8
PENGAJIAN AM STRUKTUR PEMERINTAHAN BADAN PERUNDANGAN Pengasingan Kuasa merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga badan utama: - Perundangan (Legislatif) - Pemerintah (Eksekutif) - Kehakiman. Tujuannya untuk memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa yang melampau kepada sesuatu entity badan kuasa yang terlibat. _____________________________________________________________________ PARLIMEN Kuasa Perundangan, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.. Berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan kerajaan. Parlimen akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Pada penghujung tempoh 5 tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan. Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. YANG DI-PERTUAN AGONG Berkuasa untuk memanggil Parlimen untuk bersidang. Berkuasa untuk memberhenti/membubarkan Parlimen. YDPA diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa 6 bulan antara persidangan yang akhir dalam 1 penggal yang kemudiannya.

Pengajian Am - Badan Perundangan

  • Upload
    yuki

  • View
    773

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota tentang Badan Perundangan :Parlimen

Citation preview

Page 1: Pengajian Am - Badan Perundangan

PENGAJIAN AM

STRUKTUR PEMERINTAHAN

BADAN PERUNDANGAN

Pengasingan Kuasa merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang

membahagikan urusan dalam negara kepada tiga badan utama:

- Perundangan (Legislatif)

- Pemerintah (Eksekutif)

- Kehakiman.

Tujuannya untuk memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa yang melampau

kepada sesuatu entity badan kuasa yang terlibat.

_____________________________________________________________________

► PARLIMEN

Kuasa Perundangan, berperanan menggubal undang-undang untuk

dikuatkuasakan di negara ini..

Berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat

pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak

dasar-dasar Kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan kerajaan.

Parlimen akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat

pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Melainkan jika dibubarkan terlebih

dahulu.

Pada penghujung tempoh 5 tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan

dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya

Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan.

Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu YDPA, Dewan Negara

dan Dewan Rakyat.

YANG DI-PERTUAN AGONG

Berkuasa untuk memanggil Parlimen untuk bersidang.

Berkuasa untuk memberhenti/membubarkan Parlimen.

YDPA diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat

dalam masa 6 bulan antara persidangan yang akhir dalam 1 penggal yang

kemudiannya.

Page 2: Pengajian Am - Badan Perundangan

DEWAN NEGARA

Keahlian Dewan Negara terbahagi kepada 2 kategori:

• 26 ahli yang dipilih oleh DUN sebagai mewakili 13 negeri.

(setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli)

• 44 ahli yang dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, termasuk

2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan 1 ahli masing-

masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

• Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

a. Warganegara Malaysia

b. Tidak kurang dari 30 tahun

c. Waras fikiran

d. Bukan seorang muflis

e. Tidak mempunyai rekod jenayah

• Jawatan itu hendaklah dipegang selama 3 tahun dan boleh disambung

sebanyak 3 tahun lagi.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

• Setiap ahli mestik mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertua Dewan

Negara.

• Parlimen boleh:

a. Menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu

negeri hingga tiga orang;

b. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-

tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih

negeri itu;

c. Mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan

ahli-ahli yang dilantik.

Yang diPertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Negara

Dewan Negara hendaklah memilih seorang daripada ahlinya untuk

menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara dan seorang untuk menjadi

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara memastikan

perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan mengikut peraturan.

Page 3: Pengajian Am - Badan Perundangan

Tugas-Tugas Dewan Negara

Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

dengan lebih terperinci.

Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang Undang-

Undang Kewangan

Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-

undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa

menolaknya. Bagi rang undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh

menangguhkannya selama sebulan sahaja dan bagi rang undang-undang

lain selama setahun.

Dewan Negara tidak boleh meminda rang undang-undang sekiranya

pindaan itu tidak diterima oleh Dewan rakyat. Dewan Negara hanya

boleh meminta Dewan rakyat mengkaji semula rang undang-undang

apabila ditangguhkan.

DEWAN RAKYAT

Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya

Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu

pilihan raya yang baru akan diadakan untuk memilih calon.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia

b. Tidak kurang dari 21 tahun

c. Waras fikiran

d. Bukan seorang muflis

e. Tidak mempunyai rekod jenayah.

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan

Dewan Negara dalam satu masa.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan

sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh

majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau

Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari

masa ke semasa.

Tiap-tiap ahli satu Majlis Parlimen hendaklah mengangkat dan menandatangani

sumpah jawatan di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen.

Page 4: Pengajian Am - Badan Perundangan

Jika seseorang ahli tidak menghadkan sidang parlimen dalam masa 6 bulan dari

tarikh Majlis Parlimen itu bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya

atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis

Parlimen maka kerusinya hendaklah menjadi kosong atau diisytiharkan kosong.

Yang Dipertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat

• Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih

- Seorang Yang diPertua Dewan Rakyat, sama ada beliau menjadi

ahli Dewan Rakyat/ bukan ahli Dewan Rakyat.

- 2 orang Timbalan Yang diPertua daripada kalangan ahli Dewan

Rakyat.

• Jika YDP yang dipilih bukan daripada ahli Dewan Rakyat maka beliau:-

- Hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan

dan sumpah setia di hadapan Dewan Rakyat dan tidak berhak

mengundi.

• Yang diPertua boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui

surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada

Setiausaha Dewan Rakyat.

• Parlimen hendaklah membuat peruntukan bagi saraan Yang diPertua dan

Timbalan Yang diPertua Dewan Negara dan Yang diPertua dan

Timbalan-Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat, melalui undang-

undang dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

_____________________________________________________________________

► KEISTIMEWAAN PARLIMEN

• Prosiding di Parlimen tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

• Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa jua yang

dikatakan dan diundi dalam Parlimen.

• Walaupun begitu ahli-ahli parlimen tidak boleh menyentuh perkara-perkara

sensitif.

• Tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang disiarkan dengan

atau di bawah kuasa mana-mana majlis parlimen.

_____________________________________________________________________

► SARAAN AHLI MAJLIS PARLIMEN

• Parlimen boleh membuat peruntukan undang-undang mengenai saraan ahli-ahli

Majlis Parlimen.

Page 5: Pengajian Am - Badan Perundangan

_____________________________________________________________________

► SETIAUSAHA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

• Dilantik oleh YDPA daripada anggota perkhidmatan awam am Persekutuan

• Memegang jawatan sehingga berumur 60 tahun

• Hanya boleh dipecat melalui tribunal

• Tugas-tugas termasuk menghantar notis untuk memulakan persidangan,

mengumpul dan menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan

daripada ahli-ahli Dewan mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi

persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan

kewangan.

• Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab terhadap perjalanan persidangan

Dewan Rakyat dan memberi nasihat kepada Yang diPertua Dewan Rakyat

dalam hal-hal berkaitan Dewan ketika bersidang.

_____________________________________________________________________

► HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN

• Disabit kesalahan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang

daripada 1 tahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta tidak mendapat

pengampunan

• Memperoleh kewarganegaraan asing

• Tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa

keizinan Parlimen

• Tidak sempurna akal

• Diisytiharkan muflis

• Melakukan apa-apa kesalahan pilihanraya dan disabitkan

• Seseseorang itu tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 5 tahun

dari tarikh hilang kelayakan

_____________________________________________________________________

► KEKOSONGAN LUAR JANGKA PARLIMEN

• Jika berlaku kekosongan luar jangkaan kerana sebab-sebab tertentu, satu

pilihanraya kecil hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung

dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.

Page 6: Pengajian Am - Badan Perundangan

• Jika kekosongan itu 2 tahun sebelum pembubaran Parlimen, kekosongan tidak

boleh diisi kecuali untuk membentuk majoriti (majoriti untuk membentuk

kerajaan).

_____________________________________________________________________

► PERSIDANGAN PARLIMEN

• Mula bersidang setelah dibuka rasmi oleh YDPA

• Jarak masa harus tidak selang lebih 6 bulan

• Semua persidangan disusun dalam satu kalendar (dipanggil Takwim Parlimen)

yang dibahagikan kepada 5 penggal iaitu 1 tahun sepenggal.

• Setiap persidangan berlangsung selama 3 minggu bagi Dewan Rakyat & 2

minggu bagi Dewan Negara.

• Lazimnya dalam setiap penggal terdapat 3 atau 4 kali mesyuarat

Dua mesyuarat penting:

- Membahaskan titah ucapan baginda YDPA

- Membentang belanjawan tahunan

_____________________________________________________________________

► PROSES PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

Rang Undang-undang Awam/Kerajaan: Dikemukakan oleh menteri yang mewakili pihak

kerajaan

Rang Undang-undang Persendirian: Melibatkan rakyat atau pertubuhan tertentu

sahaja

Rang Undang-undang Ahli Persendirian: Dibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat selain

menteri/timbalan menteri

Rang Undang-undang Hibrid: Undang-undang campuran yang menyentuh

kepentingan tertentu

♦ Tahap-Tahap Prosedur Penggubalan

Pra Parlimen

– Draf rang undang-undang yang telah disediakan oleh kementerian

akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dirangka.

– Menteri akan mengemukakan kepada kabinet untuk mendapatkan

persetujuan sama ada diterima atau tidak.

Page 7: Pengajian Am - Badan Perundangan

– Kementerian menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha

Parlimen.

Dalam Parlimen

• Bacaan Pertama

– Menteri membaca tajuk rang undang-undang berkenaan. Tiada

perbahasan.

• Bacaan Kedua

– Rang undang-undang dibahaskan sama ada dipinda atau tidak.

Undian sama ada menolak/menerima akan dibuat (hanya Dewan

Rakyat berhak menolak). Jika rang undang-undang itu perlu

diluluskan dengan cepat, Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga

boleh dibuat dalam satu persidangan yang sama.

• Peringkat Jawatankuasa

– Rang undang-undang diserahkan kepada Jawatankuasa Khas/

Jawatankuasa Seluruh Dewan. Rang undang-undang dibahas

dengan teliti.

• Bacaan Ketiga

– Menteri melaporkan hasil penelitian kepada dewan. Undian

akan dijalankan. Dilakukan di Dewan Rakyat dan di Dewan

Negara.

Perkenaan Yang di-Pertuan Agong

• Rang undang-undang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong

untuk diperkenalkan. Undang-undang itu dianggap lulus selepas 30

hari.

Pewartaan

• Rang undang-undang yang telah diperkenaankan oleh Yang di-Pertuan

Agong perlu diwartakan dalam warta kerajaan sebelum boleh

dikuatkuasakan. Tarikh berkuatkuasa biasanya pada tarikh diwartakan

atau boleh dikuatkuasa pada tarikh terdahulu atau ke hadapan.

_____________________________________________________________________

► BEBERAPA JAWATAN DI DEWAN RAKYAT

Ketua Majlis : Merupakan Ketua Parti yang memerintah. Beliau menentukan tarikh

mengadakan mesyuarat.

Ketua Whip: Ahli Parlimen yang dilantik oleh parti menentukan kehadiran atau

menyokong sesuatu usul.

Page 8: Pengajian Am - Badan Perundangan

Ketua Pembangkang: Dilantik daripada kalangan ahli parti pembangkang untuk mengetuai

parti pembangkang.

♦ Jawatankuasa Parlimen

Jawatankuasa Dewan: Bertugas sebagai penasihat kepada Yang di-

Pertua atas segala perkara berkaitan dan

keselesaan ahli Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat: Jawatankuasa Pemilih ini bertanggungjawab

berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat

Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Pemilih Jawatankuasa Pemilih ini bertanggungjawab

memilih ahli-ahli untuk jawatankuasa Majlis

Parlimen

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Jawatankuasa ini berkewajipan untuk

menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan

kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang

perkara itu kepada Majlis Parlimen

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara: Dilantik untuk memastikan akauntabiliti

pengurusan perbelanjaan wang awam oleh

pegawai-pegawai awam. *Hanya di Dewan

Rakyat

_____________________________________________________________________