Pendekatan Bertema

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    1/6

    Pendekatan Bertema

    1.0 Pengenalan

    Pendekatan bertema sering digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam

    perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai

    perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya

    pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagaitajuk tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif dan seringkali boleh

    menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk

    memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Terdapat tiga jenis tema dalam

    pendekatan itu iaitu tema persekitaran , tema masyarakat dan tema komunikasi

    2.0 Konsep Pendekatan Bertema

    Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.Menurut Kostelnik (1989),

    theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.

    Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaansesuatu subjek ataupun idea tertentu.

    Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun

    sekitar konsep atau tema.. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang

    kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran yang merangkumi koleksi bahan

    aktiviti. Ini akan mengelakkan program yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran harian

    yang tidak berkaitan.

    Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan antara

    pemahaman, sikap dan kemahiran juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan

    sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, murid berpeluang untuk meneroka,

    mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai..

    2.1 Jenis-Jenis Tema

    2.1.1 Tema Persekitaran

    Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk

    bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain.Persekitaran

    sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen

    elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman

    lalu,masa dan ruang perlindungan.

    Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma

    hidup ialah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi.

    Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan

    hidup dengan berharmoni. Perubahan buatan manusia terhadap

    persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak pembinaan perumahan dan

    lain-lain akan mengakibatkan kesan terhadap kehidupan manusia secara

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    2/6

    positif atau pun negatif. Teknologi pula membawa perkembangan dan

    perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa

    sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni,

    teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat - matlamat

    artistik, cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang

    menarik dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan

    murid- murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.

    2.1.2 Tema dan Masyarakat

    Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;

    i) masyarakat zaman purba,

    ii) zaman batu dan

    iii) masa kini.

    Dalam masyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk

    kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk

    memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun -temurun dan menjadi sebati sehingga menjadi

    budaya dalam masyarakat.

    Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan

    keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat.

    Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri

    kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin

    disemua peringkat perkembangannya. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-

    kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut

    sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak

    makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat,

    budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.

    Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang

    bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap

    kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai

    pelgai budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar

    Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,

    pergerakan dan seni visual.

    2.1.3 Tema Komunikasi

    Komunikasi merupakan perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan

    menerima mesej konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas.

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    3/6

    Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi

    iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

    Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku seperti dalam bilik

    atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma

    komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang

    seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan statusdikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu

    masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi

    masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

    Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima

    mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda biasanya

    memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal.

    Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan,

    2.2 Kelebihan Pendekatan Bertema

    aran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti

    pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina kemahiran

    dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep

    yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema

    menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi

    pelbagai bidang.

    Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat

    mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokaipelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum

    memulakan pengajaran bertema.

    Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar

    belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang

    lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema

    melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan

    untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

    Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada

    kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang

    disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui

    sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    4/6

    Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan

    pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema

    membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di

    samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea

    utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali

    merancang jadual aktiviti.

    Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan

    pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling

    membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.

    Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi

    menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan

    sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

    i) Untuk mewujudkan suasana proses pengajaran yang

    menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

    iii) Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan

    pengetahuan dan pengalaman lalu.

    iv) Dapat menghadapi cabaran

    v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan releven dalam kehidupan

    vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

    vii) Menyemai nilai empati , harmoni dan pemahaman sesama insan

    yang budaya

    viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang

    menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran.

    2.3 Kelemahan Pendekatan Bertema

    i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan

    pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentukpergerakkan imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang

    diberi

    (ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan

    kreativiti yang tinggi

    (iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan

    (iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasibaru

    (v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang

    dijalankan

    (vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

    2.4 Cabaran Pendekatan Bertema

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    5/6

    (i) Menguji tahap kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata

    pelajaran

    (ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan

    (iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang

    berbeza-beza

    (iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang begitu luas

    (v) sukar untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbezaPendekatan Bertema

    Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau

    tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan

    bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata

    pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi

    peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu

    tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu

    ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-

    tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid

    tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.

    sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih

    guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang mudah

    kepada yang lebih mencabar.

    Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan

    pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih

    mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir,

    menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

    C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan

    dalam tiga jenis tema iaitu:-

    A Tema persekitaran

    B Tema Masyarakat

    C Tema Komunikasi

    Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang

    digunakan ialah tema persekitaran.

    Mata pelajaran : Bahasa Malaysia

    Kelas : Tahun 4

    Tema : Pengangkutan

    Persekitaran : Persekitaran Teknologi

    Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains,

    Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan

    dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan

    beberapa perkara penting seperti :-

    - sejarah teknologi pengangkutan;

    - kepentingan pengangkutan kepada manusia

    - kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan

  • 5/20/2018 Pendekatan Bertema

    6/6

    - bentuk-bentuk pengangkutan

    - pergerakan kenderaan

    - perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

    Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada

    manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep

    globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk

    melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka

    pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara

    -(a) Penggabungjalinan

    Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu

    pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran

    dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya

    dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi

    peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia

    juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk

    menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu

    menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara

    mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi

    kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

    (b) Penyerapan

    Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada

    mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan

    atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains,

    Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam

    pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja

    yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

    Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang bolehdiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis

    pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut.

    Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktivitidekatan-bertema-1-1024.jpg?cb=1315891105