19
Pentaksiran Auntentik 1.0 DEFINISI Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem penaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson, 1990). Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang

Pentaksiran Auntentik.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pentaksiran Auntentik.docx

Pentaksiran Auntentik1.0 DEFINISI

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat  menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem penaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson, 1990).

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran  motivasi.

Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.

 Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak  mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak

Page 2: Pentaksiran Auntentik.docx

secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif  di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

2.0 CIRI-CIRI PENTAKSlRAN AUTENTIKPentaksiran autentik adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Sesetengah pakar psikologi menyarankan agar pentaksiran ini diaplikasi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontekstual, kolaboratif, dan konstruktif berdasarkan ciri-cirinya yang releven dengan pendidikan di Malaysia.  Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam pendidikan.

a)    Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakanb)    Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannyac)    Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasid)    Subjek membina maksud yang tersirate)    Berpusatkan kanak-kanak

3.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIKO’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah.

• Temubual  Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi• Penceritaan semula / Bercerita  Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka • Sampel penulisan  Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan• Projek/ Pameran  Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran• Eksperimen/ Demostrasi  Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen• Pemerhatian guru  Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas

Page 3: Pentaksiran Auntentik.docx

• Portfolio  Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa 

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

4.0 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan pelajar secara

menyeluruh melalui jenis-jenis kaedah yang telah dinyatakan di atas. Adalah di sarankan agar pentaksiran autentik ini digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia secara meluas. Pentaksiran ini juga boleh mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak khususnya kerana jenis sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenalpasti dan melapor proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. Seperti yang sedia maklum, perkembangan literasi merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu, membaca, menulis, mengeja dan mendengar. Ternyata, dengan penggunaan pentaksiran autentik ini, ia dapat menilai keempat-empat aspek perkembangan literasi kanak-kanak itu.

Selain dari itu, melalui laporan dari pentaksiran autentik ini, ia dapat membantu guru dalam memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dewasa ini. Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna. Pentaksiran ini ternyata dapat menggarapkan dan mengabungkan aspek ilmu pengetahuan dengan keadaan kehidupan sebenar dunia. Dengan ini, ia dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Pendidikan di Malaysia memerlukan satu sistem pentaksiran yang holistik dan ini selari dengan objektif pentaksiran autentik yang mana ia bersifat menyeluruh meliputi kehidupan dunia yang sebenar. Pentaksiran autentik ini juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu bapa

Page 4: Pentaksiran Auntentik.docx

tentang setiap perkembangan anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah di Malaysia amat dahagakan bentuk pentaksiran yang sebegini kerana sifat kurikulum prasekolah itu sendiri yang meliputi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak perlu di capai agar dapat membentuk insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.

Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.

            Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapatmemahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

Page 5: Pentaksiran Auntentik.docx

5.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJARPentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang

menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.

            Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapatmemahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU

Page 6: Pentaksiran Auntentik.docx

Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar  di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentik memberikan manfaat kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Maklumbalas yang diterima oelh guru boleh  membantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.            Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa  pentaksiran autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal ini secara tidak lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dan pengajaran.

Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar.

7.0 RUBRIKRubrik adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set

kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. 

Rubrik membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. 

Page 7: Pentaksiran Auntentik.docx

Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya /mengajar. Integrasi prestasi dan maklum balas yang disebut"penilaian berlangsung." Semakin, jurulatih yang mengandalkan rubrik untuk menilai prestasi murid cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar pada saat tugas dibuat.

Flash Pamela menyatakan bahawa "Apabila pelajar tahu tentang grading kriteria dari awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju maju."  Selain membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan dengan isi kursus, sebuah shared-rubrik dapat meningkatkan kuasa pelajar dalam kelas, melalui transparansi. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah guru menghabiskan masa penilaian pekerjaan. Rubrik umumnya dianggap dapat mempromosikan penilaian lebih konsisten dan mengembangkan kemahiran penilaian diri pada pelajar apabila mereka memantau prestasi mereka relatif terhadap rubrik.

 Namun, rubrik ini bukan tanpa kritik mereka yang bimbang bahawa rubrik tidak pernah dapat benar-benar menangkap kompleksitas pekerjaan bertulis. Jika rubrik harus kepada, mereka harus menangkap semua tujuan yang sebenarnya dari sebuah tugas.

Rubrik adalah bersifat menyeluruh atau juga bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk holistick rubrik. Rubrik holistik adalah pentaksiran untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria memerlukan guru untuk menilai proses keseluruhan atau produk secara keseluruhan, tanpa menilai bahagian-bahagian komponen secara berasingan . Rubrik analitik adalah pentaksiran  untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan . dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau kelebihan pelajar .Rubrik analitikal memerlukan guru menilai secara berasingan dan terperinci setiap bahagian-bahagaian komponen. Markah individu dijumlahkan untuk mendapat markah keseluruhan

Pentaksiran “Performance Based” dan Pentaksiran dan MotivasiPentaksiran “Performance Based”

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.  Kaedah ini mengkhendaki  pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran

Page 8: Pentaksiran Auntentik.docx

(contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).  Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced  Based:

1.  Portfolio (dapatan hasil kerja)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.  Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.

2.  Kaedah pentaksiran berpusat  (simulasi berdasarkan situasisebenar). 

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalahdalam sesuatu situasi yang diberikan.

3.  Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :- - Bahan penulisan - Persembahan - Gerak kerja projek

Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. 

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi; 

• sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif• Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan• Darjah Kesungguhan• Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi

i.   Motif Primer :• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar• Faali/psikologis• Keinginan untuk makan & minumii.   Motif Umum:• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar• Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia• Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikaniii.   Motif Sekunder:• Tumbuh sebagai hasil proses belajar• Tidak berhubungan dengan proses faali• Kebutuhan berprestasi & berkuasa

Page 9: Pentaksiran Auntentik.docx

Nota Pentaksiran dan PenilaianNOTA PENTAKSIRAN DAN REKOD PENILAIAN

6.1 PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkanperkembangan mereka.Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi muridke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

6.2 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.v. Mengesan keberkesanan pengajaran.vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

6.3 PENTAKSIRAN

Tujuan pentaksiran adalah:i. Mengesan keberkesanan pengajaran.ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

6.4 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:i. Tujuan yang jelas.ii. Menepati apa yang hendak dinilai.iii. Item boleh diukur.iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

6.5 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

Page 10: Pentaksiran Auntentik.docx

i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaiandilakukan melalui pemerhatian. iii. Apa maksud pemerhatian?

iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya dengan tepat.v. Apakah yang diperhatikan?vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan clan hasil kerja seperti berikut:1. Tingkah laku.2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan clan dinilai.Contohnya:-a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.b. Menyusun blok bersama rakan atauc. bersendirian.d. Mengikat tali kasut.e. Berlari sambil melompat.f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.g. Membuat kolaj dalam kumpulan.h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhatik. dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.-Interaksi murid dengan bahan.-Main peranan.-Bersoal jawab.-Bacaan.-Nyanyian.-Hasil kerja murid.Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:-Lukisan -Buku skrap -Kraftangan -Buku kecil- Model6.6 MEREKOD MAKLUMATMerekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Contoh rekod seperti berikut:a. Senarai Semakb. Skala Kadarc. Rekod Anekdotd. Rekod Berterusan (Running Record)

6.7 INSTRUMEN PENTAKSIRANi.Senarai Semak.a.Definisi:Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai

Page 11: Pentaksiran Auntentik.docx

item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:

b. Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan.c. Sesuatu perlakuan telah dilakukan.d. Kekerapan sesuatu tingkah laku.

ii. ProsedurPerkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak:a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.

6.8 CONTOH REKOD6.8.1 Rekod Skala Kadara. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

6.8.2 Rekod AnekdotSatu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku.

6.8.2.1 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untukmembuat rekod anekdot ialah:a. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.b. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembanganmurid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.c. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.

Page 12: Pentaksiran Auntentik.docx

d. Menulis apa yang dilihat secara objektif.e. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiranmenyelesaikan masalah murid.

6.8.3Rekod Berterusana. DefinisiRekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit.

b. Prosedur menyediakan rekod berterusani. Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.ii. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.iii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci.iv. Rekod hendaklah tepat clan paclat.v. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.6.9 PENYIMPANAN MAKLUMATSegala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio.

6.9.1 Definisi Portfolio:Portfolio adalah untuk merekod pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara sendirian

serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.6.9.1.1 Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialahi. Pelaporan Perkembangan Muridii. Rekod Peribadiiii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Muridiv. Hasil Kerja terpiliha. Perlu dinilai dan diberi ulasanb. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam

Page 13: Pentaksiran Auntentik.docx

pencapaianc. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dandinilai dari setiap komponen sekurangnya 2bulan sekali.

6.10 HASIL KERJA MURIDa. Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihanhasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:i. Gambar atau lukisanii. Tulisaniii. Binaan yang disempurnakaniv. Cerita yang ditulisv. Buku skrap

b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelahdianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasilkerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasilkerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuankriteria pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksiyang dibuat oleh murid.

c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segiperasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadapsesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

6.11 REKOD PERIBADI MURID

Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri murid, maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada guru Tahun Satu apabila murid masuk ke sekolah formal. Manakala bagi murid yang bermasalah dari segi kesihatannya maka Rekod Peribadi ini penting sebagai bahanrujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya.

1. Contoh Rekod Peribadi Murid2. Contoh Maklumat Keluarga3. Maklumat Kesihatan

Page 14: Pentaksiran Auntentik.docx

4. Maklumat Fizikal5. Kecemasan Sila HubungiRujuk Buku Pentaksiran dan Rekod Penilaian yang diedarkan oleh BPK.

6.12 PELAPORANa. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasatentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaianmurid.b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untukmembolehkan guru clan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkanpelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiranmenyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikuttahap keupayaan mereka.• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasildaripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

6.13 REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

Rekod Perkembangan clan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk ulasan berdasarkan item-item yang telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak dicapai berasaskan Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak. Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid yang boleh diukur melalui keenam-enam komponen berikut:a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasib. Perkembangan Kognitifc. Perkembangan Kerohanian dan Morald. Perkembangan Sosioemosie. Perkembangan Fizikalf. Perkembangan Kreativiti clan EstetilkaMaklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenaiperkembangan murid melalui keenam-enam komponen perlumengambil kira aspek-aspek berikut:

Page 15: Pentaksiran Auntentik.docx

6.13.1 PengetahuanAspek pengetahuan murid meliputi:• Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat• Kepelbagaian hidupan di persekitaran• Kewujudan fenomena alam• Agama• Pengalaman berdasarkan multimedia

6.13.2 KemahiranAspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis• Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah• Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankanaktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.

6.13.3 KreativitiKreativiti murid boleh dinilai dalam:• Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secarakreatif (contoh: bahan semulajadi, bahan kitar semula• Merekacipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.

6.13.4 Sikap Dan SahsiahAspek tingkah laku murid yang boleh dinilai adalah:• Amalan nilai-nilai murni• Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan/peraturan• Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

6.13.5.KomunikasiKebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:• Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur• Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul• Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami• Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.

Tindakan Susulan

• Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui

Page 16: Pentaksiran Auntentik.docx

bimbingan yang sewajarnya.• Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran.• Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.• Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah