27
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERTAJUK KERJA PAIP TINGKATAN SATU MOHAMAD NIZAM BIN ABU Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

  • Upload
    ngodiep

  • View
    234

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERTAJUK KERJA PAIP

TINGKATAN SATU

MOHAMAD NIZAM BIN ABU

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATA PELAJARAN BERTAJUK KERJA PAIP TINGKATANSATU.

SESI PENGAJIAN: 2005/2008

Saya MOHAMAD NIZAM BIN ABU( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti

berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ()

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanSULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)

TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Dr. Yeo Kee JiarNo. 20, Jln. Ixora 1/8, Tmn Ixora, BBST,43900 Sepang Selangor Darul Ehsan .Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : DR YEO KEE JIAR

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERTAJUK KERJA PAIP

TINGKATAN SATU

MOHAMAD NIZAM BIN ABU

Laporan Projek ini dikemukakanSebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda TeknologiSerta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya in adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap – tiap satuny telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : MOHAMAD NIZAM BIN ABU

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha mengasihani.Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan semesta alam.Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Aruah Ayahanda Dan Bondaku,

HAJI ABU BIN HASSANHAJJAH FATIMAH BINTI HAJI SAAD

Perjuangan dan Pengharapan mu Ku teruskanDemi mendidik anak bangsa menjadi insan

Gemilang, Cemerlang TerbilangAl Fatihah.

Buat Isteri Tersayang

RANITAH BINTI MOHAMED MOKHTARPengorbananmu tiada siapa yang dapat membalasnya

Ketabahanmu menjadi inspirasiku meneruskan perjalanan Ilmu yang tiadanoktahnya.

Kesabaranmu tiada batasannya.

Buat Anak -Anak tersayang

NURNABILAH, NUR NAJIHAH, NUR NADIRAHMUHAMMAD RADHI DAN MUHAMMAD REDZA

Kehadiran kalian menceriakan hidupku

Buat PensyarahDR. Yeo Kee Jiar

Buat Rakan RakanTeruskan Perjuangan dan perjalanan Ke peringkat TertinggiSokongan, bantuan kalian akan ku kenang ke akhir hayatku

Terimakasih

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

iv

PENGHARGAAN

Segala puji – pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat danhidayahNya, penyelidikan ini dapat di sempurnakan seperti yang diinginkan.Selawat serta salam ke atas jjunjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allahyang amat dikasihi.

Setinggi – tinggi ucapan penghargaan kepada Pensyarah penasihatpenyelidikan, DR YEO KEE JIAR yang telah banyak menghulurkan bimbingan,tunjuk ajar, panduan serta nasihat dan kritikan bermakna dalam proses sayamembuat penyelidikan ini. Dorongan serta gallakan yang diberikan memberimotivasi yang tinggi terhadap penyelidikan ini. Terima kasih tidak terhingga danhanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa – jasa yang sangatbermakna ini.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan, KementerianPelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Selangor Darul Ehsan. Pengetua, guru – guruserta pelajar – pelajar tingkatan satu Satu Sekolah Menengah Bandar Baru SalakTinggi, Sepang ,Selangor Darul Ehsan. Sekalung budi dan ucapan terima kasihterhadap mereka kerana terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.

Buat isteri tersayang Puan Ranitah Bt. Mohamed Mokhtar serta anak anakyang di kasihi, Pengorbanan kalian serta doa restu mengiringi kehidupanku dimenara gading dan tidak lupa buat Abang, kakak serta adik beradik yang lain , tanpabantuan dan dorongan kalian sukar bagi ku meneruskan pengajian di Kampus ini.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa – jasa mereka ini.

Akhir Sekali buat rakan – rakan seperjuangan yang banyak memberidorongan serta sokongan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibatsecara langsung atau pun secara tidak langsung. Terima kasih di atas segala bantuandan sokongan ikhlas.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

v

ABSTRAK

Penggunaan bahan berupa perisian multimedia dalam bidang pendidikan

banyak menyumbang kepada keberkesanan kaedah pengajaran masa kini. Ekoran

daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Walaupun terdapat

pelbagai pilihan perisian multimedia pendidikan pada masa kini, namun perisian

multimedia pendidikan berlandaskan sukatan pelajaran adalah amat terhad

terutamanya bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah.

Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu Perisian PPBK dengan

gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu bertajuk “Kerja Paip”. Isi kandungan

perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan Satu. Perisian yang dibangunkan dipaparkan melalui

Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop. Strategi pengajaran dalam

perisian telah meyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi dan

interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang lebih berkesan dan

menarik. Selain penggunaannya dalam pengajaran, perisian ini juga memberikan

peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran

kendiri. Perisian ini dinilai dari segi reka bentuk program komputer dengan

menggunakan boring soal selidik. Respons soal selidik menunjukkan bahawa

perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan

spesifikasi yang telah ditetapkan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

vi

ABSTRACT

The use of multimedia in the field of education has contributed greatly

towards the effectiveness of teaching methods today. As a results of rapid

development in multimedia, it has triggered Computer Assisted Teaching (CATL).

Although there are many choices of sample multimedia software available in the

market, the availability of local software based on syllabus in our country is still

limited especially in the subject of Living Skills. This research intended to produce a

CATL software integrates several media such as graphics, text, animation and

interactivity for the topic Of “Plumbing” in the subjects of Integrated Living Skills

for Form One in Secondary School Integrated Curriculum. The Contents of this

courseware were based on the syllabus and text book of Integrated Living Skill for

Integrated Secondary School Form One. Macromedia Flash MX 2004 and Adobe

Photoshop authoring tool were used to develop this software. Its was able to

integrate several media such as graphics and effective for learning. The development

of this software was aimed to provide teachers with effective teaching aid in the

teaching process. Parallel to this, the software could also enable students to evaluate

their skills and knowledge through self learning. The software developed in this

research was evaluated based on computer program designed by using a set of

questionnaire. The result showed that the CATL software has been successfully

developed in this research in accordance to standard specifications.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

PENGENALAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Rasional Perisian 5

1.3.1 Menarik Dan Mudah Digunakan 6

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

viii

1.3.2 Berorentasikan Pengguna 6

1.3.3 Berinteraktif dan Efektif 6

1.4 Pernyataan Masalah 7

1.5 Objektif Projek 7

1.6 Kepentingan Perisian 8

1.7 Skop Perisian 8

1.8 Definasi Istilah 9

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9

1.8.2 Perisian 9

1.8.3 Multimedia 10

1.8.4 Interaktif 11

1.9 Penutup 12

SOROTAN PENULISAN

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembelajaran Berbantukan komputer 14

2.2.1 Teks 15

2.2.2 Grafik 15

2.2.3 Animasi 16

2.2.4 Video 16

2.2.5 Audio 16

2.3 Isi pelajaran Kerja Kaip 17

2.4 Aplikasi Teori Teori Pembelajaran PPBK 18

2.4.1 Teori Behaviorisme 18

2.4.2 Teori Konstruktivisme 20

2.4.3 Teori Kognitivisme 22

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

ix

2.5 Aplikasi Teori Dalam Reka Bentuk Perisian

PPBK

24

2.6 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer 25

2.6.1 Interaktif dan Merangsang 25

2.6.2 Menarik dan Menyeronokkan 26

2.6.3 Maklum Balas Serta - merta 26

2.6.4 Mudah Alih 26

2.6.5 Pengajaran Individu 26

2.6.6 Pengekalan Informasi Yang berkesan 27

2.6.7 Keseronokan Menggunakan Komputer 27

2.7 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan

Komputer. 27

2.7.1 Bergantung Kepada Sistem Main Balik

Komputer 27

2.7.2 Masa Pembangunan Perisian 28

2.7.3 Kepakaran Tinggi 28

2.7.4 Kos Pembangunan PBK 28

2.7.5 Kepintaran Perisian 29

2.7.6 Terlalu Menyeronokkan 29

2.8 Perisian – Perisian Dalam Pengajaran

Berbantukan Komputer ( PPBK ) 29

2.8.1 Macromedia Authourwere 29

2.8.2 Adobe Photoshop 30

2.8.3 Sonic Foundry Sound Forge 30

2.8.4 Ulead Cool 3D 31

2.8.5 VCD Cutter 31

2.9 Penutup 32

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

x

REKA BENTUK PERISIAN

3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Am 34

3.3 Model Reka Bentuk Am 34

3.4 Perisian – Perisian dalam Pengajaran

Berbantukan Komputer ( PPBK ) 36

3.4.1 Perisian Yang Digunakan 36

3.4.2 Perkakasan 39

3.5 Carta aliran Perisian 41

3.6 Kajian Penggunaan Perisian 42

3.7 Penutup 42

HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pendahuluan 43

4.2 Pakej Perisian 43

4.3 Reka Bentuk Antara Muka 44

4.4 Kandungan Perisian 47

4.5 Pengujian Perisian PBK 58

4.5.1 Pemprosesan Data Pengujian 56

4.4.2 Dapatan Hasil pengujian Perisian PBK 57

4.6 Penutup. 60

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

xi

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 61

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Faktor Kepakaran 62

5.2.2 Sub Topik Yang Terhad 63

5.2.3 Faktor Masa 63

5.3 Implikasi 63

5.4 Cadangan 65

5.5 Penutup 66

RUJUKAN 68

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

xii

LAMPIRAN

LAMPIRAN

A - D 74 - 78

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

4.3 Taburan Analisis Item 57

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Rekabentuk Hannafin Dan Peck 35

3.2 Carta Alir Perisian 40

3.3 Carta Aliran Keseluruhan Operasi 41

4. 1 Daftar Pengguna 45

4.2 Maklumat Pengguna 45

4..3 Memeriksa Login Id Pengguna 46

4..4 Diterima Masuk 46

4..5 Id Salah 46

4.6 Menu Pengguna 47

4.7 Butang Perisian 47

4.8 Mengenai Perisian 48

4.9 Objektif Perisian 48

4.10 Kredit Perisian 49

4.11 Butang Tutorial 49

4.12 Menu Tutorial 50

4.13 Tutorial 1 50

4.14 Tutorial 2 51

4.15 Tutorial 3 52

4.16 Tutorial 4 52

4.17 Soalan Objektif 53

4.18 Soalan Subjektif 53

4.19 Keputusan Kuiz 54

4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54

4.21 Butang Keluar 55

4.22 Menu Keluar 55

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantuan Mengajar

CD - Compact Disk

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi komputer telah mula diperkenalkan di negara kita pada awal tahun

1980-an. Penggunaan komputer di sekolah pada masa itu amat terbatas dan

berfungsi sebagai alat tambahan ataupun untuk tujuan pengajaran literasi komputer

sahaja. Jauh sekali untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Peranan guru pada masa itu adalah sebagai pembekal dan

penyampai maklumat yang mutlak.

Penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar sekolah merupakan asas

tunjang kepada kemajuan sesebuah negara yang ingin melihat dan mencapai

matlamat menjadikan rakyatnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

tinggi. Oleh itu kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah

supaya seiring dengan negara- negara maju yang menggunakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang lebih efektif.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru

dalam sejarah pendidikan. Sejak dahulu lagi ramai penyelidik telah berusaha untuk

mengkaji serta memperkenalkan cara-cara bagaimana komputer dapat digunakan

untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, pada masa itu

penggunaan komputer amat terhad disebabkan faktor-faktor seperti harga komputer

yang terlalu tinggi dan kekurangan orang yang pakar dalam bidang penggunaan

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

2

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini dengan perkembangan

teknologi moden, segala masalah itu telah dapat diatasi.

Komputer sudah menjadi suatu media pengajaran yang membolehkan

pengajaran disampaikan kepada pelajar dengan atau tanpa kehadiran seorang guru.

Maka timbullah istilah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer yang

menyaksikan penggunaan komputer sebagai suatu alat pengajaran yang penting,

begitu juga dengan perisian pengajaran yang digunakan. Menurut pendapat Kelly-

Bootle (2002) , pengajaran atau pembelajaran berbantukan komputer bermaksud

setiap yang dihubungkan secara dalam talian (on-line). Pendapatnya adalah

mengenai interaksi antara pelajar dengan komputer melalui perisian PBK

Dalam negara kita yang sedang menuju ke arah era teknologi maklumat

( IT ), penggunaan komputer menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian

kita. Hampir setiap rumah mempunyai sebuah komputer dan bukannya menjadi

perkara yang luar biasa. Kecanggihan komputer pada masa kini membolehkan

pelbagai aktiviti dilakukan menggunakan komputer. Pada masa dahulu komputer

hanya digunakan di pejabat-pejabat, tetapi pada masa kini komputer ianya

digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran, permainan, berhibur,

berhubung dan berniaga disamping harganya tidak lagi mahal. Menurut Dato’ Seri

Dr Mahathir Mohammad, untuk maju seperti negara maju lain, Malaysia harus

menguasai teknologi maklumat dan multimedia ( Berita Harian 1998 ).

Dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, penggunaan multimedia

belum digunakan secara menyeluruh lagi terutama dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup berbanding dengan mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik.

Sejak akhir-akhir ini pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan

pihak sekolah. Semasa di universiti dan di maktab perguruan lagi, bakal-bakal guru

diberikan tunjuk ajar dalam konsep-konsep asas pembinaan perisian berorientasikan

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

3

pendidikan (Baharuddin Aris; Rio Sumarni Shariffudin; Manimegalai Subramanian

2002). Asas pembangunan perisian tersebut diharap akan diaplikasikan oleh guru –

guru untuk menghasilkan perisian pengajaran yang lebih berkesan

Kemunculan sekolah bestari yang semakin pesat sejak akhir-akhir ini

menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PBK dan multimedia dalam

proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan menjadi

semakin giat. Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu pendekatan yang

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

Pada lazimnya isi mata pelajaran yang membabitkan mata pelajaran

Kemahiran Hidup memerlukan kefahaman konsep dan teori-teori yang kukuh. Oleh

itu penggunaan komputer adalah amat penting kerana guru dapat menunjukkan

gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep kepada pelajar. Dengan

kemudahan komputer yang disediakan di sekolah-sekolah, penggunaan PBK boleh

diaplikasikan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini dalam pengajaran

mereka. Penggunaan perisian PBK ini boleh ditayangkan kepada pelajar dengan

menggunakan projektor dan layar putih. Selain itu pembelajaran berbantukan

komputer (PBK) adalah satu langkah penyesuaian untuk pelajar dalam konsep

sekolah bestari yang dilaksanakan kelak di negara ini.

Oleh itu para pendidik masa kini harus mengambil peluang untuk menimba

dan melengkapkan diri dengan ilmu untuk menghadapi keadaan ini untuk maju ke

hadapan. Tenaga pendidik juga harus menghadapi cabaran dan perubahan mengurus

dan menangani perubahan secara aktif serta berupaya untuk membimbing anak

bangsa menyesuaikan diri dengan zaman bermaklumat ini dan secara tidak langsung

proses perguruan ini akan dipandang tinggi dan dihormati generasi mendatang.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Datuk Abdul Rafie

Mahat dalam kata - kata aluan Buku Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran

(2002) menyebut bahawa penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran

sudah semestinya menjadi amalan harian seseorang guru. Dunia telah menghasilkan

pelbagai inovasi baru yang berupa produk perkakasan dan perisian pendidikan yang

canggih dalam pelbagai bentuk dan corak. Penghasilan produk tidak akan memberi

apa – apa faedah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak

disusuli dengan proses aplikasi yang bermaksud penghasilan perisian kursus

(courseware).

Tahun 2000 merupakan tahun kesepuluh selepas tibanya era yang dikenali

sebagai ‘Knowledge Era’ atau ‘Era Pengetahuan’ (Trilling & Hood 1999). Komputer

merupakan satu alat penting dalam mendominasi era pengetahuan. Dengan

kemajuan yang begitu pesat dalam teknologi pengkomputeran dan terciptanya

komputer peribadi yang murah dan berkeupayaan tinggi, komputer telah digunakan

secara lebih meluas dalam bidang – bidang seperti perniagaan, perubatan,

pentadbiran kerajaan, hiburan dan juga pendidikan. Penggunaan komputer pada

masa ini telah mengubah cara manusia berkerja, belajar dan berhibur.

Oleh itu , Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit

Teknologi Komputer khusus untuk membina perisian PPBK bagi mata pelajaran

teras iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik (Yusuf Hashim,

1989). Mata pelajaran lain pembinaan perisian pengajaran adalah atas inisiatif guru

sendiri.

Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alat Mengajar dalam Pelajaran Bahasa’

Noraziah (1981) menerangkan bahawa alat bantu memainkan peranan sebagai salah

satu bahagian yang padu (integral part) dalam proses pengajaran bahasa. Alat bantu

bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid dan

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

5

antara murid dengan murid serta membantu atau mempercepatkan proses

pemahaman mereka.

1.3 Rasional Pembangunan Perisian

Dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup sama ada di sekolah

rendah mahupun di sekolah menengah, konsep asas sesuatu tajuk amat penting dan

perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran

seterusnya yang memerlukan kefahaman konsep asas. Tajuk ‘Kerja Paip’dalam

matapelajaran kemahiran hidup teras tingkatan 1, merupakan pengajaran dan

pembelajaran yang sewajarnya diiringi penerangan yang jelas melalui ilustrasi. Jika

diajar dengan bantuan ABM tanpa animasi boleh mengelirukan pelajar dan

menimbulkan persoalan dari segi keberkesanannya.

Oleh itu penyelidik memilih tajuk ini sebagai projek multimedia interaktif

bertujuan untuk menghasilkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan dalam penyampaian konsep asas kerja paip.

Perisian PPBK mengenai kerja paip yang dibina oleh pengkaji dalam kajian

ini adalah berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa yang dinyatakan oleh

para guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah.

Pembangunan perisian ini dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran tajuk

‘Kerja Paip’ bagi pelajar Tingkatan Satu di sekolah – sekolah menengah tempatan

selain menjadikan pembelajaran lebih efektif, berupaya, berinteraktif dan berjaya.

Tegasnya penyelidikan ini dijalankan untuk membina perisian yang :

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

6

1.3.1 Menarik dan Mudah Digunakan

Perisian PPBK yang dihasilkan dapat dimainkan berulang kali dan hal ini

dapat membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat

memahaminya dengan baik. Perkara ini dapat membantu guru kerana agak tidak

munasabah bagi guru untuk mengulangi sesuatu isi pelajaran yang sama sedangkan

banyak lagi sukatan yang perlu di habiskan. Ini secara tidak langgsung membantu

guru untuk menyelia perkembangan pelajaran bagi pelajarnya dan merancang

aktiviti pembelajaran mengikut jadual.

1.3.2 Berorientasikan Pengguna

Dengan penggunaan perisian PPBK pelajar diberi peluang untuk

mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri mengikut kemampuan masing –

masing. Hal ini penting kerana sebahagian pelajar tidak dapat mengikut pelajaran di

sekolah dengan baik. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap pelajar

adalah berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai media dalam perisian ini,

pemahaman pelajar dapat ditingkatkan, sekali gus memantapkan pembelajaran

mereka berbanding dengan proses pengajaran biasa.

1.3.3 Berinteraktif dan Efektif

Aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan dengan

adanya perisian yang berbentuk multimedia dan interaktif. Sebagai contohnya,

penerangan bagi sesuatu konsep yang disusuli dengan animasi yang menjelaskan

konsep tersebut sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Pelajar hari ini

amat perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi, ini memandangkan pada masa

hadapan mereka perlu tahu aplikasi teknologi seperti ini seiring dengan perubahan

zaman.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

7

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Kemahiran Hidup

Tingkatan 1 bagi satu Subtopik Kerja Paip untuk kegunaan guru-guru yang mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM).

1.4 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Kemahiran Hidup

Tingkatan 1 bagi satu Subtopik Kerja Paip untuk kegunaan guru-guru yang mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM).

1.5 Objektif Projek

Objektif utama pembangunan perisian berasaskan CD-ROM adalah untuk

menghasilkan satu perisian multimedia pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk

‘Kerja Paip’ dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu. Secara khusus,

objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) bagi tajuk Kerja Paip dalam matapelajaran kemahiran

hidup tingkatan satu.

1.5.2 Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen – elemen kaedah

terarah kendiri.

1.5.3 Mengukur kepenggunaan perisian kepada guru dan pelajar tingkatan satu

yang mengambil matapelajaran kemahiran hidup.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

8

1.6 Kepentingan Perisian

Pembangunan perisian ini diharapkan agar dapat:

i. Menambahkan bilangan perisian PBK yang interaktif dalam matapelajaran

Kemahiran Hidup.

ii. Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran dan

dapat menilai pencapaian murid.

iii. Mendorong pelajar belajar secara kendiri walaupun tanpa bantuan guru.

iv. Menambahkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran

Hidup.

v. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak linear iaitu langkah-

langkah kerja – kerja projek yang sukar dapat ditunjukkan berulang-ulang

kali dengan mudah.

vi. Menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang menarik dan

memudahkan pemahaman pelajar.

Diharapkan kajian ini akan dapat membantu untuk membentuk satu suasana

pembelajaran yang baru dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran selaras dengan perubahan dalam era teknologi maklumat.

1.7 Skop Perisian

Perisian ini dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup

Tingkatan Satu Kerja Paip yang dibekalkan oleh KPM. Ia melibatkan tajuk –tajuk

kecil seperti :

i Sistem Bekalan Air Di Rumah

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN · PDF file4.17 Soalan Objektif 53 4.18 Soalan Subjektif 53 4.19 Keputusan Kuiz 54 4.20 Menu Keluar Ujian Minda 54 4.21 Butang Keluar 55 4.22 Menu

9

ii Jenis Paip, Penyambungan Paip, dan Bahan Pemasangan Paip

iii Jenis Dan Kelengkapan Paip

iv Kerja Penyenggaraan

v Latihan

vi Kerja- kerja Projek

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa definasi yang diguna pakai dalam membina sesbuah

perisian. Antaranya ialah Pendidikan bebantukan komputer, Perisian Kursus,

multimedia, dan interaktif.

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Komputer berperanan sebagai alat bantu dalam pengajaran. PBK diasaskan

daripada teknologi pengajaran yang dinamakan Pembelajaran Terancang

(Programmed Learning) yang diilhamkan oleh Skinner B.F. Isi kandungan program

pengajaran terancang ini dibahagi kepada bingkai dan tetingkap. Pelajar yang

mengikuti program ini menjalankan pembelajaran bingkai ke bingkai (Frame to

frame) (Rio Sumarni, 1990).

1.8.2 Perisian

Perisian adalah hasil daripada bahan pengajaran yang telah diprogramkan

dan disimpan dalam media setoran seperti disket, pita, katrij, cakera keras atau CD

ROM (Norhashim et al 1996). Manakala meneurut Kemp et al. (1997) perisian ialah

program komputer yang muncul pada skrin dan mempunyai ciri - ciri seperti

dibawah :