2
PENGENALAN Pengetahuan tentang unit ukuran isipadu ada terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik Sekolah Rendah iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolaah Rendah( KBSR ). Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti botol, cawan, mangkuk dan baldi. Kapasiti juga diukur dengan menggunakan pengukuran piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) di dalam sistem metrik . Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkrit dalam situasi realistik melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Pada peringkat ini, pelajar hendaklah boleh membeza samaada isipadu cecair dalam bekas adalah penuh, separuh penuh atau kosong. Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”. Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak- kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung. Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi

Pen Gen Alan

  • Upload
    hui-yen

  • View
    218

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan

Citation preview

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Pengetahuan tentang unit ukuran isipadu ada terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik

Sekolah Rendah iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolaah Rendah( KBSR ). Isipadu cecair merujuk kepada

kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti

botol, cawan, mangkuk dan baldi. Kapasiti juga diukur dengan menggunakan pengukuran piawai dalam

millimeter (ml) dan liter (l) di dalam sistem metrik . Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan

pengalaman konkrit dalam situasi realistik melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan

bukan piawai. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Pada

peringkat ini, pelajar hendaklah boleh membeza samaada isipadu cecair dalam bekas adalah penuh, separuh

penuh atau kosong.

Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh

diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”. 

Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku salah konsep

mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa

konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang

sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-

kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti.

Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun

bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang

pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan

perbandingan langsung. 

Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah

untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya

ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.