23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 7 - 13 November 2019, 10 - 16 Rabiulawal 1441 Kutipan zakat Selangor hanya untuk umat Islam RM500,000 bangun modal insan Orang Asli MUKA 21 MUKA 11 Pelikat hipster pilihan jejaka masa kini Sasar 75,000 peluang kerja industri aeroangkasa MUKA 15 MUKA 3 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat pameran lukisan bertemakan masjid - MIHRAB bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-74 di Whitebox @ MAP, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada 2 November 2019. Berita lanjut di muka 5 Foto Fikri Yusof OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Prestasi kewangan terkini kumpulan wang disatu- kan sehingga 30 September 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 4.93 peratus kepada RM2,240.66 juta berbanding RM2,135.37 juta pada tahun 2018. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu terdi- ri daripada RM23.83 juta wang tunai dan RM2,216.83 juta wang bagi pelaburan. “Rizab Kerajaan Negeri adalah dipegang bagi maksud Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. “Kedudukan Rizab Kerajaan pada 30 September 2019 adalah sebanyak RM2,240.66 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM828.79 juta, Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1,401.78 juta dan Akaun Pinjaman Disatukan se- banyak RM10.09 juta,” katanya. Amirudin berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan persi- dangan Dewan Negeri Selangor, di sini pada 5 November lalu. Katanya, Kerajaan Negeri sen- tiasa berusaha meningkatkan rizab kerajaan dengan mening- katkan prestasi kutipan hasil, mengawal perbelanjaan mengu- rus dan perbelanjaan pemban- gunan serta memastikan pening- katan kedudukan kewangan di dalam Akaun Hasil Disatukan. Amirudin berkata, antara usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan rizab kerajaan di dalam keadaan baik ada- lah dengan memperkemas dan membuat penambahbaikan ter- hadap perbelanjaan berhemah serta langkah penjimatan di da- lam menguruskan perbelanjaan wang awam. “Kerajaan Negeri sentiasa menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggung- jawaban serta akauntabiliti da- lam semua urusan bagi memas- tikan nilai juga kualiti bagi per- belanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik melalui kaedah perolehan holistik,” katanya. Hasil meningkat kepada RM2.2 bilion Kawal perbelanjaan, lonjak kedudukan kewangan Pemimpin sambut positif Belanjawan #Selangor2020 SHAH ALAM - Belanjawan #Selangor2020 yang dibentang 1 November lalu dilihat sebagai satu pendekatan berhemah bagi menjamin kemam- panan pengurusan kewangan negeri. Pembentangan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mendapat reaksi positif dalam kalangan pemimpin dan penyokong kerajaan. Namun pemimpin pembangkang bimbang ia memerlukan tambahan. Berikut reaksi terpilih beberapa EXCO, ketua pembangkang dan Ahli-ahli Dewan Negeri. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim Pengumuman terhadap pem- bangunan infrastruktur rangka- ian jalan dan projek tebatan ban- jir di negeri ini adalah berita gembira khusus kepada rakyat. Saya amat berpuas hati.” EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud Peruntukan bagi program Kerja dari Rumah atau ‘Work From Home’ seba- nyak RM200,000 disifatkan setimpal bagi peringkat permulaan ia dilaksanakan serta memberi motivasi kepada pihak saya untuk memastikan program itu berjaya dilaksanakan.” BERSAMBUNG DI MUKA 4

Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 7 - 13 November 2019, 10 - 16 Rabiulawal 1441

Kutipan zakat Selangor hanya untuk umat Islam

RM500,000 bangun modal insan Orang Asli

MUKA 21MUKA 11

Pelikat hipster pilihan jejaka masa kini

Sasar 75,000 peluang kerja industri aeroangkasa

MUKA 15MUKA 3

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat pameran lukisan bertemakan

masjid - MIHRAB bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-74 di Whitebox @ MAP, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada 2 November 2019. Berita lanjut di muka 5 Foto Fikri Yusof

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Prestasi kewangan terkini kumpulan wang disatu- kan sehingga 30 September 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 4.93 peratus kepada RM2,240.66 juta berbanding RM2,135.37 juta pada tahun 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu terdi-ri daripada RM23.83 juta wang tunai dan RM2,216.83 juta wang bagi pelaburan.

“Rizab Kerajaan Negeri adalah dipegang bagi maksud Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

“Kedudukan Rizab Kerajaan pada 30 September 2019 adalah sebanyak RM2,240.66 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM828.79 juta, Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1,401.78 juta dan Akaun Pinjaman Disatukan se-banyak RM10.09 juta,” katanya.

Amirudin berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan persi-

dangan Dewan Negeri Selangor, di sini pada 5 November lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri sen-tiasa berusaha meningkatkan rizab kerajaan dengan mening-katkan prestasi kutipan hasil, mengawal perbelanjaan mengu-rus dan perbelanjaan pemban-gunan serta memastikan pening-katan kedudukan kewangan di dalam Akaun Hasil Disatukan.

Amirudin berkata, antara usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan rizab kerajaan di dalam keadaan baik ada-lah dengan memperkemas dan membuat penambahbaikan ter- hadap perbelanjaan berhemah serta langkah penjimatan di da-lam menguruskan perbelanjaan wang awam.

“Kerajaan Negeri sentiasa menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggung- jawaban serta akauntabiliti da-lam semua urusan bagi memas-tikan nilai juga kualiti bagi per-belanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik melalui kaedah perolehan holistik,” katanya.

Hasil meningkat kepada RM2.2 bilion

Kawal perbelanjaan, lonjak kedudukan kewangan

Pemimpin sambut positif Belanjawan #Selangor2020SHAH ALAM - Belanjawan #Selangor2020 yang dibentang 1 November lalu dilihat sebagai satu pendekatan berhemah bagi menjamin kemam-panan pengurusan kewangan negeri.

Pembentangan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mendapat reaksi positif dalam kalangan pemimpin dan penyokong kerajaan.

Namun pemimpin pembangkang bimbang ia memerlukan tambahan.

Berikut reaksi terpilih beberapa EXCO, ketua pembangkang dan Ahli-ahli Dewan Negeri.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim

“Pengumuman terhadap pem-bangunan infrastruktur rangka-ian jalan dan projek tebatan ban-

jir di negeri ini adalah berita gembira khusus kepada rakyat. Saya amat berpuas hati.”

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud

“Peruntukan bagi program Kerja dari Rumah atau ‘Work From Home’ seba- nyak RM200,000 disifatkan setimpal

bagi peringkat permulaan ia dilaksanakan serta memberi motivasi kepada pihak saya untuk memastikan program itu berjaya dilaksanakan.”

BERSAMBUNG DI MUKA 4

Page 2: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

2Utama

SelangorKini 7 - 13 November 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Senarai penerima Skim Air Darul Ehsan dijangka diketahui men-jelang Mac 2020 selepas melalui proses semakan silang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, Kerajaan Negeri menggesa pemohon yang layak membuat permo-honan atas talian menerusi laman web www.ssipr.selangor.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang bagi memastikan tiada golongan sasar ter- tinggal dalam menikmati skim terbabit.

“Pendaftaran bermula sejak 30 Sep-tember dan dijangka berakhir pada 31 Disember ini. Proses pendaftaran ada-lah untuk mengumpul dan mengemas kini semua data permohonan.

“Bermula Januari 2020 kesemua per-mohonan ini akan diteliti dan barulah kita akan mengetahui senarai penerima yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi men-

jawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Dato’ Mohd Im-ran Tamrin berhubung Skim Air Darul Ehsan pada Sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS) di sini, pada 4 November lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, hasil penjajaran melalui skim berkenaan dijangka akan memberi manfaat kepa-da 700,000 pemilik akaun berbanding 1.6 juta akaun sedia ada.

Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion bagi menampung pembiayaan air per-cuma 20 meter padu semenjak Jun 2008 hingga Ogos lalu.

“Namun melalui Skim Air Darul Ehsan, jumlah pembiayaannya akan berkura- ngan daripada 180 juta kepada RM96 juta, malah kadar pertumbuhan mung-kin mencecah RM200 juta tidak lama lagi.

“Jadi melalui skim ini juga Kerajaan Negeri dijangka berjaya mengurangkan pembiayaan sebanyak 50 peratus,” ka-tanya.

MB gesa daftarair percuma

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)

atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

SHAH ALAM - Pembaca boleh menyemak dasar-dasar utama Belanjawan #Selangor2020 da-lam edisi khas akhbar Selangor-Kini yang diterbitkan pada 2 No-vember lalu.

Laporan pembentangan uca-pan Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari mula diedar dengan tangan di kawasan tumpuan ramai di bandar utama di negeri ini sejak tarikh tersebut.

Syarikat pengedar Promo-sel Communication mengagih- kan 80,000 naskhah edisi itu di Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Selain edaran tangan, akh-bar edisi khas itu juga diedar melalui pusat khidmat wa- kil rakyat di seluruh negeri dan masjid minggu ini.

Edisi e-akhbar laporan Be-lanjawan #Selangor2020 turut dimuatkan di laman web AmirudinShari.com dan portal Se- langorkini.my (e-Selangorkini).

Belanjawan itu dengan temanya Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat menggariskan lima strategi.

Dapatkan edisi khas Belanjawan #Selangor2020

Penerima diketahui Mac tahun depan

Strategi tersebut: Menjana Pertumbuhan dan Pemberdayaan Ekonomi Negeri, Meren-cana Agenda Pendidikan Unggul, Mewujud-kan Selangor Yang Selamat, Sihat dan Se-jahtera, Menjamin Kelestarian Alam Sekitar serta Menjuarai Kemampanan Sosial.

Page 3: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 7 - 13 November 2019

900kg sampah Sungai Klang dikutip setiap hari

SHAH ALAM - Selangor berhasrat menja-di pusat pelancongan golf utama negara mulai 2020 bagi menarik lebih ramai pen-gunjung ke negeri ini.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri akan memberi tum-puan dan sokongan kepada penganjuran kejohanan golf bertaraf antarabangsa.

Katanya, penganjuran acara sukan berprestij itu dijangka akan memberi im-pak yang lebih besar dalam merancakkan industri pelancongan negeri ini.

“Kerajaan Negeri melalui Tourism Se-langor telah menyusun kalendar pen-ganjuran acara-acara pelancongan yang berpotensi disertai pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang 2020.

“Antaranya Tourism Selangor Golf Championship 2020, Golf Open 2020 dan banyak lagi acara golf lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai men-jawab soalan lisan Juwairiya Zulkifli (PA-KATAN-Bukit Melawati) berhubung per-ancangan baharu untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke Selangor sem-pena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, pada 4 November lalu.

Mengulas lanjut, Rashid (PAKA-

TAN-Selat Klang) berkata, selari dengan agenda Klusterisasi Ekonomi Negeri Se- langor, Jawatankuasa Tetap Pelancon-gan Negeri juga akan memfokuskan pelancongan pelayaran mewah yang telah dikenal pasti di bawah Kluster Pelabuhan dan Maritim.

“Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri ber-cadang untuk membina Pusat Informasi Pelancongan di Boustead Cruise Centre, Klang pada 2020 yang dijangka akan memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri untuk jangka masa panjang,” katanya.

Selangor pusat pelancongan golf negara – EXCO

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor menyasarkan RM2 bilion penda- patan setahun dan 75,000 peluang pekerjaan melalui in-dustri aeropolis dan aeroangkasa menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, setakat ini 62 peratus industri berasaskan aeroangkasa bera-da di Selangor dengan Subang menyumbang 34 pera-tus membabitkan 70 syarikat berbanding 200 syarikat seluruh negara.

“Kedua-dua industri ini menyumbang RM1.7 bilion pendapatan dan menjana 55,000 pekerjaan setiap tahun setakat ini.

“Jumlah pengendalian penumpang pula tiga juta seta-hun dan dijangka lebih lima juta penumpang akan meng-gunakan perkhidmatan penerbangan di Lapangan Ter-bang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan per-sidangan Dewan Negeri Selangor di sini, pada 5 Novem-ber lalu.

Amirudin berkata, Kompleks A di Subang juga merupa-kan hab penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertama di Malaysia yang satu-satunya dilengkapi kemu-dahan Aerodrome di rantau Asia.

Sasar 75,000 peluang kerja dalam industri aeroangkasa

Pendapatan RM2 bilion menjelang 2025

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 4 November 2019

SHAH ALAM - Jentera pembersih sam-pah yang memulakan operasinya di Sungai Klang mampu mengutip 100,000 kilogram (kg) sampah setiap sehari.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, jentera Interceptor 002 keluaran syari-kat The Ocean Cleanup itu memulakan operasinya sejak Ogos lalu.

“Jentera yang dibina dengan kos 700,000 Euro (RM3.2 juta) ini menggunakan kuasa bateri solar.

“Operasi pembersihan ini dilakukan se-cara percuma selama setahun dengan ker-jasama anak syarikat Kerjaan Negeri Lan-dasan Lumayan Sdn Bhd,” katanya pada sidang media di Lobi Dewan Negeri Selan-gor, di sini pada 4 November lalu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penga-rah Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG),

Raja Shahreen Raja Othman; Duta Besar Be-landa ke Malaysia, Aart Jacobi; Ketua Pega-wai Eksekutif Ocean Cleanup, Boyan Slat dan Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin.

Dalam perkembangan sama, Syaiful Azmen berkata, sehingga kini jentera ber- kenaan berjaya membersihkan sebanyak 1,200 hingga 1,500kg sampah sehari pada peringkat awal sebelum berkurangan ke-pada 800 hingga 900kg sehari pada bulan berikutnya.

Katanya, pengurangan itu menunjuk-kan sampah di Sungai Klang semakin berkurangan.

Sementara itu, Jacobi berkata, projek berkenaan merupakan satu-satunya ker-jasama seumpama ini dijalankan mem-babitkan syarikat Selangor dan Belanda.

Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menyusun kalendar penganjuran acara-acara pelancongan yang berpotensi disertai pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang 2020ABDUL RASHIDEXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan

Page 4: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

4Utama

SelangorKini 7 - 13 November 2019

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANGSHAH ALAM - Sejumlah RM158,000 dilulus bagi melak-sanakan empat program kese-daran ‘No Plastic Bag and Straw’ di sebuah sekolah dan tiga pusat beli-belah di Selangor sehingga hujung tahun ini.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Ino-vasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata selain men-yokong kempen bebas plastik, langkah itu juga bagi memperhe-bat aktiviti cintai alam sekitar.

“Aktiviti yang akan dibuat membabitkan beberapa siri pe-lancaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yu Hua Kajang; Empire Shopping Gallery, Sub-ang Jaya; BMC Mall, Bandar Mah-

kota Cheras dan GM Klang.“Kita mendapat kerjasama

erat dengan Gabungan Persa- tuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor untuk melaksanakan kesemua program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kem- pen Bebas Plastik Peringkat Negeri Selangor 2019 di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini pada 4 November lalu.

Loy Sian berkata, program yang bakal dijalankan di seko-lah itu dijangka menarik minat kira-kira 2,900 pelajar termasuk guru melalui lakonan pentas bagi meningkatkan tahap mesra alam pelajar.

Bagi program di pusat be-li-belah pula katanya, pengan-jur akan mengedarkan 1,500 set bekas makanan mesra alam dan penyedut minuman besi kepada peserta yang mengunjungi pasar raya berkenaan.

“Selain itu, cabutan bertuah juga menanti pengunjung ter-masuk kanak-kanak yang berpe-luang menyertai pertandingan mewarna dan jelajah ‘No Plastic Bag and Plastic Straw’.

“Saya optimis melalui usaha ini kempen pengurangan peng-gunaan plastik di Selangor akan mendapat sambutan mem-berangsangkan, malahan akan terus diperluaskan ke sekolah lain pada tahun hadapan,” katanya.

RM158,000 jaya kempen bebas plastik

Rumah Selangorku

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Enam kriteria utama diambil kira bagi memastikan pro-jek perumahan mampu milik Rumah Selangorku menepati garis pandu-an Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM).

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha ber-kata, antara garis panduan ditetap-kan DRMM adalah harga hendaklah di bawah RM300,000 seunit.

“Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku RM42,000 hingga RM250,000 berbanding krite-ria ditetapkan DRMM,” katanya pada

sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Negeri Selangor di sini pada 4 November lalu.

Garis panduan lain ditetapkan ada-lah spesifikasi minimum rumah mam-pu milik hendaklah setanding dengan rumah harga bebas membabitkan bahan binaan yang mempunyai sijil SIRIM, Perakuan Pematuhan Standard (bahan binaan) dan Skim Pensijilan Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan QLASSIC oleh CIDB.

Kriteria lain yang ditetapkan ter-masuk, kawalan pemilikan rumah mampu milik, kawalan pembangunan rumah mampu milik dan kuota pemi-likan bumiputera.

Selaras dasar mampu milik Ketua Pembangkang, Rizam Ismail

“Pengurangan jum-lah peruntukan Belan-jawan #Selangor2020 dikhuatiri akan men-yaksikan Kerajaan Negeri sekali lagi perlu membentangkan per-belanjaan tambahan se- perti dilakukan sebelum ini.”

Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim

“Ia satu pengurusan kewangan mam-pan dan semakin meningkat dalam mem-bantu Selangor mempergiatkan ekonomi, khususnya pemberian Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR). Ia berita baik kepada penduduk luar bandar.”

Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni

“Peruntukan RM1 juta bagi penganjuran Konvensyen Mahasiswa Selangor mem-buktikan kepercayaan Kerajaan Negeri terhadap golongan muda dalam meng-garap idea baharu yang lebih segar ke arah memacu pembangunan Selangor pada masa hadapan.”

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Mohd

Sany Hamzan

“Alhamdulillah pe-runtukan Kasih Ibu

Smart Selangor juga ditambah dan ia sekali

DARI MUKA DEPAN

Sambut positif #Selangor2020

gus dapat menepis ura-ura yang mengata-kan program itu dibatal.”

Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat

“Idea Dato’ Menteri Besar banyak mem-beri fokus dalam membantu anak muda satu perkara yang tepat dan harus dipuji. Saya berpuas hati dengan belanjawan yang dibentangkan terutama apabila ia banyak membabitkan pemberdayaan terhadap generasi muda.”

Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Dato’ Mohd Imran Tamrin

“Belanjawan 2020 sekadar ulang tayang yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Tia-da sebarang pakej rangsangan diberi tum-puan, khususnya daripada aspek strategi ekonomi.”

Ahli Dewan Negeri Jeram, Shaid Rosli

“Belanjawan #Se-langor 2020 lebih baik berbanding ta-

hun lalu memandan-gkan nilai defisitnya

berkurangan daripada segi urus tadbir yang membabitkan 10 peratus sahaja. Kebajikan rakyat lebih diutamakan malahan peruntukan juga agak seimbang untuk semua kaum dan golongan.”

Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad

“Setiap belanjawan sudah pasti mem-punyai pro dan kontranya, namun kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang boleh dikatakan Belanjawan 2020 ini membuktikan Ke- rajaan Negeri menonjolkan sikap peduli serta prihatin terhadap keperluan rakyat Selangor.”

Page 5: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 7 - 13 November 2019

OLEH AFIX REDZUAN BANTING - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitah-kan supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memberikan peruntukan secukupnya kepada Orang Asli demi pembangunan masyarakat itu.

Baginda bertitah, Jabatan Ke-majuan Orang Asli (JAKOA) Sela- ngor perlu diberikan peruntukan sewajarnya untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruk-tur, modal insan dan kebajikan Orang Asli.

“Bagaimanapun, beta difa-hamkan peruntukan kewangan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor diturunkan setiap tahun, sejak 2017.

“Penurunan peruntukan itu perlu dipandang serius dan di-kaji semula oleh pihak Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Ne-geri supaya jumlah peruntukan mencukupi juga dapat diguna-kan untuk pembangunan ma- syarakat Orang Asli di Selangor.

“Beta berharap kepentingan

mereka sentiasa dipelihara dan tumpuan harus diberikan ke-pada pembangunan asas,” titah baginda.

Baginda bertitah demiki-an pada Program Perjumpaan DYMM Sultan Selangor Dengan Masyarakat Orang Asli di Pulau Carey pada 3 November lalu.

Turut berangkat bersama baginda DYMM Tengku Per-maisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selan-gor, Tengku Amir Shah serta Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Sultan Sharafuddin turut ber- kenan supaya tanah seluas 584.85 hektar yang diwartakan Kerajaan Negeri untuk penempatan dan kegunaan masyarakat Orang Asli di Pulau Carey dimanfaatkan un-tuk kemajuan serta kesejahte- raan mereka.

“Beta berharap JAKOA dap-at membantu dan membimbing masyarakat Orang Asli menjala-ni kehidupan harian serta bersa-ma-sama menikmati pembangu-nan yang berlaku di Selangor.

“Beta berkenan supaya kera-

jaan dapat memastikan keper- luan asas seperti jalan raya, air, elektrik, klinik kesihatan dan se-kolah disediakan dengan baik serta sempurna,” titah baginda.

Sementara itu, Amirudin ke-tika menyampaikan sembah ucapan pada majlis sama ber-kata, Kerajaan Negeri bersetu-ju mewujudkan Jawatankua-sa Tetap Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor dan sejumlah RM500,000 diperuntuk bagi tu-juan pembangunan modal insan serta kebajikan seperti membaik pulih rumah, projek pembangu-nan infrastruktur, peningkatan kesihatan juga ekonomi Orang Asli pada 2020.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri menerusi Mesyuarat EXCO mengambil maklum perkara di- bangkitkan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Peng-guna, Hee Loy Sian, yang sudah menerima surat daripada JAKOA Selangor yang menyatakan ba-hawa peruntukan 2019 hanya tertumpu di Perak dan Pahang sahaja.

Dana secukupnyabuat Orang Asli

Titah Sultan Sharafuddin

BANTING - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah mengingatkan masyarakat Orang Asli supaya mengambil berat berhubung ke- sihatan dan kebersihan serta mem-beri tumpuan kepada bidang pen-didikan.

Baginda bertitah, Kementeri-an Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat be- kerjasama bagi memastikan ma- syarakat itu berada dalam keadaan sihat dan persekitaran yang baik.

“Penjagaan kebersihan diri dan kawasan sekitar adalah perlu bagi memastikan tidak ada wabak pe- nyakit berjangkit yang boleh mem-bahayakan masyarakat.

“Beta menyeru kepada semua Tok Batin dan masyarakat ini menghantar serta memastikan anak mereka bersekolah untuk mendapat pendidikan sempurna.

“Ini amat penting pembangu-nan generasi masyarakat Orang Asli pada masa akan datang. Beta tidak mahu anak kaum ini ter-cicir dan tersisih daripada arus pembangunan di Selangor,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah de-mikian pada Program Perjumpaan Dengan Masyarakat Orang Asli di Pulau Carey, pada 3 November lalu.

Dalam titah sama, baginda menyeru kepada masyarakat Orang Asli mengatur kehidupan

mereka dengan lebih baik.“Bagi mereka yang minat ber-

tani, diharap dapat menjalankan usaha pertanian dengan tekun dan terancang.

“Beta juga difahamkan ra-mai masyarakat Orang Asli yang mempunyai bakat dalam pem-buatan kraf yang boleh dikete- ngahkan dan dijadikan sebagai satu perusahaan bagi menambah pendapatan.

“Dalam hal ini, beta berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli juga Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dapat membantu melaksanakan aktiviti yang berke-naan,” titahnya.

Terdahulu, keberangkatan tiba pasangan diraja itu sekitar jam 10 pagi disambut Tengku Amir Shah; Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli merangkap Ahli Parlimen Kua-la Langat, Dr Xavier Jayakumar.

Baginda kemudiannya dibawa ke Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbum dan Mah Meri Cultur-al Village untuk melihat sendiri demonstrasi perkahwinan, krafta- ngan anyaman, ukiran kayu, masa-kan tradisional, pembuatan alat permainan serta bertemu dengan usahawan kaum itu.

Baginda turut berkenan me- nyampaikan saguhati kepada 55 Tok Batin seluruh Selangor berjum-lah RM400 seorang.

Peka soal kesihatan, kebersihan dan pendidikan

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah sem-pena Program Perjumpaan DYMM Sultan Selangor dengan Masyarakat Orang Asli di Pusat Kraf Orang Asli, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat pada 3 November 2019

KUALA LUMPUR - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sela- ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mence-mar duli menyempurnakan per-asmian MIHRAB – Pameran Seni Lukis Bertemakan Masjid di sini pada 2 November lalu.

Baginda menzahirkan tahni-ah kepada Segaris Art Center di bawah pengurusan UiTM Art and Design Sendirian Berhad kerana berjaya menganjurkan pameran berkenaan.

“Beta juga merakamkan peng-hargaan kepada karyawan tem-patan yang turut serta menja- yakan pameran ini terutamanya sumbangan mereka dalam meng-hasilkan karya seni sekali gus me-martabatkan keindahan seni bina Islam yang terdapat di masjid di negeri ini.

“Sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, adalah menjadi hasrat

beta untuk terus berusaha men-cari peluang memelihara dan me-martabat warisan kesenian Islam di negeri ini supaya ia dapat di-hayati serta diwarisi oleh generasi masa depan. Alhamdulillah hasrat beta termakbul,” titah baginda.

Baginda bertitah, idea pemili-han masjid sebagai tema pame-ran seni lukis adalah datang dari-pada hasrat baginda sendiri.

“Masjid yang terdapat di Se- langor bukan sahaja mempunyai keunikan daripada segi seni bina malahan kaya dengan sejarahnya tersendiri.

“Justeru, beta percaya insia-tif penganjuran pameran seperti ini sungguh besar ertinya kepa-da umat Islam di Selangor kerana ia adalah satu pengiktirafan ter-hadap peranan dan sumbangan masjid sejak dulu hingga hari ini dalam membentuk masyarakat harmoni,” titahnya.

Sultan berkenan rasmi pameran lukisan masjid

Page 6: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

6Utama

SelangorKini 7 - 13 November 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kurang 10 peratus warga asing didapati menggu-nakan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pemban-gunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kajian kepuasan pe-numpang itu sekali gus menepis dakwaan kemudahan terbabit di-monopoli warga asing.

“Berdasarkan kajian bagi ka-wasan Majlis Bandaraya Shah Alam, hanya sembilan peratus

penumpang warga asing meng-gunakan perkhidmatan itu.

“Sementara statistik oleh Majlis Daerah Hulu Selangor mendapati hingga September ta-hun ini hanya dua peratus golo- ngan itu menggunakan Bas Smart Selangor.

“Jadi boleh disimpulkan ba-hawa dakwaan mengatakan lebih ramai bukan warganega-ra menggunakan perkhidmatan khas buat rakyat Selangor adalah kurang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ber-hubung Bas Smart Selangor pada

sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini pada 4 November lalu.

Sze Han (PAKATAN-Kinrara) berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia memastikan penduduk Selangor lebih selesa mengguna-kan bas percuma.

Justeru katanya, Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari dalam belanjawan negeri lalu meng-umumkan caj RM1 bagi warga asing yang ingin menggunakan perkhidmatan itu.

“Kemungkinan tidak lama kami akan amalkan kaedah tan-pa tunai untuk atasi lebihan pe-numpang warga asing,” katanya.

Kurang 10 peratus guna bas percuma

Tidak tepat warga asing monopoli

BANGI - Mini Expo Usahawan Selangor (MEXUS) bakal ditam-bah baik pada tahun depan, kata EXCO Jawatankuasa Pembangu-nan Usahawan serta Pembangu-nan Luar Bandar, Desa dan Kam-pung Tradisi, Rodziah Ismail.

Beliau berkata, antara perkara yang akan ditambah baik adalah menerusi padanan perniagaan dengan membariskan usahawan kecil di Selangor dan pelabur yang berminat untuk mengam-bil golongan terbabit sebagai ra-kan kongsi.

Katanya, menerusi program itu Kerajaan Negeri akan me-narik pelabur untuk melihat se-kiranya mereka berminat untuk mengambil usahawan berke-naan sekali gus mempromosi

produk mereka.“Menerusi “business match-

ing” ini kita akan kumpulkan ba-risan usahawan kecil dan mereka akan mempromosikan produk mereka kepada pelabur.

“Inisiatif ini satu perkara yang bagus kerana seperti kita tahu MEXUS sekarang hanya pusat sehenti membabitkan agen-si kerajaan turun padang dan memberi perkhidmatan kepada usahawan.

“Namun, kali ini kita ingin membabitkan usahawan dan pelabur supaya mereka boleh bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Rodziah berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mini Expo Usahawan Selangor (MEX-

US) 2019 Daerah Hulu Langat di Bangi Gateway Shopping Mall, di sini, pada 3 November lalu.

Terdahulu, MEXUS buat kali ketujuh dianjurkan itu memilih Hulu Langat sebagai destinasi dengan bertemakan fesyen.

Pengunjung yang hadir ber-peluang menyertai klinik usa-hawan dan mendengar taklimat perniagaan daripada agensi yang menyediakan bantuan ke-pada usahawan serta perkong-sian ilmu usahawan berjaya.

Melalui program ini, usaha-wan boleh belajar cara pemasa-ran digital dan bisnes atas talian. MEXUS juga sebagai pusat se-henti untuk usahawan seluruh Selangor mempertingkatkan potensi perniagaan mereka.

Mini Expo Usahawan Selangor ditambah baik

SHAH ALAM - Enam syarikat di-denda RM90,000 akibat mence-markan sungai di negeri ini, de-mikian dedah EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Peng-guna, Hee Loy Sian ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini pada 4 November lalu.

Katanya, tindakan itu diambil sejak 2013 hingga tahun ini eko-ran tindakan pemilik syarikat yang terbabit melepaskan bahan bua-ngan mengandungi minyak ke da-lam sumber air tanpa kebenaran Pengarah Lembaga Urus Air Se- langor (LUAS).

“Pada 26 Jun, sebuah premis juga dikenakan tindakan pena-hanan operasi selama dua ming-gu dan disita Majlis Perbandaran Kajang selama 39 hari.

“Sementara pada 28 Septem-ber, pencemaran bau berlaku disebabkan individu tidak ber-tanggungjawab membuang ‘sol-vent’ dalam saluran paip pemben-tungan di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota, sehingga kini suspek tidak dapat dikesan dan masih diteruskan pengesa- nan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Lau Weng San (PAKATAN – Banting) berhubung individu dan syarikat yang didakwa di mahkamah kera-na mencemarkan sungai.

Loy Sian berkata, Kerajaan Ne-geri melalui LUAS telah melaksa- nakan beberapa langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelak-kan tragedi pencemaran sungai

Cemari sungai, enam syarikat didenda RM90,000

berlaku termasuk menubuhkan Mesyuarat Pasukan Petugas Lem-bangan Sungai Klang, Sungai Se- langor dan Sungai Langat.

Katanya, tindakan penguatkua-saan, melaksana dan mengemas-kini inventori punca pencemaran di Sungai Semenyih, Sungai Be-ranang dan Sungai Rinching juga dibuat berdasarkan kajian guna tanah dan inventori aktiviti di riz-ab sungai.

“Pada masa sama kita turut meningkatkan pengambilan ka- kitangan penguatkuasaan bagi memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan LUAS,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui LUAS telah melaksanakan beberapa langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan tragedi pencemaran sungai berlaku termasuk menubuhkan Mesyuarat Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai LangatHEE LOY SIANEXCO Alam Sekitar

Page 7: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 7 - 13 November 2019

KUALA LUMPUR - Aliran masuk dana asing bersih ke pasaran ekuiti tempatan mencatatkan aliran meningkat, dengan aliran keluar terus menurun bulan ke bu-lan, menandakan kemungkinan berakhir- nya aliran menurun pada tahun ini.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, berdasar-kan corak itu, dijangka aliran masuk bersih pada minggu-minggu akan datang akan ter-us meningkat berikutan Bursa Malaysia telah mencecah paras terendah pada tahun ini.

“Pasaran saham telah menghampiri pa-ras terendah bagi tahun ini, serta mencatat paras terendah dalam tempoh empat ta-hun pada 1,548.45 mata. Sejak itu pasaran telah menunjukkan tanda-tanda pemu-lihan dan mencapai paras tertinggi pada Rabu dalam tempoh enam minggu pada paras 1,597.98,” katanya kepada Bernama pada 3 November lalu.

Berdasarkan data yang direkodkan, Ogos mencatatkan aliran keluar bersih ter-besar sebanyak RM2.59 bilion dan jualan bersih terus berkurangan kepada RM550.01 juta pada September dan menyusut kepa-da RM484.55 juta pada Oktober.

Pada asas minggu ke minggu, dari 5

hingga 7 November yang singkat berikutan cuti umum, aliran masuk sebanyak RM3.46 juta dicatatkan berbanding RM302.36 juta minggu lepas.

Pada 1 November, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,593.34, naik 23.34 mata berbanding semasa ditu- tup pada minggu lepas.

Mengenai kedudukan ringgit, Pong berkata, ringgit kini diniagakan pada nilai 4.1700-4.1840 berbanding dolar AS dan akan terus didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu akan datang.

“Ini adalah pengecualian daripada ke-naikan ringgit pada Jumaat apabila dolar AS menurun dengan ketara berikutan pe-nurunan kadar faedah bagi kali ketiga oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat semalam,” katanya.

Sementara itu, seorang penganalisis ber-kata, indeks pasaran akan terus dipengaru-hi oleh perkembangan perdagangan Amer-ika Syarikat (AS)-China, walaupun Presiden AS Donald Trump menyatakan perjanjian antara dua kuasa besar ekonomi itu akan selesai tidak lama lagi.

“Di sebalik pengumuman bahawa Trump dan rakan sejawatannya dari China

Xi Jinping akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa satu, pasaran masih tidak pasti dengan hasilnya,” katanya.

Mengenai minyak, beliau berkata penanda aras minyak mentah Brent masih bertahan, kekal antara AS$57 setong hing-ga AS$63 setong, yang akan memberi im-pak minimum kepada ringgit pada minggu depan.

Berhubung pertikaian perdagangan an-tara Malaysia dan India, beliau berkata pasa-ran tidak akan diheret terlalu lama, kerana kedua-dua negara akan mencari penyelesa-ian yang baik dalam masa terdekat.

Pada 1 November, ringgit ditutup pada 4.1640/1670 berbanding dolar AS.

Sepanjang minggu yang singkat, pasa-ran tempatan serta prestasi ringgit dipacu terutamanya oleh rundingan perdagangan AS-China, penurunan kadar faedah buat kali ketiga oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, serta data ekonomi AS.

Bagi minggu depan, pelabur akan memantau pengumuman Bank Negara Ma-laysia berhubung kadar dasar semalaman (OPR) pada 5 November, susulan penuru- nan kadar oleh Fed.

“Kami percaya BNM akan mengekalkan

kadar OPR pada mesyuarat kali ini kerana data tempatan menunjukkan ekonomi dan penggunaan tempatan masih berada pada aliran kukuh,” kata penganalisis itu. –BER-NAMA

Aliran masuk dana asing meningkatPasaran tunjuk tanda-tanda pemulihan

KUALA LUMPUR - Lebihan dagangan Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 meningkat sebanyak 15.3 peratus kepada RM100.86 bilion, ber-banding RM87.47 bilion dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Ini merupakan lebihan da-gangan terbesar dicatat-kan bagi tempoh Januari hingga September da-lam tempoh 10 tahun lepas, kata Kemen-terian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada 4 No-vember lalu.

Pada September 2019, lebih dagangan bernilai RM8.34 bilion, merosot 46.5 peratus tahun ke tahun (y-o-y).

Pada asas bulanan, jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing turun 3.1 peratus, 4.5 peratus, 1.6 peratus dan 23.5 peratus.

Jumlah dagangan pada suku keti-ga 2019 (3Q19) menguncup 3.7 peratus kepada RM460.53 bilion berbanding Q3 2018.

Jumlah eksport mencecah RM247.02 bilion, 1.9 peratus lebih rendah ber-banding tempoh yang sama tahun lepas manakala import menguncup 5.8 pera-

tus kepada RM213.51 bilion.Lebihan dagangan 3Q19 merekodkan

pertumbuhan dua angka sebanyak 33.3 peratus kepada RM33.51 bilion daripa-da RM25.14 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Perdagangan dengan ASEAN pada September 2019, yang

meliputi 26.2 peratus daripada jumlah perda-gangan telah merosot sebanyak 8.1 peratus y-o-y kepada RM38.54 bilion.

Eksport ke ASEAN menurun sebanyak 8.6

peratus kepada RM21.62 bilion, berikutan pe-

nurunan eksport barangan E&E.

Dagangan dengan China meningkat semula sebanyak 3.8 peratus pada Sep-tember 2019 selepas merosot 7.9 pera-tus pada Ogos, manakala perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) menurun sebanyak 3.3 peratus y-o-y kepada RM13.47 bilion.

Sementara itu, perdagangan dengan Amerika Syarikat pada September 2019 naik 3.8 peratus y-o-y kepada RM13.79 bilion, menyumbang 9.4 peratus daripa-da jumlah perdagangan Malaysia. – BER-NAMA

Lebihan dagangan bertambah RM100.86 bilion

Pasaran saham telah menghampiri paras terendah bagi tahun ini, serta mencatat paras terendah dalam tempoh empat tahun pada 1,548.45 mata. Sejak itu pasaran telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan mencapai paras tertinggi pada Rabu dalam tempoh enam minggu pada paras 1,597.98PONG TENG SIEWKetua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd

Page 8: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

8Nasional

SelangorKini 7 - 13 November 2019

Jika Trump kekal Presiden AS

Perang dagang berlarutan BANGKOK - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Moha-mad pada 3 November menyelar tindakan negara tertentu me- ngenakan sekatan ekonomi ke atas negara lain, dengan menya-takan langkah itu bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata, mengenakan sekatan tidak sahaja menjejas negara terlibat tetapi juga mem-beri impak negatif kepada ne- gara-negara lain yang berdagang dengan negara yang menghada-pi sekatan.

“Bila kamu kenakan sekatan, ia menentang undang-undang. Ti-dak ada peruntukan di PBB (Per-tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) bila sesebuah negara tidak puas hati dengan negara lain, ia boleh mengenakan sekatan ke atas negara itu dan juga negara-ne- gara lain yang berdagang de- ngan negara yang disekat.” kata- nya kepada media Malaysia di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, di sini.

Dr Mahathir berkata, walau-pun isu sekatan tidak disebut pada sidang kemuncak itu, ia te- lah juga menjejaskan negara- negara lain.

jugalah yang tidak mematuhi prinsip mereka sendiri,” kata be-liau.

Walaupun Dr Mahathir tidak menyebut negara yang me- ngenakan sekatan ekonomi, Amerika Syarikat (AS) telah melaksanakan sekatan ekonomi dan perdagangan terhadap Iran berikutan program nuklearnya.

Awal minggu ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia dide-sak oleh pihak tertentu agar me-nutup akaun bank individu dan

syarikat-syarikat Iran di Malaysia berikutan sekatan ke atas Iran itu.

Dr Mahathir juga berkata, isu perang dagang AS-China telah dibincangkan pada sidang kemu-ncak pada 3 November, dengan pemimpin-pemimpin itu mela-hirkan pandangan berat mereka terhadap perbalahan yang tidak ada tanda akan berakhir.

“Ya. Mereka semua ber-pendapat ini mengganggu per-tumbuhan perdagangan dan ekonomi mereka.

“Mereka mahukan sebuah dunia yang aman di mana mere-ka boleh berdagang dengan ne- gara lain,” katanya dan menam-bah China sendiri mahu menamatkan isu itu.

Perdana Menteri berkata, perang dagang boleh berlarutan selama sekurang-kurangnya lima tahun lagi jika Presiden AS Don-ald Trump dipilih semula tahun depan. Pada 3 November, Dr Ma-hathir menyertai tiga sidang ke-muncak, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-22, Sidang Ke-muncak ASEAN-India ke-16 dan Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-10.

Menyentuh mesyuarat kum-

pulan dengan India, Dr Mahathir berkata, kedua-dua pihak ber-setuju untuk terus memperting-kat kerjasama termasuk interaksi bilateral, perdagangan dan pe-lancongan.

“(Dengan) India, pada asasnya tidak ada masalah. India positif dalam isu-isu itu dan saya harap ini akan diterjemah (kepada tin-dakan) oleh India dan ASEAN,” kata beliau.

Tentang mesyuarat dengan delegasi PBB diketuai oleh se- tiausaha agungnya, António Gu-terres, Perdana Menteri berkata, beliau sekali lagi menonjolkan isu kuasa veto badan dunia itu.

Beliau berkata, di mesyuarat itu, buat pertama kalinya, Gu-terres turut bersetuju dengan be-liau tentang perlunya menangani dan mengambil tindakan ter- hadap ancaman keganasan de- ngan melihat pada punca sebe-nar.Guterres juga menyentuh isu perubahan iklim dan kesannya di rantau ini, terutama kenaikan pa-ras laut yang mengakibatkan be-berapa pulau hapus.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir pada 4 November. - BERNAMA

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pandangan dan nasihat Peguam Negara sebelum mengambil langkah-langkah seterusnya ber-huhung pembelian enam he-likopter yang dilakukan pentad-biran lepas bernilai RM300 juta.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian akan me- ngadakan perbincangan bersa-ma Kementerian Kewangan dan Peguam Negara bersabit pembe-lian helikopter berkenaan yang masih belum diterima kerajaan sehingga kini.

“Kita akan buat keputusan pa- ling singkat untuk mendengar nasihat AG (Peguam Negara) ke-napa helikopter ini tidak sampai sehingga hari ini.

“Kita akan tunggu pandangan AG… perlu ambil tindakan apa-apa (yang akan dibuat nanti) ber-dasarkan pandangan AG dan ke-menterian akan buat keputusan berdasarkan kepada pandangan itu,” katanya kepada pemberita

Minta nasihat Peguam Negara isu helikopterselepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Negeri Ke-lantan dan Terengganu, di sini, pada 3 November lalu.

Beberapa hari lepas Mohamad Sabu dilaporkan berkata, kera-jaan mungkin perlu ke mahka-mah berhubung enam helikopter yang dibeli pentadbiran lepas, bernilai lebih RM300 juta, yang belum dihantar.

Beliau berkata, sekiranya he-likopter berkenaan dihantar dan tentera enggan menggunakan- nya, perbincangan akan diada-kan bersama kementerian lain mengenai penggunaannya.

Helikopter itu sepatutnya di-hantar dalam dua fasa iaitu dua buah dihantar pada Julai 2017 dan empat lagi dijadual dihantar pada Disember 2018.

Mengulas isu itu lagi Moha-mad berkata, kerajaan terdahu-lu telah membayar RM112 juta iaitu 35 peratus daripada harga keseluruhan namun helikopter berkenaan yang sepatutnya

diterima pada November 2017 masih belum sampai.

“Bukan kita tidak mahu mene- rima helikopter berkenaan tetapi sebenarnya helikopter tersebut masih belum diterima kita se- hingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad ber-

kata, kutipan Kempen Tabung Pahlawan 2019 telah mencatat satu sejarah baharu apabila bakal mencecah kutipan sehingga RM10 juta dalam sedikit masa lagi.

Beliau berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah kutipan

tabung itu mencecah sebanyak itu yang membuktikan kesedaran rakyat terhadap jasa pasukan ke-selamatan semakin tinggi.

Kementerian menyasarkan ha-nya kira-kira RM6 juta sahaja na-mun hasil kesedaran rakyat itu akhirnya ia berjaya mencecah ke-pada RM10 juta itu.

Beliau juga mengucapkan te- rima kasih kepada kerajaan ker-ana meluluskan bayaran ‘one off’ sebanyak RM500 kepada 70,000 pemegang Pingat Jasa Malay-sia yang melibatkan peruntukan berjumlah RM35 juta.

Pada majlis itu, 512 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima pingat berkenaan.

Mohamad turut menganuge- rahkan kepada 18 balu dan 32 veteran kurang upaya menerima pingat itu.

Majlis itu adalah sesi penga-nugerahan kelapan diadakan pada tahun ini yang membabit-kan 28,209 penerima di seluruh negara. - BERNAMA

“Malaysia kini dikenakan sekatan, kerana kita tidak boleh berdagang dengan rakan per-dagangan kita yang besar, Iran. Negara-negara lain juga meneri-ma layanan serupa.

“Jadi di bawah undang-un-dang apa? Mereka banyak ber-cakap mengenai kedaulatan un-dang-undang; banyak bercakap mengenai perdagangan berpan-dukan peraturan tetapi orang yang bercakap mengenai perkara itu atau mencipta idea tersebut,

Foto

ole

h Be

rnam

a

Foto

ole

h Be

rnam

a

Page 9: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 7 - 13 November 2019

Masalah hutang membelenggu PLUS

Kerajaan cari penyelesaian

Unit Bumiputera, Pakej Istimewa

Dalia Residences : Banglo 2 Tingkat, 56’ x 85’, 4,616 kaki persegi: Rumah Berkembar 2 Tingkat, 45’ x 80’, 3,976 kaki persegi: Daripada RM1.6 Juta* (7% Diskaun Bumiputra)

Sinaria: 24’ x 65’, 3,121 sf – 3,724 sf

Aman1 : Kondominium, 870 - 1,000 kaki persegi: 2 tempat letak kereta: 3 bilik tidur & 2 bilik mandi

Pemaju: Tropicana Aman Sdn Bhd (1030655-A). • Alamat Pemaju : Level 10-12, Tropicana City O�ce Tower, No. 3, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor.Aman 1: No Lesen Pemaju:14012-5/12-2019/01073(L) • Tempoh:19/12/2017 – 18/12/2019 • No Permit Iklan dan Jualan:14012-5/12-2019/01073(P) • Tempoh:19/12/2017 – 18/12/2019 • No Rujukan Pelan Bangunan: MDKL/JKB/2/4/1232(11) • Pihak Berkuasa yang meluluskan Majlis Daerah Kuala Langat • Jangka Siap: Disember 2020 • Bebanan Tanah: Tiada • Pegangan Tanah: 99 Tahun (Tarikh Luput 09/11/2110). Jenis Bangunan: Pangsapuri . Jumlah Unit: 766 - Blok A: 192 unit • Blok B: 192 unit • Blok C: 192 unit • Blok D: 190 unit • Keluasan Binaan: Blok A: 870kps (min.) – 1,000kps (maks.); Blok B: 870kps (min.) – 1,000kps (maks.); Blok C: 870kps (min.) - 1,000kps (maks.); Blok D: 870kps (min.) – 1,000kps (maks.) • Harga Jualan: Blok A : RM360,800 (min.) - RM605,800 (maks.) • Blok B: RM378,800 (min.) - RM683,800 (maks.) • Blok C: RM421,800 (min.) - RM746,800 (maks.) • Blok D: RM444,800 (min.) - RM777,800 (maks.) • 7% Bumiputera Diskaun • Sekatan-sekatan Kepentingan: Tanah ini boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Pembangunan Tropicana Aman tidak berkait an dalam apa-apa jua cara dengan kumpulan Aman..Dalia: Pemaju : Tropicana Aman Sdn. Bhd (1030655-A) • Alamat Pemaju : Level 10-12, Tropicana City O�ce Tower, No. 3, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor. • No. Lesen Pemaju: 14012-4/10-2020/02999(L) • Tempoh Sah: 21/10/2019 – 20/10/2020 • No. Permit Iklan dan Jualan: 14012-4/10-2020/02999 (P) • Tempoh Sah: 21/10/2019 – 20/10/2020 • Pihak Berkuasa yang Meluluskan: Majlis Daerah Kuala Langat • No. Rujukan Pelan Bangunan : MDKL/JKB/2/4/1220 (7 ) • Tarikh Dijangka Siap: Oct 2020 • Pegangan Tanah: 99 Tahun (Tarikh Luput 09/11/2110) • Bebanan Tanah: Tiada • Jenis Bangunan : Rumah Berkembar 2 Tingkat; Rumah Zero Lot 2 Tingkat; Rumah Banglo 2 Tingkat •Jumlah Baki Unit: Rumah Berkembar 2 Tingkat – 56 Unit • Rumah Lot Zero 2 Tingkat – 12 Units • Rumah Banglo 2 Tingkat – 3 Units • Harga Jualan Baki Unit : Rumah Berkembar 2 Tingkat : RM1,647,800 (Min) – RM4,181,800 (Maks); Rumah Zero Lot 2 Tingkat: RM3,212,800 (Min) – RM3,620,800 (Maks); Rumah Banglo 2 Tingkat RM3,085,800 (Min) – RM4,185,800 (Maks) • Keluasan Bangunan: Rumah Berkembar 2 Tingkat : 3,976.08 kps (Min & Maks); Rumah Zero Lot 2 Tingkat : 4,616.64Kps (Min & Maks); Rumah Banglo 2 Tingkat : 4,803.07Kps (Min & Maks) • 7% Diskaun Bumiputera • Sekatan-sekatan Kepentingan: Tanah ini boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Tropicana Aman Property GalleryNo 2, Persiaran Aman Perdana 3, Bandar Tropicana Aman, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaGPS Coordinates: N 2.951494 , E 101.546007Waze: Tropicana Aman New Property Galleryhttps://waze.to/lr/hw28oy9r9d

Pemaju: Tropicana Aman Sdn Bhd 1030655-ALevel 10-12, Tropicana City Office TowerNo. 3, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangort +603 7710 1018 f +603 7710 1025 e [email protected]

1700 81 8868tropicanaaman.com.my

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Cheria Residences: Semi-D 2 Tingkat, 38’ x 80’, 3,200 sf: Semi-D 2 Tingkat, 40’ x 85’, 3,670 sf

BANGKOK - Kerajaan akan men-cari jalan terbaik untuk menyele-saikan masalah kewangan yang membelenggu PLUS Malaysia Ber-had (PLUS), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pilihan terbaik buat masa ini adalah untuk syari-kat dana pelaburan negara Kha- zanah Nasional Berhad (Kha- zanah), yang merupakan peme-gang saham utama dalam PLUS,

supaya dapat mengurus untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

“Kita nak tengok mana yang terbaik mungkin. Kalau Khazaah urus, boleh selesai hutang, Ok la,” katanya kepada media Malaysia dalam sidang akhbar bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, di sini, pada 4 November lalu.

Sebelum ini, dilaporkan Pe- ngarah Urusan Khazanah, Datuk

Shahril Ridza Ridzuan berkata, Khazanah yang merupakan syari-kat dana pelaburan negara tidak berminat untuk menjual PLUS yang merupakan syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara.

Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manaka-la 49 peratus lagi dipegang Kum-pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi

RM32 bilion.Bagaimanapun, Perdana Men-

teri berkata, kerajaan juga berse-dia melepaskan PLUS jika ada pi-hak yang sanggup membayar har-ga tinggi untuk mengambil alih dan menanggung hutang yang dialaminya.

“Kalau ada orang lain menawar untuk mengambil alih hutang sampai RM30 bilion, itu sesuatu yang baik. Bagi kerajaan, kita

(akan) cakap dengan Khazanah,” kata Dr Mahathir.

Minggu lepas, konglome- rat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd telah menaik-kan tawaran bagi PLUS dengan tawaran baharu untuk mengam-bil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat itu kepada RM5.3 bilion daripada RM3 bilion sebelum ini. - BERNAMA

Page 10: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

10Global

SelangorKini 7 - 13 November 2019

KUALA LUMPUR - Malaysia le- bih cemerlang berbanding de- ngan negara-negara lain dari segi mencapai Matlamat Pembangu-nan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutamanya dalam membasmi kemiskinan, dan menyediakan pendidikan dan penjagaan kesi-hatan, menurut seorang pegawai PBB.

Penyelaras Residen PBB di Ma-laysia, Stefan Priesner berkata, bahawa walaupun negara ini te- lah mencapai kemajuan yang be-sar dalam mengurangkan kemis- kinan, ia boleh melakukan lebih banyak lagi dengan menyasarkan lokasi kawasan kemiskinan dan kumpulan yang terdedah de- ngan kemiskinan.

“Kekuatan data, yang hanya tersedia dalam tempoh 10 hing-ga 15 tahun yang lalu, telah mem-beri peluang kepada kita untuk menentukan titik panas di mana kemiskinan berlaku, sama ada di kawasan luar bandar atau bandar.

Malaysia terkedepan capai matlamat SDGIa akan menjadi penunjuk yang hebat bagi negara-negara seper-ti Malaysia untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan, “ka-tanya selepas sesi perbincangan mengenai Persidangan Meja Bu-lat SDG di Wisma Bernama di sini.

Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan & Kewangan) Berna-ma, Khaidzir Md Yunus bertindak sebagai moderator sesi itu yang memberikan gambaran menge-nai Sidang Kemuncak SDG 2019 selama dua hari di ibu negara bermula Rabu.

Selain Priesner, Timbalan Ke- tua Setiausaha (Makro) Kement-erian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Zakiah Jaafar, juga berinterak-si dengan ahli panel meja bulat yang terdiri daripada pasukan editorial Bernama.

Priesner berkata, Malaysia telah melakukan yang terbaik dan telah meliputi kebanyakan isu-isu dari segi pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan kini ia harus menumpukan pada pe-

ningkatan kualiti kedua-dua sek-tor, yang memerlukan sejumlah besar pelaburan dari segi sumber.

Mengenai alam sekitar, beliau berkata, Malaysia adalah salah satu daripada 10 titik panas ke-pelbagaian biologi atau biodi-versiti di dunia dari segi hutan hujannya, di mana biodiversiti itu berkali-kali ganda tingginya dari-pada di Eropah. Oleh itu, katanya, adalah penting untuk memeliha-ra hutan hujan dan hidupan liar.

“Sebagai contoh, di Eropah, saya perlu melakukan perjalanan sejauh beberapa kilometer untuk melihat jumlah biodiversiti yang sama yang dapat saya lihat di Sa- rawak dengan berjalan kaki se-jauh 100 meter, yang menunjuk-kan betapa pentingnya agen-da biodiversiti di Malaysia,” kata Priesner, yang juga wakil resi-den Program Pembangunan PBB (UNDP) untuk Malaysia, Singapu-ra dan Brunei Darussalam.

Pada tahun 2015, kesemua 193 negara anggota PBB sebu-

lat suara mengguna pakai Agen-da 2030 dan SDG dengan 17 matlamat yang mengimbangi pembangunan asas ekonomi, so-sial dan alam sekitar.

Sementara itu, Zakiah berkata, pembangunan mampan Malay-sia telah dilaksanakan sejak tahun 1970-an, dengan penekanan un-tuk menghapuskan kemiskinan, meningkatkan kesejahteraan rak- yat, menyediakan akses universal kepada pendidikan serta menja-ga alam sekitar.

Beliau berkata, langkah-lang-kah yang diambil termasuk mem-perkukuhkan rangka kerja institu-si untuk pembangunan mampan dan meningkatkan penyelarasan melalui penyelarasan SDG deng- an pelan pembangunan lima ta-hun negara.

Beliau juga berkata, bagi Ma-laysia untuk mengiktiraf pelaksa-naan SDG yang menyeluruh, ia memerlukan pengerahan sum-ber, termasuk tenaga kerja, pem-binaan kapasiti, ruang fizikal, dan

BANGKOK - Pertubuhan Nega-ra-negara Asia Tenggara (ASEAN) berkembang dengan pesat se-lama ini untuk menjadi sebuah perkumpulan serantau yang cu- kup stabil di dunia hari ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“ASEAN hari ini adalah sebuah perkumpulan serantau yang pa- ling stabil dalam dunia, berban- ding EU (Kesatuan Eropah), mere-ka sedang menghadapi masalah,” kata Perdana Menteri yang bera-da di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35.

Beliau berkata, kejayaan per-tubuhan itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kepada keingi-nan banyak lagi negara lain un-tuk menyertai perkumpulan itu, di samping berjaya meluaskan lagi bidang kerjasama dalam ka-langan negara anggota.

“Secara keseluruhan, kita su-dah melakukan yang terbaik. ASEAN berkembang pesat de- ngan lebih banyak bidang ker-jasama ketika ini. Ramai yang berminat untuk menyertai kita seperti Timor Leste, mereka ber-minat untuk menyertai kita, saya rasa kita perlu menerima mereka, namun ada beberapa anggota

pembiayaan.“Malaysia telah melaksanakan

satu usaha pemetaan untuk menyelaraskan pelaksanaan SDG di bawah Rangka Kerja Ranca- ngan Malaysia ke-11 (RMK-11) un-tuk memastikan kerjasama yang efektif antara pihak berkepenti- ngan, penggerak dan penggu-naan sumber yang cekap, serta mekanisme pemantauan yang lebih baik untuk penilaian.

“Latihan integrasi ini meli-batkan pemetaan inisiatif pelan tindakan dan hasil 1 (RMK-11) kepada matlamat, sasaran, dan penunjuk SDG,” katanya pada sesi meja bulat.

Para panelis Bernama terdiri daripada Timbalan Ketua Peng-arang (Berita Dalam Negeri), Ab-dul Rahman Ahmad; Ketua Me-dia Digital, Hafizah Kamarudin; Ketua Meja Rencana dan Penu-lisan Strategik, Sakina Mohamed dan Nur Ashikin Abdul Aziz dari Perkhidmatan Berita Antara-bangsa. - BERNAMA

Banyak negara lain intai peluang

ASEAN stabil dan berjaya masih tidak selesa,” katanya da-lam satu persidangan media ber-sama media Malaysia di sini.

ASEAN ditubuhkan pada 1967 dengan hanya lima negara pe- ngasas yang terdiri dari Malay-sia, Indonesia, Filipina, Singapura serta Thailand dan kini dengan 10 negara anggota, ia berjaya men-jalin kerjasama serta perkong-sian erat dengan enam negara di rantau Asia Pasifik, yakni China, Jepun, Korea Selatan, India, Aus-tralia juga New Zealand, sehing-ga dikenali sebagai ASEAN +6.

Dr Mahathir berkata, perkum-pulan serantau itu juga sedang meraih hasil daripada wawasan serta kerjasama erat mereka, ter-masuk diiktiraf sebagai komuniti Asia Timur, dan beliau menam-bah kini Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) juga sudah menjadi realiti.

“Orang ramai kini merujuk ASEAN +3 (China, Jepun dan Korea Selatan) sebagai komuni-ti Asia Timur. Jadi kami (ASEAN) akhirnya berjaya diiktiraf sebagai komuniti Asia Timur,” katanya.

Idea penubuhan zon per- dagangan bebas serantau EAEC bagi ASEAN +3 dicetuskan oleh Dr Mahathir pada 1997 sebagai

reaksi kepada integrasi ke da-lam Kerjasa Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Dr Mahathir, 94, kembali se-bagai Perdana Menteri selepas memimpin Pakatan Harapan un- tuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu, dan kali pertama beliau me-nerajui negara sebagai Perdana Menteri adalah selama 22 tahun,

orang yang sama,” katanya.Beliau seterusnya meng-

gambarkan sidang kemuncak ini berserta persidangan yang berkaitan dengan tema “Mem-perkukuh Kerjasama bagi Kele-starian”; sebagai suatu kejayaan, dan menambah pada dasarnya semua mesyuarat berjalan de- ngan lancar.

Sidang Kemuncak yang ber-langsung di Pusat Pameran IM-PACT Convention and Exhibition di sini berakhir pada 5 November lalu. Sidang Kemuncak ASEAN ta-hun depan akan diadakan di Viet-nam. - BERNAMA

sebelum bersara pada Oktober 2003.

“Kali ini, saya menghadiri si-dang kemuncak ini buat kali kedua sejak tahun lepas. Sidang Kemuncak ASEAN kini mempu-nyai ramai pemimpin baharu. Disebabkan demokrasi, rakyat boleh menukar pemimpin. Bu-kan seperti sebelum ini di mana pemimpin yang hadir seringkali

ASEAN berkembang pesat dengan lebih banyak bidang kerjasama ketika ini. Ramai yang berminat untuk menyertai kita seperti Timor Leste,mereka berminat untuk menyertai kitaTUN DR MAHATHIR MOHAMAD.Perdana Menteri

Page 11: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 7 - 13 November 2019

M

modal insanmodal insan bangun bangun

Orang AsliOrang Asli RM500,000RM500,000 enghadap Duli Ya-

ng Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Al-

marhum Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala jajahan takluknya.

Menghadap DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon di-ampun.

Patik mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Se-langor merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat mencemar duli ke majlis ini.

Sesungguhnya dengan ke-berangkatan Tuanku berdua menzahirkan sikap kepedulian Tuanku terhadap masyarakat Orang Asli Pulau Carey di Sela- ngor khususnya. Keprihatinan Tuanku sentiasa menjadi pema- ngkin kepada patik dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri bagi menjamin Se-langor sentiasa berada da-lam keadaan aman, baik dan sentosa di bawah naungan Tuanku.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersa-ma-sama merafakkan se- tinggi-tinggi kesyukuran ke- hadrat Allah yang Maha Esa ke- rana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bertemu dalam Program Perjumpaan Sul-tan Selangor Dengan Masyarakat Orang Asli di Pulau Carey ini.

Program ini diadakan selaras dengan hasrat Tuanku yang berkenan untuk bertemu dengan masyarakat Orang Asli di Pulau Carey. Dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan lagi hubungan kita semua teruta-manya di antara Sultan Selangor dengan masyarakat Orang Asli setempat.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Tok Batin dari seluruh Selangor dan masyarakat Orang Asli di Pulau Carey ini yang telah sama-sama hadir bagi me-meriahkan program ini.

Ampun Tuanku, jumlah ke-seluruhan penduduk Orang Asli di Selangor ialah sebanyak 19,761 orang terbahagi kepada lima daerah iaitu di Hulu Langat (2,391 orang), di Sepang (3,261 orang), di Gombak dan Petaling (3,738 orang), di Hulu Selangor (4,276 orang) serta populasi pa- ling tinggi adalah di Kuala Langat

dan Klang (6,095 orang).Di samping itu, terdapat se-

jumlah 55 perjawatan Tok Batin di Selangor iaitu 15 orang di Kuala Langat dan Klang, lapan orang di Sepang, 10 orang di Gombak dan Petaling, sembilan orang di Hulu Langat serta 13 orang di Hulu Se-langor.

Ampun Tuanku, untuk mak-luman Tuanku, Pusat Kraf Orang Asli telah mula dibina pada 15 No-vember 2007 dan disiapkan pada 2 November 2008 di bawah Pro-gram Satu Daerah Satu Industri yang mendapat peruntukan dari Bahagian Pengupayaan Ekonomi, Kementerian Kemajuan Luar Ban-dar dan Wilayah dengan kos pem-binaan RM661,161.50. Keluasan tapak Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbun ialah 0.28 hektar dengan keluasan bangunan 386.86 meter persegi.

Pusat kraf ini dibina Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Se-langor (JAKOA) yang merupakan Jabatan di bawah Jabatan Per-

dana Menteri. Sejak dibina, pusat kraf ini diurus selia Koperasi Asli Selangor Berhad. Pengurusannya dilaksanakan penduduk tempa-tan yang merupakan ahli koperasi dilantik bersama dengan pengu-saha kraftangan setempat.

Pusat Kraf Orang Asli ini men- empatkan pengumpulan hasil kraftangan penduduk tempatan, ruang legar, bengkel membuat kerja pertukangan kayu, ruang ke-budayaan, galeri dan ruang peja-bat.

Manakala, Perkampungan Bu- daya Mah Meri pula adalah di bawah seliaan Kementerian Pe-lancongan, Seni dan Budaya Ma- laysia merupakan salah satu pro-duk pelancongan masyarakat Orang Asli yang menawarkan produk pelancongan seni kraf, aktiviti kesenian, kebudayaan dan penggerak kepada kemajuan ekonomi setempat.

Dengan adanya Pusat Kraf Orang Asli dan Perkampungan Budaya Mah Meri di sini dapat

memberi kesan ekonomi yang sangat baik kepada masyarakat setempat khususnya Orang Asli.

Hasil kraftangan Orang Asli Mah Meri seperti ukiran dan an- yaman mendapat permintaan baik sama ada dibeli oleh pelan-cong yang datang ke kampung Orang Asli Sungai Bumbun atau tempahan daripada individu, ja-batan kerajaan dan pihak swasta.

Selain itu, program seperti la-watan, penyelidikan dan khidmat masyarakat dari kalangan pelajar sekolah, pelajar universiti, agensi kerajaan atau swasta kerap dia-dakan di perkampungan Orang Asli Sungai Bumbun ini disebab-kan keunikan budaya dan hasil kraftangan mereka.

Pengukir dan penganyam turut diberi peluang dan gal-akan untuk menyertai pel-bagai aktiviti promosi dan jualan seperti membuka gerai jualan dalam setiap program promosi yang di-anjurkan Kraftangan Ma-

laysia terutamanya sem-pena Hari Kraf Kebangsaan

yang diadakan pada setiap ta-hun bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Mereka juga turut dilantik se-bagai juru promosi dalam pel-bagai program anjuran Kraftan-gan Malaysia di dalam dan luar negara.

Tidak dinafikan bahawa ma- syarakat Orang Asli di Selangor semakin berkembang maju, an-taranya dalam bidang pendi-dikan, kejayaan usahawan Orang Asli dalam penjualan barangan kraftangan, hasil rimba, madu asli, ikon Orang Asli dan pengik-tirafan yang diterima daripada UNESCO.

Kerajaan Negeri melalui Maj-lis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil maklum akan per- kara yang dibangkitkan Yang Ber-homat Hee Loy Sian yang telah menerima surat daripada JAKOA Selangor menyatakan bahawa peruntukan bagi 2019 hanya ter-tumpu di Perak dan Pahang saha-ja.

Sehubungan itu, Majlis Mesyua- rat Kerajaan Negeri bersetu-ju agar Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal Negeri Sela-

ngor diwujudkan dan mempe-runtukkan sejumlah RM500,000 bagi tahun 2020 bertujuan mem-bangunkan modal insan dan ke-bajikan seperti membaik pulih rumah, projek pembangunan in-frastruktur, peningkatan kesiha-tan dan ekonomi Orang Asli.

Kerajaan Negeri turut me- neruskan Biasiswa Sagong Tasi untuk anak Orang Asli di sekolah menengah yang menetapi kri- teria ditetapkan.

Pentadbran ini akan memasti-kan usaha pembangunan di Se-langor dilaksanakan secara seim-bang dan menyeluruh.

Akhir kata, ucapan penghar-gaan dan terima kasih kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempa-tan, Unit Perancang Eko-nomi Negeri Selangor di atas kejayaan mengaturkan program ini de-ngan kerjasama daripada Maj-lis Daerah Kuala Langat, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat, Ke-menterian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, JAKOA dan lain-lain agensi terlibat.

Ampun Tuanku, sebelum me-ngundur diri, patik sekali lagi menjunjung kasih di atas limpah perkenan Sultan Sharafuddin Id-ris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Di Pertu-an Negeri Selangor Darul Ehsan dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat mencemar duli untuk bersama-sama pada majlis ini.

Patik dan sekalian rakyat juga memohon ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku dan Tengku Per-maisuri Selangor dianugerahkan kesihatan yang berkekalan dalam kemanisan iman, dipelihara kese-lamatan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk terus me-merintah Selangor Darul Ehsan dengan segala kemuliaan.

Doa sekalian rakyat juga di-panjatkan ke hadrat Allah SWT untuk Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan seterusnya kepada puteri–puteri dan adin-da–adinda Tuanku, waris–waris serta kerabat DiRaja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah, serta senantiasa da-lam perlindungan Allah SWT.

Sekian, sembah ucapan patik. Wabillahi taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatul-lahi Wabarakatuh.

Ucapan di program perjumpaan Sultan Selangor dengan masyarakat Orang Asli di Pulau Carey pada 3 November 2019.

Page 12: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

Album Klik!13SelangorKini 7 - 13 November 201912 SelangorKini 7 - 13 November 2019

KIRIOrang Asli Mah Meri Pulau Carey berswafoto selepas Majlis Perasmian Program Skuad Kembara Sekolah Tourism Selangor di SMK Methodist, Klang l HAFIZ OTHMAN

KANANAksi pemain bola cilik pada Karnival Bola Sepak PNSB di Padang C Seksyen 14, Shah Alaml REMY ARIFIN

KIRIPengunjung mencuba aktiviti memanah di Paradise Valley, Semenyih l HAFIZ OTHMAN

KANANModel memperagakan pakaian tradisional pada perasmian Mini Expo Selangor di Bangi Gateway Mall, Bangi l REMY ARIFIN

KIRIDemonstrasi menbuat lilin menggunakan minyak masak di Karnival Jelajah 360 Smart Selangor, Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang I FIKRI YUSOF

KANANPeminat kegiatan lasak memanjat bukit di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu CavesI ASRI SAPFIE

KIRIDemonstrasi jahitan baju subak terap suku Temuan, Bukit Tadom sempena program perjumpaan dengan DYMM Sultan Selangor di Pulau Carey, Banting I FIKRI YUSOF

KANANPenduduk menggunakan basikal dan motosikal elektrik ke pasar Pulau Ketam, Pelabuhan KlangI ASRI SAPFIE

Menghadiri Program Himpunan Suara NGO Anak Muda di Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam

ADN SIJANGKANGDr Ahmad Yunus Hairi

Menyertai larian malam sempena pembukaan Tokong Ban Siew Keng di Jenjarom, BantingADN BANTING

Lau Weng SanMenyantuni penerima Baucar Program Jom Shopping SMUE di pasar raya Giant, Kelana Jaya

ADN KAMPUNG TUNKULim Yi Wei

Membuat kunjungan mesra ke Tabika Kemas Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang

ADN KUANGSallehudin Amiruddin

Bersama peserta bengkel membuat batik shibori ajuran PWB di Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya

ADN BANDAR UTAMAJamaliah Jamaluddin

ADN BUKIT MELAWATIJuwairiyah Zulkifli

Menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SK Parit Mahang, Jeram

Page 13: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

14ADN

SelangorKini 7 - 13 November 2019

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N04N04 SEKINCHANSEKINCHAN

nNama: Ng Suee Lim

nUmur: 49 tahun nNegeri kelahiran: Kapar, Selangor

nMakanan kegemaran: Sambal belacan dan makanan laut

nAktiviti masa lapang: Membaca, melancong dan bermain badminton

nFalsafah hidup: Fikiran positif adalah segala-galanya

nPendidikan: Tingkatan Enam Bawah, Sekolah Menengah Tinggi Klang

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Peniaga

n Alamat pejabat ADN: No 6A Jalan Menteri 45400 Sekinchan

nNombor telefon ADN: 03-3241 3690

nE-mel: [email protected] [email protected]

N04 SEKINCHAN

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Ahli Dewan Ne- geri pembangkang dibidas beri-kutan gagal mengambil peluang membahaskan Belanjawan #Se-langor2020 yang dibentangkan, pada 1 November lalu.

Muhammad Hilman Idham (PAKATAN-Gombak Setia) berka-ta, sikap ditunjukkan itu mencer-minkan kegagalan pembang-kang melihat belanjawan negeri sebagai dokumen penting.

“Saya terkilan dengan sikap pembangkang yang gagal meng-gunakan peluang dan landasan

KLANG - Seramai 20 ahli tera-pi yang mempunyai kepakaran mengenalpasti masalah dislek-sia dalam kalangan kanak-kanak memberi khidmat percuma pada Program Pusat Hentian Penilaian Untuk Kanak-Kanak Kurang Upa-ya di Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Unjur Batu, di sini, pada 2 November lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sen-tosa, Gunarajah R George berka-ta, kesemua ahli terapi berkenaan dibawa ke SMK Unjur Batu sem-pena Sambutan Bulan Kesedaran Disleksia ketika ini.

Katanya, program itu diada-kan selepas beliau menyedari terdapat segelintir ibu bapa yang tiada pengalaman serta ti-dak tahu anak mereka mengala-

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri perlu mengkaji semula peranca- ngan pembangunan membabit-kan agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ke atas kawasan hutan di Bukit Cerakah.

Ahli Dewan Negeri Kota Ang- gerik, Najwan Halimi berkata, kajian itu perlu berikutan timbul desas-desus kononnya wujud rancangan pembangunan me- libatkan kawasan hutan berke-naan.

“Justeru sebagai sebuah ke- rajaan yang prihatin dan meng-utamakan kelestarian alam, saya memohon kajian ini dibuat bagi menangkis tohmahan liar.

Kaji semula pembangunan hutan Bukit Cerakahsama adalah mustahak untuk Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada usaha memuli-

hara serta mengekalkan sebaha-gian kawasan hutan yang masih wujud di negeri ini,” katanya.

Kajian itu perlu berikutan timbul desas-desus kononnya wujud rancangan pembangunan melibatkan kawasan hutan berkenaan.NAJWAN HALIMIAhli Dewan Negeri Kota Anggerik

Gagal lihat belanjawan dokumen penting

Bidas kelesuan pembangkang

ADN Sentosa anjur program kenal pasti disleksia

simpan di negeri ini,” katanya.Beliau berkata demikian keti-

ka ucapan perbahasan Rang Un-dang-undang Enakmen Perbeka-lan 2020 pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 4 Novem-ber lalu.

Najwan berkata, beliau me- nyambut baik pengumuman pe-runtukan serta inisiatif khusus dalam menyokong usaha men-jamin kelestarian alam sekitar seperti pemasangan panel so-lar, program tanam pokok dalam bandar serta pelaksanaan kon-sep taman dalam bandar.

“Kesemua ini amat dialu-alu-kan, namun demikian pada masa

mi masalah disleksia sehingga menyebabkan golongan itu ke- tinggalan dalam pelajaran.

“Pada masa sama, kos me- ngenal pasti disleksia juga mahal iaitu RM200 dan ke atas. Oleh se-bab itu, saya cuba membawa ahli terapi ini secara percuma seka-li gus membantu keluarga ber-pendapatan rendah mengesan masalah itu dalam kalangan anak mereka.

“Program ini tidak diduga mendapat sambutan mengga- lakkan apabila ramai yang me- ngambil kesempatan membawa anak membuat pemeriksaan un-tuk mengetahui masalah itu,” ka-tanya kepada SelangorKini sele-pas program itu.

Hadir merasmikan program itu

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Gunaraj berkata, program berkenaan tercetus idea daripa-da pengalaman isterinya, seo-rang guru dan pernah berdepan dengan kanak-kanak disleksia di sekolah.

“Daripada pengalaman is-teri bertemu ramai murid yang langsung tidak boleh memba-ca yang kemudian mendapati ia berpunca daripada masalah dis-leksia saya menganjurkan pro-gram ini,” katanya.

Katanya, usaha mengesan anak disleksia itu juga bertujuan memastikan mereka tidak keting-galan bersama Selangor yang se-makin maju.

Dewan Negeri Selangor sebagai tempat terbaik membahaskan belanjawan.

“Ini menunjukkan pembang-kang tidak menganggap sidang ini dan belanjawan negeri se-bagai dokumen serius,” katanya ketika membahaskan Rang Un-dang-Undang Enakmen Perbeka-lan 2020 di DNS di sini pada 4 No-vember lalu.

Beliau turut terkilan apabila hanya ketua pembangkang me- ngambil bahagian dalam perba-hasan.

“Lebih menyedihkan apabila terdapat anggota pembangkang

“Ini kerana sejak awal Kerajaan Negeri menekankan aspek me-melihara dan memulihara hutan

tidak hadir ketika belanjawan negeri dibentangkan pada Ju-maat lalu,” katanya.

Page 14: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

15SelangorKini 7 - 13 November 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

DDAHULU kain peli- kat dipakai secara meluas oleh ma- syarakat Melayu, terutama kaum le-

laki ketika menunaikan solat di masjid mahupun surau selain ber-fungsi sebagai persalinan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.

Namun, tidak keterlaluan jika penulis katakan pemakaian ‘kain sarung’ dilihat kurang mendapat sambutan dalam kalangan gene- rasi muda masa kini, malahan ada juga yang tidak tahu bagaimana cara memakainya.

Dalam erti kata lain, pakaian tradisi ini kian dipinggirkan dan hanya menjadi pilihan segelin- tir lelaki yang majoritinya golo- ngan berusia dek peralihan fe- syen yang bergerak semakin pan-tas dari semasa ke semasa. Senario ini mendorong lebih ramai pereka fesyen di luar sana untuk mencip-ta helaian berbeza yang bercirikan ‘trendy’ demi memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan.

Tidak terkecuali, jenama Ehfan Ibrahim yang sudah berada di pa- saran dalam talian sejak beberapa tahun lalu tampil mempertaruh-kan seluar sarung pelikat potongan ‘slim fit’ khusus buat jejaka yang lebih terbuka kepada budaya pe-makaian hipster dan moden.

Bukan sahaja nampak moden pada ciri rekaannya, bahkan kom-binasi seluar dan kain pelikat ini menjadi alternatif terbaharu ke-pada remaja yang mahu memakai kain pelikat tetapi pada masa sama kelihatan praktikal serta berbeza dari sebelumnya. Jujurnya, tidak ramai pereka fesyen yang bera-ni menampilkan koleksi dengan sentuhan baharu kerana dikhuati-ri mengganggu nilai estetika dan warisan tradisionalnya.

Bagaimanapun, enggan terikat dengan konsep kain pelikat lama, pereka dan pengasasnya, Mohd Ehfan Ibrahim, 33, berkata, idea memanipulasi kain sarung pelikat menjadi sesuatu yang lebih ‘sty-lo’ tercetus apabila melihat ramai remaja di luar sana sukakan ke-lainan setiap kali berfesyen.

Katanya, dia juga sering meli-hat golongan lelaki ke masjid atau surau yang membawa kain pelikat berasingan untuk digunakan bagi tujuan beribadah dan akan menu-kar semula selepas itu.

“Tidak ramai sebenarnya dalam kalangan remaja kita hari ini yang gemar memakai kain pelikat, se-baliknya mereka lebih cenderung memakai seluar dan rentetan itu kami ciptakan ‘slim fit pelikat pants’ yang menggabungkan pe-

likat serta seluar.“Tambahan pula, kain pelikat

tiada poket dan agak besar jika dipakai sehingga membuatkan mereka kurang selesa kerana tia-da ruang untuk menyimpan ba-rangan kecil yang mereka bawa seperti telefon bimbit serta dom-pet.

“Jadi, saya tekad mencipta kelainan dengan menghasilkan rekaan seluar pelikat gaya terki-ni dan memberi fokus terhadap remaja yang sukakan saiz be-rukuran ‘slim fit’ supaya dapat dikomersialkan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Material kapas oxfordKata pensyarah di sebuah univer-siti awam di Kuala Terengganu itu, dia menggunakan material kapas oxford untuk menghasilkan seluar berkenaan.

Selain itu, katanya, beberapa faktor lain diambil kira seperti keadaan cuaca di negara ini dan kesesuaian bentuk seluar pelikat terhadap si pemakai.

“Saya buat pola (pattern), cari sampel dan material, pendek kata banyak prototaip yang digunakan. Jadi, kain jenis oxford digunakan

sebab tidak mudah berkedut tidak terlalu tebal serta senang untuk di-gosok.

“Ciptaan ‘slim fit’ ini akan membuatkan si pemakai nampak lebih kemas sebab ada poket di bahagian kanan seluar dan getah di bahagian pinggang yang akan memudahkan pelanggan untuk menyarungkan seluar ini kerana pinggangnya yang mudah untuk dilaraskan.

Ehfan berkata, seluar pelikat yang didatangkan khas dengan warna hitam itu bukan sahaja

boleh digayakan dengan baju-T dan kurta, sebaliknya pemakai boleh menyuai padan dengan pel-

bagai pakaian mengikut per-sonaliti mereka.

“Rekaan ini bukan ha- nya dikhususkan kepada lela-ki, tetapi boleh dipakai oleh wanita memandangkan se- luar ini pernah digayakan ra-mai peminat fesyen sewak-tu menonton Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) ta-hun lalu.

“Ia menjadikan seluar ini berada di kelas tersendiri kerana sudah dibawa ke ma-na-mana sahaja, khasnya ke acara peragaan fesyen,” ka-tanya yang juga graduan ju-rusan seni reka fesyen dari Universiti Teknologi Mara

(UiTM) Shah Alam.

Reaksi positif pembeliMenjadikan perniagaan dalam talian sebagai kaedah menjana pendapatan sampingan, Ehfan ber-kata, permintaan pembeli terhadap seluar pelikat setakat ini agak mem-berangsangkan, khususnya men- jelang lebaran.

Katanya, hampir kebanyakan pelanggan yang membuat pem-belian menerusi laman Instagram berpuas hati dengan rekaan dan kualiti yang dihasilkan.

“Sambutan paling luar biasa adalah setiap kali Ramadan dan Festival Raya, namun permintaan pada hari biasa sentiasa ada, cu-ma kuantiti tidak sebanyak bulan puasa.

“Lazimnya, setiap kali tempa-han masuk kami akan ubah (alter) mengikut labuh yang dikehendaki pelanggan, selepas itu kami akan buat saiz seluar, ubah, gosok dan membuat penghantaran,” katanya yang mengendalikan perniagaan itu bersama sembilan pekerja.

Pada masa sama, Ehfan berkata, dia juga sedang merancang untuk mengeluarkan seluar pelikat ‘slim fit’ daripada kepelbagaian warna dan corak memandangkan pene- rimaan golongan muda dalam ber-fesyen semakin positif.

“Apabila melihat seluar pelikat disarung pembeli, kami berasakan ia sudah melangkah ke tahap lebih tinggi kerana ada yang mengga- yakannya ke pantai, acara makan malam termasuk ke luar negara dan majlis besar lain.

“Bagaimanapun, buat masa ini perancangan untuk mengeluarkan warna berlainan selain hitam ma-sih dalam tinjauan kami lagi,” ka-tanya.

Hadir dalam tiga saiz ke- semuanya iaitu S, M dan L, pan-jang atau labuh seluar pelikat ini boleh dibuat mengikut kehendak pelanggan sendiri. Pembeli boleh mendapatkannya pada harga mam-pu milik serendah RM90 sehelai menerusi aplikasi WhatsApp di 019-2428830 atau kunjungi laman rasmi Instagram @ehfanibrahi-mofficial.

hipsterhipsterhipster hipster

Rekaan unik, bahan berkualiti

Pelikat pilihan jejaka masa kini

Page 15: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 7 - 13 November 2019

OLEH NASSER MIKRAJ

Saya sebenarnya dilahirkan dari sebatang rokok Dun-hill. Tiada apa yang harus kita perbalahkan jika dalam

sebatang rokok yang mengandun-gi 20 mg tar dan 1.5 mg nikotin boleh lahir seorang manusia yang cukup segala sifat pada zahir dan batin. Ya, itulah saya dan saya tidak malu untuk mengakuinya biarpun segala pengakuan saya ini begi-tu jelas terpesong daripada haki-kat kejadian manusia secara ala-mi. Tapi saya beginilah. Saya tidak akan sibuk-sibuk mempersoalkan kun fayakun Tuhan Rabbul Alamin sebagaimana kamu mempersoal-kan tindakan kerajaan memberi-kan elaun RM5,000 sebulan kepa-da Sasterawan Negara.

Sebagai lelaki yang yang la-hir dari sebatang rokok, saya se-lalu merasakan saya memiliki kemampuan luar biasa. Setiap hari saya membayangkan diri saya terapung-apung di udara seperti chesire cat dalam Alice in Wonderland. Menggelintar di seantero ruang dan menyusupi kuantum seperti Antman atau menyerupai sesiapa saja seper-ti Mystique dalam X-Men. Na-mun, bayangan itu kekal sebagai bayangan kerana saya sendiri be-lum pernah mencubanya.

Oh ya, saya sebenarnya tinggal dalam sebuah rumah yang leng-kap dengan segala perabot, tan-das, katil spring Dunlop, penghawa dingin jenama York serta televi- syen dengan akaun netflix per-cuma juga kemudahan internet home fibre tanpa kuota maksi-mum. Setiap hari saya berlalu tan-pa memikirkan bil atau cukai apa yang perlu dibayar. Saya bebas mencungkil cagu pada ibu jari kaki sambil tergelak membaca ru- ngutan demi rungutan warga maya di laman sosial tentang beta-pa teruknya GST/SST melayani ke-hidupan mereka. Saya juga bebas makan dan minum di mana-mana premis makanan mewah. Di ru-mah, saya tidak mempunyai ala-mari pakaian kerana saya bebas mengambil baju di mana-mana butik sebelum masuk ke suite me-wah di mana-mana hotel lima bin-tang hanya untuk mandi dan me-nukar pakaian. Semuanya adalah percuma. Ya, saya ulangi, semua-nya adalah percuma tuan-tuan dan puan-puan!

Namun, segalanya berubah ketika suatu pagi, pintu rumah yang saya diami telah diketuk dengan kasar oleh seorang wanit- a berambut blonde, berkaca mata dan memakai sut hitam. Tiada sesi perkenalan antara

kami melainkan dia berlalu per-gi begitu sahaja selepas men-gacukan pistol amaran, “Saya perempuan yang dilahirkan dari pemetik api, bila-bila masa saja bisa membakarmu” tepat di dahi saya. Sejak itu saya mula dibayan-gi ketakutan. Gambaran perem-puan yang mengaku dilahirkan dari pemetik api galak menum-buk selera dan menendang ti-dur saya apabila secara tiba-tiba satu persatu keistimewaan yang saya miliki ditarik semula. Saya mula dilarang mendekati seba-rang premis makanan, dituduh menjadi penyebab kematian dan dicanang hampir setaraf dengan serangga perosak yang memu-daratkan. Entah atas alasan apa, perempuan pemetik api juga su-dah kerapkali muncul di ranah media dan mula menghasut agar saya seharusnya difatwakan ha-ram dalam masyarakat.

Saya mula berisolasi dan me-lihat sendiri bagaimana rakusn-ya cukai membaham kehidupan saya. Selepas kemudahan inter-net dimatikan, saya dihalau kel-uar dari rumah dan menjadi ge-landangan di jalanan. Setiap hari yang saya lalui mula menjadi ge-langgang tinju, digasak di parli-men, dibelasah di kementerian se-belum didagangkan di toko-toko kapitalis mengikut jenama namun menjadi banduan di dalam pen-jara sistem pusingan-U kerajaan. Perlahan-lahan saya mula ment-ernak dendam terhadap perem-puan dari pemetik api. Saya harus membuktikan bahawa saya tidak bersalah dan apa-apa yang kotor dilemparkan terhadap saya ada-lah sangat tidak berasas. Saya ha-rus memberontak!

Saya mulai mengumpul pengi-kut dalam kalangan lelaki-lelaki sunyi, perempuan-perempuan depresi dan mereka yang mem-buak-buak jiwa mudanya. Di se-buah kilang usang, kami meren-cana strategi. Pada hari kejadian, setepatnya pada hari cuti umum sempena penyatuan negara, lela-ki-lelaki sunyi mula memberontak di sekolah sebelum merompak segala peruntukan belanjawan untuk pendidikan tinggi. Perem-puan-perempuan depresi mula melalak di jalanan, merempuh dan merobohkan segala tol dan membakar semua stesen minyak. Mereka yang membuak-buak jiwa mudanya mula memenuh-kan parlimen, media-media so-sial dan akhbar-akhbar dengan perbuatan-perbuatan sumbang dan salah laku menteri.

Di tengah-tengah kekacau-an, perempuan dari pemetik api muncul dan melutut di hadapan

saya. Wajahnya semak dengan kerisauan. “Kita tidak seharusn-ya bermusuh. Rokok tidak akan marak tanpa pemetik api. Kita seharusnya saling memerlukan!” Entah bagaimana saya terpujuk, kata-kata itu menjadi sesuatu yang lain, perlahan-lahan me-manjat hati saya, menjarah segala perasaan. Saya melihat dendam dan segala hasrat buruk terha-dap perempuan dari pemetik api, melompat keluar dari dada dan berlari lintang-pukang ke jalanan sebelum saya berharap ia akan ditabrak oleh mana-mana jentera berat. Ah, malu untuk saya ka-takan, tapi saya telah jatuh cinta!

Percintaan kami terjalin hanya atas dasar kami saling memerlu-kan. Saya mula berasakan baha-gia adalah sahabat saya. Hari-hari yang saya lalui kembali menjadi ekslusif. Saya didatangi oleh YB, dilawati golongan vip, kemba-li duduk makan-minum di pre-mis-premis mewah. Percintaan kami tiba-tiba sahaja menjadi se-suatu yang menguntungkan neg-ara sebelum satu sore yang sen-du, perempuan dari pemetik api tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Dia cuma muncul kembali se-bulan kemudian di parlimen dan mencadangkan agar saya diha-puskan demi kelangsungan ke-hidupan berkualiti modal insan negara. Saya dihambat kekece-waan dan mula melarikan diri ke hutan negara jiran. Dengan ama-rah yang marak, saya membakar diri saya dan percintaan kami juga segala kepalsuan kapitalis-opor-tunis yang tidak pernah rentung.

Sajak untuk sebuah Mei

Setiap musim tawarkan keanehan mimpiSeperti Mei yang pecahkan malam jadi berkelopak warna-warni“panta rhei” kata sang masadan kitapun percaya daun-daun tarotyang membaca sabda dan impi

Ada musim yang padamkan memoriseperti September yang tiba dari janji tak terkendalidan kitapun mengukir arcabuat mengenang poster dan pamflettanda yang terbangun dari impi anak manusia

Suatu waktukita mencintai pelangiwaktu lainnya, kau aku membenci warna yang pecah dalam prisma

dan kita lagi pulang dinihariquatrin nostradamus, kau membacanyadiberat hela nafassewaktu kubuka pintu; angin dingin menghantar debuterhantar juga diantaranya senandung dan lagu

anak manusia, seperti selalu kita adalah pelupagelas-gelas telah lama retak, kata-kata telah lama terdusta danselebihnya adalah dosa sejarah yang tak terkafankan;berapa purnama berlalu, berapa tembok terpecahkan?

masihkan kau impikan negeri sempurna? kataku waktu kita men-gadap lautombak bergulung, kapal-kapal pecahtak ada kompas menunjuk ke syurga, katamu. bahkan dalam taufan badai, kau harus belajar bercinta

masih samudera bernyanyimasih samudera berlagu“panta rhei” kata sang masa.

Aziz Zabidi

Page 16: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

17SelangorKini 7 - 13 November 2019

Page 17: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

#Selangor202018PBT

SelangorKini 7 -13 November 2019

Akibat salah guna ruang parkir

SHAH ALAM - Padah salah guna kaki lima dan petak parkir, pera-latan empat restoran di Selayang Jaya dan Sri Gombak di sita Ma-jlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi bersepadu pada 1 November lalu.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor ber-kata, dalam operasi bersepadu itu sebanyak 66 meja, 287 kerusi, 36 khemah dan pelbagai bara- ngan perniagaan lain disita.

Katanya, operasi besar-besa-ran itu dilakukan berikutan MPS menerima aduan daripada orang ramai bahawa tindakan restoran berkenaan menjadi punca ke-sesakan lalu lintas.

“Operasi besar-besaran ini adalah sebagai satu mesej tegas kami tidak akan berkompromi

dengan pengusaha restoran dan kedai makan yang melanggar peraturan.

“Malah, operasi sebegini akan dilaksanakan dengan lebih kerap memandangkan ramai peniaga masih berdegil walaupun sudah beberapa kali diberikan notis dan kompaun,” katanya dalam ke- nyataan.

Selain itu, Shamsul Shahril ber-kata, tindakan itu dilakukan bagi memastikan keselamatan orang ramai khususnya pelanggan yang makan di premis terbabit.

“Untuk makluman, pengu- saha restoran hanya boleh meletakkan kerusi meja yang mempunyai pelekat permit ke-benaran dari MPS di kawasan hadapan kedai masing-masing,” katanya.

Tindakan sitaan dibuat selaras dengan Seksyen 26 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Hala- ngan Tred) manakala lesen pre-mis terlibat juga ditarik selaras dengan UUK Pelesenan Tred, Per-niagaan dan Perindustrian serta notis pematuhan syarat lesen se-lama tujuh hari dikeluarkan kepa-da pemilik premis.

Terdahulu, turut serta dalam operasi terbabit adalah Timba- lan Yang Dipertua MPS, Dato Dr Juhari Ahmad dan 60 anggota penguat kuasa dan keselamatan serta pegawai Jabatan Pelesenan.

Sementara itu pada opera-si sama, MPS turut menyita dan mengeluarkan kompaun ke atas satu rumah urut di Sri Gombak yang didapati beroperasi tanpa lesen.

KLANG - Orang ramai diminta ti-dak membuang perabot rumah di tempat pembuangan sampah domestik, sebaliknya menggu-nakan perkhidmatan kutip barang terbuang secara percuma oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM).

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, tin-dakan membuang perabot di tempat pembuangan sampah do-mestik menyukarkan kerja meng-utip sampah dan lebih teruk apabila ia turut bercampur dengan sampah busuk.

“Memang kami dapati ada yang membuang tilam, almari, mesin ba-suh, televisyen di tempat sampah domestik. Ini juga akan menyebab-kan tempat pembuangan sampah penuh sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

“Kami meminta mereka yang membuang perabot atau alatan rumah, hubungi KDEBWM kerana perkhidmatan mengambil barang ini adalah percuma,” katanya kepa-da SelangorKini.

Beliau berkata demikian sele-pas Program Clean Up Bagan Hai-lam anjuran KDEBWM dengan

kerjasama strategik Malaysian Plastics Manufacturers Associa-tion (MPMA), Tzu Chi Malaysia dan Chevron Phillips Chemical Malay-sia.

Program bertempat di Kam-pung Bagan Hailam Port Klang itu turut dianjurkan bagi mendi-dik komuniti setempat mengenai kepentingan membuang sampah secara teratur selain mengamalkan kitar semula.

Mengulas lanjut, Mahfuzah ber-kata, masyarakat di negara ini perlu memulakan tabiat mengitar semu-la sampah kerana ia mendatang-kan hasil.

“Jika kita rajin sudah tentu ba-nyak sampah dari rumah boleh dihantar ke tempat kitar semula dan lebih menarik ia memberi ha-sil pendapatan, walaupun sedikit tetapi mampu mendatangkan ke-san baik dalam jangka masa pan-jang.

“Di Malaysia trend pembua- ngan sampah merata tempat sama dalam kalangan semua kaum, oleh itu kita sepatutnya menyahut seruan untuk kitar se- mula sampah dan sudah tentu ia harus bermula dari rumah,” kata- nya.

KDEBWW kutip perabot terbuang secara percuma

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa dalam mengenakan kuti-pan parkir di mana-mana ka-wasan yang diwartakan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, jumlah caj parkir yang dikenakan akan di- putuskan menerusi mesyua-

rat di peringkat PBT, malah-an Ahli Dewan Negeri (ADN) boleh mengemukakan sebarang cadangan serta pandangan ber-hubung isu terbabit.

“Penentuan kawasan yang akan dikenakan caj parkir akan diputuskan secara kolektif melalui mesyuarat di PBT yang turut membabitkan Ahli Majlis.

“Bagaimanapun, ADN boleh

mengemukakan pandangan dan cadangan ke atas kesuaian setiap kawasan yang dikenakan caj parkir oleh PBT,” katanya.

Sze Han (PAKATAN-Kinrara) berkata demikian ketika men-jawab soalan mulut dikemuka-kan ADN Pandamaran, Leong Tuck Chee, di Dewan Negeri Se-langor pada 5 November lalu.

Tuck Chee (PAKATAN-Pan-

damaran) bertanya adakah Kerajaan Negeri dapat menge-hadkan kutipan hasil parkir di Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Kampung Nelayan.

Sze Han berkata, perkara bagi mengadakan tempat le-tak kereta dan tempat perhen-tian sudah dijelaskan di dalam Seksyen 72 (1) Akta Pengang-kutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pihak Berkuasa Tempatan ada kuasa

Ng Sze Han

MPS sita peralatan restoran

Penguat kuasa MPS menyita peralatan restoran dalam operasi bersepadu pada 1 November lalu

Page 18: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SYARIKAT perlombongan dan pengurusan sumber mineral milik Kerajaan Negeri, Kumpulan Semes-

ta Sdn Bhd (KSSB) mengorak lang-kah setapak lagi dalam menye-diakan perkhidmatan konsultasi berkaitan aktiviti perlombongan menerusi penubuhan sebuah anak syarikat baharu dikenali se-bagai KSSB Consult Sdn Bhd (KSSB Consult).

Syarikat persendirian milikan penuh KSSB itu diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 pada 11 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Perundangan KSSB, Dazrin Mohd Darbi berka-ta, syarikat itu akan menjalankan khidmat penyediaan dan sema- kan ke atas dokumen teknikal seperti Laporan kajian Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), Laporan Pemantauan Alam Seki-tar, Skim Perlombongan & Cuciga-li Sungai (OMS) dan lain-lain.

Katanya, selaras dengan teras utama perniagaan yang memberi fokus terhadap perkhidmatan pengurusan kegiatan perlombo- ngan, KSSB Consult akan berpe- ranan dalam aktiviti komersial lain termasuk penyediaan dokumen teknikal, borang, kajian, pelan, spesifikasi, laporan, surat serta kertas cadangan berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya se-belum ini berdepan beberapa kekangan khususnya bagi penye-diaan EIA yang menelan kos per-belanjaan tinggi, selain proses penyediaan dan kelulusan lapo-ran mengambil tempoh masa yang lama iaitu kira-kira enam bu-lan sehingga dua tahun.

“Sebelum ini, kita bergantung sepenuhnya kepada perunding luar untuk menyediakan Laporan Teknikal seperti EIA, tetapi apa yang berlaku ketika pembenta- ngan kepada Jabatan Alam Seki-tar (JAS), mereka gagal memper-tahankan laporan mereka sendiri.

“Sebaliknya, KSSB perlu ke ha-dapan dan mengambil alih pe-ranan perunding serta menjelas-kan laporan yang disediakan oleh mereka. Oleh itu, kita berpanda- ngan supaya penyediaan laporan dan dokumentasi teknikal dapat dibuat secara dalaman dimana KSSB memiliki kakitangan berke-layakan serta mahir menyediakan laporan berkenaan.

“Malah, kita boleh menawar-kan perkhidmatan ini kepada pi-hak luar kerana ada dalam kala- ngan mereka memerlukan kajian berkenaan, jadi ia akan menjana pulangan hasil kepada syarikat,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Ketua Jabatan

19SelangorKini 7 - 13 November 2019ADVERTORIAL

Iktiraf kakitangan berkelayakan serta mahir

KSSB Consult sedia khidmat konsultasi

Perhubungan Teknikalnya, Mu-hammad Faiz Zainuddin berka-ta, semua dokumentasi terbabit adalah proses awal sebelum memulakan sebarang operasi perlombongan.

Katanya, KSSB ter-lebih dahulu per-lu mendapatkan kelulusan kertas kerja dan ulasan daripada Jabatan Teknikal yang berkenaan dengan menyediakan lapo-ran OMS sebagai ruju-kan untuk pertimba- ngan serta kelulusan mereka.

“Melalui OMS, kita akan perincikan semua perkara an-taranya kawasan operasi, rizab, jangka hayat, kaedah operasi, laluan keluar ma-suk dan kawalan pencemaran termasuk pematuhan yang dilak-sanakan di tapak. Jadi, Jabatan Teknikal boleh mengu-las dan memberi pertimbangan untuk menyokong cadangan kertas kerja terbabit.

“OMS itu akan diagihkan kepa-da semua Jabatan Teknikal yang terlibat seperti Jabatan Mine-ral dan Geosains (JMG), Lem-baga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Ja-batan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan ulasan serta sokongan memandangkan se-tiap agensi mempunyai bidang kuasa masing-masing.

“Kebiasaannya, perunding sebelum ini lebih kepada penyediaan laporan tanpa tu-run ke tapak untuk menilai dan meneliti aspek yang perlu diambil kira bagi penyediaan sesebuah OMS. Jadi, apa yang terkandung dalam laporan ini tidak menggambarkan situa-si sebenar di tapak, maka kami (teknikal) akan turun untuk menyemak dan menilai sendiri kesesuaian laporan yang dise-diakan dengan operasi yang dicadangkan sebelum dikemu-

kakan kepada Jabatan Teknikal,” katanya.

Bagi aktiviti perlombongan pasir yang membabitkan kelua-

san kawasan melebi-hi 8.094 hektar

(20 ekar) dan ke atas, Mu-

h a m m a d Faiz berka-ta, pihak-nya perlu mendapa-

tkan kelulu-san EIA sebe-

lum permit 4C diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, selaras dengan peke-

liling yang ditetapkan.

M ela lu i l a p o r a n EIA, kata- nya, kajian

akan dibuat dengan lebih

terperinci me- rangkumi be-berapa kajian

yang perlu dibuat di tapak ter-utama daripada aspek kesan pencemaran terhadap air, udara dan bunyi.

“Ia turut mengkaji kesan ter- hadap sosio ekonomi di tapak iaitu kepentingan penduduk sekitar, sama ada operasi ini akan memberi impak terhadap penduduk setempat atau tidak.

“Daripada itu, kita dapat me- ngetahui tahap pencemaran air, udara dan bunyi sedia ada. Apabila kita melaksanakan ak-tiviti perlombongan ini, kawalan pencemaran yang sesuai dapat disediakan di tapak bagi mengu-rangkan impak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit,” ka-tanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, kajian impak terha-dap flora dan fauna juga akan di-jalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat spesies tum-buhan atau haiwan yang dika- tegorikan sebagai terancam atau hampir pupus.

“Kita mengambil kira aspek persekitaran di sesebuah tempat melalui kajian terbabit, di sam-ping langkah kawalan dan miti-

gasi yang dilaksanakan dapat mengurangkan impak terha-dap flora serta fauna di kawasan berkenaan.

“Sebarang bentuk aktiviti perlombongan dan juga apa-apa aktiviti yang membabitkan pembangunan akan menyum-bang kepada pencemaran, teta-pi langkah kawalan dan mitigasi yang dilaksanakan untuk men-gawal pencemaran terbabit akan menentukan kesan serta tahap pencemaran terhadap alam se-keliling bagi sesuatu projek atau pembangunan yang dijalankan.

“Kesemua ini akan dinyatakan di dalam laporan EIA yang dise-diakan supaya apabila aktiviti perlombangan atau pembangu-nan dilaksanakan, kita memiliki satu sumber rujukan yang boleh dijadikan sebagai satu panduan dan pertimbangan kepada pe-maju atau pelombong sebelum memulakan sebarang operasi.

“Jika ada perlanggaran syarat atau ketidakpatuhan yang menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu di tapak operasi, maka dokumen ini akan dirujuk untuk memastikan pematuhan dan langkah kawalan serta mi- tigasi sudah dilaksanakan oleh pihak pelombong atau pemaju projek sepenuhnya,” katanya.

Amalan terbaik dalam khidmat pengurusan dan

konsultasi

Menyedari kepentingan lapo-ran kajian impak berkenaan, Daz-rin berkata, adalah menjadi aspi-rasi KSSB Consult dalam memberi amalan terbaik perkhidmatan pengurusan dan konsultasi bagi kegiatan perlombongan secara khususnya.

Katanya, ia bagi mencapai ke-seimbangan antara kelestarian alam sekitar, kemampanan indus-tri dan kesejahteraan rakyat selain menggalakkan perlombongan secara mampan supaya kema-juan industri terus berkembang.

“Sebelum ini tiada Prosedur Operasi Standard (SOP) atau pi-awaian ditetapkan, cuma yang ada hanya amalan dan prosedur berdasarkan aktiviti perlombo- ngan dan pengorekan sungai se-dia ada.

“Walaupun terdapat akta (Akta Mineral Negeri Selangor), tetapi apa yang kita laksanakan adalah amalan praktis sebenar yang seharusnya diguna pakai (dalam perkhidmatan penguru-san dan konsultasi perlombo- ngan),” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Faiz berkata, khidmat penye-diaan dokumen teknikal terbabit bukan sahaja dapat disediakan kepada operasi perlombongan yang dijalankan di Selangor sa-haja, bahkan boleh ditawarkan kepada syarikat di negeri lain yang terbabit di dalam industri yang sama, sekali gus mampu mewujudkan rantaian dalam sektor terbabit.

“Industri perlombongan ada-lah industri yang membabitkan penggunaan air di dalam kuan-titi yang banyak, sudah semesti-nya kita mahu kawal dan pantau supaya sumber air itu tidak terce-mar memandangkan ia adalah sumber sama yang digunakan untuk membekalkan air terawat bagi kegunaan harian dan air mi-numan penduduk di Selangor.

Sehingga kini, KSSB mem-punyai 110 kakitangan di tapak dan 77 kakitangan di ibu pejabat termasuk kakitangan teknikal berkemampuan untuk menye-diakan skim perlombongan atau cuci gali sungai dan dokumen-tasi teknikal bagi permohonan atau pembaharuan permit ba-han batuan aktiviti perlombo- ngan serta cuci gali sungai yang dijalankan oleh KSSB.

Terdapat dua jenis opera-si utama yang dijalankan iaitu aktiviti ‘upstream’ seperti tanah beban, tanah liat, pasir, tanah merah, granit dan emas. KSSB juga menyediakan khidmat bagi menyediakan kajian operasi per-lombongan mineral seperti bijih timah, bauksit dan arang batu.

Operasi ’downstream’ mem-babitkan kerja penyelenggaraan kolam takungan air, operasi pam, tebatan banjir, penyelenggaraan muka sauk loji, skim melombong serta pelan tanah, mesin dan jen-tera, Pelan Pengurusan Alam Seki-tar (EMP) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMR) selain khidmat dalam teknologi maklumat iaitu Sistem Smart Docket.

Dazrin Mohd Darbi

Muhammad Faiz

Page 19: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

20Pendidikan

SelangorKini 7 - 13 November 2019

Prihatin angkat martabat institusi tahfizOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Pengumuman Kerajaan Negeri berhubung pe-runtukan sebanyak RM238 juta menerusi bidang pendidikan Islam adalah tanda keprihati-nan pentadbiran di bawah ke-pimpinan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Pengerusi Persatuan Institu-si Tahfiz Al-Quran Selangor (PI-TAS), Muhammad Hafiz Muha-mad Haneefa Al-Hafiz berharap, peruntukan bantuan sebanyak RM10 juta kepada sekolah aga-ma rakyat dan maahad tahfiz lebih memfokuskan kepada se-kolah persendirian yang sangat memerlukan.

Katanya, bantuan berke-naan juga boleh diperluaskan kegunaannya kepada Program

Pemutihan Maahad Tahfiz ke- rana ia membabitkan kesela-matan, pertukaran syarat tanah dan pelan bangunan institusi terbabit.

“Pada masa sama, kami da- ripada PITAS amat menghara-pkan supaya peruntukan Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia Huffaz dapat disalurkan seawal Januari 2020 bagi mengelakkan kelewatan kelas,” katanya me-nerusi laman Instagram periba-dinya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pendidikan Is-lam Majlis Agama Islam Sela- ngor berkata, keahlian PITAS kini membabitkan 361 maahad tahfiz dengan lebih 2,000 guru serta 20,000 pelajar.

“Kami semua berdoa semo-ga Selangor terus maju, mak-

mur dan diberkati ALLAH SWT. Semoga doa dan ayat Al-Quran yang dibacakan para Huffaz se-tiap hari menurunkan rahmat ke atas Selangor Darul Ehsan.

“Terima kasih Kerajaan Sela- ngor atas keprihatinan ini,” ka-tanya.

Pada 1 November lalu, Ami- rudin pada pengumuman Be-lanjawan #Selangor2020 me- nyatakan rasa komited meman-tapkan lagi agenda kemajuan agama Islam.

Antara yang terbabit ialah empat institusi pendidikan maahad tahfiz di negeri mene-rima sebanyak RM37.18 juta un-tuk tujuan pembangunan.

Sementara sebahagian dari-pada RM26 juta yang disalurkan bagi Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah khusus untuk

UIAM rangkul johan Debat Alam Sekitar ke-26KUALA NERUS - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobat sebagai johan Pertan- dingan Debat Alam Sekitar ke-26 yang berlangsung di Uni-versiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini dengan menga-lahkan pendebat dari 27 institu-si pengajian tinggi.

UIAM yang dibarisi empat pendebat iaitu Muhammad Il-ham Hafiz Azmi, Muhammad Wafi Anwar Roslan, Muhammad Aniq Qawiem Mohd Sazaly dan Anis Afilna Hassan Sanusi, ke-semuanya berusia 19 tahun, pulang dengan hadiah piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM8,000 dan sijil penyer-taan.

Selain kemenangan pasukan, Muhammad Wafi Anwar yang juga mahasiswa tahun satu Kuli-yyah Undang-undang Ahmad Ibrahim diumumkan sebagai pendebat terbaik, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM2,000.

Muhammad Wafi Anwar ber-kata, kemenangan itu adalah hadiah manis buat pasukannya yang baru memulakan semester pertama pengajian di UIAM.

“Debat alam sekitar amat

berbeza dan lebih mencabar berbanding debat lain yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia memerlukan kami meneroka fakta yang lebih mendalam ten-tang alam sekitar dan memaha-mi isu berkaitan supaya dapat mengemukakan hujah yang pa-

dat dan mantap,” katanya.Naib johan diraih Univer-

siti Malaya yang membawa pulang piala iringan, wang tu-nai RM5,000 dan sijil penyer-taan manakala tempat ketiga dirangkul oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang me-

menangi piala iringan, wang tu-nai RM1,500 dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Tim-balan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.

Turut hadir Naib Canselor

penambahbaikan infrastruktur sekolah khasnya sekolah agama rakyat.

Amirudin berkata, usaha Ke- rajaan Negeri menyemarakkan pendidikan Islam adalah ber- asaskan keinginan untuk mem-bangunkan jiwa soleh yang

mampu memimpin umran atau tamadun.

“Pendidikan Islam seharus-nya bagaikan hujan lebat yang menyuburkan tanah buat kita bercucuk tanam bukannya api besar yang membakar hangus manusia dan bumi ini,” katanya.

UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Ketua Prestasi Sosial & Alam Sekitar, Bahagian Kesihatan, Ke-selamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar Kumpulan Petronas, Ungku Haslina Ungku M Tahir, yang juga rakan penganjur De-bat Alam Sekitar ke-26.

Isnaraissah berkata, se-lain mengasah bakat berpida-to, pertandingan debat alam sekitar yang diadakan setiap tahun dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang ke- pentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang semakin tercemar.

Menurut beliau, banyak isu yang boleh diketengahkan se-bagai tajuk perdebatan, an-taranya pemanasan global dan pemanasan iklim yang banyak dibahas di peringkat antara-bangsa.

“Pada tahun ini juga kita lakukan kelainan iaitu tidak menyediakan air minuman da-lam botol serta tidak langsung menggunakan kertas sepan-jang pertandingan bagi seba-rang tujuan untuk mengelak pencemaran dan menyelamat-kan alam sekitar,” katanya. – BERNAMA

Pasukan debat UIAM muncul johan pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT kali ke-26 sempena Hari Alam Sekitar 2019, pada 3 November lalu. Foto BERNAMA

RM10 juta diharap untuk sekolah persendirian

Page 20: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

21SelangorKini 7 - 13 November 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa kutipan zakat di negeri ini hanya diagih- kan kepada lapan golongan asnaf, termasuk asnaf fakir, mis-kin dan muallaf (saudara baru) dari kalangan umat Islam sahaja.

Titah baginda, walaupun Islam adalah agama yang menekan- kan sifat perikemanusiaan, na-mun agihan zakat harus meng-utamakan umat yang miskin dan memerlukan bantuan.

“Seperti yang kita sedia mak-

lum, tanggungjawab membayar zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang wajib dipatuhi setiap umat Islam.

“Berkaitan dengan isu agihan zakat ini, baginda mendapat nasihat daripada Mufti Selangor bahawa agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan hanya sekiranya ianya menjadi penye-bab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf Mu’allafati Qulubuhum,” titah baginda me-nerusi kenyataan yang dikeluar-kan oleh setiausaha sulit bagin-da.

Baginda bertitah, masih ramai orang Islam yang miskin di luar

Masih ramai perlu dibela

Kutipan zakat Selangor hanya untuk umat Islam

SHAH ALAM - Selangor komited me-mantapkan lagi agenda kemajuan Islam menerusi Belanjawan #Sela- ngor2020, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Untuk itu, Kerajaan Negeri mem-peruntuk RM375.78 juta termasuk bagi elaun jawatankuasa masjid, surau dan peruntukan mengurus serta pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM3 juta un-tuk menaik taraf Masjid Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah termasuk

tempat letak kereta dan ruang solatKerajaan Selangor turut mengu-

mumkan pembinaan dua masjid iai-tu Masjid Nurul Amin Merbau Sem-pak, Sungai Buloh dan Masjid Jamek Al-Hikmah, Batu 20, Kuang melalui kerjasama dengan Kerajaan Perseku-tuan.

Amirudin berkata Kerajaan Ne-geri juga menampung RM8 juta bagi membina semula Masjid Nurul Amin Merbau Sempak yang kos ke-seluruhannya dianggar RM12.45 juta manakala RM4.45 juta ditanggung Kerajaan Persekutuan.

“Sementara Masjid Jamek Al-Hik-mah adalah masjid baharu yang akan dibina dengan anggaran kos seba- nyak RM11 juta. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan seba- nyak RM5 juta bagi pembinaan mas-jid ini.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menampung kos pembinaan sebanyak RM6 juta,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperuntuk RM1 juta bagi menambah prasana sebagai lam-bang kecanggihan kegiatan pemba-ngunan ilmu astronomi di negeri ini.

Dana RM375 juta mantapkan kemajuan Islam

SHAH ALAM - Seramai 60 pegawai dan kakitangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) serta Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menyertai Program Kem-bara dan Tanggungjawab Sosial Kor-porat (CSR) AKRAB ke Port Dickson, pada 4 November lalu.

Pengerusi AKRAB, Nenney Shu-haidah Shamsuddin berkata, pro-gram itu bertujuan mendekatkan diri dengan masyarakat, sekali gus mem-pamerkan imej baik institusi awam.

“Pada edisi kedua ini, peserta terli-bat adalah dalam kalangan pegawai dan kakitangan dari peringkat tinggi hingga rendah.

“Selain daripada melakukan ak-tiviti amal kepada masyarakat, AK- RAB juga berharap program ini dapat mengukuhkan hubungan sesama ka-kitangan,” katanya kepada Selangor-Kini.

AKRAB-JAKESS erat hubungan bersama masyarakat

Beliau berkata demikian pada Ma-jlis Perasmian dan Pelepasan Konvoi Kembara & CSR AKRAB ke Port Dick-son di perkarangan Bangunan Mahka-mah Syariah Sultan Idris Shah, di sini.

Pada masa sama, Nenney berkata, program di Pusat Edu Ecotourism itu turut membabitkan 38 pelajar dan

guru Pendidikan Khas Sekolah Me-nengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson.

“Kita berharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubu- ngan sesama kakitangan dan insti-tusi awam dengan masyarakat,” ka-tanya.

bandar dan juga miskin bandar yang perlu dibantu menggu-nakan hasil kutipan zakat.

Titahnya, hal itu kerana di Se-langor, majoriti rakyatnya ber- agama Islam dan jumlah pen-

duduk Islam semakin bertambah setiap tahun.

“Bagi orang-orang miskin yang bukan beragama Islam ada-lah menjadi tanggungjawab ke- rajaan untuk membantu dan me-nolong mereka menerusi jabatan dan agensi yang telah ditetap-kan,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda juga ingin mengingatkan bahawa fungsi zakat dan cukai pendapa-tan adalah berbeza.

Justeru, baginda diharap ma-syarakat dapat memahami de-ngan jelas tujuan setiap badan itu ditubuhkan.

“Beta juga mahu isu pengagi-

han zakat ini tidak lagi diperde-batkan secara terbuka di media massa.

“Beta juga menyeru agar tiada pihak yang mengambil kesem-patan menggunakan isu berkai-tan dengan agama Islam untuk meraih populariti, atau untuk mengambil hati mana-mana pi-hak tertentu,” titah baginda.

Terdahulu, terdapat laporan akhbar yang tular di media sosial baru-baru ini yang memetik ke- nyataan dua orang mufti dan se- orang ahli politik yang menyen-tuh tentang agihan wang kutipan zakat kepada orang bukan Islam di negara ini.

7 - 13 NOV 201910 -16 RABIULAWAL1441

07 Khamis 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:1008 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1009 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1010 Ahad 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1011 Isnin 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1012 Selasa 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1013 Rabu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:22 6:58 8:10

07 Khamis 5:33 5:43 6:57 1:02 4:23 7:00 8:1208 Jumaat 5:33 5:43 6:58 1:02 4:23 7:00 8:1209 Sabtu 5:33 5:43 6:58 1:03 4:24 7:00 8:1210 Ahad 5:33 5:43 6:58 1:03 4:24 7:00 8:1211 Isnin 5:33 5:43 6:58 1:03 4:24 7:00 8:1212 Selasa 5:33 5:43 6:58 1:03 4:24 7:00 8:1213 Rabu 5:33 5:43 6:58 1:03 4:24 7:00 8:12

07 Khamis 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1108 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1109 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1110 Ahad 5:30 5:40 6:57 1:00 4:22 6:59 8:1111 Isnin 5:30 5:40 6:57 1:00 4:22 6:59 8:1112 Selasa 5:30 5:40 6:57 1:01 4:22 6:59 8:1113 Rabu 5:30 5:40 6:57 1:01 4:22 6:59 8:11

Page 21: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 7 - 13 November 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS KLANG - EXCO Kesihatan, Keba-jikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mah-mud menyifatkan pengumuman penubuhan Yayasan Anak Istime-wa Selangor (YAnIS) pada Be-lanjawan #Selangor2020 adalah berita paling menggembirakan.

Katanya, penubuhan YAnIS bakal meninggalkan impak baik buat golongan istimewa teruta-manya kepada anak-anak dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Jika sebelum ini, setiap kali ada aktiviti amal melibatkan ka-nak-kanak istimewa, ramai yang hanya memberikan hadiah se- perti hamper atau hadiah ke-cil-kecilan lain.

“Tetapi selepas diumumkan kewujudan YAnIS secara rasmi, yayasan ini akan mampu me- ngumpulkan dana daripada sya- rikat atau individu yang prihatin bagi memberi lebih manfaat buat anak-anak OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Pusat Hentian Penilaian Untuk Kanak-Kanak Kurang Upaya (One Stop Free Assessment For Learning Disabilities Children) di Sekolah Menengah Kebangsaan Unjur Batu, pada 2 November lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Ne-

geri Sentosa, Dr G Gunarajah dan hampir 300 peserta yang ter-diri daripada pakar terapi serta kanak-kanak istimewa.

Pada 1 November lalu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi Belanjawan #Selangor 2020 mengumumkan penubu-han YAnIS bermula tahun hada-pan menerima suntikan pertama RM1 juta.

Penubuhan yayasan itu dijang-ka dapat membantu Kerajaan Negeri mengendalikan keperlu-an semasa seperti pengurusan operasi, pencarian dana dan lati-han kemahiran diperlukan dalam merealisasikan program pember-dayaan OKU di Selangor.

Mariah berkata, Kerajaan Ne-geri turut komited membantu remaja OKU untuk berdikari bagi memastikan kumpulan berke-naan mampu hidup tanpa bantu-an pada masa hadapan.

“Kami cuba melahirkan golo- ngan muda OKU ini lebih produktif serta menjadi lebih mampan, dan sebolehnya saya mahu menghapus-kan rasa bimbang ke- luarga atau penjaga yang risau nasib anak ini selepas ketiadaan mereka.

“Tetapi sebalik- nya jika anak OKU ini boleh berdikari sudah tentu kebim-bangan sebegini dapat dielakkan da-lam keluarga berke-naan,” katanya.

BANGKOK - Pengasas Persa- tuan Bantuan Perubatan Ma-laysia (Mercy Malaysia), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dipilih sebagai pemenang Hadiah ASEAN 2019 sebagai mengiktiraf peranan utama beliau dalam pelbagai misi ke-manusiaan dan pengurusan bencana di rantau ini.

Beliau adalah rakyat Malay-sia pertama menerima anuge-rah itu, yang diperkenalkan di Singapura tahun lalu.

Dr Jemilah, 60, menerima

trofi dan hadiah wang tunai AS$20,000 (RM83,025.95) dari- pada Perdana Menteri Thai-land, Jeneral Prayuth Chan o-cha dan Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, pada 3 November lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Ma- hathir Mohamad dan pemim-pin negara anggota ASEAN yang lain menyaksikan majlis penyampaian anugerah itu.

Dr Jemilah adalah anggota pasukan kepimpinan kanan di Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah, mewakili kepentingan dan setiausaha agung pertubuhan itu apabila diperlukan.

Hadiah ASEAN adalah anu- gerah berprestij bertujuan mengiktiraf pencapaian ce-merlang dan mencetuskan

inspirasi oleh seseorang individu atau pertubu-han dalam memupuk identiti ASEAN, mem-promosi semangat ASEAN serta mem-perjuangkan hala tuju ASEAN.

Tahun lalu, Ha- diah ASEAN diraih bekas Pengeru-si ASEAN Autism

Network, Erlin-da Uy Koe dari

Filipina. - BER-NAMA

Yayasan Anak Istimewa Selangor (YAnIS)

Pastikan OKU kekal produktif

Dr Jemilah menang hadiah ASEAN

Penubuhan yayasan ini akan mampu mengumpulkan dana daripada syarikat atau individu yang prihatin bagi memberi lebih manfaat buat anak-anak OKUDR SITI MARIAHEXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga

PUTRAJAYA - Bantuan kebajikan persekutuan bagi bulan Novem-ber akan mula dikreditkan ke da-lam akaun 484,828 penerima di seluruh negara pada 7 November dan dijangka selesai pada atau sebelum 10 November ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Men-teri Pembangunan Wanita, Ke- luarga dan Masyarakat berka-ta, kelewatan bayaran itu adalah disebabkan isu teknikal melibat-kan prosedur menurunkan pe-runtukan kepada agensi.

“Peruntukan su- dah lulus tetapi nak masuk (kre-dit) ke dalam aka-un belum lagi. Me-mang dah sampai tapi ada masalah teknikal. Kemen- terian minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perbincangan Meja Bulat dan Ke-las Induk Tentang Industri halal, di sini pada 5 November lalu.

Ketua Pengarah Kebajikan

M a s y a r a k a t , Zulkifli Ismail dalam kenyata-an pada 1 No-vember lalu memaklumkan kelewatan ba-yaran bagi bu-lan ini disebab-kan masalah teknikal.

Dr Wan Azizah berkata, ke-menterian akan menambah baik prosedur tersebut untuk memas-tikan masalah itu tidak berulang. - BERNAMA

Bantuan kebajikan paling lewat 10 November

SUNGAI BULOH - Seramai 130 ke- luarga di daerah ini yang terjejas akibat ban-jir mene-rima sum-bangan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan itu disampaikan Ke- tua Pegawai Eksekutif- nya, Saipolyazan Mat Yusop.

“Sejumlah RM26,000 diagih-kan dalam satu majlis yang di-

adakan 3 November lalu.

“Antara kampung yang terjejas ialah

Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempak, Paya

Jaras dan Sungai Plong,” kata LZS me-

nerusi hantaran di la-man sosial Facebook.

LZS berharap de-ngan sumbangan itu, ia akan

meringankan beban keluarga yang terbabit dengan bencana alam itu.

130 keluarga terima sumbangan LZS

Foto BERNAMA

Page 22: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

23SelangorKini 7 - 13 November 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerja membaik pulih Stadium Shah Alam dijalankan se-cara berperingkat-peringkat dengan mendahulukan perkara asas seperti sistem elektrik dan pengairan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia kerana kos membaik pulih stadium berkenaan menelan belan-ja RM250 juta yang disifatkan terlalu tinggi.

“Memang membabitkan kos besar

tetapi kita tidak buat sekali gus kerana kita sudah ada angkanya dan untuk me- ngubah semua sistem dalam stadium, kita perlukan paling kurang RM250 juta, jadi ia memerlukan kos sangat besar.

“Jika mahu buat secara luaran saha-ja kurang bermakna kerana fungsi da-laman seperti sistem air dan elektrik mesti diperbetulkan dahulu, jadi kita betulkan perkara asas kemudian lu-aran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang Dewan Negeri

Selangor.Amirudin berkata secara asasnya,

Stadium Shah Alam masih berada da-lam keadaan baik seperti padang, kemudahan asas dan strukturnya.

Namun katanya kerja pembaikan kemudahan asas giat dijalankan sejak tiga hingga empat tahun lalu.

Terdahulu, Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) dalam ucapan perbahasan- nya menggesa Kerajaan Negeri mem-beri perhatian untuk membaik pulih Stadium Shah Alam.

KUALA KANGSAR - Pasukan Malaysia muncul juara edisi pertama Kejohan-an Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara selepas menundukkan Uzbekistan 3-0 pada perlawanan akhir di Dewan Jubli Perak di sini pada 3 November lalu.

Skuad bimbingan Muhammad Dhar-maraj Abdullah membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Nur Aisyah Yaacob pada minit ke-25.

Selang lima minit kemudian, Nur Ai-syah sekali lagi meletakkan Malaysia di hadapan apabila mudah menyem-purnakan pukulan sudut penalti yang diberikan pengadil.

Uzbekistan di bawah kendalian Liliya Mutalapova cuba bangkit untuk mera-

patkan jurang gol namun benteng per-tahanan negara sukar ditembusi, malah terus mengukuhkan kedudukan sele-pas Qasidah Najwa Muhammad Halimi berjaya menjaringkan satu lagi gol buat Malaysia.

Kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan. Terdahulu, pada perlawa-nan penentuan tempat ketiga dan ke-empat Taiwan Taipei mudah menewas-kan Filipina 4-0.

Dalam pada itu, Muhammad Dhar-maraj berkata, kemenangan sulung kejohanan itu dianggap sebagai tonik tambahan kepada skuad Malaysian Ti-gress menjelang Sukan Sea di Filipina, yang akan bermula hujung bulan ini.

“Kami menggunakan kejohanan ini sebagai landasan persiapan, pada

masa sama kami masih ada lagi 12 pe-main negara yang menyertai perlawa-nan persahabatan di Kuala Lumpur dan nanti kami akan cuba bentuk pasukan yang bagus.

“Kejohanan ini amat bagus un-tuk kita memandangkan Uzbekistan menghantar pasukan negara mereka, manakala pasukan ini bukan pasukan 100 peratus yang akan bermain di Su-kan SEA nanti,” katanya.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang berupa piala dan medal.

Kejohanan selama empat hari ber-mula 31 Oktober lalu disertai Uzbe- kistan, Nepal, Taiwan, Filipina dan Ma-laysia. - BERNAMA

Malaysia gondol juara hoki dalam dewan antarabangsa

Babit kos RM250 juta

Baik pulih Stadium Shah Alam dilaksana berperingkat

Saingan SCLmakin panasSafiqah Mat

Isa (baris kedua tengah) meraikan kejayaan dengan

menjulang Piala Tuanku

Zara bersama rakan sepasukan

selepas berjaya menumpaskan

Uzbekistan pada perlawanan

akhir Kejohanan Hoki Dalam

Dewan Wanita di Dewan Jubli Kuala

Kangsar pada 3 November 2019.

Foto BERNAMA

SHAH ALAM - Pu-chong Fuerza Game-stop FC beraksi ce- merlang menewas-kan Cyberjaya Tele-flow FC 2-0 dalam saingan minggu kelima Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 di Stadi-um MPSJ, Subang Jaya, pada 3 November lalu.

Selepas lima perlawanan, juara musim lalu itu mengekori rapat pendahulu Kumpulan A, Kingstown Klang FC, dengan mengumpul 11 mata.

Di lokasi sama, Kingstown Klang FC pula mengatasi Gombak RRM Unlimited FC 3-1 bagi mengungguli kumpulan dengan 12 mata manakala pasukan di tangga ketiga, Kuala Se-langor Batu Dua FC (ketiga) meraih 10 mata apabila menundukkan pasukan terbawah, SA AZE FC dengan keputusan sama.

Dalam perlawanan lain Kumpulan A, SA PIB FC membelasah Bangi Jang’s Trooper FC 4-1.

Saingan Kumpulan B pula menyaksikan MPKJ FC mengalahkan Sg Lang Baru Up FC 2-1 pada 2 November lalu, untuk memimpin dengan 13 mata.

MBSA FC pula menerima cabaran sengit Subang Protap II sebelum mencatat kemena- ngan 3-2 untuk terus bersaing di tempat kedua (12 mata).

SA Klasiko FC (ketiga) pula bangkit daripa-da keputusan seri minggu lalu, dengan mem-benam Bukit Kapar FC 2-1 untuk mengumpul 10 mata dalam kempen kali ini.

Sementara itu, pasukan muda negeri, Belia Selangor terus ditimpa nasib malang apabila tunduk kepada NPNG FC Damansara Damai 1-2.

Page 23: Pelikat hipster pilihan Kutipan zakat Selangor kerja industri … · 2019-11-28 · Informasi Terkini di jari anda Utama SelangorKini 7 - 13 November 2019 3 900kg sampah Sungai Klang

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kira-kira 10,000 pengunjung memeriahkan Kar-nival Selangor Youth Revival (SYR) 2019 yang diadakan di Pe-karangan Stadium Malawati, di sini pada 2 November lalu.

Pengarah Eksekutif Majlis Su-kan Negeri, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, sambutan diterima amat menggalak-kan dan ia adalah landasan terbaik buat golongan belia khususnya di Selangor.

Katanya, karnival itu bagus dilaksanakan kerana ia tidak hanya fokus kepada golo- ngan belia bersukan seba- liknya Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif mendeka-ti semua peringkat belia.

“Kita berharap golongan belia mengambil inisiatif untuk hadir ke karnival ini sekali gus melibatkan diri dengan pel-bagai program yang disediakan.

“Pengisian program juga pa-dat dan masing-masing mem-punyai fungsinya tersendiri. Saya berharap karnival ini di teruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demiki-an ketika ditemui Media Selangor selepas Majlis Perasmian Karnival Selangor Youth

SHAH ALAM - Karnival Selangor Youth Revi- val (SYR) 2019 bakal dijadikan acara tahunan ekoran karnival yang julung kali diadakan mendapat sambutan cukup memberang-sangkan terutama daripada golongan belia.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, karnival itu ada-lah acara terbesar mengumpulkan kumpulan belia di Selangor membabitkan elemen sukan, hiburan dan rekreasi.

“Karnival ini bersandarkan kepada 10 teras belia di Selangor yang tidak hanya memfokuskan kepada aktiviti sukan sebaliknya kita gabungkan pelbagai acara dalam satu program seperti me- ngumpulkan golongan belia indie.

“Malah, tujuan Kerajaan Negeri anjurkan karnival ini supaya kita dapat berfikir secara inklusif dan tidak hanya memberi fokus pada golongan tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor selepas Majlis Perasmian Karnival Selangor Youth Revival 2019 di Perka-rangan Stadium Malawati, di sini pada 2 November lalu.

Khairuddin berkata, menerusi karnival sedemikian, golongan belia akan berasa lebih dihargai apabila Kerajaan Negeri khusus-nya sudi mendekati mereka.

“Melalui acara sebegini sudah pasti mereka akan rasa lebih di-hargai,” katanya.

Revival 2019 di pekarangan Stadium Malawati.

Turut hadir, EXCO Pembangu-nan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan,

Mohd Khairuddin Othman dan EXCO Kesihatan, Keba-jikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

SYR yang diadakan dua hari menampilkan pelbagai aktiviti menarik khusus- nya membabitkan golongan belia.

Menariknya kali ini, kese-mua ahli indie akan kem- bali bersatu termasuk kum-

pulan indie terkenal, Butterfin-gers untuk beraksi di Konsert SYR yang pada 1 November lalu di Stadium Malawati.

Sambutan hebat, bakal jadi acara tahunan

Landasan terbaik buat belia

10,000 meriahkan Selangor Youth Revival