4
PENDAWAIAN LAMPU DAN KIPAS Sistem Pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan. Terdapat pelbagai alatan perumahan yang perlu membuat pendawaian. Antaranya ia kipas, lampu pendafluor, penghawa dingan dan sebagainya. Lampu pendarflour bercahaya putih, lebih terang dan sekata berbanding lampu pijar walaupun kadaran kuasanya sama. Lampu ini digunakan di rumah kediaman dan bangunan. Ia mempunyai pelbagai bahagian di dalamnya. Bahagian utama yang penting adalah tiub pendarfluor, pemegang tiub, perumah cok, suis penghidup dan pemegang suis penghidup. Tiub pendarfluor diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon. Bahagian dindingnya disalut dengan lapisan fosfur. Di kedua-dua hujung tiub pula, terdapat dua pin elektrod. Tiub tersebut menghasilkan sinaran ultraungu apabila dialirkan arus elektrik. Pemegang tiub juga salah satu bahagian utama lampu pendarfluor. Fungsinya adalah untuk menyangga tiub pendarfluor. Perumah pula berguna untuk melindungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup. Selain perumah, cok pula digunakan untuk membekalkan voltan tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.Lampu tidak akan

Pendawaian Lampu Dan Kipas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendawaian Lampu Dan Kipas

Citation preview

Page 1: Pendawaian Lampu Dan Kipas

PENDAWAIAN LAMPU DAN KIPAS

Sistem Pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang

merangkumi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.

Terdapat pelbagai alatan perumahan yang perlu membuat pendawaian. Antaranya ia

kipas, lampu pendafluor, penghawa dingan dan sebagainya.

Lampu pendarflour bercahaya putih, lebih terang dan sekata berbanding lampu pijar

walaupun kadaran kuasanya sama. Lampu ini digunakan di rumah kediaman dan

bangunan. Ia mempunyai pelbagai bahagian di dalamnya. Bahagian utama yang

penting adalah tiub pendarfluor, pemegang tiub, perumah cok, suis penghidup dan

pemegang suis penghidup. Tiub pendarfluor diperbuat daripada kaca yang berisi

merkuri dan gas argon. Bahagian dindingnya disalut dengan lapisan fosfur. Di kedua-

dua hujung tiub pula, terdapat dua pin elektrod. Tiub tersebut menghasilkan sinaran

ultraungu apabila dialirkan arus elektrik. Pemegang tiub juga salah satu bahagian

utama lampu pendarfluor. Fungsinya adalah untuk menyangga tiub pendarfluor.

Perumah pula berguna untuk melindungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup.

Selain perumah, cok pula digunakan untuk membekalkan voltan tinggi pada awal

penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.Lampu tidak akan menyala

jika cok lampu itu rosak. Suis penghidup berfungsi untuk menghidupkan lampu. Suis

penghidup tidak berfungsi selepas lampu menyala. Lampu akan terus menyala

walaupun suis penghidup ditanggalkan. Lampu tidak akan menyala atau berkelip-kelip

jika suis penghidup rosak. Fungsi pemegang suis penghidup pula untuk menempatkan

suis penghidup.

Page 2: Pendawaian Lampu Dan Kipas

Lampu pendarflour akan rosak sekiranya tempoh penggunaannya panjang. Kita

boleh mengetahui kerosakkan lampu melalui bebrapa cara. Antarnya, lampu tidak

menyala dengan betul atau tidak menyala langsung, lampu berkeli-kelip serta hujung

tiub bergelang merah. Banyak masalah boleh dikaitkan dengan kerosakkan lampu

pendarfluor. Masalah fius terbakar semasa lampu hendak dihidupkan dan ia boleh

disebabkan pemuat rosak dan terjadi litar pintas di dalam litar. Lampu tidak mahu

menyala selepas dihidupkan dan ia pula disebabkan tiada bekalan elektrik, elektrod fius

putus dan pemula rosak.

Pada kipas pula, kerosakkan dedaun kipas tidak berpusing disebabkan tiada

bekalan, fius putus, talian bekalan terbuka, suis pilihan kelajuan rosak, motor kipas

rosak dan pemuat rosak. Kelajuan kipas tidak mengikut kelajuan yang dikehendaki dan

ia pula disebabkan oleh kerosakkan pada bahagian pemuat.

Kerosakkan semua alatan perlu dibaik pulih melalui pelbagai cara. Pertamanya, kita

perlu mengenal pasti kendalian alat. Selepas itu, kita perlu mengenal pasti bahagian

kerosakkan pada alat tersebut. Lepas itu, kita kena mambuka alat dan mengenal pasti

bahagian atau komponen yang rosak. Kemudian menukar ganti komponen yang rosak

dan memasang alat serta menguji alat tersebut.

Page 3: Pendawaian Lampu Dan Kipas