52
ISI KANDUNGAN Borang Maklum Balas Tugasan Projek Biodata dan Halaman Pengakuan Pelajar Penghargaan Isi Kandungan Pengenalan 1.0 Definisi 1.1 Alat Permainan 1.2 Anyaman 2.0 Contoh karya dan teknik 3.0 Sumber Ilham 4.0 Olehan Idea 5.0 Pengzahiran Idea 6.0 Pemilihan Teknik 7.0 Lakaran Sumber Idea 8.0 Pendokumenan proses penghasilan 9.0 Gambar produk akhir 10.0 Apreasiasi 11.0 Refleksi Sumber Rujukan

PENGENALAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGENALAN.docx

ISI KANDUNGAN

Borang Maklum Balas Tugasan Projek

Biodata dan Halaman Pengakuan Pelajar

Penghargaan

Isi Kandungan

Pengenalan

1.0 Definisi

1.1 Alat Permainan

1.2 Anyaman

2.0 Contoh karya dan teknik

3.0 Sumber Ilham

4.0 Olehan Idea

5.0 Pengzahiran Idea

6.0 Pemilihan Teknik

7.0 Lakaran Sumber Idea

8.0 Pendokumenan proses penghasilan

9.0 Gambar produk akhir

10.0 Apreasiasi

11.0 Refleksi

Sumber Rujukan

Page 2: PENGENALAN.docx

BIODATA DIRI

Nama LIN XIN RU

No. Pengenalan 931228-01-6814

No. Telefon 016-7203000

Tempat Asal JOHOR

Semester PISMP Sem 3

Unit PSV 3 (SJKC)

Subjek PENDIIDKAN SENI VISUAL

Page 3: PENGENALAN.docx

HALAMAN PENGAKUAN

“saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________________________________

Nama : ______________________________________________

Tarikh : ______________________________________________

Page 4: PENGENALAN.docx

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia, Saya Lin Xin Ru dari PISMP

semester 4 unit Pendidikan Seni Visual 4 telah berjaya menyelesaikan atau

menyiapkan tugasan projek Pendiidkan Seni Visual – KBSR/KSSR- Mengambar,

membuat corak dan rekaan (PSV 3106) dalam tempoh yang ditetapkan.

Pertama sekali, jutaan penghargaan diucapkan kepada Encik Raja Zaid bin

Raja Kadir selaku pensyarah bagi subjek Pendiidkan Seni Visual Kurikulum Baru

Sekolah Rendah – Membentuk dan membuat binaan, dan Mengenal kraf tradisional

(PSV 3083). Terima kasih diucapkan kepada beliau yang tidak pernah kenal erti

jemu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan

ini. Pelbagai input dan maklumat yang saya dapat daripada pensyarah sebagai

panduan untuk saya menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, apabila saya

menghadapi masalah dalam kerja kursus ini, saya telah menanyakan soalan saya

kepada pensyarah dan beliau amat sudi menjelaskan kepada saya.Perbincangan

antara saya dengan pensyarah tentang penyelesaian tugasan ini sangat berkesan

untuk saya.Justeru, hal ini dapat memudahkan saya menyelesaikan tugasan ini

dengan sempurna tanpa berlaku sebarang masalah dan kesulitan.Penerangan yang

diberikan oleh pensyarah sangat jelas, tepat, dan padat. Hal ini juga menjadi

panduan untuk saya menyiapkan tugasan ini .

Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

kami, walaupun mereka tidak berada di sekeliling saya. Mereka telah memberi

sokongan yang banyak dan berkesan kepada saya melalui komunikasi dalam

telefon. Saya juga menghargai korbanan masa mereka.

Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas dengan

saya. Dalam pemprosesan tugasan ini, rakan-rakan saya telah membantu dan

sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada saya. Tambahan pula, rakan-

rakan juga membantu saya mencari maklumat dalam internet dan rujukan buku.

Mereka juga membantu saya memeriksa ejaan dalam setiap perkataan semasa

saya menaip. Oleh itu, saya sangat menghargai dan bersyukur kerana mempunyai

rakan yang sebaik ini.

Sekian terima kasih.

Page 5: PENGENALAN.docx

PENGENALAN

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk

menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan

bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan

membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.Bidang Kegiatan

Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan

persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan

kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam

perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah

bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni

darisegi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek

tersebut muriddapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan

membina sesuatu model.Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga

mendedahkan murid denganpenggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Ini memberi peluang kepadamurid berinteraksi secara kreatif dengan

alat dan bahan, semasa menjalankan prosespenghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti

seperti: Alat dan BahanPenggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam

proses penghasilan karyaMembentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh

menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk,

serbuk papan, kertas yang sesuai untukorigami, kayu, tanah liat, sabun dan

sebagainya

Page 6: PENGENALAN.docx

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau

membuatbinaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,

cantuman,pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-

teknik tersebut dipilihberdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik

picitan, Lipatan , Potongan,Cantuman, pembungkusan , guntingan dan luakan.

Arca timbul

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata

ataudipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh

dihasilkan secaraacuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

Asemblaj

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan

objekmembentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah

kimpalan, binaan,cantuman skru/paku atau gam.

Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung

untukmenjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa

digunakan untukmenghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.

Mobail merupakan hasilcantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk

membolehkannya bergerak dandibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga

dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas

siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendiuntuk membolehkannya bergerak ,

berputar atau berombak. Ianya boleh dilakukan dalampelbagai cara seperti

pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Stabail

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang

tapakyang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah

kimpalan, skru,ikatan, acuan atau binaan.

Model

Page 7: PENGENALAN.docx

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya

model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan

acuan.

Diorama

Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat,

fenomenaatau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan untuk menhasilkan

diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pitapelekat, plastisin, kertas

warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai.

Boneka

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan

lain-lain.Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.

Topeng

Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang

digunakanadalah lupatan dan guntingan.

Page 8: PENGENALAN.docx

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang

melibatkankemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat

yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf

tradisional seperti:

1. Alat domestik ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian

sepertisenduk di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa diperbuat

daripada besidan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah luakan,

assemble dan ukir.

2. Alat permainan yang lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti

waudimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina

rangka,menampal kertas dan corak.

3. Alat pertahanan diri pula seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,

lembing,dan sumpit.

4. Perhiasan diri (ornamen) seperti manic, rantai atau hiasan kepala.

5. Batik merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin

danmewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis,batik

lukis ataubatik canting . Ia melibatkan proses dimana kain akan dibasuh untuk

membuangkanji seterusnya dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses

melakar motif dancorak menggunakan pensil. Setelah bahan campuran lilin

dipanaskan, prosesmelakar diatas fabrik dibuat menggunakan canting

seterusnya bahan warnadisapu pada motif.

Page 9: PENGENALAN.docx

6. Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang

keatas kain dasar dari jenis baldu. Proses adalah penciptaan motif, persiapan

pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya menyulam.

7. Ukiran kayu adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada

bahagianpintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik mengukir sepertu

bunga timbul ataupapan tebuk adalah yang paling digemari .

8. Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang

halus danbermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun.

9. Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun

buluh,rotan, lidi, bertam,atau paku pakis ribu ± ribu dengan menggunakan

cara serta peraturantertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu

sama lain. Prosesnya agak rumitdimana daun akan dilayur supaya tahan

lama. Jangka digunakan untuk melerai daunmenjadi saiz tertentu. Daun akan

di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendamdalam pewarna. Proses

anyaman dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V.

Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak bercorak

kelerai dipanggil ghadas.

10.Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat. Ia

dibentukkemudian dibakar. Alat yg digunakan adalah pisau, pengayak,

pinggan, penggelek,dawai pemotong, kayu pembentuk dan papan gelek.

Page 10: PENGENALAN.docx

1.0 DEFINISI

1.1 ALAT PERMAINAN

PENGENALAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang

kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu

bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh

kanak-kanak sehingga hari ini.

ALAT PERMAINAN

Congkak

Batu Seremban

WauSepak Raga

Gasing

Page 11: PENGENALAN.docx

CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan

sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan

papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak

menggunakan biji getah atau guli.

LATAR BELAKANG CONGKAK

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung

kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai

oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai

kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM

hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia

melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka

memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama

"congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang

bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan

Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Kanak-kanak di Kepulauan

Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui

perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di

Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan

menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat

jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

Page 12: PENGENALAN.docx

WAU

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.

Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung.

Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan 

dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,Terengganu,

Kedah dan Perlis.

CARA PERMAINAN WAU

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memeg

ang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin 

bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan mena

rik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan 

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

Page 13: PENGENALAN.docx

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-

layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai da

nada yang dimainkan dengan manggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan

wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-

hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

JENIS-JENIS WAU

Wau bulan

Wau jala budi

Wau kucing

Wau kenyalang

Wau barat

Wau daun

Wau burung

Page 15: PENGENALAN.docx

BAHAGIAN BADAN WAU

PROSES PENGHASILAN WAU

1. Memilih buluh

2. Meraut buluh

3. Membuat rangka

4. Menampal rangka

5. Membuat corak

6. Menampal corak

7. Memasang teraju

Page 16: PENGENALAN.docx

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-

kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya

dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek

lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini

sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering

dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja

yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para

pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan

tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki

menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan

bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara

menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan

dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan

belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira

sebagai mata.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara

sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah

dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah

kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,

berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain.

Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan

keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara,

sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah

menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam

di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga

kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Page 17: PENGENALAN.docx

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang

dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali

lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan

mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah

mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang

sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan

tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat

biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu

sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar

dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya

dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan

dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah

yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak.

Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut

dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri.

Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Page 18: PENGENALAN.docx

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang

buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua

kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata

dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika

buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata

dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan

memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan

semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai

tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga

ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji

buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan

kepada pemain seterusnya.

SEPAK RAGA

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah

wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M.

Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk,

mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.

Page 19: PENGENALAN.docx

Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga

dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang

dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan

badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan

bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.

GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil

mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang

Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan

gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh

masa gasing mampu berputar.

Page 20: PENGENALAN.docx

Gasing dibuat daripada kayu berbaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau

kundang Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk

gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat

daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan

seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan

pergerakan tali gasing.

CARA BERMAIN GASING

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum

tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu

daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing

membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,

memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana

tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang

baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam

lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi

penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak

mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada

dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada

pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali

biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari

kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri

bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking

oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini

banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan

menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing.

Page 21: PENGENALAN.docx

Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di

lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain

mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing

dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi

memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada

lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti

yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat

pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan

yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan

pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja

meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok

dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain

gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan

pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher

gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali

hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah

dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa

mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat.

Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku,

gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara

yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk

menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara

yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya

terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan

Page 22: PENGENALAN.docx

pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara

mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke

arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa

gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring

sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.

Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang

hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing

dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan

dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak,

ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala

gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah

dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing

tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke

bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika

tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat

paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,

perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan

menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang

biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,

pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.

Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu

pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing.

Page 23: PENGENALAN.docx

Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang.

Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai.

Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

 Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula

diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing

dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri

atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika

tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan

gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan.

Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang

dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing

lawan.

Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas

kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah

sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan

pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran

pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga

merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,

kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing

lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai

untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana

sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing

Page 24: PENGENALAN.docx

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang

sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing

memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk

arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau

kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah

inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan

arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan

dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang

berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah

berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan

menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing

mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali

kerana ini akan mengurangkan keligatan.

1.2 ANYAMAN

Page 25: PENGENALAN.docx

PENGENALAN

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari

sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.

Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding

rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih

bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak

panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima

pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam

penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-

abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-

paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Pelbagai rupabentuk

kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan

pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan

kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja

anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang

digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering

digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.

Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini

merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih

mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756

hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan

tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-

satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam

keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk

tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan

anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu

malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan,

kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Page 26: PENGENALAN.docx

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya

hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat

rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya

digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan

bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa

bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan

sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan

kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk"

(selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa

memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai

disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-

unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat

daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah.

Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan

bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas

dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang

jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang

dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu

perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias

anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam

adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan

geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan

sebagainya lagi.Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit

buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah

diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja

dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga

dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik

ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan

dimanfaatkan bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni

anyaman haruslah diajar, Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah

Page 27: PENGENALAN.docx

dilentur, Buat ampaian penyidai jala, Semangat juang belum luntur, Seni anyaman

jangan dilupa.

DEFINISI ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-

tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-

bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,

mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

ALAT DAN BAHAN

1. ROTAN

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan

pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana

rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan

sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat

menangkap ikan

2. POHON MENGKUANG

Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di

lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang

lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi

mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan

dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya

kelihatan lebih kasar dan keras.

3. BULUH

Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh

minyak dan buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran

yang dikehendaki. Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air

selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang

paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan

gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan

menarik.

Page 28: PENGENALAN.docx

TOKOH ANYAMAN

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul

Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah

merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan

Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan

Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih

aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

LAIN-LAIN TOKOH

 Cik siah Jumaat dari Terengganu (mencipta kelarai sambas).

Hjh Asiah Bt Salleh (mencipta motif tapak harimau)

Hjh Semek (mencipta kelarai mak meh)

Esah bt Said (mencipta kelarai sisik kelah)

Dayang Aisah (mencipta kelarai bunga)

Page 29: PENGENALAN.docx

2.0 CONTOH KARYA DAN TEKNIK

2.1 Contoh-contoh Gambar Alat Permainan

Domestik Wau Gasing

AnyamanBatik Tekat

Page 31: PENGENALAN.docx

TEKNIK-TEKNIK ANYAMAN

Page 32: PENGENALAN.docx
Page 33: PENGENALAN.docx

3.0 SUMBER ILHAM

Page 34: PENGENALAN.docx
Page 35: PENGENALAN.docx

5.0 PENGZAHIRAN IDEA

Page 36: PENGENALAN.docx
Page 37: PENGENALAN.docx
Page 38: PENGENALAN.docx

6.0 PEMILIHAN TEKNIK

Teknik-Teknik Membentuk dan

Membuat Binaan

Teknik-Teknik Membuat Kraf

Tradisional Batik

i) Teknik Picitan

ii) Teknik Lipatan

iii) Teknik Tampalan

iv) Teknik Potongan

v) Teknik Cantuman

vi) Teknik Pembungkusan

vii) Teknik Guntingan

viii) Teknik Luakan

i) Teknik Blok

ii) Teknik Conteng

iii) Teknik Skrin

Daripada pelbagai teknik di atas, saya telah memilih teknik cantuman untuk

membuat arca kraf tradiosional saya dengan menggunakan tali nipis mengikatkan

lidi sateh untuk menghasilkan model kraf saya supaya kelihatan lebih kemas dan

menarik perhatian.Selain itu, teknik ini juga digunakan dalam mencantumkan kertas

dengan cara anyaman untuk menghasilkan tempat duduk Ferris Wheel. Teknik

tampalan juga digunakan untuk melekat tali nipis di atas lidi sateh secara bertindih

supaya ia kelihatan lebih cantik dan manarik. Selain itu, teknik guntingan digunakan

apabila siap membuat lakaran di atas kain batik. Teknik lipatan juga digunakan untuk

melipat kertas warna kepada kotak dengan cara yang betul. Tambahan pula, teknik

gam juga digunakan seperti menggunakan hot glue gun untuk melekatkan batang

lidi dengan tali nipis supaya dapat lebih keras dan kuat kepada arca.

Tambahan pula, saya juga memilih teknik anyaman untuk menghasilkan tempat

duduk Ferris Wheel. Hal ini kerana dengan menggunakan teknik model dan

tradisional akan dapat menghasilkan arca yang inovasi dan unik. Selain itu, teknik

tampalan juga dapat digunakan untuk membuat tapak dengan mencantumkan

polystrine dengan menggunakan cellophane tape hitam tebal untuk kelihatan kemas.

Rumput palsu juga ditampal di atas tapak untuk dapat menghasilkan suasana

harmoni dan indah.

Page 39: PENGENALAN.docx

Rumusan :Pendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan

kognitif selaras denganemosi pelajar untuk melahirkan atau mencetuskan idea

kepada penciptaan baru atau meluahkan idea ± idea yang tersemat di kalbu mereka

dalam pelbagai bentuk demimempertingkatkan kemahiran pelajar.Selain itu pelajar

akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya seterusnyamenjadi inspirasi

kepada mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berprestij