Upload
serailengkuas
View
422
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITARPROJEKPEMBANGUNAN TANAH TINGGI LOJINGGUA MUSANG, KELANTAN
Citation preview
1
PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR PROJEK
PEMBANGUNAN TANAH TINGGI LOJING GUA MUSANG, KELANTAN
Untuk
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Jajahan Gua Musang, Kelantan
Oleh
Professional Environmental Services Fakulti Pengajian AlamSekitar
Universiti Putra Malaysia
Januari 2008
2
1. Pengenalan Penerangan Projek
Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK) telah mencadangkan untuk membangun kawasan tanah tinggi yang
terletak di Lojing, Kelantan. Pembangunan yang dicadangkan ialah yang
berteraskan pertanian dan pelancongan.
Kawasan yang dikenalpasti telah diagihkan kepada beberapa projek seperti
berikut :-
1. Projek Ladang Rakyat Dataran Rabuah, Lojing
2. Projek Sayur dan Bunga, Damai Orkid Sdn. Bhd.
3. Projek Pertanian Tanah Tinggi Lojing
4. Projek Pusat Peranginan, Golf dan Ladang Buah-buahan.
.
1.2 Lokasi Projek
Kawasan projek tersebut terletak di Lojing dalam jajahan Gua Musang,
Kelantan Darul Naim (Rajah 1.2.1). Kawasan tersebut bersempadan dengan
Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Mengikut maklumat Jabatan
Hutan Negeri Kelantan kawasan projek telah dibalakkan pada tahun 1989 dan
1994. Tapak projek terletak dalam Lot PT 4030, PT 4031, PT 4465, PT 4464,
dan PT 4463 (PTG:KN.22/4/111(16) dan KN.22/4/131) seperti Lampiran 1.
Kelulusan hak milik tanah kerajaan telah diberikan oleh Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian (PTG.KN. 22/4/111(16)) seperti dalam Lampiran 2. Tapak
projek berada dalam lingkungan garis latitud 40 38.5’ U dan garis longitud
1010 26.5’ T hingga 1010 28.8’ T (Rajah 1.2.2)
3
Impak kepada Persekitaran Semasa
1.2.1 Topografi dan Gunatanah
Keadaan topografi secara fizikalnya berkeadaan sama seperti peringkat
pembinaan. Apa yang berbeza ialah dari segi peratus penutupan muka bumi,
dan peningkatan penutup bumi bertambah dengan bertambahnya darjah
kestabilan topografi tersebut hasil dari kerja pemuliharaan melalui aktiviti
pertanian dan juga landskap.
Dari segi pola gunatanah, perkembangan Projek Lojing dan juga publisiti
melalui pelbagai media akan mengubah pola tersebut. Perubahan akan mirip
kepada aktiviti pelancongan dan pertanian yang lebih intensif dan
perkembangan ini akan menyebabkan keluasan hutan di persekitaran kawasan
projek akan banyak diterokai sama ada oleh kerajaan negeri atau pihak swasta
untuk memajukan kawasan yang terbabit. Ekoran dari projek tersebut akan
menaikkan harga tanah di sekitarnya dan jika didorongkan oleh keadaan
infrastruktur yang menyakinkan, ia akan mempercepatkan lagi pertumbuhan
ekonomi. Dijangkakan harga tanah akan meningkat di antara 10 hingga 30
peratus dan peningkatannya akan selari dengan perkembangan infrastruktur di
persekitaran tersebut.
1.2.2 Iklim
Suhu pada peringkat ini mungkin akan berubah sebanyak 0.05 – 0.1 oC pada
tahap harian disebabkan keadaan permukaan tanah yang diselaputi dengan
tanaman hijau sama ada hasil dari aktiviti lanskap dan pertumbuhan tanaman
yang diusahakan. Kesan terhadap halaju angin dijangkakan sama seperti di
peringkat pembersihan.
4
1.2.3 Hidrologi dan Sumber Air
Perubahan regim hidrologi selepas pembangunan projek siap melibatkan
perubahan kepada ciri-ciri permukaan tanah, perubahan kepada jaringan
saliran semulajadi, dan wujudnya saluran saliran binaan. Struktur permukaan
tanah yang terlibat dengan pembinaan serta penanaman pokok akan menjadi
lebih kedap kepada kemasukan air ke dalam permukaan tanah. Dengan
pertambahan kepada jaringan saliran buatan, serta kapasiti susupan
berkurangan, arus air yang mengalir dari kawasan tersebut akan bertambah,
dan isipadu larian air permukaan akan berkumpul dengan cepat selepas
kejadian hujan yang lebat. Saluran konkrit senang diselenggara dan cekap,
walau bagaimanapun, oleh kerana kebolehannya menyalurkan larian
permukaan dengan cepat boleh menyebabkan hakisan saluran. Sekiranya
sistem perparitan tersumbat di mana-mana bahagian, keadaan pertakungan air
boleh berlaku.
11..22..44 TTaannaahh ddaann HHaakkiissaann TTaannaahh
Anggaran kadar hakisan yang di kira dari RUSLE dalam fasa ini jauh lebih
rendah dari fasa pembinaan tetapi tinggi sedikit dari fasa pembersihan.
Nilainya bagi kawasan sayuran dan bunga-bungaan ialah 13.7 tan/ha/tahun
{K=0.145, (Jadual 6.4.5), C=0.096 (litupan=20 peratus, kekasaran
pemukaan=0.80 dan tidak dibajak), P= 0.15 dan L=20m}. dan bagi kawasan
8.9 tan/ha/tahun {K=0.145, (Jadual 6.4.5), C=0.062 (litupan=80 peratus,
kekasaran pemukaan=0.80 dan tidak dibajak), P= 0.15 dan L=20m}.
AAnnggggaarraann kkaaddaarr hhaakkiissaann ffaassaa ooppeerraassii iinnii aaddaallaahh ddiikkiirraa bbaaggii mmuussiimm ppeerrmmuullaaaann
ppeennaannaammaann ddaann aaddaallaahh ddiirraammaallkkaann kkaaddaarr iinnii aakkaann bbeerrkkuurraannggaann sseeccaarraa
pprrooggrreessiiff mmeennggiikkuutt ppeerrkkeemmbbaannggaann kkeemmaattaannggaann ttaannaammaann tteerruuttaammaannyyaa bbaaggii
ttaannaammaann lliimmaauu mmaadduu,, bbuuaahh--bbuuaahhaann ddaann aaggrroo--ppeerrhhuuttaannaann.. BBaaggii ttaannaammaann
5
ssaayyuurraann yyaanngg mmeemmppuunnyyaaii jjaannggkkaahhaayyaatt 5500 hhiinnggggaa 110000 hhaarrii mmaassaallaahh hhaakkiissaann
bbaaggii ffaassaa iinnii mmuunnggkkiinn lleebbiihh sseerriiuuss sseebbaabb sseelleeppaass ddiittuuaaii,, ppeerrsseeddiiaaaann ttaappaakk aakkaann
ddiimmuullaakkaann sseemmuullaa ddaann iinnii aakkaann mmeennyyeebbaabbkkaann hhaakkiissaann sseellaannjjuuttnnyyaa..
PPeenniillaaiiaann kkaaddaarr hhaakkiissaann ddii aattaass aaddaallaahh mmeennggaammbbiill kkiirraa sseemmuuaa aammaallaann
kkaawwaallaann hhaakkiissaann yyaanngg ddiiccaaddaannggkkaann ddiijjaallaannkkaann ddeennggaann sseemmppuurrnnaa ddaann
ppeemmaannttaauuaann ddiibbuuaatt ddaallaamm jjaarraakk jjaannggkkaammaassaa tteerrtteennttuu.. TTeebbiinngg--tteebbiinngg tteerreess
hheennddaakkllaahh ddiissttaabbiillkkaann..
1.2.5 Kualiti Air
Keadaan tanah pada fasa operasi adalah paling stabil berbanding dengan fasa
yang lainnya, hasil dari program lanskap dan penyediaan infrastruktur yang
bersesuaian. Dengan kestabilan ini, penghasilan larian permukaan dan
sedimen dijangka berkurangan. Keadaan ini secara tidak langsung akan
mengurangkan pencemaran seterusnya dan ini akan memperbaiki status
kualiti badan air yang terlibat. Sumber pencemaran yang dikenalpasti
berpotensi untuk menurunkan status kualiti air ialah dari sisa cecair yang
dihasilkan oleh penghuni kawasan serta pelancong, dan juga dari aktiviti
pertanian seperti penggunaan baja dan racun (racun herba, racun serangga
dan racun kulat).
Kemasukan bahan pencemar yang berunsurkan organik dan juga nutrien
dijangka akan memberi kesan kepada nilai estetika badan air yang terbabit.
Walau bagaimanapun, kesan ini adalah berkurangan jika dibandingkan
dengan fasa pembersihan dan pembinaan terutamanya daripada pengaruh
parameter TSS dan kekeruhan di mana tahap penurunan kualiti badan air
yang terlibat adalah berkurangan.
6
Kemasukan bahan racun pertanian akan menyebabkan berlakunya kepupusan
hidupan akuatik yang sensitif kepada kehadiran bahan cemar tersebut dan
juga akan memberi kesan kepada pengguna di hilir sungai.
1.2.6 Kualiti Udara
Pada peringkat ini kesan kepada pencemaran udara bergantung kepada tahap
aktiviti kegiatan yang disarankan. Kawasan yang ditanam dengan limau
madu, dirasakan tidak begitu banyak mendatangkan masalah pencemaran
udara kerana kawasan tanaman limau akan dilitupi oleh tanaman penutup
bumi seperti rumput dan kekacang. Sungguhpun begitu, masalah mungkin
wujud sekiranya banyak kenderaan seperti lori digunakan untuk mengangkut
hasil buahan limau ke pasaran. Lori yang berulang-alik akan menyebabkan
debu berterbangan di jalan yang tidak ditar ini.
Di kawasan tanaman sayur pula, impak mungkin berbeza. Memandangkan
aktiviti penanaman sayur dibuat secara intensif, ada kemungkinan
pencemaran debu mungkin giat di masa permulaan musim menanam
memandangkan kerja-kerja pembersihan lot tanah. Pencemaran bahan racun
perosak dan baja juga menimbulkan masalah gas beracun serta juga
peningkatan bilangan lalat di kawasan ini disebabkan bau busuk baja tahi
ayam yang mungkin digunakan.
1.2.7 Persekitaran Sosio-ekonomi
Operasi projek ini dijangka memberikan beberapa kesan negatif dan positif
kepada persekitaran Orang Asli. Impak negatif yang ketara ialah kemasukan
pekerja dan kakitangan daripada luar kawasan akan membawa budaya dan
adat resam yang berbeza daripada yang terdapat di kalangan Orang Asli.
Fenomena ini dapat diperhatikan di kawasan rizab Orang Asli. Laporan
7
kajian menunjukkan bahawa pada peringkat awal, terdapat ramai Orang Asli
di kawasan rizab. Namun apabila aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah
dimulakan, mereka telah berhijrah ke Pos Sigar dan Kampung Sinrod. Orang
Asli mempunyai cara hidup termasuk pakaian dan makanan yang berbeza
daripada kaum lain. Sikap mereka yang pemalu juga mengakibatkan mereka
akan memencilkan diri daripada kawasan projek. Impak negatif yang lain
termasuk gangguan terhadap sumber makanan orang asli yang terdapat di
dalam hutan yang berhampiran dengan kawasan projek. Pertambahan jumlah
kenderaan serta aktiviti yang lain akan meningkatkan tahap kebisingan di
kawasan projek dan ini akan mengganggu binatang yang terdapat di dalam
hutan yang menjadi sumber makanan Orang Asli. Selain daripada itu, air
kumbahan yang dijangka dilepaskan daripada rumah kediaman yang terdapat
di kawasan projek akan mengganggu kebersihan air sungai yang menjadi
punca utama untuk minuman dan kegunaan harian kepada Orang Asli.
Namun begitu, projek ini dijangka akan menghasilkan kesan positif terhadap
Orang Asli di kawasan projek. Apabila projek ini beroperasi kelak, ianya
dijangka akan membawa beberapa kemudahan yang baru. Ini termasuklah
sistem persekolahan, sistem bekalan tenaga elektrik dan air serta sistem
jalanraya yang lebih selesa. Kesemua kemudahan atau utiliti ini akan
diperkenalkan ke kawasan projek untuk kemudahan pekerja, kakitangan dan
juga pengangkutan masuk dan keluar hasil daripada projek.
Kesan positif lain yang dijangka dari projek ini akan membuka beberapa
peluang pekerjaan kepada Orang Asli. Selain daripada mendapat upah atau
pendapatan yang lebih terjamin ianya akan meningkatkan lagi kecekapan
serta kemahiran Orang Asli melalui latihan yang akan dijalankan oleh
pengusaha projek.
8
1.2.8 Ekologi Hutan
Usaha harus diambil untuk meminimumkan gangguan terhadap sisa hutan
supaya apa jua tumbuhan dan haiwan yang masih wujud di kawasan yang
berkenaan berkekalan. Dalam masa yang sama, usaha juga harus diambil
untuk menanam semula pokok-pokok di kawasan itu supaya landskap
bertambah baik dan kepelbagaian tumbuhan bertambah kaya.
1.2.9 Kebisingan
Semasa operasi, bunyi yang dihasilkan di sekitar kawasan projek adalah
datang dari kenderaan yang berulang alik dari kawasan ini ke pusat
pengumpulan terutama dari Lojing ke Pekan Raja. Kenderaan yang banyak
terdapat disini adalah dari jenis pacuan empat roda. Paras bunyi bising pada
ketika ini adalah dalam lingkungan antara 70 dB(A) hingga 90 dB(A).
2, Pelan Pengurusan Alam Sekitar
2.1 Komponen Projek
Projek yang akan diusahakan di kawasan ini akan melibatkan pembangunan
pertanian dan industri agro-pelancongan di kawasan tanah tinggi Lojing
(Rajah 5.1.1). Ianya akan diusahakan secara persendirian atau usahasama
yang melibatkan beberapa buah syarikat di beberapa kawasan seperti berikut:
9
• Projek buah-buahan iklim sederhana iaitu longan, laici dan pisang
kaki di atas tanah seluas 171.78 hektar (424.50 ekar)14 ekar yang
akan diusahakan oleh Syarikat Darul Naim Agro-Management
Industries Sdn. Bhd. (DAMAI). Damai Sdn. Bhd. ialah anak
syarikat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK). Di dalam laporan, projek ini dipanggil Projek Ladang
Rakyat Dataran Rabuah Lojing. (Rajah 5.1.2)
• Projek penanaman sayur tanah tinggi di atas tanah seluas 52.57
hektar (129.90 ekar) yang dijalankan oleh Syarikat Damai Sdn.
Bhd. Di dalam laporan, projek ini dipanggil Projek Sayur dan
Bunga.
• Projek pertanian tanah tinggi di atas tanah seluas 148.17 hektar
(366. 12 ekar) yang diusahakan oleh Kumuplan Pertanian Kelantan
Berhad (KPKB) iaitu anak syarikat PKINK. Di dalam laporan,
projek ini dipanggil Projek Pertanian Tanah Tinggi Lojing
(Rajah 5.1.3)
• Projek pusat peranginan agro-pelancongan dan pusat peranginan
golf di atas tanah seluas 137.50 hekatr (339.84 ekar) dan
diusahakan oleh Cameron Farm and Nursery Development Sdn
Bhd. iaitu syarikat usahasama di antara Perbadanan Kemajuan
Iktisad Negeri Kelantan dengan SCK Properties Sdn. Bhd. Di dalam
laporan, projek ini dipanggil Projek Pusat Peranginan, Golf dan
Ladang Buah-buahan. (Rajah 5.1.5)
10
2.2 Jadual Pematuhan Pelan Alam Sekitar
Keseluruhan pelan Projek akan direka menurut cadangan yang dibuat dari Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kelulusan laporan tersebut. Selain itu, keperluan lain Pelan Alam Sekitar turut diringkaskan di dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Jadual Pematuhan Pelan Alam Sekitar Aspek Alam Sekitar yang Diberi
Perhatian Rujukan Pematuhan Rekaan Pelan Pematuhan
A. IMPAK TERHADAP ALAM SEKITAR
1. Topografi
(a) Cerun melebihi 25° (b) Kerja tanah
2. Sungai semulajadi/ air bawah tanah
3. Flora
(a) Pembersihan kawasan
4. Fauna (a) Pembersihan
kawasan
• Garis Panduan JPBD • Garis Panduan Jabatan
Alam Sekitar (Pencegahan dan Pengawalan Hakisan Tanah)
• Garis Panduan Jabatan
Perparitan dan Saliran • Syarat daripada Jabatan
Alam Sekitar (bagi kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar)
• Syarat daripada Jabatan
Alam Sekitar (bagi kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar
• Tiada pembangunan
dijalankan di atas cerun 25°
• Kerja bumi yang dijalankan perlu mengambil kira keadaan asal topografi
• Tiada pelencongan
sungai • Pembersihan kawasan
terhad • Pembersihan kawasan
terhad
11
Aspek Alam Sekitar yang Diberi
Perhatian Rujukan Pematuhan Rekaan Pelan Pematuhan
B. IMPAK TERHADAP KUALITI UDARA
5. Pembersihan kawasan dan
kerja tanah
• Garis Panduan Kualiti Udara yang disyorkan Jabatan Alam Sekitar
• Impak kualiti udara pada kawasan sekitar
C. IMPAK TERHADAP KUALITI AIR
6. Perparitan dan larian air 7. Kumbahan
• Garis Panduan Jabatan Perparitan dan Saliran
• Garis Panduan Jabatan
Alam Sekitar (Pencegahan dan Pengawalan Hakisan Tanah)
• Jabatan Sistem
Kumbahan, Garis Panduan Sistem Kumbahan
• Rekabentuk, konsep dan sistem perparitan dilaksanakan mengikut Garis Panduan
• Kaedah kawalan yang boleh mengurangkan hakisan dan enapan tanah
• Bahan kumbahan yang
tidak dirawat tidak boleh disalurkan ke dalam aliran air
D. IMPAK TERHADAP TAHAP KEBISINGAN
8. Pembersihan kawasan dan
kerja tanah
• Garis Panduan WHO • Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987
• Impak bunyi bising terhadap komuniti sekitar
E. IMPAK TERHADAP MANUSIA
9. Peluang pekerjaan
• Persetujuan daripada JHEOA
• Kesan terhadap komuniti setempat
12
3. Pengurusan Alam Sekitar- Peringkat Pembinaan
3.1 Jadual Pengawalan Pencemaran Alam Sekitar- Peringkat Pembinaan
Kaedah kawalan yang disyorkan semasa peringkat pembersihan ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Jadual Pengawalan Pencemaran Alam Sekitar- Peringkat Pembinaan
AKTIVITI PROJEK RUJUKAN
PEMATUHAN KAEDAH KAWALAN
1. Kerja tanah
(a) Pembersihan kawasan dan pemindahan lapisan atas permukaan tanah
• Garis Panduan Jabatan Alam Sekitar (Pencegahan dan Pengawalan Hakisan Tanah)
• Lapisan atas permukaan tanah dipindahkan secara sementara di kawasan yang direka seperti yang ditunjukkan di Rajah A1. Simpanan tanah perlulah disimpan di kawasan yang tidak akan berlaku larian permukaan air.
• Pembakaran terbuka adalah tidak
dibenarkan.
13
AKTIVITI PROJEK RUJUKAN
PEMATUHAN KAEDAH KAWALAN
(b) Kerja tanah
• Syarat daripada Jabatan Alam Sekitar (bagi kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar
• Sebelum kerja tanah dijalankan, kolam enapan dan ’perimeter drains’ perlu dibina.
• Kerja tanah perlu dijalankan secara
sistematik dan mengikut susunan untuk mengurangkan permukaan tanah terdedah pada jangkamasa yang panjang.
• Di mana yang sesuai, kerja tanah
perlu dijadualkan dan sebolehnya dilakukan semasa musim kering bagi mengurangkan aliran permukaan air.
• Kawasan pekerjaan biasa tidak
boleh dijalankan berhampiran permukaan air.
(c) Pembangunan cerun
• Garis panduan Pembangunan Bangunan dan Kawasan Berbukit oleh JPBD
• Tiada pembangunan akan dijalankan di kawasan yang berkecerunan melebihi 25°.
• Tumbuhan semulajadi yang ada
perlulah dikekalkan sebanyak mungkin bagi melindungi cerun dan meminimumkan hakisan permukaan tanah.
14
AKTIVITI PROJEK RUJUKAN
PEMATUHAN KAEDAH KAWALAN
2. Hakisan dan sedimentasi
(a) Tanaman penutup bumi
• Garis Panduan
Jabatan Alam Sekitar (Pencegahan dan Pengawalan Hakisan Tanah)
• Pembersihan tumbuhan perlu
dikurangkan dan kawasan yang telah dibersihkan perlu dilindungi secara mekanikal (plastik/ lapisan geotekstil dll.), jika tanaman tutup bumi tidak ditanam di dalam masa 1-2 minggu selepas pembersihan.
• Kesemua cerun perlu
dilindungi/ditutup sementara jika penanaman tanaman tutup bumi tidak dapat dilakukan serta-merta.
• Penanaman tanaman tutup bumi
diperlukan pada cerun yang melebihi 16% (jarak antara tanaman tutup bumi adalah 1 inci) manakala ’spot turfing’ bagi kawasan landai (jarak antara tanaman tutup bumi adalah 3 inci).
15
AKTIVITI PROJEK RUJUKAN PEMATUHAN KAEDAH KAWALAN (b) Kolam
enapan • Garis Panduan Jabatan
Perparitan dan Saliran
• Kolam enapan dibina dengan kapasiti tidak kurang daripada 5% aliran dari kawasan projek
• Lokasi pembinaan kolam enapan
yang dicadangkan ditunjukkan di dalam Rajah 1.1.
• Kolam enapan perlu dibina bagi
memanjangkan masa sekatan, pengeluaran air perlu diarahkan ke ‘overflow weir’ dan ke atas batuan gabions bagi mengurangkan potensi hakisan di sepanjang tebing yang dilalui air.
• Kolam enapan perlu dibina
menggunakan batuan gabions sebagai benteng dengan kedalaman tidak kurang daripada 1 m.
• Kolam enapan perlu diselia setiap
minggu dan/atau selepas peristiwa hujan lebat. Pembuangan enapan dan sedimen dilakukan bagi memastikan kedalaman minimum kolam dicapai.
16
AKTIVITI-AKTIVITI PROJEK
RUJUKAN PEMATUHAN
KAEDAH KAWALAN
30. Lain-lain (a) Kesihatan Orang Awam (b) Lalulintas
• Jabatan
Pengangkutan dan Jalan
• Penjaja makanan tanpa lessen tidak dibenarkan menjalankan aktiviti di dalam kawasan lokasi.
• Khemah kerja mestilah bebas dari dibanjiri air. Saliran sementara harus diubahsuai mengikut perubahan keadaan lokasi.
• Pejabat lokasi dan khemah kerja harus terletak di kawasan yang strategik, sekurang-kurangnya 100 meter dari badan air. Kemudahan-kemudahan asas seperti air minum, tandas dan bekalan elektrik wajar disediakan.
• Pemindahan alatan dan mesin haruslah dirancang dan dipantau di beberapa kawasan dan peringkat kerja untuk memastikan kelancaran dan keselamtan lalulintas.
• Bahan mentah perlu ditutup sepanjang masa untuk mengelakkan tumpahan ketika proses penngakutan ke lokasi melalui jalan-jalan awam.
• Kelajuan semua kenderaan dalam kawasan lokasi menggunakan laluan sementara dan jalan lojistik perlu dihadkan kepada kelajuan 30 km/j. di semua persimpangan dimana adalah sibuk, adalah wajar ditugaskan pengawal untuk memantau pergerakan dan memastikan kelancaran dan keselamatan lalulintas.
17
(c) Lain-lain
• Berat muatan maksimum yang dibenarkan haruslah dihadkan merujuk kepada pihak bertanggungjawab jalan yang berkaitan. Sebarang aplikasi untuk permit akses berat harus dimohon melalui pihak bertanggungjawab jalan.
• Semua kontraktor haruslah
bertanggungjawab dalam perkara berkenaan pengembalian terhadap kedudukan asal dan pembaikan jalan awam dan jalan persendirian yang disebabkan oleh pergerakan kenderaan bagi tujuan pembinaan untuk kepuasan pemilik atau pihak berwajib yang berkaitan.
18
4. Pengurusan Alam Sekitar – Peringkat Operasi 4.1 Jadual Kawalan Pencemaran Alam Sekitar – Peringkat Operasi
Kaedah kawalan yang disyorkan yang perlu dijalankan semasa peringkat operasi ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Kawalan Pencemaran Alam Sekitar – Peringkat Operasi
AKTIVITI-AKTIVITI PROJEK
RUJUKAN PEMATUHAN KAEDAH KAWALAN
B. Peringkat Operasi 1. Air 3.Pencemaran Air (a) Penghasilan efluen
• Panduan Jabatan Pengairan dan Saliran
• Pemeriksaan dan penyelenggaraan pembentungan dan saliran secara teratur adalah penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang sekatan atau halangan aliran banjir kilat yang terjadi ketika banjir sementara
• Risiko hakisan tanah,
kelodak dan sediment ke dalam aliran air akan berkurang sebaik sahaja pembinaan selesai.
• Rekabentuk sistem perparitan haruslah mengikut spesifikasi Jabatan Pengairan dan Saliran.
• Tiada efluen dihasilkan
semasa peringkat operasi.
19
(b) Sisa Toksik dan Berbahaya (c) Sisa Pepejal 4. Pencemaran udara (a) Pelepasan dari kenderaan 5. Pencemaran Bunyi Bising
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996
• Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987
• Tiada bahan toksik dan berbahaya dihasilkan dari tapak lokasi.
• Kesemua aliran yang keluar memasuki jalan air haruslah dibekalkan dengan penghalang untuk pengasingan sampah-sarap dan sisa pepejal yang dibuang oleh pejalan kaki.
• Kawalan trafik secara teratur terhadap semua kenderaan harus dijalankan untuk memastikan pelepasan gas pencemar dari ekzos tidak melebihi piawaian yang titetapkan.
• Penguatkuasaan harus dibuat untuk memastikan penggunaan kenderaan di kawasan projek mematuhi paras bising yang dibenarkan
20
5. Pemonitoran dan Audit Alam Sekitar 5.1 Program Pemonitoran semasa Fasa Pembinaan Program pemonitoran ini disediakan berdasarkan kepada syarat Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar (EIA) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan cadangan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar yang diserahkan kepada JAS. Pemonitoran dan audit alam sekitar perlu dijalankan sekali dalam 3 bulan sepanjang jangkamasa pembinaan dan keputusan adalah mengikut Laporan Pemonitoran dan Audit Alam Sekitar. 5.1.1 Kualiti Air
(a) Kolam Penahanan Kelodak Pemonitoran kualiti air perlu dijalankan di semua saluran keluar perangkap enapan. Lokasi pemonitoran yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Pemonitoran wajar dijalankan setiap bulan bermula dari awal aktiviti kerja tanah. Analisa akan dijalankan oleh makmal Profressional Environmental Services, UPM.
(b) Sungai Oleh kerana larian permukaan dan perangkap enapan mengalir terus ke dalam sungai, pemonitoran kualiti air perlu dijalankan setiap bulan di semua hulu dan hilir lokasi yang difikirkan perlu (Rajah 1.1). Parameter yang disyorkan untuk diuji adalah seperti berikut:
Parameter Had yang dicadangkan*
Frekuensi
pH BOD COD DO
6.5 – 9.0 3 mg/l
25 mg/l 5 – 7 mg/l
Setiap bulan
21
TSS Minyak dan gris E.coli
Ammoniakal Nitrogen
150 mg/l # NR
400 counts/100 ml 0.3 mg/l
• * - Dicadangkan oleh Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (Kelas IIB).
• # - Tahap TSS dari saluran keluar perangkap enapan perlulah tidak melebihi syarat Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar yang ditetapkan oleh JAS iaitu 150 mg/l.
• NR - Tidak dicadangkan 5.1.2 Kualiti Udara
• Pemonitoran udara adalah disyorkan dijalankan sekali dalam 3 bulan. Lokasi pemonitoran adalah seperti dalam Rajah 1.1.
Parameter untuk diukur semasa pemonitoran udara termasuk:
Parameter Had yang dicadangkan*
Frekuensi
TSP Kelajuan/arah angin
260 g/m3
- Sekali dalam setiap 3
bulan
5.1.3 Tahap Kebisingan
Cadangan pemonitoran tahap kebisingan untuk 8 jam dijalankan di lokasi sama seperti di dalam Rajah 1.1.
22
Parameter yang dicadangkan ialah:
Parameter Had yang dicadangkan*
Frekuensi
Leq L10 L90
65 dB (A) siang 55 dB (A) malam
Sekali dalam setiap 3 bulan
* - Dicadangkan dalam Garis Panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
5.2 Program Pemonitoran semasa Fasa Operasi 5.2.1 Kualiti Air
Semasa peringkat operasi, pemonitoran kualiti air perlu dilakukan sehingga keadaan stabil berbanding dengan data dasar (baseline yang terdapat dalam laporan EIA).
5.2.2 Kualiti Udara
Di peringkat operasi, kawasan Projek dijangkakan tidak akan menghasilkan pencemaran udara berikutan keseluruhan jalan adalah jalan bertar. Sebarang pencemaran udara adalah berpunca dari aliran trafik. Jalanraya yang terlibat dijangkakan tidak mengalami masalah kesesakan lalulintas. Oleh sebab itu, pemonitoran kualiti udara semasa fasa operasi adalah perlu sehingga stabil berbanding dengan data dasar (baseline yang terdapat dalam laporan EIA).
5.2.3 Tahap Kebisingan
Sementara untuk tahap kebisingan, punca utama adalah berpunca dari aliran lalulintas. Pematuhan had laju akan membantu mengurangkan pencemaran bunyi bising. Lain-lain punca kebisingan adalah dari aktiviti-aktiviti manusia. Oleh sebab itu, pemonitoran kualiti
23
udara semasa fasa operasi adalah perlu sehingga stabil berbanding dengan data dasar (baseline yang terdapat dalam laporan EIA).
5.3 Senarai Semak Audit
Senarai semak audit alam sekitar untuk kegunaan semasa fasa pembinaan ditunjukkan dalam Jadual 5.1.
24
5.4 Jadual Pematuhan Audit
Jadual pematuhan audit untuk kegunaan semasa audit di lokasi ditunjukkan dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.1: Senarai Semak Audit Alam Sekitar
i. Peringkat Pembinaan
Subjek Bersesuaian 1.0 Pengurusan Alam Sekitar (EMS) 1.1 Perubahan dalam Sistem Pengurusan Alam Sekitar √
1.2 Pembahagian tanggungjawab pemonitoran alam sekitar yang efektif.
√
1.3 Pematuhan terhadap keperluan laporan √
1.4 Pematuhan terhadap keperluan penyimpanan rekod √
2.0 Hakisan, Sedimen dan Kawalan Banjir
2.1 Penyelenggaraan perangkap enapan √
2.2 Penyelenggaraan silt fence
2.3 Penyelenggaraan kolam enapan √
2.4 Penyelenggaraan sistem perparitan √
2.5 Penyelenggaraan berm √
2.6 Perlindungan cerun √
2.7 Perlindungan kawasan terbuka √
3.0 Kawalan Lalulintas
3.1 Pengurusan sistem lalulintas √
3.2 Keadaan jalan yang menuju ke tapak lokasi √
3.3 Keadaan jalan yang menuju keluar tapak lokasi √
3.4 Penyelenggaraan kenderaan – kawalan pencemaran bunyi bising √
25
dan udara
3.5 Operasi kenderaan – prosedur yang teratur (penutup) semasa pengangkutan bahan mentah
√
3.6 Penyelenggaraan laluan pembersihan
4.0 Pengurusan Sisa
4.1 Sistem pengurusan biomass √
4.5 Sistem pengurusan efluen
5.0 Kawalan Kualiti Air
5.1 Pengeluaran dari perangkap enapan √
6.0 Kawalan Kualiti Udara
6.1 Pelepasan dari kenderaan √
6.2 Pelepasan dari jentera/alatan √
7.0 Kawalan tahap kebisingan 7.1 Bunyi bising kenderaan √
7.2 Bunyi bising jentera/alatan √
7.3 Bunyi bising dari aktiviti manusia √
26
Jadual 5.2: Senarai Semak Pematuhan Audit
Subjek Sila tandakan √ dimana bersesuaian
Mematuhi Tidak Mematuhi Tidak
relevan Minor Major 1.0 Pengurusan Alam Sekitar (EMS) 1.1 Perubahan dalam Sistem Pengurusan Alam
Sekitar
1.2 Pembahagian tanggungjawab pemonitoran alam sekitar yang efektif.
1.3 Pematuhan terhadap keperluan laporan
1.4 Pematuhan terhadap keperluan peyimpanan rekod
2.0 Hakisan dan Sedimen
2.1 Penyelenggaraan perangkap enapan
2.2 Penyelenggaraan silt fence
2.3 Penyelenggaraan kolam enapan
2.4 Penyelenggaraan sistem perparitan
2.5 Penyelenggaraan berm
2.6 Perlindingan cerun
2.7 Perlindungan kawasan terbuka
3.0 Kawalan Lalulintas
3.1 Pengurusan sistem lalulintas
3.2 Keadaan jalan yang menuju ke tapak lokasi
3.3 Keadaan jalan yang menuju keluar tapak lokasi
3.4 Penyelenggaraan kenderaan – kawalan pencemaran bunyi bising dan udara
3.5 Operasi kenderaan – prosedur yang teratur (penutup) semasa pengangkutan bahan
27
mentah
3.6 Penyelenggaraan laluan pembersihan
4.0 Pengurusan Sisa
4.1 Sistem pengurusan biomass
4.5 Sistem pengurusan efluen
5.0 Kawalan Kualiti Air
5.1 Pengeluaran dari perangkap enapan
6.0 Kawalan Kualiti Udara
6.1 Pelepasan dari kenderaan
6.2 Pelepasan dari jentera/alatan
7.0 Kawalan tahap kebisingan 7.1 Bunyi bising kenderaan
7.2 Bunyi bising jentera/alatan
7.3 Bunyi bising dari aktiviti manusia
28
6. Senarai Penggerak Projek dan Pakarunding
Senarai pakarunding yang terlibat dalam pasukan Pengurusan Alam Sekitar untuk Projek termasuk:
Pihak Berkuasa Penggerak Projek
Pemonitoran Alam Sekitar Audit Alam Sekitar
PKINK Damai Sdn. Bhd.
PES, UPM * PES, UPM
Nota : (*) PES – Professional Environmental Services, Universiti Putra Malaysa
6.1 Penggerak Projek
Damai Sdn. Bhd. adalah penggerak projek untuk Pembangunan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan. PKINK atau wakilnya akan ditugaskan untuk memantau kesemua perhubungan terus dengan pakarunding dan kontraktor.
29
7. Pelan Tindakan Kecemasan
7.1 Fasa Pembinaan
Jadual 7.1 di bawah adalah kecemasan yang berpotensi akan berlaku semasa fasa pembinaan dan beberapa prosedur adalah disyorkan ketika belakunya kejadian kecemasan seperti berikut. Jadual 7.1: Prosedur Kecemasan Semasa Fasa Pembinaan
Fasa Pembinaan Aktiviti Projek Kecemasan Prosedur
• Perbersihan kawasan
• Operasi peletupan • Kerja-kerja pembinaan
Kegagalan Cerun (tanah runtuh)
• Hubungi pengawal • Hubungi individu yang
bertanggungjawab di lokasi (En Nik Mohd Zaki bin Mokhtar) • Mengira bilangan individu yang
ada. • Memastikan kehadiran dan
keselamatan pekerja-pekerja di lokasi.
• Penstabilan sementara cerun. • Kepung kawasan yang terlibat. • Catat dan buat aturan kejadian. • Buang sampah-sarap keluar dari
tempat kejadian.
Kemalangan • Hubungi pengawal • Hubungi individu yang
bertanggungjawab di lokasi (En Nik Mohd Zaki bin Mokhtar) • Berikan bantuan kepada mangsa. • Catat dan buat aturan kejadian. • Buang sampah-sarap keluar dari
tempat kejadian.
30
Senarai individu-individu yang boleh dihubungi bersama nombor talian yang disenaraikan perlu diselia dan dikemaskini di pejabat lokasi dan kem lokasi. Sebagai tambahan, senarai nombor talian pihak-pihak bertanggungjawab juga perlu disertakan bersama seperti berikut :-
• Perkhidmatan Ambulans
• Jabatan Bomba yang terdekat
• Jabatan Polis yang terdekat
• Hospital atau Klinik yang terdekat
Kesemua individu perlu dilatih untuk memastikan dapat menjalankan tugas secara efektif semasa berlakunya kecemasan. Mereka haruslah benar-benar mengetahui mengenai aspek-aspek dalam prosedur tindakan kecemasan.
Rekod bertulis semasa kejadian, latihan biasa dan latihan kecemasan perlu didokumenkan dan disimpan dengan baik. Dokumen-dokumen ini perlu diadakan untuk keperluan pihak-pihak bertanggungjawab pada setiap masa. 7.2 Fasa Operasi
Senarai kecemasan yang berpotensi bersama dengan prosedur dalam fasa operasi ditunjukkan dalam Jadual 7.2.
31
Jadual 7.2: Prosedur Kecemasan semasa Fasa Operasi
Fasa Pembinaan Aktiviti Projek Kecemasan Prosedur
Kegagalan cerun (tanah runtuh)
• Menjalankan pemeriksaan secara teratur terhadap semua cerun untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Semasa berlakunya tanah runtuh:
• Hubungi pihak polis. • Kenalpasti had kegagalan cerun
untuk mengetahui samada perlu dilakukan pemindahan dengan segera ke tempat selamat.
• Penstabilan sementara cerun. • Kepung kawasan tempat kejadian. • Buang sampah-sarap keluar dari
tempat kejadian. 8. Pakarunding Alam Sekitar
Pakarunding alam Sekitar adalah terdiri dari pegawai dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia yang akan diselaraskan oleh Professional Environmental Services (PES) adalah seperti berikut :- 1. Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Yusoff - Ketua Projek/ Kualiti Air 2. Puan Nor Hazmira Mihamzah - Pengurus Projek 3. Prof. Madya Dr. Ramdzani Abdllah - Kebisingan 4. Prof. Madya Dr. Ahmad Makmom Abdullah - Kualiti udara 5. Shamsuddin Johan - Pembantu Kualiti udara 6. Mohd Zamani Ismail - Pembantu Kualiti air 7. Ahmad Hamdi Mat Yusof - Pembantu Kebisingan