Upload
syiqah-sapian
View
518
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
1/29
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
2/29
i
PRAKATA
Buku nota bersaiz poket atau Pocket Book bertajukTeknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa
Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan
semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.
Pocket Book ini mengandungi teknologi-teknologi
berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu
kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit danserangga perosak utama tanaman getah.
Kandungan dalam Pocket Book ini adalah adaptasi
dan olahan semula dari buku Manual Teknologi
Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun
2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta
buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan
Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitanPocket Book Teknologi Penyelenggaraan Kebun
Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat
memberi maklumat dan menjadi panduan khusus-
nya kepada agen pengembangan dan pengguna-
pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil
getah menghayati dan mengamalkan teknologi-
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
3/29
ii
teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil
dan pendapatan mereka.
Kepada semua penulis buku Manual TeknologiPenanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan
Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan
terima kasih. Secara tidak langsung mereka
telah menyumbang dalam proses pemindahan
teknologi. Terima kasih juga kepada Unit
Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihakyang terlibat dalam penerbitan Pocket Book ini.
Datuk Dr Salmiah AhmadKetua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
Disember2010
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
4/29
iii
SENARAI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Prakata
Senarai Kandungan
Pendahuluan
PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA
POKOK GETAH
Penyakit Daun Pokok Getah
Penyakit Tapak Torehan
Penyakit AkarKesan Serangan Penyakit
Penyakit Daun
Penyakit Tapak Torehan
Penyakit Akar
Mengenal Penyakit dan Tanda-Tanda
SeranganPenyakit Luruhan Daun Oidium
Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum
i
iii
1
2
2
2
333
4
4
5
5
6
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
5/29
iv
Penyakit Luruhan Daun
Phytophthora
Penyakit Luruhan Daun
CorynesporaPenyakit Calar Hitam
Penyakit Akar
Penyakit Akar Putih
Penyakit Akar Merah
Penyakit Akar Perang
Mengawal PenyakitMerawat Dengan Racun Kimia
Merawat Penyakit Luruhan
Daun Oidium
Merawat Penyakit Luruhan
Daun ColletotrichumMerawat Penyakit Luruhan
Daun Phytophthora
Merawat Penyakit Calar Hitam
Pengurusan Penyakit Akar
Merawat Penyakit Akar
Kawalan Kimia
PENUTUP
7
8 9
10
11
12
13
1415
15
15
15
16
17
17
19
20
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
6/29
SENARAI JADUAL
Jadual 1. Kawalan Kimia BagiPenyakit Pokok Getah
SENARAI RAJAH
Rajah 1. Tompok-Tompok Putih Berdebu
Di Permukaan Daun Yang Diserang Oleh Kulat Oidium heveae
Rajah 2. Bintik-Bintik Yang Timbul
Di Permukaan Daun Akibat
Serangan Kulat Colletotrichumgleosporioides
Rajah 3. Daun Dijangkiti Oleh Penyakit
Luruhan Daun Phytophthora. Titisan
Susu Getah Beku Pada Lesion Yang
Berwarna Keperangan Pada TangkaiDaun
Rajah 4. Daun Dijangkiti Oleh
Penyakit Luruhan Daun Corynespora.
Gejala Tulang Ikan Pada Daun Getah
v
19
5
6
7
8
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
7/29
vi
Rajah 5. Penyakit Calar Hitam
Rajah 6. Akar Yang Dijangkiti OlehPenyakit Akar Putih
Rajah 7. Akar Yang Dijangkiti Oleh
Penyakit Akar Merah
Rajah 8. Penyakit Akar Perang
Rajah 9. Semburan Racun Kulat Di
Tapak Torehan Untuk Merawat Penyakit
Calar Hitam
Rajah 10. Parit Pemisah
9
11
12
13
16
18
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
8/29
PENDAHULUAN
Penanaman getah mempunyai dua objektifutama, iaitu untuk mencapai kematangan awal
dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua
tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber
nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan
mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan
nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaanyang diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul.
Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan
daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak
sia-sia. Satu lagi perkara yang mengganggu
pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok
getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betulperlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun
dan kadar yang sesuai.
1
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
9/29
2
PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA POKOK GETAH
Pokok getah boleh diserang oleh beberapa jenis
penyakit dan sekaligus menjejaskan kesuburannya.Penyakit utama yang menyerang pokok getahdewasa adalah seperti berikut:
Penyakit Daun Pokok Getah
Di Malaysia, terdapat empat penyakit daun yangmenyerang bahagian daun pokok getah iaitu :
Penyakit Tapak Torehan
Penyakit Calar Hitam disebabkan oleh kulatP. palmivora.
Penyakit luruhan daun Oidiumdisebabkankulat Oidium heveae.
Penyakit luruhan daun Colletotrichumdisebabkan oleh kulat
Colletotrichum gloeosporioides. Penyakit luruhan daun Phytophthora
disebabkan oleh kulat Phytophthorabotryosaatau Phytophtora palmivora.
Penyakit luruhan daun Corynesporadisebabkan oleh kulat Corynespora
cassiicola.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
10/29
3
Penyakit Akar
Di Malaysia terdapat tiga jenis penyakit akar pokok
getah yang utama iaitu:-
Penyakit akar putih adalah penyakit yangpaling kerap berlaku disebabkan oleh kulatRigidoporus lignosus.
Penyakit akar merah disebabkan oleh kulatGanoderma philippii.
Penyakit akar perang disebabkan oleh kulatPhellinus noxius.
Kesan Serangan Penyakit
Kesan-kesan serangan penyakit mengikut jenis
penyakit adalah seperti berikut:
Penyakit Daun
Daun rosak disebabkan oleh bintik, tompokdan bahagian daun yang mati.
Daun-daun yang teruk dijangkiti akangugur.
Pucuk dan ranting akan mati. Pokok tidak subur. Mengurangkan hasil tuaian lateks.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
11/29
4
Penyakit Tapak Torehan
Kulit di tapak torehan rosak dan kulit pulihan
tidak tumbuh dengan sempurna. Kulit pulihan di tapak torehan tidak dapatditoreh dengan sempurna kerana terdapatbonjolan
Hasil getah berkurangan.
Penyakit Akar
Penyakit akar berupa penyakit yang palingberbahaya dalam penanaman getah kerana iaboleh membunuh pokok. Penyakitnya di sebabkanoleh kulat, yang pada mulanya menyerang padapermukaan akar sahaja. Lama-kelamaan kulat
tersebut menembusi tisu kayu menyebabkan akarmenjadi reput dan seterusnya mematikan pokok.Penyakit akar boleh berjangkit dari pokok ke pokokmelalui pertemuan akar, iaitu apabila akar pokokyang sihat bertemu dengan yang berpenyakit. Selaindari itu, jangkitan juga boleh berlaku oleh spora yang
memasuki akar melalui tisu luka yang terdedah yangterdapat di bahagian batang atau dahan.
Pokok akan mati. Jumlah pokok akan berkurangan. Jumlah hasil lateks dan kayu per unit
kawasan akan berkurangan.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
12/29
5
Mengenal Penyakit dan Tanda-Tanda Serangan
Penyakit Luruhan Daun Oidium
Penyakit menyerang daun muda yang masihberwarna perang hingga kehijauan.
Kewujudan tompok-tompok putih berdebupada permukaan daun (Rajah 1).
Rajah 1. Tompok-Tompok
Putih Berdebu Di
Permukaan DaunYang
Diserang oleh Kulat
Oidium heveae
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
13/29
6
Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum
Rajah 2. Bintik-Bintik Yang
Timbul Di Permukaan
Daun Akibat Serangan
Kulat Colletotrichum
goeosporioides
Jangkitan kulat Colletotrichumgloeosporioidespada daun yang sangat
muda menyebabkan daun berkerut,berkeriput dan bertukar menjadikehitaman dan akhirnya gugur.
Jangkitan pada anak daun yang lebih tuamerosakkan sebahagian daun di manahujung dan tepi daun menjadi hitam.
Bintik-bintik yang timbul dan berlubang ditengah merupakan ciri nyata akan
serangan penyakit ini (Rajah 2).
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
14/29
7
Penyakit Luruhan Daun Phytophthora
Jangkitan selalu berlaku pada tangkai daun. Terdapat satu atau lebih lecuhan yang
berwarna perang tua atau kehitaman padatangkai daun.
Kerap kelihatan titik-titik susu getah beku ditengah lecuhan tersebut (Rajah 3).
Daun gugur di mana anak-anak daunberwarna hijau masih terlekat ditangkai daun.
Daun matang yang masih hijau bertaburandi atas tanah.
Rajah 3. Daun
Dijangkiti oleh Penyakit
Luruhan Daun
Phytophthora. Titisan
Susu Getah Beku PadaLesion Yang Berwarna
Keperangan Pada
Tangkai Daun
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
15/29
8
Penyakit Luruhan Daun Corynespora
Rajah 4. Daun
Dijangkiti oleh Penyakit
Luruhan Daun
Corynespora.
Gejala Tulang Ikan
Pada Daun Getah
Penyakit menjangkiti daun muda dandaun tua.
Pada daun muda, di peringkat awal penyakitterdapat bintik-bintik bulat kecil yangsemakin membesar.
Jangkitan selalu berlaku pada urat utamadan urat-urat kecil daun. Ini menghasilkangejala seperti landasan keretapi atautulang ikan (Rajah 4). Gejala ini merupakantanda utama penyakit ini.
Tisu daun berdekatan dengan lecuhan
bertukar warna menjadi kuning danseterusnya perang.
Daun akan gugur.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
16/29
9
Penyakit Calar Hitam
Rajah 5. Penyakit Calar Hitam
Penyakit Calar Hitam selalu menyerangpada tapak torehan.
Penyakit ini berlaku dan merebak padamusim hujan.
Penyakit ini juga boleh merebak ke pokokyang lain melalui pisau torehan. Jangkitankulat ini akan merosakkan kulit pulihandi tapak torehan.
Tanda-tanda penyakit ini ialah terdapatnyakulit pulihan yang lebam dan apabila dikikiskelihatan jalur-jalur hitam pada bahagianberkayu (Rajah 5). Kulit akan pecahsekiranya terdapat lateks beku di dalamnya.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
17/29
10
Penyakit Akar
Daun-daun pokok yang dijangkiti oleh
penyakit akar akan bertukar warna menjadikekuningan. Daun akan menjadi keras dan melengkung
ke bawah. Pada permulaannya, tanda-tanda ini hanya
melibatkan satu atau dua dahan sahaja,akhirnya akan melibatkan seluruh pokok.
Pokok-pokok yang dijangkiti penyakit akarmungkin juga berbunga dan berbuahdi luar musim.
Daun-daun akhirnya gugur dan pokok akanmati.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
18/29
11
Penyakit Akar Putih
Akar akan diseliputi oleh miselium kulat
berupa benang putih yang melekappada permukaan akar (Rajah 6). Jasad buah yang berwarna jingga di
bahagian atas dan kemerah-merahandi bawah terdapat pada pangkal tunggulpokok getah.
Rajah 6. Akar Yang Dijangkiti oleh
Penyakit Akar Putih.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
19/29
12
Penyakit Akar Merah
Akar pokok getah akan diselaputi
lapisan tanah berpasir yang melekatdengan kuat (Rajah 7). Jasad buahnya berwarna merah tua pada
bahagian atas dan kelabu di bahagianbawahnya.
Rajah 7. Akar Yang Dijangkiti oleh
Penyakit Akar Merah.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
20/29
13
Penyakit Akar Perang
Permukaan akar akan bergerutu disebabkan
tanah berpasir yang melekat padanya (Rajah 8). Tompok-tompok miselium berwarna
keperangan terdapat pada permukaan akar.
Corak-corak seperti sarang lebah terjadi
pada permukaan akar setelah dikupas kulitnya.
Jasad buahnya berwarna perang tua di
bahagian atas dan kelabu di bahagianbawahnya.
Rajah 8. Penyakit Akar Perang
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
21/29
Mengawal Penyakit
Mempraktikkan amalan agronomi yang boleh
mengurangkan serangan penyakit adalah sepertiberikut:
Penanaman klon yang rintang atau tahankepada jangkitan penyakit di kawasanberpenyakit berdasarkan syor penanamanenviromaks.
Mengelakkan serangan penyakit luruhandaun sekunder yang disebabkan oleh Oidiumdan Colletotrichumdengan carameluruhkan daun tua sebelum musim luruhdengan bahan kimia. Penyakit-penyakit inimenjangkiti hanya daun-daun getah muda.
Daun-daun getah tua digugurkan padamasa tertentu supaya daun-daun mudamuncul pada musim kering dan ketikamusim kering jangkitan penyakit-penyakit
ini sangat rendah. Menjauhi penyakit luruhan daun Oidium
dengan meningkatkan pembajaan nitrogen pada masa perdaunan semula selepas
musim luruhan daun. Peningkatan bajanitrogen akan mempercepatkanperdaunan dan seterusnya meningkatkankepadatan kanopi pokok.
14
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
22/29
Merawat Dengan Racun Kimia
Merawat Penyakit Luruhan Daun Oidium
Pendebuan belerang pada kadar 9 kg/hasetiap lima atau tujuh hari dilakukansehingga empat ke enam pusingan.Pendebuan belerang bermula apabiladaun-daun muda mula muncul padamusim luruh.
Merawat Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum
Penyemburan dengan Daconil atau Antracol(0.2%) setiap lima atau tujuh harisehingga daun-daun menjadi hijau dapat
mengawal penyakit luruhan daun.
Merawat Penyakit Luruhan Daun Phytophthora
Sembur racun kulat seperti kuprumoksiklorida yang dilarut dalam minyak (1.2 kg
bahan aktif/ha) sebelum musim tengkujuh(monsun).
15
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
23/29
Rajah 9. Semburan Racun Kulat
di Tapak Torehan Untuk Merawat
Penyakit Calar Hitam
Merawat Penyakit Calar Hitam
Sembur atau sapu dengan racun kulat yang
mengandungi bahan aktif metalaksil sepertiRidomil 25WP pada kadar kepekatan 0.8%dua kali seminggu sehingga pulih (Rajah 9).
Racun kulat lain yang mengandungi campuran oksadiksil dan mankozeb seperti Sandofan M
atau campuran oksadiksil dan propineb sepertiFruvit pada kepekatan 0.6% boleh jugadigunakan untuk merawat penyakit ini.
Rendam pisau torehan ke dalam racun kulatuntuk mengelakkan jangkitan dari pokok kepokok melalui pisau torehan.
16
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
24/29
Pengurusan Penyakit Akar
Merawat Penyakit Akar
17
Kaedah memulau dengan parit pemisah.
Mengenali pokok yang sakit dengan
menjalankan pemeriksaan daun setiap
tiga bulan sekali.
Mengenali jenis penyakit akar dengan
mengorek sedikit tanah di perdu pokok danmelihat kewujudan miselium kulat.
Periksa semua akar di sekeliling pokok
yang berpenyakit hingga pokok yang sihat
dijumpai.
Lakukan pemisahan akar pokok yang
berpenyakit dengan akar pokok yang sihatdengan menggali parit yang dalamnya
0.6 meter (2 kaki) dan luasnya 0.3 meter
(1 kaki)-Rajah 14.
Cantas mana-mana akar yang menyeberangi
parit. Kambus balik parit tersebut ke dua pertiga
bahagian sahaja.
Parit tersebut digali balik setiap tahun dan
mana-mana akar menyeberangi parit
tersebut dicantas.
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
25/29
Rajah
10.
ParitPemisah.
18
Pokok
berpenyakit
Pok
ok
siha
t
Pok
ok
siha
t
Aka
rreput
dic
antas
P
arit
30x
60sm
Paritpemis
ah
separuhditim
bus
Pokok
berpenyakit
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
26/29
Jadual 1. Kawalan Kimia Bagi Penyakit Pokok Getah
PenyakitRacun
KulatKadar Kaedah Rawatan
Penyakit
luruhan daun
Odium
Belerang 9 kg/haDaun matang
(4-6 kali)
Folex10 % bahan
aktif
Semburan dari udara
pada kadar 35 liter/ha
untuk menggugurkan
daun sebelum
musim luruhan daun
Calixin 75 EC
0.5 kg
bahan
aktiha
Pengabusan dalam
minyak dengan
jangkamasa
selama7-10 harisehingga
daun matang
Luruhan
daun
Phytohthora
Kuprum
oksiklorida
20 % dalam
minyak
Semburan di udara pada
kadar 35 liter/ha sebelum
musim monsun
Kuprum
oksiklorida
1.2 kg bahan
aktif/ha dalam
minyak
Penyemburan sebelum
bermulanya musim
monson
Penyakit
Calar HitamRidomil
25 WP0.8%
Sembur atau sapu
selepas setiap torehan.
Sandofan M 0.6%
Fruvit 0.6%
Kawalan Kimia
Racun kulat untuk digunakan mengikut penyakit
adalah seperti Jadual 1.
19
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
27/29
PENUTUP
Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi penyelenggaraan kebun getah dewasauntuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitankawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakitutama dan serangga utama perosak getah, iaituanai-anai. Pengurusan kebun kecil getah denganefsien dapat mengoptimumkan pengeluaran hasildan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebunkecil getah pada amnya.
20
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
28/29
8/10/2019 Penyakit Pokok Getah
29/29