3
Tarikh : 23 Disember 2020 Kepada Semua Ibu Bapa /Penjaga, Melalui , Guru Besar , SJK (C) Puay Chai 2 SJK ( C ) Yuk Chai SJK (C) Damansara SJK (C) Puay Chai SJK (C) Desa Jaya 2 SJK (T) RRI Sungai Buloh SJK(T) Ladang Effingham SK Bandar UtamaDamansara SK Bandar Utama Damansara (4) SK Seksyen 9 Kota Damansara SK Damansara Utama SK Taman Megah PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU TAHUN 2021 SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan perlu mengesahkan penempatan anak tuan /puan berdasarkan Surat Kelulusan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2021 di SMK Bandar Utama Damansara (3) seperti berikut : 2.1 Pengesahan Penempatan Secara Atas Talian : 2.1.1 Tarikh : 28 Disember 2020 (mulai 9.00pg) – 30 Disember 2020 (sebelum 2.00ptg) 2.1.2 Kaedah : Isi Google form di pautan https://forms.gle/6R7xkksKajdiiBQ57 2.1.3 Dokumen : i) Salinan Surat Kelulusan Penempatan ii) Salinan Kad Pengenalan murid / My Kid iii) Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 5 2019) 2.2 Permohonan Pertukaran ke sekolah lain: 2.2.1 Tarikh : 28 – 30 Disember 2020 (9.00pg - 3.00ptg) 2.2.2 Kaedah : Isi Borang Pertukaran Jadual Ketiga P.U.(A) 275 2.2.3 Tempat : Pejabat, SMK Bandar Utama Damansara 3 2.2.4 Pakaian : Berpakaian sopan dan kemas (*dilarang hadir dengan berpakaian

PENEMPATAN MURI… · Web view2.2.4 Pakaian : Berpakaian sopan dan kemas (*dilarang hadir dengan berpakaian baju singlet atau berseluar pendek). 2.2.5 Kehadiran : Hanya seorang (1)

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Tarikh : 23 Disember 2020

Kepada Semua Ibu Bapa /Penjaga,

Melalui ,

Guru Besar ,

SJK (C) Puay Chai 2 SJK ( C ) Yuk Chai

SJK (C) Damansara

SJK (C) Puay Chai

SJK (C) Desa Jaya 2

SJK (T) RRI Sungai Buloh

SJK(T) Ladang Effingham

SK Bandar UtamaDamansara

SK Bandar Utama Damansara (4)

SK Seksyen 9 Kota Damansara

SK Damansara Utama

SK Taman Megah

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU TAHUN 2021

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan perlu mengesahkan penempatan anak tuan /puan berdasarkan Surat Kelulusan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2021 di SMK Bandar Utama Damansara (3) seperti berikut :

2.1Pengesahan Penempatan Secara Atas Talian :

2.1.1 Tarikh : 28 Disember 2020 (mulai 9.00pg) – 30 Disember 2020 (sebelum 2.00ptg)

2.1.2 Kaedah : Isi Google form di pautan

https://forms.gle/6R7xkksKajdiiBQ57

2.1.3 Dokumen : i) Salinan Surat Kelulusan Penempatan

ii) Salinan Kad Pengenalan murid / My Kid

iii) Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 5 2019)

2.2Permohonan Pertukaran ke sekolah lain:

2.2.1 Tarikh : 28 – 30 Disember 2020 (9.00pg - 3.00ptg)

2.2.2 Kaedah : Isi Borang Pertukaran Jadual Ketiga P.U.(A) 275

2.2.3 Tempat : Pejabat, SMK Bandar Utama Damansara 3

2.2.4 Pakaian : Berpakaian sopan dan kemas (*dilarang hadir dengan berpakaian

baju singlet atau berseluar pendek).

2.2.5 Kehadiran : Hanya seorang (1) sahaja wakil dibenarkan hadir bagi urusan ini

dengan mematuhi SOP (*memakai pelitup muka, mengambil bacaan suhu

dan mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera).

2.2.6 Dokumen yang perlu dibawa:

a) 2 salinan Surat Kelulusan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2021

b) 2 Salinan Kad Pengenalan murid

c) 2 Salinan Sijil Lahir Murid / Surat Daftar Anak Angkat

d) 2 Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga

e) 2 Salinan Sijil Nikah /Daftar Perkahwinan ibu bapa / penjaga

f) 2 Salinan Sijil Perceraian /Sijil Kematian ibu bapa / penjaga (jika berkaitan)

g) 2 salinan bil utiliti (*nama ibu atau bapa yang beralamat terkini)

h) 2 salinan Surat Hak Penjagaan (jika berkaitan)

3.Borang yang lengkap beserta dokumen hendaklah dibawa sendiri oleh ibu bapa / penjaga ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkenaan untuk diproses mulai 28 Disember 2020 (Isnin). Kelulusan permohonan adalah berdasarkan kekosongan tempat dan lain-lain perkara yang berkaitan. Sekiranya permohonan pertukaran TIDAK DILULUSKAN, murid hendaklah terus berada di sekolah menengah ASAL.

4.Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

PN. HAJAH ROS BINTI LIZAN

PENGETUA CEMERLANG

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN