4
Pendemokrasian Pendidikan - Kepentingan Isu dan cabaran penting pendidikan semasa di Malaysia yang lain adalah Pendemokrasian Pendidikan. Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum, walaupun kerajaan telah melakukan banyak usaha, perpaduan di negara kita masih belum dapat dicapaikan. Pendemokrasian Pendidikan merupakan satu cara yang effektif untuk mewujudkan integrasi nasional dengan memastikan setiap indiidu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. !i bawah proses mendemokrasikan pendidikan, setiap indiidu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan yang bermutu dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya. Pendemokrasian dapat didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap indiidu yang menganggotai sesuatu masyarakat. Pendidikan pula dikaitkan dengan satu usaha atau proses mendidik d dididik yang dikatakan berkaitrapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran. ". Integrasi #asional !alam pendemokrasian pendidikan, penggunaan satu bahasa pengantar yang sama jelas mampu memupuk perpaduan di kalangan semua pelajar. Melalui sekolah satu aliran , semua pelajar masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi menerusi pendidikan. $. Membasmi masalah buta huruf Pendemokrasian pendidikan jelas dapat membantu dalam membasmi masalah buta huruf melalui memandatorikan pendidikan kepada rakyat di luar bandar dan mengurangkan jurang pencapaian akademik yang disebabkan oleh ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. %urang ini dikenalpasti adalah

Pendemokrasian Pendidikan

  • Upload
    oliver

  • View
    18

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doc

Citation preview

Pendemokrasian Pendidikan - KepentinganIsu dan cabaran penting pendidikan semasa di Malaysia yang lain adalah Pendemokrasian Pendidikan. Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum, walaupun kerajaan telah melakukan banyak usaha, perpaduan di negara kita masih belum dapat dicapaikan.Pendemokrasian Pendidikan merupakan satu cara yang effektif untuk mewujudkan integrasi nasional dengan memastikan setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Di bawah proses mendemokrasikan pendidikan, setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan yang bermutu dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya. Pendemokrasian dapat didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat.Pendidikan pula dikaitkan dengan satu usaha atau proses mendidik dan dididik yang dikatakan berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Integrasi NasionalDalam pendemokrasian pendidikan, penggunaan satu bahasa pengantar yang sama jelas mampu memupuk perpaduan di kalangan semua pelajar. Melalui sekolah satu aliran , semua pelajar masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi menerusi pendidikan.2. Membasmi masalah buta hurufPendemokrasian pendidikan jelas dapat membantu dalam membasmi masalah buta huruf melalui memandatorikan pendidikan kepada rakyat di luar bandar dan mengurangkan jurang pencapaian akademik yang disebabkan oleh ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang ini dikenalpasti adalah dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi tempat tinggal. Dengan pendemokrasian pendidikan, tiada lagi alasan tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.3. Kemajuan diri dan masyarakatSeterusnya, pendemokrasian pendidikan turut dapat membantu pelajar sedar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan mereka serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan kegemilangan negara. Melalui pendemokrasian pendidikan, keprihatinan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan terkini juga dapat ditingkatkan dan lalu memupuk minat terhadapnya. Secara tidak langsung, masyarakat dapat berkongsi idea dalam menangani masalah pendidikan dan menjadi penyumbang kepada maklum balas terhadap keberkesanan sistem pendidikan.

Sarankan kesan pendemokrasian pendidikan yang sesuai dalam pengurusansesebuah sekolah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistempendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasipendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat pentingkepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasianpendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan sertamasyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yangsama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yanglain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengirakaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Ini membolehkangolongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalahkewangan. Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentukbiasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Dengan itu bukan sahaja darigolongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu,meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan serta bersaing dengan arusperkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini.Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif kepada golongan kurang berupaya. Program ini turut tidak melupakan ataumengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan,kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanakdown syndrome juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti yangtermaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanakdaripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain danseterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkanintegrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dankaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknyaterdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itupelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-cirikomuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. Peranan utamasekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dammemeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapatdirealisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, dimana sekolah melayu, cinadan india digabungkan menjadi satu. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasianpendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yangbelajar di sana tanpa mengira kaum.Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahanprasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran,asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukandan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur . Kemudahan-kemudahan ini bukanhanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turutdisediakan. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun darikawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Kemudahan infrastruktur yanglengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa.Sebenarnya, Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positif malahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelasbercantum. Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid makaanak-anak murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasaproses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikansesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Ini akanmenyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapidalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadapsetiap individu di dalam kelas. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapatmenampung jumlah besar anak murid. Maka anak-anak murid tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Ini turut menjejaskan prestasi paramurid.Kesimpulannya, pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu programyang member maanfaat kepada penduduk rakyat Malaysia yang berbilang kaumtanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Justeru itu, warga Malaysiaharuslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin menimba ilmu.Tambahan pula, Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan,pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan yang selaras denganFalsafah Pendidikan Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidakharus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kitasebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara denganmelahirkan modal insane minda kelas pertama.