17
KETETAPAN DASAR KURIKULUM PENGURUSAN KURIKULUM (3.1 SKPMg2) DISEDIAKAN OLEH : SITI HAJAR BT ZEINOLDIN SETIAUSAHA KURIKULUM DISEMAK OLEH : HJ ZAIDI B AWANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

KETETAPAN DASAR KURIKULUM

PENGURUSAN KURIKULUM

(3.1 SKPMg2)

DISEDIAKAN OLEH : SITI HAJAR BT ZEINOLDIN SETIAUSAHA KURIKULUM DISEMAK OLEH : HJ ZAIDI B AWANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Page 2: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

KETETAPAN DASAR KURIKULUM

UNIT KUIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DATU’ HASHIM

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang

belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan

pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar

pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam

pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut

perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima.

Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju

pendidikan yang lebih tinggi dan sempura disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia

selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar ini digariskan atas tujuan berikut :

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah

2.2 Memantapkan pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah

2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri

3.0 DASAR

3.1 Menyediakan program pendidikan dalam kurikulum dan kokurikulum yang

merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur

kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangkan potensi

murid dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.

Page 3: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

3.2 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa selari dengan arus perdana dan

dasar Pendidikan kebangsaan.

3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian

Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang Pendidikan dan

kurikulum semasa.

3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini

bermakna, laluan perlu diberikan kepada program akademik sekiranya ianya

bertembung dengan program yang lain di satu masa yang sama.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)

kali setahun mengikut piawaian JPN dan PPD bagi membincangkan pengurusan

dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum di sekolah

4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan

dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018.

4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit

mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat.

Minit boleh disediakan dalam bentuk digital atau bercetak.

4.4 Surat Panggil mesyuarat mesti dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat

dilaksanakan.

4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu

dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing mengikut kesesuaian

Panitia. Isi boring maklumbalas mesyuarat setiap kali mesyuarat selesai dan

panjangkan maklumat maklumbalas kepada setiausaha Kurikulum.

Page 4: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak

terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan

semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Pengurusan Mata pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Iktisas

Bil 4/1986

5.2 Pengurusan Mata pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 8 2016

berkaitan pelaksaan KSSR secara berperingkat bermula 2017.

5.3 Dalam pengurusan Matapelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan

wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran.

Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanan PBD amat

dititikberatkan.

5.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV

dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar.

5.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. KP dan ahli mesti

menyusun program peningkatan dan program intervensi yang tersasar bagi

memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang

sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang

tinggi di peringkat yang paling tinggi.

5.6 Semua Panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih

strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid

dengan menggunakan inovasi dan pendekatan yang menarik. Jadikan panduan

PDPc PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.

Page 5: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

5.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas

mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam

mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. KP mesti pastikan kehadiran

mana-mana pentadbir di dalam mesyuarat tersebut sebagai pemudahcara

dalam menyelesaikan sesuatu isu.

5.8 Fail panitia perlu diselenggara. Berdasarkan keputusan mesyuarat, fail panitia

semua matapelajaran diuruskan dengan menggunakan medium Google

Classroom dan Google Drive. KP dan setiausaha bertanggungjawab penuh ke

atas GC tersebut dan panjangkan maklumat kepada guru dengan

menggunakan medium wassup dan juga telegram. (Rujuk Pekeliling

Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 2018)

6.0 SISTEM FAIL

6.1 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha

Kurikulum.

6.2 Semua fail disimpan di dalam GC Unit Kurikulum dan di dalam Google Shared

Drive Unit Kurikulum yang boleh diakses oleh semua jawatankuasa kurikulum.

6.3 Semua KP dan Ahli Jawatankuasa Kurikulum boleh memuat naik dan memuat

turun bahan yang diperlukan dari Shared Drive ini dan dipanjangkan kepada

ahli panitia dan ajk kecil yang lain.

6.4 Panitia Matapelajaran juga menyediakan system fail yang sama seperti yang

diuruskan oleh unit kurikulum. KP dan Setiausaha Panitia selaku ‘Teacher’

dalam menguruskan GC panitia masing-masing. Segala maklumat mengenai

Guru MP, Mesyuarat MP, Analisa MP dan sebagainya yang berkaitian perlu ada

di dalam GC masing-masing.

Page 6: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

6.5 Jika terdapat surat masuk untuk panitia dan JK lain, sediakan 1 fail putih am

untuk surat tersebut dan juga muat turun surat tersebut di dalam GC untuk

simpanan secara softcopy.

6.6 Pastikan GC sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa untuk mudah dicapai

maklumatnya oleh ahli panitia dan pentabir.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

7.1 Pakej Mata pelajaran yang gunakan mengikut Peruntukan Masa Minimum Jam

Setahun KSSR ( Semakan 2017) bagi Tahun 1-5 (2021)

7.2 Bagi Tahun 6 (2021) masih menggunakan KSSR 2011.

7.3 Rujuk SPI Bil 8 Tahun 2016

7.4 Rujuk SPI BIl 5 Tahun 2019 dan SPI lain berkaitan pelaksanaan KSSR dan

peruntukan masa pembelajaran KSSR Semakan 2017 dan KSSR 2011.

8.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN (RPH)

8.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan 2017),

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru

setiap kali merancang pengajaran masing-masing.

8.2 DSKP dan DSPK Semakan mestilah dimuat turun oleh semua guru. Unit

Kurikulum bertanggungjawab mengadakan semua DSKP dan DSKP Semakan ini

supaya semua guru boleh mengaksesnya dengan mudah.

Page 7: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

8.3 Semua guru wajib menyimpan DSKP mata pelajaran masing-masing di dalam

Google Drive. Inisiatif guru mencetak DSKP dialu-alukan. Bawa sentiasa DSKP

guru semasa PDPC berlangsung sebagai rujukan selain RPT dan RPH.

8.4 RPT, RPT perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Kp dan ahli panitia perlu

membuat RPT panitia masing-masing sebagai panduan pengajaran tahunan

supaya lebih terancang. Jangan lupa juga untuk muat turun RPT semua guru

di dalam GC masing-masing.

8.5 RPH, bagi sekolah kita bagi tahun ini, eRPH masih diguna pakai. eRPH yang

telah diselaras akan digunakan. eRPH ini sudah lengkap mempunyai semua

perkara yang perlu di dalam penulisan RPH mengikut kehendak KPM, JPN dan

PPD.

8.6 Pilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian mengikut kebolehan murid di dalam

kelas. Kebijaksanaan guru mengurus murid di dalam kelas dapat memastikan

objektif tercapai.

8.7 eRPH mesti dihantar setiap minggu melalui GC. Isi borang pengesahan

penghantaran setiap kali eRPH dihantar sebagai rujukan pentadbir untuk

menganalisa rekod penghantaran masing-masing.

8.8 eRPH perlu dihantar pada hari Khamis untuk mendapat markah penuh 3/3,

atau pengurangan gred akan berlaku jika lewat dan 0 untuk yang tidak hantar.

Markah ini akan digunakan sebagai bukti kerja buat semua guru.

8.9 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru wajib memastikan

refleksi tulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat

pengayaan kepada setiap murid.

Page 8: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

8.10 Kandungan Pendidikan sivik disampaikan dengan baik secara besepadu di

dalam mata pelajaran BM, BI, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat Siaran

KPM Bil 7 Tahun 2019.

9.0 JADUAL WAKTU

9.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan

takwim yang dipilih oleh sekolah.

9.2 Dasar pengagihan mata pelajaran kepada guru, mengikut keutamaan opsyen

dan kepakaran guru.

9.3 Jumlah waktu mengajar guru tidak melebihi 30 waktu seminggu.

9.4 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru Sakit, Cuti Rehat dan Bertugas Rasmi

Diluar sekolah atas arahan, akan digantikan dengan guru lain yang bersesuaian

masa dengan guru tersebut dengan mengira ianya tidak membebankan.

9.5 Guru ganti berhak menggunakan tugasan sendiri untuk kelas ganti dan juga

boleh menggunakan tugasan yang ditinggalkan oleh guru sebenar.

9.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong

Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Jadual Waktu atau pembantu mengikut

prioriti.

9.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun

oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata

pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perlaksaan

Nilam di PSS dan masa pengajaran TMK untuk tahun 6 di Makmal Komputer.

9.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang

dasar MMI akan membuatkan pengurusan masa secara optimum dan berkesan

serta memberi hasil yang cemerlang.

Page 9: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

10.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan

berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) atau ICT.

10.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Guru yang

berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-sama

bersaing dalam kehidupan masakini. Maklumat dihujung jari perlu diterapkan

di dalam PDPC agar pembelajaran menjadi lebih bermakna.

10.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu MBMMBI

iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.

10.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan Teknik di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,

seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PDPC adalah

sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam

melahirkan murid yang cemerlang.

10.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa

dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang Berjaya

mencapai objektik dan pemulihan bagi yang belum menguasai PDPC.

10.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di

dalam kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan

kaedah pengajaran dalam satu-satu masa.

Page 10: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

10.7 Pastikan objektif PDPC guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan

dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan

kemenjadian murid.

10.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi

pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan.

10.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan bagi

mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu

matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya

saing dan pengetahuan.

10.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PDPC agar murid daya berfikir yang

tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai kaedah.

11.0 GURU GANTI

11.1 Mana-mana guru yang berkursus, Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Bersalin, Cuti

Tanpa Rekod perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi urusan

jadual ganti.

11.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu

menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut

bilangan hari berkursus.

11.3 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut

dan jalankan PDPC seperti biasa. Guru boleh menggunakan tugasan sendiri

sekiranya guru bercuti kecemasan tidak sempat meninggalkan tugasan.

Page 11: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

12.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

12.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan

kehendak KPM (Rujuk buku panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS).

12.2 Jawatankuasa perlu dilantik di dalam jawatankuasa ini. Jawatankuasa terlibat

merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Ko Kurikulum

untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik.

12.3 Pelaksanaan PBD adalah mengikut takwim pelaksanaan yang telah disusun

oleh jawatankuasa induk dan akan disebarluaskan melalui Telegram Rasmi dan

juga GC Kurikulum.

12.4 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas

masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru

dengan syarat rekod perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan

semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. (Rujuk Takwim Pentaksiran)

12.5 Untuk semua guru, rujuk panduan pelaksanaan PBD jika masih kurang faham,

pastikan data yang diisi adalah data yang releven dan boleh dipercayai dengan

mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat

pencapaian tertinggi adalah benar.

12.6 Semua guru perlu mencatat TOV TP semua murid bagi semua mata pelajaran

yang diajar. Guru boleh mendapatkan data tersebut di dalam Google Drive

gg.gg/e-kuriskdh ( Rujuk Templete Oktober 2020 untuk TOV 2021)

12.7 Tentukan juga sasaran ETR bagi setiap murid sehingga akhir tahun sejajar

dengan ketetapan yang guru sudah tetapkan di dalam borang keberhasilan

PBPPP 2021.

12.8 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount

setiap murid, setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya.

Page 12: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PDPC guru

bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP dan DSKP Semakan.

12.9 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu pencapai

TP1 dan TP2, bagi semua mata pelajaran perlu disenarai pendekkan dan cuba

untuk bantu sehingga mencapai tahap minimum. (sekurang-kurangnya TP3)

12.10 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka

untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi

peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada

seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6.

12.11 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian

bagi panitia masing-masing. Setiap panitia mempunyai cara pentaksiran

berbeza, oleh itu, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada panitia untuk

memilih cara pentaksiran mereka tersendiri.

12.12 Analisa Pentaksiran, perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan

disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang

sudah disiap akan dimuat turun di GC Kurikulum dan disimpan di dalam Shared

Drive Kurikulum untuk mudah dicapai.

12.13 Pentaksiran Bertulis juga boleh dijalankan mengikut kesuaian mata pelajaran

dan kelas masing-masing.

12.14 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual

pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN.

12.15 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik juga perlu dibuat dan dikongsi

bersama semua guru untuk pengetahuan, dan penrekodan.

12.16 Bagi SEGAK, penyimpanan data SEGAK perlu dikongsi di dalam Shared Drive

Kurikulum yang telah ditetapkan.

Page 13: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

13.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PDPC

13.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2 dan

Keberhasilan PBPPP.

13.2 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang Pemantuan

Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang Keberhasilan PBPPP bagi

memudahkan guru membuat persediaan pemantauan dan pencerapan.

13.3 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah pencapaian

guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi jika markah

tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan Pemantau adalah

dibenarkan.

13.4 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian adalah

bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru

bukannya bertujuan mencari kesalahan. Oleh yang demikian adalah penting

bagi semua guru untuk bersedia dikritik untuk kebaikan Bersama.

13.5 Selain pemantauan PDPC, pemantauan Buku Latihan dan Buku kerja murid

juga akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Guru yang akan

dipantau mesti menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku Latihan murid

cemerlang, 5 murid sederhana dan 5 murid lemah untuk dinilai oleh pentadbir

yang telah ditetapkan. Isi borang pemantauan dan Analisa dapatan daripada

pemantauan sebagai usaha penambahbaikan dan motivasi.

13.6 Dalam pemantauan Buku Kerja,guru-guru diingatkan untuk meneliti dan

mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja digunakan

secara optimum.

Page 14: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

14.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA

14.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong

Kanan Pentadbiran.

14.2 Penolon Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia

sepanjang tahun.

14.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak melalui GC Panitia masing-

masing.

14.4 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan Perancangan

Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari masa ke semasa.

14.5 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari

dengan kehendak KPI Kurikulum.

14.6 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan

berhemah oleh setiap panitia.

15.0 PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS

15.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang telah

dipertanggungjawabkan.

15.2 Rekod penggunaan bilik khas dan Peraturan Penggunaan perlu diwujudkan dan

dikemaskini setiap masa.

15.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu

diutamakan. Buku Stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini.

15.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di pejabat

supaya dicapai jika perlu.

Page 15: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

16.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN

16.1 Pengurusan Pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang diterima

murid akan relevan tanpa pertikaian.

16.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang

diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid.

16.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau

agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa

ujian dijalankan.

16.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan perlaksaan setiap item

penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang

betul. Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat

pemantauan semasa guru menjalankan Ujian tersebut.

17.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

17.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan

kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Oleh itu Dasar Kurikulum

akan sentiasa menyokong semua aktiviti panitia yang membawa kepada

kecemerlangan murid.

17.2 Setiap program yang dirancang perlu melalui proses meneliti kepentingan.

Think the first thing first. Beri kepentingan peruntukan yang besar bagi

program peningkatan bagi panitia yang amat memerlukan berdasarkan

Analisa pencapaian murid. Jika Matematik memerlukan peruntukan atau

bilangan program yang lebih untuk meningkatkan kecemerlangan Panitia

tersebut, maka beri keperluan itu kepada panitia tersebut.

Page 16: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

17.3 Untuk itu, jawatankuasa peningkatan akademik sekolah perlu berperanan

membuat Analisa ini bagi menyusun program peningkatan secara tersasar dan

mencapai objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.

17.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan bagi

menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepada murid.

17.5 Kertas Cadangan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum ianya mendapat

kelulusan daripada pihak pentadbir.

17.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kauseling amat penting setiap kali program

dijalankan, maka diingatkan semua panitia untuk melantik Kaunselor sebagai

salah seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun.

17.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan.

18.0 PERKEMBANGAN STAFF

18.1 Program Perkembangan Staff bagi meningkatkan professional guru wajib

dilaksanakan.

18.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program

perkembangan staff setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi

dengan panitia yang lain.

18.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh

dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru.

19.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

19.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagi unit kurikulum akan diserahkan kepada

pihak sekolah untuk diurus.

Page 17: PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMg2) · 2021. 5. 18. · 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing

19.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, perbentangan jumlah

peruntukan akan dibentangkan oleh PT Kewangan.

19.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-masing.

Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancangan

pengunaannya dengan baik.

19.4 Buat nota pinta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerja bagi

penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid.

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

20.1 Sekolah amat mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Luar Akademik di

kalangan murid.

20.2 Mohon semua panitia untuk terus meningkatkan penyertaan Pertandingan

Luar Akademik bagi memberi peluang kepada murid kita untuk sentiasa

bersaing dan menonjolkan diri mereka di luar sana.

20.3 Rekod penyertaan murid dan pencapaian murid bagi penambahbaikan dan

sebagai ganjaran untuk murid yang cemerlang.

21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

21.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya boleh

diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa.

21.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru

bagi memastikan kita semua sederap langkah menuju satu hala tuju dan

objektif.