36
1.0 PENGURUSAN KELAS 1.1 Semua kelas mesti sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan ceria. Papan kenyatan perlu diisi dengan maklumat yang bersesuaian dan dikemas kini dari semasa ke semasa. 1.2 Guru- guru mata pelajaran dan murid MESTI terlebih dahulu memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan P&P. 1.3 Pada waktu terakhir pula, guru mata pelajaran perlu memastikan lantai telah disapu, bakul sampah telah dikosongkan, kerusi dan meja tersusun, tingkap, pintu, kipas dan lampu ditutup dan guru perlu mengiringi murid pulang sehingga ke pintu pagar. 1.4 Semua Buku Kedatangan Murid berada di pejabat selewat- lewatnya pukul 9.00 pagi. Penyelaras Aliran perlu bertindak mengisi kehadiran sekiranya ada guru kelas yang tidak hadir ke sekolah. Tidak akan berlaku sama sekali kehadiran pada hari berkenaan kosong tanpa diisi. 1.5 Murid hanya dibenarkan keluar dengan kad kebenaran keluar dan hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu- satu masa. 1.6 Guru kelas perlu sentiasa memainkan peranan memantapkan tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas serta ahli jawatankuasa kelas yang lain agar berfungsi sebaik-baiknya. 1.7 Semua guru mata pelajaran hendaklah memastikan bilangan murid di dalam kelas dan mengisi buku pengesanan sebelum memulakan P & P. Guru hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang ponteng atau kerap keluar kelas. 2.0 PENGURUSAN PERHIMPUNAN PAGI 2.1 Guru bertugas mesti hadir ke tapak perhimpunan sebelum jam 7.20 pagi setiap hari. Pada pukul 7.35 pagi, murid sudah berbaris mengikut kelas masing- masing. 2.2 Guru bertugas mesti mengendalikan perhimpunan pagi tepat pada masanya (7.20 – 7.35 pagi) agar tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran. 2.3 Murid yang lewat (tiba di sekolah selepas 7.40 pagi) perlu mendaftar nama di pejabat dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh guru bertugas mingguan. Pintu pagar sekolah akan ditutup pada jam 7.40 pagi.

Pengurusan HEM di Sekolah

  • Upload
    hmzai

  • View
    215

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tatacara pengurusan hal murid di sekolah

Citation preview

Page 1: Pengurusan HEM di Sekolah

1.0 PENGURUSAN KELAS

1.1 Semua kelas mesti sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan ceria. Papan kenyatan perlu diisi dengan maklumat yang bersesuaian dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

1.2 Guru- guru mata pelajaran dan murid MESTI terlebih dahulu memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan P&P.

1.3 Pada waktu terakhir pula, guru mata pelajaran perlu memastikan lantai telah disapu, bakul sampah telah dikosongkan, kerusi dan meja tersusun, tingkap, pintu, kipas dan lampu ditutup dan guru perlu mengiringi murid pulang sehingga ke pintu pagar.

1.4 Semua Buku Kedatangan Murid berada di pejabat selewat- lewatnya pukul 9.00 pagi. Penyelaras Aliran perlu bertindak mengisi kehadiran sekiranya ada guru kelas yang tidak hadir ke sekolah. Tidak akan berlaku sama sekali kehadiran pada hari berkenaan kosong tanpa diisi.

1.5 Murid hanya dibenarkan keluar dengan kad kebenaran keluar dan hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu- satu masa.

1.6 Guru kelas perlu sentiasa memainkan peranan memantapkan tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas serta ahli jawatankuasa kelas yang lain agar berfungsi sebaik-baiknya.

1.7 Semua guru mata pelajaran hendaklah memastikan bilangan murid di dalam kelas dan mengisi buku pengesanan sebelum memulakan P & P. Guru hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang ponteng atau kerap keluar kelas.

2.0 PENGURUSAN PERHIMPUNAN PAGI

2.1 Guru bertugas mesti hadir ke tapak perhimpunan sebelum jam 7.20 pagi setiap hari. Pada pukul 7.35 pagi, murid sudah berbaris mengikut kelas masing- masing.

2.2 Guru bertugas mesti mengendalikan perhimpunan pagi tepat pada masanya (7.20 – 7.35 pagi) agar tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran.

2.3 Murid yang lewat (tiba di sekolah selepas 7.40 pagi) perlu mendaftar nama di pejabat dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh guru bertugas mingguan. Pintu pagar sekolah akan ditutup pada jam 7.40 pagi.

2.4 Murid tidak dibenarkan berkumpul di tempat- tempat tertentu seperti tempat parkir, wakaf, dataran kejat dan kantin. Sebaliknya mereka perlu terus berada di tapak perhimpunan setiap pagi seperti yang dimaklumkan. Guru bertugas dan semua guru bertanggungjawan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

2.5 Dua orang guru disiplin akan membantu memantau keadaan semasa perhimpunan pagi setiap hari.

2.6 Tiada perjumpaan selepas perhimpunan dan murid mesti berada di dalam kelas pada pukul 7.40 pagi. Murid akan masuk ke kelas diiringi guru mata pelajaran waktu pertama.

2.7 Guru- guru kelas dicadangkan mengambil kedatangan murid di tapak perhimpunan sebelum 7.35 pagi.

3.0 KEKEMASAN DIRI MURID

3.1 Murid mesti memakai lencana sekolah dan tanda nama yang berjahit pada pakaian sekolah mereka pada setiap masa persekolahan.

Page 2: Pengurusan HEM di Sekolah

3.2 Semua guru perlu memberi penekanan kepada aspek kekemasan diri murid pada setiap masa.

3.3 Murid perempuan MESTI memakai tudung yang sesuai dan anak tudung mestilah berwarna PUTIH sahaja. Pemakaian tudung pendek adalah salah dari segi peraturan sekolah.

3.4 Barangan larangan adalah barangan yang diwartakan dalam Buku Peraturan JPWP dan senarai tambahan yang diedarkan oleh Lembaga Disiplin dan pengawas dan guru perlu bertindak merampas barangan tersebut dan diserahkan kepada Ketua Guru Disiplin untuk direkodkan didalam buku rekod khas di bilik PK HEM.

3.5 Murid dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani sekolah mengikut jadual kelas. Pakaian kokurikulum lengkap dipakai pada hari kokurikulum yang ditetapkan sahaja. Murid yang tidak mematuhi ketetapan ini dianggap melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan.

3.6 Semua guru perlu berkerjasama untuk mengambil tindakan segera ke atas murid yang melanggar peraturan sekolah semasa dalam/ luar bilik darjah. (Tindakan menegur / memberi nama kepada guru disiplin). Tindakan pencegahan diamalkan dari semasa ke semasa selaras dengan tanggungjawab seorang pendidik.

4.0 ASPEK KESELAMATAN

4.1 Aspek keselamatan mestilah diberi perhatian pada setiap masa dan guru- guru mesti memastikan prosedur keselamatan dipatuhi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

4.2 Sebarang kerosakan peralatan elektrik perlu dilaporkan segera kepada PK HEM untuk diambil tindakan.

4.3 Guru mata pelajaran / guru ganti mesti berada di dalam kelas tepat pada waktunya dan tidak sewenan-wenanggnya meninggalkan kelas tanpa pengawasan yang mungkin mengundang pelbagai risiko keselamatan murid.

4.4 Sebarang bentuk perbuatan buli, vandalisme, gangsterime dan salah laku yang lain diambil tindakan segera oleh guru yang berada di tempat kejadian / kelas.

4.5 Guru dan murid adalah dilarang sama sekali membaiki sebarang kerosakan peralatan elektrik atau punca elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

4.6 Guru- guru juga perlu memantau dan memberi teguran keras terhadap mana-mana murid yang memanjat atau melakukan perbuatan yang boleh mengundang bahaya.

4.7 Guru- guru DITETAPKAN untuk hanya beredar selepas 15 minit waktu persekolahan tamat. Tindakan berpusu- pusu untuk balik bersama- sama murid dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping mencerminkan peribadi baik guru.

4.8 Sebarang aktiviti / penggunaan bilik / kelas selepas waktu persekolahan perlu dimaklumkan kepada pihak pentadbir. Aktiviti murid selepas waktu persekolahan, pada hari sabtu dan cuti am hanya dibenarkan jika ada guru bersama- sama murid dan mempunyai surat makluman bertulis kepada ibu bapa.

Page 3: Pengurusan HEM di Sekolah

5.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN (Isnin – 7.30pagi hingga 8.10 pagi dan 1.05 petang hingga 1.35 petang )

5.1 Perhimpunan rasmi bermula tepat 12.30 tengah hari. 5.2 Semua guru WAJIB hadir di tapak perhimpunan sebelum 12.30 tengah hari. Guru- guru

lelaki dikehendaki memakai tali leher.5.3 Perhimpunan mingguan adalah acara rasmi, oleh itu, penyelaras majlis tersebut iaitu

ketua guru bertugas mingguan memastikan perjalanan majlis tersusun dan lancar. 5.4 Guru bertugas mesti memastikan ; 5.4.1 Semua murid dalam keadaan betul- betul bersedia, terkawal dan berdisiplin pada jam 7.20 pagi dan 1.05 petang. 5.4.2 Pengawas- pengawas bertugas untuk kawalan disiplin dan PA System BERFUNGSI dan BERKESAN. Mohon kerjasama semua guru bagi mematuhi setiap ketetapan yang telah diputuskan demi memantapkan pengurusan Hal Ehwal Murid khususnya dalam bidang sahsiah dan disiplin.

KETUA DAN SETIAUSAHA LEMBAGA DISIPLIN

1. Merangka dan menentukan dasar- dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.(salinan kpd. setiap guru disiplin)

2. Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

3. Menyediakan dan membekal data dan maklumat disiplin kepada KPM / JPWP / PPD. 4. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat

tergempar untuk membincangkan kes- kes berat mengenai disiplin 5. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan

penghayatan disiplin murid. 6. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.(6 x setahun ) 7. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru. 8. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di

perhimpunan sekolah. 9. Bertanggungjawab :

9.1 Menyediakan senarai murid-murid yg berisiko tinggi. 9.2 Menyediakan & mengemaskini Fail Disiplin / Individu yang bermasalah disiplin. 9.3 Sentiasa bekerjasama dengan Kaunselor dalam pengurusan murid-murid

bermasalah disiplin. (Dokumentasi / Rekod lengkap dan kemaskini diperlukan) 9.4 Menyediakan laporan Bulanan Lembaga Disiplin 9.5 Menyediakan Analisis (data) Bulanan - ponteng sekolah & ponteng kelas. 9.6 Menyimpan semua rekod / data berkaitan

10. Menyediakan Tatacara/Prosedur/Garis panduan dan kriteria perlu dalam urusan pelantikan pengawas. 10.1 Mengenal pasti murid-murid yang layak untuk dilantik sebagai pengawas sekolah. 10.2 Memilih dan melantik pengawas yang benar- benar bertanggungjawab. 10.3 Mengadakan mesyuarat sebulan sekali dengan badan pengawas untuk

memastikan lembaga pengawas dapat berfungsi seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah.

10.4 Merangka program kepimpinan dan aktiviti- aktiviti berkaitan dengan pengawas. (Dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling)

Page 4: Pengurusan HEM di Sekolah

10.5 Menyelaras tugas- tugas pengawas dan memastikan perlaksanaan tugas mereka sempurna dan berkesan. ( Instrumen Pemantauan)

10.6 Mengadakan majlis perlantikan Pengawas /Penyampaian Watikah (Bulan Feb.) Jemputan pegawai JPN Unit HEM sebagai perasmi atau pihak berkaitan yang

difikirkan sesuai.

SEMUA GURU DISIPLIN

1. Memantau Buku Pemantauan Jaga ( Murid datang lewat ) dan mengambil tindakan serta merta.

2. Mengawal disiplin di tapak perhimpunan dan di kantin ( pada waktu rehat). 3. Menyemak Buku Pengesanan Murid setiap hari dan mengambil tindakan yang

sewajarnya (Penyelaras Kelas). 4. Membantu menyelesaikan masalah- masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh

pengawas. 5. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-

kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling IKtisas Bil 9/ 1975.

6. Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

7. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

8. Membantu Guru Besar membimbing (Grooming) dan menanam nilai-nilai kepimpinan berkualiti dan ketrampilan Akademik di kalangan pengawas dari masa kesemasa dan bertindak tegas menangani kes disiplin/salahlaku pengawas setiap individu pengawas adalah ”role model” kepada semua murid.

9. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk mengurus kawalan disiplin dalam majlis sekolah

10. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai- nilai murni dipraktikkan di sekolah. 11. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. 12. Mengambil tindakan terhadap kes- kes salahlaku murid. Melaksanakan hukuman disiplin

sekiranya diwakili oleh Guru Besar. 13. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam

menangani masalah disiplin. 14. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di

kalangan murid dan guru. 15. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku

laporan disiplin. 16. Melaporkan kes disiplin yang diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM

seminggu sekali. 17. Menghubungi pihak polis jika perlu. 18. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot

check)19. Memberi maklumat keada Penolong Kanan HEM berhubung kes- kes yang serius

Page 5: Pengurusan HEM di Sekolah

PERATURAN SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB MURIDSeseorang yang dikatakan berdisiplin itu seharusnya berkelakuan sebagaimana diharapkan oleh masyarakat seperti bertatatertib, berakhlak tinggi, bersopan-santun, berinisiatif, menghormati orang lain serta bersedia bekerjasama dan saling membantu. Konsep disiplin yang paling sesuai dengan cara masyarakat di negara kita ialah melalui amalan-amalan yang membawa kepada disiplin kendiri. Disiplin kendiri dimaksudkan sebagai disiplin yang timbul dari dalam diri sendiri dan seseorang itu berupaya mengawal dan mengarahkan tingkah laku dirinya sendiri. Disiplin sedimikian adalah bersesuaian dengan cara hidup demokrasi yang kita amalkan.

1.   KEWAJIPAN BERAGAMAKita mempercayai serta mengakui wujudnya Allah dan wajib bagi kita sebagai makhluk-Nya mematuhi segala apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Agama menuntut supaya kita sentiasa berbuat kebajikan dan janganlah sesekali kita membuat kejahatan. Taat dan patuh kepada agama akan menjadikan kita insan yang soleh.

2.   TANGGUNGJAWAB PADA DIRISetiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada terhadap diri sendiri atau terhadap orang lain. Tanggungjawab terhadap diri sendiri hendaklah dilaksanakan tanpa mengganggu orang lain.

2.1   KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRIKebersihan adalah sebahagian daripada iman yang sangat dipentingkan oleh agama. Di antara cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri adalah seperti :

Memakan makanan yang berkhasiat dan halal yang disediakan secara bersih Beriadah Menjaga kebersihan tubuh badan termasuk kulit, rambut, telinga dan lain-lain anggota.

2.2           PAKAIANPakaian adalah untuk menutup aurat serta melindungi diri daripada panas dan sejuk. Sebagai penghias badan, pakaian juga memperlihatkan keperibadian serta watak seseorang. Murid hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan. Bagi murid, pakaian seragam di sekolah telah pun ditetapkan dan murid-murid mestilah mematuhi arahan tersebut.2.3          TINGKAH LAKU ATAU KELAKUANTingkah laku yang baik dan sopan hendaklah diamalkan pada setiap masa. Di antara amalan-amalan yang terpuji adalah seperti berikut :

Menggunakan tutur kata yang baik Mengucapkan salam atau memberi hormat Meminta maaf apabila tersilap Bersikap jujur dan ikhlas Bersikap lemah lembut dan sopan Mengucapkan terima kasih apabila perlu

2.4          MENGASIHI DIRI SENDIRIMurid perlu mengasihi diri sendiri dan ini dapat dilakukan dengan cara :

Page 6: Pengurusan HEM di Sekolah

Berusaha memaju dan memperkembangkan segala potensi diri sendiri seperti bakat, minat, kecenderungan dan kecerdasan.

Menjauhkan diri daripada gejala-gejala yang boleh merosakkan. Dapat membezakan dan mengenal pasti mana-mana perlakuan yang merbahaya dan

yang tidak menguntungkan.

2.5          KETEPATAN WAKTUSalah satu tabiat yang baik ialah sentiasa menepati waktu. Dengan tidak menepati waktu bukan sahaja akan merugikan diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Murid perlu pandai merancang masa seperti tepat pada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

3.             TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA Adalah sifat semula jadi manusia menyayangi dan mengasihi ibu bapa atau penjaga iaitu orang yang pertama memelihara, mendidik, memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anaknya. Justeru itu adalah menjadi kewajipan anak mengasihi dan mentaati kedua ibu bapanya hingga ke akhir hayat. Jika ia tidak mempunyai sifat ini ia dianggap sebagai individu yang tidak mempunyai peribadi yang baik.Untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarganya, seorang murid itu perlu mengamalkan perkara-perkara seperti berikut :

3.1           MEMATUHI NASIHAT IBU BAPA DAN KELUARGA :Murid perlu membantu keluarga untuk meringankan beban dan tanggungjawab mereka seperti membantu kerja-kerja di rumah, berjimat cermat dan membantu pekerjaan ibu bapa.

3.2           MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA :Murid mestilah menjaga nama baik dirinya sendiri kerana tingkah laku anak yang baik akan mencerminkan nama baik ibu bapanya.

3.3           MEMENUHI HARAPAN IBU BAPA DAN KELUARGA :Setiap ibu bapa ingin melihat anaknya berusaha bersungguh-sungguh, belajar dengan tekun, berkelakuan baik, agar berjaya dalam kehidupan.3.4           BERBANGGA DENGAN KELUARGA SENDIRI :Murid hendaklah menerima dan bersyukur dengan keluarganya biar apa pun kedudukan dan keadaan hidup keluarganya.

4.             TANGGUNGJAWAB KEPADA SEKOLAH                 Sekolah adalah rumah kedua bagi murid dan Guru Besar serta guru-guru sebagai pengganti ibu bapa. Oleh kerana itu murid-murid hendaklah : 4.1           MEMATUHI DAN MENGHORMATI PERATURAN SEKOLAH Setiap murid bukan sahaja perlu mengetahui peraturan-peraturan sekolah, tetapi juga perlu mematuhi dan mengamalkan setiap masa.

4.2           MENJAGA DAN MENINGKATKAN KEBERSIHAN SEKOLAHKebersihan amat dihargai dan kerana itu murid perlu menjaga dan meningkatkan kebersihan seluruh kawasan sekolah dan asrama termasuk bilik darjah, bilik-bilik khas, kantin, tandas dan lain-lain.

4.3           MENJAGA DAN MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH

Page 7: Pengurusan HEM di Sekolah

Semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah hendaklah digunakan dengan cermat dan murid bersama-sama bertanggungjawab atas keselamatannya. Penyalahgunaan dan kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru-guru dan menjadi tanggungjawab murid untuk memperbaiki atau menggantinya.

4.4   MENJAGA KECERIAAN SEKOLAHMurid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti mengindahkan kawasan sekolah dan asrama seperti menanam dan memelihara pokok-pokok bunga, melukis mural, membina arca dan sebagainya.

4.5          MENIMBULKAN SUASANA PEMBELAJARAN DAN SAYANGKAN SEKOLAHSetiap murid hendaklah sentiasa bekerjasama mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan dan berkesan dengan mematuhi peraturan sekolah. Semangat kekitaan dan kekeluargaan seharusnya diamalkan di sekolah melalui hubungan baik sesama murid, dengan guru, dengan Guru Besar dan kakitangan sekolah. Murid seharusnaya berbangga dengan sekolah serta menjaga nama baiknya dan berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang penting dalam menentukan masa depannya.

4.6          MEMAHAMI SUSUN LAPIS MASYARAKAT SEKOLAHSecara kasar sekolah mempunyai satu susun lapis yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru-guru, Kakitangan Bukan Guru, Pengawas, Ketua Kelas dan murid-murid.Setiap anggota masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang saling berhubung kait di antara satu sama lain. Kejayaan sekolah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama erat di kalangan anggota masyarakat.

4.7           MENGHORMATI BENDERA, LAGU KEBANGSAAN, LAGU NEGERI DAN LAGU SEKOLAHI)      MENGHORMATI BENDERAMurid hendaklah sedar bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi negara, negeri dan juga sekolah.Murid hendaklah mengetahui dan memahami pengertian lambang dan warna bendera-bendera tersebut.Murid hendaklah menghormati bendera negara, bendera negeri dan bendera sekolah terutama ketika bendera-bendera tersebut sedang dikibarkan.II)     MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN, LAGU NEGERI DAN LAGU SEKOLAHSemua murid mestilah mengetahui senikatalagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolahnya. Murid juga harus memahami serta menghayati senikata lagu-lagu tersebut.Murid hendaklah berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa lagu-lagu tersebut dinyanyikan atau diperdengarkan dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.Murid hendaklah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan betul dan bersemangat.III)    PERHIMPUNAN SEKOLAHPerhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah.Murid mesti hadir semasa perhimpunan sekolah dan ketika menghadirinya murid herndaklah bertatatertib, teratur, penuh hormat serta patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.5.             TANGGUNGJAWAB KEPADA GURUMurid harus sedar bahawa semasa berada di sekolah, guru-gurulah    yang menjadi pengganti ibu bapa atau penjaga kepadanya. Sebagaimana murid menghormati ibu bapa

Page 8: Pengurusan HEM di Sekolah

sendiri begitulah hendaknya dilakukan kepada guru-guru. Murid juga harus sentiasa bertanggungjawab kepada guru-guru dan ini dapat dilakukan melalui cara berikut :

5.1           Menghormati dan mematuhi ajaran dan nasihat guru.5.2           Memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru di bilik darjah.5.3           Memberikan sepenuh kerjasama supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna.5.4           Menghargai jasa guru yang ingin mendidik murid-murid menjadi manusia yang berguna.5.5           Mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan guru.

6.             TANGGUNGJAWAB DALAM KEGIATAN KOKURIKULUMKegiatan kokurikulum adalah penting bagi mewujudkan perseimbangan di antara perkembagan mental murid dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Untuk mencapai matlamat tersebut, murid haruslah melakukan perkara-perkara seperti berikut :6.1           Mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum yang dipilih berdasarkan minat, bakat dan kebolehan atau berdasarkan kepada apa yang ditentukan oleh sekolah mengikut kemampuannya.6.2           Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.6.3           Menanam semangat bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.6.4           Menanam semangat kekitaan.6.5           Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat sama ada sebagai peserta atau penonton.6.6           Menyelenggara peralatan dan kelengkapan dengan baik.6.7           Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan rakan-rakan.

7.             TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN-RAKANSekolah sebagai sebuah institusi dianggotai oleh murid-murid dari latar belakang yang berbeza-beza, sama ada daripada segi sosio-budaya, ekonomi, mahupun umur. Dalam keadaan sedemikian amatlah perlu bagi murid saling memahami antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana yang harmoni selaras dengan konsep sekolah sebagai satu keluarga.7.1          MENGHORMATI RAKANSikap hormat-menghormati adalah asas kepada kehidupan yang teratur dan harmoni, terutama dalam masyarakat kita yang terdiri daripada berbagai keturunan, berbagai budaya dan berbagai kepercayaan.7.2          TOLONG-MENOLONG ANTARA RAKANMurid perlu bersama menyumbangkan masa, tenaga dan fikiran untuk melaksanakan sesuatu usaha bagi kebajikan bersama. Semangat tolong-menolong boleh dikekalkan dengan mengamalkan sikap amanah, tidak mementingkan diri sendiri, bertimbang rasa, bertolak-ansur dan bertanggungjawab.8.             TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARAKesejahteraan masyarakat boleh dicapai apabila murid-murid mematuhi undang-undang, mempunyai kesedaran sivik, mempunyai semangat untuk kerja-kerja sukarela, mempunyai semangat kerajinan yang kukuh, mempunyai semangat untuk bekerjasama dan boleh memberi kepimpinan yang berkesan.8.1           PERANAN MURID DALAM MASYARAKATMurid perlu mempunyai semangat tekun belajar serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi hasrat masyarakat dan negara.8.2           MATLAMAT NEGARA DAN ASPIRASI RUKUNEGARA

Page 9: Pengurusan HEM di Sekolah

Murid hendaklah memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukunegara untuk menjadi warganegara yang berguna, beragama, berpengetahuan, berkebolehan, berdisiplin, bertanggungjawab, bersatupadu, serta taat kepada Raja dan negara.

A.            PERATURAN-PERATURAN UNTUK MURID SEKOLAH 1.             Menepati Masa.                 1.1          Waktu persekolahan :Isnin, Selasa, Rabu & Khamis : 7.15 pagi – 2.15 petangJumaat :                7.15 pagi – 12.10 tengah hariWaktu kokurikulum:Isnin       -               3.15 ptg-4.30ptg  - 1 Murid 1 SukanSelasa   -               3.15 ptg-4.30ptg  -  Latihan Rumah SukanRabu      -               3.15 ptg-4.30ptg  -  Uniform/kelab persatuanKhamis  -               3.15 ptg-4.30ptg  -  Latihan Rumah sukan1.2          Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada waktu yang tepat, iaitu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum masa permulaan sekolah dan 5 minit sebelum waktu permulaan sesuatu aktiviti sekolah yang disertainya. 2.             Perhimpunan Murid.2.1          Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap pagi hari Isnin atau hari pertama persekolahan sesuatu minggu.2.2          Perhimpunan harian diadakan pada setiap pagi yang lain.2.3          Perhimpunan dimulakan tepat pada jam 7.15 pagi dan kesemua murid mesti berada di tapak perhimpunan selewat-lewatnya pada jam 7.10 pagi.2.4          Sekiranya hari hujan, perhimpunan rasmi diadakan di dewan sekolah manakala perhimpunan harian dibatalkan.2.5          Ketua murid bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman.2.6          Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising dan berbual-bual.2.7          Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, nyanyian lagu-lagu patriotik (Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah) bacaan Al-Quran serta terjemahan, Persembahan Murid, Laporan Guru Bertugas, Ucapan Guru dan Guru Besar seterusnya diakhiri dengan doa. Manakala semasa perhimpunan harian pula, dimulakan dengan bacaan Al-Quran, laporan ringkas guru bertugas dan pengumuman (jika perlu) dan diakhiri dengan Asma ul Husna atau zikir taubat.2.8          Sebarang ucapan dan pengumuman murid perlu mendapat persetujuan guru atau Guru Besar.2.9          Ketertiban perhimpunan harus dipelihara juga semasa murid-murid beredar ke kelas masing-masing.2.10        Perhimpunan rasmi tamat sebelum jam 8.05 pagi manakala perhimpunan harian sebelum jam 7.30 pagi.2.11        Murid-murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebarang sebab yang wajar dan tidak diberi tahu terlebih dahulu kepada guru akan diambil tindakan.2.12        Murid-murid yang datang lewat ke perhimpunan selepas jam 7.15 pagi dikehendaki berkumpul di bahagian belakang perhimpunan untuk tindakan pengawas atau guru bertugas. 3.             Kehadiran.3.1          Setiap murid mesti hadir ke sekolah pada setiap masa yang ditetapkan.3.2          Kedatangan diambil pada waktu pertama dan Jadual Kedatangan dihantar ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi.3.3          Pengawas bertugas akan mencatat nama murid-murid yang tiba lewat untuk rekod dan tindakan disiplin.

Page 10: Pengurusan HEM di Sekolah

3.4          Kelas tambahan, gantian, persediaan atau bimbingan adalah dianggap sebagai kelas persekolahan biasa dan murid wajib hadir.3.5          Murid dilarang keluar daripada kawasan sekolah pada waktu belajar, melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Guru Kelas dan Guru Bertugas serta dimaklumkan kepada GPK (HEM) atau Guru Besar.3.6          Murid-murid yang hendak ke klinik atau hospital perlu mengisi Borang Rawatan Perubatan dan ditandatangani oleh Guru Bertugas/Guru Kelas. Setelah dirawat murid itu hendaklah segera pulang ke sekolah dan menyerahkan surat rawatan yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada Guru Bertugas/Guru Kelas.3.7          Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu kepada pihak sekolah atau Guru Kelas melalui telefon, surat atau pesanan lisan. Murid mesti mengemukakan :a.     Sijil Perubatan jika tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan.b.     Surat daripada ibu bapa/penjaga jika tidak hadir kerana sebab-sebab keluarga. Murid-murid yang gagal mengemukakan dokumen seperti yang dikemukakan di atas dan telah menerima amaran bertulis pihak sekolah, namanya boleh dipotong daripada Jadual Kedatangan sekolah.3.8          Selepas sesi persekolahan semua murid wajib bersolat Zohor berjemaah di surau sekolah sebelum pulang ke rumah atau asrama.4.            Pakaian.4.1          Pakaian seragam sekolah adalah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Corak-corak tambahan adalah dilarang.4.2          Pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa hari persekolahan biasa, peperiksaan, menghadiri kelas/aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan, kecuali Guru Besar memberi kelonggaran.4.3          Pakaian rasmi murid perempuan kelas 6. Baju kurung tradisional putih berlengan panjang dan di kancing di hujung lengan, berkain hitam yang labuh secukupnya. Kasut kulit hitam dan bertapak getah, stokin hitam, lencana sekolah bersulam dan tanda nama.4.4          Pakaian rasmi pertama pengawas perpustakaan.a.     Seluar panjang berwarna hitam, baju putih berlengan panjang berserta vest merah bata tali leher merah batu, tali pinggang, kasut hitam bertali bertumit rendah, stokin hitam, lencana sekolah bersulam dan tanda nama.4.5          Pakaian rasmi pertama pengawas lelaki.a.     Seluar panjang berwarna hitam, baju kuning berlengan panjang, tali pinggang, kasut hitam bertali bertumit rendah, stokin hitam, lencana sekolah bersulam dan tanda nama.b.     Pakaian rasmi pertama pengawas perempuan.        Baju kurung tradisional berwarna kuning air dan dikancing di hujung lengan berkain hitam yang labuh secukupnya. Kasut kulit hitam dan bertapak getah, stokin hitam, lencana sekolah bersulam dan tanda nama.4.6          Pakaian rasmi pertama pengawas inventori.a.   Seluar panjang berwarna hitam, baju putih berlengan panjang berserta tali leher coklat, tali pinggang, kasut hitam bertali bertumit rendah, stokin hitam, lencana sekolah bersulam dan tanda nama.4.11        Murid-murid ditegah memakai barang perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan lain-lain.4.12        Baju mesti dimasukkan ke dalam (tied in) dan dikancingkan butangnya sepanjang masa berada di kawasan sekolah.4.13        Seluar panjang ”fancy” atau ”jeans” tidak dibenarkan.

Page 11: Pengurusan HEM di Sekolah

4.14        Pergelangan kaki seluar hendaklah tidak terlalu besar atau kecil. Ianya perlu berukuran di antara 46.8 sm -52.0 sm sahaja. Hujung kaki seluar perlu berada di antara buku lali dengan sekurang-kurangnya 1 sm dari tumit kasut.4.15        Pada hari Jumaat semua murid lelaki memakai baju kurung (baju Melayu) berwarna putih, sampin sekolah dan bersongkok/kopiah sekolah, lencana tenun, tanda nama, kasut dan stokin seperti yang ditetapkan.4.16        Pakaian rasmi kedua dipakai ketika mengikuti lawatan, majlis rasmi sekolah, atau masa-masa lain yang diberitahu pentadbir.4.17        Pakaian murid hendaklah bersih dan sentiasa kemas.4.18        Pakaian untuk kegiatan kokurikulum.a.     Semua murid memakai kemeja T yang ditentukan oleh pihak sekolah yang mempunyai lencana dan nama sekolah semasa kegiatan di padang termasuk semasa menjalankan Pendidikan Jasmani.b.     Seluar ”track” yang berwarna hitam atau biru tua sahaja dibenarkan semasa kegiatan lain dijalankan di padang.c.     Sarung kaki dan kasut berwarna putih sahaja dibenarkan semasa Pendidikan Jasmani. Jenis kasut dan sarung kaki untuk kegiatan boleh ditentukan oleh guru-guru  permainan dan mesti dipatuhi.d.     Bagi semua kegiatan yang dijalankan di bilik darjah (temasuk persatuan dan kelab) pakaian adalah seperti semasa sidang sekolah.e.     Pihak sekolah boleh membenarkan pakaian/kemeja T khas bagi sesuatu aktiviti dengan syarat mempunyai lencana sekolah dan boleh digunakan cuma selepas pihak sekolah meluluskannya.4.19        Sebarang jenis selipar tidak boleh dipakai oleh murid di sekolah pada sebarang masa. Kebenaran khas oleh Guru Besar diperlukan apabila seorang murid terpaksa memakai selipar kerana sesuatu kecederaan.4.20        Lencana Sekolah.a.     Setiap murid akan memakai lencana sekolah ini pada setiap ketika berada di kawasan sekolah dan setiap masa mewakili sekolah.c.     Lencana sekolah yang sudah luntur warna/rosak tidak harus dipakai dan hendaklah digantikan yang baru.5.             Bilik darjah.5.1          Kelas bermula pada jam 8.05 pagi pada hari perhimpunan rasmi dan jam 7.30 pada hari-hari yang lain.5.2          Murid-murid hendaklah bangun ketika guru/Guru Besar/pelawat masuk dan keluar dari bilik darjah serta memberi atau menjawab salam.5.3          Bilik darjah mestilah sentiasa bersih. Jadual tugas kelas hendaklah disedia dan dipamerkan di papan kenyataan kelas.5.4          Papan kenyataan kelas hendaklah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Butir-butir seperti jadual tugas, jadual waktu, inventori kelas, berita semasa, rencana, pengumuman, Carta Banci Bacaan dan lain-lain perlu ditampal.5.5          Murid-murid ditegah membuat bising sebelum, semasa dan sesudah guru mengajar, juga semasa ketiadaan guru.5.6          Murid-murid hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.5.7          Ketika menunggu guru tiba semasa pertukaran mata pelajaran, murid-murid dilarang membuat bising atau berkeliaran di beranda/di luar bilik darjah. Kadar kebisingan satu-satu kelas tidak boleh melebihi takat yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

Page 12: Pengurusan HEM di Sekolah

5.8          Pada waktu belajar, murid-murid ditegah membeli makanan atau minuman di kantin. Makan dan minum dalam bilik darjah juga adalah dilarang.5.9          Murid-murid tidak dibenarkan ke tandas ketika guru mengajar atau semasa pertukaran mata pelajaran, kecuali jika keadaan benar-benar terdesak.5.10        Murid-murid yang hendak keluar kelas perlu mendapatkan pas kebenaran daripada guru mata pelajaran ketika itu.5.11        Semasa pergi dan balik dari Bengkel, Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, Dewan atau tempat lain yang diarahkan, murid-murid hendaklah beratur berdua-dua dan berjalan dengan cepat dan senyap.5.12        Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah semasa perhimpunan waktu rehat dan waktu solat.5.13        Semasa ketiadaan guru; pengawas, ketua darjah atau penolongnya bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas.                Sebelum meninggalkan kelas, pastikan semua lampu dan kipas telah ditutup.5.15        Murid-murid dilarang :a.     Merosakkan dan menconteng meja, kerusi, dinding dan semua barang dalam bilik darjah.b.     Menggunakan meja dan kerusi guru.c.     Duduk di atas meja.d.     Mengubah kedudukan meja dan lain-lain tanpa pengetahuan guru.e.     Membuat bising, menganggu ketenteraman dan tidur di dalam bilik darjah.5.16        Sekiranya kelas tidak mempunyai karpet atau tikar getah, murid-pejar dilarang menanggalkan kasut ketika berada di dalam kelas.5,17        Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang di dalam kelas.5.18        Semua murid/kelas bertanggungjawab mengecat semula dinding yang telah dicontengkan dan menggantikan cermin tingkap yang pecah dan lain-lain alat yang dirosakkan dengan tanggungan sendiri/kelas.5.19        Setiap murid berusaha untuk mencapai matlamat Kelas/Sekolah Lima Bintang.6.             Tempat makan.6.1          Kantin sekolah sahaja merupakan tempat makan minum di sekolah. Makan minum di bilik/kawasan lain adalah dilarang kecuali atas kebenaran.6.2          Mengunyah gula-gula juga diertikan sebagai makan. Gula-gula getah (Chewing Gum) tidak dibenarkan dibawa dan dimakan di kawasan sekolah.6.3          Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman daripada pihak luar pada masa sekolah bersidang.6.4          Segala pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garpu, dan sebagainya yang digunakan di kantin hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan secara tertib.6.5          Alat-alat di atas tidak boleh dibawa ke mana-mana bilik/kawasan di luar kantin.6.6          Minuman kotak dan bekas lain dilarang dibawa keluar daripada kawasan kantin untuk dihabiskan di kawasan lain.6.7          Murid-murid harus beratur secara tertib untuk membeli makanan/minuman.6.8          Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di kantin selepas waktu sekolah sehingga solat Zohor selesai dikerjakan.6.9          Murid-murid akan sentiasa menjaga keselesaan kantin, kebersihannya dan menggunakan segala alatan yang disediakan secara bertanggungjawab.6.10        Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan/minuman dari luar untuk dijual di kawasan sekolah.6.11        Palajar-murid mesti menunjukkan akhlak yang baik kepada pekerja-pekerja kantin.7.             Membuang sampah.

Page 13: Pengurusan HEM di Sekolah

7.1          Murid-murid mesti membuang sampah di bakul/tong sampah yang disediakan.7.2          Murid-murid di setiap kelas adalah bertanggungjawab untuk memasukkan semua sampah di kelasnya ke dalam bakul sampah yang disediakan dan terus membuangnya ke dalam tong sampah besar yang diletakkan di setiap tingkat. Pekerja sekolah akan mengumpul sampah dari tong-tong sampah itu.7.3          Murid-murid setiap kelas adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas masing-masing demi menjamin kesihatan murid. Setiap kelas hendaklah disapu setiap pagi, sebelum kelas bermula dan setiap petang selepas sekolah tamat.7.4          Murid-murid yang sengaja membuang sampah merata-rata akan didenda.8.             Penggunaan tandas.8.1           Murid-murid harus membersihkan diri pada :a.     sebelum sekolah bersidangb.     waktu rehatc.     selepas sekolah bersidang.8.2          Murid-murid tidak harus keluar dari kelas antara masa-masa ini ke tandas kecuali atas sebab kesihatan dan terdesak.8.3          Murid-murid perlu menggunakan kemudahan di tandas dengan cara yang baik supaya kebersihannya sentiasa terpelihara.9.             Kesopanan dan budi bahasa.9.1          Perbuatan kurang sopan seperti berludah dan berkahak di merata-rata tempat, berkasar bahasa, menghina, memerli dan menggelar orang lain dan sebagainya adalah dilarang.9.2          Murid-murid hendaklah sentiasa berbudi bahasa terhadap guru, kakitangan, ibu bapa, pelawat, pengawas dan termasuk sesama sendiri.9.3          Ucapan salam yang sopan santun serta penyampaian hasrat dengan cara yang tertib adalah sifat murid sekolah ini dan hendaklah diamalkan setiap masa.10.          Rambut, misai dan janggut.10.1        Semua murid akan mematuhi arahan Kementerian Pelajaran dari segi penjangnya rambut.10.3        Fesyen rambut popular/fancy semasa yang menjolok mata atau diwarnakan adalah dilarang.13.          Aktiviti Kokurikulum.13.1        Setiap murid diwajibkan menyertai satu aktiviti kelab dan permainan, satu aktiviti kelab dan persatuan dan satu aktiviti unit beruniform.13.2        Murid-murid akan mementingkan kehadiran, ketertiban serta mutu kegiatan kokurikulumnya.14.          Papan kenyataan.14.1        Kenyataan/pengumuman di papan-papan kenyataan sekolah mesti dipatuhi tanpa peringatan.14.2        Merosakkan sebarang kenyataan/catatan di papan kenyataan adalah dilarang.14.3        Semua kenyataan untuk diletakkan di papan kenyataan mesti diluluskan oleh guru penasihat/Guru Besar.14.4        Bahasa yang tepat mesti digunakan dalam semua kenyataan.15.          Kerja rumah/tugasan.15.1        Dalam semua pelajaran dan kegiatan tambahan murid-murid akan menunjukkan daya usaha serta semangat yang tinggi.15.2        Tugasan/kerja rumah yang diberi oleh guru-guru hendaklah disempunakan secara jujur dalam tempoh masa yang ditetapkan.16.          Penerimaan pelawat.

Page 14: Pengurusan HEM di Sekolah

16.1        Sebarang orang yang ingin memasuki kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Guru Besar.16.2        Pelawat tidak boleh menemui murid di kawasan sekolah tanpa pengetahuan/kebenaran Guru Besar.16.3        Pelawat hanya boleh menemui murid di pejabat sekolah sahaja selepas diberi kebenaran.17.          Pengawas Sekolah/Ketua Murid.17.1        Murid-murid akan mematuhi segala arahan pengawas sekolah.17.2        Mengingkari arahan pengawas adalah satu kesalahan.17.3        Arahan ketua-ketua murid lain di bidang masing-masing perlu diikuti.18.          Menghisap rokok, dadah dan menghidu gam dan bahan inhalan.18.1        Murid-murid dilarang sama sekali memiliki, menyimpan dan merokok serta menghisap dadah di kawasan sekolah mahupun di luar sekolah.18.2        Murid-murid dilarang sama sekali menghidu gam atau memiliki dan menyimpan gam untuk tujuan menghidu.19.          Waktu rehat/masa guru tiada dalam kelas.19.1        Pada setiap masa murid-murid harus membawa bahan bacaan tambahan yang sesuai. Apabila ada masa lapang, murid-murid harus menumpukan perhatian kepada pembacaan.19.2        Ketenteraman kelas harus terus dijaga di bawah kepimpinan ketua darjah sehingga guru hadir.20.          Berhemah tinggi dan semangat sekolah.20.1        Setiap murid akan menunjukkan semangat sekolah serta berhemah tinggi dalam setiap kegiatannya.21.          Berlaku curang/meniru.21.1        Murid-murid dilarang menipu dan berlaku curang dalam sebarang keadaan baik di dalam atau di luar sekolah.21.2        Murid-murid perlu bercakap benar setiap masa.22.          Semangat kesukanan.22.1        Semua murid akan sentiasa menunjukkan semangat kesukanan baik sebagai ahli sukan mahupun sebagai penyokong.22.2        Murid-murid sekolah ini tidak akan menghina atau merendah-rendah sebarang pasukan lawan yang bertanding di sekolah kita.23.          Menjimatkan air/elektrik.23.1        Semua murid akan memainkan peranannya untuk menjimatkan penggunaan air dan kuasa elektrik di sekolah.23.2        Murid-murid mesti menutupkan paip air atau suis elektrik apabila tidak memerlukan bekalan tersebut.23,3        Penggunaan alatan elektrik sendiri adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran khas.24.          Kemusykilan.24.1        Apabila murid menghadapi sebarang kemusykilan, dia harus menghubungi ketua-ketua murid, kakitangan, guru darjah, guru bertugas, guru-guru penolong kanan atau Guru Besar.24.2        Murid-murid tidak dibenarkan berkelakuan keterlaluan walau dalam kedaan bagaimana genting sekalipun, tetapi hendaklah menyampaikan masalah kepada pihak sekolah.25.          Kawasan Larangan.Murid dilarang memasuki kawasan :

Page 15: Pengurusan HEM di Sekolah

25.1        Pejabat sekolah, bilik guru, pejabat warden, kecuali dipanggil atau mendapat kebenaran.25.2        Bilik makmal dan Bilik APD kecuali untuk belajar di bawah pengawasan guru.25.3        Stor barang, Bilik SPBT, Bilik Mesyuarat dan Koperasi Sekolah kecuali masa untuk membeli.25.4        Bilik rawatan kecuali sakit.25.5        Kantin di waktu belajar, kelas persediaan, bimbingan dan solat.25.6        Di luar kawasan sekolah kecuali di waktu dibenarkan.25.7        Bilik air guru bagi murid-murid.25.8        Rumah guru, rumah pekerja dan tempat letak kereta guru-guru kecuali dengan urusan tertentu/dengan kebenaran.25.9        Dewan besar.25.10      Kawasan tangga bangunan kecuali untuk laluan.25.12      Kawasan bilik darjah pada waktu rehat, perhimpunan dan solat.26.          Perjumpaan (Mesyuarat) murid.26.1        Setiap mesyuarat atau perjumpaan murid mestilah dengan kebenaran guru/pentadbir dan dihadiri oleh guru kecuali dengan keizinan khas.26.2        Murid-murid tidak dibenarkan menubuhkan sebarang persatuan/pertubuhan yang bercorak kedaerahan, politik dan lain-lain yang bercanggah Akta Pendidikan dan Prinsip Sekolah.26.3        Perjumpaan yang melibatkan orang luar mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dalam jangka masa yang ditentukan oleh sekolah.26.4        Murid-murid tidak dibenarkan menganggotai mana-mana persatuan di luar sekolah atau membuat hubungan dengannya tanpa persetujuan Guru Besar.27.          Surat-menyurat.27.1        Segala urusan rasmi termasuk surat-menyurat dengan Jabatan kerajaan/Agensi/Pertubuhan/Orang Perseorangan di luar sekolah hendaklah melalui pihak sekolah.27.2        Murid-murid tidak dibenarkan menulis ke akhbar dan majalah kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.27.3        Murid tidak digalakkan menggunakan alamat sekolah untuk surat-menyurat peribadi. Pihak sekolah berhak membuka surat masuk-keluar bagi murid-murid.28.          Lawatan28.1        Semua rombongan atau lawatan sekolah di dalam negeri perlu mendapat persetujuan Guru Besar.28.2        Bagi lawatan ke luar negeri, surat kebenaran Pengarah Pelajaran diwajibkan. Urusan ini hendaklah lima minggu sebelum tarikh lawatan dilakukan.28.3        Setiap lawatan rasmi memerlukan guru pengiring.29.          Senjata.29.1        Semua senjata yang berbahaya diharamkan sama sekali dibawa masuk ke kawasan sekolah.30.          Bahan Lucah.30.1        Semua jenis bahan lucah seperti bahan bercetak atau elektronik seperti cakera padat/liut, VCD, pita video dan lain-lain adalah diharamkan dimilik/dibawa masuk di kawasan sekolah malah di luar sekolah.31.          Kerosakan Alatan Sekolah.31.1        Segala kerosakan yang disebabkan oleh murid hendaklah diganti oleh murid berkenaan.

Page 16: Pengurusan HEM di Sekolah

31.2        Kerosakan alatan hendaklah dilaporkan kepada pihak       sekolah. Murid adalah dilarang sama sekali memperbaikinya sendiri tanpa pengetahuan guru.32.          Biasiswa.32.1        Wang biasiswa digunakan untuk keperluan persekolahan  sahaja.32.2        Buku bank disimpan di pejabat sekolah dan selepas mengeluarkan wang, buku itu dikembalikan dengan segera.32.3        Persetujuan ibu bapa/penjaga adalah diperlukan untuk pengeluaran wang biasiswa murid.33.          Penggunaan Kenderaan.33.1        Murid tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri ke sekolah.33.2        Pengguna kenderaan mestilah ada lesen memandu dan cukai jalan yang sah.33.3        Kenderaan yang digunakan mestilah berkeadaan baik dan lengkap mengikut ordinan lalulintas.33.4        Kenderaan yang digunakan hendaklah dikunci dan diletakkan dengan teratur di tempat yang ditetapkan.33.5        Penunggang motosikal dan basikal dikehendaki berhenti di pintu besar sekolah dan menolak kenderaannya ke tempat yang ditentukan.33.6        Penunggang motosikal dilarang membuat bising atau menguatkan bunyi enjin di kawasan sekolah.33.7        Keselamatan kenderaan dan topi keledar adalah menjadi tanggungjawab pemiliknya.33.8        Murid dilarang meletakkan kenderaan di tempat kenderaan guru dan pekerja.34.          Peraturan am.34.1        Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang.34.2        Semua bilik yang digunakan hendaklah dibuka tingkap dan pintu kecuali bilik yang berhawa dingin.34.3        Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sekolah pada masa belajar kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang berkenaan.34.4        Murid-murid/kelas yang ingin mengadakan jamuan hendaklah mendapat kebenaran pihak sekolah dan dijemput sekurang-kurangnya seorang guru menghadirinya.34.5        Murid-murid tidak digalakkan menyimpan wang tunai yang banyak di tangan. Gunakan perkhidmatan Bank Bina Insan di Koperasi.34.6        Murid-murid dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik, perarakan, kempen menyokong dan mengedarkan sebarang risalah politik atau dokumen propaganda.34.7        Semua bentuk ragging/buli terhadap murid baru adalah dilarang.34.8        Mengancam atau memukul Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah, pengawas, ketua                 kelas atau mana-mana murid lain dan dengan sengaja merosakkan harta persendirian murid-murid, kakitangan dan guru-guru atau harta benda sekolah adalah satu kesalahan besar.34.9        Membantah hukuman guru dan Guru Besar, menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada Guru Besar, guru-guru atau kakitangan sekolah,sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau adalah dilarang keras.35.          Prinsip-Prinsip Rukun Negara.35.1        Semua murid akan berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam setiap tindakannya.36.          Prinsip-Prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman.36.1        Semua murid akan berpegang teguh dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman di dalam kehidupan mereka.

Page 17: Pengurusan HEM di Sekolah

37.          Rampai.37.1        Perkara yang tidak dicatat di dalam Buku Peraturan dan Undang-undang ini, pihak Guru Besar boleh menggunakan budibicaranya.37.2        Peraturan-peraturan dan undang-undang ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai oleh pihak Guru Besar.B.            PERATURAN UNTUK LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH1.             Lembaga Pengawas Sekolah diwujudkan atas budi bicara Guru Besar Sekolah untuk kemudahan pengawasan hal ehwal murid di sekolah.2.             Ahli-ahlinya dipilih atas sifat-sifat kepimpinan yang diperlihatkan oleh murid-murid. Guru-guru                 serta pemimpin murid boleh mengesyorkan nama bakal pengawas untuk dipertimbangkan menjadi Pengawas Percubaan.3.             Setiap Ahli Lembaga Pengawas mesti menjalani suatu tempoh percubaan seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika perjalanan tugasnya memuaskan dia boleh disahkan dalam jawatan tersebut.4.             Ahli Lembaga Pengawas harus melafazkan ikrar di hadapan murid-murid dan guru-guru sebelum menerima watikah perlantikan. Pakaian rasmi pengawas cuma boleh dipakai selepas disahkan dalam jawatan.5.             Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas adalah badan tertinggi dalam kalangan murid Badan ini akan mengawasi setiap kegiatan murid sekolah ini. Setiap ahli mesti memahami kehendak peraturan-peraturan sekolah bagi murid.6.             Ahli-ahli Lembaga ini dikehendaki belajar cara-cara mengawasi murid, menegur mereka, mengambil tindakan, mengenakan denda yang setimpal, melaporkan masalah, memberi nasihat, menjadi teladan dan memimpin murid menurut peraturan-peraturan sekolah yang diluluskan.7.             Untuk memberi pimpinan yang berkesan, Lembaga Pengawas harus mempunyai jawatankuasa-               jawatankuasa kecil seperti berikut :                a.             Biro Kebajikan.                b.             Biro Sukan.                c.             Biro Kerohanian.                d.             Biro Kebudayaan dan Kesenian.                e.             Biro Akademik.                f.              Biro Keceriaan.                g.             Biro Keselamatan.                h.             Biro Makanan.                i.              Biro Kesihatan.8.             Setiap pengawas akan mempunyai Buku Catatan untuk menyimpan rekod tindakan terhadap kesalahan murid serta cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan di sekolah.9.             Ahli Lembaga Pengawas akan sentiasa bersopan, berbudi bahasa dan berlaku adil kepada semua murid di sekolah.10.          Ahli Lembaga Pengawas yang tidak menunjukkan daya usaha, ataupun memjejaskan nama baik pengawas, ataupun melakukan sesuatu kesalahan yang pada pendapat sekolah adalah berat akan dipecat daripada menjadi pengawas dengan cara yang difikirkan sesuai.11.          Lembaga Pengawas akan mesyuarat seminggu sekali untuk membincangkan hal-hal yang berlaku sepanjang minggu berkenaan dan cara-cara yang harus digunakan untuk mengatasinya.                 Minit Mesyuarat Lembaga Pengawas serta Mesyuarat Biro-biro mestilah disimpan dengan cara teratur.

Page 18: Pengurusan HEM di Sekolah

12.          Setiap dua minggu sekali atau bila perlu, mesyuarat Lembaga Pengawas diadakan bersama dengan semua ketua kelas dan penolongnya untuk membantu mengatasi masalah murid-murid.13.          Semua minit mesti ditunjukkan kepada Guru Penasihat dan Guru Besar sekolah. Cuma selepas mendapat kebenaran, cadangan-cadangan boleh dilaksanakan.14.          Ahli Jawatankuasa Lembaga ini harus menemui Guru Penasihat dan Guru Besar Sekolah apabila                 perlu. Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas dan Ahli Jawatankuasa boleh menemui bila-bila masa sahaja ada keperluan. Senarai nama murid yang menimbulkan masalah harus dikemukakan untuk tindakan jika Lembaga Pengawas tidak dapat mengatasinya.15.          Ahli Jawatankuasa Lembaga ini terdiri daripada :-                a.             Seorang Ketua Umum                b.             Seorang Ketua Pengawas Sekolah                c.             Seorang Ketua Pengawas Asrama                d.             Seorang Setiausaha.                e.             Seorang Penolong Setiausaha.                f.              Seorang Bendahari.                g.             Pengerusi-pengerusi Biro.                h.             Semua pengawas sebagai ahli.16.          Semua ahli lembaga ini akan hadir di sekolah pada jam 7.05 pagi pada hari persekolahan. Kawalan pengawas tamat cuma apabila murid terakhir meninggalkan sekolah pada masa tertentu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.17.          Kelakuan murid, penggunaan kemudahan di sekolah, kegiatan murid, kemasukan orang luar, kerosakan kepada alatan dan bangunan, kecederaan, bantuan kepada guru-guru/kakitangan; kesemua menjadi sebahagiaan tugas pengawas.18.          Pihak sekolah boleh menambah mahupun meminda peraturan-peraturan ini menurut keperluan dari masa ke semasa.C.            PERATURAN UNTUK KETUA KELAS DAN PENOLONGNYA1.             Ketua kelas dan penolongnya dilantik atas budi bicara guru kelas.2.             Ketua kelas dan penolongnya membantu guru kelasnya untuk menguruskan kelas dengan baik. Ini termasuk:

1. Mengawasi kelakuan murid-murid2. Mengawasi kedatangan murid-murid3. Mengawasi kebersihan dan keceriaan kelas4. Mengawasi kegunaan papan lembut, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain  yang

diberi oleh guru/ pihak sekolah dari masa ke semasa.3.             Apabila loceng berbunyi dan perhimpunan murid diadakan, tugas ketua kelas dan penolongnya bermula. Kelakuan murid-murid di kelas harus diawasi dan ditegur.4.             Pergerakan dari tempat perhimpunan ke bilik darjah, dari bilik darjah ke bilik khas, atau ke padang untuk pendidikan jasmani atau sebagainya adalah di bawah pengawasan ketua darjah dan penolongnya.5.             Ketua darjah dan penolongnya bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman kelas apabila tiada guru di kelas.6.             Jika guru yang harus mengajar belum sampai, ketua darjah atau penolongnya harus pergi mencari guru berkenaan/guru pengganti; dan jika tidak ditemui, dia harus memberitahu guru penolong kanan.7.             Ketua darjah dan penolongnya akan memastikan supaya perkara-perkara berikut dipamerkan dalam kelasnya:

1. Jadual waktu kelas

Page 19: Pengurusan HEM di Sekolah

2. Senarai nama murid kelas.3. Peraturan-peraturan untuk murid4. Jadual bertugas untuk murid5. Senarai inventori kelas6. Carta banci bacaan7. Petikan rencana/maklumat pendidikan8. Pengumuman rasmi sekolah

8.             Ketua kelas boleh membenarkan cuma seorang murid untuk keluar dari kelas pada sesuatu masa, ketika guru tiada di kelas dalam kecemasan sahaja dengan menggunakan pas ketua kelas.9.             Ketua kelas dan penolongnya akan menjadi pemimpin untuk menjadikan kelasnya yang terbaik dari segi kelakuan,kebersihan, keceriaan dan daya usaha.10.          Ketua kelas dan penolongnya akan menjadi pemimpin kepada murid-murid yang:

1. Selalu ponteng2. Membuat bising3. Tidak membuat kerja rumah4. Berlaku biadap5. Tidak mematuhi peraturan sekolah6. Tidak bekerjasama dan sebagainya.

11.          Ketua kelas dan penolongnya akan menyimpan buku catatan masing-masing yang menunjukkan rekod masalah serta tindakannya.12.          Jika ketua kelas dan penolongnya tidak dapat menyelesaikan masalah, hal itu mesti disampaikan kepada guru kelas.13.          Ketua kelas dan penolongnya mesti hadir dalam mesyuarat Ketua Kelas yang diadakan oleh Lembaga Pengawas Sekolah, sekali dalam masa 2 minggu atau apabila difikirkan perlu. Semua masalah yang dihadapi oleh ketua kelas hendaklah disampaikan dalam mesyuarat berkenaan.14.          Apabila laporan-laporan ini tidak mengatasi masalah ketua kelas dan penolongnya boleh kemukakan masalahnya terus kepada pentadbiran.15.          Peraturan-peraturan tambahan mahupun pindaan akan dilakukan jika difikirkan perlu oleh pihak sekolah dari masa ke semasa.D.            PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAHa.             Perpustakaan                Perpustakaan dibuka pada hari Isnin hingga hari Sabtu:                Isnin-Khamis        8.00 pagi – 12.45 tengah hari                                                2.00 petang – 4.30 petang                Jumaat                  8.00 pagi – 4.30 petang                                                2.45 petang – 4.30 petang                Sabtu                     8.00 pagi – 12.45 tengah hari1.             Murid- murid yang memasuki perpustakaan mestilah memakai uniform sekolah yang lengkap. Kasut dan stoking hendaklah ditanggalkan serta disusun di tempat yang disediakan.2.             Murid- murid dilarang membawa sebarang buku dan beg ke perpustakaan.3.             Murid- murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di perpustakaan.4.             Murid- murid tidak dibenarkan membuat bising atau tidur di dalam perpustakaan.5.             Setiap murid diwajibkan mempunyai 2 kad perpustakaan. Kad hijau untuk meminjam buku ‘ red spot’. Kad kuning untuk meminjam buku fiksyen dan buku umum. Pastikan setiap kad mempunyai gambar.

Page 20: Pengurusan HEM di Sekolah

6.             Murid dibenarkan meminjam sebuah buku ‘ red spot’, dua buah buku fiksyen dan sebuah buku umum untuk setiap pinjaman.7.             Buku fiksyen dan buku umum boleh dipinjam selama 7 hari dan buku ‘ red spot’ pula selama 2 hari.8.             Buku Rujukan  bertanda ‘R’ tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar kecuali mendapat kebenaran daripada pihak perpustakaan.9.             Setiap peminjam bertanggungjawab ke atas keselamatan  buku-buku  yang dipinjamnya. Halaman buku tidak boleh diceraikan/dikoyak.10.          Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak sepuluh sen sehari.11.          Buku yang hilang hendaklah dilaporkan kepada pihak perpustakaan dan perlu diganti oleh           murid.12.          Kelas yang ingin masuk ke perpustakaan mestilah mempunyai guru masing- masing.13.          Buku- buku dan kerusi- kerusi hendaklah disusun semula sebelum meninggalkan perpustakaan.14.          Guru- guru yang ingin menggunakan perpustakaan sebaik- baiknya membuat tempahan dua hari sebelum tarikh diperlukan.b.             Bilik Tayang.1.             Guru- guru yang hendak menggunakan Bilik Tayang hendaklah memberitahu atau menempahnya terlebih dahulu daripada Penyelaras PSS atau Guru APD.2.             Murid tidak dibenarkan masuk sewenang- wenangnya tanpa kebenaran dan bersama- sama guru.3.             Guru-guru yang menggunakan bilik ini hendaklah merekodkannya di dalam buku yang telah disediakan.4.             Murid- murid yang memasuki bilik ini mestilah memakai uniform sekolah yang lengkap. Kasut dan stokin hendaklah ditanggalkan serta disusun  di luar.5.             Murid- murid hendaklah menjaga kehaarmonian bilik ini dengan tidak membuat bising atau mengotornya.6.             Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam bilik ini.7.             Guru- guru dan murid- murid hendaklah pastikan segala peralatan yang digunakan disusun dan dibersihkan sebagaimana asalnya dan semua peralatan elektrik telah ditutup.c.             Bilik ABM1.             Bilik ABM adalah bilik kawalan dan murid adalah ditegah sama sekali memasukinya kecuali Pengawas PSS di atas tugas- tugas rasmi.2.             Guru-guru yang mahu mendapatkan bahan bantu mengajar perlu memberitahu dan menempahnya terlebih dahulu darpada Guru ABM atau Penyelaras PSS.3.             Guru- guru yang memerlukan peralatan untuk membuat ABM seperti alat tulis, kertas manila, dan sebagainya hendaklah memohonnya melalui Penyelaras PSS untuk direkod di dalam Buku Stok.4.             Guru- guru dibenarkan meminjam peralatan ABM untuk jangka masa yang panjang mengikut kesesuaian masing- masing, tetapi hendaklah dicatat dan direkodkan.5.             Guru- guru hendaklah memastikan segala peralatan ABM yang dipinjam dapat dipulangkan dengan selamat.d.             Bilik Bahasa.1.             Murid yang memasuki Bilik bahasa mestilah memakai uniform sekolah yang lengkap.2.             Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman de dalam makmal bahasa tersebut.

Page 21: Pengurusan HEM di Sekolah

3.             Murid tidak dibenarkan membuat bising dan merosakkan alatan di dalam makmal tersebut.4.             Murid ditegah membawa keluar buku-buku dan segala alatan dari makmal tersebut.5.             Mana- mana kelas yang ingin masuk ke makmal bahasa mestilah bersama guru masing- masing mengikut jadual yang ditetapkan.6.             Kebersihan makmal bahasa tersebut adalah tanggungjawab bersama.7.             Peralatan dan kerusi meja hendaklah disusun semula sebelum meninggalkan makmal tersebut.E.            PERATURAN SURAU1.             Murid mengamalkan adab- adab masjid.2.             Surau dikhaskan untuk tujuan ibadat dan kegiatan agama sahaja.3.             Alat- alat kelengkapan dan bahan- bahan bacaan di dalam masjid tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.4.             Lampu dan kipas hendaklah ditutup selepas digunakan.5.             Kebersihan dan ketenteraman surau hendaklah sentiasa dijaga.6.             Murid dilarang menggunakan surau untuk tujuan berehat, membuat kerja sekolah, makan, dan minum (kecuali ada majlis tertentu) dan muzakarah umum.7.             Murid dilarang menggunakan masjid dengan alasan tidak mengambil mata pelajaran tertentu.8.             Alatan yang digunakan hendaklah disusun semua selepas digunakan.9.             Pintu hendaklah sentiasa dirapatkan bagi mengelakkan dimasuki binatang.10.          Sentiasa menjaga kebersihan sebagai tempat ibadat.F.             PERATURAN MAKMAL SAINSa.             Peraturan am.1.             Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik persediaan.2.             Alatan dan bahan kimia dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.3.             Alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan di atas arahan guru.4.             Semua alatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti diarahkan oleh guru.5.             Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.6.             Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.7.             Alatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan makmal berkenaan.8.             Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.9.             Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.10.          Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan. Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang dalam tong sampah.11.          Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas berlabel ‘ sisa bahan’.12.          Hanya buku dan peralatan tulis sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Beg tidak boleh dibawa masuk ke dalam makmal.13.          Bahan dan alat dalam Peti Pertolongan Cemas boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.14.          Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam makmal.

Page 22: Pengurusan HEM di Sekolah

15.          Murid akan didenda jika berlaku kerosakan/pecahan yang disebabkan oleh kelalaian.b.             Penggunaan Bahan Kimia1.             Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan itu adalah betul.2.             Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.3.             Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.4.             Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.5.             Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia keran bahan kimia adalah beracun dan menghakis.c.             Penggunaan bahan biologi.1.             Spesimen biologi(jenis bukan perosak) yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.2.             Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur microorganisma.3.             jika piring petri yang mengandungi microorganism retak atau pecah ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.Nota:Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seseorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas.G.            PERATURAN KOPERASI SEKOLAH1.             Koperasi sekolah dibuka pada Waktu Rehat Pertama dan Rehat Kedua pada setiap hari persekolahan atau lain- lain masa yang diberitahu.2.             Koperasi hanya dibuka dengan kehadiran guru sahaja.3.             Hanya Jurujual dan ALK bertugas sahaja dibenarkan masuk ke dalam kedai koperasi.4.             Semua jualan adalah secara tunai.5.             Bank Koperasi dan Pusat Komputer dibuka mengikut jadual yang ditampal di papan kenyataan.6.             Pastikan kipas dan lampu telah ditutup apabila keluar dari koperasi.7.             Petugas- petugas koperasi mestilah bersikap amanah.8.             Murid- murid yang membeli keperluan di koperasi akan mempastikan kebersihan kawasan lapangan dengan menggunakan tong sampah yang disediakan.H.            PERATURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING1.             Khidmat unit ini adalah terbuka kepada semua murid mengikut jadual yang disediakan.2.             Semua bahan rujukan yang terdapat di dalam bilik ini tidak boleh dibawa keluar tanpa izin.3.             Untuk pertemuan dengan kaunselor, murid perlu membuat temu janji dengan mengisi borang yang disediakan, kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.4.             Sebarang pertemuan dengan kaunselor semasa waktu pembelajaran hendaklah dimaklumkan lebih awal dengan guru matapelajaran ketika itu.5.             Murid boleh datang secara bersendirian untuk kaunseling individu atau secara kumpulan untuk kaunseling kelompok.I.              PERATURAN BILIK SUKAN1.             Menggunakan stor sukan adalah bersama atau dengan arahan setiausaha Sukan atau guru.2.             Catatkan di dalam Buku Catatan Sukan segala alatan yang dipinjam dan tandatangan selepas dipulangkan.

Page 23: Pengurusan HEM di Sekolah

3.             Letakkan segala alatan ke tempat asalnya selepas digunakan.4.             Laporkan kepada guru/ Setiausaha Sukan sebarang alatan yang rosak atau hilang.5.             Kunci semula pintu pagar stor sukan selepas digunakan.6.             Kunci stor sukan hendaklah dipulangkan ke pejabat atau kepada Setiausaha Sukan selepas digunakan.7.             Sebarang kerosakan atau kehilangan yang berpunca daripada kecuaian perlu diganti oleh murid atau kumpulan berkenaan.J.             PERATURAN DEWAN BESAR SMKASM.1.             Mendapatkan kebenaran dan kelulusan dari Guru Besar atau wakilnya.2.             Kebenaran mengambil kunci dewan hanya diberikan kepada guru-guru sahaja. Murid tidak dibenarkan.3.             Kerusi dewan yang digunakan hendaklah disusun semula di sebelah belakang pentas.4.             Meja dan bangku dari kantin yang digunakan hendaklah dikembalikan selepas tamat majlis.5.             Kerusi set sofa yang digunakan hendaklah disusun semula di atas pentas semula selepas majlis tamat.6.             Pastikan peralatan yang diambil dari belakang pentas dewan disusun semula selepas digunakan.7.             Peralatan yang dibawa dari luar dewan hendaklah dikembalikan ke tempat asal selepas majlis tamat.8.             Segala peralatan dalam dewan tidak dibenarkan dibawa keluar atau diubahsuai kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.9.             Pastikan lampu, kipas, tingkap dan pintu dewan ditutup dan dikunci selepas digunakan. Kunci      dewan hendaklah diserahkan kembali ke pejabat dengan segera.10.          P.A Sistem hendaklah digunakan dengan cermat dan dikemaskan kembali selepas digunakan.11.          Pastikan dewan dalam keadaan bersih selepas majlis tamat. Jika terdapat kerosakan laporkan dengan segera ke pejabat.12.          Kebersihan, keceriaan, dan keselamatan dewan adalah tanggungjawab bersama.K.            PERATURAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP.a.             Peraturan Am.1.             Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kehadiran guru.2.             Pastikan makmal dalam keadaan selamat sebelum masuk.3.             Murid hendaklah beratur di luar sebelum masuk.4.             Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali buku dan alat tulis.5.             Pastikan tingkap dan pintu dibuka semasa berada di dalam makmal.6.             Bersihkan makmal sebelum menggunakannya.7.             Pastikan semua suis telah ditutup sebelum meninggalkan makmal.8.             Kunci pintu makmal setelah semua murid keluar.9.             Dilarang bermain atau bergurau semasa bekerja.10.          Pastikan lantai tidak licin atau berminyak.b.             Pakaian.1. Murid mesti berpakaian  seragam sekolah yang lengkap.2. Memakai kasut sekolah(selipar tidak dibenarkan sama sekali).3. Memakai baju lengan pendek semasa kerja amali.4. Tali leher tidak dibenarkan di dalam  makmal.5. Pakai apron semasa melakukan kerja amali.c.     Alatan Tangan.

Page 24: Pengurusan HEM di Sekolah

1. Murid hanya boleh menggunakan alatan tangan dengan kebenaran guru.2. Gunakan alatan tangan mengikut jenis kegunaanya.3. Jangan gunakan alatan tangan yang rosak.4. Jangan gunakan alatan tangan yang tumpul.5. Simpan alatan dengan teliti.6. Gunakan alatan tangan dengan teliti.7. Laporkan segala kerosakan kepada guru dengan serta merta.8. Alatan tangan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.9. Murid bertugas hendaklah memeriksa alatan tangan sebelum meninggalkan makmal.10. Laporkan kehilangan alatan tangan kepada guru.d.             Mesin.1. Murid tidak dibenarkan menggunakan mesin gergaji.2. Mesin- mesin lain hanya boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru

sahaja.3. Sila patuh dengan amaran bergarisan merah hanya seorang sahaja mesin.4. Semasa menggunakan mesin hanya seorang sahaja berada dalam garisan merah.5. Kacamata pelindung (google) diwajibkan semasa menggunakan mesin gerudi dan mesin

canai.6. Laporkan segala kerosakan dengan segera kepada guru.e.             Jika berlaku kebakaran/ kecemasan.1. Padamkan suis(semasa kecemasan/utama).2. Gunakan alat pemadam api untuk memadam api.3. Jika tidak dapat dikawal, keluar dari makmal dengan teratur.4. Patuh kepada arahan guru dan ketua murid.5. Laporkan semua bentuk kemalangan kepada guru dengan segera.L.             PERATURAN MAKMAL KOMPUTER.a.             Peraturan Am.1.             Murid tidak dibenarkan masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.2.             Murid dilarang membawa masuk sebarang jenis beg ke dalam makmal.3.             Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.4.             Sebarang peralatan tidak boleh dibawa keluar daripada makmal.5.             Murid dilarang membawa keluar atau masuk sebarang jenis cakera perisian.6.             Semua pengguna dilarang mengubah atau meminda segala konfigurasi dan ’setting’ perisian     komputer dalam makmal.7.             Penggunaan ‘hardware’ yang lain daripada computer seperti LCG Projektor, Scanner dan Colour                Printer hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Penggunaan.8.             Murid dilarang mengusik sebarang sambungan pada komputer.9.             Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer yang terlalu     panas atau sebarang keadaan tidak normal, sila laporkan kepada guru dengan segera.10.          Laporkan sebarang kerosakan perkakas atau perisian kepada guru.11.          Murid dilarang mengubah susunan peralatan di dalam makmal.12.          Sila kemaskan makmal dan matikan semua suiz sebelum keluar.b.             Penggunaan Internet.1.             Internet hanya boleh digunakan dengan kebenaran daripada Penyelaras Makmal Komputer         sahaja.2.             Penggunaan untuk murid adalah terhad bagi bidang pelajaran sahaja dengan pengawasan dan panduan daripada guru.

Page 25: Pengurusan HEM di Sekolah

3.             Penggunaan internet untuk peribadi adalah terhad untuk guru sahaja dikenakan bayaran seperti                 berikut:                      i.        Menggunakan talian telefon dan akaun internet sekolah : RM2.00 setiap jam                     ii.        Menggunakan talian telefon tetapi akaun internet sendiri : RM 1.00 setiap jam. 4.             Sila catatkan rekod penggunaan internet di dalam Buku Rekod Penggunaan Internet yang telah   disediakan.M.            PERATURAN MENGHADAPI KEBAKARAN.a.             Amaran Kebakaran.1.             Sesiapa sahaja yang ternampak kebakaran di kelas, perlu memberitahu segera kepada guru.2.             Guru akan mengarahkan ketua kelas bersegera ke pejabat untuk membunyikan isyarat kebakaran.3.             Pembantu Tadbir atau kakitangan pejabat akan menelefon tempat- tempat berikut:

1. Balai Bomba Melaka TengahNo. Tel : 2838481

1. Balai Polis Bukit BaruNo Tel : 3354222 

1. Hospital MelakaNo Tel : 2822344b.             Perhimpunan.1.             Apabila mendengar bunyi amaran kebakaran, guru mesti berhenti mengajar. Dalam keadaan tenteram murid- murid dikehendaki keluar dan beratur di luar kelas.2.             Guru adalah orang yang terakhir meninggalkan kelas. Beliau akan memastikan tiada murid yang tertinggal.3.             Guru kelas akan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api.4.             Barisan murid- murid segera bergerak ke tempat perhimpunan di padang sekolah.5.             Jangan berlari, tolak- menolak, potong- memotong, membuat bising dan berebut- rebut.6.             Di tempat perhimpunan, Ketua Kelas dikehendaki mengira jumlah murid yang beratur. Sebarang perbezaan dengan bilangan murid sebenar mestilah dimaklumkan kepada guru.7.             Guru Penasihat dan ahli-ahli Bulan Sabit Merah akan mengelolakan bantuan awal kepada mereka yang tercedera.8.             Guru Bertugas Mingguan bertanggungjawab menentukan bilangan murid yang selamat, cedera dan yang hilang. Maklumat ini mesti disampaikan kepada Guru Besar.