15
YUSRINA: Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap EXCO Pembangunan Luar Bandar/ Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam diiringi Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. CIKGU YUSOF: Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya dengan segala hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Rusydan b. Othman untuk mengetuai bacaan doa. CIKGU YUSOF: Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rusydan b. Othman atas bacaan doa itu tadi TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008 MASA: 8.40 pagi (Ketibaan ibu bapa dan penjaga) CUE : Semua murid dan ibubapa berkumpul di dalam dewan. MASA: 8.55 pagi (Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban) MASA: 9.00 pagi (Ketibaan YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun Kawasan Labu) CUE: Apabila YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun Kawasan Labu melalui jalan utama dewan untuk mengambil tempat, juruacara pun mengumumkan: MASA: 9.10 pagi (Bacaan Doa) CUE: Cikgu Yusof menjemput Ustaz Rusydan untuk membacakan doa. CUE: Setelah selesai bacaan doa oleh Ustaz Rusydan, Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih. 1

Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

YUSRINA: Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hasim b.

Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap EXCO Pembangunan Luar

Bandar/ Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam diiringi Tuan Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke tempat duduk utama. Semua

hadirin dipersilakan berdiri.

CIKGU YUSOF: Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya dengan

segala hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Rusydan b. Othman

untuk mengetuai bacaan doa.

CIKGU YUSOF: Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rusydan b.

Othman atas bacaan doa itu tadi

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

MASA: 8.40 pagi (Ketibaan ibu bapa dan penjaga)

CUE : Semua murid dan ibubapa berkumpul di dalam dewan.

MASA: 8.55 pagi (Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban)

MASA: 9.00 pagi (Ketibaan YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun

Kawasan Labu)

CUE: Apabila YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun Kawasan Labu melalui jalan utama dewan

untuk mengambil tempat, juruacara pun mengumumkan:

MASA: 9.10 pagi (Bacaan Doa)

CUE: Cikgu Yusof menjemput Ustaz Rusydan untuk membacakan doa.

CUE: Setelah selesai bacaan doa oleh Ustaz Rusydan, Cikgu Yusof mengucapkan

terima kasih.

(PERSEMBAHAN 1 : Deklamasi Sajak)

1

Page 2: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA:

Selamat datang kami ucapkan,

Para hadirin semua jemputan,

Selawat salam kami junjungkan,

Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Di majlis ini kami bermadah,

Mengucap puji alhamdulillah

Pantun ini pantun berhemah ,

Semoga majlis dikurniakan limpah.

CIKGU YUSOF: Bagi memulakan majlis Hari Anugerah Cemerlang SK

Jijan 2008 ini, saya mempersilakan Adik Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil

dari kelas Tahun 5 untuk mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk

‘Azam dan Tekad’ .

CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan atas persembahan sajak itu tadi.

CIKGU YUSRINA:

Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu

merangkap EXCO Pembangunan Luar Bandar/ Hal Ehwal Pengguna

dan Kemudahan Awam, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah

Seremban, ______________, Yang Berusaha En. Ahmad b. Harun

selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan, Yang Dihormati Naib

Yang Dipertua PIBG SK Jijan, Encik Ismail b. Abd Kadir beserta AJK-

AJK nya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru,

Yang Dihormati Ibubapa, seterusnya murid-murid yang saya kasihi

sekalian. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. *Selamat

datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2008 yang berlangsung di

dewan Sekolah Kebangsaan Jijan ini.

Kepada hadirin yang budiman,

Sudinya datang tuan dan puan,

Dengan segala puji-pujian,

Sekalian budi jadi ingatan.

CUE: Deklamasi sajak oleh Adik Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil dari kelas Tahun 5

yang bertajuk ‘Azam dan Tekad’ .

CUE: Setelah selesai deklamasi sajak oleh Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil, Cikgu Yusof

mengucapkan terima kasih.

MASA: 9.20 pagi (Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis)

CUE: Cikgu Yusrina memulakan majlis dengan ucapan aluan.

2

Page 3: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Baiklah, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini,

dengan ini dijemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Jijan, Encik Ahmad b. Harun untuk menyampaikan sepatah

dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CIKGU YUSRINA: Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad bin

Harun atas ucapan beliau sebentar tadi.

CIKGU YUSOF: Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan Naib

Yang Di Pertua PIBG SK Jijan : Encik Ismail B Abd Kadir untuk

menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Guru Besar : Encik Ahmad Bin Harun )

CUE: Cikgu Yusrina menjemput Guru Besar untuk tampil memberi ucapan.

CUE: Setelah selesai berucap, Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada Guru

Besar.

( Ucapan Naib YDP PIBG SK Jijan : Encik Ismail B Abd Kadir)

CUE: Cikgu Yusof menjemput Naib YDP PIBG SK Jijan untuk tampil memberi ucapan.

3

Page 4: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar

ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’

Hasim b Rusdi ADUN Kawasan Labu merangkap EXCO Pembangunan

Luar Bandar/ Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, seterusnya

merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008 kita pada

kali ini. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang

Berhormat Dato’ Hasim b Rusdi atas ucapan beliau sebentar tadi.

Semoga amanat dan nasihat yang diberikan akan menjadi satu azimat

untuk kita terus maju dalam pelajaran dan terus berusaha untuk

memberikan yang terbaik untuk diri, ibubapa dan juga sekolah yang kita

kasihi ini.

CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan kepada Encik Ismail b Abd Kadir

atas ucapan beliau sebentar tadi.

CIKGU YUSOF: Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah

kita sama-sama berhibur dengan persembahan nasyid yang bertajuk

‘Guruku’. Kumpulan nasyid ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 dan

dibawah pimpinan Ustaz Rusydan b. Othman. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih kepada Naib YDP PIBG SK Jijan.

( Ucapan Perasmian : YB Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan

Labu )

CUE: Cikgu Yusrina menjemput YB Dato’ Hasim b. Rusdi untuk tampil memberi

ucapan.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Hasim b. Rusdi.

( PERSEMBAHAN 2 : Nasyid )

CUE: Cikgu Yusof menjemput kumpulan nasyid SK Jijan untuk mempersembahkan

persembahan mereka.

4

Page 5: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSOF: Seterusnya tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini

iaitu acara Penyampaian Anugerah kepada murid-murid yang

menunjukkan kecemerlangan di dalam akademik. Dijemput __________

untuk menyampaikan hadiah kepada para penerima hadiah.

YUSRINA: Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kedudukan

dalam Kelas Agama Petang.

YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

_________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah

sebentar tadi.

CIKGU YUSOF: Ucapan ribuan terima kasih diucapkan atas persembahan

nasyid yang begitu menarik dan mempersonakan itu tadi.

CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih kepada kepada kumpulan nasyid.

MASA: 9.50 pagi (Penyampaian hadiah kedudukan dalam kelas

oleh ____________________ )

( Murid tahun 1 hingga tahun 6 [kelas sesi pagi] )

CUE: Cikgu Yusof menjemput __________________ untuk menyampaikan hadiah

kepada para penerima hadiah seterusnya mengumumkan senarai nama penerima

hadiah.

( Murid tahun 1 hingga tahun 5 [kelas agama petang] )

CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan senarai penerima hadiah.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada _____________ atas kesudian

menyampaikan hadiah.

`

5

Page 6: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan kepada ___________________

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

CIKGU YUSOF : Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi

Matapelajaran Terbaik kelas sesi pagi. Dengan itu, bagi

menyempurnakan penyampaian hadiah seterusnya, majlis menjemput

______________________ . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

CIKGU YUSOF: Anugerah diberi hadiah bersambut,Hati gembira tidak terkata,Jika anda masih serabut,Mari kita berhibur bersama.

Dengan itu dijemput murid-murid Tahun 6 untuk mempersembahkan

sebuah Tarian Sumazau. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada

Pn. Halimah binti Kassim. Dengan segala hormatnya di dipersilakan.

CIKGU YUSOF: Ucapan ribuan terima kasih diucapkan atas persembahan

tarian yang begitu gemalai dan mempersonakan itu tadi.

( PERSEMBAHAN 3 : Tarian Sumazau )

CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan tarian

Sumazau.

CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

MASA: 10.30 pagi ( Penyampaian hadiah bagi matapelajaran

terbaik (kelas sesi pagi) oleh ___________________________ )

CUE: Cikgu Yusof menjemput __________________ untuk tampil ke pentas dan

seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.

CUE: Pengacara mengucapkan terima kasih kepada ____________________ atas

kesudian menyampaikan hadiah.

6

Page 7: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya, marilah kita

sama-sama menghayati persembahan Kalam Jamai’e, Dialog Bahasa

Arab dan Bercerita Dalam Bahasa Arab yang akan dipersembahkan oleh

murid-murid tahun 1 dan tahun 2 di bawah pimpinan Puan Zahrah.

Dengan ini dipersilakan.

CIKGU YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas

persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.

CIKGU YUSRINA : Seterusnya ialah sesi penyampaian hadiah bagi

Matapelajaran Terbaik kelas agama petang. Dengan itu, majlis

menjemput _________________________ untuk tampil menyampaikan

hadiah kepada para penerima hadiah. Dengan segala hormatnya,

dipersilakan.

( PERSEMBAHAN 4 : Persembahan Bahasa Arab- Kalam Jamie,

Dialog dan bercerita)

CUE: Cikgu Yusrina menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan

Persembahan Bahasa Arab.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

( Penyampaian hadiah bagi matapelajaran terbaik (kelas agama

petang) oleh ____________________)

CUE: Cikgu Yusrina menjemput ___________________ untuk tampil ke pentas dan

seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.

7

Page 8: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

___________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah

sebentar tadi.

CIKGU YUSOF: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian

Endang oleh murid Tahun 5 dan Tahun 6. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

CIKGU YUSRINA: Majlis diteruskan lagi bagi penyampaian hadiah bagi

Peningkatan Akademik Terbaik dan Kedatangan Penuh 2008. Dengan itu,

majlis menjemput _____________ untuk menyampaikan hadiah kepada

penerima hadiah. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada __________________ atas

kesudian menyampaikan hadiah.

( PERSEMBAHAN 5 : Tarian Endang )

CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan Tarian

Endang.

CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

MASA: 10.50 pagi ( Penyampaian hadiah bagi Peningkatan

Akademik dan Kedatangan Penuh 2008 oleh

______________________ )

CUE: Cikgu Yusrina menjemput _______________________ untuk tampil ke pentas dan

seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada _______________ atas

kesudian menyampaikan hadiah.

8

Page 9: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

CIKGU YUSOF: Sijil Pengawas, Sijil Pustakawan &

Ketua/Penolong Ketua Kelas (Sesi Pagi)

CIKGU YUSRINA : Ketua/Penolong Ketua Kelas (Kelas Agama Petang)

CIKGU YUSRINA: Seterusnya ialah kemuncak kepada majlis anugerah

kita pada hari ini iaitu kategori Anugerah Khas. Dengan itu, bagi

menyempurnakan penyampaian anugerah khas ini dipersilakan

______________________dengan diiringi Guru Besar SK Jijan En. Ahmad

b. Harun untuk tampil ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

CIKGU YUSRINA: Anugerah khas yang pertama ialah Anugerah Murid

Mithali 2008. Buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, Anugerah

Khas ini dianugerahkan kepada murid SK Jijan yang mempunyai

keperibadian yang tinggi dan menunjukkan sahsiah yang terpuji bukan

sahaja di kalangan rakan sebaya tetapi juga dengan guru-guru di

sekolah ini. Dengan ini, majlis dengan berbesar hati menganugerahkan

Anugerah Murid Mithali 2008 kepada Adik Mohd Ariff b Haji Kasri dan Siti

Nor Aida bt Nor Mohd Darul. Tahniah diucapkan. Dengan itu, dijemput

para penerima anugerah untuk tampil ke pentas menerima

sijil penganugerahan dan juga hadiah.

.

( Penyampaian sijil : Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua

Kelas dan Pengawas Pusat Sumber)

CUE: Cikgu Yusof menjemput _____________ untuk tampil ke pentas dan seterusnya

mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada ............ SK Jijan atas

kesudian menyampaikan hadiah.

( Anugerah Khas : Murid Mithali dan Tokoh Murid 2008)

CUE: Cikgu Yusrina menjemput _________________ untuk tampil ke pentas dan

seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima Anugerah Khas.

CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan nama Murid Mithali 2008.

9

Page 10: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Anugerah khas yang seterusnya ialah Tokoh

Murid 2008. Tuan Puan hadirin hadirat sekalian, murid yang akan

menerima anugerah Tokoh Murid pada hari ini dipilih kerana telah

menunjukkan kecemerlangan yang seimbang dari segi kurikulum,

kokurikulum serta sahsiah sepanjang tahun ini.

CIKGU YUSRINA: Berikut ialah biodata penerima anugerah

Tokoh Murid 2008.

Pada tanggal 21 Julai 1996 di Hospital Angkatan Tentera Kinrara Kuala

Lumpur, pasangan Mejar (B) Malek Putera b. Osman dan Siti Jamiah bt

Haji Satiman telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama

Ahnaf Safiy b Malik Putera. Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik ini

gemar bermain catur pada masa lapangnya. Apabila mula melangkah

kaki ke bangku persekolahan, beliau telah mula menanamkan cita-cita

untuk menjadi seorang arkitek.

Tanpa melengahkan masa, dengan ini, majlis dengan berbesar hati

menganugerahkan Anugerah Tokoh Murid 2008 kepada Adik Ahnaf

Safiy b Malik Putera. Tahniah diucapkan. Dengan itu, dijemput

penerima anugerah Tokoh Murid 2008 untuk tampil ke pentas

menerima sijil penganugerahan dan juga hadiah.

CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan nama Tokoh Murid 2008.

10

Page 11: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada

__________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah

sebentar tadi. Kambing berjalan berlompat-lompat,Melompat lalu ke tengah laman,Menuntutlah kamu jangan terlambat,Supaya jangan ketinggalan.

Jampuk berbunyi mendayu-dayu,Rindukan bulan tinggi di awan,Tuntutlah ilmu janganlah jemu,Kerana ilmu satu panduan.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari

ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar

semangat untuk terus maju dalam pelajaran juga menjadi contoh

teladan kepada murid lain.

CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan tahniah kepada para penerima hadiah dan

mengucapkan terima kasih kepada ___________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Penyampaian cenderamata kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN

Kawasan Labu.

11

Page 12: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSOF:

CIKGU YUSOF:

CIKGU YUSOF: Seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri

Sembilan dan Lagu Sekolah. Semua hadirin dipersilakan berdiri.CIKGU YUSOF: Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka

selesailah sudah majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang

Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu atas kesudian

Yang Berhormat untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada

hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Ahli

Jawatan Kuasa Kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008,

para penyumbang serta mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak sepanjang menjayakan majlis ini.

CIKGU YUSRINA: Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis

merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’

Hasim b. Rusdi kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid

cemerlang kita pada hari ini.

Putih pauh dari permatang,Sayang selasih masak minyak,Dari jauh Tuan datang,Terima kasih banyak-banyak.

Dengan ini, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar untuk memberikan

sedikit cenderamata dari pihak sekolah kepada Yang Berhormat Dato’.

Dipersilakan.

CUE: Cikgu Yusrina menjemput Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata

kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu.

( PERSEMBAHAN 6 : Tarian Ago-go)

CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan Tarian Ago-

go.

CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

MASA: 11.20 pagi (Penutup-Nyanyian lagu Negaraku, Negeri

Sembilan dan Lagu Sekolah)

CUE: Cikgu Yusof meminta semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu seperti di

atas.

CUE: Cikgu Yusof memberikan kata-kata penutup.

12

Page 13: Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan

CIKGU YUSRINA:

Cantik berseri cincin suasa,

Cincin dibeli dengan Cik Embun,

Jika kami tersilap kata,

Jari sepuluh meminta ampun.

Di hari ini kita berjumpa,

Di lain masa bersama pula,

Dengan berkat selamat sejahtera,

Semoga bahagia harapan kita.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

CUE: Cikgu Yusrina memberikan kata-kata penutup.

13