7
Pengenalan "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr) Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap . Pada era globalisasi ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar - pelajar yang terjerumus dalam budaya tidak sihat seperti melepak. Hal ini berlaku kerana pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk. Pelajar-pelajar seperti ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seorang pelajar. Masa ialah wang dan masa sangat penting kerana setiap individu hanya mempunyai dua puluh empat jam setiap hari. Untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya mungkin pengurusan masa dianggap sebagai cara yang terbaik sekali. Pengurusan

Pengurusan masa

  • Upload
    muzamir

  • View
    21

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengurusan masa dalam kehidupan harian pelajar

Citation preview

Page 1: Pengurusan masa

Pengenalan

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka

yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan

berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)

Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian

seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan

sebagai pembahagian masa yang cekap . Pada era globalisasi ini, kita sering mendengar

berita tentang pelajar - pelajar yang terjerumus dalam budaya tidak sihat seperti melepak.

Hal ini berlaku kerana pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk.

Pelajar-pelajar seperti ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka

membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa yang berkesan amat

penting dalam kehidupan seorang pelajar. Masa ialah wang dan masa sangat penting

kerana setiap individu hanya mempunyai dua puluh empat jam setiap hari. Untuk

menggunakan masa dengan sebaik-baiknya mungkin pengurusan masa dianggap sebagai

cara yang terbaik sekali. Pengurusan masa ialah kebijaksanaan membahagikan masa

untuk menjalankan tugas yang berbeza pada masa yang berlaian setiap hari. Pengurusan

masa setiap orang berbeza kerana kerana aktiviti dan kegiatan yang dilakukan tidak sama.

Sebagai contoh, tugas utama seorang pekerja ialah bekerja di sebuah perusahaan

sementara tugas utama seorang pelajar ialah belajar di sekolah.

Page 2: Pengurusan masa

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar-pelajar

digalakkan menyediakan jadual waktu belajar. Namun begitu, terdapat juga pelajar-

pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar persendirian, tetapi tidak mengikutnya.

Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar-pelajar menguruskan masa secara berkesan

supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran

dengan menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat

mengelakkan pelajar-pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran

apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar-pelajar yang berjaya, biasanya terdiri daripada

pelajar-pelajar yang membuat persediaan awal, bak kata pepatah sediakan payung

sebelum hujan. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana

suka membuang masa tidak dapat mengulang kaji semua tajuk sebelum peperiksaan.

Oleh itu, pengurusan masa yang cekap memberikan masa yang cukup kepada pelajar-

pelajar untuk membuat persediaan awal. Faedah pengurusan masa ialah membentuk

disiplin diri. Hal ini disebabkan oleh menepati masa yang secara tidak langsung

menjadikan seseorang itu berdisiplin. Dengan erti kata lainnya, jadual harian mestilah

disediakan dan haruslah diikuti dengan penuh berdisiplin. Jika tidak, jadual yang

disediakan tiada maknanya. Justeru, disiplin diri akan dapat dibentuk apabila kita

menguruskan masa dengan lebih efektif.

Page 3: Pengurusan masa

Selain itu, sekiranya pelajar-pelajar dapat menguruskan masa dengan cekap, maka

pelajar-pelajar dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Dengan

itu, pelajar bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran,

malah mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama dengan

keluarga seperti bersenam, bersiar-siar, menonton televisyen dan sebagainya selain untuk

beribadat dan tidur. Pelajar-pelajar juga dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan

keluarga untuk memupuk rasa kasih sayang serta merapatkan hubungan sesama ahli 

keluarga dan seterusnya merealisasikan slogan semakin hari semakin sayang seperti yang

diuar-uarkan oleh kerajaan. Hubungan silaturahim antara ahli keluarga akan menjadi

lebih erat. Pengurusan masa yang cekap akan dapat mewujudkan suasana keluarga yang

bahagia.

Disamping itu, dapat meningkatkan kecemerlangan diri. Hal ini kerana , seseorang yang

bijak membahagikan masanya mempunyai ciri insan yang berjaya .Dengan ini ,aspirasi

negara untuk melahirkan modal insan selaras dengan Wawasan 2020 dapat

dicapai .Malah pelajar-pelajar yang bijak menguruskan masa lapangnya dengan aktivti

yang berfaedah untuk memperbaiki kelemahan dalam pelajaran .Hal ini boleh dilakukan

dengan membuat latihan ,mencari maklumat di perpusatakaan dan menghadiri kelas

tambahan. Usaha-usaha ini perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan kerana jika tidak

dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya . Sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu

berjaya dalam pelajaran malah kita juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti

kokurikulum dan agama. Oleh itu, kita perlu menguruskan masa dengan betul supaya

aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan dam seterusnya melahirkan insan yang

cemerlang dala semua bidang agar Malaysia menjadi maju lalu hebat di mata dunia.

Page 4: Pengurusan masa

Sahabat juga penting kerana mereka ialah orang-orang yang boleh kita percayai selain

daripada ibu bapa kita. Rakan-rakan sekelas atau teman-teman rapat adalah orang-orang

yang boleh membantu pelajar dan memberi sokongan moral ketika seseorang pelajar

menghadapi kesukaran ketika pelajar tidak bersama ahli-ahli keluarga terutama sekali

ketika berada di kuliah atau di luar rumah. Masa berhibur, bersukan dan bersantai

bersama-sama rakan-rakan yang baik dan berakhlak mulia adalah satu daripada kegiatan

hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa. Oleh itu semasa mengadakan

rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran, adalah baik jika kawan-kawan

atau anggota keluarga keluarga disertakan dalam pengurusan masa. Aktiviti berfaedah

juga dapat dilakukan .Malah ,para pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan

sempurna dan menyeluruh .Pepatah Arab ada menyebut ,masa itu ibarat pedang, jika

kamu tidak menggunakannya ia akan memancungmu. Oleh itu, masa yang diperuntukkan

iaitu selama 24 jam haruslah digunakan sebaik mungkin.

Tabiat lama yang suka menangguh-nangguhkan kerja haruslah kita kikis. Contoh yang

ketara yang paling dekat dengan kita adalah ketika kita menangguhkan tugasan dan

menyiapkannya pada saat-saat akhir kadang-kadang hingga larut malam, yang lebih teruk

lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat

seumpama ini perlu diubah. Jelaslah bahawa kita perlu menyiapkan tugas dengan segera.

Seperti yang telah dinyatakan kita perlu peka dan sentiasa mengambil berat tentang

tugasan yang diberi. Oleh itu, kita hendaklah melakukan apa yang telah kita jadualkan

dengan penuh disiplin. Jika tidak, jadual yang telah kita sediakan tiada maknanya. Kita

hendaklah belajar membaiki kelemahan yang ada pada diri kita.

Page 5: Pengurusan masa

Rumusan

Akhir kata, pada keseluruhannya, pengurusan masa itu amat penting bagi setiap individu

kerana ia membolehkan kami mengunakan masa dengan sebaik-baik dan sebijak-

bijaknya. Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan

menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari,

seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang

pandai mengurus masa. Pengurusan masa yang teratur dan terancang akan membawa

faedah dan pengurusan masa yang tanpa panduan dan matlamat akan membawa kesan

yang buruk akhirnya akan menyukarkan kehidupan harian seseorang pelajar. Dapatlah

kita rumuskan bahawa pelajar -pelajar yang pandai menguruskan masa biasanya akan

berjaya dalam kehidupan dan mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan

hidup.