22
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI S CD 15 2 3 : PEMB A N G U N A N A PL I K A S I S I S TEM CU TI SISTEM CUTI

Pembangunan Aplikasi Proposal Sistem Cuti

  • Upload
    kantung

  • View
    161

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tatacara pengurusan cuti bagi penjawat awam

Citation preview

Software Requirement Specification

SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI

SCD1523 : PEMBANGUNAN APLIKASISISTEM CUTIISI KANDUNGAN32. Pendahuluan

2.1 Pengenalan Projek.32.2 Jangka Masa Projek. [PENDING]42.3 Tujuan.42.4 Objektif.52.5 Skop.52.5.1 Skop perkakasan dan perisian.52.5.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.62.5.3 Skop modul utama dalam sistem.62.5.4 Skop antaramuka dalam sistem.62.6 Motivasi.73. Spesifikasi keperluan93.1 Proses Kerja Flow Diagram/ Status Sistem Semasa. [PENDING]93.2 Senarai Pengguna Dalam Sistem.93.3 Fungsi Spesifikasi Keperluan.103.3.1 Fungsi Spesifikasi Keperluan perkakasan dan perisian.103.3.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.113.3.3 Skop pengunaan modul sistem cuti.113.3.4 Modul pengguna Sistem Cuti.123.3.5 Modul permohonan cuti.123.3.6 Modul pelulus permohonan cuti.133.3.7 Modul penyelenggaraan dan pentadbir sistem cuti kakitangan.143.4 Bukan Fungsi Spesifikasi Keperluan.153.4.1 Keperluan produk.153.4.2 Keperluan organisasi.153.4.3 Keperluan luaran.153.5164. SENIBINA SISTEM [PENDING]174.1 Pandangan Konseptual174.2 Gambaran umum senibina rekabentuk sistem184.3 Carta Alir Sistem Cuti Kakitangan (Pengguna)194.4 Carta Alir Sistem Cuti Pelulus.194.5 Carta Alir Sistem Cuti Pentadbir Sistem.194.6 Rajah Konteks195. JADUAL PROJEK [PENDING]205.1 Transaction A ms project206. RUJUKAN216.1 Transaction A21

1. Pendahuluan1.1 Pengenalan Projek.Sistem Cuti Pekerja atas talian (online) adalah satu sistem yang terhasil dari modifikasi sistem cuti manual yang biasa dilaksanakan dikebanyakan organisasi. Pendekatan sistem cuti manual hampir keseluruhan nya sama iaitu kakitangan perlu mengisi borang dan perlu mengisi maklumat peribadi dan beberapa maklumat penting telah dikenal pasti sebagai kunci utama dan attribute penting dalam sistem cuti manual ini. Seterusnya kakitangan perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengurus atau ketua mereka. Selepas pemohonan cuti diluluskan. Borang tersebut akan diproses oleh setiausaha atau kakitangan sumber manusia untuk proses kemaskini baki bilangan cuti tahunan kakitangan tersebut. Secara am nya proses pemohonan cuti manual ini mengambil masa yang agak lama dan beberapa masalah akan timbul seperti kehilangan borang atau setiausaha terlupa untuk merekodkan cuti kakitangan.Melalui sistem cuti online ini, kesemua proses manual telah di ubah dan di jadikan secara digital dan kesemuanya disatukan dan dijadikan satu aplikasi yang dibangunkan khas dilaman web utk proses permohonan cuti kakitangan sesebuah syarikat. Laman web ini dapat di akses oleh kesemua kakitangan dengan mudah dimana jua mereka berada. Ini dapat mudahkan kakitangan untuk memohon cuti tanpa perlu ke pejabat dan mengisi borang yang kadang kala tidak dapat di sahkan kesahihan dari segi kemasukan data. Selain daripada itu, rekod cuti kakitangan dapat dikumpulkan didalam satu pengkalan data dan ia memudahkan kakitangan atasan seperti Pengurus dan pihak sumber manusia untuk melakukan pengemaskinian maklumat berkenaan baki cuti tahunan kakitangan.

Sistem cuti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ;

1. Peringkat kakitangan2. Peringkat pelulus

3. Peringkat pentadbir sistem.

Ketiga tiga peringkat ini akan mempunyai antaramuka yang berbeza dari segi konfigurasi dan fungsi sistem cuti itu sendiri. Pengurusan dan penyelengaran juga berbeza dari satu peringkat dengan peringkat yang lain.

Didalam proposal projek ini penerangan teknikal berkenaan spesifikasi keperluan dan senibina sistem akan di berikan secara terperinci sehinggalah satu sistem dapat dibangunkan agar segala rekod dapat disimpan dan keselamatan terhadap rekod dapat dikawal. Dengan adanya sistem cuti ini, segala rekod dapat disimpan dengan lebih teratur dan selamat serta mudah dicapai oleh kakitangan sekiranya hendak menyemak cuti yang ada.1.2 Jangka Masa Projek. [PENDING]

1.3 Tujuan.Matlamat sistem ini adalah untuk memudahkan kakitangan sesebuah syarikat mendaftar dan merekod cuti secara online. Dengan adanya sistem ini, kakitangan di unit ini tidak perlu lagi merujuk pada pihak pengurusan bagi mengetahui baki cuti mereka kerana mereka boleh melihat sendiri melalui sistem ini secara online walau di mana mereka berada. Malah kakitangan boleh merancang cuti mereka dengan lebih teratur.

1.4 Objektif.Dalam merancang sistem ini terdapat beberapa objektif yang diberi perhatian. Objektif bagi sistem permohonan cuti adalah untuk:1. Membantu kakitangan yang terlibat dengan unit pengurusan sumber manusia dalam menguruskan cuti kakitangan dalam unit mereka.

2. Mewujudkan suatu budaya dan sistem kerja yang teratur dengan menggunakan sistem pengurusan dan aplikasi web.

3. Menghasilkan suatu sistem yang baru yang boleh mengatasi masalah kakitangan untuk memohon cuti tanpa perlu berjumpa dengan pegawai pelulus bagi mendapatkan kelulusan. Ini kerana segala maklumat mengenai cuti kakitangan akan dihantar secara e-mail terus kepada pegawai pelulus cuti untuk diambil tindakan.

4. Dengan adanya sistem ini, ia dapat mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan dan permohonan cuti di bawah pemantauan dari majikan.

5. Membantu kakitangan dalam proses perancangan cuti tahunan mereka.

6. Memudahkan memproses serta menyimpan data permohonan di dalam satu pangkalan data.

1.5 Skop.

Melalui proposal ini, penerangan tentang bagaimana fasa pembangunan aplikasi akan dilakukan melalui beberapa skop dan modul. Skop yang terlibat adalah seperti berikut:-

1.5.1 Skop perkakasan dan perisian.

Perkakasan yang akan digunakan:

i. komputer

ii. tetikus

iii. papan kekunci

Perisian yang akan digunakan:

i. pangkalan data MySQL

ii. antaramuka Macromedia Dreamweaver

iii. pelayan - php

1.5.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.

1) Kakitangan atau staff.

2) Pelulus (Ketua Jabatan, Pengurus)

3) Pentadbir sistem ( Kerani, staff sumber manusia)

1.5.3 Skop modul utama dalam sistem.

Berikut adalah modul modul yang akan dibangunkan didalam aplikasi sistem cuti secara online :-

1) Modul pengguna Sistem Cuti

2) Modul permohonan cuti.

3) Modul pelulus permohonan cuti.4) Modul penyelenggaraan dan pentadbir cuti kakitangan.1.5.4 Skop antaramuka dalam sistem.

1. Antaramuka utama Sistem Permohonan Cuti

a. Antaramuka login sistem pemohon & pentadbir sistem.

2. Antaramuka pemohon

a. Antaramuka utama pemohon.

b. Antaramuka semakan permohonan.

3. Antaramuka pelulus

a. Antaramuka utama pelulus.

b. Antaramuka kelulusan permohonan pemohon.

4. Antaramuka pentadbir sistem.

a. Antaramuka utama pentadbir sistem.

b. Antaramuka pengemaskinian data pekerja.

1.6 Motivasi.Sistem ini patut dibangunkan dan dilaksanakan adalah kerana tanpa sistem ini, kakitangan syarikat akan sewenang-wenangnya bercuti tanpa kelulusan dan pengetahuan pihak syarikat. Cuti tanpa dirancang akan menyebabkan produktiviti syarikat akan terjejas. Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya kakitangan tidak mematuhi etika kerja di syarikat ini. Ini akan menyukarkan pengoperasian syarikat sekiranya kakitangan mengambil tindakan sambil lewa dalam menjalankan tugas-tugas di dalam syarikat.

Tanpa sistem ini, adalah sukar bagi kakitangan untuk memantau dan merancang percutian mereka. Sistem secara manual sebelum ini akan menyukarkan kakitangan dalam menyemak baki cuti mereka.

Berbanding dengan proses manual sebelum ini, kakitangan akan mengambil masa yang lama untuk menjalani proses permohonan cuti. Terdapat banyak proses yang perlu dilalui oleh kakitangan supaya cuti mereka diluluskan oleh Pengurus unit.

Bagi pihak yang bertanggungjawab, sistem ini memudahkan proses kerja semakan data cuti kakitangan serta memudahkan proses menghasilkan laporan. Kerja dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan pantas. Bagi pihak kerani pula, sistem ini mampu minyimpan rekod fail-fail maklumat kakitangan secara tersusun dan selamat.Oleh itu dengan adanya sistem ini, ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos kakitangan dalam proses permohonan cuti serta dapat memudahkan kakitangan syarikat dalam membuat permohonan cuti mereka.

2. Spesifikasi keperluan2.1 Proses Kerja Flow Diagram/ Status Sistem Semasa. [PENDING]Flow diagram globalFlow diagram pemohon cuti

Flow diagram pelulus

Flow diagram pentadbir sistem.

2.2 Senarai Pengguna Dalam Sistem.Kumpulan sasaran pengguna sistem cuti ini terbahagi kepada beberapa tiga bahagian mengikut modul sistem yang telah di terangkan sebelum ini.Senarai PenggunaTugas yang dilakukanNota

Pemohon cutiPemohon cuti akan melalukan proses permohonan cuti melalui menu cuti.Pemohon cuti terdiri daripada semua kakitangan syarikat tersebut.

PelulusPelulus akan meluluskan atau tidak meluluskan permohonan cuti yang dipohon oleh pemohon cuti.Pelulus cuti terdiri daripada ketua jabatan atau pengurus jabatan.

Pihak PentadbirPihak pentadbir akan memasukan data cuti, bilangan cuti yang dibenarkan, mengawal pendaftaran pengguna dan keselamatan serta mengemaskini data peribadi kakitangan syarikat.- pihak pentadbir sistem terdiri daripada penyelengara sistem cuti dan pihak pengurusan sumber manusia sesebuah syarikat.

2.3 Fungsi Spesifikasi Keperluan.2.3.1 Fungsi Spesifikasi Keperluan perkakasan dan perisian.

Perkakasan yang akan digunakan didalam pembangunan sistem cuti ini adalah seperti berikut:

i. Komputer.

sekurang-kurangnya mempunyai sistem operasi windows

XP dan mempunyai 512MB RAM untuk membantu kadar

kepantasan pemprosesan pembangunan perisian.

Perisian yang akan digunakan:

i. Pangkalan data MySQL .

Pengkalan data untuk menyimpan data dan maklumat

cuti pekerja syarikat. Keupayaan pengkalan data yang

bagus untuk menyimpan data yang banyak.ii. Grafik Antaramuka pengguna Macromedia Dreamweaver.

Digunakan ntuk menyunting paparan pengguna dilaman

web. Mempunyai kos pembelian lesen dan perisian. iii. Bahasa program php.

Digunakan untuk membina kod aturcara sistem cuti. Kos

yang murah dan mempunyai kadar pemprosesan data

yang baik serta keupayaan memproses imej yang bagus.2.3.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.

1) Kakitangan atau staff.

Penggunaan terhad kepada akses daftar masuk, memohon

cuti, membatalkan cuti dan menyemak status cuti.2) Pelulus (Ketua Jabatan, Pengurus)

Penggunaan sistem terhadap kumpulan pelulus sama

seperti penggunaan kakitangan biasa, tetapi pelulus

mempunyai menu tambahan dimana kumpulan ini akan

mempunyai notifikasi di laman web mereka akan status

semasa permohonan cuti kakitangan bawahan mereka.3) Pentadbir sistem ( Kerani, staff sumber manusia)

Kumpulan pentadbir sistem cuti mempunyai antaramuka yang dibangunkan khas untuk menguruskan kemasukan data peribadi dan data cuti pekerja. Kumpulan ini juga mempunyai akses penuh untuk melihat antarmuka pengguna lain untuk tujan pengemaskinian dan melihat data semasa pekerja tersebut.

2.3.3 Skop pengunaan modul sistem cuti.

Berikut adalah fungsi spesifikasi keperluan yang terdapat didalam sistem cuti ini. Ia terbahagi kepada empat modul utama dan perlaksanaan spesifikasi keperluan adalah seperti yang dinyatakan didalam setiap modul seperti dibawah ;-

2.3.4 Modul pengguna Sistem Cuti.Pemohon cuti dan pihak pentadbiran :

Modul ini akan mempamirkan dua kumpulan pengguna sistem iaitu kumpulan pengguna atau kumpulan pentadbir.

Modul ini juga akan mempamirkan ruang kemasukan id pengguna dan kata laluan yang terdiri daripada enam kombinasi nombor dah abjad. Berdasarkan input yang diberikan oleh pengguna, pengkalan data akan memastikan maklumat yang dimasukkan itu betul berdasarkan data pengguna yang ada di dalam pengkalan data sistem cuti.

Untuk memastikan modul ini berjaya, notifikasi amaran akan diberikan jika maklumat yang dimasukan oleh pengguna adalah salah, dan pengguna dikehendaki memasukkan maklumat tersebut semula dengan betul.

2.3.5 Modul permohonan cuti.

Modul akan menyimpan semua maklumat terkini cuti pekerja seperti berikut. Bilangan cuti tahunan.

Bilangan cuti sakit tahunan.

Bilangan cuti sakit jangka panjang .

Bilangan cuti peperiksaan .

Bilangan cuti tanpa rekod

Bilangan cuti berbayar.

Modul akan mempamirkan data peribadi asas pekerja diatas laman web sistem cuti termasuk

ID pekerja.

Nama pekerja.

Nama jawatan.

Jabatan bertugas dan maklumat berkenaan permohonan cuti pekerja seperti;- Jenis cuti dipohon

Tarikh mula dan tamat cuti dipohon

Jenis cuti (sehari, setengah hari pertama, setengah hari kedua)

Modul ini memerlukan pekerja memasukan data yang betul terutama kepada bahagian permohonan cuti, kerana ini adalah untuk memastikan data tersebut dapat di hantar untuk proses kelulusan cuti yang dipohon.

2.3.6 Modul pelulus permohonan cuti.

Modul pelulus permohonan cuti hanya memaparkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan kakitangan yang dilantik dan diiktiraf oleh syarikat untuk meluluskan permohonan cuti pekerja yang berada dibawah tanggungjawab kakitangan tersebut Tujuan dipaparkan keterangan maklumat pelulus itu adalah untuk memudahkan pemohon cuti untuk melakukan rujukan terhadap permohonan cuti mereka sekiranya masih tidak dapat dipastikan lulus atau tidak status cuti mereka. Didalam modul ini, pentadbir sistem akan melakukan pengemaskinian data sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap kakitangan pelulus tersebut.

2.3.7 Modul penyelenggaraan dan pentadbir sistem cuti kakitangan.

Didalam modul ini, penyelengara bermaksud orang yang bertanggungjawap dalam memastikan data cuti pekerja adalah betul dan dikemaskinikan. Penyelenggara akan memasukan data cuti sesorang pekerja kedalam sistem berdasarkan bilangan cuti tahunan yang di berikan oleh pihak syarikat.

Data cuti ini boleh berubah sekiranya terdapat pindaan yang berlaku didalam syarikat dan cuti- cuti umum yang membolehkan pekerja mendapat cuti ganti sebagai cuti tahunan. Kerja lebih masa yang ditukarkan kepada cuti tahunan dan sebagainya.

Pihak penyelenggara juga boleh melakukan sebarang perubahan sementara atau tetap terhadap status cuti pekerja diatas kehendak atau polisi syarikat.

2.4 Bukan Fungsi Spesifikasi Keperluan.

2.4.1 Keperluan produk. Kepantasan kadar pemprosesan data bergantung kepada keupayaan pemprosesan database yang di bangunkan.

Kadar kebenaran data dalam sistem cuti adalah di jamin 90% benar dan dikemaskini kan dari masa kesesama.

Customize dari segi penyampaian antaramuka boleh dilakukan sekiranya perlu dan bergantung kepada kehendak pengguna.

2.4.2 Keperluan organisasi. Keperluan sesebuah syarikat terhadap prestasi aplikasi sekiranya perlu di tambah baikan adalah bergantung kepada perbincangan yang akan di lakukan kemudian.

Perlaksanaan sistem cuti adalah disyorkan dilaksanakan serta merta untuk meminumkan penggunaan masa, kertas dan tenaga untuk memproses permohonan cuti perkerja. Organisasi boleh memberikan cadangan kepada pihak pembangun aplikasi sekiranya organisasi merasakan ada sesuatu yang diperlu tambah baikan didalam aplikasi sistem cuti tersebut. Mengikut keperluan organisasi itu sendiri.

2.4.3 Keperluan luaran.

Sistem cuti ini adalah sistem yang dibangunkan untuk kegunaan dalaman sahaja. Jadi interaksi antara sistem yang lain tidak dapat dijalankan buat masa ini. Tetapi peningkatan keupayaan dan prestasi pengkalan data sistem cuti ini boleh digabungkan dengan pengkalan data pekerja yang mempunyai data dan skop yang lebih besar. 3. SENIBINA SISTEM [PENDING]3.1 Pandangan Konseptual4.1.1 Rajah pandangan konseptual3.2 Gambaran umum senibina rekabentuk sistem

nRajah 4.2.1 Gambaran umum rekabentuk sistem3.3 Carta Alir Sistem Cuti Kakitangan (Pengguna)After customer received the catalog menu and form, customer will make the order3.4 Carta Alir Sistem Cuti Pelulus.

3.5 Carta Alir Sistem Cuti Pentadbir Sistem.

3.6 Rajah Konteks

4. JADUAL PROJEK [PENDING]4.1 Transaction A ms projectWhen customer arrived to the restaurant, staff will manage the customer order. Staff will be responsible to give menu catalog and order form to the customer.

5. RUJUKAN

5.1 Transaction A

When customer arrived to the restaurant, staff will manage the customer order. Staff will be responsible to give menu catalog and order form to the customer.

Pilih kumpulan

Pilih kumpulan

Pilih Menu

Pilih Menu

Pilih Menu

Pilih Menu

Semak Data

Semak Data

Data lama

Data baru

Lulus/tidak lulus

Terima notifikasi

Semak Status

Masukan Data

Kemaskini data

Kemasukan Data

Antramuka

Pelulus

Penyelenggara

Antarmuka

Mohon Cuti

Kakitangan

Daftar

Masuk

Laman Utama

Sistem Cuti

SISTEM CUTI