7
Penjagaan Kendiri Memberus Gigi Kenapa gigi perlu diberus? Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat. Mengapa memberus gigi itu penting? Memberus gigi sehingga bersih penting untuk: Mencegah penyakit gusi Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan). Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ? Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik. Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ? Untuk bayi

PENJAGAAN GIGI

  • Upload
    an-nur

  • View
    54

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENJAGAAN GIGI

Penjagaan Kendiri  Memberus Gigi

Kenapa gigi perlu diberus? Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting? Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:

• Mencegah penyakit gusi • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida

digunakan).

Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ? Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ? • Untuk bayi

Page 2: PENJAGAAN GIGI

• Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

• Untuk kanak-kanak

• Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :

• Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.

• Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :

• Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.

• Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

Ubat gigi sebesar biji kacang soya.

Page 3: PENJAGAAN GIGI

Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?

Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting? Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.

• Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.

• Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.

• Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.

• Jangan berkongsi berus gigi. • Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

2. Makan secara sihat :

• Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

• Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.

• Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke

Page 4: PENJAGAAN GIGI

dalam gula atau manisan. • Elakkan minum minuman berkarbonat kerana

kandungan gulanya tinggi.

3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :

• Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.

• Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.

• Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

Ubat-Ubatan

Latar belakang Sesetengah jenis ubat jika diambil dalam tempoh terlalu lama dan berterusan boleh memberi kesan buruk kepada gigi contohnya:

Ubat sirap mengandungi gula yang diberikan kepada kanak-kanak, meningkatkan risiko terhadap kerosakan gigi. Tetracycline boleh menyebabkan kecacatan kekal warna gigi sehingga menjadi kelabu atau lebam.

Apakah kesan ubat-ubatan ke atas gigi? • Ubat sirap lazimnya mengandungi gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi

terutama jika penjagaan kebersihan pergigian diabaikan. • Antibiotik dari jenis tetracycline boleh menjejaskan proses pembentukan gigi.

Page 5: PENJAGAAN GIGI

Bagaimanakah untuk mencegah kesan buruk ubat-ubatan ke atas gigi? Panduan di bawah mungkin dapat membantu mencegah kesan buruk ubat-ubatan pada gigi :

• Dapatkan ubat-ubatan yang tidak mengandungi gula jika ada pilihan. • Gunakan picagari. Ubat yang diisikan ke dalam picagari dimasukkan jauh ke dalam

mulut anak bagi mengurangkan kesan gula pada permukaan gigi. • Minum air kosong atau berkumur-kumur setelah mengambil ubat. Sekiranya tidak

dapat berkumur, bersihkan mulut bayi dengan menggunakan tuala basah yang bersih. • Pastikan jenis antibiotik yang diberikan kepada anak anda. Elakkan daripada

mengambil antibiotik jenis tetracycline.

Makanan Ringan (Snek)

Latar belakang

Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.

Apakah makanan ringan yang berkhasiat? Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.

Minuman penghilang dahaga :

• air kosong • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula • susu segar

Buah-buahan dan kekacang:

• buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai

• sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun • kekacang seperti kacang kuda rebus

Page 6: PENJAGAAN GIGI

Makanan yang mengenyangkan:

• Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.

Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi? Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi? Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:

• Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.

• Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.

• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pemeriksaan Pergigian Berkala

Latar belakang Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.

Mengapa perlu melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala? Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk :

• Mengawasi pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang

Page 7: PENJAGAAN GIGI

• Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi • Menyelia penjagaan gigi sendiri

Bilakah pemeriksaan pergigian perlu dilakukan? Mulakan pemeriksaan pergigian setelah gigi susu pertama tumbuh ( berumur lebih kurang 6 bulan). Ikuti nasihat doktor pergigian untuk pemeriksaan seterusnya.

Di manakah pemeriksaan pergigian boleh diperolehi? Pemeriksaan pergigian boleh diperolehi klinik-klinik pergigian yang berdekatan. Layari laman web Bahagian Kesihatan Pergigian di http://ohd.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut.

Semakan akhir : 22 Mac 2007