penutup.doc

  • Upload
    hui-yen

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti y

PENUTUP

Bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, kami rasa aktiviti susulan yang paling sesuai untuk kita capai hasrat FPK ialah mengadakan aktiviti Hari Kantin. Dengan adanya aktiviti Hari Kantin, murid-murid berpeluang mempraktikan pengetahuan Matematik, nilai-nilai murni ( Pendidikan Moral) dan kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam aktiviti urusniaga Hari Kantin dengan sepenuhnya. Sebelum mulanya sesuatu aktiviti hari kantin, murid-murid dikehendaki melantik ketua, membahagikan tugas, merancang cara mempromosikan air minuman mereka dan menentukan target. Pada Hari Kantin itu pula, murid-murid dikehendaki hormat pada ketepatan masa membuka gerai dan menyediakan barang jualan mereka,bekerjasama dan menjalankan tugas masing-masing yang telah ditetapkan dengan bertanggungjawab. Semasa menjalankan urusniaga pula, murid-murid perlu bersikap jujur dan bersopan santun dalam urusniaga mereka. Pada akhir aktiviti jualan urusniaga, murid-murid perlu menilai untung rugi urusniaga mereka serta membuat refreksi tentang kekuatan dan kelemahan dalam urusniaga mereka dan mencari penyelesaian yang sesuai agar urusniaga yang akan datang dapat dilakukan dengan sempurna serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Aktiviti Hari Kantin ialah satu hand-on learning aktiviti yang seronok untuk murid juga satu penilaian yang paling bagus untuk guru-guru menilai sejauh mana murid-murid mempraktikan pengetahuan, nilai-nilai murni serta kemahiran yang telah dipelajari dalam kelas. Akhir kata, sekiranya semua pihak sanggup berganding bahu, hasrat untuk kita mencapai matlamat FPK tidak akan jauh di mata. Sekian Terima Kasih.

11