Upload
aishahnur2010
View
184
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PPT
Citation preview
Penulisan Akademik 1
Kumpulan:Kurikulum & Pedagogi
Pembelajaran Berasaskan Masalah: Meningkatkan Daya Penaakulan Pelajar
Disediakan Oleh: NORHAYA BT ISA P61923 SHAMSINARHALIAH BT MOHD SHAMSURI P62687 SITI NOR AISHAH BT MOHD NOR P61910 YUSMALIZA BT YUSOF P61770 MOHAMAD NORSHAM BIN HJ ABD GHANI P59183 NUR HAFIZAH BT MAHAMAD P61957
Pensyarah:
Dr Jamaluddin Hj Badushah
2
3
Skop Pembentangan
3
AbstrakDefinisi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)Teori Pembelajaran yang berkaitan dengan PBMLangkah-langkah Pelaksanaan PBMPeranan PBM dalam Membawa Perubahan Positif kepada PelajarFokus: PBM Meningkatkan Kemahiran Penaakulan Pelajar
Definisi penaakulanKepentingan kemahiran menaakul kepada pelajarPengaplikasian PBM dalam meningkatkan kemahiran penaakulan pelajarFaktor yang menjadi kekangan bagi PBM untuk meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar.Cadangan
Rumusan / KesimpulanRujukan
4
ABSTRAK
Definisi PBM
PBM membawa perubahan positif
kepada pelajar
Tujuan Penulisan Kertas Konsep
Fokus: PBM meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar
Sumber: Panduan Penulisan Gaya Tesis UKM Edisi Kedua
Panjang abstrak: 200-300 patah perkataan
4
Harapan
5
Penulisan abstrak bagi kertas konsep:Pembelajaran Berasaskan Masalah:
Meningkatkan Kemahiran Penaakulan Pelajar
PBM merupakan pendekatan pembelajaran yang bermula dengan masalah situasi sebenar. Pembelajaran berdasarkan PBM ini melibatkan proses analisis masalah dan sintesis bagi penyelesaiannya. Proses ini melibatkan pembelajaran secara individu dan kolaborasi di antara ahli kumpulan. Guru pula berperanan sebagai pemudah cara dalam PBM
Definisi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Perubahan-perubahan positif dilihat daripada perspektif motivasi, pemahaman, pencapaian dan elemen kerjasama di antara ahli kumpulan.
PBM membawa perubahan positif kepada pelajar
5
6
Tujuan Penulisan Kertas Konsep
Penekanan kepada peranan PBM dalam meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar.
Fokus Perbincangan: PBM meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar
Fokus perbincangan adalah berkenaan dengan kepentingan dan pengaplikasian PBM sebagai suatu kaedah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menaakul, masalah yang mungkin dihadapi dan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
6
Harapan
Membuka dimensi baru dalam pelaksanaan PBM yang melibatkan kemampuan pelajar untuk menaakul. Ini sejajar dengan hasrat negara dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berupaya menghadapi cabaran di peringkat global.
ABSTRAK
7
Rotgans & Schmidt (2011); Zhang et. al. (2011); Rubeiro (2011); Fauziah Sulaiman (2003)
PBM adalah pendekatan pengajaran yang terdiri daripada empat ciri-ciri utama iaitu masalah dunia sebenar, analisis masalah dan penyelesaian masalah yang berstruktur, fokus kepada pembinaan pengetahuan dan guru menjadi pemudah cara (fasilitator).
Ramlee Mustapha & Zaharatul Laila Abdul Rahim (2011 ); Azer (2009); Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman (2009);
PBM ialah pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar, menggunakan masalah sebenar, relevan dan bermakna sebagai fokus dalam pembelajaran.
Definisi Istilah: Pembelajaran Berasaskan Masalah
7
8
Oleh itu ….
PBM adalah kaedah pembelajaran yang melibatkan masalah situasi sebenar (real life problem), proses analisis masalah dan sintesis bagi penyelesaiannya.
Pelajar bertanggungjawab dan mengawal pembelajaran mereka secara individu dan berkolaborasi manakala guru hanya sebagai pemudah cara.
Definisi Istilah: Pembelajaran Berasaskan Masalah
8
9
Teori Konstruktivisme (Jean Piaget dan Vygotsky)
• Membina kefahaman berdasarkan interaksi dengan persekitaran• Konflik kognitif sebagai rangsangan pembelajaran• Pengetahuan diperoleh hasil daripada perbincangan
Teori Pembelajaran berkaitan: Pembelajaran Berasaskan Masalah
9
Sumber: Ramli Mustapha & Zaharatul Laila (2011); Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman (2009)
Teori Kolb
Pembelajaran berasaskan pengalaman Sumber: Ramli Mustapha & Zaharatul Laila (2011)
Teori Schon
Pembelajaran berasaskan refleksi Sumber: Ramli Mustapha & Zaharatul Laila (2011)
10
Langkah Pelaksanaan : Pembelajaran Berasaskan Masalah
10
Pengenalan PBM kepada pelajar
Pelajar diberi masalah situasi
sebenar (real life)
Kenal pasti isu/matlamat
Proses pembelajara
n kendiri
Perbincanganberkumpulan
Penyelesaian masalah
Langkah-langkah pelaksanaan PBM
*Rumusan keseluruhan berkenaan fasa-fasa dalam PBM daripada analisis dan sistesis artikel-artikel yang telah dipilih*
11
Peranan PBM Dalam membawa perubahan positif kepada pelajar
11
Peningkatan motivasi• Semasa proses PBM berlangsung, pelajar berasa seronok (Riberio
2011; Azer 2009) dan lebih teruja (Fauziah Sulaiman (2003) sehingga meningkatkan minat mereka dalam topik yang dikaji (Ali Muhson 2009).
Peningkatan pemahaman• Perancangan, pengimplementasian dan penilaian PBM
meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan idea utama pembelajaran (Zhang 2011; Ali Muhson 2009) dan kandungan pelajaran (Ribeiro 2011; Azer 2009).
12
Peranan PBM Dalam membawa perubahan positif kepada pelajar
12
Peningkatan pencapaian• Kaedah PBM membantu pelajar mengetahui cara mengatasi dan
menyelesaikan cabaran (Ribeiro 2011) sehingga memberikan pengaruh dan prestasi yang positif kepada mereka (Ramlee Mustapha & Zaharatul Laila Abdul Rahim 2011; Ruiz-Gallardo 2011; Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman 2009; Hyo-Jeong So & Bosung Kim 2009).
Peningkatan kemahiran membina soalan• Melalui kaedah PBM, pelajar berjaya membina kemahiran
menyoal secara saintifik (Zhang 2011)
13
Peranan PBM Dalam membawa perubahan positif kepada pelajar
13
Peningkatan tanggungjawab• Pelajar merasa bertanggungjawab untuk terlibat dalam setiap
PBM yang dijalankan (Rotgans & Schmidt 2011).
Peningkatan kerjasama dalam kumpulan• PBM dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran
berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka (Ramlee Mustapha & Zaharatul Laila Abdul Rahim 2011) dengan menggunakan sumber yang pelbagai (Azer 2009).
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
Penaakulan bermaksud kebolehan pelajar untuk mendiskriminasikan antara sebab dan akibat, fakta dan pendapat dan maklumat relevan dan tidak relevan (Carlisle 2003).
Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar membuat keputusan berdasarkan akal dan logik , diberikan ruang serta galakkan untuk mengasah kemahiran tersebut bagi membolehkan mereka membezakan antara positif atau negatif (BPK, KPM 2010).
Oleh itu, penaakulan ialah aktiviti mental yang berkaitan dengan kebolehan berfikir secara teliti bagi pencarian maklumat untuk mencapai satu kesimpulan yang adil. Ia merupakan suatu tindak balas secara sedar dan memerlukan pelajar membuat inferens daripada pemerhatian, fakta atau andaian.
Definisi
Penaakulan
14
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
15
Kepentingan kemahiran menaakul kepada pelajar
Persediaan menghadapi pendidikan alaf ke 21.
Meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Meningkatkan keyakinan dan membina kekuatan diri pelajar.
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
16
Pengaplikasian PBM dalam meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar
Fasa dalam PBM Penerapan kemahiran penaakulan dalam PBM
Orientasi (Pengenalan)
Fasilitator berperanan untuk menerangkan konsep penaakulan dalam PBM kepada pelajar. Fasilitator perlu memberikan masalah yang membolehkan kemahiran menaakul bagi pelajar berkembang.
Fasa Pembelajaran
Kendiri
Pelajar membuat inferens, memberi penerangan yang logik, menganalisis, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi secara individu.
Fasa Perbincangan
Kumpulan
Pelajar berbincang untuk membuat inferens, memberi penerangan yang logik, menganalisis, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi. Semua aktiviti tersebut dijalankan secara kolaborasi dan melibatkan semua pelajar.
Fasa Membuat Keputusan
Pelajar mengaplikasikan kemahiran penaakulan dalam proses membuat keputusan.
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
17
Contoh Aplikasi PBM Menaakul Untuk Kanak-kanak Prasekolah
Fasa dalam PBM Contoh
Orientasi (Pengenalan)
Guru memberikan situasi:“Anita dan Maria sedang makan buah tembikai. Tiba-tiba, Anita tertelan beberapa biji tembikai. Anita merasa gusar dan takut sekiranya pokok tembikai tumbuh di dalam perutnya. Persoalannya ialah: adakah pokok tembikai boleh tumbuh dalam perut Anita?”
Fasa mengenal pasti isu/matlamat
Kanak-kanak tersebut melontarkan pandangan dan idea mengikut imaginasi masing-masing.
Fasa Pencarian Maklumat secara
kendiri & kolaboratifGuru mengaturkan aktiviti seperti mengeksperimen, menonton video interaktif dan penerangan dari pegawai kesihatan.
Fasa Perbincangan Kanak-kanak memberikan dapatan aktiviti pencarian maklumat. Mereka membuat penaakulan dan memberikan pelbagai alasan.
Fasa Membuat Keputusan
Guru membantu kanak-kanak menjustifikasikan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
18
Peranan guru sebagai fasilitator
pemudah cara dalam membimbing dan melatih murid
dalam setiap fasa PBM
pastikan pelajar mampu mengembangkan kemahiran
menaakul melalui fasa-fasa PBM
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
19
Kekangan bagi PBM dalam meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar
Aras pemikiran pelajar tidak sama
Masalah terlalu abstrak
Guru kurang berkemahiran dalam menguasai elemen menaakul
Murid tidak dapat mengaitkan pengetahuan dengan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru
Bilangan pelajar yang ramai menyukarkan fasilitator memberi bimbingan.
Fokus: PBM Meningkatkan KEMAHIRAN Penaakulan Pelajar
20
Cadangan penyelesaian kepada kekangan
Guru perlu diberi bimbingan dan latihan profesional
Murid diberi pendedahan awal mengenai konsep PBM
Guru perlu menyediakan modul yang bersesuaian mengikut kumpulan aras kognitif murid
1
2
3
Rumusan dan kesimpulan
21
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan suatu kaedah pembelajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pemikiran tersebut berupaya mendorong pelajar untuk menjustifikasikan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul.
Pelbagai impak yang positif dapat diperoleh daripada aktiviti PBM ini termasuklah meningkatkan kemahiran menaakul dalam diri pelajar. Kemahiran tersebut adalah signifikan dalam memastikan generasi muda di Malaysia mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Diharap, para pendidik dapat mengaplikasikan pendekatan PBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
22
Ali Muhson. 2009. Penerapan problem-based learning dalam pembelajaran statiska lanjut. Jurnal Ekonomi & Pendidikan, 6(1):84-99.
Azer, S. A. 2009. Problem-based learning in the fifth, sixth, and seventh grades: assessment of students' perceptions. Teaching and Teacher Education 25:1033-1042.
Etherington, M. B . 2011. Investigative primary science: a problem-based learning approach. Australian Journal of Teacher Education 36(9): 36-57.
Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman.(2009). Penerapan pendekatan PBL dalam pakej multimedia C2HADAM: konstruk keberkesanan. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5:25-46.
Fauziah Sulaiman, et.al. 2003. Pembelajaran fizik menggunakan laman web kaedah pembelajaran berasaskan masalah: analisis persepsi pelajar. Jurnal Teknologi Pendidikan ke 16 – ICT Dalam Pendidikan dan Latihan: Trend dan Isu 252- 257.
Ramlee Mustapha & Zaharatul Laila Abdul Rahim. 2011. Problem-based learning in Malaysian technical school. International Journal for Educational Studies 4:41-54.
Ribeiro, Luis Roberto C. 2011. The pros and cons of problem-based learning from the teacher’s standpoint. Journal of University Teaching & Learning Practice 8(1): 1-17.
RUJUKAN
23
Rotgans, J. I. & Schmidt, H. G. 2011. Cognitive engagement in the problem-based learning classroom. Advances in Health Sciences Education 16(4): 465-479.
Ruiz-Gallardo, J. et.al 2011. Assessment student workload in problem based learning: relationships among teaching method, student workload and achievement. A case study in natural science. Teaching and Teacher Education 27:619-627.
Severians, S. E. & Schmidt, H. G. 2008. Academic and social integration and study progress in problem based learning. High Education Journal 58:59-69.
So, H. J. & Kim, B. 2009. Learning about problem based learning: student teachers integrating technology, pedagogy and content knowledge. Australasian Journal of Educational Technology 25(1):101-116.
Zhang, M., Parker, J., Eberhardt, J. & Passalacqua, S. 2011. "What's so terrible about swallowing an apple seed?" problem-based learning in kindergarten. Journal of Science Education and Technology 20(5): 468-481.