Upload
jessica-rose-mckell
View
497
Download
16
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pembentangan Asas Pertolongan Cemas
Citation preview
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
-Melecur, Pitam-Patah, Keracunan
- Terseliuh-Pemulihan Pernafasan
KETENATAN MANGSA BERGANTUNG KEPADA:
1)Luas permukaan yang cedera.
2)Tempat yang melecur.3)Tahap melecur.4)Umur, keadaan fizikal dan
kesihatan mangsa.
JENIS – JENIS MELECUR
Luar–melecur pada bahagian kulit.
Dalam- melecur dalam rongga atau perut.
SEBAB-SEBAB MELECUR• Haba kering
– Bahan api/api– Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
atau puntung rokok.
• Bahan kimia
– Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.– Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput,
asid atau alkali.
• Elektrik– Arus elektrik yang rendah , seperti dari perkakas rumah.– Kilat dan petir.
PANDUAN KESELAMATAN – MELECUR KIMIA
Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit.
Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir.
Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air.
Hubungi hospital/hantar dengan segera.
PERINGATAN !
Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada aliran air selama 15 minit atau
sehingga bantuan tiba.
KEJUTAN ELEKTRIK
Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).
Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan).
Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit melecur/terbakar.
FAKTOR BERLAKUNYA KEJUTAN ELEKTRIK
1. Kerosakan kabel atau alat elektrik
2. Kecuaian
3. Persekitaran yang basah
4. Tidak mengikut peraturan keselamatan
5. Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir
arus elektrik.
KESAN MUNGKIN TERJADI MENGIKUT JUMLAH WATT
1) 1 mA– kejutan ringan2) 10 mA - melecur dan hilang kawalan otot3) 100 mA - mati
TINDAKAN
• JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.
• HUBUNGI penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.
• Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada NADI/ NAFAS, jika tiada, lakukan CPR.
• RAWAT mangsa untuk terbakat dan juga renjatan.
• BAWA MANGSA ke hospital dengan segera.
TAHAP KECEDERAAN
TAHAP 1 (Superficial Burn)– Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja.– Ianya melibatkan bahagian epidermis dan
terasa sangat sakit. – Kulit kelihatan kemerahan.
TAHAP 2 (Intermidiate Burn)
– Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis).– Kulit kelihatan merah gelap, lepuh dan
mengelembung.– Terasa sakit.
TAHAP 3 (Deep Burn)
– Semua lapisan kulit telah rosak.– Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering.– Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika
saraf rosak.
PENGENDALIAN AM
1. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)
2. Tenangkan mangsa.3. Alirkan air bagi melecur tahap
pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
PENGENDALIAN AM
5. Letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada kain bersih atau tuala
6. Disarankan bagi tahap 1 dan 2 supaya disapukan permukaan melecur dengan krim antiseptik.
7. Tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril.
8. Jika serius, hantar ke hospital dengan segera.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
1. Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada.
2. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.
3. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
4. Guna kain bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera.
5. Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit.6. CPR jika perlu.
JANGAN!
1. Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit jika melecur teruk.
2. Pecahkan gelembong.
3. Guntingkan kulit yang terkoyak.
4. Beri makanan/minuman
5. Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.
6. Membuang masa untuk memberi rawatan.
2. PITAMKekurangan bekalan darah ke otak
untuk seketika waktu.
PUNCA PITAM
1.Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca
panas
3.Emosi.
2. Terlalu letih, kelaparan
4. Persekitaran yang sesak
5. Tindakbalas saraf terhadap
kesakitan
TANDA – TANDA PITAM
Muka pucat.
Berpeluh sejuk
Pandangan kabur
PeningRasa loya
Denyutan nadi cepat
tetapi lemah
LANGKAH KESELAMATAN
1. Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih.
2. Longgarkan pakaian yang ketat3. Tinggikan bahagian kaki4. Tenangkan dan beri keselesaan5. Galakkan tarik nafas6. Rawat semua kecederaan
3. PATAH & TERKEHEL
3. PATAH & TERKEHEL
DEFINISI PATAH
Patah ialah terputusnya
kesinambungan struktur
tulang manakala terkehel
pula keadaan hujung tulang
terkeluar dari sendi .
JENIS PATAH
• Patah Tertutup: Patah yang tidak melibatkan luka terbuka di bahagian kulit.
• Patah Terbuka: Patah yang melibatkan luka terdedah di bahagian kulit dan mudah mendapat jangkitan.
KEADAAN PATAH
~ Patah Menyerong ~ Patah Menyilang
KEADAAN PATAH
Patah TerpusingPatah yang berlakudi sekeliling tulang.
Patah Melarat• Sesuatu bahagian mustahak dalam tubuh telah
tercedera apabila fraktur berlaku, misalnya otak, paru-paru, jantung, buah pinggang dan salur darah tercedera.
~ Patah Tebu < Tulang retak tetapi tidak terputus dan
biasanya berlaku pada kanak-kanak.
~ Patah Remuk < Tulang remuk dan bersepeh
PUNCA PATAH
• Pukulan Tepat - menyebabkan tulang patah pada tempat pukulan
• Tarikan Otot- Tarikan otot yang kuat boleh menyebabkan tulang patah
• Patologikal - Patah yang disebabkan oleh penyakit yang ada pada tulang berkenaan:
# Tumor tulang
# TB tulang
TANDA-TANDA KEPATAHAN
• Sakit apabila tersentuh• Bengkak atau lebam• Hilang fungsi pada anggota yang patah• Perubahan pada rupa bentuk• Berbunyi pada bahagian yang digerakkan
RAWATAN AWAL
• Hentikan pendarahan jika terdapat luka.
RAWATAN AWAL
• Rehatkan pesakit dan pastikan mangsa bernafas dengan betul.
RAWATAN AWAL• Melarang bahagian patah digerakkan• Tujuan:
* Mengurangkan kesakitan
* Untuk mengelakkan patah bertambah teruk
TUAP ANDUH
RAWATAN AWAL
• Pastikan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
4. KERACUNAN MAKANAN
Keracunan makanan ialah penyakit yang disebabkan oleh
pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
PUNCA KERACUNAN MAKANAN
Keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan
bahan-bahan kimia.
MAKANAN YANG SERING TERDEDAH PADA BAKTERIA
Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi
beriyani, mi dan sebagainya Roti dan kuih-muih Makanan laut seperti kerang Daging- lembu, ayam, ikan Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang
kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
CONTOH PERSEKITARAN
• Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan.
• Contoh keadaan yang sering berlaku:-Makanan mentah Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas
dibuka
Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
Makanan tidak disimpan segera
TANDA –TANDA KERACUNAN MAKANAN
1) Bermula 2-5 hari selepas makan.
2) Pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
KESAN KERACUNAN MAKANAN
Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan.
Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.
KESAN KERACUNAN MAKANAN
Cirit-birit : mengeluarkan najis cair atau berair lebih tiga kali sehari.
Sakit perut atau memulas. MenggigilDemamMuntahDehidrasi atau kehilangan air
CARA MENGELAKKAN DARI KERACUNAN MAKANAN
1) Sentiasa menjaga kebersihan.
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
Basuh tangan selepas keluar dari tandas.Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau
penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan- haiwan yang lain.
2) Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan
yang belum dimasak.Simpan makanan yang telah dimasak dan yang
mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang.
3) Sentiasa masak dengan sempurna.-Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.4) Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.-Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.-Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk.
5) Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.-Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.-Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.-Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.
6) Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. -Hindari dari gerai atau kedai makan yang kotor.
DEFINISI TERSELIUH
Terseliuh biasanya disertai pembengkakan. Ada yang kerana jatuh, boleh juga kerana hentakan.
Jika terjadi pembengkakan, biasanya otot-otot menjadi tegang atau istilah lainnya adalah salah urat.
Makna lain terseliuh juga adalah kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen.
BAHAGIAN-BAHAGIAN TERSELIUH
Terseliuh di hadapan
Terseliuh di belakang
Terseliuh di bahagian rusuk
TANDA TERSELIUH HADAPAN
a)Terdapat tanda-tanda lebam dan bengkak warna hitam di sebelah hadapan pergelangan tangan atau kaki salah satu yang terbabit.
b)Orang yang terseliuh akan merasa terlalu sakit apabila tangan atau kakinya ditolak ke atas tetapi kurang rasa sakit bila digerakkan ke bawah.
TANDA TERSELIUH BELAKANG
a) Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah belakang,bawah tapak tangan atau kaki salah satu yang telibat.
b) Orang yang terseliuh akan merasa amat sakit bila tangan atau kakinya atau salah satu yang terbabit digerakkan ke bawah tetapi kurang merasai sakit apabila digerakkan ke atas.
TANDA TERSELIUH BAHAGIAN RUSUK
a) Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah kiri buku lali jika terseliuh berlaku di kiri kaki dan begitulah sebaliknya.
b) Mangsa akan merasa amat sakit bila anggota terbabit digerak pusing ke kiri sekiranya seliuh terjadi di kiri dan begitulah sebaliknya.
JENIS TERSELIUH
a) Buku lalib) Lengan dan bahu
TERSELIUH BUKU LALI
Mengenali Simptom Buku Lali Terseliuh:-
Sakit BengkakLebamSusah berjalanSendi buku lali kejang
TERSELIUH BUKU LALI
Punca Buku Lali Terseliuh:TerjatuhTerseliuh atau terpelecok. Aktiviti sukanBerkasut tumit tinggiBerjalan atau berlari pada
permukaan tidak rata.
TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH
• Tahap SatuSedikit regangan atau koyakan kecil
pada ligamen lateral buku laliRasa kurang sakitBengkak sedikit di sekitar tulang
atau kawasan luar buku laliSendi berasa tegang atau sukar
berjalan dan berlari
TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH
• Tahap DuaKoyakan tahap sederhana pada fiber
ligamenRasa sakit sederhana atau mungkin
sukar berjalanBengkak dan rasa tegang di sendi
buku laliLebam
TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH
• Tahap TigaLigamen koyak terukSendi buku lali langsung tidak stabilRasa sakit sekejap-sekejapBengkak yang terukLebam yang berlarutan.
JANGAN !
Jangan mengurut buku lali yang terseliuh
mengurut akan menyebabkan buku lali
bertambah cedera.
RAWATAN R.I.C.E.
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan.
Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
REST
RAWATAN R.I.C.E. Ais yang dibalut dengan kain atau plastik dituam pada tempat
yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi
rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera
kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera.
Tuaman ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
ICE
RAWATAN R.I.C.E.
• Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
COMPRESSION
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung.
Ini dapat mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin.
ELEVATION
TERSELIUH LENGAN & BAHU
• Risiko terseliuh lengan atas dan bahu meningkat kerana sesuatu perlakuan daya yang melampau seperti mencapai dan membaling aktiviti, berulang kali mengangkat berat berat, trauma terus ke bahu, jatuh ke lengan terulur, penyertaan dalam sukan lasak sehingga menyebabkan terseliuh.
CARA MENGENAL PASTI
Pemerhatian
Setempat bengkak (edema) tisu lembut atau dalam sendi (pengaliran cairan)
Lebam (ecchymosis) dan tulang selangka menonjol distal
Individu akan menunjukkan reaksi sakit, gerakan bahagian lengan dan bahu menjadi pasif atau lemah
Kekuatan pergerakan terjejas apabila cuba untuk menggerakkan bahu.
SISTEM PERNAFASAN
• Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembus udara.
• Udara yang disedut dibawa ke paru-pari dan meresap oksigen ke dalam darah.
• Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya komposisi gas nitrogen.
SISTEM PERNAFASAN
• Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.
• Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen selama 3 minit.
• Udara = 21% Oksigen + 79% Nitrogen• Jumlah Oksigen diperlukan(respirasi) = 5%• Baki Oksigen = Hembusan untuk membantu mangsa.
BILANGAN pernafasan SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa
Kanak-kanak
Bayi
15 hingga 20 kali seminit.
22 hingga 25 kali seminit.
35 hingga 40 kali seminit.
BILANGAN NADI SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa
Kanak-kanak
Bayi
70 -80 kali
90-100 kali
100-140 kali
Cara memeriksa nadi Periksa nadi di
pergelangan tangan (nadi radial) atau di leher (nadi karotid).
Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa nadi sebaliknya guna hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.
Cardiopulmonary resuscitation (CPR)
• CPR merupakan bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan andi dan tidak bernafas.
• Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan pada dada.
• Fungsi – Membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan.
SEBAB UTAMA CPR DILAKUKAN
Terhenti pernafasanTiada nadi
PEMERIKSAAN ABC
• Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR.
• A – Airway (saluran pernafasan)• B – Breathing (pernafasan)• C – Circulation (peredaran darah)
A- AIRWAY (saluran pernafasan)
• Merupakan tindakan pertama dalam proses CPR.
• Tujuan- Memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.
• Cara – Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.
A- AIRWAY
• Tujuan kedudukan mendongak – Akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
• Perlu juga membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
• Contohnya: Gigi palsu yang pecah.
B – BREATHING (PERNAFASAN)
• Selepas saluran pernafasan dibuka, periksa pernafasan mangsa.
• Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
B – BREATHING (PERNAFASAN)
• Tujuan kedudukan/ keadaan tersebut:-a) Membolehkan mendengar bunyi nafasb) Merasa hembusan nafas c) Mata anda memandang tepat ke arah dada
untuk melihat pergerakan turun-naik dada.• Kaedah 3M = Mendengar, Merasa, Melihat• Jika tiada nafas, anda perlu memberikan
pernafasan bantuan. Cth:-Mulut ke mulut.
C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
• Mengekalkan peredaran darah.• Perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa
telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut.
• Sekiranya mangsa mempunyai denyutan andi, anda hanya perlu meneruskan langkah kedua (bantuan pernafasan) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
• Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
• Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
• Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.
• Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
• Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaram, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
• Baringkan mangsa supaya kedudukan telentang.
• Buangkan sebarang benda asing dari mulut.• Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan
kepala dan angkat dagu mangsa.
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
• Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
• Tentukan mulutnya terbuka.• Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke
mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangas bergerak naik.
• Tentukan tiada kebocoran udar semasa hembusan dilakukan.
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
• Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
• Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
• Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan.
POSISI PEMULIHAN