40
PELAN TINDAKAN WINNING THE HEARTS AND MINDS (WHM) SOLID WASTE CORPORATION KE ARAH NEGARA BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

  • Upload
    vananh

  • View
    242

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

PELAN TINDAKANWINNING THE HEARTS AND MINDS

(WHM)

SOLID WASTE CORPORATION

KE ARAH NEGARA BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

Page 2: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

Isi KandunganBIL PERKARA Muka Surat

1 SEKAPUR SIRIH 42 SEULAS PINANG 63 PENDAHULUAN 84 RASIONAL WHM 105 ISU PELAKSANAAN WHM 116 PENDEKATAN WHM 137 STRATEGI WHM 168 KEBERHASILAN 359 SINGKATAN 38

10 JAWATANKUASA 39

Page 3: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds
Page 4: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

4 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLANMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada SWCorp (Solid Waste Corporation) kerana telah berjaya menyediakan Pelan Tindakan Winning The Hearts and Minds (WHM) yang begitu komprehensif untuk dilaksanakan bagi memenangi hati dan nurani masyarakat serta pelanggan.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menyediakan dasar dan pelan tindakan yang strategik serta usaha menyediakan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan terbaik bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Namun demikian, kita masih berhadapan dengan cabaran untuk meraih sokongan yang mencukupi daripada masyarakat bagi merealisasikan aspirasi tersebut. Sokongan yang ada tidak mencukupi malahan sikap acuh tidak acuh terhadap penjagaan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar masih berlaku. Mereka seharusnya disedarkan bahawa untuk menjadi sebuah negara maju budaya menjaga kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar harus dipertingkatkan selari dengan masyarakat negara maju yang lain. Kerjasama dan sokongan masyarakat merupakan faktor kejayaan yang semakin kurang diberi penekanan sehingga setiap usaha yang dilakukan tidak memberi kesan dan menemui kegagalan.

Sekapur Sirih

Page 5: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 5

Oleh yang demikian, Pelan Tindakan WHM yang pertama kali diwujudkan ini merupakan pelan tindakan yang amat istimewa dan signifikan untuk dilaksanakan malahan boleh dijadikan contoh kepada agensi-agensi lain untuk memenangi hati dan nurani masyarakat agar mereka memberi sokongan dan komitmen yang tinggi terhadap segala usaha yang dilaksanakan. Semoga Pelan Tindakan WHM ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya demi melahirkan masyarakat Malaysia yang dihormati dan dicontohi sebagai sebuah masyarakat negara maju yang mengamalkan nilai murni dengan budaya menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.

Datuk Abdul Rahman DahlanMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Page 6: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

6 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

YBHG. DATUK AB RAHIM BIN MD NOORKetua Pegawai EksekutifSolid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Kehebatan,

SWCorp berhadapan dengan pelbagai cabaran di dalam hasrat untuk menyediakan suasana persekitaran yang selesa dari segi kebersihan dan keindahan serta usaha untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mengamalkan budaya hidup dengan nilai terpuji dalam menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. Cabaran yang terbesar ialah untuk mendapatkan sokongan, komitmen dan kepercayaan yang tinggi serta mencukupi daripada masyarakat supaya bersama melaksanakan dan menjayakan hasrat tersebut.

Sokongan masyarakat merupakan elemen yang amat penting di dalam menentukan kejayaan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bersih, indah dan sejahtera. Oleh kerana pelaksanaan dan kejayaan segala program serta pelan tindakan yang dilaksanakan amat bergantung kepada komitmen dan sokongan yang tinggi daripada masyarakat. Pelan Tindakan WHM disediakan khusus untuk dilaksanakan oleh SWCorp bagi memenangi hati dan nurani serta pemikiran masyarakat dan pelanggan bertujuan untuk mendapatkan sokongan tersebut. Selain daripada itu, melalui WHM mesej yang ingin disampaikan oleh SWCorp kepada masyarakat akan lebih mudah diterima dan disenangi oleh mereka.

Seulas Pinang

Page 7: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 7

Pelaksanaannya nanti akan memberikan penekanan kepada hubungan simbiosis di antara SWCorp dan masyarakat sehingga SWCorp menjadi sebuah organisasi yang dekat di hati dan disenangi oleh mereka. Seterusnya masyarakat akan lebih bersedia dan secara sukarela membantu dan menyokong segala inisiatif serta perancangan SWCorp demi kejayaan agenda negara yang berkaitan dengan alam sekitar dan kebersihan.

Datuk Ab Rahim Bin Md NoorKetua Pegawai EksekutifSWCorp

Page 8: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

8 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

SWCorp mempunyai pelbagai perancangan yang strategik dan menyediakan tindakan-tindakan yang signifikan untuk mencapai agenda menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Sehubungan dengan itu juga, SWCorp menetapkan satu aspirasi yang unggul untuk melahirkan masyarakat yang menghargai bumi dan kehidupan sebagai anugerah Pencipta serta merupakan amanah yang harus dipelihara demi kelestarian alam sekitar dan kelangsungan kehidupan. Melalui aspirasi ini, diharapkan suatu hari nanti masyarakat akan benar-benar menghayati dan mengamalkan penjagaan kebersihan serta pemeliharaan alam sekitar sebagai budaya kehidupan dengan rasa penuh tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi.

Untuk mencapai agenda dan aspirasi yang tinggi tersebut ia memerlukan perancangan yang strategik dan benar-benar teliti serta pendekatan yang kreatif, berkesan dan yang lebih daripada kebiasaan untuk mendapatkan sokongan padu daripada masyarakat dan pelanggan agar sama-sama merealisasikannya. Konsep Winning The Hearts And Minds jika dilihat dari konteks peperangan, merupakan konsep yang digunakan untuk meraih sokongan terhadap agenda yang diperjuangkan, menguraikan penentangan dan lain-lain konflik. Ia digunakan untuk mendapatkan sokongan daripada satu pihak yang lain bukan melalui paksaan tetapi melalui pendekatan psikologi dan tindakan halus yang dapat mempengaruhi emosi dan intelektual.

Di dalam konteks SWCorp, WHM merupakan konsep yang digunakan untuk meraih sokongan masyarakat dan pelanggan terhadap aspirasi, perancangan dan program yang telah disediakan. Pelan Tindakan WHM merupakan pelan tindakan yang istimewa kerana ia merupakan pelan khusus yang digunakan oleh SWCorp di mana pelaksanaannya dapat menyentuh hati nurani dan pemikiran masyarakat dan pelangan sehingga mereka menghayati aspirasi SWCorp dan berusaha secara bersama untuk menjayakan segala inisiatif dan program yang dilaksanakan. SWCorp memainkan fungsi memantau, menyelia dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara dengan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan sisa pepejal yang mampan, bersepadu dan cekap. Walau bagaimanapun, untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera ia tidak memadai dengan penyediaan prasarana dan perkhidmatan tanpa mengambil kira peranan masyarakat. Oleh yang demikian Pelan Tindakah WHM disediakan untuk memenangi, memujuk hati dan menyampaikan mesej dengan penuh hikmah agar masyarakat sama-sama memahami dan menyokong segala usaha dan program yang dilaksanakan oleh SWCorp.

PENDAHULUAN

Page 9: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 9

Usaha untuk mengajak masyarakat bersama-sama membudayakan kebersihan bukanlah sesuatu yang baharu dan ia telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dan agensi melalui kempen, program, aktiviti bersama masyarakat termasuk tindakan penguatkuasaan undang-undang. Namun, semuanya masih belum berjaya dan berhasil untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar menjadikan kebersihan sebagai budaya yang boleh dibanggakan dan dicontohi. Selain daripada itu, ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan adalah begitu tinggi. Usaha untuk memenuhi kepuasan hati pelanggan juga merupakan antara cabaran yang semakin rumit. Menyedari hakikat tersebut, SWCorp mengambil pendekatan yang berlainan daripada biasa dan kreatif untuk memenangi hati dan nurani masyarakat dan pelanggan. Oleh kerana SWCorp menghadapi cabaran yang kompleks, pendekatan yang luar biasa melalui psikologi dan hikmah seumpama ini perlu digunakan. SWCorp tidak boleh menggunakan kaedah yang biasa, tetapi melalui kaedah yang lebih fokus, istimewa dan menyentuh hati dapat merubah minda, budaya dan tingkahlaku masyarakat.

Melalui Pelan Tindakan WHM, penekanan akan diberikan kepada hubungan simbiosis diantara SWCorp dengan masyarakat agar SWCorp menjadi sebuah organisasi yang dekat di hati mereka, disenangi, mudah untuk dirujuk dan dihormati. Pendekatan mesra melalui pendampingan, perhubungan bersemuka dan perhubungan secara maya akan digunakan bagi mewujudkan hubungan harmoni dan erat di antara SWCorp dan masyarakat yang berlandaskan sifat keperihatinan dan melangkaui ekspektasi. Pendekatan WHM menjadi keutamaan dalam melaksanakan setiap tindakan yang dilakukan untuk memastikan SWCorp dapat dilihat mengujakan, sentiasa di hati masyarakat sehingga mereka menjadi penyokong dan penggerak yang berpengaruh dalam melaksanakan program serta menjayakan aspirasi SWCorp. Untuk melaksanakan WHM, SWCorp melaksanakan komunikasi yang berkesan, mendampingi pihak yang terlibat, sentiasa memberikan perhatian dan penghargaan serta menitikberatkan kebajikan masyarakat melalui tindakan-tindakan berterusan melangkaui amalan biasa.

Page 10: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

1 0 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

WHM adalah pendekatan yang mampu menjadikan SWCorp sebuah organisasi yang hebat di mana ia akan menonjolkan sebuah organisasi yang mempunyai ciri-ciri 4R (Referred, Relevant, Respected, Renown) dirujuk, relevan, dihormati, dikenali. Ia juga akan dapat mengubah persepsi masyarakat dan memecahkan hadangan pemisah perhubungan antara SWCorp dan masyarakat. Setelah segala pemisah itu dapat dihapuskan, sudah tentu perhubungan antara SWCorp dan masyarakat akan lebih erat dan mesra seterusnya memudahkan komunikasi dan penerimaan masyarakat.

Situasi ini amat penting kerana ia akan membantu masyarakat memahami fungsi dan aspirasi SWCorp dengan lebih jelas dan bersedia menjadi pengikut serta penyokong kuat untuk bersama-sama SWCorp melaksanakan fungsi dan menjayakan aspirasi tersebut. Rasional WHM juga adalah untuk masyarakat melihat perkhid-matan yang disampaikan sesuatu yang dapat dirasai dan dihargai. Ia merupakan pemangkin kepada rasa sayang agar SWCorp sentiasa dijaga dan dipelihara.

Akhirnya WHM akan dapat melahirkan kesetiaan dan rasa hormat yang menjadikan masyarakat berdiri teguh di belakang SWCorp sebagai penyokong dan penggerak yang kuat bukan sahaja untuk menjayakan program yang dilaksanakan tetapi sebagai masyarakat yang akan mempertahankan SWCorp daripada fitnah dan tohmahan. Selanjutnya elemen-elemen tuduhan liar dan fitnah akan dapat dielakkan kerana masyarakat menghargai dan menyayangi SWCorp sebagai sebahagian daripada mereka. Maka, masyarakat akan menjadi kekuatan yang boleh merubah dimensi baharu yang diaspirasikan dan bukan lagi masalah yang menjadi penghalang.

RASIONAL WHM

Page 11: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 1 1

Dalam melaksanakan WHM beberapa isu telah dikenalpasti yang harus diatasi bagi memastikan WHM dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia harus diselesaikan dengan bijak dan menggunakan kaedah yang berkesan supaya WHM dapat dijayakan. Isu-isu tersebut boleh dikategorikan sebagai isu dalaman dan luaran.

Isu-isu dalaman yang harus menjadi perhatian, yang pertama ialah menilai sejauh mana kepimpinan dan warga kerja SWCorp telah bersedia dengan kebolehan dan kemahiran dalam pendekatan WHM. Ini kerana WHM merupakan tindakan yang melibatkan kemahiran psikologi yang sangat halus bagi mendekati dan memujuk masyarakat sehingga mereka tertarik dan teruja dengan tindakan dan penampilan yang laksanakan. Pendekatannya pula berbeza mengikut segmen masyarakat, kaum dan umur.

Kedua ialah konsistensi iaitu pelaksanaan secara berterusan tanpa jemu. Jika WHM tidak dilaksanakan secara berterusan maka ia akan mati ditengah jalan. Oleh yang demikian ia menagih komitmen yang tinggi dan pelan tindakan yang tersusun rapi.

Ketiga ialah keikhlasan dan kejujuran yang dapat dipamerkan agar masyarakat tidak beranggapan WHM hanya sebagai lakonan sahaja atau bertujuan mengambil kesempatan. Tindakan WHM haruslah dilaksanakan secara jujur dan ikhlas agar masyarakat yang didampingi merasa teruja dan hati mereka dapat dimenangi. Keempat ialah mengekalkan reputasi sebagai organisasi yang mengambil berat dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat serta kecemerlangannya. Mengekalkan reputasi dan keyakinan ini sekali lagi memerlukan komitmen yang tinggi yang berterusan daripada pihak kepimpinan dan seluruh warga kerja SWCorp.

Isu-isu luaran pula meliputi beberapa perkara yang harus juga diberikan perhatian oleh SWCorp. Pertama adalah penerimaan masyarakat dan pelanggan terhadap WHM yang ingin dilaksanakan oleh SWCorp sedangkan ia adalah sebuah organisasi yang baharu dan kurang dikenali. Sebagai sebuah organisasi baharu yang belum dikenali secara meluas, situasi ini perlu ditangani dengan bijak agar penampilan SWCorp kelak benar-benar mengujakan dan dapat memenangi hati mereka. Penampilan SWCorp perlu dilihat sebagai sesuatu yang istimewa, menarik dan menggembirakan masyarakat dan pelanggan sehingga menjadi perhatian dan buah mulut mereka.

ISU PELAKSANAAN WHM

Page 12: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

1 2 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Isu kedua ialah keyakinan mereka yang harus dikekalkan kerana kepercayaan masyarakat dan pelanggan amat bergantung kepada setakat mana organisasi tersebut dapat mengotakan janjinya. Sekali kepercayaan hilang maka kesannya amat sukar untuk dipulihkan. Isu ini harus diuruskan melalui komitmen yang tinggi oleh SWCorp dengan menunaikan janji dan sentiasa mendekati masyarakat dengan cara yang hikmah.

Isu ketiga ialah berita angin atau khabar melalui maya yang boleh tersebar secara meluas melalui media sosial yang tidak boleh disekat dengan mudah. Masyarakat dan pelanggan mudah dipengaruhi oleh beberapa fakta yang diceritakan secara maya tanpa mengetahui kesahihan. Isu era globalisasi tanpa sempadan telah menjadikan berita maya sebagai tempat rujukan. Lazimnya berita yang akan mudah dan cepat tersebar adalah berita yang tidak baik dan memburukkan organisasi berbanding berita yang baik.

Page 13: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 1 3

Pendekatan yang digunakan di dalam melaksanakan WHM merupakan pendekatan yang halus dan berseni supaya dapat menyentuh hati dan emosi masyarakat. Kaedah-kaedah psikologi harus dipraktikkan dengan Bijak, Cekap dan Berkesan (BCB). Pendekatan yang dilaksanakan bersifat terbuka tanpa prajudis, perhubungan dan pendampingan yang mesra, tindakan yang mengujakan, kebolehpercayaan yang tinggi, keikhlasan dan kejujuran.

Untuk menonjolkan keikhlasan tersebut, keterbukaan merupakan elemen yang berupaya membuka pintu keikhlasan dan ia dijelaskan melalui pendekatan pertama iaitu konsep 3 “O” iaitu Open Heart, Open Mind and Open Door. Melalui pendekatan Open Heart, SWCorp sentiasa membuka hati untuk menerima sesuatu tanpa prejudis atau buruk sangka. Selain dari itu, ia merujuk kepada sifat ikhlas tanpa pilih kasih atau kepentingan yang akan membuat masyarakat merasa teruja dan yakin dengan keikhlasan SWCorp. Open Mind pula bermaksud sifat terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada masyarakat dan menghargainya sebagai satu kaedah untuk menambahbaik dan mempertingkatkan perkhidmatan atau memperbaiki kelemahan yang ada. Manakala melalui Open Door pula, SWCorp membuka ruang yang seluas-luasnya kepada masyarakat agar mudah didekati sama ada bertemu atau berkomunikasi dalam bentuk formal atau tidak formal mahupun melalui maya (media sosial). Aktiviti turun padang untuk bertemu masyarakat secara lebih dekat dilaksanakan dengan sekerap mungkin untuk memahami permasalahan masyarakat setempat dan menyelesaikannya dengan kadar segera. Selain itu, pendekatan ini bermaksud SWCorp menganggap semua lapisan masyarakat adalah penting dan mengurangkan protokol dan peraturan rasmi supaya masyarakat lebih mudah berurusan dan bertemu dengan pihak pengurusan SWCorp.

Pendekatan kedua yang dilaksanakan ialah melalui komunikasi yang berkesan dan konsisten menjelaskan serta menggambarkan bahawa SWCorp adalah organisasi yang prihatin, baik kepada masyarakat dan pelanggan. Komuni-kasi yang berkesan ini melibatkan penggunaan pelbagai medium secara optimum sama ada media cetak, eletronik dan sosial. Ia dilaksanakan melalui strategi media yang berkesan, menyeluruh dan bersepadu. Selain daripada itu pendekatan komunikasi yang digunakan adalah berbeza mengikut segmen masyarakat supaya komunikasi tersebut mencapai matlamat untuk menyampaikan dengan cara yang mengujakan, mudah diterima dan difahami oleh masyarakat dan pelanggan.

PENDEKATAN WHM

Page 14: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

1 4 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Manakala pendekatan ketiga ialah menjaga kepentingan, memahami kelemahan dan kehendak nurani (soft spot) masyarakat. Pendekatan ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tertentu untuk menjadikan ianya dilihat mengujakan sehingga dapat menyentuh hati dan perasaan masyarakat yang didampingi. Kepentingan masyarakat hendaklah didahulukan demi memenuhi keperluan mereka. Melalui pendekatan ini masyarakat akan rasa dihargai dan proses memenangi hati dan nurani mereka akan lebih mudah serta berkesan.

Pendekatan keempat ialah pendampingan dan penglibatan di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat. Pendekatan ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh agar masyarakat merasakan bahawa SWCorp adalah sebahagian daripada mereka. Manakala pendekatan yang kelima ialah melaksanakan WHM melalui kaedah yang halus, kemas dan menggunakan kemahiran psikologi yang mampu menyentuh hati serta perasaan masyarakat. Pendekatan ini memerlukan kemahiran yang mencakupi dari segi memahami jiwa masyarakat dan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memenanginya. Melalui pendekatan ini juga kemahiran berkomunikasi termasuk percakapan dan gaya amatlah diperlukan.

Pendekatan keenam dan terakhir yang digunakan di dalam Pelan Tindakan WHM ialah dengan menggunakan pihak ketiga untuk memujuk hati masyarakat dan pelanggan agar menyokong dengan menceritakan kebaikan dan keprihatinan SWCorp kepada mereka. Perkara yang disampaikan oleh pihak ketiga ini dilihat sebagai pendekatan yang bijak kerana masyarakat dan pelanggan akan lebih percaya sekiranya perkara tersebut disampaikan oleh pihak yang tiada berkepentingan. Pihak ketiga ini boleh terdiri daripada orang yang berpengaruh seperti pemimpin, tokoh masyarakat dan agama mahupun artis hiburan. Walau bagaimanapun, penyampaian mesej daripada orang awam atau perbualan mulut ke mulut juga termasuk dalam kategori pendekatan ini.

Pendekatan-pendekatan yang telah dinyatakan di atas adalah merupakan pendekatan yang istimewa dan berlainan daripada biasa. Pendekatan seumpama ini perlu dilakukan agar WHM dapat menghasilkan impak yang diharapkan.

Page 15: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 1 5

Page 16: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

1 6 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Pelan Tindakan WHM mengandungi Objektif Strategik, Strategi dan Tindakan yang disusun begitu rapi dan teliti meliputi keseluruhan perkara penting bagi memastikan pelaksanaannya memberi kesan yang maksimum. Pelan Tindakan ini menggariskan empat (4) Objektif Strategik seperti berikut:

Objektif Strategik 1: Merapatkan Hubungan Dengan Masyarakat Dan Pelanggan Supaya Mengalami, Merasai dan Menikmati Kualiti Perkhidmatan Yang Diberi.

Masyarakat dan pelanggan yang menghargai perkhidmatan yang diberikan hanya akan diperolehi sekiranya mereka merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan baik kepada mereka. Oleh yang demikian hubungan yang erat harus dipertingkatkan dan SWCorp perlu membina reputasinya sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi dengan barisan kepimpinan yang berwibawa dan dihormati. Untuk memenangi hati masyarakat dan pelanggan mendapatkan keyakinan mereka amat penting. Oleh itu, menunaikan janji dan menjalinkan hubungan yang mesra serta pendampingan melalui program-program yang dilaksanakan adalah strategi yang amat penting. Strategi untuk melaksanakan Objektif Strategik yang pertama adalah seperti berikut:

1.1 Membina reputasi sebagai organisasi yang berwibawa dan berprestasi tinggi.

1.2 Kepimpinan organisasi yang berwibawa, disegani dan dihormati.

1.3 Komunikasi berkesan untuk menonjolkan perkhidmatan yang mengujakan.

1.4 Menjalin hubungan mesra dan mendekati masyarakat melalui program-program pendampingan yang mengujakan.

1.5 Mengotakan janji (Walk The Talk).

STRATEGIWINNING THE HEARTS AND MINDS

(WHM)

Page 17: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 1 7

STRATEGI

1. Membina reputasi sebagai organisasi yang berwibawa dan berprestasi tinggi

AKTIVITI

1. Melaksanakan program dengan bijak, cekap, berkesan dan melangkaui jangkauan pelanggan secara konsisten sehingga menjadi buah mulut masyarakat.

5. Melaksanakan penguatkuasaan yang tegas tapi mesra.

3. Menyediakan protokol dan garis panduan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

7. Menerajui perubahan dalam bidang yang berkaitan dengan fungsi teras (core business).

9. Melibatkan masyarakat dalam perancangan dasar dan program.

2. Mengambil tindakan pantas dan sentiasa bersiap siaga untuk menyelesaikan aduan pelanggan seperti menyediakan pasukan bertindak pantas.

6. Menyelesaikan isu sebelum menjadi aduan.

8. Melaksanakan program yang kreatif dan inovatif sehingga menjadi model dan ikutan agensi lain.

4. Memastikan integriti warga SWCorp sentiasa pada tahap yang tinggi.

TINDAKAN

BK,BPM,

Negeri

Negeri,BKK

BKK,BPS

Bahagian, Negeri

BPS,BPT,

Negeri

Negeri,BK

Negeri

Negeri,BK,

BPM

Unit Integriti

Page 18: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

1 8 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I18

STRATEGI

2. Kepimpinan organisasi yang berwibawa, disegani dan dihormati.

3. Komunikasi berkesan untuk menonjolkan perkhidmatan yang mengujakan

AKTIVITI

1. Membangunkan pemimpin yang berintegriti tinggi, merendah diri, mempunyai keperibadian yang disegani seperti berdisplin, tidak sombong, mudah mesra, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

1. Menyediakan pelan komunikasi yang tersusun, terancang untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan yang mengujakan.

3. Pemimpin yang dapat mempamerkan sifat passionate, empathy dan berjiwa besar.

3. Mendapatkan bantuan pihak-pihak yang berpengaruh untuk menyampaikan maklumat tentang program SWCorp.

2. Pemimpin yang dapat mempamerkan karisma, sahsiah, etika, profesionalisma dan integriti.

2. Memastikan hubungan yang baik dengan pengamal media dan media sosial untuk memastikan program SWCorp mendapat liputan meluas dan mempunyai nilai berita (newsworthy).

4. Pemimpin yang boleh melaksanakan wawasan dan strategi untuk mencapai outcome yang dihasratkan.

4. Menyampaikan maklumat secara langsung melalui program-program pendampingan, forum, pameran dan lintas langsung daripada media.

TINDAKAN

BSM

BK

Semua Pengarah

Negeri,BK,

BPM

Semua Pengarah

BK

Bahagian,Negeri

Negeri,BPM,BK,

Unit Media Sosial

Page 19: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 1 9

STRATEGI AKTIVITI

5. Menggunakan pelbagai platform media dan media sosial secara menyeluruh dan bersepadu.

6. Melaksanakan penyampaian maklumat secara interaktif untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan.

TINDAKAN

BK,Unit Media Sosial

BK,Negeri

4. Menjalin hubungan mesra dan mendekati masyarakat melalui program-program pendampingan yang mengujakan

1. Melaksanakan program-program berimpak tinggi yang menyentuh emosi masyarakat.

3. Melaksanakan program-program secara berterusan supaya program tersebut dirasai dan sentiasa dekat dihati mereka.

2. Melaksanakan program-program yang mendapat sambutan mengikut segmen masyarakat.

4. SWCorp menyertai program yang dianjurkan oleh masyarakat supaya kehadiran SWCorp dirasai.

Negeri,BK,

BPM

Negeri,BK

BPMNegeri

BK

Negeri,B3R,BPM

5. Mengotakan janji (Walk The Talk)

1. Menganalisa keupayaan organisasi melaksanakan program-program yang boleh dijanjikan untuk dilaksanakan.

3. Memastikan piagam pelanggan dicapai.

2. Menyediakan senarai semua tindakan yang telah dijanjikan dan menyediakan pelan tindakan untuk pelaksanaan.

Negeri,BK

BK

BPS

Page 20: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

2 0 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

5. Memaklumkan/ melaporkan kepada masyarakat terhadap pencapaian program yang dijanjikan.

4. Membuktikan setiap janji yang ditepati secara konsisten tepat pada waktunya sehingga masyarakat percaya bahawa SWCorp berpegang pada janji.

Negeri,BK

Bahagian,Negeri

STRATEGI AKTIVITI TINDAKAN

Page 21: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 2 1

Sumbangan diberi kepadamereka yang memerlukan

Page 22: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

2 2 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Objektif Strategik 2: SWCorp Di Hati Masyarakat Dan Pelanggan

Pelaksanaan WHM memerlukan kemahiran yang tersendiri dan ia perlu dipertingkatkan di kalangan warga SWCorp. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran psikologi, seni menambat hati dan nurani masyarakat. Selain daripada itu mendengar suara rakyat, memberi perkhidmatan yang mengembirakan, memberi penghargaan dan pengiktirafan juga perlu untuk meletakkan SWCorp di hati masyarakat dan pelanggan. Seterusnya menjadikan SWCorp menjadi sebuah organisasi yang menjadi rujukan dan pilihan. Strategi bagi melaksanakan Objektif Strategik kedua ini adalah seperti berikut:

2.1 Memperkasakan kompetensi seni memenangi hati masyarakat dan pelanggan di kalangan warga kerja SWCorp.

2.2 Mendengar suara masyarakat dan pelanggan serta mudah didampingi.

2.3 Memberi perkhidmatan yang menggembirakan masyarakat dan pelanggan.

2.4 Memberi pengiktirafan dan penghargaan.

2.5 Menjadi sebuah organisasi rujukan dan pilihan (Referred and Preferred)

Page 23: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 2 3

STRATEGI

1. Memperkasakan kompetensi dan seni memenangi hati masyarakat di kalangan warga kerja SWCorp.

2. Mendengar suara pelanggan dan masyarakat serta mudah didampingi.

AKTIVITI

1. Melaksanakan Training Needs Analysis (TNA) untuk warga SWCorp bagi mening-katkan kompetensi yang diperlukan untuk keberkesanan WHM.

1. Menyediakan platform untuk berinteraksi dengan masyarakat dan pelanggan.

5. Melaksanakan program Training Of Trainers untuk mewujudkan Subject Matter Expert (SME).

3. Menjalankan penilaian terhadap keberkesanan latihan.

3. Memastikan setiap pemimpin dan wargakerja SWCorp mudah didekati dan memudah cara.

2. Melaksanakan program latihan secara terancang dan sistematik.

2. Mengambil tindakan segera terhadap pandangan masyarakat dan pelanggan.

6. Menyediakan program-program yang dapat memberikan pengalaman kepada warga untuk melaksanakan WHM.

4. Menyediakan program coaching dan mentoring untuk membangunakan ciri-ciri pemimpin yang boleh melaksanakan WHM dengan berkesan.

TINDAKAN

BSM

BK

BSM

BSM

Bahagian, Negeri

BSM

Negeri

BSM,BPM,BKK,

Negeri

BSM

Page 24: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

2 4 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

STRATEGI

3. Memberi perkhidmatan yang mengembirakan masyarakat dan pelanggan

5. Menjadi sebuah organisasi rujukan dan pilihan (Referred and Preferred)

4. Memberi pengiktirafan dan penghargaan

AKTIVITI

1. Melaksanakan perkhidmatan secara cekap, mesra, berkesan dan mengujakan.

1. Melaksanakan pendekatan dan inisiatif baharu yang kreatif, strategik dan mengujakan serta dilihat dapat memberi impak tinggi.

1. Memberi penghargaan melalui pertandingan dan Anugerah Tokoh.

3. Melaksanakan perkhidmatan yang dapat menyentuh hati masyarakat dan pelanggan.

3. Menyediakan bahan-bahan rujukkan samada berbentuk cetakan atau dalam bentuk softcopy yang mudah diperolehi dan diakses.

3. Menyampaikan kad ucapan sempena hari perayaan, kebesaran dan hari lahir.

2. Mengenalpasti (soft spot) kehendak dan kesukaan masyarakat dan pelanggan secara khusus.

2. Menonjolkan contoh dan teladan yang baik melalui amalan mulia seperti menjaga kebersihan dan alam sekitar sehingga menjadi contoh kepada masyarakat dan pelangan.

2. Menyampaikan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang memberi sumbangan.

4. Sentiasa pelanggan di dalam tindakan yang dilaksanakan

4. Menyampaikan maklumat dalam bentuk ceramah, bengkel dan dialog bersama masyarakat berhubung inisiatif dan program yang dilaksanakan.

TINDAKAN

BKNegeri

BPS

BPM

Negeri

BPT,BPM,

BK

BK

Negeri

BPS

BK

Negeri

BPM

Page 25: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 2 5

Dekat dihati masyarakatdan pelanggan

Page 26: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

2 6 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Objektif Strategik 3: Aspirasi Dan Agenda Swcorp Disokong, Dihayati Dan Diamalkan

Objektif Strategik ketiga ini amat penting kerana tanpa sokongan, penghayatan dan amalan terhadap Pelan Tindakan WHM aspirasi dan agenda SWCorp, tidak akan berjaya. Mendidik masyarakat untuk menghargai dan menyampaikan aspirasi dan agenda SWCorp dengan kaedah yang paling berkesan, meningkatkan pendampingan, menanamkan rasa kesetiaan, melaksanakan handholding dan memberi tanggungjawab kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp merupakan strategi yang akan memastikan kejayaan Objektif Strategik ini. Strategi bagi Objektif Strategik ketiga adalah seperti berikut:

3.1 Menyampai dan mendidik masyarakat dan pelanggan untuk menghayati serta menghargai aspirasi dan agenda SWCorp.

3.2 Meningkatkan pendampingan (engagement) dengan masyarakat dan pelanggan.

3.3 Menanamkan kepercayaan serta kesetiaan masyarakat dan pelanggan.

3.4 Melaksanakan bimbingan kepada masyarakat dan pelanggan untuk laksanakan program-program yang berimpak tinggi.

3.5 Memberi tanggungjawab (empowering) kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp.

Page 27: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 2 7

STRATEGI

1. Menyampai dan mendidik masyarakat untuk menghayati dan menghargai aspirasi dan agenda SWCorp

2. Meningkatkan pendampingan (engagement) dengan masyarakat.

AKTIVITI

1. Menyampaikan aspirasi dan agenda SWCorp secara meluas dan berkesan melalui strategi media dan komunikasi yang Bijak, Cekap dan Berkesan (BCB).

1. Mengadakan program pendampingan (engagement) untuk mendidik masyarakat secara santai, kreatif dan mengujakan seperti program sesi minum petang bersama Pengurusan Tertinggi.

3. Melantik dan menggunakan ikon atau aktivis sebagai ejen untuk menyampai maklumat dan inspirasi kepada masyarakat

3. Menyediakan program-program yang khusus untuk Kelab Kitar Semula di sekolah-sekolah.

4. Melaksanakan program berdasarkan inisiatif hijau di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti program Green 5S.

5. Melaksanakan kolaborasi strategik bersama NGO untuk mengadakan program-program berkaitan 3R di peringkat komuniti.

2. Menyampaikan mesej aspirasi dan agenda SWCorp adalah bertujuan untuk kebaikan masyarakat dan alam sekitar demi kelangsungan kehidupan.

2. Melaksanakan program komuniti 3R di setiap cawangan.

4. Menyampaikan key messages secara meluas dan konsisten sehingga ianya dapat tertanam di hati masyarakat.

TINDAKAN

BK,BPM

Negeri,BK

BPM

B3R

Negeri,BPT,BKP

Negeri,B3R

Negeri,BK,

BPM

Negeri,B3R

BK

Page 28: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

2 8 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

3. Menanamkan keper-cayaan dan kesetiaan masyarakat (Loyalty)

4. Melaksanakan handholding bagi program-program yang berimpak tinggi.

1. Mempamerkan keikhlasan dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan dengan kebersihan dan alam sekitar.

1. Melaksanakan program-program 3R berteraskan keluarga.

3. Mewujudkan Household Brand sebagai agensi yang bertanggungjawab, boleh diharapkan dan mesra.

3. Membimbing agensi, kerajaan dan swasta serta NGO dalam bidang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal.

5. Mengadakan program-program Inisiatif Hijau kerjasama di sektor pendidikan seperti Sekolah dan IPT.

2. Menunjukkan komitmen yang tinggi dan pantas dalam menyelesaikan masalah dan aduan masyarakat.

2. Melaksanakan program-program 3R yang memberi manfaat kepada masyarakat seperti Composting dan Penghasilan Bahan Kraftangan.

4. Mengadakan program kerjasama untuk mendidik industri melaksanakan amalan pengurusan sisa pepejal mampan.

Negeri

B3R

BK

Negeri,BPT

BPM,B3R

Negeri,BK

B3R,BPT

BPT

STRATEGI AKTIVITI TINDAKAN

Page 29: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 2 9

Meningkatkan pendampingan dengan masyarakat

5. Memberi tanggung-jawab (empowering) masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp.

1. Membantu komuniti melaksanakan program melalui inisiatif mereka sendiri seperti pengumpulan barang kitar semula.

3. Memberi kepercayaan dan amanah serta keyakinan kepada masyarakat untuk menjaga persekitaran kawasan mereka.

2. Menyediakan maklumat dan garis panduan serta amalan terbaik untuk melaksanakan program berteraskan inisi-atif hijau.

Negeri,B3R

Negeri

BPT, B3R

STRATEGI AKTIVITI TINDAKAN

Page 30: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

3 0 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Objektif Strategik 4: SWCorp Dikenali Sebagai Organisasi Yang Prihatin Dan Sentiasa Mengutamakan Pelanggan

Keprihatinan dan mengutamakan pelanggan merupakan dua perkara asas untuk menzahirkan sebuah organisasi yang disayangi dan dekat di hati. Oleh yang demikian Objektif Strategik keempat ini memberi tumpuan khusus berhubung perkara tersebut melalui strategi-strategi berikut:

4.1 Mempamerkan imej SWCorp sebagai organisasi yang prihatin.

4.2 Mengutamakan pelanggan dalam setiap inisiatif SWCorp (Customer First)

4.3 Mengambil tindakan yang dapat menyentuh perasaan masyarakat dan pelanggan.

Page 31: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 3 1

STRATEGI

1. Mempamerkan imej SWCorp sebagai organisasi yang prihatin.

2. Mengutamakan pelanggan dalam setiap inisiatif SWCorp (Customer First)

AKTIVITI

1. Sentiasa memberikan keutamaan kepada cadangan atau aduan yang dikemukakan oleh masyarakat.

1. Memberi keutamaan dalam menyelesaikan masalah atau aduan yang diterima dari masyarakat.

3. Melaksanakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama masyarakat.

3. Bersedia memberi bantuan maklumat dan teknikal untuk menjayakan sesuatu program inisiatif hijau yang dijalankan oleh masyarakat.

2. Melaksanakan program -program jalinan mesra dan tinjauan mesra untuk mengenalpasti permasalahan setempat

2. Memberi respon dengan segera kepada setiap cadangan yang dikemukakan oleh masyarakat.

4. Sentiasa mengambil berat keperluan dari pengurusan sisa pepejal daripada komuniti dan masyarakat.

5. Menguar-uarkan SWCorp agensi yang sentiasa bersedia membantu dalam menguruskan sisa pepejal.

TINDAKAN

Negeri,BK

Negeri,BK

Negeri ,BK

Negeri,BSD

Negeri,BKK,BK

Negeri,BK

Negeri,BSD

BK

Page 32: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

3 2 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

3. Mengambil tindakan yang dapat menyentuh perasaan masyarakat dan pelanggan.

1. Mengadakan kunjungan dan lawatan mengejut bagi menyelesaikan masalah di kalangan masyarakat.

3. Mengenegahkan dan mengangkat kumpulan atau individu menjadi Role Model dalam inisiatif dan aspirasi SWCorp.

4. Menguar-uarkan SWCorp agensi yang sentiasa bersedia membantu dalam menguruskan sisa pepejal.

2. Memberi penghargaan kepada kumpulan atau individu yang menyokong inisiatif dan aspirasi SWCorp

Negeri,BKK

BPM

BK

Negeri,BK

STRATEGI AKTIVITI TINDAKAN

Page 33: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 3 3

Prihatin dan sentiasa mengutamakan pelanggan

Page 34: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

3 4 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Faktor kejayaan WHM merangkumi tujuh (7) perkara berikut:

1. Strategi yang tepat.2. Kemahiran yang mencukupi.3. Sokongan daripada semua pihak.4. Komitmen yang tinggi.5. Ketelusan, integriti dan keikhlasan.6. Komunikasi berkesan.7. Sistem penilaian dan pemantauan yang berkesan.

Strategi yang tepat merupakan faktor utama kejayaan di dalam memastikan Pelaksanaan WHM dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi tersebut haruslah bersesuaian dengan keadaan dan kehendak masyarakat serta pelanggan kerana WHM memerlukan suatu strategi yang sangat halus sehingga berjaya menyentuh hati dan nurani masyarakat. Selain daripada itu, kemahiran yang tinggi dari segi psikologi dan penampilan diri daripada pemimpin dan warga kerja SWCorp menjadi faktor yang menentukan WHM dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah dan berkesan. Sokongan daripada semua pihak, pemegang taruh (stakeholder) dan komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan SWCorp serta seluruh warga kerjanya merupakan faktor penentu yang amat mustahak kerana tanpa sokongan dan komitmen tinggi adalah sukar untuk WHM dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Selain itu, kejujuran dan keikhlasan perlu dizahirkan agar WHM benar-benar dapat dirasai secara jelas oleh masyarakat dan pelanggan. Perkara ini penting supaya masyarakat dan pelanggan dapat merasakan bahawa WHM yang dilaksanakan ini adalah bukan lakonan semata-mata tetapi lahir dari hati yang jujur oleh SWCorp.

Selain daripada itu, komunikasi juga merupakan faktor yang perlu diambil perhatian serius. Keberkesanan strategi komunikasi dapat dipertingkatkan dengan penggunaan semua medium yang ada serta dilaksanakan mengikut kesesuaian segmen masyarakat juga menentukan kejayaan WHM. Seterusnya, semua tindakan dan program yang dilaksanakan perlulah dipantau dan dinilai untuk tujuan penambahbaikan dan pengubahsuaian. Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang kelemahan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan di samping mengukur kejayaan WHM supaya indeks pencapaiannya dapat dinilai.

FAKTOR KEJAYAAN

Page 35: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 3 5

Pelan Tindakan WHM merupakan sesuatu strategi yang amat berkesan untuk merubah lanskap pemikiran masyarakat dan pelanggan. Pelaksanaannya memberi impak yang sangat besar terhadap emosi, pemikiran dan persepsi masyarakat dan pelanggan. Ia akan membawa suatu dimensi baharu di dalam pendekatan agensi kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan dan mesej kepada masyarakat dan pelanggan.

Melalui pelaksanaan Pelan Tindakan WHM ini keberhasilan pertama yang boleh dicapai ialah lahirnya sokongan yang padu daripada masyarakat dan pelanggan terhadap aspirasi dan agenda SWCorp. Sokongan ini akan mendorong mereka memberi maklum balas positif dan cadangan-cadangan membina untuk digunakan bagi tujuan penambahbaikan dan pembetulan. Selain daripada itu, segala program yang dilaksanakan sudah tentu akan mendapat penglibatan ramai masyarakat. Selanjutnya, keberhasilan ini adalah suatu yang membolehkan segala perancangan dan tindakan yang ingin dilaksanakan oleh SWCorp akan lebih mudah dan berkesan.

Keberhasilan kedua ialah mesej SWCorp dapat disampaikan dengan mudah tanpa paksaan. Masyarakat dan pelanggan yang telah dimenangi hati dan nurani mereka akan sentiasa berfikiran terbuka dan dapat menerima segala mesej dengan mudah kerana pada mereka mesej tersebut datang daripada pihak yang mereka senangi. Ianya akan memudahkan komunikasi yang dilaksanakan oleh SWCorp kerana sambutan daripada pendengar yang bersedia menerima tanpa banyak persoalan.

Keberhasilan ketiga ialah masyarakat yang prihatin terhadap agenda dan program yang dilaksanakan dan menerima pendekatan yang dilaksanakan oleh SWCorp dengan hati yang terbuka. Keperihatinan ini akan mendorong mereka bukan sahaja menyokong malahan sama-sama merasai kesukaran dan kepayahan melaksanakannya. Keadaan ini membolehkan SWCorp mendapat bantuan daripada masyarakat sama ada dalam cadangan idea, bantuan tenaga dan kepakaran serta sama-sama memastikan kejayaan terhadap program dan agenda yang dibawa.

KEBERHASILAN(OUTCOME)

Page 36: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

3 6 | L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I

Keberhasilan keempat ialah kepercayaan masyarakat kepada SWCorp untuk menangani isu-isu berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selaras dengan fungsi-fungsi SWCorp. Kepercayaan ini bermaksud masyarakat dan pelanggan percaya SWCorp adalah organisasi yang mampu mengurus dan melaksanakan perkhidmatan terbaik dan mampu menyelesaikan masalah dengan cekap dan berkesan. Dengan kepercayaan sedemikian, mereka akan merasa selesa dan percaya sekiranya ada apa-apa kegagalan masyarakat akan memberi maklumat dan bukannya mengadu dengan perasaan yang marah.

Keberhasilan kelima ialah kesetiaan masyarakat yang akan berdiri teguh di belakang SWCorp dalam keadaan apa sekalipun. Kesetiaan ini akan membuatkan masyarakat dan pelanggan bukan sahaja menyokong malah mempertahankan SWCorp daripada segala tohmahan dan fitnah yang memburukkannya. Mereka akan sentiasa bersama SWCorp walaupun dalam keadaan sukar yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga malahan wang ringgit.

Pelaksanaan Pelan Tindakan WHM dapat melahirkan sokongan padu daripada masyarakat terhadap aspirasi dan agenda SWCorp.

Page 37: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

L I H AT L A H D E N G A N M ATA H AT I | 3 7

Keberhasilan yang keenam ialah SWCorp akan dikenali dan menjadi Household Name dalam kalangan masyarakat di mana mana SWCorp akan disebut di mana-mana sahaja sebagai sebuah organisasi yang hebat dan cemerlang. SWCorp akan menjadi jenama yang diletakkan di kebanyakan tempat dan boleh dilihat di mana-mana dan mereka merasa bangga dengan jenama tersebut.

Kesemua keberhasilan WHM akan memberi impak yang besar terhadap penyampaian perkhidmatan SWCorp dari segi penerimaan, sokongan dan kesetiaan masyarakat serta pelanggan. Imej SWCorp akan meningkat dan akan dikenali sebagai sebuah orgnisasi yang melaksanakan pendekatan yang strategik dan tepat untuk merealisasikan matlamatnya. Akhirnya SWCorp akan berupaya dikenali sebagai sebuah organisasi hebat yang kewujudannya sentiasa relevan dan diperlukan, menjadi rujukan dan contoh kepada pihak lain, dihormati sebagai sebuah organisasi yang tegas dan komited serta masyhur kerana kecemerlangannya.

Page 38: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

SINGKATAN

3 “O” - Open Heart, Open Mind and Open Door

3R - Reuse Reduce Recycle

B3R - Bahagian 3R

BCB - Bijak Cekap Berkesan

BK - Bahagian Korporat

BKK - Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawal Selia

BPM - Bahagian Pendidikan Masyarakat

BPS - Bahagian Perancangan Strategik

BPT - Bahagian Penyelidikan dan Teknologi

BSD - Bahagian Sisa Domestik

BSM - Bahagian Sumber Manusia

BTM - Bahagian Teknologi Maklumat

SME - Subject Matter Expert

TNA - Training Needs Analysis

WHM - Winning The Hearts and Minds

Page 39: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

JAWATANKUASA

PENAUNGYBHG. DATUK AB RAHIM MD NOORKetua Pegawai Eksekutif

PENASIHAT YBHG. DATO’ ZAINUL ABIDIN BIN ABDULLAHTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

PENASIHAT IR. HAJI SANUSI BIN AWITimbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Timbalan)

KETUA EDITOREN. ZAINAL FITRI BIN HJ. AHMADPengarah Bahagian Korporat

EDITORDR. MOHD PAUZE BIN MOHAMAD TAHAPengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi

PN. FARIDAH BINTI BAHARA NORDINPengarahBahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia

PN. HJH. HAZILAH BINTI GUMRIPengarah SWCorp Wilayah Persekutuan

EN. ISHANUDDIN BIN HUSSAINPengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat

PN. NORMAH BINTI MOHD SOOMPengarahBahagian Implementasi Projek

EN. MOHD AZHAR BIN ABD HAMIDPengarah Bahagian Perancangan Strategik

TN. HJ. ZAINUDDIN BIN ABDUL SAMADPengarah Bahagian Pengurusan 3R

Page 40: Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds

SWCorpSolid Waste Corporation

Tingkat Mezzanine, 2, 3 & 4, Wisma UOA, No.11, Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),Peti Surat 12038, 59200 Kuala Lumpur

Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472www.swcorp.my | FB : swcorpMY | Twitter : @swcorp_my | Instagram : swcorp_my

ASPIRASI UNGGULSWCorp

Melahirkan masyarakat yang menghargai bumi dan kehidupan sebagai anugerah

Pencipta serta merupakan suatu amanah yang harus dipelihara demi kelestarian alam

sekitar dan kelangsungan kehidupan.