Upload
hoangdiep
View
247
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
94
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL
PENGAJARAN SAUDARA BARU
Noraini Mohamad1
Mariam Abdul Majid2
Badlihisham Mohd Nasir3
ABSTRAK
Al-tadarruj merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah SAW. Al-
tadarruj bermaksud pendekatan dakwah dengan menggunakan kaedah beransur-ansur,
bertahap, berperingkat atau dengan bahasa yang lebih mudah ia boleh difahami sebagai
metode yang bersesuaian dengan kehendak golongan sasaran. Saudara baru merupakan
antara golongan yang perlu diberi perhatian dalam aspek pendekatan dakwah terutama
yang melibatkan pengajaran mereka selepas memeluk Islam. Beberapa persoalan yang
timbul menyentuh aspek pemahaman, penghayatan dan pengamalan mereka selepas
memeluk Islam melalui beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan wujud
sebahagian daripada saudara baru yang masih tidak memahami tentang ajaran Islam
walaupun mereka sudah memeluk Islam hampir lima tahun. Situasi ini berlaku disebabkan
pelbagai faktor, antaranya metode pelaksanaan pengajaran yang kurang sesuai, modul
pengajaran yang tidak menepati tahap saudara baru, di samping kekangan saudara baru
yang menghadapi banyak rintangan dari pelbagai sudut yang menyebabkan mereka
keciciran untuk mendapat pendidikan Islam yang sepatutnya. Justeru penulisan ini
mengambil satu faktor yang melibatkan modul pengajaran saudara baru sebagai subjek
kajian. Fokus kajian ini adalah kepada mekanisme al-tadarruj dalam penggubalan modul
pengajaran kepada saudara baru yang melibatkan modul akidah, syariat dan akhlak.
Analisis penggubalan modul pengajaran saudara baru ini adalah berdasarkan
pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW.
Kata Kunci: Al-tadarruj, modul pengajaran dan saudara baru
ABSTRACT
Al-tadarruj is a concept of the methodology of the Prophet preaching s.a.w. Al-tadarruj
da’wah approach means using the method gradually, step by step, easy to difficult or with
a language more easily it can be understood as a method suitable to the needs of the target
group. New brother is among those that need to be addressed in terms of da’wah approach
that involves teaching them especially after converting to Islam. Some of the questions that
arise touching aspects of the understanding, appreciation and practice them after
embracing Islam through some research conducted earlier showed a significant part of the
new converts who still do not understand about Islam even though they had converted to
Islam about five years. This situation occurs due to various factors, including the
implementation of the teaching methods that are less suitable, in addition to his new
1 Pensyarah, Jabatan Kefahaman & Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. [email protected] 2 Prof. Madya, Dr. Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. [email protected] 3 Prof. Dr. Fakulti Peradaban Islam, Universiti Teknologi Malaysia. [email protected].
95
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
constraints facing many obstacles from various angles that cause them to drop out to get a
proper education. As of writing this review the appropriate da’wah approach, especially
in the aspect of teaching that involves teaching module converts. Analysis module converts
teaching is based on the approach used by the Prophet s.a.w.
Keywords: Al-Tadarruj, Module Teaching and converts.
1.1 Pengenalan
Pendidikan Islam merupakan agenda utama yang perlu diberi perhatian selepas seseorang
bergelar saudara baru. Pendekatan yang tepat dan bersesuaian amat perlu dalam
menyampaikan ajaran Islam kepada saudara baru agar pendidikan Islam akan dapat
disampaikan dengan lebih sempurna dan mampu difahami serta dihayati oleh saudara baru
dengan lebih berkesan. Salah satu pendekatan pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah
SAW adalah metode al-tadarruj. Pendekatan al-tadarruj memang sewajarnya dilaksanakan
dalam aspek pelaksanaan pengajaran kepada saudara baru kerana ia amat bersesuaian
dengan kehendak dan situasi mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang
mengatakan, saudara baru juga perlu diberi latihan dan pendidikan secara bersistem bagi
menjamin kefahaman mereka ke arah yang lebih baik (Marlon: 2014). Bersesuaian dengan
konsep al-tadarruj yang menerapkan beberapa sistem dalam pengajaran khususnya yang
melibatkan aspek kaedah dan modul yang boleh diaplikasi kepada saudara baru. Oleh yang
demikian, penulisan ini membincangkan beberapa perkara berkait dengan modul
pengajaran saudara baru yang melibatkan definisi al-tadarruj, al-tadarruj menurut
perspektif al-Quran, al-tadarruj dalam modul pengajaran saudara baru dan kesimpulan.
1.2 Definisi Al-Tadarruj
Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara beransur-ansur atau
bertahap (al-Zaidan: 2001). Perkataan al-tadarruj diambil daripada perkataan bahasa Arab
iaitu daroja, darija, adroja, darrojatan yang bermaksud beransur-ansur dan sedikit demi
sedikit (Mu’jam Wasit: 2004). Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni (1991), beliau
menyatakan, ciri-ciri umum manhaj dakwah ialah meliputi tiga aspek iaitu pertama
khasisoh al-indhibath bermaksud iltizam dengan hukum syariat Islam atau dengan kata
lain berdisiplin. Manhaj dakwah yang kedua pula perlu dilengkapi dengan aspek khasisoh
al-tadarruj iaitu bertahap atau meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai (al-Bayanuni:
1991). Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-
Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab
Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan)
suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan
kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu
dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa
96
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat
kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan
padanya.”
(al-Maaidah: 48)
Merujuk ayat berikutnya ini menunjukkan al-Quran memang diturunkan secara
beransur-ansur. Antara hikmah yang cukup besar adalah untuk memberi kefahaman dan
penghayatan kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh umat. Kefahaman dan penghayatan yang
lengkap akan menjadikan hati Rasulullah s.a.w bertambah teguh dan yakin. Begitu juga
umat hari ini terutama yang melibatkan saudara baru, mereka dihimpit dengan pelbagai
persoalan dalam agama baru mereka iaitu Islam, maka sudah semestinya metode al-
tadarruj perlu memainkan peranannya supaya hati mereka lebih tetap dan tidak berkeluh
kesah dengan agama baru yang mereka anuti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan
Al-Quran itu kepada Muhammad - semuanya sekali (dengan sekali gus)?” Al-
Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak
menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan
bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”
(al-Furqan: 32)
Ayat ini membuktikan bahawa aspek beransur-ansur atau bertahap juga boleh
membawa kepada ketetapan hati seseorang manusia. Kerana unsur konsisten itu ada dalam
konsep beransur-ansur. Selain itu, ayat lain yang merujuk kepada pemahaman yang dibawa
oleh al-Bayanuni dengan menyatakan bahawa konsep al-tadarruj sebagai suatu kaedah
untuk mencapai kesempurnaan dalam agama Islam adalah dengan mempelajari Islam
bermula dari bawah hingga ke atas iaitu dengan cara mendaki atau mendalami bagi
mencapai aspek kesempurnaan pemahaman ajaran Islam. Sebagaimana firman Allah s.w.t
yang bermaksud;
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat
yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang
disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib
dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan
fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya
hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada
kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa
yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan)
sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
(al-Maidah: 3)
97
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Aspek ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang
dikemukakan oleh al-Bayanuni ialah khasisoh al-istimrar yang bermaksud berterusan
dalam melaksanakan dakwah dan tidak terhenti di separuh jalan atau tidak mudah berputus
asa dengan golongan sasaran (al-Bayanuni: 1991). Konsisten perlu bergerak seiring
dengan pelaksanaan al-tadarruj supaya sesuatu perkara itu akan menjadi lebih baik dan
tersusun.
1.3 Al-Tadarruj Menurut Perspektif Al-Quran
Jika dilihat dalam konteks penurunan al-Quran sudah melambangkan konsep al-tadarruj.
Penurunan al-Quran secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad SAW merupakan satu proses al-tadarruj. Proses ini melihat kepada
kesesuaian suasana, tempat dan masa. Ia juga diturunkan berdasarkan kehendak
masyarakat pada ketika itu yang ingin merungkai pelbagai persoalan dan permasalahan
yang wujud.
Walaubagaimanapun aplikasi al-tadarruj dalam al-Quran secara terperinci ada
diceritakan melalui proses penetapan pengharaman hukum meminum minuman yang
memabukkan. Meminum minuman keras pada permulaan Islam sudah menjadi satu
kebiasaan dalam masyarakat, bahkan ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan
mereka pada ketika itu (Al-Sabuniy: 2001). Jika kebiasaan tersebut diharamkan secara
mengejut, kemungkinan besar masyarakat akan mengabaikan larangan tersebut. Oleh
sebab itu, kebijaksanaan al-Quran menetapkan hukum haram meminum minuman keras
secara bertahap iaitu dari ia diharuskan minum sehingga kepada tahap pengharamannya.
Pada permulaan Islam, meminum arak atau minuman keras masih dibolehkan
kerana Masyarakat Arab tidak boleh melepaskan diri daripada mengambil arak.
Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut.
Maksudnya: “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan
daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal;
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya”.
(al-Nahl:67)
Ayat tersebut merupakan ayat Makkiyah dan merupakan ayat pertama yang
membicarakan mengenai arak. Selepas ayat tersebut, wujud tiga ayat lain pula yang
diturunkan selepas hijrah Rasulullah s.a.w. Ayat tersebut dikenali sebagai ayat
Madaniyyah yang mempunyai kaitan dengan larangan minuman keras (Al-Syinqithiy:
1996). Tahap pertama merujuk kepada ayat berikut.
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan
mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan
(dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan
(kamu)”. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-
keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”
98
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
(al-Baqarah: 219)
Ayat ini merujuk kepada keburukan arak walaupun ia tidak diharamkan secara
jelas. Dengan turunnya ayat ini, masih ada golongan yang tetap meminum minuman keras
kerana masih melihat manfaat dan kelebihannnya, namun wujud sebahagian yang lain
cuba menjauhinya kerana keburukan yang terdapat pada arak tersebut (al-Zarqani: 2001).
Tahap kedua pula merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud;
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.”
(al-Nisa: 43)
Ayat ini menetapkan haram meminum arak ketika hendak melakukan solat. Namun
jika meminum arak pada jarak waktu yang masih jauh dengan waktu solat, ia tidak
diharamkan. Jarak jauh dari waktu solat seperti antara isyak dengan subuh dan antara
subuh dengan zohor (al-Zarqani: 2001).
Tahap ketiga pula didatangkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan
judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(al-Maidah: 90)
Ayat ini menunjukkan pengharaman arak secara pasti dan jelas. Ayat ini secara
jelas melarang meminum arak kerana ia termasuk perbuatan syaitan. Demikian gambaran
aplikasi manhaj al-tadarruj dalam al-Quran yang dilaksanakan terhadap larangan
meminum minuman keras atau arak (Al-Zarqani: 2001). Melalui sumber daripada al-Quran
ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-tadarruj amat sesuai digunakan dalam semua
keadaan kerana ia mengandungi bahasa pujukan yang sangat tinggi sehingga orang yang
disasarkan tidak merasa terpaksa untuk berbuat sesuatu yang diperintahkan.
Selain itu, al-Quran juga menyatakan secara jelas tentang penurunannya secara
beransur-ansur. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat berikut.
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.”
(al-Isra’: 106)
Sejajar dengan konsep al-tadarruj dalam penurunan al-Quran, penetapan syariat
Islam pun ditetapkan melalui manhaj al-tadarruj juga. Oleh sebab itu, penetapan syariat
Islam sentiasa berlaku seiring dengan penurunan ayat al-Quran, bahkan ia sentiasa
ditunjangi dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran membuktikan al-Quran itu merupakan
sumber ajaran syariat Islam yang utama. Jika disoroti tahap pengajaran dan penghayatan
ajaran Islam, ia dimulai dengan menjauhkan masyarakat dari melakukan syirik kepada
Allah dan mengisi hati mereka dengan akidah tauhid, menerangkan dalil-dalil yang dapat
99
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
membuka mata mereka terhadap tauhid, bukti-bukti tentang kebangkitan semula selepas
kematian serta dalil-dalil tentang hisab dan hari pembalasan. Setelah melalui tahap
pemantapan tauhid, Islam membawa umatnya kepada pelaksanaan ibadah dimulai dengan
kewajipan bersolat sebelum berlakunya hijrah, zakat, puasa pada tahun kedua hijrah dan
diakhiri dengan kewajipan menunaikan haji bagi yang mampu bermula pada tahun ke 6
hijrah (al-Zarqani: 2001). Hujah ini menunjukkan pengenalan ajaran Islam melalui proses
bertahap bermula dengan pemantapan akidah kemudian disusuli dengan pelaksanaan
ibadah.
Hikmah penurunan al-Quran secara al-tadarruj adalah disebabkan beberapa faktor,
antaranya ialah (al-Zarqani: 2001) memudahkan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam
kalangan masyarakat Islam. Budaya penulisan dalam kalangan mereka sangat kurang
disebabkan kesibukan mereka untuk mengurus kehidupan serta mencari rezeki. Mereka
juga menolak kemunculan agama-agama baru dengan kekerasan dan pertumpahan darah.
Jika al-Quran diturunkan hanya dalam satu kali saja, maka mereka akan mengalami
kesulitan dalam menghafaz dan memahaminya. Disebabkan ini, maka Allah SWT telah
menurunkan al-Quran secara beransur-ansur supaya ia tidak menjadi suatu kejutan kepada
mereka (al-Zarqani: 2001). Sememangnya cara beransur-ansur ini dilihat mampu menjadi
satu kaedah yang sangat efektif buat masyarakat awam pada ketika itu.
Selain itu, hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur juga adalah
disebabkan masyarakat arab pada ketika itu perlu dipersiapkan sebaik mungkin untuk
mereka meninggalkan akidah yang batil, ibadah yang rosak dan budaya yang hina. Dengan
penurunan al-Quran secara bertahap menjadikan mereka dapat menerima kehadiran al-
Quran sebagai pembawa agama yang benar. Sedikit demi sedikit mereka menyedari
bahawa agama yang mereka anuti dari nenek moyang mereka sebelum ini adalah agama
yang batil, di samping mereka berusaha untuk memantapkan akidah dan melaksanakan
ibadah secara sempurna. Konsep al-tadarruj dalam al-Quran efektif dalam mempersiapkan
masyarakat untuk memantapkan akidah dan melaksanakan ibadah secara sempurna (al-
Zarqani: 2001).
Selain itu juga, sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan kehidupan sosial
dalam masyarakat juga dihadapi dengan bimbingan secara bertahap. Meminum arak, zina,
riba, perhambaan dan lain-lain yang tidak lagi menjadi tabiat perseorangan, bahkan ia telah
dibudayakan dalam masyarakat pada ketika itu, malah sudah menjadi satu cara hidup bagi
mereka dan ini merupakan satu cara hidup yang sangat tidak elok. Oleh sebab itu amat
perlu kepada proses mendidik dengan menggunakan al-tadarruj terutamanya ketika
menghadapi masyarakat seperti ini dengan menjelaskan kesan-kesan negatif daripada
pengamalan tersebut (Shihab, M. Quraish: 1994).
Selain itu, al-Quran juga diturunkan secara al-tadarruj adalah untuk meneguhkan
hati kaum muslimin yang baru memeluk Islam sesuai dengan keadaan mereka pada ketika
itu. Ia digambarkan dengan beberapa kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu
yang mengalami kesusahan dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan agama Allah
di samping menerangkan janji-janji Allah S.W.T yang benar kepada mereka yang sabar.
Gambaran kisah dan sejarah ini sedikit sebanyak boleh memberi motivasi kepada umat
Islam untuk terus istiqamah memperjuangkan agama Allah S.W.T (Shihab, M. Quraish:
1994).
Al-Quran juga membuktikan al-tadarruj ini merupakan salah satu pendekatan
secara berhikmah. Ini terbukti dengan perbincangan yang ada dalam al-Quran
menunjukkan pelbagai kisah, perancangan, ajaran, seruan kepada kebaikan, ancaman
kepada kemungkaran, sistem dan penetapan hukum yang sesuai pada saat dan ketikanya
(Shihab, M. Quraish: 1994). Langkah yang digunakan dalam al-Quran ketika berhadapan
dengan pelbagai penolakan dan perbezaan adalah dengan ketegasan menentang dan
100
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
memberikan bimbingan secara bertahap. Sebagai contoh, setiap sikap dan pemikiran serta
tingkah laku yang bersalahan dengan ketauhidan kepada Allah SWT akan ditolak oleh al-
Quran dengan penolakan yang tegas. Adapun sikap dan tingkah laku yang berkaitan
dengan kehidupan sosial selain akidah tauhid dihadapi dengan bimbingan secara bertahap
(Shihab, M. Quraish: 1994).
1.4 Al-Tadarruj dalam Modul Pengajaran Saudara Baru
Al-tadarruj dalam modul pengajaran ialah menyampaikan sesuatu isi pelajaran atau
kandungan Islam mengikut tahap dan peringkat yang tepat. Ibrahim Abdullah al-Mutlaq
(2010) menyatakan isi pelajaran atau modul yang disampaikan oleh Rasulullah SAW
melibatkan dua perkara utama iaitu tauhid dan syariat (Ibrahim al-Mutlaq: 2010). Isi
pelajaran yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah langsung daripada Allah S.W.T.
Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan kaedah dan cara yang
terbaik yang patut kita ikuti. Haron Din (1985) menyatakan manusia dan agama memang
tidak boleh dipisahkan kerana dalam hakikat kejadian manusia terkandung tiga unsur iaitu
jasmani, rohani dan tuntutan rohani (Haron Din: 1985). Oleh itu, modul pengajaran
saudara baru perlu digubal mengikut pendekatan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan
ajaran Islam kepada seluruh umat. Pengajaran mengenai agama Islam perlu disampaikan
berdasarkan tahap berikut iaitu pemantapan akidah (tauhid), kemudian diikuti pelaksanaan
syariat dan dimurnikan dengan perhiasan adab dan akhlak. Sebagaimana hadith Rasulullah
s.a.w yang memberi gambaran keseluruhan ajaran Islam mewakili aspek akidah, syariat
dan akhlak. Sebagaimana hadith Jibril yang diriwayatkan oleh saidina Umar al-Khattab r.a.
Maksudnya: “Umar al-Khattab r.a berkata : Suatu ketika, kami (para sahabat)
duduk bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki
mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat
padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami
yang mengenalinya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan
kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi,
kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! beritahukan kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah s.a.w menjawab, Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak
disembah dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad
adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan
Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
melakukannya, lelaki itu berkata, Engkau benar, maka kami hairan, ia yang
bertanya ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan
kepadaku tentang Iman”. Nabi menjawab,Iman adalah, engkau beriman kepada
Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Akhirat dan beriman
kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk, lalu ia berkata, “Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang ihsan. Nabi s.a.w
menjawab,Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau
melihatNya. Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki
itu berkata lagi : Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat. Nabi s.a.w
menjawab,Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia pun
bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya. Nabi s.a.w
menjawab, Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau
melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta
101
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
pengembala kambing telah saling berlumba dalam mendirikan bangunan megah
yang menjulang tinggi.” Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam,
sehingga Nabi s.a.w bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa
yang bertanya tadi?, Aku menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui,
“Baginda bersabda, Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama
kalian.”
Hadith ini secara lengkap diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 8, dan diriwayatkan
juga oleh Imam Ahmad (I/27,28,51,52), Abu Dawud (no. 4695), at Tirmidzi (no.2610), an
Nasaa-i (VIII/97), Ibnu Majah (no. 63), Ibnu Mandah dalam al Iman (1,14), ath Thoyalisi
(no. 21), Ibnu Hibban (168,173), al Aajurri dalam asy Syari’ah (II/no.205, 206, 207, 208),
Abu Ya’la (242), al Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no.2), al Marwazi dalam Ta’zhim
Qadris Shalat (no.363-367), ‘Abdullah bin Ahmad dalam as Sunnah (no.901,908), al
Bukhari dalam Khalqu Af’aalil ‘Ibaad (190), Ibnu Khuzaimah (no.2504) dari sahabat Ibnu
‘Umar dari bapanya ‘Umar bin al-Khattab.
Oleh itu penggubalan modul pengajaran saudara baru perlu diteliti berdasarkan
tahap-tahap berikut iaitu;
1.4.1 Konsep Tauhid (Akidah)
Modul pengajaran saudara baru mesti dimulai dengan akidah tauhid kepada Allah SWT.
Pengajaran mengenai akidah tauhid perlu melalui beberapa tahap iaitu pertama; tahap
kepercayaan. Tahap kepercayaan mesti dengan dengan rukun iman kepercayaan kepada
Allah SWT, kepercayaan kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab Allah, percaya
kepada rasul, percaya kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar Allah
iaitu ketentuan Allah S.W.T (Haron Din: 1985). Kepercayaan ini semuanya melibatkan
aspek akidah tauhid kepada Allah. Ia perlu datang dari hati setiap umat Islam. Al-tadarruj
dalam aspek penggubalan modul pengajaran saudara baru sudah semestinya bermula
dengan aspek akidah. Pada fasa pertama perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah,
semuanya merujuk kepada aspek akidah. Apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w
ialah memperbaiki akidah, membersihkannya daripada segala kekotoran dan pemujaan
berhala dan mendidik jiwa dengan mengelakkan daripada sifat-sifat terkeji dalam diri
mereka sehingga segelintir masyarakat jahiliyyah yang ingin dekat dengan Islam pada
ketika itu mampu disatukan hati-hati mereka dan sama-sama mengEsakan Allah SWT
(Muhammad Amahzun: 2002).
Pengukuhan akidah berlangsung selama 13 tahun pada fasa dakwah Rasulullah
SAW di Mekah (al-Buti: 1997). Pengukuhan yang dimaksudkan ialah menjelaskan makna
sebenar penghayatan akidah supaya mereka yang baru mengenali Islam memahami,
menghayati malah mampu mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini yang
berlaku dalam fasa pengukuhan akidah di Mekah (Muhammad Amahzun: 2002). Pada fasa
ini pensyariatan dalam al-Quran tidak lagi menjelaskan secara terperinci amalan-amalan
dalam bentuk syariat, kecuali amali itu ada kaitannya dengan akidah. Sebagai contoh,
adalah diharamkan memakan daging haiwan yang disembelih dengan tidak menyebut
nama Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am.
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang
halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana
102
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
sesungguhnya yang demikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan
sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikutnya, supaya
mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka
(untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-
orang musyrik.”
( al-An’am:121)
Begitu juga amali dalam pelaksanaan ibadah yang menghubungkan Allah SWT
dengan hambaNya berasaskan pengukuhan akidah seperti solat. Seruan ini juga ada
disebut dalam al-Quran sewaktu fasa pengukuhan akidah di Mekah (Muhammad
Amahzun: 2002).
Maksudnya: “Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang
dan bertakwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan
dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).”
(al-An’am: 72)
Ayat-ayat al-Quran yang turun pada fasa pengukuhan akidah di Mekah adalah
berkisar mengenai tauhid kepada Allah S.W.T. Antara yang diberi perhatian dalam modul
pengajaran Rasulullah s.a.w di Mekah ialah mentauhidkan Allah dalam ketuhanan-Nya
iaitu tauhid rububiyyah yang memberi pengajaran kepada umat manusia bahawa semua
yang berlaku dalam kehidupan ini melibatkan hidup, mati, rezeki, manfaat, mudharat,
takdir dan sebagainya lagi adalah hak milik Allah S.W.T. Allah yang berhak mengatur
segalanya (Amahzun: 2004). Ini dibuktikan dalam surah al-Isra’. Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud;
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang
menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam
pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”
(al-Isra’:30)
Tahap kedua dalam pengajaran Rasulullah SAW berkait dengan akidah adalah
dengan mentauhidkan Allah SWT dalam keIlahian-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah al-Baqarah yang bermaksud;
Maksudnya: “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama
Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan
Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman
dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan
balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab
suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan
hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan
(sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang
telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata
kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada
orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka
(yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk
103
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakinya ke jalan yang betul lurus
(menurut undang-undang peraturanNya)”
(al-Baqarah: 213)
Manakala pengajaran akidah yang ketiga pula berunsurkan kalimah tauhid La Ilaha
Illa Allah. Kalimah ini berdiri atas dua konsep iaitu pertama; tidak disembah melainkan
Allah. Adapun yang kedua; tidak disembah melainkan dengan apa yang disyariatkan
melalui lisan Rasulullah s.a.w. Pengajaran akidah yang keempat pula ialah kesempurnaan
tauhid sama ada dari segi ucapan dan perbuatan. Manakala, pengajaran akidah yang kelima
adalah mentauhidkan Allah dengan nama dan sifatnya. Merujuk kepada ayat-ayat
Makiyyah yang diturunkan sebelum hijrah membuktikan perbincangan mengenai akidah
tauhid amat ditekankan melalui kewajipan mentauhidkan Allah SWT dalam semua nama
dan sifatnya (Muhammad Amahzun:2002). Sebagaimana firman Allah S.W.T yang
bermaksud;
Maksudnya: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka
serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan
pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa
menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa
yang mereka telah kerjakan.”
(al-A’raf: 180)
Berdasarkan perbincangan ini menunjukkan keperluan pengajaran akidah perlu
diutamakan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran untuk topik-topik yang
seterusnya dalam pelaksanaan syariat dan akhlak.
1.4.2 Konsep Syariat (Ibadah, Muamalat, Munakahat & Jinayat)
Tahap yang kedua ialah tahap peribadatan yang disebut sebagai syariat. Islam adalah cara
hidup yang didatangkan oleh Allah S.W.T. Islam juga cara hidup yang menyeluruh yang
mengatur semua bahagian dari kehidupan manusia. Maka Islam adalah agama yang
terakhir yang menyeru kepada seluruh umatnya untuk hidup beragama dan bertatacara
(Haron Din: 1985). Disebabkan ini, maka didatangkan rukun Islam sebagai amalan yang
wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sebagai bukti kepada rukun iman yang
dipercayai. Jika rukun iman letaknya di hati, maka rukun Islam letaknya pada anggota
yang melakukan amal kebajikan dan perintah Allah S.W.T. Rukun Islam mewakili ibadat
mengucap dua kalimah syahadat iaitu pengakuan seorang hamba terhadap Allah S.W.T,
disertai dengan melakukan ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Semua perkara yang
berkaitan disiplin ilmu ini perlu diletakkan dalam modul pengajaran saudara baru.
Muhammad Amahzun (2002) menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada
kaedah penyampaian Rasulullah SAW ialah menambah pengetahuan mengenai sunnah-
sunnah Rabbaniyah. Al-Quran banyak mengajak umat manusia supaya memperhatikan
alam, mengamati, merenung, meneliti dan menyingkap rahsia di sebalik apa yang
ditunjukkan dalam al-Quran. Perkara ini memberitahu kepada kita supaya berfikir,
memahami dan mengambil manfaat hasil daripada sunnah-sunnah Allah itu. Firman Allah
S.W.T dalam surah al-Nisa’.
104
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan
dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan
untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu
daripada kamu (Nabi-Nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu
mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (Ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(al-Nisa’: 26)
Antara sunnatullah yang diceritakan dalam al-Quran ialah berkaitan dengan ujian
Allah SWT. Sunnah ini meletakkan umat Islam sebagai objek kepada ujian Allah SWT
sebagai saringan untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
Maksudnya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua
akan dikembalikan.”
(al-Anbiya’:35)
Contoh sunnatullah lagi adalah berkaitan dengan perubahan dan kemenangan.
Perubahan yang dimaksudkan sama ada seseorang itu akan menjadi lebih berjaya atau
sebaliknya adalah bergantung kepada diri sendiri. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
Ra’du.
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang
ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada
sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan
tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.”
(al-Ra’du:11)
Selain itu, sunnatulah yang dibincangkan juga ialah sunnah bersiap sedia (sunnah
al-i‘dad). Mempersiapkan diri menghadapi jihad pada jalan Allah merupakan sunnah yang
sangat mulia. Persiapan dalam perkara ini melibatkan beberapa aspek, antaranya ialah
hubungan dengan Allah, niat yang ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW
(Muhammad Amahzun: 2002).
Sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW di Madinah, pembinaan tentang ilmu sudah
mula berkembang (al-Buuti: 2000). Ini terbukti dengan pelbagai galakan daripada wahyu
untuk umat manusia menuntut ilmu. Al-Quran sentiasa mendorong manusia untuk belajar
dan menuntut ilmu. Bahkan al-Quran juga menegaskan terdapat perbezaan di antara
golongan yang menuntut ilmu dengan orang yang tidak menuntut ilmu beberapa darjat.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat berikut.
Maksudnya: “Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi
Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad)
105
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu,
dan Berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu.”
(Thaha: 114)
Menuntut ilmu merupakan antara arahan dan galakan yang dibawakan oleh
Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam. Sewaktu di Madinah perjalanan ilmu
semakin berkembang dengan adanya peranan masjid sebagai pusat keilmuan (al-Buti:
2000). Pengajaran juga sudah semakin teratur dengan gerakan pengajaran secara beramai-
ramai dan juga secara individu. Rasulullah s.a.w juga sangat memberi perhatian untuk
menyebarkan ilmu dalam kalangan orang-orang Islam sehingga para sahabat begitu teruja
dan bersemangat untuk menuntut ilmu. Wanita juga tidak ketinggalan dalam gerakan
keilmuan sehingga mereka mendapat satu ruang yang khusus untuk mempelajari ilmu
dengan Rasulullah SAW (Muhammad Amahzun: 2002).
Antara ilmu yang menjadi perhatian umat Islam pada ketika itu ialah ilmu
mengenai al-Quran, sunnah-sunnah Rasulullah SAW, ilmu-ilmu mengenai peperangan,
ilmu sastera seperti syair, ilmu pengetahuan mengenai (nasab) keturunan dan ilmu
mengenai penulisan. Selain pengetahuan mengenai keilmuan, pengetahuan para sahabat
pada ketika itu juga tertumpu kepada hukum-hukum syariat, seperti kaedah al-Quran dan
al-hadith menyimpulkan sesuatu hukum, mengembangkan proses mengkaji dan
menganalisis kefahaman para sahabat, sunnah berperanan untuk memahami hukum-hukum
yang terdapat dalam al-Quran dan para sahabat dilatih menggunakan dalil-dalil yang jelas
dalam perbincangan ilmu (Muhammad Amahzun: 2002).
1.4.3 Konsep Pembentukan Akhlak
Seterusnya tahap yang ketiga disusuli perbincangan mengenai akhlak dan moral. Memetik
daripada penulisan Mahmud al-Misri (2014), beliau mengambil pendapat mengenai
definisi akhlak melalui tokoh ilmuan al-Jahiz yang mana menjelaskan akhlak adalah
keadaan jiwa seseorang yang selalu mewarnai setiap tindakan dan perbuatannya tanpa
pertimbangan lama atau keinginan. Akhlak boleh meresap dan boleh melahirkan watak
seseorang. Namun pada masa yang sama, akhlak merupakan perpaduan dari hasil proses
latihan dan kemahuan secara bersungguh-sungguh seseorang. Melalui definisi ini, dapat
disimpulkan bahawa akhlak boleh dibentuk dan dilatih iaitu dari yang tidak elok kepada
elok. Namun ia perlukan kesungguhan dan latihan.
Abdul Karim Zaidan (2001) ada menyebut dalam bukunya Usul al-Dakwah, beliau
menyatakan pada dasarnya akhlak boleh dibentuk dan diubah malah boleh dipilih antara
akhlak yang baik dan akhlak yang tidak baik. Ia berdasarkan kepada asas bahawa Allah
S.W.T telah memerintahkan kita supaya memiliki akhlak yang baik dan melarang kita
memiliki akhlak yang buruk. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan kepadanya); Serta mengilhamkannya (untuk
mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya
kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang
sedia bersih - bertambah-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).
106
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
(al-Shams: 7-10)
Seluruh ibadah berkait dengan akhlak mulia (Mahmud al-Misri: 2014). Justeru
dalam pembinaan modul pengajaran saudara baru aspek akhlak merupakan aspek yang
tidak boleh dipandang mudah kerana akhlak merupakan nilaian kepada keyakinan dan
ibadah yang dilakukan terhadap Allah S.W.T. Muhammad al-Ghazali (2015) menyatakan
akhlak yang buruk tanda lemahnya iman. Iman merupakan satu kekuatan yang dapat
menjaga manusia dari melakukan perkara yang tidak baik. Iman juga yang membawa
manusia kea rah kemuliaan (Muhammad al-Ghazali: 2015).
Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa dengan iman dapat melahirkan akhlak
dan budi pekerti yang baik, sebaliknya jika lemahnya iman, maka akan rosak akhlak
seseorang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Maksudnya: “Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya
hilang, maka yang lain akan hilang juga”
(HR Hakim & al-Tabrani)
Penggubalan modul saudara baru amat memerlukan ketelitian para penggubal
supaya modul yang dihasilkan mampu bergerak selari dengan kefahaman dan penghayatan
saudara baru. Modul yang dihasilkan juga adalah sebagai panduan dalam kaedah
pengajaran sahaja, namun dari aspek aplikasi ia tetap perlu dilaksanakan mengikut
kesesuaian saudara baru. Kesesuaian yang dimaksudkan adalah berkait dengan tahap
keupayaan mereka untuk memahami dan melaksanakan apa yang diajar oleh tenaga
pengajar. Jika mereka tidak mampu maka perlu diberhentikan silibus buat sementara
waktu, kemudian menyambung kembali selepas memastikan keadaan mereka sudah betul-
betul memahami apa yang diajar dalam tajuk-tajuk sebelum ini. Oleh itu, dalam
pelaksanaan modul pengajaran saudara baru, pemantauan berterusan amat perlu bagi
memastikan kefahaman mereka selari dengan amali khususnya yang melibatkan
pelaksanaan ibadah solat, puasa, bacaan al-Quran dan sebagainya.
1.5 Kesimpulan
Melalui perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa modul pengajaran saudara baru perlu
digubal dan dibangunkan berasaskan kepada pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah
SAW Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa tahap dan peringkat ketika
menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam supaya penyampaian yang disampaikan
akan mendapat kesan yang lebih baik dan berterusan. Elemen ini yang seharusnya perlu
ada dalam pelaksanaan modul saudara baru supaya penerimaan mereka terhadap
pengajaran Islam akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Selain itu, elemen al-tadarruj
juga merupakan antara metode yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW dalam
melaksanakan proses pendidikan kepada seluruh umat manusia. Mengambil pendekatan
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ini, amat sesuai jika semua pendekatan yang digunakan
oleh baginda SAW diaplikasikan dalam setiap proses pengajaran yang melibatkan saudara
baru.
107
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
RUJUKAN
‘Abd al-‘Aziz ‘Abd Allah bin Baz. 1413. Majmu Fataawa Ibnu Baz. Maktabah al-Ma’arif.
‘Abd al-Karim Zaidan. 1410. Usul al-Dakwah. Maktabah al-Manar al-Islami.
Ab. Aziz Mohd. Zin. 2005. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan. 2000. Fiqh al-Sirah jilid 1-3. Terj, Mohd Darus
Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Ibnu Manzur. 2003. Lisan al-arab. Kaherah: Dar al-Hadith.
Jum’ah Amin Abd al-Aziz. 1409. Al-Dakwah Qawa’aid wa Usul. Dar al-Da’wah wa al-
Nashr.
Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni. 1991. Al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Da’wah: Dirasah
Manhajiyah Shamilah. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Qaradhawi, Yusof. 1978. Thaqafat al-Da’iyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Syamsul Bahri Andi Galigo, Khairunneezam Mohd Noor, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan
Rozali & Rozita Abdullah. 2005. Membangun Masyarakat Moden yang Berilmu
dan Berakhlak. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Mohd Amin Abdul Rahim. 2007. Panduan Dakwah Secara Praktikal. Kuala Lumpur:
Darul Fikir Sdn.Bhd.
Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-
Qur’an. Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
Al-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim. 2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an.
Kaherah: Dar al-Hadith.
Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin & Sidi Gazalba. 2003. Manusia dan Islam.
Selangor: Hizbi Sdn. Bhd.
Ibrahim Abdullah al-Mutlaq. 2010. Cet. Pertama (1417H). Al-Tadarruj fi Dakwah al-
Nabiy. Arab Saudi: wizarat al Syu'un al Islamiyyah wa al Auqaf wa al Dakwah wa
al Irsyad Markaz Buhuts Dirasat al Islamiyyah.
Muhammad Amahzun. 2002. Manhajun Nabiyy fi al-Dakwah min Sirah al-Sohihah: al-
Ma’rifat , al-Tarbiyyah, al-Takhtit, al-Tanzim. Terj, Anis Maftukhin & Nandang
Burhanuddin. Jakarta: Qisthi Press.
Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam
Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan.