Upload
hakiet
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
1
1.0 PENGENALAN
1.1 PENUBUHAN PKNM
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang ditubuhkan di bawah
Enakmen Kerajaan Negeri No. 1 Tahun 1971 telah dipertanggungjawabkan
untuk membangun dan memajukan ekonomi Negeri Melaka dalam bidang
Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Perumahan, Pelancongan,
Pembangunan Usahawan dan Perniagaan serta Projek-Projek Sosio Ekonomi.
1.2 FALSAFAH KORPORAT PKNM
PKNM sebagai Peneraju Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka.
1.3 FUNGSI PKNM
Memajukan ekonomi Negeri Melaka di dalam bidang-bidang berikut:-
a) Pembangunan Industri dan Ruang Niaga
b) Pembangunan Hartanah
c) Pembangunan Usahawan dan Perniagaan
d) Pelaburan Saham dan Penyertaan Ekuiti Syarikat
e) Perunding Projek
Menara MITC – Pejabat Perbadanan Kemajuan
Negeri Melaka di Ayer Keroh
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
2
1.4 PIAGAM PELANGGAN PKNM
a) Memproses dan membuat keputusan dalam tempoh 14 hari bagi setiap permohonan untuk membeli tapak dan premis perindustrian.
b) Menguruskan dokumen perjanjian jual beli, sewabeli dan sewa bagi
perindustrian dan perumahan tidak termasuk perjanjian penswastaan dalam tempoh 14 hari dari tempoh pembayaran 10% dijelaskan.
c) Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran seperti berikut:
i. Lembaga Tender PKNM – 45 hari dari tarikh tender ditutup
ii. Lembaga Tender Kerajaan Negeri / lain-lain – 90 hari dari tarikh tender ditutup
iii. Sebut harga – 14 hari dari tarikh sebut harga ditutup.
d) Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil-bil dan sijil penilaian diterima oleh Unit Kewangan.
Carta Organisasi
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
3
1.5 STRATEGI PKNM BAGI MENGORAK LANGKAH MENJADI SEBUAH ORGANISASI KORPORAT UTAMA
i. Membina sebuah organisasi korporat utama yang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negeri Melaka.
ii. Mengusahakan segala bidang pembangunan dan perniagaan yang
berdaya maju untuk mengukuhkan kewangan organisasi.
iii. Bertindak sebagai institusi amanah korporat bagi pembangunan ekonomi
Bumiputera Negeri Melaka.
iv. Memberi khidmat pengurusan yang cekap dan berkesan terutamanya
sebagai ‘Project Management Consultant’ dalam melaksanakan projek-
projek pembangunan perindustrian & hartanah Negeri Melaka.
v. Membentuk warga kerja yang berdedikasi, berinovatif dan berdisiplin
tinggi.
1.6 BAHAGIAN/ UNIT YANG TELAH MENGHASILKAN INOVASI
1.6.1 Nama Bahagian/Unit :
Bahagian Teknikal dan Unit Arkitek & Perancangan PKNM
Unit Perakaunan
BAHAGIAN
KHIDMAT
PENGURUSAN
Ketua
Pegawai
Eksekutif
BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
USAHAWAN &
PERNIAGAAN
Perniagaan
BAHAGIAN
INDUSTRI &
HARTANAH
BAHAGIAN
TEKNIKALBAHAGIAN
KEWANGAN
Unit Perancangan & Pengurusan
Kewangan
Unit SumberManusia
Unit Sistem Maklumat
Unit Sistem
Kualiti
Unit Pembangunan
Usahawan
Unit Pembangunan
Perniagaan
Unit Perindustrian
Unit Hartanah
Unit
Projek Penswastaan
Unit Perhubungan
Korporat
Unit MaklumatKorporat
Unit
Arkitek &
Perancangan
Unit
Kontrak & Ukur
Bahan
Unit
Teknikal
Unit
Audit Dalam
LEMBAGA
PENGARAH
BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
KORPORAT
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI JABATAN
8
Carta Menunjukkan kedudukan Bahagian Teknikal dan gambar Anggota yang telah mencetuskan idea
inovasi Smart Pin, Stopper dan Link
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
4
1.6.2 Fungsi Bahagian / unit:
i. Penyediaan pembangunan projek dari peringkat perancangan projek
sehingga projek siap untuk diduduki merangkumi :-.
a) Urusan Pelan kelulusan kepada pihak berkuasa tempatan
b) Pengurusan tender / sebutharga
c) Penyeliaan kerja di tapak projek.
ii. Penyelenggaraan projek merangkumi kerja-kerja :-
a) Selenggara projek telah siap.
b) Selenggara premis yang belum dijual.
c) Selenggara premis yang disewa (IKS, rumah kedai dan
bangunan pejabat).
d) Selenggara bangunan pejabat PKNM, Menara MITC - kerja
pembersihan Pejabat, Tandas, Ruang Am, kerja selenggara &
Pembaikan M&E, Lanskap,tandas dll.
Antara perkhidmatan bahagian Teknikal dan Unit Arkitek Perancangan PKNM –
perkhidmatan perancangan, arkitek dan peyeliaan projek
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
5
1.6.3 Projek –projek yang dilaksana oleh PKNM
Projek Perkampungan Hang Tuah Projek Solar Valey Alor Gajah
GMP Halal Hub Serkam Taman Perumahan Kelemak Jaya, Alor
Gajah Melaka
Bengkel Halal Hub Serkam
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
6
1.7 PENGENALAN MENGENAI INOVASI
1.7.1 Latar belakang projek inovasi
Menyelesaikan aduan pelanggan yang melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan premis-premis untuk diambil tindakan segera
merupakan antara Objektif Kualiti Jabatan.
Manakala Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKNM yang
telah ditetapkan menitikberatkan menyediakan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat untuk semua warga kerja dan juga pelanggan.
Justeru itu faktor kerap berlaku aduan pelanggan mengenai kerosakan
tandas di Menara MITC telah dikenalpasti sebagai salah satu masalah
yang harus di tangani segera. Ia berkaitan kepada kerosakan Tangki
Limpah Tandas Cangkung yang berpunca daripada kerosakan
komponen Tuil, ‘Casing Valve dan Cable Tie’ .
Cadangan penyelesaian ialah penambahbaikan kepada Tangki Limpah
Tandas Cangkung dengan inovasi ‘Pump Rod Controller (Smart Pin),
‘Copper Connector’ (Smart Link) dan ‘Lever Stopper’ (Smart
Stopper).
Dengan adanya alat-alat ini masalah kerosakan Tangki Limpah Tandas
Cangkung dapat di atasi. Ianya juga dapat mengurangkan penggunaan
masa dan tenaga bagi kerja penyelenggaraan & baikpulih dan secara
tidak langsung kos operasi penyelenggaraan (pembaikan) dapat
dikurangkan . Seterusnya aduan pelanggan telah berkurangan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
7
Sebelum inovasi Selepas inovasi - Ciptaan Smart Link
Selepas inovasi – Ciptaan Smart Pin
Sebelum inovasi
Ciptaan inovasi Smart Stopper
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
8
DOKUMENTASI PROSEDUR DAN SISTEM ARAHAN PENGGUNAAN
SILA PULAS TUIL
TANGKI LIMPAH PADA
PARAS PENAHAN
(STOPPER)
INOVASI OLEH : KUMPULAN KIK BAHAGIAN TEKNIKAL, PKNM
INFORMASI FUNGSI
SMART PIN :
2.SMART LINK :
MEMBANTU
MENGURANGKAN
KEROSAKAN PADA
‘CASING VALVE’
MENGAWAL PERGERAKAN
TUIL PADA PULASAN
MAKSIMUM
SMART
STOPPER
SMART
PIN
SMART
LINK
INFO PENGGUNA
BIL PROSES MEWUJUDKAN PROSEDURTARIKH
PERLAKSANAAN
1.Mengenalpasti Prosedur Sediada Yang Bersesuaian-PRO/TEK/17- Penyelenggaran Bangunan dan Infrastruktur
12/9/ 2012
2.Menyediakan deraf proses /aktiviti – Kerja-Kerja Penyelengaraan Sistem Tandas Tangki Limpah Jenis Tuil.
12 -15/92012
3. Membuat permohonan pindaan Dokumen 18 /9/ 2012
Pihak Pengurusan
bersetuju supaya
Projek `Pump Rod
Controller’ (Smart
Pin), `Copper
Conneected’ (Smart
Link) , `Lever
Stopper’ (Smart
Stopper)
digunapakai dan
dilaksanakan
kepada premis milik
PKNM yang sesuai.
Aktiviti pelaksanaan
tersebut perludiprosedurkan.
STANDARD OPERATIONAL PROSEDURE (SOP)
PROSES PINDAAN
DOKUMEN
TINDAKAN DAN
PENYERAGAMAN
115
SOP penggunaan telah diwujudkan dan ‘signage’ informasi fungsi di letakkan
di setiap tandas Menara MITC
GAMBAR INOVASI 3 KOMPONEN :
SMART LINK, SMART PIN DAN SMART STOPPER
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
9
1.7.2 Objektif projek inovasi
i. Mengurangkan penggunaan masa dan tenaga untuk kerja penyelenggaraan
dan baikpulih Tangki Limpah Tandas Cangkung PKNM.
ii. Mengurangkan kos operasi penyelenggaraan (pembaikan) Tangki Limpah
Tandas Cangkung PKNM.
iii. Mengurangkan kos pembaziran air akibat kerosakan Tangki Limpah Tandas
Cangkung PKNM .
iv. Meningkatkan jangka hayat dan daya ketahanan alatan Tangki Limpah Tandas
Cangkung PKNM.
v. Mengurangkan aduan pelanggan di tandas berkenaan kerosakan tuil patah di
tandas Menara MITC.
1.7.3 Ciri-ciri projek inovasi
A. Mesra Pengguna / Pelanggan
i. Ciptaan inovasi ini menekankan aspek mesra pelanggan yang
telah mewujudkan keadaan yang mudah, selamat dan selesa
kepada pengguna tandas di Menara MITC.
ii. Pelanggan lebih berpuas hati kerana keadaan tandas yang
sentiasa bersih dan tidak berbau.
B. Amalan Teknologi Hijau dan Mesra Alam Sekitar
i. Rekaan Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper ini
mengadaptasikan teknologi hijau dimana jangka hayat
penggunaan lebih panjang dan tahan lasak.
ii. Masalah pembaziran air dapat dielakkan kesan daripada tiada
kerosakan pada Tangki Limpah Tandas Cangkung PKNM .
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
10
C. Penjimatan kos
i. Kos dapat dijimatkan kerana ciptaan Smart Pin, Smart Link dan
Smart Stopper menggunakan kos yang murah berbanding kos
pembaikan kerosakan pada Tuil, Casing Valve dan Cable Tie .
1.7.4 Tempoh pelaksanaan projek
Projek ini mula dihasilkan pada Oktober 2011 dan siap pada September 2012.
Ianya digunakan berterusan sehingga sekarang.
1.7.5 Lokasi pelaksanaan projek
Projek inovasi ini dilaksanakan di tandas-tandas premis PKNM iaitu :-
i. Menara MITC
ii. Kawasan Rehat & Rawat - R&R Sungai Rambai, Melaka.
iii. Asrama Pekerja di Merlimau, Melaka
Tandas di Menara MITC
( Pejabat PKNM)
Kumpulan E-Smart juga telah mendapat persetujuan
pengurusan atasan untuk tindakan penyeragaman di
premis PKNM yang lain
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
11
Di tandas Kawasan Rehat dan Rawat R&R Sungai Rambai milik PKNM
Pasukan juga telah membuat pemasangan smart stopper, smart link dan
smart pin di tandas AsramaPekerja di Merlimau milik PKNM
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
12
2.0 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
2.1 SEBELUM INOVASI
2.1.1 Masalah yang dihadapi
i. Kerosakan tangki limpah tandas cangkung di Menara MITC kerap berlaku.
ii. Kerja-kerja pembaikan berulang-ulang dan mengakibatkan masa pihak
kontraktor selenggara bangunan banyak terbuang untuk kerja pembaikan.
Manakala kos operasi pembaikan turut meningkat.
iii. Akibat daripada kerosakan, pembaziran air berlaku dan mengakibatkan
kerugian kepada organisasi.
iv. Imej Jabatan juga terjejas akibat rungutan pelanggan dan Objektif serta KPI
Jabatan tidak tercapai
v. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja serta Pelanggan juga terjejas
kerana Amalan Persekitaran Berkualiti yang tidak sustainable.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
13
2.2 SELEPAS INOVASI
2.2.1 Kesan inovasi
i. Tiada lagi masalah cable tie putus di tandas cangkung menara MITC
dan tiada lagi kerja pembaikan yang perlu dilaksana berulang-ulang.
ii. Tiada lagi masalah air meleleh dan kos pembaziran air dapat
dijimatkan.
iii. Kerja-kerja operasi pembaikan dapat di kurangkan dan pihak
penyelenggara dapat memfokus kepada kerja-kerja yang lain manakala
kos pembaikan juga dapat dijimatkan.
iv. Objektif dan KPI jabatan untuk menyelesaikan 100% aduan pelanggan
yang melibatkan kos <RM 10,000.00 dapat dicapai.
v. Pelanggan lebih berpuas hati kerana keadaan tandas di Menara MITC
dalam keadaan bersih dan selesa.
2.2.2 Carta alir selepas inovasi dihasilkan
MULA
1
2
3
4
5
6
TAMAT
Kenal pasti premis yang Menggunakan Sistem
Tandas Tangki Limpah Jenis Tuil
Sediabekalan ‘smart stopper’, ‘smart pin’ dan
smart link
Pelaksanaan pemasangan oleh
kontraktor penyelenggaraan
Penyeliaan pelaksanaan pemasangan
‘smart stopper’ / ‘smart pin’ / ‘smart link
Pastikan ‘smart stopper’ / ‘smart pin’ /
‘smart link berfungsi baik
Pemeriksaan berkala secara bulanan
Ok
TID
AK
PENGAWASAN DAN PENYERAGAMAN SOP
TINDAKAN DAN
PENYERAGAMAN
Pasukan telah membuat
penambahbaikan kepada Smart
Stopper Iaitu bahan pelekat yang di
gunakan (Double Sided Tape) mudah
tertanggal dan di tukar kepada pelekat
yang lebih kualiti iatu Arcylic Foam
Tape.
PENAMBAHBAIKAN PROJEK
114
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
14
3.0 KRITERIA PENILAIAN
3.1 FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DI LAKSANAKAN
3.1.1 INOVATIF
i. PKNM sebagai pencetus idea dan peneraju kepada penciptaan smart
pin, Smart Link dan Smart Stopper.
ii. Projek ini adalah hasil dari kepakaran dalaman (anggota PKNM) tanpa
menggunakan khidmat ’vendor’ atau pihak konsultan.
PN. NOORLIN BTE WAYOTPENOLONG PENGURUS PERANCANG PEMUDAHCARA
KETUA KUMPULAN
CARTA ORGANISASI & PROFAIL AHLI
PN. NORAZREEN BT.
KASIM
JAWATAN :
PEMBANTU
JURUKUR BAHAN
PN. NORAZIAH BT.
AHMAD
JAWATAN :
PEMBANTU
PEGAWAI
SENIBINA
EN.NOR AZIZI BIN
BAHANAN
JAWATAN :
PELUKIS PELAN
ARKITEK
EN.MUSTAZA BIN
PENDEK
JAWATAN :
PELUKIS PELAN
PERANCANGAN
EN.HAMDAN BIN
ABAS
JAWATAN :
PELUKIS PELAN
ARKITEK
PN. FARIDAH BTE HARUNPEN. PEG. SENIBINA KANAN
PN. FADILA BT.
AYUB
JAWATAN :
JURUTERA
ELEKTRIK
PN. MADZENI BT.
ABDOL GHANI
JAWATAN :
PELUKIS PELAN
AWAM
PN. MADZENI BT.
ABDOL GHANI
JAWATAN :
PELUKIS PELAN
AWAM
AHLI-AHLI :
EN. MD.SAHAR
BIN JIMAN
JAWATAN:
PELUKIS PELAN
ARKITEK
EN. MD. HISHAMUDDIN B. ABU NAIMPEN. PENG. ARKITEK
PENGENALAN
13
PENCAPAIAN PASUKAN KIK E-SMARTPENGENALAN
SIJIL TROFI
MENDAPAT ANUGERAH EMAS 3 BINTANG PADA KONVENSYEN ICC KEBANGSAANPADA 1-3 HB OKTOBER 2013
SIJIL TROFI
MENDAPAT ANUGERAH EMAS PADA KONVENSYEN ICC WILAYAH SELATANPADA 1 0-12 HB JUN 2013
16
Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper diilhamkan oleh Kumpulan KIK Esmart
iaitu yang dianggotai oleh kakitangan Bahagian Kejuruteraan dan Unit Arkitek dan Perancangan
PKNMPKNM
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
15
3.1.2 RELEVAN
i. Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper merupakan usaha berterusan
pihak PKNM untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dalaman dan
luaran bagi persekitaran yang berkualiti .
ii. Projek ini membantu PKNM menjimatkan kos operasi, pembaikan dan
penyelanggaraan kepada kerosakan di tandas PKNM.
TIADA LAGI KERJA PEMBAIKAN
BIL PUNCA MASALAHKEKERAPAN
SEBELUM SELEPAS CATITAN
1 Casing Valve Pecah 41 0Tiada
kerosakan
Tiada kerja
pembaikan
2 Cable Tie Putus 6 0
3 Tuil Patah 2 0
JUMLAH 49 0
SUMBER DATA: REKOD PENYELENGGARAAN KONTRAKTOR MENARA MITC
FAEDAH KETARA
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
101
TIADA LAGI KERJA PEMBAIKAN
BIL PUNCA MASALAHKEKERAPAN
SEBELUM SELEPAS CATITAN
1 Casing Valve Pecah 41 0Tiada
kerosakan
Tiada kerja
pembaikan
2 Cable Tie Putus 6 0
3 Tuil Patah 2 0
JUMLAH 49 0
SUMBER DATA: REKOD PENYELENGGARAAN KONTRAKTOR MENARA MITC
FAEDAH KETARA
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
101
Tiada kerosakan dan tiada kerja pembaikan - kos pembaikan dapat
dijimatkan
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
16
TIADA LAGI MASA OPERASI PEMBAIKAN
KIRAAN MASA ASAL SEBELUM SELEPAS PENJIMATAN
MASA ASAL
Masa projek Inovasi
Pembelian peralatan 1 hari = 6 jam
Penyediaan acuan 1 hari = 6 jam
Kerja-kerja membuat pin dan link 1 hari = 6 jam
Kerja-kerja memasang Pin , Link dan Stopper pada tangki
limpah 1 hari = 6 jamJumlah = 24 jam
7,260 jam 24 jam 7,236 jam
FAEDAH KETARA
Punca Masalah Masa Pembaikan
(jam)
Jumlah Kerosakan
Jumlah Masa(jam)
Casing Valve Pecah
168 41 6,888
Cable Tie Putus 6 6 36
Tuil Patah 168 2 336
JUMLAH 7,260
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
103
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
PERKARASEBELUM
(RM)
SELEPAS
(RM)
PENJIMATAN
(RM)
KOS ASAL OPERASI (TEMPOH 3 BULAN)
PENGURANGAN KOS OPERASI
Memasang alat penghadang di antara injap bawah/`flow valve’kos stopper = RM 1.50Kos smart pin = RM 2.50Kos smart link= RM 1.10Jumlah kos bahan Projek Inovasi = RM 5.10
Kos Bahan Projek InovasiRM 5.10 x 42 tandas cangkung = RM 214.20
3,701.00 214.20 3,486.80
PENGURANGAN KOS OPERASI PEMBAIKAN
FAEDAH KETARA
PuncaMasalah
JumlahKerosakan
KosPembaikan
(RM)
JumlahKos(RM)
Casing Valve Pecah
41 RM 86.00 3,526.00
Cable Tie Putus
6 RM 0.50 300
Tuil Patah 2 RM 86.00 172.00
JUMLAH 3,701.00
105
Masa dapat dijimatkan dan boleh memfokus kepada kerja-kerja lain yang lebih
penting
Kos operasi pembaikan dapat dijimatkan - tidak perlu untuk
menukar kepada tangki limpah baru
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
17
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
KIRAAN KOS ASAL PEMBAZIRAN AIRSEBELUM
(RM)SELEPAS
(RM)PENJIMATAN
KADAR PEMBAZIRAN AIR
41 x Air Meleleh Dalam 3Bulan
Setiap 1minit = 4 liter air akan memenuhi tangki
24 jam x 60 minit = 1440 min / 1 min.
= 1440 min x 4 liter
= 5760 liter/tangki untuk sehari .
Tempoh pembaikan bagi satu tangki memerlukan masa 7 hari.
5760 liter x 7 = 40,320 liter/ tangki
Jumlah Pembaziran air 3bulan= (41x 40,320 l)
= 1,653,120iter
1,653,120liter /1000 = 1,653.12meter padu
=1,653.12x RM0.45/meter padu
= RM 744.00 (3 bulan)
PENJIMATAN 1 TAHUN = RM 2,976.00
RM 744.00 RM0 RM 744.00
TIADA LAGI KOS PEMBAZIRAN AIR
FAEDAH KETARA
104
IMPAK PENJIMATAN PADA KOS PEMBAIKAN – BOLEH MENJIMATKAN
KOS SELENGGARA MENARA MITC SEBANYAK 2.0% = RM 13,947.20
SETAHUN
2%
98%
Penjimatan Kerja Pembakan
Kos Kontraktor Selenggara Bangunan Menara MITC
PERBANDINGAN KOS OPERASI
Anggaran Penjimatan
Kos Pembaikan (Impak
Projek ICC, PKNM)
Kos Kontraktor
Selenggara Menara
MITC
RM 13,947.20 RM 840,000.00
‘CONTRIBUTION TO ORGANIZATION’
PERBANDINGAN KOS PEMBAIKAN (PENJIMATAN)
KOS RM) KOS SEHARI KOS SETAHUN
Kerja Pembaikan 39.00 13,947.20
Jumlah 13,947.20 JIMAT
RM
13,947.20
PENCAPAIAN
HASIL PROJEK
109
PERBANDINGAN KOS (PENJIMATAN)
PEMBAZIRAN (KOS RM) KOS
Pengantian tangki limpahbaru
42,000.00
Jumlah 42,000.00
IMPAK PENJIMATAN PADA KOS RENOVASI
TUKAR TANGKI LIMPAH BARU – BOLEH
MENJIMATKAN KOS SEBANYAK RM 42,000.00
Tiada lagi kos pembaziran air - Penjimatan 6,612,480 liter air atau
RM 2,976.00 setahun
Penjimatan pada kos renovasi tukar tangki limpah baru mampu menjimatkan kos
sebanyak RM 42,000.00
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
18
3.1.3 SIGNIFIKAN
i. Ciptaan Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper ini telah mendapat
pengiktirafan daripada pihak Sirim Berhad dan maklumbalas positif daripada
pihak penyewa premis PKNM.
Pengiktirafan dan ucapan tahniah daripada Pihak Sirim Berhad
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
19
Surat maklumbalas sokongan ke atas projek Inovasi Kumpulan E Smart
daripada pihak penyewa premis PKNM
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
20
ii. Projek Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper ini telah memperolehi
kejayaan seperti berikut :-
a. Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellance KIK/ICC Wilayah
Selatan anjuran MPC tahun 2013 di The Zon, Johor Bahru.
b. Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellance KIK/ICC
Peringkat Kebangsaan anjuran MPC tahun 2013 di Gambang,
Kuantan, Pahang.
c. Mewakili Negeri Melaka dalan Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam
Peringkat Kebangsaan ke 30 tahun 2013 di Kuching Sarawak.
Menerima Anugerah Emas dalam
Konvensyen KIK/ ICC Peringkat Wilayah
Selatan Tahun 2013
anjuran Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC)
Keratan Akhbar menunjukan YAB Ketua Menteri
Melaka menyampai Sijil dan Trofi atas
kejayaan kumpulan E-smart PKNM
kepada Datuk KPE PKNM
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
21
Antara ahli kumpulan Esmart yang telah membuat
persembahan dalam konvensyen KIK di peringkat
Wilayah Selatan tahun 2013 di Johor Bahru
Trofi yang di terima atas kemenangan menerima
Anugerah Emas dalam konvensyen KIK wilayah
selatan tahun 2013
Menerima Anugerah Emas dalam Konvensyen KIK/ ICC Peringkat
Kebangsaan Tahun 2013 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
22
Trofi yang di terima atas kemenangan menerima
Anugerah Emas dalam konvensyen KIK peringkat
Kebangsaan tahun 2013
Antara ahli kumpulan Esmart yang telah membuat
persembahan dalam konvensyen KIK di peringkat
kebangsaan tahun 2013 di Kuantan, Pahang
Y. Bhg. Datuk mantan KPE - Datuk Yusof Jantan
berbesar hati untuk turut serta dalan konvensyen
KIK Perkhidmatan Awam Peringkat kebangsan
tahun 2013 anjuran pihak INTAN di Kuching ,
Sarawak
Ahli E-Smart membuat persembahan projek bagi
menilai keberkesanan dan impak projek kepada
juri penilai
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
23
3.1.4 KEBERKESANAN
i. Projek inovasi ini merupakan suatu ciptaan inovatif yang mampu
mengurangkan masalah kerosakan Tangki Limpah Tandas Cangkung dengan
inovasi ‘Pump Rod Controller (Smart Pin), ‘Copper Connector’ (Smart
Link) dan ‘Lever Stopper’ (Smart Stopper).
ii. Projek inovasi fizikal yang bercirikan mesra pengguna dapat meningkatkan
kepuasan pelanggan dalaman dan luaran serta menjadikan persekitaran lebih
bersih.
iii. Ciptan Inovasi Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper adalah lebih tahan
dan tidak mudah terdedah kepada kerosakan/ patah. Seterusnya kos
pembaikan dapat dijimatkan.
iv. Kos yang murah dan mudah digunakan di semua Tangki Limpah Tandas
Cangkung jenis yang sama.
v. Ciptaan kreatif yang membolehkan ianya di pasang dengan mudah dan tidak
memerlukan kerja-kerja pembaikan yang rumit.
PKNM turut mengadakan pameran dengan membuka booth pameran bagi mempamer dan berkongsi
hasil ciptaan inovasi Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
24
4.0 KESIMPULAN
Projek inovasi Smart Pin, Smart Stopper dan Smart Stopper ini sebagai
pelengkap kepada peningkatan kualiti dan produktiviti jabatan dan telah
memberi imej yang baik kepada PKNM dalam menepati objektif kualiti yang
berkaitan kepuasan pelanggan dalaman dan luaran. Selaras dengan fungsi
bahagian iaitu :-
i. Kerja-kerja segera dan lantikan terus dapat dilaksnakan dan siap kerja
dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh terima aduan bagi nilai kerja
<RM 10,000.00 dengan mencapai kerosakan sifar dan tiada aduan
berulang dalam tempoh 90 hari bekerja selepas kerja disiapkan.
ii. Memastikan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan bangunan dan
infrastruktur PKNM dilaksanakan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas
penerimaan aduan pelanggan yang disahkan.
Projek ini dilihat sebagai salah satu projek yang mampu memberi manfaat
kepada kumpulan sasar. Pada keseluruhannya ia telah memenuhi kepuasan
pelanggan dalaman (pegawai dan anggota PKNM) dan pelanggan luaran
(penyewa, kontraktor, perunding,orang awam,agensi kerajaan dll).
Projek ini juga telah mendapat pengiktirafan oleh Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC) di peringkat Wilayah dan Kebangsaan, pengiktirafan oleh
penyewa dan elah diketengahkan sebagai projek inovasi mewakili Negeri
Melaka dalan Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan anjuran pihak INTAN di
Kuching Sarawak tahun 2013.
Ianya juga merupakan inovasi yang secara langsung mengurangkan masalah
pembaziran air, mengurangkan kos pembaikan dan menjadikan persekitaran
lebih berkualiti bersih.
PKNM yakin dengan inovasi Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper ini
banyak lagi ciptaan-ciptaan inovasi yang lain akan dihasilkan selaras dengan
fungsi PKNM sebagai Peneraju Pembangunan Melaka.