Upload
rabiatun-adawiah
View
788
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
hasil daripada sy dan kawan2 untuk persembahan kelas bagi unit pertanian.
Citation preview
PENGGUNAAN RACUN SERANGGA
APA ITU RACUN PEROSAK?
MENURUT Jabatan Pertanian Malaysia ; Racun perosak ialah racun makhluk yang
meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun
siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan
yang di-gunakan dalam rumah.
• MENURUT Wikipedia ; Racun perosak ialah sebarang bahan atau sebatian
bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau,
melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak .
KELAS-KELAS RACUN
•Racun perosak berdaftar dan berkualiti•Sasaran yang betul•Racun perosak yang sesuai Kadar / dos yang tepat•Masa penggunaan / semburan yang tepat•Liputan semburan yang maksimum•Penggunaan yang selamat
Perkara-perkara Asas yang Perlu Diambil Kira:
Pakaian ladang ('overall' atau baju lengan panjang dan seluar panjang)Sarung tangan getah / nitrilPenutup kepala / topiAlat penutup mulut dan hidungCermin mata (goggle)Pelindung muka (face shield)Kasut butApron
Pakaian Keselamatan
CARA MENGENDALI RACUN PEROSAK
PERLINDUNGAN DIRI
1. Gunakan sarung tangan yg sesuai ketika menyukat dan membancuh sebarang racun perosak.
2. Pakai pakaian perlindungn diri yg lengkap dan bersih.
3. Pastikan pakaian yg digunakan tidak lusuh atau koyak.
4. Bersihkan tangan,muka dan badan menggunakan sabun dan air yg secukupnya sebelum makan,minum atau merokok.
SEMASA PROSES MENYEMBUR RACUN PEROSAK1. Tuang racun makhluk perosak dengan
cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan tumpahan dan percikan.
2. Elakkan sama sekali penggunaan alat semburan yg rosak dan bocor.
3. Elakkan menghembus muncung alat semburan yg tersumbat dengan menggunakan mulut.
4. Jangan menyembur ke arah lawan angin untuk mengelakkan tempias.
5. Sembur racun makhluk perosak ke arah sisi dan bukan ke arah hadapan.
PERLINDUNGAN PERSEKITARAN
1. Pastikan tiada kanak-kanak atau haiwan di sekitar kawasan penyemburan racun mahkluk perosak.
2. Elakkan menggunakan semula bekas racun perosak yg telah kosong untuk mengisi makanan dan minuman.
3. Buang air basuhan peralatan meracun dan baki racun mahkluk perosak ke tempat yg telah dikhaskan dan bukan ke dalam air yg mengalir ; sungai/parit.
4. Mandi setiap kali selesai menjalankan tugas meracun.
PENGGUNAAN RACUN PEROSAK
Lakukan kawalan penyakit apabila terdapat tanda-tanda serangan mencapai Tahap Ambang tindakan (ATL).
Jangan guna kadar yang lebih tinggi dari yang disyorkan.
Utamakan penggunaan racun perosak dalam kategori ketoksidan keracunan rendah iaitu dalam kumpulan Kelas IV pita warna putih
Penggunaan racun perosak hendaklah dihentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil
Kriteria Yang Harus Diambil Kira Semasa Membeli Racun.
a. Adakah jenis racun yang dipilih adalah yang terbaik untuk tugas anda ?.
b. Adakah racun tersebut boleh digunakan dengan selamatnya ?.
c. Adakah kepekatan dan jumlah bahan aktifnya sesuai dengan keperluan anda ?.
d. Adakah anda mempunyai cukup kelengkapan dan kemudahan untuk menggunakannya ?.
Kriteria Yang Harus Dilaksanakan Semasa Membancuh Racun. Beberapa kriteria harus dilaksanakan semasa membancuh atau mencairkan racun. Antaranya ialah : a. Persediaan peralatan perlindungan yang perlu semasa mengendalikan racun.
b. Menyediakan alat bantuan kecemasan.
c. Membaca dan memahami semua tanda-tanda amaran yang ada.
d. Mengetahui dengan bahan apakah racun itu boleh dicampurkan.
e. Bagaimanakah cara mencampur yang betul ?.
f. Berapa banyakkah yang perlu dicampur atau dicairkan ?.
Kriteria Yang Perlu Diketahui Semasa Menggunakan Racun. Antara kriteria penting yang perlu diketahui dan diikuti semasa menyembur racun ialah seperti yang di catat di bawah ini : a. Ukuran keselamatan racun kepada penyembur.
b. Racun itu boleh di sembur ke atas bahan apa ?.
c. Bilakah racun itu boleh di sembur ?.
d. Bagaimanakah cara menyembur dengan betul ?.
e. Berapakah kadar yang sepatutnya digunakan ?.
f. Adakah terdapat larangan semasa menggunakan racun itu ?.
g. Keterangan-keterangan lain yang terdapat pada racun itu.
Kriteria Yang Perlu Difahami Semasa Menyimpan Racun. Beberapa kriteria mesti difikirkan semasa hendak menyimpan racun. Antaranya ialah : a. Di manakah tempat yang sesuai untuk menyimpannya ?.
b. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyimpannya ?.
c. Bilakah racun itu harus disimpan ?.
d. Bersama apakah racun itu tidak boleh disimpan?.
Kriteria Yang Perlu Difikirkan Semasa Memusnahkan Racun. a. Bagaimana cara yang betul untuk memusnahkan racun dan bekas simpanananya ?.
b. Bagaimanakah hendak mencuci bekas racun yang telah digunakan ?.
c. Di mana dan bagaimana boleh dicuci racun dan bekas tempat simpanan racun ? .
d. Di mana boleh dimusnahkan racun dan tempat simpanannya ?.
KESIMPULAN
racun boleh membawa kerosakan, kemudaratan dan bencana, namun ia juga membawa kebaikan yang unik dan tersendiri.
Kebijaksanaan memilih racun serangga menjamin keberkesanan pengawalan serangga tersebut.
keberkesanan racun bergantung kepada pengurusan ladang yang baik.