33
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA RAJESWARY KUMAR SUBASHINI A/P PONNUTHURAI

pembentangan kertas kerja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm3311D1

Citation preview

Page 1: pembentangan kertas kerja

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

RAJESWARY KUMARSUBASHINI A/P PONNUTHURAI

Page 2: pembentangan kertas kerja

Definisi Kertas Kerja 

Page 3: pembentangan kertas kerja

Definisi Kertas Kerja • Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk

komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja

bermaksud hasil penulisan yang mengandungi

idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau

pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca

kertas kerja tersebut untuk mendapatkan

maklumat berkaitan idea yang hendak

disampaikan.

Page 4: pembentangan kertas kerja

Definisi Kertas Kerja • Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil

seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu.

Page 5: pembentangan kertas kerja

Jenis-Jenis Kertas Kerja

Page 6: pembentangan kertas kerja

Kertas Kerja Seminar

• Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena.

Page 7: pembentangan kertas kerja

Kertas Kerja Seminar • Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam

pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan.

Page 8: pembentangan kertas kerja

Kertas Kerja Seminar

• Biasanya kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami. 

Page 9: pembentangan kertas kerja

Kertas Kerja Projek

• Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan..

Page 10: pembentangan kertas kerja

Kertas Kerja Projek

• Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi.

Page 11: pembentangan kertas kerja

• Bergantung kepada tujuan penulisannya, kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah: 

•- Kertas kerja perniagaan - Kertas kerja lawatan - Kertas kerja program - Kertas kerja perkhemahan - Kertas kerja hari keluarga - Kertas kerja sukan 

Page 12: pembentangan kertas kerja

Format Menulis Kertas Kerja

Page 13: pembentangan kertas kerja

a. Format Kertas Kerja Seminar 

• Tajuk • Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja • Nama institusi • Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) • Pengenalan • Sorotan kajian • Metodologi • Analisis data / Dapatan • Rujukan • Lampiran 

Page 14: pembentangan kertas kerja

b. Format Kertas Kerja Projek 

• Tajuk • Latar belakang / Rasional • Objektif / Matlamat • Jangka masa yang diperlukan • Kumpulan sasaran • Andaian-andaian halangan • Anggaran belanjawan • Penubuhan jawatankuasa • Menentukan jadual tugas • Pelaksanaannya 

Page 15: pembentangan kertas kerja

Ciri-ciri Penulisan

Kertas Kerja Yang Baik

Page 16: pembentangan kertas kerja

i. Penggunaan bahasa yang baik. 

Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja. Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata sesuai mengikut konteks dan situasi perlu diberi perhatian oleh penulis. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran kepada pembaca untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan.

Page 17: pembentangan kertas kerja

• Tahap penguasaan yang baik membolehkan penulis melahirkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Jika tidak berkemungkinan pembaca akan menyalahtafsirkan mesej sebenar yang terkandung dalam kertas kerja tersebut. Dalam penggunaan bahasa, penulis perlu memikirkan pemilihan kata dan ayat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: • Kejelasan • Kekhususan • Ketepatan • Kesesuaian • Elakkan ulangan yang tidak perlu 

Page 18: pembentangan kertas kerja

• ii. Ringkas, tepat dan padat. 

Kertas kerja banyak mengandungi maklumat. Maklumat perlu dijelaskan oleh penulis menggunakan bahasa yang sesuai supaya mudah difahami oleh pembaca dengan jelas. Jika penjelasan yang diberikan oleh penulis terlalu panjang maka pembaca sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan.

Page 19: pembentangan kertas kerja

Begitu juga sebaliknya, jika penjelasan terlalu ringkas sukar untuk pembaca memahami apa yang ingin disampaikan atau berkemungkinan pembaca akan membuat tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar penulis. Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang. Kertas kerja yang dihasilkan perlu ringkas, tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas kerja tersebut. 

Page 20: pembentangan kertas kerja

• iii. Penggunaan laras yang betul 

Laras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang. Hal ini termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan. Walaupun pada umumnya penulisan kertas kerja menggunakan laras bahasa formal, namun dalam penghasilan kertas kerja tertentu penggunaan laras yang betul amat penting.

Page 21: pembentangan kertas kerja

• Semasa menghasilkan kertas kerja seminar misalnya, penggunaan laras yang tepat mengikut bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Manakala bagi kertas kerja projek pula, laras bahasa umum sering digunakan. Oleh sebab itu, penulis juga perlu membuat pertimbangan tentang khalayaknya sebelum menulis. 

Page 22: pembentangan kertas kerja

• iv. Keutuhan wacana dalam tulisan. 

Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang terdapat dalam kertas kerja, maklumat itu perlu disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin disampaikan dapat dipersembahkan secara teratur.

Page 23: pembentangan kertas kerja

• Pertalian antara satu maklumat dengan yang lain akan menampakkan satu pola atau keseluruhan kertas kerja. Dengan itu pembaca akan mudah memahami idea yang ingin disampaikan. Selain itu, pemilihan kata dan susunan ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan kertas kerja itu sebagai satu kesatuan yang utuh. 

Page 24: pembentangan kertas kerja

v. Ketekalan penulisan. 

Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan. Ejaan perkataan sama yang berbeza-beza dalam satu kertas kerja memperlihatkan ketidaktelitian penulis khususnya dalam membuat penyemakan terakhir.

Page 25: pembentangan kertas kerja

Selain itu, bahagian subtajuk yang terdapat dalam kertas kerja perlu ditulis dalam format yang sama terutama daripada segi membuat indent atau jarak tepi. Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas kerja tersebut akan kelihatan kemas. 

Page 26: pembentangan kertas kerja

vi. Penomboran yang sesuai. 

Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis perlu menyusun maklumat dengan susunan yang sesuai dan memberikan penomboran.

Page 27: pembentangan kertas kerja

Penulis perlu memikirkan pembahagian tajuk-tajuk kecil tersebut supaya tidak terlalu banyak tajuk kecil yang disenaraikan. Begitu juga pecahan-pecahan bagi tajuk kecil tersebut. Berilah penomboran yang sesuai supaya bahagian-bahagain tertentu mudah dirujuk. 

Page 28: pembentangan kertas kerja

vii. Maklumat yang lengkap. 

Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja projek. Oleh sebab itu, penulis digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Pandangan daripada pihak-pihak lain akan dapat melengkapkan lgi kertas kerja yang kita sediakan.

Page 29: pembentangan kertas kerja

Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan. Jika maklumat yang perlu tidak terdapat dalam kertas kerja mungkin penulis perlu melakukan penambahbaikan agar kertas kerja yang akan dikemukakan mendapat kelulusan. 

Page 30: pembentangan kertas kerja

viii. Kepanjangan yang sesuai. 

Sesebuah kertas kerja yang baik tidak semestinya panjang. Bergantung kepada tujuan, khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya, penulis boleh merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja tersebut.

Page 31: pembentangan kertas kerja

Bagi tajuk-tajuk tertentu, kertas kerja yang disediakan tidak perlu panjang kerana khalayak mudah memahaminya sedangkan mungkin untuk tajuk-tajuk yang lain penulis perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci. Panjang atau pendek sesuatu kertas kerja bergantung kepada jenis kertas kerja dan tujuannya. 

Page 32: pembentangan kertas kerja

• Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang, penulis perlu menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang mungkin diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut. Bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu kertas kerja mungkin boleh dikemukakan dalam bentuk lampiran. Dengan ini, kertas kerja yang dihasilkan tidak terlalu panjang atau tebal. 

 

Page 33: pembentangan kertas kerja

CONTOH KERTAS KERJA

Adobe Acrobat Document

Microsoft Office Word 97 - 2003 Document