Upload
shamrin-bahrudin
View
19
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
perkembangan kanak-kanak
Citation preview
Pengaruh Persekitaran ( Pengaruh Media Massa)
Media massa juga merupakan salah satu pengaruh persekitaran yang
memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan bahasa kedua kanak-kanak.
Hal ini kerana, media massa hari ini mengikut arus pemodenan sekarang.
Walaupun media massa mempunyai pelbagai keburukan tetapi media massa
juga mempunyai kebaikan dan kelebihan yang ada dalam media massa. Hal ini
jelas apabila media massa juga menyumbang kepada perkembangan bahasa
kedua selari dengan perlembagaan kanak-kanak hari ini. Oleh itu, tidak
hairanlah media massa juga menjadi pengaruh persekitaran yang mendalam
terhadap perkembangan bahasa kedua kanak-kanak hari ini.
Media massa merangkumi internet, television, radio, dan peralatan
teknologi yang lain ini dapat membantu terhadap perkembangan minda dan
daya kognitif kanak-kanak. Sebagai contohnya, apabila melihat rancangan
television hari ini banyak memaparkan rancangan berbahasa Inggeris seperti
rancangan kartun yang mana menarik minat kanak-kanak untuk melihatnya dan
sekali gus mendidik kanak-kanak dalam berbahasa Inggeris. Selain itu, kanak-
kanak juga boleh belajar bahasa Inggeris kerana maklumat yang disampaikan itu
berkesan dan bermanfaat kepada kanak-kanak serta bersesuaian dengan arus
teknologi pada masa kini. Hal ini jelas terbukti apabila kebanyakan sekolah hari
ini menggunakan media massa seperti rangsangan television dalam mendidik
kanak-kanak agar kanak-kanak tidak akan bosan dalam proses pembelajaran
akan mudah ditangkap.
Selain itu, kanak-kanak juga boleh meningkatkan pengetahuan mereka
dalam bahasa kedua melalui permainan dalam teknologi seperti komputer, video
game yang lain. Sebagai contohnya, melalui permainan game dalam komputer
dapat meningkatkan perkembangan bahasa kedua kerana apabila kanak-kanak
ingin bermain permainan game tersebut dalam bahasa Inggeris kanak-kanak
tersebut akan berusaha untuk memahami untuk meneruskan permainan
tersebut. Oleh itu, kepakaran kanak-kanak dalam perkembangan bahasa kedua
kanak-kanak disebabkan penggunaan peralatan yang canggih selari dengan
perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Bukan itu sahaja, media massa juga membantu dalam proses
perkembangan kognitif kanak-kanak itu sendiri. Jika perkembangan kognitif
kanak-kanak tinggi akan memudahkan kanak-kanak mempelajari setiap yang
berlaku dengan mudah dan boleh menghasilkan kreativiti dan daya pemikiran
yang cepat dalam menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai
contohnya, rancangan Mickey Mouse House Club yang menjadi pilihan ibu bapa
kerana membantu kanak-kanak dalam selaraskan perkembangan kanak-kanak
melalui perkembangan kognitif kanak-kanak.
Menurut teori Albert Bandura menyatakan bahawa perkembangan kanak-
kanak ini berkembangan atau mewujudkan personalitinya dengan menggunakan
sistem peniruan. Hal ini terbukti bahawa usia awal kanak-kanak lebih suka
melihat perkara yang dilakukan oleh orang dewasa. Setelah itu, kanak-kanak
akan membuat dan meniru perkara yang mereka lihat. Oleh itu, dengan adanya
pembelajaran melalui media massa ini akan mewujudkan perkembangan kanak-
kanak melalui sistem peniruan kanak-kanak.
Secara kesimpulannya, perkembangan bahasa kedua kanak-kanak ini
selari dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pengaruh yang kuat
untuk perkembangan kanak-kanak yang semakin meningkat melalui teknologi
dan pengaruh media massa ini akan menghasilkan kanak-kanak boleh atau fasih
dalam berbahasa kedua dan tidak mengalami masalah apabila berbahasa
Inggeris.