7
Mukadimah Pelaksanaan hukuman sebat syariah seringkali menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat di Malaysia. Pekara ini terhasil kerana ketidakfahaman tentang pelaksanaan undang-undang berkaitan sebat yang dilaksanakan mengikut undang-undang syariah. Seringkali disamakan dengan sebat di dalam undang-undang jenayah sivil sama ada dari segi konsep dan perlaksanaannya walau pun pada hakikatnya ia adalah suatu yang berbeza. Mungkin juga kerana istilah yang digunakan terlalu menggerunkan iaitu perkataan sebat dan kehidupan kita yang sering kali di momok-momokan dengan hukuman sebat yang bersifat kejam. Dari segi perlaksanaan di Malaysia pada ketika ini, sebenarnya hukuman sebat syariah ini hampir tidak dilaksanakan di mana-mana negeri. Di Dalam memperkatakan mengenai pelaksanaan hukuman dalam enekmen jenayah Islam di Malaysia, kita sebagai orang Islam hendaklah memahami falsafah-falsafah yang terkandung dalam sistem Islam itu sendiri yang terbina di atas nilai-nilai yang suci dan murni. Falsafah-falsafah yang menjadi asas kepada system perundangan Islam & sistem sosial yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang adalah bergantung kepada dua rukun utama iaitu: _ Amal makruf (menyeru kepada kebaikan); dan _ Nahi munkar (menegah kepada kemunkaran). Kedua-dua rukun yang tersebut adalah merupakan teras kepada prinsip al-Hisbah di mana prinsip ini menekankan kepada pentingnya tanggungjawab mana-mana individu di dalam sesuatu kumpulan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dari sebarang jenayah. Dalam surah Ali Imran ayat 104; Allah SWT berfirman: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda’wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), & menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk & keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

Mukadimah

Pelaksanaan hukuman sebat syariah seringkali menimbulkan kekeliruan dalam

masyarakat di Malaysia. Pekara ini terhasil kerana ketidakfahaman tentang pelaksanaan

undang-undang berkaitan sebat yang dilaksanakan mengikut undang-undang syariah.

Seringkali disamakan dengan sebat di dalam undang-undang jenayah sivil sama ada dari segi

konsep dan perlaksanaannya walau pun pada hakikatnya ia adalah suatu yang berbeza.

Mungkin juga kerana istilah yang digunakan terlalu menggerunkan iaitu perkataan sebat dan

kehidupan kita yang sering kali di momok-momokan dengan hukuman sebat yang bersifat

kejam. Dari segi perlaksanaan di Malaysia pada ketika ini, sebenarnya hukuman sebat syariah

ini hampir tidak dilaksanakan di mana-mana negeri.

Di Dalam memperkatakan mengenai pelaksanaan hukuman dalam enekmen jenayah

Islam di Malaysia, kita sebagai orang Islam hendaklah memahami falsafah-falsafah yang

terkandung dalam sistem Islam itu sendiri yang terbina di atas nilai-nilai yang suci dan murni.

Falsafah-falsafah yang menjadi asas kepada system perundangan Islam & sistem

sosial yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang adalah bergantung kepada dua

rukun utama iaitu:

_ Amal makruf (menyeru kepada kebaikan); dan

_ Nahi munkar (menegah kepada kemunkaran).

Kedua-dua rukun yang tersebut adalah merupakan teras kepada prinsip al-Hisbah di

mana prinsip ini menekankan kepada pentingnya tanggungjawab mana-mana individu di

dalam sesuatu kumpulan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dari sebarang

jenayah.

Dalam surah Ali Imran ayat 104; Allah SWT berfirman:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang

menyeru (berda’wah) kepada kebajikan

(mengembangkan Islam), & menyuruh berbuat

segala perkara yang baik, serta melarang daripada

segala yang salah (buruk & keji). Dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Page 2: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

PENGERTIAN HUKUMAN DALAM ISLAM

Perkataan am bagi hukuman ialah 'uqubah yang berasal daripada 'aqb yang bermaksud “suatu

perkara yang datang selepas yang lain”; ini kerana, hukuman menyusuli pelanggaran had

yang ditetapkan oleh syariah.

Hukuman jika diterjemahkan dalam bahasa Arab disebut 'uqubah yang bermaksud balasan

atau seksaan yang setimpal dengan kesalahan. (Hamid Sadiq Qunaibi. et. al 1988: 316)

'Uqubah ialah langkah pencegahan sebelum kesalahan dilakukan dan menjadi balasan selepas

melakukannya. Kesan dari pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang yang

menghalang perlakuan jenayah dan jika jenayah telah dilakukan ada peruntukan yang akan

mencegah penjenayah daripada mengulangi perbuatannya. (Ibn Humam 1316H: 4/112).

Daripada penjelasan di atas dapat dirumuskan bahawa segala bentuk hukuman yang

dijatuhkan dalam jenyah Islam dianggap sebagai satu balasan dari Allah, yang ditetapkan

melalui wahyu-Nya ke atas mereka yang melanggar segala perintah larangan dan

meninggalkan segala suruhan-Nya dan ia mempunyai kaitan rapat dengan keseluruhan corak

kehidupan agama Islam itu sendiri. Hukuman disyariatkan dengan tegas demi menjaga

kepentingan kehidupan yang sempurna seperti yang dituntut oleh Islam, kehidupan manusia

mesti diatur sesuai dengan fitrah manusia sendiri agar ia tidak malampaui batas-batas yang

telah ditetapkan oleh syarak.

Sebarang hukuman Jenayah yang disabitkan adalah bersandarkan kepada empat sumber

utama dalam Islam iaitu; al-Qur’an, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

1. Al-Quran

Terdapat ayat-ayat di dalam al-Qur’an yang menyentuh tentang undang-undang yang

berkaitan dengan jenayah serta menjelaskan aspek pemeliharaan lima perkara yang

disebut al-Maqasid al-Khamsah iaitu; memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan

juga harta benda. Di antara hukum-hakam yang sering disebut dengan jelas dalam al-

Qur’an ialah; hukuman ke atas penzina seratus kali sebebatan

Page 3: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

2. Sunnah

Sunnah dalam hubungannya dengan enekmen jenayah Islam, mempunyai peranannya

yang sangat penting iaitu; menjelaskan maksud ayat al-Qur’an tentang syarat-syarat

dan tempat seperti menerangkan cara-cara bagaimana hukuman sebat dilakukan ke

atas penzina dan tuduhan zina, kewajipan membayar diyat janin, cara-cara sebatan

bagi peminum arak dan cara rejam dan sebagainya yang mana semua hukum ini wajib

diikuti.

3. Ijmak

Mengikut pendapat ulama usul, ijmak ditakrifkan sebagai pemuafakatan seluruh mujtahidin

dari umat nabi Muhammad s.a.w dalam sesuatu masa selepas wafat Rasulullah s.a.w ke atas

sesuatu hukum syarak. Apabila sesuatu masalah ditetapkan dengan cara ijmak, maka

menjadi hujah yang kuat sekalipun bersandarkan pada hadith Ahad.

4. Qiyas

Qiyas ialah sumber perundangan yang belum ada ketentuan sama ada di dalam al-

Qur’an dan Sunnah dengan hukum yang sudah ada ketentuan kerana terdapat illah

yang sama pada kedua-dua masalah ini. Sesuatu hukum yang diperolehi secara qiyas,

menjadi hujah yang mesti dipakai kerana ia sebagai perundangan Islam.

Walaubagaimanapun qiyas bukanlah sumber mutlak untuk menetapkan sesuatu

hukum atau mengeluarkan hukum baru sebagaimana al-Qur’an dan Sunnah. Qiyas

banyak digunakan sebagai sumber hukum bagi kesalahan ta’zir, kerana ianya

berdasarkan kepada pertimbangan pihak hakim atau pemerintah untuk menentukan

hukuman yang sesuai dengan kesalahan, diantara contoh qiyas seperti menyamakan

liwat dengan zina dan arak dengan tuak.

PENGERTIAN JENAYAH DALAM ISLAM

Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah? Jenayah merupakan perbuatan yang

dilakukan akan menyebabkan pelaku itu didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan

hukuman oleh pihak berkuasa.(Richard Card, Criminal Law, 13th

ed.(Butterworth, 1995)

Perkataan jenayah berasal daripada perkataan jarama yang bermaksud berusaha ke

arah melakukan perkara keji dan tidak baik di sisi syarak, iaitu sesuatu kejahatan yang

Page 4: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

membawa kepada dosa besar. (Ibrahim Anis, 'Abd Halim al-Muntasar et.al. 1972: 1/ 118). Ini

bermakna jenayah ialah sesuatu tindakan yang dilakukan amat bertentangan dengan

keharmonian hidup bermasyarakat, kebaikan, kebenaran dan keadilan sebagaimana yang

dituntut oleh syarak.

Perkataan jenayah mengikut istilah, ialah perkara larangan syarak yang dikenakan

hukuman oleh Allah s.w.t ke atas perbuatan yang melibatkan nyawa, harta benda dan

seumpamanya. (Wahbah al-Zuhailiyy 1989: 6/ 215)

Muhammad Abu Zahrah (t. th: 23), mendefinisikan jenayah sebagai melakukan perbuatan

haram yang dikenakan hukuman kerana melakukannya dan meninggalkan perkara suruhan

yang dikenakan hukuman sebab meninggalkannya.

Jenayah merupakan perbuatan yang melanggar undang-undang atau perbuatan yang dapat

dihukum dengan undang-undang. (Muhammad Muslehuddin 1992: 1)

Pembalasan Kesalahan Jenayah Islam

Pembelasan merupakan falsafah kanun keseksaan yang paling penting dalam sistem keadilan.

Konsep pembalasan mengiktiraf kehendak seseorang yang disakiti untuk menghukum orang

yang menyakitinya.

Hukuman yang bertujuan sebagai ganti rugi pula seperti jenis hukuman diyāt. Secara jelasnya ianya

terdapat dalam kes-kes pencerobohan terhadap kepentingan sesama manusia. Hukuman juga

ditetapkan sebagai pemulihan bagi orang-orang tertentu yang sememangnya terlibat dengan

kejahatan. Perlaksanaan hukuman ke atas orang yang bersalah diharap dapat mengembalikan pesalah

berkenaan kepada jalan kebenaran dan menjauhkannya dari jalan kemaksiatan. Firman Allah Ta`ala;

���ن � وأ����ه� �����اب ����

Yang bermaksud:

“ Dan Kami timpakan ke atas mereka azab supaya mereka kembali ke jalan

yang benar” Surah az-Zukhruf, ayat 48

Page 5: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

Pada Keseluruhannya ulama` membahagikan pelbagai tindakan jenayah itu kepada tiga

kelompok besar, iaitu Janayah Hudud, Jenayah Qisas dan Jenayah Ta`zir.

1. Hukuman Hudud:

Hudud dari segi bahasa bermakna tegahan al-Man'u iaitu mencegah manusia daripada

terlibat dalam sesuatu kesalahan , yang membawa kepada pelaksanaan hukuman hadd.

(Abu Bakar al-Jaza’ir 1964: 524)

1) Zina – memperuntukan seratus kali sebatan

2) Qazf Zina – memperuntukan lapan puluh kali sebatan

3) Mencuri – dihukum potong tangan,

4) Minum arak – dihukum empat puluh kali sebatan

5) Merompak – Mereka yang merompak harta benda dan juga membunuh

mangsanya, hukumannya dibunuh dan disalib. (Mustafa al-Khin et. al. 1989: 8/ 83)

6) Pemberontakan (buqhah) – - dihukum bunuh

7) Murtad – dihukum bunuh setelah enggan bertaubat

2. Hukuman Qisas

Perkataan qisas berasal daripada perkataan arab, qassa yang bermaksud potong atau

mengikut. Oleh itu, qisas yang membawa makna undang-undang kesamarataan atau

pembalasan yang sama bagi pembunuhan yang telah dilakukan. ('Abdur Rahman I.Doi, 2003:

301).Diantara kesalahan yang tergolong dalam qisas ialah;

1) Pembunuhan sengaja

2) Pembunuhan seumpama sengaja,

3) Pembunuhan tidak sengaja,

4) Pecederaan sengaja,

5) Pecederaan seumpama sengaja

6) Pecederaan tidak sengaja.

Bagi kesalahan-kesalahan membunuh orang dengan sengaja, Islam mengenakan qisas

iaitu dibunuh balas atau melunaskannya dengan diyat tertentu sekiranya pihak mangsa

atau walinya sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukannya. Bagi kesalahan

mencederakan orang dengan sengaja, setelah ia disabitkan maka akan dijatuhkan

hukuman qisas seperti yang dilakukan pada mangsanya ataupun memebayar diyat kalau

dipersetujui oleh mangsa dan walinya.

Page 6: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

3. Hukuman Ta’zir

Secara harafiah, ta’zir bermakna mengaibkan penjenayah disebabkan perbuatan

jenayahnya yang memalukan. Hukuman dalam ta’zir tidak ditetapkan oleh undang-

undang. Oleh sebab itu terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menentukan

bentuk dan cara hukuman yang akan dikenakan.

Hukumannya adalah berbeza mengikut kesesuaian kesalahan yang dilakukan dan tidak

ditentukan oleh nas, meskipun demikian syarak telah menggariskan beberapa hukuman

tertentu bagi kesalahan ini. ('Abd al-Karim Zaydan 1986: 421-22; Wahbah al-Zuhailiyy

1989: 6/ 200-201)

1) Celaan (al-Tawbikh), celaan ialah matlamat utama dalam ta’zir. Celaan dengan kata-

kata kesat dan keji akan menyedarkan pesalah terhadap perbuatannya.

2) Amaran keras (al-Wa’z), ini biasa dikenakan terhadap pesalah yang melakukan

kesalahan kecil dengan tujuan memperingati dan memberitahunya.

3) Ancaman (al-Tahdid), seperti tindakan hakim memberi amaran kepada pesalah dengan

hukuman yang lebih keras kalau dia mengulangi perbuatannya.

4) Pendedahan di khalayak ramai (al-Tasyir), bertujuan untuk mendedahkan kepada

masyarakat tentang perbuatan buruknya.

5) Merampas harta benda (al-Gharamah wa al-Musadarah), iaitu merampas harta benda

dan denda khasnya bagi kesalahan mencuri. Menurut mazhab Ahmad bin Hambal, Abu

Yusuf, Maliki dan beberapa orang dari mazhab Shafi’e, hukuman dalam bentuk ini

dinamakan sebagai ta’zir.

6) Penjara (al-Habs), hukuman ini berbeza-beza begantung kepada keadaan pesalah dan

nemtuk kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini adalah disepakati oleh para ulama,

bahkan hukuman inilah yang paling banyak diamalkan di kebanyakan negara termasuklah

Malaysia.

7) Sebat (al-Jald) para fuqaha’ bercanggah pendapat tentang jumlah sebatan. Mengikut

Shaficiy, Malik dan Zaid bin 'Ali, tidak membenarkan sampai ke tahap hukuman had.

Bagi Abu Yusuf, tidak sampai lapan puluh kali dan yang paling minimum ialah lima kali

sebatan.

8) Hukuman mati (Ta’zir bi al-Qatl), hukuman mati dibolehkan dalam ta’zir seperti

hukuman bunuh ke atas pengintip bagi musuh.

Page 7: Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam

Dari peruntukan di atas, jelas memperlihatkan kepada kita bahawa undang-undang Islam

telah pun dilaksanakan sepenuhnya dalam semua bidang di samping ia dijadikan sebagai

undang-undang dasar negara sebelum kedatangan penjajah Inggeris