dan sebagainya. lnilah antara lain yang kita perlu memperjuangkan.

Jadi harapan saya supaya semua rakyat mesti ada sentuhan perasaan, bayangkan bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Memang masalah ini lain daripada persatuan polis ataupun bekas-bekas polis kerana polis berhenti daripada perkhidmatan umur sudah 55 tahun maka kebanyakannya boleh dikatakan 90% berhenti umur 55 tahun.

Jadi bekas tentera pencen 40 tahun, anak sedang membesar. lnilah masalah yang dihadapi untuk membesarkan anak, untuk pergi ke universiti, memberikan pelajaran dan berbagai-bagai masalah. Kadang-kadang bila berhenti tentera dan dapat duit bonus dipengaruhi oleh kawan-kawan buat perniagaan maka hanyut begitu sahaja. Kata orang, projek mercun dan projek belen, nampaknya cantik, bunyinya sedap, selepas itu enam bulan habis. Dan menderitalah, gaduh laki bini dan sebagainya. Berbagai-bagai masalah.

lni kerana saya terlampau mengambil berat dan perhatian lebih-lebih lagi saya sendiri pun daripada golongan tentera lain-lain pangkat juga, jadi saya tahu apa susah payah rakan-rakan seperjuangan yang saya rasa selama ini.

ltulah sahaja dan saya harap sekali lagi kepada semua rakan seperjuangan ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat, terutama pemimpin-pemimpin setempat hendaklah mengambil berat dan perhatian yang serius dengan berdamping dengan bekas-bekas angkatan tentera supaya kita dapat mencari jalan, bagaimanakah supaya kerjaya tentera adalah pilihan utama kepada generasi muda akan datang, dengan itu hendaklah diberi perhatian salah satu cara ialah supaya mereka setelah tamat perkhidmatan ada jaminan hidupnya. Jika mereka hidup selesa setelah tamat perkhidmatan, insya-AIIah kerjaya tentera akan menjadi kerjaya pilihan generasi pada hari ini. Kita tidak hendak negara kita ini umpama pokok tidak bertunjang dan tidak berteras, datang ribut, habislah kita.

lnilah antara yang kita kena jaga, kita mesti kuat untuk mempertahankan negara kita. Untuk memperkuat itu, hendaklah kekuatan manusia itu sendiri dan peralatan peperangan yang canggih-canggih. Kalau kita kaya sekalipun atau negara kita maju, kalau kita sudah diserang, memang tidak boleh buat apa, sudah hancur semuanya. Jadi kita jangan ingat, kita hidup senang lenang, kita tidak akan diserang oleh mana-mana pihak, kita fikirlah sendiri.

Dengan itu saya pun boleh beri peluang pada orang lain, ada satu jam lagi. Dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2001. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita hendak beri masa kepada Yang Berhormat Menteri menjawab lebih kurang satu jam ini, saya minta. Jadi masih ada lagi yang hendak bercakap? Kalau tidak ada saya serahkan. Tetapi beri ...

Datuk Haji Karim Ghani: [Bangun] Pendek sahaja ..

Timbalan Yang di-Pertua: ... Ya, baik. Sila

4.28 ptg.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil masa sedikit sahaja dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini.

Pertama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana berjaya menjalankan tugas dalam Pilihanraya Kecil Likas dan juga

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 53

berjaya melaksanakan tugas dalam Pilihanraya Umum Negeri Sarawak dengan keputusan yang begitu cemerlang di dalam kedua-dua keputusan pilihan raya itu. Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan tugas Suruhanjaya Pilihanraya di dalam mengkaji persempadanan kawasan pilihan raya.

Di Sabah telah lebih 30 tahun kawasan pilihan raya tidak bertambah di kawasan Dewan Undangan Negeri, begitu juga dalam kawasan Parlimen. Di Sabah kita mempunyai 48 kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi kalau dibandingkan dengan Sarawak, di mana Sarawak ketika ini mempunyai 62 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri, walaupun di Sabah kita mempunyai penduduk seramai 11% daripada penduduk Malaysia dan di Sarawak cuma 9% penduduk Malaysia. Kalau dibandingkan dengan kawasan Pa'rllmen, negeri Sabah yang besamya tidak kurang daripada 2/3 kawasan di Semenanjung tetapi kita cuma ada 20 kawasan pilihan raya Parlimen dibandingkan dengan Semenanjung yang ada kurang lebih 133 kawasan.

Kawasan Sabah yang begitu besar, saya fikir masalahnya telah tiba apabila Suruhanjaya Pilihanraya membuat kajian semula yang akan diadakan pada tahun ini dan tahun depan dan sebelum menghadapi pilihan raya yang akan datang, mudah­mudahan selesai pengkajian sempadan dan Sabah diberikan pertambahan kawasan baik di kawasan negeri ataupun di Kawasan Parlimen kerana Kawasan-kawasan Parlimen itu begitu besar malahan ada kawasan yang bermula daripada Penampang umpamanya, di Kota Kinabalu sehinggalah sampai ke Indonesia.

Jadi dari segi ini, saya fikir sangat tidak adil kepada rakyat Sabah yang diwakili cuma oleh seorang Wakil Rakyat kerana tidak mungkin beliau dapat memberikan perkhidmatan yang baik apabila kawasan terlalu besar, lagipun kemudahan-kemudahan di Sabah kurang dan saya juga percaya di Sarawak, belum mencapai secanggih kawasan yang ada di Semenanjung ini di mana semua kawasan boleh dilawati dengan kereta dan motokar dan sebagainya malahan di Sabah, masih ada lagi untuk melawat satu kawasan, untuk sampai dari satu ke satu tempat sahaja memerlukan perjalanan yang berjam-jam lamanya.

Menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri, saya ingin meminta supaya dipertimbangkan kerana pada masa kegawatan ini, peruntukan khas telah diberikan kepada Sabah dan saya juga percaya di sini, di mana di Sabah sahaja peruntukan sebanyak RM50 juta telah diberikan tambahan dan ini diagih-agihkan melalui kawasan­kawasan dan juga peruntukan diagihkan khas untuk Wakil-wakil Rakyat yang diberikan, saya difahamkan setiap wakil rakyat diberikan peruntukan RM500 ribu untuk jump start atau untuk membolehkan rakyat mendapat projek kecil-kecilan dan membelanjakan wang di kawasan yang boleh menghidupkan dan melonjakkan lagi perbelanjaan sehingga menumbuhkan ekonomi kita.

Jadi untuk Ahli-ahli Dewan Negara, Senator cuma pada ketika ini mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu untuk tiga tahun, bererti cuma RM33 ribu untuk setahun, saya minta supaya kerajaan mempertimbangkan peruntukan khas ini juga dipanjangkan kepada Ahli-ahli Dewan Negara, kerana mereka juga boleh memberikan bantuan kepada kerajaan untuk melawat atau memberikan projek kecil-kecilan dan memberikan penerangan kepada rakyat, bagaimana perlunya pada ketika ini kita harus bersatu untuk menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masalah ancaman luar, masalah ancaman dunia supaya rakyat bersatu dalam keadaan kita sekarang untuk meneruskan pembangunan dan memberikan keselesaan kepada rakyat di negara kita ini.

Menyentuh tentang Kementerian Kerja Raya, saya mintalah juga supaya dipertimbangkan untuk Sabah dan Sarawak, perkhidmatan MAS diperbaiki lagi terutama sekali dalam masa kita merayakan Hari Raya, yang mana amat susah untuk orang-orang balik ke Sabah dan Sarawak kerana tidak ada seats di MAS. Malahan kalau pada ketika ini kita hendak pulang, 13,14 atau 15 haribulan, kalau tidak membuat tempahan yang lebih awal, kemungkinan tidak dapat pulang ke negeri untuk bersama­sama keluarga dan bersama-sama penyokong dan bersama-sama kawan untuk merayakan Hari Raya ini.

Menyentuh tentang pembangunan luar bandar, terutama sekali dalam perkara PPRT, saya merasakan selama ini kita membangunkan negara, memberikan projek untuk pembangunan negara, mencuba untuk menghapuskan kemiskinan tetapi saya merasakan kita tidak ada satu benchmark untuk mengatakan, apa had minimum yang harus kita sediakan untuk rakyat kita di Malaysia ini. Kita mengadakan PPRT untuk

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

54 DN.5.12.2001

rakyat termiskin tetapi untuk keseluruhan rakyat, kalau kita katakan kita telah bangunkan negara dengan mengadakan segala-galanya dibandingkan beberapa negara yang lain, tetapi untuk satu keluarga, apa yang ideal untuk satu keluarga kita di Malaysia?

Untuk satu keluarga, kita memerlukan sekurang-kurangnya yang mempunyai satu rumah, yang mempunyai bekalan air, elektrik, yang mempunyai sekurang­kurangnya barangkali pendapatan yang berterusan, RM500 hingga RM600 sebulan dan juga untuk menyesuaikan pada masa ini, barangkali dia mesti ada satu komputer dan untuk satu komputer, dia mesti ada telefon dan mesti ada basic keperluan yang pada seluruh rakyat Malaysia ini, setiap keluarga seharusnya ada. , ,

Jadi, kalau benchmark ini ada, yang kita gariskan, maka dapatlah kita tahu dalam masa beberapa tahun, kita telah menyediakan rakyat kita untuk ada the basic needs untuk kehidupan mereka semua.

Jadi, untuk itu, alhamdulil/ah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyediakan peruntukan untuk air di luar bandar, untuk elektrik di luar bandar, untuk jalan raya luar bandar tetapi untuk menyediakan telefon di luar bandar, belum ada lagi peruntukan khas. Saya difahamkan belum ada kita sediakan peruntukan khas untuk menyediakan telefon di luar bandar supaya boleh digunakan untuk komputer di tiap-tiap rumah kita yang ada di negara ini.

lnilah sebabnya, saya minta supaya perkara ini ditimbangkan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberikan peruntukan yang sesuai dalam masa tahun-tahun yang akan datang ini supaya dalam masa lima, enam tahun dan seterusnya, komputer yang telah dibekalkan melalui skim EPF dan sebagainya boleh digunakan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk berucap serba ringkas dan dengan ini juga, saya memohon menyokong Akta Perbekalan Tambahan 2001.

Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua: Dengan ini, saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Tuan Hashim bin Ismail, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan untuk menjawab dan seterusnya menggulung perbahasan yang terakhir.

4.39 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menggunakan kesempatan ini untuk menggulung perbahasan kita selama tiga hari dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu seramai 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk berbahas dan menyokong Perbekalan Tambahan tahun 2001 ini.

Mereka ialah Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng, Yang Berhormat K.R.A Naidu, Yang Berhormat Datuk Ghazi bin Haji Ramli, Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi, Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan, Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim, Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten, Yang Berhormat Tuan Yew Tuan Chiew, Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin, Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff, Yang Berhormat Datuk Haji Karim Salleh, Yang Berhormat Puan Hajah Melati binti Ali, Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Yang Berhormat Puan See Too Mee, Yang Berhormat Puan Safinah binti Jusoh, Yang Berhormat Datuk Manser bin Haji. Md. Jaafar, Yang Berhormat Tuan Haji Hassan bin Shukri, Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad bin Abdul Ghani dan akhir sekali Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh yang amat terhad ini, saya bimbang kalau saya tidak mendapat semua soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi saya cuba seberapa ringkas yang boleh.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng tentang berapa banyak agensi kerajaan yang terlibat dengan persijilan MS ISO 9000? Terima kasih Yang Berhormat Dato'. MS ISO 9000 adalah satu standard untuk pengurusan yang menetapkan ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem kualiti untuk

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 55

sesebuah organisasi bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi itu konsisten. Sebanyak 781 agensi kerajaan telah dikenal pasti bagi pelaksanaan MS ISO 9000? Agensi-agensi ini terdiri dari kementerian­kementerian, Jabatan-jabatan Persekutuan dan Negeri serta badan-badan berkanun. Sehingga kini, sebanyak 280 agensi telah disijilkan dengan MS ISO 9000 perkhidmatan awam.

Sementara itu, beberapa agensi lain yang digalakkan untuk melaksanakan standard ini ialah seperti hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan, sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan serta politeknik-politeknik telah juga disijilkan dengan standard ini. Jumlah agensi tambahan yang telah disijilkan ialah sebanyak 43 buah.

•' Soalan Yang Berhormat Dato' yang kedua, adakah prestasi agensi ini

meningkat selepas menerima sijil MS ISO 9000? Pelaksanaan MS ISO 9000 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sesuatu agensi. Setakat ini, dari maklum balas yang diterima, prestasi agensi-agensi yang telah menerima sijil MS ISO 9000 telah meningkat secara keseluruhannya. Walaupun ada terdapat ketidakpuasan hati di sana sini, tetapi jumlahnya adalah kecil, Yang Berhormat Dato'. Pada keseluruhannya, kerajaan berpuas hati bahawa terdapat peningkatan prestasi jabatan­jabatan ataupun agensi-agensi yang diletakkan di bawah program ini.

Yang ketiga soalan Yang Berhormat Dato', adakah MAMPU tidak berupaya menjalankan tugas ini? Jawapannya, sebanyak 780 agensi kerajaan perlu disijilkan dengan MS ISO 9000. Memandangkan bilangan pegawai MAMPU yang menjalankan tugas ini adalah terhad, MAMPU tidak berupaya, tidak mampu setakat ini menjalankan khidmat perundingan dan pengauditan ke atas semua agensi. Sehingga kini, MAMPU telah memberi khidmat perundingan kepada 300 agensi kerajaan dan telah menjalankan pengauditan bagi 280 agensi kerajaan sahaja.

Oleh kerana baki agensi yang belum disijilkan masih banyak dan mereka perlu disijilkan sebelum akhir tahun 2002, bantuan syarikat-syarikat perunding swasta dan badan-badan persijilan swasta adalah diperlukan. Maka itulah kita minta bantuan peruntukan tambahan ini untuk tujuan mendapatkan perunding swasta.

Soalan Yang Berhormat Datuk yang keempat, adakah dengan mendapatkan sijil ini sikap kerja baru akan wujud? Matlamat MS ISO 9000 ialah untuk membangunkan sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik dan konsisten. Proses ke~a di agensi akan menjadi lebih kemas dan telus dan ini boleh mengurangkan penggunaan budi bicara dalam membuat keputusan. Secara tidak langsung ianya akan mendidik pekerja untuk memberi khidmat dengan lebih telus dan cekap dan mengubah sikap pegawai dalam menjalankan tugasnya.

Yang Berhormat Datuk Ghazi, saya kini sedang berada di bawah Kementerian JPM - Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat. Datuk Ghazi ingin tahu dan ingin mendapatkan maklumat mengenai kesediaan agensi-agensi mengikut kategori dalam mendapat Sijil MS ISO 9000.

Untuk makluman Yang Berhormat, dari sebanyak 781 agensi kerajaan, tahap kesediaan adalah seperti berikut: 280 agensi telah disijilkan; 256 agensi sedang dalam peringkat pengauditan dan akan disijilkan dalam tahun 2002; 245 agensi dalam peringkat penyediaan dokumen dan akan disijilkan dalam tahun 2002.

Dalam tahun 2002, sebanyak 245 agensi akan dibantu oleh MAMPU dan syarikat-syarikat perunding swasta dalam penyediaan dokumen untuk persijilan MS ISO 9000 dan sebanyak 500 agensi akan diaudit oleh MAMPU dan badan-badan persijilan swasta untuk dipersiijilkan kepada MS ISO 9000. Kesediaan agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan standard ini adalah menggalakkan.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Wang juga bertanya, kenapa kerajaan menyediakan modal ke~a sebanyak RM5 juta kepada KLIA Consultancy Sdn. Bhd. Penswastaan aktiviti KL International Airport Bhd. atau KLIAB kepada KLIA Consultancy Sdn. Bhd. adalah bertujuan untuk mengekalkan kepakaran dan kemahiran yang diperoleh oleh pengurusan dan kakitangan KLIAB dalam pembinaan KLIA. Bantuan pinjaman sebanyak RM5 juta kepada KLIACS akan digunakan sebagai modal syarikat kerana sebagai kakitangan kerajaan yang dipinjamkan ke KLIAB, mereka kekurangan modal untuk memulakan operasi KLIACS. Manakala bidang tugas KLIAC pula ialah:-

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

56

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

DN.5.12.2001

melaksanakan aktiviti KLIAB bagi kerja-ke~a Fasa I projek pembangunan KLIA yang masih bel urn dilaksanakan;

pengurusan projek dan pakar runding untuk lain-lain pembangunan termasuk pembangunan lapangan terbang dan pembangunan semula lapangan terbang yang menggunakan peruntukan kerajaan;

menggunakan dan memasarkan ciptaan produk Total Airport Management System;

mengambil alih semua kpl')trak baru yang diperoleh KLIAB di atas syarat dan terma yang sama; dan

menggunakan hak cipta, hak harta intelektual dan semua reka bentuk konsep software, lukisan, data plant dan pengiraan bagi projek KLIA dan lain-lain projek.

Untuk soalan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng mengenai, apakah bidang kuasa KLIAC? Bidang kuasa KLIAC hanya sebagai juruperunding kepada projek-projek pembangunan lapangan terbang dan ke~a-kerja berkaitan dengannya. KLIAC tidak ada kena-mengena dengan hal ehwal operasi di lapangan terbang termasuk keselamatan yang di bawah bidang kuasa Malaysia Airport Berhad atau MAB dan jabatan atau agensi kerajaan yang lain.

Persoalan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng yang seterusnya, iaitu siapa yang memiliki KLIAC? KLIAC dimiliki 70% oleh bekas pengurusan KLIAB melalui KLIA Management Sdn. Bhd., manakala baki 30% lagi dipegang oleh Menteri Kewangan Diperbadankan atau MKD.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng juga dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain ada menyentuh tentang, bagaimana kerajaan mengawal penyeludupan petrol daripada negara kita ke negara jiran. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia sentiasa mengambil langkah-langkah untuk membanteras sebarang bentuk kegiatan penyeludupan. Langkah-langkah yang diambil, khususnya bagi mengatasi kegiatan penyeludupan diesel adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan rondaan di sempadan darat dan laut;

(ii) membuat pemeriksaan rapi ke atas kenderaan-kenderaan Thai yang pulang dari Malaysia untuk masuk semula ke Thailand;

(iii) membuat pemeriksaan rutin dan mengejut dari masa ke semasa ke atas bot-bot yang mencurigakan di perairan Malaysia;

(iv) membuat serbuan;

(v) mengumpulkan maklumat perisikan; dan

(vi) beke~asama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk respons isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah tentang Wang lhsan dan juga pemberian geran kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. Walaupun ini tidak termasuk dalam budget atau belanjawan tambahan ini tetapi Yang Berhormat telah mengemukakan isu ini dengan cara agak emosional sedikit, maka saya rasa perlu memberi respons terhadap dakwaan beliau itu.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita berfikir sejenak secara tenang, hening dan rasional, bukan secara rasional, kita tidak nampak terdapat unsur-unsur kezaliman, penganiayaan, sama ada dalam pemberian Wang lhsan dan Peruntukan Tahunan untuk Kerajaan Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. Sejumlah peruntukan yang besar iaitu RM480 juga telah diperuntukkan kepada rakyat Terengganu melalui Wang lhsan. Kerajaan kenai pasti sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan dan menyalurkannya secara direct, dengan izin, dan tepat kepada golongan sasar.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 57

Saya hendak tanya, adakah bantuan untuk orang miskin, untuk pelajar-pelajar, untuk program membina makmal dan membekalkan komputer, program pembangunan sektor pertanian, program khas pembangunan usahawan, program kebajikan untuk warga tua, ibu tunggal, golongan cacat, kanak-kanak miskin, kesemuanya ini boleh dianggap sebagai suatu yang zalim ataupun suatu penganiayaan? Kerajaan cuma tidak menyalurkan Wang lhsan ini kepada Kerajaan Negeri Terengganu sahaja, itu sahaja. Sedangkan rakyat terus mendapat manfaat dan faedah daripada wang di bawah program Wang lhsan ini. Cuma tidak disalurkan melalui kerajaan. ltu sahaja. Rakyat terus mendapat manfaat dan faedah daripada wang ini. Apa yang zalim, siapa yang teraniaya? Tidak ada pula Yang Berhormat yang berkenaan dalam Dewan ini.

Saya hendak tanya, jika Yang Berhormat Puan Siti Zailah dan rakan-rakan yang lain benar-benar sayangkan rakyat, Yang Berhormat harus menyokong tindakan kerajaan ini. Selaku pemimpin di peringkat mana sekalipun kita berada, kita adalah penggembala dan selaku penggembala ataupun pemimpin, kita harus mengutamakan kepentingan rakyat, menyayangi mereka, mengasihi mereka dan harus belas ehsan kepada mereka. lni sifat pemimpin dan jangan mementingkan diri. Kalau kerajaan sedikit pun tidak dapat, tetapi rakyat dapat, kita masih boleh bersyukur, berterima kasih dan berpuas hati, sepatutnya.

Saya juga hendak merujuk, dia tidak ada pula hari ini ya. Saya kesal kerana beliau sudah lepaskan tuduhan yang agak keras kepada kerajaan, seperti tadi Yang Berhormat Datuk Mansor kata, "Pukulan maur, dia pula tidak hadir.

Saya hendak merujuk kepada sebuah kitab Riadathus Solihin karya Imam Nawawi, iaitu yang bererti, taman orang-orang yang soleh, hadis Rasulullah, riwayat Muslim bermaksud "Seburuk-buruk penggembala ialah orang yang tidak belas kasihan terhadap mereka yang digembala" laitu seburuk-buruk pemimpin, orang yang tidak belas ehsan kepada rakyat. Tetapi rakyat ok, rakyat happy, rakyat puas hati, apa pula yang zalim?

Selepas itu saya hendak merujuk kepada surah AI-Hasyr (Pengusiran), ayat 9 yang bermaksud, mereka itu lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri, meski pun mereka dalam kemiskinan. ltulah sifat muslim sejati. Walaupun mereka daif dalam kemiskinan tetapi mereka masih mempunyai sikap untuk mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri. ltu sifat pemimpin sejati. Dalam konteks ini kita mementingkan hak rakyat, rakyat dapat manfaat dan faedah daripada peruntukan Wang lhsan, orang tua, orang cacat, kanak-kanak sekolah biasiswa diberi juga. Sepatutnya kita mengutamakan kepentingan rakyat. Walaupun kerajaan kurang duit sedikit tidak apalah, sesuai dengan surah AI-Hasyr, ayat 9 tadi. Walaupun kita miskin, daif sedikit tetapi kita mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri.

Selepas itu, tuduhan Yang Berhormat Siti Zailah bahawa kerajaan ini zalim dan mengamalkan diskriminasi terhadap Kelantan dan Terengganu, saya rasa ini cukup serius kerana beliau sebenamya tidak merujuk kepada fakta yang sebenamya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, semalam dia kata pemberian grant untuk Kelantan dan Terengganu selalu dilambatkan. Saya hendak beritahu beliau bahawa untuk tahun ini, tahun 2001, keseluruhan pemberian grant yang seharusnya didapati oleh Kelantan dan Terengganu telah pun dilunaskan, beres sudah. Pembayaran terakhir dibuat pada 28 November baru-baru ini, sudah dibuat. Semasa beliau mengatakan kerajaan zalim, waktu itu duit sudah sampai ke Terengganu dan Kelantan mungkin juga telah digunakan. Tetapi waktu itu juga, pada waktu yang sama beliau mengatakan kerajaan ini zalim, mengamalkan diskriminasi dan sebagainya.

Dakwaan yang tidak patut, satu pukulan maut yang tidak perlu dan sia-sia, dia tidak check faktanya. Dia tidak membuat kajian, dia terus menuduh di sini secara melulu mengatakan bahawa kerajaan ini zalim. Untuk makluman, untuk rekod pemberian grant telah pun dihantar ke Kelantan dan Terengganu pada 28 November, Kelantan menerima RM125, 810,121, Terengganu menerima RM107,763,192 dan saya ingin memaklumkan bahawa pemberian bagi pertambahan hasil, Kelantan mendapat jumlah yang terbesar iaitu RM29,55,950 - zalim lagi? lni pun masih zalim. lngin juga saya memaklumkan negeri-negeri lain belum lagi dapat peruntukan bagi tahap pembangunan dan peruntukan bagi pertambahan hasil pun negeri lain belum dapat tetapi Kelantan dan Terengganu sudah pun bares. Tetapi wakil Kelantan dan Terengganu datang ke sini melabel kerajaan sebagai zalim, diskriminasi, penganiaya dan sebagainya. lnilah yang amat dikesalkan dan mudah-mudahan selepas ini wakil

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

58 DN.5.12.2001

Kelantan dan Terengganu ini dapat lebih berhati-hati dan lebih waspada dalam memberikan sebarang kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Siti Zailah juga menyentuh tentang mengapakah pendaratan paip gas dengan izin, by pass Kelantan dan mendarat di Songkhla. Dia kata ini didorong oleh motif politik. Keputusan untuk pendaratan paip gas adalah berdasarkan faktor komersial dan bukannya dipengaruhi oleh isu politik, memandangkan projek ini adalah projek ke~asama di antara Malaysia dan Thailand. Sehubungan dengan itu tidak timbul pengaruh politik dalam menentukan perkara ini. Tidak ada political motif dalam perkara ini dengan izin, dan hanyalah faktor motif komersial kerana program ini dibuat dengan ke~asama di antara Malaysia dengan Thailand. ' '

Yang Berhormat Dato' Chin Fook Weng juga dan beberapa rakannya yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu membangkitkan isu mengenai pembinaan Jebuh raya di mana perlu diambil kira kos pembinaan dan kadar tol.

Untuk maklumat Yang Berhormat Dato' dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, penentuan kadar tol adalah setelah mengambil kira pelbagai kos, seperti kos pembinaan, kos pengurusan, kos operasi dan kos kewangan yang ditanggung oleh syarikat konsesi dan bilangan kenderaan yang akan menggunakan lebuh raya berkenaan. Penentuan kadar tol dan kekerapan kenaikan kadar tol adalah dipersetujui semasa pe~anjian konsesi ditandatangani di antara kerajaan dan syarikat konsesi. Penentuan kadar tol dan kekerapan kenaikan kadar tol ini adalah dengan mengambil kira pelaburan yang besar oleh syarikat konsesi dalam sektor industri lebuh raya ini.

Masalah bayaran subsidi pampasan berlaku apabila kerajaan terpaksa mengenakan kadar tol yang lebih rendah daripada kadar tol yang sepatutnya di dalam perjanjian konsesi berikutan daripada sungutan orang ramai yang tidak puas hati dengan kadar tol yang ditetapkan. Berikutan sungutan orang ramai ini, kerajaan bersetuju menyusun semula kadar tol kepada satu kadar tol yang Jebih rendah dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan syarikat konsesi. Melalui penyusunan semula kadar tol ini selain kadar tol yang Jebih munasabah, kekerapan kenaikan tol juga dikurangkan. Beliau juga membangkitkan isu kenapa tol terus dikenakan walau pun tempoh konsesi telah tamat. Buat masa ini tiada Jebuh raya yang mengutip tol selepas tempoh konsesi telah tamat. Walau bagaimanapun terdapat satu syarikat konsesi yang masih mengutip tol walau pun tempoh konsesi telah tamat. Bagi konsesi lebuh raya berkenaan iaitu Jalan Kucing, Dato', tempoh konsesi telah dilanjutkan selama 7 tahun sebagai ganti rugi kepada syarikat akibat kejatuhan mata wang negara semasa kegawatan tahun 1997 dan 1998. Kejatuhan mata wang ini telah mengakibatkan bayaran balik pinjaman asing bertambah.

Yang Berhormat Datuk Ghazi menyentuh tentang, beliau ingin tahu jumlah pampasan tol yang telah dibayar oleh kerajaan sehingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, jumlah pampasan tol yang telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi sehingga November 2001 ialah RM532,945, 756.

Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin menyentuh tentang isu kualiti air daripada paip jenis simen asbestos, sama ada selamat diminum ataupun tidak. Secara amnya kualiti air dirawat yang keluar dari semua paip agihan air di negara kita berada di tahap yang selamat untuk minuman berdasarkan kepada garis panduan kebangsaan mengenai kualiti air minuman yang diasaskan dari piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Yang Berhormat Datuk Ghazi menyentuh tentang kemungkinan menggantikan paip air secara besar-besaran. Beliau meminta supaya paip jenis asbestos tidak digunakan lagi.

Kerajaan Persekutuan sememangnya memberikan penekanan yang serius dalam usaha mempertingkatkan kecekapan sistem bekalan air sedia ada di negara kita. Sehubungan itu, paip-paip air dari jenis simen asbestos tidak lagi digunakan dalam program penggantian paip-paip air yang baru. Ketika ini semua pihak berkuasa negeri secara berperingkat-peringkat sedang berusaha menggunakan paip-paip dari jenis simen asbestos dengan janis keluli Jembut atau mile steel. Logam 'miler' polietilena berketumpatan tinggi dan 'foliviny' klorida bukan plastik.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 59

Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim menyentuh tentang projek­projek JKR dimulakan awal tahun atau bukan di pertengahan atau di hujung tahun. Untuk makluman Yang Berhormat apabila sesuatu projek diluluskan, di bawah sesuatu rancangan Malaysia lima tahun, tidak bermakna pelaksanaan projek secara fizikal boleh dimulakan dengan serta merta. Projek tersebut seharusnya melalui proses ke~a awalan yang akan memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan hingga satu atau dua tahun tertakluk kepada saiz dan complexity projek.

Kerja-ke~a awalan yang dimaksudkan itu, termasuk kerja-kerja ukur tanah, penyiasatan tanah, reka bentuk kejuruteraan, kajian impak alam sekitar dan sebagainya. Sebelum peringkat panggilan tender atau rundingan harga yang juga akan memakan masa lebih kurang tiga hlngga enam bulan. Oleh yang demikian, tarikh permulaan projek akan bergantung kepada tarikh sebenar proses kerja awalan di atas dapat disiapkan.

Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim juga bertanya tentang sebab­sebab pampasan perlu dibayar kepada syarikat konsesi ini iaitu syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bertingkat Ulu Kelang. Bayaran pampasan perlu dibayar kepada syarikat konsesi ini kerana kerajaan telah menurunkan kadar tol di lebuh raya bertingkat Ampang-Uiu Kelang-Kuala Lumpur, bukan sahaja tahun 2001 ini malah untuk sepanjang baki tempoh konsesi selama 29 tahun. Untuk tahun 2001, kadar tol Kelas 1 yang sepatutnya dikenakan adalah sebanyak RM2.50 Yang Berhormat tetapi kerajaan telah menurunkan kadar ini kepada RM1.50. Kerajaan juga telah mengurangkan kekerapan kenaikan tol daripada satu kenaikan setiap empat atau lima tahun kepada satu kenaikan setiap tujuh tahun dan amaun kenaikan juga dikurangkan dan ada pula desakan supaya diturunkan lagi kepada .50 sen sahaja. Jadi kalau ini ditunaikan maka lebih banyak kerajaan perlu membayar pampasan kepada pihak-pihak konsesi.

Penurunan kadar tol ini adalah di atas permintaan orang ramal. Kerajaan telah menerima banyak sungutan dan desakan daripada pihak awam untuk mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya ini termasuk daripada Majlis Perunding Rakyat Ampang Jaya yang meminta kadar tol ditetapkan hanya 50 sen sahaja.

Amaun pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM290.89 juta dan setakat ini RM100 juta telah pun dibayar dengan peruntukan tahun 2001 sedia ada. Pampasan ini merupakan bayaran one-off kerana ianya merupakan penyelesaian bagi tempoh konsesi. Walau bagaimanapun di bawah perjanjian konsesi, syarikat konsesi sebenamya layak untuk menerima pampasan yang lebih iaitu dalam lingkungan RM500 juta. Tetapi setelah rundingan antara kerajaan dengan syarikat konsesi maka syarikat telah bersetuju untuk berkompromi kerana penurunan tol ini akan membawa faedah kepada syarikat konsesi juga.

Yang Berhormat Tuan Yew Tuan Chiew meminta JKR mengambil perhatian bahawa terdapat projek-projek jalan yang baru siap tetapi terpaksa dibaiki semula. Pada tahun 2000 lalu, JKR termasuk JKR Sabah dan Sarawak telah melaksanakan projek-projek jalan melebihi RM2.3 bilion yang kebanyakannya dengan memuaskan. Walau bagaimanapun tidaklah mustahil kemungkinan terdapat bilangan projek yang kecil yang mempunyai masalah kawalan kualiti.

Namun JKR akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti penyiapan projeknya seperti yang terbukti dengan persijilan ISO yang diterima oleh JKR pada 9 Jun 2000 yang lalu. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat supaya kursus keselamatan diwajibkan kepada kontraktor dan pekerjanya, ingin dimaklumkan bahawa kursus sedemikian yang bemama kursus Green Card yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan atau CIDB telah pun diwajibkan kepada pekerja­pekerja industri pembinaan mulai 1 Januari 2001.

Di samping itu mulai tahun inl JKR telah memberikan tumpuan yang lebih kepada pengurusan lalu lintas atau traffic management. Kini JKR telah mengeluarkan arahan supaya semua papan tanda sementara menggunakan gred bahan yang lebih tinggi iaitu dari jenis diamond grade. Arahan juga telah dikeluarkan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja dan peralatan yang mencukupi seperti flagman, lampu-lampu amaran, kon-kon dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Wang dan ramal lagi Ahli Yang Berhormat, mungkin tak dapat saya sebut nama setiap satu daripada mereka, mohon penjelasan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu tentang peruntukan

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

60 DN.5.12.2001

yang dipohon untuk perpindahan JHEOA, adalah merupakan satu amaun yang baru. Apabila atas sebab-sebab tertentu, kerajaan memutuskan supaya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau JHEOA dipindahkan daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat kepada Kementerian Pembangunan Luar 8andar maka tindakan yang perlu diambil ialah peruntukan yang asal di bawah KPNM, Maksud 8ekalan 8.42 sebanyak RM39,98,900,000 perlu disekat melalui waran sekatan oleh Perbendaharaan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1997, maknanya peruntukan asal dibekukan.

Seterusnya satu peruntukan baru yang sama jumlahnya perlu diberi dan disediakan di bawah kementerian baru iaitu Kementerian Pembangunan Luar 8andar di bawah Maksud 8.48. lni adalah disebabkan tiada peraturan di mana peruntukan dari satu kementerian boleh dipindahkan ke kementerian yang lain. Dalam kes ini dari Maksud 8.42 kepada Maksud 8ekalan 48 Yang 8erhormat.

Untuk isu seterusnya, kajian keberkesanan terhadap Program JHEOA bagi memperbaiki tarat hidup mereka, KPL8 dan JHEOA telah merangka pelan yang lebih komprehensit untuk memperbaiki tarat hidup Orang Asli. lni termasuklah dengan menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 31 Julai 2001 bertempat di KPL8, Putrajaya.

lsu seterusnya tentang JHEOA ialah jangan dibiarkan Orang Asli hidup dengan komuniti mereka sahaja. JHEOA telah dan sedang melaksanakan pelbagai program untuk memajukan masyarakat Orang Asli supaya mereka tidak ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan arus perdana. Program yang dilaksanakan termasuk bantuan pendidikan, latihan-latihan kemahiran, pemiagaan, penyusunan semula kampung, rancangan pengumpulan semula, penswastaan dan sebagainya.

Tentang isu program membandarkan masyarakat Orang Asli, JHEOA dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada Orang Asli bagi mereka hidup berdikari iaitu melalui Program Penyusunan Semula Kampung atau PSK. Penswastaan dan latihan kemahiran dalam perindustrian dan perniagaan.

Di samping itu JHEOA telah dan sedang melaksanakan program-program latihan kepada Orang Asli seperti peruntukan rotan, buluh, kayu, jahitan dan reka tesyen, sulaman, ketukangan bangunan dan perikanan air tawar. Dalam pendidikan kini JHEOA sedang mengurus dan menaja seramai 239 Orang Asli di IPTA di seluruh Malaysia.

Yang 8erhormat Datuk Long bin Jidin semalam dia banyak berceritakan tentang Orang Asli dan di antaranya beliau mencadangkan supaya Akta Orang Asli dipinda dan daripada ucapan beliau semalam saya dapati sudah ada satu persetahaman di antara beliau dengan kementerian. Maka saya rasa tidak perlu saya ulas perkara ini dan kita tunggulah progress atau perkembangan selanjutnya dan mudah-mudahan apa yang diperjuangkan oleh Yang 8erhormat Datuk Long akan dimakbulkan oleh Allah.

lni isu pendidikan banyak lagi saya tidak tahu, [Ketawa} banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Yang 8erhormat Senator Tuan K.R.A. Naidu mencadangkan agar SPR, ada satu isu yang popular ini, mengurangkan jumlah perbelanjaan pengurusan pilihan raya. Untuk makluman Yang 8erhormat, kos pengurusan pilihan raya akan bertambah apabila jumlah pemilih bertambah dan kawasan pilihan raya bertambah. Walau bagaimanapun, SPR akan mencari jalan untuk menjimatkan kos pilihan raya.

Yang 8erhormat Puan Chew Poh Thoi mencadangkan supaya SPR menyediakan sistem on-line dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Semakan on-line dibuat dengan JPN untuk memastikan kesahihan status kewarganegaraan dan data berkenaan seperti nama dan alamat. Semua data kad pengenalan disemak dengan JPN. Nombor-nombor kad pengenalan palsu tidak terdapat dalam pangkalan data JPN. SPR juga membuat matching atau peragaan data maklumat pemilih yang berdaftar dengan SPR dengan maklumat di dalam pangkalan data warganegara serta memiliki kad pengenalan yang sah. Dan sekarang ini pun telah wujud satu sistem on­line di antara kedua-dua jabatan ini.

Yang 8erhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten mencadangkan supaya pembersihan senarai pemilih di Sabah dilakukan. Untuk makluman, tidak semua daftar

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

DN.5.12.2001 61

pemilih dapat dibersihkan 100% terutamanya dari segi membersihkan pemilih-pemilih yang meninggal dunia kerana kematian berlaku pada bila-bila masa. Di Sabah, pembersihan mereka yang meninggal dunia sukar dilakukan kerana kebanyakan kematian di kawasan pendalaman tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, SPR sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah mengeluarkan sejumlah besar pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia dari Daftar Pemilih Negeri Sabah.

Puan Jamilah binti Ibrahim bertanya berapakah jumlah perbelanjaan untuk mengendalikan pilihan raya di Sarawak? Sebanyak RM22,010,000 adalah dikehendaki bagi keperluan perbelanjaan pilihan raya umum Dewan Negeri Sarawak kali yang kelapan, Yang Berhormat, RM22 juta,' ya.

Yang Berhormat Puan Jamilah juga ingin mengetahui langkah-langkah mengatasi isu pengundi hantu. Sejak tahun 1999 SPR telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan hanya warganegara yang layak sahaja berdaftar sebagai pemilih. Antaranya SPR telah mewajibkan pemohon hadir sendiri dan pendaftaran bersandarkan kad pengenalan yang sah. Semakan on-line dibuat dengan JPN atau Jabatan Pendaftran Negara untuk memastikan kesahihan status kewarganegaraan dan data berkenaan seperti nama dan alamat.

Berhubung dengan kad pengenalan palsu, kad pengenalan palsu ini tidak dapat digunakan untuk mendaftar sebagai pemilih. Semua data kad pengenalan disemak dengan JPN. Nombor-nombor kad pengenalan palsu tidak terdapat di dalam pangkalan data JPN.

Yang Berhormat Puan Siti Siti Zailah binti Mohd. Yusoff bertanyakan faktor persempadanan semula pilihan raya dan tadi juga disentuh oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, Datuk Karim pun juga ada sentuh tadi tentang persempadanan. Dalam menjalankan urusan persempadanan, SPR akan berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan oleh Sahagian II Jadual Ke-13 Perlembagaan. Persempadanan baru akan dilakukan selepas 8 Mac 2002.

Untuk tujuan persempadanan baru, aspek pembangunan dan jumlah pemilih akan diambil kira. Selepas kedua-dua aspek ini diteliti barulah ditentukan sama ada perlu dilakukan penambahan kerusi pilihan raya di sesuatu kawasan ataupun membuat pembesaran sempadan pilihan raya di kawasan tersebut. Dalam urusan persempadanan, SPR akan memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan yang disediakan. Rakyat boleh mengemukakan cadangan balas dan jika ada cadangan yang dikemukakan itu sesuai dan munasabah ianya akan diterima oleh SPR.

Saya hendak menyentuh tentang pendaftar pemilih mengikut kad pengenalan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2002 urusan pendaftaran pemilih akan dijalankan sepanjang tahun bagi memberi peluang yang lebih luas kepada warganegara untuk mendaftar sebagai pemilih. Urusan pendaftaran untuk tahun 2002 akan menggunakan alamat mengikut kad pengenalan bagi mereka yang baru mendaftar. Ertinya penguatkuasaan pemilihan mengikut alamat di kad pengenalan itu hanya bagi pemilih-pemilih yang mendaftarkan diri untuk memilih/mengundi pada tahun 2002 ke atas. 2002 ke bawah macam kita, tidak terlibat. Kita terus dengan macam inilah, status kod yang ada. Hanya mereka yang mendaftarkan diri pada tahun 2002 ke atas, pemilih-pemilih baru ini barulah akan ditentukan supaya mereka mengundi mengikut alamat di kad pengenalan. Macam kita ini yang sudah mendaftar tidak lagi terlibat dengan peraturan baru ini.

Datuk Hajl Karim Ghani: Minta sedikit penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Macam mana kalau pengundi lama macam kita ini bertukar tempat, bertukar alamat?

Tuan Hashim bin Ismail: Melainkan kalau Yang Berhormat sendiri request untuk bertukar alamat kita akan layan. Jikalau Yang Berhormat mungkin hendak bertukar alamat baru, maka SPR akan melayani kehendak Yang Berhormat itu dan besok kemudian nanti, apabila Yang Berhormat mengundi dia akan ikut alamat pada kad pengenalan. Tetapi kalau tidak ada request daripada mana-mana pihak maka macam kita semua ini, tidak ada masalahlah.

Puan Hajah Melati bin Ali: Yang Berhormat, saya hendak tanya penjelasan berhubung dengan keadaan pendaftar pemilih baru ini. Yang macam mana pula kalau

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

62 DN.5.12.2001

dulu nama dia ada dalam buku daftar pemilih, lepas itu hilang pula semula. Kemudian adakah perlu didaftarkan mengikut alamat yang terkini ataupun mengikut yang lama?

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau dia mendaftar baru dia akan mengikut peraturan. Kalau nama dia dua-dua hilang, dia daftar baru dan dia ikut peraturan baru. Ertinya dia akan pilih mengikut alamat pada kad. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa cukup setakat itu tentang SPR ini, banyak sudah. Saya belum sentuh pun sedikit tentang pendidikan, Tuan Yang di­Pertua, cukup banyak isu tentang pendidikan.

Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim menyentuh tentang bila sesi pertama bermula dan jumlah penuntut, iai .untuk UPM Bintulu? UPM Bintulu telah memulakan pengambilan pertama pelajarnya pada sesi November 2001 dengan jumlah pelajar seramai 242 orang. Apakah bidang kursus yang ditawarkan? Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Kejuruteraan. ltu dia kursus-kursus yang ditawarkan.

Tentang rancangan makanan tambahan, ini juga satu topik yang popular. Yang Berhormat Jamilah binti Ibrahim ingin tahu bagaimana Kementerian Pendidikan menetapkan kualiti kaedah pembekalan dan kriteria pembekal. Pemilihan menu makanan tambahan dan pembekal bagi program diputuskan oleh jawatankuasa program di peringkat sekolah masing-masing. Di peringkat sekolah ada jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menilai pelajar-pelajar yang layak dan yang tidak layak.

Berapa kos untuk seorang pelajar bilangan pelajar yang menerima bantuan serta kriteria pemilihan? Peruntukan bagi setiap murid sehari ialah RM0.80 sen di Semenanjung dan RM0.90 sen di Sabah dan Sarawak, bagi murid-murid golongan termiskin dan pendapatan bulanan ibu bapa RM400. ltu dia ya. RM0.80 di Semenanjung, RM0.90 di Sabah dan Sarawak, emak bapa dia mesti berpendapatan RM400 ke bawah.

Yang Berhormat Dato' Hajah Azizah ingin memastikan makanan berzat bagi rancangan makanan tambahan. Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan atau RMT di sekolah memilih makanan tambahan berdasarkan 20 menu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Dato' Ghazi bertanya tentang bagaimana kedudukan syarikat yang telah dilantik untuk membuat parisian Sekolah Bestari. Perjanjian projek rintis Sekolah Bestari antara Kerajaan Malaysia dan Konsortium Telekom Smart School Sendirian Berhad atau TSS ditandatangani pada Julai 1999. Di bawah perjanjian ini TSS membekalkan antara lain:

Komponen infrastruktur teknologi parisian sistem pengurusan Sekolah Bestari, parisian Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris, Sains, Matematik - infrastruktur teknologi telah siap dipasang di 87 buah Sekolah Bestari rintis.

Meja Bantuan dan Pusat Data pada Oktober 2001 semua parisian akan siap dipasang dan diuji. Di bawah perjanjian ini hanya alat bantu mengajar dalam bentuk bahan elektronik yang dibekalkan bersama-sama dengan bahan bercetak yang berkaitan.

Yang Berhormat Jamilah Ibrahim menyentuh tentang isu pendidikan wajib dan masalah yang timbul kanak-kanak yang tinggal jauh dari sekolah. Kedudukan yang jauh dari sekolah tidak menjadi salah satu kriteria atau alasan bagi mengecualikan daripada mendapatkan pendidikan wajib. Kerajaan mengambil langkah-langkah mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan menyediakan sekolah berpusat dan kemudahan asrama.

Yang Berhormat Dato' Ghazi ingin tahu tentang program pendidikan di kawasan luar bandar. Kementerian Pendidikan dalam memberi peruntukan pendidikan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang masih mempunyai kekurangan dari segi prasarana terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman. lni termasuklah Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah, Sarawak untuk menyediakan kemudahan asas terutama bekalan air bersih dan elektrik.

Begitu juga program sokongan seperti rancangan makanan tambahan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Skim Biasiswa Kecil adalah diberi keutamaan kepada murid­murid yang kurang kemampuan di luar bandar.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

~--- -----------

DN.5.12.2001 63

lsu Pensyarah IPTA yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dato' Ghazi, setiap IPTA mempunyai program kemajuan staf bagi meningkatkan tahap kemahiran tenaga pengajar. Dari masa ke semasa tenaga pengajar akan diberikan pendedahan melalui kursus-kursus sama ada dalam atau luar negara. Mereka juga digalakkan untuk menjalankan penyelidikan, menulis, menyertai forum-forum akademik dan juga membentangkan kajian ilmiah. Penggunaan JCT di kalangan pensyarah IPT bukanlah perkara baru bagi mereka kerana pada keseluruhannya mereka berkemampuan menguasai ICT.

Yang Berhormat Dato' Ghazi juga menyentuh tentang pendidikan prasekolah. Kursus perguruan prasekolah memang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dan melalui latihan khuslis ini adalah diharapkan melahirkan guru-guru di peringkat ini yang beiWibawa dan memperkasakan pendidikan prasekolah.

Kemahiran pendidikan akan menglnstitusikan pendidikan prasekolah dan mewajibkan semua institusi pendidikan prasekolah mengikuti kurikulum kebangsaan prasekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan mulai tahun 2003.

Tentang pengajaran Bahasa lnggeris yang disentuh oleh ramai Ahli Yang Berhormat, cadangan sedang dilaksanakan sebagai contoh dalam meningkatkan penguasaan Bahasa lnggeris. Kementerian Pendidikan sedang berusaha menggunakan khidmat tanah pengajar dari negara-negara yang menggunakan Bahasa lnggeris sebagai bahasa ibunda. Antaranya sukarelawan dari United Kingdom sebagai Pembantu Guru Bahasa lnggeris. Kementerian juga bercadang menjalankan program peningkatan prestasi Bahasa lnggeris melalui perkhidmatan penutur jati atau 'native speakers' terutama di kawasan Juar bandar. Kursus-kursus di kalangan Guru Bahasa lnggeris dilaksanakan oleh British Council. lsu pendidikan kenegaraan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi. Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kurikulum baru untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2003. Elemen-elemen kenegaraan akan dimasukkan selain daripada memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi .

Di peringkat pengajian tinggi, elemen-elemen kenegaraan dimasukkan dalam sebahagian daripada kursus yang perlu diambil oleh pelajar. lni termasuklah di IPTS di mana pelajar perlu mengambil kursus Pengajian Bahasa Malaysia.

Tentang Pendidikan Kemahiran Hidup, kelas Tingkatan 6 bertujuan diwujudkan bagi melengkapkan diri pelajar dengan disiplin ilmu yang membolehkan pelajar mempunyai persediaan yang cukup sebelum memasuki universiti dan bukannya persediaan pelajar untuk memasuki alam pekerjaan.

Oleh yang demikian, bagi pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik, mereka sepatutnya memasuki institusi kemahiran termasuklah Kolej Komuniti dan Politeknik yang lebih sesuai memberikan kemahiran dan memasuki alam pekerjaan.

Makanan tambahan sudah disentuh.

Masalah sekolah anak Orang Asli, ini satu isu baru.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersimpati dengan Yang Berhormat menjawab soalan-soalan ini, kita beri sedikit masa lagi untuk menjawab sebab masih lagi ada soalan-soalan yang belum dijawab. Kira-kira dalam 10 minit Jagi.

Tuan Hashim bin Ismail: Saya cuba Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya rasa kalau masa dah agak kritikal, saya akan potong kerana isu pendidikan ini boleh dibangkitkan di peringkat kementerian sendiri. Jadi, saya akan teruskan mana yang saya mampu.

Yang Berhormat Dato' Long Jidin tentang masalah sekolah anak Orang Asli yang jauh di pedalaman. Kementerian Pendidikan menyedari masalah anak Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Untuk mengatasi masalah ini, usaha dijalankan untuk mendirikan asrama di sekolah-sekolah Orang Asli.

Contohnya, Sekolah Kebangsaan Ruil, Pahang, Sekolah Kebangsaan Post Brook di Kelantan dan Sekolah Kebangsaan Mentari di Pahang. Dari masa ke semasa asrama-asrama ini akan terus dibina.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

64 DN.5.12.2001

Contohnya, Sektor Kebangsaan Ruil, Pahang, Sekolah Kebangsaan Post Brook di Kelantan dan Sekolah Kebangsaan Mentari di Pahang. Dari masa ke semasa asrama-asrama ini akan terus dibina.

Guru yang tidak komited di sekolah tersebut, Yang Berhormat Dato' Long, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri akan terus memantau prestasi guru-guru yang bertugas di sekolah­sekolah dari masa ke semasa agar guru lebih prihatin terhadap tugas masing-masing.

Universiti Putra, mengapa 'Putra' tidak 'Pertanian' seperti dahulu. Datuk Ghazi yang membangkitkan ini. Walaupun pada masa ini UPM menawarkan pelbagai bidang disiplin pengajian, bidang pertanian tidak dipinggirkan sama sekali. Universiti tersebut yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian yang sedia ada telah pun melihat kembali matlamatnya dan memberi penek~n'jln dalam bidang pertanian.

Bidang pengajian ini juga telah diperluaskan meliputi aspek-aspek perikanan, perhutanan dan makanan. Selain itu Kampus Cawangan UPM Bintulu juga telah digerakkan semula dengan membuat pengkhususan dalam bidang pertanian, perhutanan dan makanan. Sekarang ini pertanian, ia multi-discipline university, Dato'. Namun demikian, aspek pertanian tidak diabaikan.

Yang Berhormat Dato' Gazi juga menyentuh tentang populasi pelajar mencapai 90,000 orang, perlu disusun semula cara pentadbiran agar lebih efisien. Kementerian Pendidikan menyedari bahawa jumlah yang ada di UiTM mencapai 90,000 orang. Justeru itu, Universiti tersebut sedang menyusun semula penstrukturan pentadbirannya agar lebih efisien bagi mengatasi populasi pelajar yang ramai.

Datuk Christina Tibok Vanhouten - pelajaran bahasa Kadazandusun. Kementerian Pendidikan melalui pusat perkembangan kurikulum dan Jabatan Pendidikan Sabah telah menyediakan sukatan mata pelajaran bahasa Kadazandusun bagi sekolah rendah.

Pada tahun 2002 latihan kepada guru sumber bahasa Kadazandusun akan dijalankan bagi mendedahkan guru-guru kepada sukatan baru mata pelajaran tersebut.

Buat masa ini, pengajaran bahasa Kadazandusun dilaksanakan di luar waktu pengajaran sama seperti pengajaran bahasa sokongan yang lain.

Yang Berhormat Datuk Abdillah Abdul Rahim tentang JTM patut membuka cawangan di utara, timur dan selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pembukaan kampus cawangan IPTA memerlukan perancangan teliti kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Beberapa aspek perlu diambil sebagai asas pertimbangan untuk menubuhkan sebuah kampus cawangan. Ia bergantung kepada keperluan sebuah IPTA untuk berkembang dalam bidang-bidang yang ditawarkan dan juga bidang kepakaran yang ingin dimajukan oleh IPTA berkenaan.

Di samping itu, faktor enrolment pelajar tanpa tenaga pengajar dan prasarana tambahan juga perlu diambil kira.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini UTM telah pun mempunyai kampus cawangan di Pahang dan kampus UTM di Jalan Semarak Kuala Lumpur.

lsu pendidikan wajib telah saya sentuh.

Yang Berhormat K.R.A. Naidu menimbulkan masalah guru wanita cuti bersalin di sekolah-sekolah. Pihak sekolah akan menyediakan guru ganti bagi menggantikan guru yang bercuti bersalin. Oleh itu, tidak timbul masalah ketiadaan guru yang boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya rasa kebanyakan ini menyentuh perkara-perkara yang saya sentuh kerana isu ini adalah agak lebih kurang sama, jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, cuma satu perkara yang saya hendak minta izin untuk Yang Berhormat Datuk Ghazi tentang Skipple. Strategic partnership di antara Schipol dengan MAS.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Ogos 2001 yang lalu, MoU telah pun ditandatangani di antara MOF MKD dengan Schipol dan MoU ini akan berlanjutan sehingga 13 Disember tahun ini dan sekarang perundingan sedang dilakukan di antara kedua pihak dan kita ingin mendapatkan pengalaman Schipol ini untuk menjadikan

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Adakah dihadkan kepada satu kumpulan, ditukar selepas dua tahun atau tiga tahun dan sebagainya, ertinya ada bertukar-tukar, satu. Keduanya,

---------------~ ------~~---- -

DN.5.12.2001 65

pengalaman yang begitu baik maka Schipol telah menjadi lapangan terbang yang keempat di Eropah, maka kita ingin berkongsi sama dengan mereka untuk membolehkan mereka menjadi strategic partner dalam konsep smart partnership dan untuk kita akan kemungkinan kita akan menjual maksimum 30% daripada saham yang dipegang oleh MKD sekarang.

Sekarang MKD pegang 72%, public 28% dan MKD mungkin akan jual maksimum 30% kepada Schipol, itu maksimum, belum lagi diputuskan, di samping itu MKD terus memegang syer Lion Share besar dan di samping itu Golden share, kita pegang ertinya kita akan control dan kita hanya dapatkan pengalaman mereka, kecekapan mereka untuk menjadikan Kuala Lumpur KLIA sebagai sebuah regional hub di rantau ini yang membanggakan.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja dan mana-mana isu yang tidak dapat saya sentuh, walaupun banyak isu yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi saya mohon maaf tidak dapat menyentuhnya semua, dan saya mohon maaf dan walau bagaimanapun, kita catit semuanya ini dan mana-mana yang perlu kita akan bawa kepada kementerian masing-masing untuk diambil tindakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, walaupun telah tiga hari bersama dengan kita, Yang Berhormat telah dapat menjawab agaknya terhad dengan masa yang begitu terhad juga, walau bagaimanapun, terima kasih atas jawapan-jawapan yang memuaskan yang telah diberikan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Bacaan Kali Ketiga

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam: Sokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah pun melebihi batas waktu, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Dewan ini ke hari esok 6 Disember 2001 jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.44 petang.