16
Penyata Kewangan - Kegunaan Penyata Pendapatan PENYATA PENDAPATAN Selain dari Kunci Kira-kira, maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan juga boleh dianalisa dengan menggunakan Penyata Pendapatan. Penyata Pendapatan (Income Statement) atau Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement (P & L) statement) menunjukkan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan pada masa tertentu. Ia dapat menunjukkan apa yang berlaku di dalam butiran kunci kira- kira. Aset selepas digunakan, ia menjadi perbelanjaan kepada perniagaan. Bagaimana ianya boleh berlaku? Ia boleh berlaku melalui perbelanjaan yang dipanggil susut nilai (depreciation). Ianya juga menunjukkan nilai dalam bentuk RM produk dan perkhidmatan yang dijual, sama ada dalam bentuk tunai atau kredit. Di antara butiran yang perlu ada di dalam Penyata Pendapatan ialah: a. Hasil b. Keputusan aktiviti kendalian c. Kos kewangan d. Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan usahasama e. Belanja cukai f. Untung atau rugi daripada aktiviti biasa g. Kepentingan minoriti

Penyata Kewangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penyata

Citation preview

Page 1: Penyata Kewangan

Penyata Kewangan - Kegunaan Penyata Pendapatan

PENYATA PENDAPATAN

Selain dari Kunci Kira-kira, maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan juga boleh

dianalisa dengan menggunakan Penyata Pendapatan. Penyata Pendapatan (Income

Statement) atau Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement (P & L) statement)

menunjukkan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan pada masa tertentu. Ia dapat

menunjukkan apa yang berlaku di dalam butiran kunci kira-kira. Aset selepas

digunakan, ia menjadi perbelanjaan kepada perniagaan. Bagaimana ianya boleh

berlaku? Ia boleh berlaku melalui perbelanjaan yang dipanggil susut nilai (depreciation).

Ianya juga menunjukkan nilai dalam bentuk RM produk dan perkhidmatan yang dijual,

sama ada dalam bentuk tunai atau kredit.

Di antara butiran yang perlu ada di dalam Penyata Pendapatan ialah:

a. Hasil

b. Keputusan aktiviti kendalian

c. Kos kewangan

d. Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan usahasama

e. Belanja cukai

f. Untung atau rugi daripada aktiviti biasa

g. Kepentingan minoriti

h. Untung atau rugi bersih bagi sesuatu tempoh

Pendapatan

Pendapatan boleh diterima dalam dua bentuk, iaitu tunai dan bukan tunai. Pendapatan

tunai ialah bayaran yang diterima dari jualan ladang dan pendapatan lain. Pendapatan

bukan tunai pula diterima dalam bentuk barangan dan perkhidmatan. Bayaran yang

diterima dalam bentuk hasil padi, umpamanya ialah pendapatan bukan tunai. Satu lagi

ialah hasil ladang yang digunakan sendiri oleh keluarga petani, seperti sayur-sayuran

dan buah-buahan yang digunakan sendiri.

Page 2: Penyata Kewangan

Perbelanjaan

Perbelanjaan juga boleh diterima dalam dua bentuk, iaitu tunai dan bukan tunai.

Perbelanjaan tunai meliputi pembelian baja, racun, baka ternakan, makanan ternakan

dan biji benih. Perbelanjaan bukan tunai pula ialah perbelanjaan seperti susut-nilai

jentera, peralatan dan bangunan. Walaupun tiada pembayaran tunai dibuat untuk susut-

nilai tahunan, tetapi pengurangan nilai ini menunjukkan satu perbelanjaan perniagaan

dan mesti dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.

Jadual 7.2 menunjukkan penyata pendapatan Perniagaan ABC, sebuah syarikat

perladangan yang menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan ladang pada tahun

2008.

Pendapatan Ladang tunai

Pendapatan tunai biasanya diperolehi daripada jualan tanaman seperti getah, jagung,

buah-buahan dan ternakan kambing. Sebarang keuntungan atau kerugian hasil

daripada penjualan asset yang digunakan di lading seperti jentera dan mesin juga dikira

sebagai pendapatan lading. Nilai yang disenaraikan adalah perbezaan di antara harga

jualan asset dengan nilai bukunya. Jika harga jualan lebih besar daripada nilai buku,

keuntungan ini dianggap sebagai pendapatan tambahan. Keuntungan ini mungkin

timbul kerana susut-nilai yang besar telah dikira terdahulu. Kerugian pula berlaku

apabila harga jualan kurang dari niali buku. Ini menunjukkan jumlah susut-nilai telah

dikira rendah pada tahun-tahun terdahulu, atau asset terlebih nilai dalam inventori.

Perbelanjaan Ladang tunai

Terdapat dua kategori perbelanjaan ladang tunai yang ditunjukkan dalam Jadual 7.2.

Perbelanjaan tetap tunai termasuklah cukai tanah, bunga dan sewa. Susut nilai tidak

termasuk dalam perbelanjaan tetap tunai. Perbelanjaan berubah tunai pula termasuklah

baja, biji benih, makanan ternakan, upah buruh dan kos input-input lain yang digunakan

dalam proses pengeluaran.

Pelarasan bagi pendapatan bukan tunai

Page 3: Penyata Kewangan

Di antara butirannya ialah susut-nilai dan nilai inventori. Pelarasan bagi pendapatan

bukan tunai seperti susut nilai ini akan mengurangkan keuntungan perniagaan pada

tahun tersebut. Begitu juga pelarasan bukan tunai yang kedua ialah nilai inventori. Di

antara contoh inventori ialah aset yang mempunyai nilai di tambah diladang, aset yang

dibeli untuk dijual semula, dan bekalan makanan seperti makanan ternakan dan baja

diambilkira dalam pelarasan ini. Baka ternakan yang bertambah seperti kambing baka

dari tiga ekor kepada lima ekor dianggap sebagai aset dan dianggap sebagai

perubahan inventori. Nilai perubahan inventori positif jika ada pertambahan inventori

dan negatif jika sebaliknya berlaku.

Pelarasan yang terakhir untuk pendapatan bukan tunai ialah nilai keluaran yang

digunakan oleh keluarga peladang.

Pendapatan ladang bersih tunai

Pendapatan ladang bersih tunai ialah perbezaan di antara jumlah pendapatan tunai

dengan jumlah perbelanjaan tunai. Pendapatan ini lebih tepat jika dianggap sebagai

aliran tunai bersih tunai daripada perniagaan ladang setelah diselaraskan untuk

sebarang keuntungan atau kerugian daripada jualan aset. Pendapatan ladang bersih

tunai tidak boleh dianggap keuntungan perniagaan pada tahun tersebut kerana ia tidak

memasukkan butiran seperti susut-nilai dan perubahan inventori.

Jadual 7.2: Penyata Pendapatan (atau Akaun Untung Rugi) Perniagaan ABC pada

31 hb. Disember 2008 (dalam RM)

PENDAPATAN LADANG TUNAI

Jualan ternakan 20,000,000

Jualan getah 8,000,000

Pendapatan tunai lain 800,000

Untung/rugi atas jualan aset 13,626

Jumlah pendapatan tunai __ 28,813,626

Page 4: Penyata Kewangan

PERBELANJAAN LADANG TUNAI

Bahan mentah (Raw materials) 10,000,000

Kos pengeluaran (direct manufacturing costs)10,000,000

Perbelanjaan Pemasaran (Mkting. Expenses):

Upah (wages) 1,000,000

Komisyen pengangkutan (commissions transportation)500,000

Pelancongan dan promosi (advertising & promotion)500,000

Perbelanjaan Pentadbiran (Administrative expenses)

Yuran audit (auditing fees) 57,445

Gaji pengurusan (management salary) 1,000,000

Perbelanjaan pejabat (office expenses) 1,000,000

Perbelanjaan am (General expenses)

Insuran (insurance) 500,000

Cukai (taxes) 250,000

Sewa (rent) 250,000

Pembaikan (repairs) 250,000

Utiliti (utilities) 250,000

Jumlah perbelanjaan tunai __ 26,057,445

Pelarasan bagi pendapatan bukan tunai

Susut nilai (depreciation) 700,000

Pendapatan Kasar (Untung kasar) __ 2,056,181

Lain-lain Pendapatan 454,083

Pendapatan ladang bersih (Untung bersih) __ 2,510,264

Analisis Nisbah-nisbah keberuntungan (Profitability Ratios)

Page 5: Penyata Kewangan

Nisbah keberuntungan menggambarkan peratus keberuntungan syarikat berbanding

jualan yang telah dibuat, dan jumlah aset yang telah digunakan sepanjang satu tempoh

kewangan.

Antara nisbah keberuntungan yang penting termasuk nisbah keuntungan kasar

berbanding dengan jualan (gross profit ratio), nisbah keuntungan bersih berbanding

dengan jualan (net profit ratio), nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset

(return on capital employed) dan nisbah pulangan pelaburan (return on investment).

Formula untuk mengira nisbah keuntungan kasar ke atas jualan (profit on sales ratio)

adalah:

(keuntungan kasar)/(jumlah jualan) x 100% = X%

Nisbah ini menunjukkan keberkesanan pengurusan PNK mengendalikan perniagaan.

Contohnya jika nilai X ialah 25%, ini bermakna bagi setiap RM1 jualan, sebanyak

RM0.25 diperolehi sebagai keuntungan kasar.

Formula untuk mengira nisbah keuntungan bersih ke atas jualan (net profit on sales

ration, POS) adalah:

(keuntungan bersih)/(jumlah jualan) x 100% = X%

Nisbah ini menunjukkan keberkesanan pengurusan PNK mengendalikan perniagaan.

Contohnya jika nilai X ialah 10%, ini bermakna bagi setiap RM1 jualan, sebanyak

RM0.10 diperolehi sebagai keuntungan bersih. Ia menunjukkan keuntungan yang

diperolehi bagi setiap 1 RM jualan.

Page 6: Penyata Kewangan

Formula untuk mengira nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset (atau

nisbah tanggungan) adalah:

(keuntungan bersih)/(jumlah aset) x 100% = X%

Nisbah ini tanggungan ini digunakan untuk menunjukkan kebolehan syarikat untuk

menggunakan aset bagi menghasilkan keuntungan. Sekiranya nilai X ialah 15%, bererti

setiap RM1 aset yang digunakan, telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak

RM0.15.

Nisbah-nisbah kecairan (Efficiency Ratios)

Nisbah kecairan mengukur keupayaan sesebuah entiti perniagaan untuk membayar

hutang jangka pendeknya tepat pada waktunya. Keupaayan entiti perniagaan tersebut

melaksanakan tanggungjawab tersebut tentunya bergantung kepada kecukupan wang

tunai dan aset-aset lain yang boleh ditukar kepada tunai sebelum tanggungan (liabiliti)

semasa tersebut matang. Ada dua formula yang kerap digunakan untuk mengukur

nisbah kecairan, iaitu nisbah semasa (current ratio) dan nisbah kecairan (acid test ratio

atau quick asets ratio).

i) Formula untuk nisbah semasa (current ratio)

(jumlah aset semasa)/(jumlah liabiliti semasa) = X:Y

Contohnya nisbah semasa ialah 2 kali. Ini bermakna bagi perniagaan tersebut aset

semasa entiti perniagaan tersebut melebihi sebanyak 2 kali ganda dari tanggungan

semasa. Perniagaan ini mampu memenuhi tanggungan dan bil-bil semasa (current bills

and obligation).

ii) Formula untuk nisbah kecairan (acid test ratio atau quick asets ratio)

(aset semasa-stok inventori)/(liabiliti semasa) = X:Y

Page 7: Penyata Kewangan

Disebabkan stok inventori merupakan aset yang mempunyai kecairan yang rendah,

maka ada kalanya ianya diasingkan dari aset semasa, maka didapati aset semasa yang

lebih mudah dicairkan. Contohnya nisbah kecairan ialah 1.2 kali. Ini bererti aset semasa

yang mudah ditukar kepada tunai adalah 1.2 kali ganda dari liabbiliti semasa. Jika

nisbah kecairan lebih dari satu, bererti firma tidak menghadapi masalah kecairan.

Nisbah-nisbah kecekapan (Efficiency Ratios)

Nisbah kecekapan mengukur kecekapan entiti perniagaan menggunakan sumbernya

untuk menghasilkan jualan. Sebagai contoh, firma yang menghasilkan jualan bernilai

RM8 juta menggunakan aset bernilai RM4 juta tentulah lebih cekap menggunakan

sumbernya berbanding dengan firma menggunakan bernilai RM6 juta.

i) Nisbah pulangan aset tetap (fixed aset turnover ratio)

Nisbah pulangan aset tetap mengukur kecekapan firma membuat pelaburan ke atas

aset tetapnya. Formula pengiraan:

(Jumlah Jualan)/(Jumlah aset tetap) = Pulangan (turnover)

(ii) Nisbah pulangan jumlah aset (total aset turnover ratio)

Nisbah pulangan jumlah aset mengukur kecekapan firma menggunakan aset untuk

menghasilkan jualan. Formula pengiraan:

(Jumlah Jualan)/(Jumlah aset tetap) = Pulangan (turnover)

Semakin tinggi pulangan, bererti semakin besar pulangan ke atas pelaburan (ROI).

Kebiasaannya nilai pulangan (turnover) dengan pulangan perniagaan lain dalam

industri yang sama (industry norms). Sekiranya nilai pulangan rendah, pihak

pengurusan perniagaan perlu menggunakan aset mereka dengan lebih cekap,

meningkatkan harga keluaran jika boleh, menjual aset yang tidak efektif, atau

mengurangkan akaun hutang tak berbayar.

Page 8: Penyata Kewangan

7 comments:

Anonymous said...

103110

assalamualikum..dr.

penyata pendapatan merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam

penyata pendapatan. penyata pendapatan berperanan sebagai pengukur pretasi

sesuatu perniagaan yang dijalankan dan menjelaskan tentang segala yang

berlaku dalam kunci kira-kira. Dari segi pendapatan, secara relatifnya,

pendapatan boleh diterima dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Dalam

perniagaantani, pendapatan tunai diterima dalam bentuk jualan hasil ladang dan

lain-lain. Manakala. dari segi pendapatan bukan tunai, pendapatan diterima

dalam bentuk barangan atau perkhidmatan seperti hasil tangkapan ikan.

dari segi perbelanjaan, ia juga boleh diterima dalam bentuk tunai dan bukan

tunai.maksudnya, dalam bentuk tunai adalah seperti pembelian baja, racun, dan

lain-lain. dari segi bukan tunai pula adalah seperti susut nilai jentera dan lain-lain.

perkara yang terpenting adalah segala perbelanjaan sama ada tunai atau bukan

tunai perlu dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. selain itu, peratus

keuntungan bagi satu tempoh kewangan yang diperoleh syarikat boleh dihitung

melalui analisis nisbah-nisbah keberuntungan seperti nisbah keuntungan kasar

berbanding dengan jualan, nisbah keuntungan bersih berbanding dengan jualan,

nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset, dan nisbah pulangan

pelaburan.

bagi nisbah-nisbah kecairan, ia mengukur keupayaan sesebuah entiti perniagaan

untuk membayar hutang jangka pendeknya tepat pada waktunya. bagi nisbah-

Page 9: Penyata Kewangan

nisbah kecekapan, ia mengukur kecekapan entiti perniagaan menggunakan

sumbernya untuk menghasilkan jualan.

October 8, 2008 at 11:09 AM

Vijay Kanna said...

Dr.,

Income statement can be defined as a financial report that gives an accout of the

expenses and revenue of an agribusiness. Hence, it functions as one of the most

important aspects of an agribusiness as it can serve as a guideline to

perpetrators of the business on where and how their revenue is spent. This will

be helpful in ensuring that the income is spent for proper channels and any loss

incurred can be easily identified and overcome.

The main purpose of the income statement is to show managers and investors

whether the agribusiness made or lost money during the period being reported.

Besides that, the income statement is a vital element of good management skills

as it is a clear and precise indicator of proper administration of the agribusiness

by the manager. Any inconsistencies or misdemenors in handling of the

business' income can be identified through the income statement.

Regards,

Vijay Kanna (105740)

October 20, 2008 at 3:41 PM

Anonymous said...

salam dr, ( 106096 )

Page 10: Penyata Kewangan

penyata pendapatan merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam

penyata pendapatan. penyata pendapatan berfungsi sebagai pengukur pretasi

sesuatu perniagaan yang dilakukan dan menjelaskan tentang segala yang

berlaku dalam kunci kira-kira. Dari segi pendapatan,pendapatan boleh diterima

dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Dalam perniagaantani, pendapatan tunai

diterima dalam bentuk jualan hasil ladang dan lain-lain. Manakala. dari segi

pendapatan bukan tunai, pendapatan diterima dalam bentuk barangan atau

perkhidmatan seperti hasil tanaman buahan.

Bagi nisbah kecairan pula,ia mengukur keupayaan sesebuah entiti perniagaan

untuk membayar hutang jangka pendeknya tepat pada waktunya. Keupaayan

entiti perniagaan tersebut melaksanakan tanggungjawab tersebut bergantung

kepada kecukupan wang tunai dan aset-aset lain yang boleh ditukar kepada

tunai sebelum tanggungan semasa tersebut matang.

October 21, 2008 at 2:48 PM

Anonymous said...

salam Dr..(105829)

Penyata pendapatan juga boleh digunakan untuk menganalisa prestasi

sesebuah perniagaan. Pendapatan terdapat dalam dua bentuk. Yang pertama

dalam bentuk tunai dan yang kedua dalam bentuk bukan tunai.Pendapatan

dalam bentuk tunai diterima melalui jualan aset atau barangan manakala jualan

dalam bentuk bukan tunai diterima dalam bentuk perkhidmatan.

Bagi analisis nisbah, terdapat 3 komponen iaitu nisbah keberuntungan, nisbah

kecairan dan nisbah kecekapan. Nisbah kecairan mengukur keupayaan

sesebuah entiti perniagaan untuk membayar hutang jangka pendeknya tepat

pada waktu. Nisbah kecekapan pula mengukur kecekapan entiti perniagaan

menggunkan sumbernya untuk menghsilkan jualan.

October 21, 2008 at 3:27 PM

Page 11: Penyata Kewangan

Anonymous said...

Dari 105308

Adalah penting untuk melihat sesebuah firma beroperasi dengan memperolehi

kerugian atau keuntungan. Komponen yang terdapat dalam penyata ini adalah

merangkumi segala perbelanjaan dan penerimaan daripada operasi firma.

Komponen ini adalah penting kerana membolehkan pihak pengurusan

mengetahui dengan cepat beberapakah perbelanjaan dan penerimaa firma

dalam tempoh-tempoh tertentu. Ini dapat mengelakkan daripada firma terlalu

membelanja sehingganya mengalami kerugian. Ini bermakna bila pihak

pengurusan mengetahui bahawa dalam tempoh ini perbelanjaan adalah terlebih

daripada penerimaan maka mereka akan cuba sedaya usaha untuk

mengurangkan perbelanjaan. Kegunaan penyata pendapatan adalah dapat

mencontrolkan perbelanjaan firma bila didapati tempoh telah over bajet.

October 23, 2008 at 10:56 AM

Anonymous said...

Kunci kira-kira dan penyata pendapatan adalah penting dalam peniagaan tani.

Kunci kira-kira yang berjaya menunjukan akaun kewangan sesebuah syarikat

akan memudahkan pelabur untuk membuat keputusan sama ada hendak

melabur dalam perniagaan tersebut atau tidak. Ia akan menarik perhatian

pelabur dengan hanya menunjukkan pulangan yang tinggi dalam laporan

kewangan. Manakala, penyata pendapatan kebanyakannya digunakan oleh

syarikat untuk mengukur pendapatan atau keuntungannya. Dalam penyata

pendapatan, kita mendapati tahu segala pendapatan dan juga perbelanjaan

dalam syarikat tersebut.

105971

Page 12: Penyata Kewangan

October 25, 2008 at 1:55 AM

Anonymous said...

salam dr..

106088

Penyata pendapatan memberikan kita peluang untuk menaksir keuntungan

syarikat, dan menunjukkan gambaran keseluruhan pendapatan dan perbelanjaan

bagi tahun fiskal tersebut. Walau bagaimanapun, seperti kunci kira-kira,

pendapatan syarikat boleh tertakluk kepada beberapa interpretasi. Hasil

daripada perdebatan tentang yang mana membentuk untung dan yang mana

tidak, dan hasil manipulasi angka, banyak akauntan memberi perhatian kepada

penyata aliran tunai.

Walau bagaimanapun, lihat penyata pendapatan dan perhatikan jika syarikat

mendapat untung serta bandingkan dengan tahun sebelumnya. Lihat jika dividen

telah diagihkan, bandingkan dengan tahun sebelumnya dan dengan keuntungan.

Jika semua keuntungannya dibayar sebagai dividen, mungkin akan berlaku

masalah pada masa hadapan. Adakah berlaku pengurangan dalam dividen

berbanding tahun sebelumnya? Jika ya, bermakna mungkin mereka kesempitan

wang tunai dan anda perlu tahu mengapa. Adakah wang tunai tersebut

digunakan untuk pengembangan perniagaan seterusnya, atau adakah syarikat

tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya?

October 25, 2008 at 3:50 PM