Upload
dohuong
View
270
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
http://www.ums.edu.my
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS
SEKSYEN PENGURUSAN KUALITI SEKTOR SEKRETARIAT DAN DASAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN JABATAN PENDAFTAR
DILULUSKAN DALAM MESYUARAT PIHAK BERKUASA PENGURUSAN
UNIVERSITI (PBPU) BIL. 5/2012 KALI KE-145 PADA 26 APRIL 2012
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Tujuan 1
2.0 Pengenalan 1
3.0 Objektif 3
4.0 Kategori Persembahan Projek 4
5.0 Pelaksanaan Pengurusan KIK 5
6.0 Kriteria Penyertaan di Luar UMS 9
7.0 Syarat-Syarat Penyertaan 10
8.0 Kriteria Penilaian Projek 12
9.0 Kategori Anugerah dan Nilai Hadiah 15
10.0 Sistem Penarafan Projek 16
11.0 Tatacara Permohonan 17
Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS 8
Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS 10
Lampiran 1 Borang Pendaftaran KIK
Lampiran 2 Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK
Lampiran 3 Borang Penyertaan Konvensyen KIK UMS
Lampiran 4 Program Tahunan Pengurusan KIK di UMS
i
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS 1.0 TUJUAN
Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan
kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).
2.0 PENGENALAN
Di Malaysia, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atau Innovative and Creative Circle
(ICC) telah bermula sejak awal 1970-an yang dahulunya dikenali sebagai Quality
Control Circle (QCC). QCC ini ialah salah satu kaedah pengurusan Jepun yang
diterapkan dalam sektor perkilangan di Malaysia oleh Perbadanan Produktiviti Negara
(NPC) ketika itu.
KIK atau QCC juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Small Group Activities
(SGA) yang merupakan wadah pekerja untuk menyertai usaha pembentukan budaya
Kerja Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) mulai tahun 1980-
an. KIK juga dikenali dengan nama lain iaitu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
yang telah diperkenalkan kepada sektor awam melalui Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991.
Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai KIK pada hari ini bagi
menyemarakkan aktiviti penambahbaikan penyampaian perkhidmatan serta
menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai (value creation). KIK
juga adalah satu mekanisme pengurusan kualiti yang mudah difahami dan
dilaksanakan oleh pekerja di semua peringkat.
KIK juga adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang
sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,
memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan
cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan
keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah
dipersetujui.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 2
Faedah kepada Organisasi
Antara faedah KIK kepada organisasi adalah seperti yang berikut:
(a) Memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu.
(b) Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi
dan penciptaan nilai (value creation).
(c) Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja.
(d) Mengeratkan hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan.
(e) Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi.
(f) Meningkatkan daya saing organisasi.
(g) Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.
Faedah kepada UMS
Antara faedah-faedah KIK kepada UMS adalah seperti berikut:-
(a) Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau
penambahbaikan yang dihasilkan.
(b) Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan.
(c) Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan.
(d) Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders.
(e) Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam.
Faedah kepada Kakitangan UMS
Antara faedah-faedah KIK kepada kakitangan adalah seperti yang berikut:
(a) Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
(b) Memupuk semangat kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan.
(c) Menyemai dan menerapkan nilai serta etika kerja positif.
(d) Meningkatkan komitmen terhadap pekerja.
(e) Menambah dorongan untuk bekerja dengan lebih dedikasi.
(f) Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri,
kumpulan, organisasi dan negara.
(g) Membimbing warga organisasi berfikiran kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan inovasi.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 3
(h) Meningkatkan keupayaan mencipta atau memperkenalkan sistem baru
dan penambahbaikan kerja.
(i) Menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.
(j) Memberi kepuasan dalam bekerja.
(k) Meningkatkan keyakinan mengenai kebolehan dan potensi diri sendiri.
(l) Mengasah bakat kepimpinan di kalangan warga organisasi.
3.0 OBJEKTIF
Objektif pengurusan KIK ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk
menggalakkan amalan-amalan inovatif dan kreatif menerusi Garis Panduan
Peningkatan Budaya Inovasi dan Panduan mengenai Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) daripada MAMPU.
Justeru, Konvensyen KIK di peringkat UMS telah diadakan bermula pada tahun 2010
adalah untuk:
(a) meningkatkan inovasi, perkhidmatan profesional dan pengiktirafan
sebagai salah satu usaha untuk mengorak langkah menjadi sebuah
Universiti Penyelidikan.
(b) meyakinkan warga UMS bahawa KIK dapat membantu menyelesaikan
masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan
secara berterusan.
(c) memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Jabatan / Sekolah
/ Pusat / Institut / Unit (J/S/P/I/U) di UMS yang menghasilkan inovasi.
(d) memupuk persaingan sihat di samping meningkatkan penglibatan serta
minat di kalangan kakitangan dalam penghasilan inovasi.
(e) meningkatkan lebih banyak peluang penyertaan KIK ke peringkat IPTA /
Kebangsaan / Antarabangsa.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 4
4.0 KATEGORI PERSEMBAHAN PROJEK
Terdapat dua (2) kategori persembahan projek yang akan dinilai, iaitu Kategori
Pengurusan dan Kategori Teknikal.
Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau
sistem prosedur kerja. Contohnya, penggabungan borang permohonan, lesen
komposit, pengenalan borang baharu, pelaksanaan prosedur kerja baharu,
pengenalan sistem kerja baharu atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem
baharu yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta
faedah-faedah lain.
Kategori Teknikal
Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu
seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts), dan sains gunaan (applied
science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan
adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang
dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek
teknikal ialah penciptaan peralatan baharu, pembangunan sistem komputer atau
perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan
perwujudan kaedah teknikal baharu.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 5
5.0 PELAKSANAAN PENGURUSAN KIK
Pengurusan KIK di UMS adalah lebih menjurus kepada Kitaran Perancangan,
Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action) atau lebih dikenali
sebagai Kitaran PDCA seperti yang berikut:
PERANCANGAN
(PLAN)
PELAKSANAAN
(DO)
PENYEMAKAN
(CHECK)
TINDAKAN
(ACTION)
• Lawatan
Penandaarasan
• Penetapan garis
panduan
• Pembentukan
Jawatankuasa
Pelaksana
• Pendaftaran
kumpulan
• Kursus
Pengenalan KIK
• Mesyuarat
Jawatankuasa
Pelaksana
• Pelawaan
penyertaan
Konvensyen
KIK Peringkat
UMS
• Senarai Semak
Pengurusan
KIK
• Kursus
Pemantapan
Projek KIK
• Konvensyen
KIK Peringkat
UMS / IPTA /
Negeri /
Kebangsaan /
Antarabangsa
• Kajian semula
pelan
perancangan /
garis panduan
Kitaran PDCA perlu dijalankan melalui kaedah yang lebih sistematik agar dapat
memastikan kejayaan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) proses
kerja utama yang terlibat secara am dalam pelaksanaan pengurusan KIK seperti
dalam Rajah 1, iaitu:
(a) Pendaftaran KIK.
(b) Permohonan Kelulusan Projek KIK.
(c) Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan
/ Antarabangsa.
Pendaftaran KIK
Pendaftaran KIK perlu dibuat dengan melengkapkan Borang Pendaftaran (Lampiran
1). Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti kategori pendaftaran
(pendaftaran baru, pendaftaran ketua, pertukaran ahli, pertukaran fasilitator, dan
lain-lain), nama KIK, nama ketua, nama fasilitator, nama jabatan, tarikh penubuhan
KIK serta senarai nama ahli kumpulan.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 6
Apabila maklumat berkenaan diisi, perakuan dan pengesahan daripada fasilitator,
ketua KIK dan Ketua Jabatan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum
dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Seterusnya, apabila Urus Setia menerima
borang pendaftaran yang lengkap, Urus Setia akan menentukan turutan permohonan
menerusi penetapan nombor rujukan.
Sekiranya kumpulan yang didaftarkan adalah baharu atau pertama kali ditubuhkan,
kumpulan tersebut akan dipelawa untuk mengikuti Kursus Pengenalan KIK. Melalui
kursus ini, kumpulan akan diberi pendedahan mengenai asas-asas untuk
membangunkan projek seperti yang berikut:
(i) Pemilihan Masalah;
(ii) Penjelasan Masalah;
(iii) Analisa Punca Masalah;
(iv) Alat-Alat Kawalan Kualiti;
(v) Tindakan Pembetulan;
(vi) Pelaksanaan Ujicuba;
(vii) Pencapaian Hasil Projek; dan
(viii) Tindakan Penyeragaman.
Permohonan Kelulusan Projek KIK
Selepas pendaftaran KIK dibuat dan telahpun mempunyai asas pengetahuan dan
kemahiran KIK, permohonan kelulusan projek KIK perlu dibuat dengan
melengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK (Lampiran 2). Antara
maklumat yang diperlukan ialah kategori permohonan (tajuk projek, cadangan
penyelesaian dan tindakan penyeragaman), nama KIK, nama ketua dan nama
jabatan beserta butiran permohonan.
Seterusnya, perakuan dan pengesahan daripada ketua KIK, fasilitator dan kelulusan
daripada Ketua Jabatan juga perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum
dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Permohonan kelulusan ini adalah penting oleh
sebab ia adalah merupakan salah satu kriteria / bukti yang akan dinilai oleh panel
juri.
Apabila Urus Setia menerima borang permohonan kelulusan yang lengkap, Urus
Setia juga akan menyelaraskan nombor rujukan seperti yang telah dibuat
pendaftaran.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 7
Sekiranya permohonan kelulusan projek tidak diperolehi, maka permohonan akan
dipulangkan dan penambahbaikan perlu dibuat sehingga permohonan kelulusan
diberikan untuk pergi kepada pelaksanaan proses seterusnya.
Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan
/ Antarabangsa
Sekiranya permohonan telah diluluskan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing,
projek-projek KIK akan diselaraskan oleh Urus Setia menerusi Borang Penyertaan
beserta Ringkasan Projek KIK (Lampiran 3) yang dilengkapkan oleh kumpulan
untuk persiapan sempena Konvensyen berlangsung dan.
Sekiranya perlu, Kursus Pemantapan Projek akan dianjurkan oleh Urus Setia sebagai
persediaan akhir terhadap pembangunan projek kumpulan-kumpulan yang terlibat.
Melalui kursus berkenaan, setiap kumpulan akan dapat mengenalpasti kekurangan
yang ada dan seterusnya membuat penambahbaikan sebelum menyertai Konvensyen
KIK di peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa.
Dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, panel penilai dilantik lazimnya terdiri
daripada pakar dari luar seperti pihak agensi/jabatan Kerajaan (awam/swasta) dan
industri dari seluruh Sabah. Contohnya, MAMPU, MPC, INTAN, SIRIM Berhad dan
SEDCO.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 8
Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS
Tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
MULA
Pendaftaran KIK
Kursus
Pengenalan KIK
Lulus /
Lengkap?
Penyertaan Konvensyen KIK
Peringkat UMS
Permohonan
dipulangkan
Tidak
Ya
Berjaya?
Ya
Tidak
� Pemohon � Urus Setia
Terdiri daripada panel / pakar dari luar
seperti pihak industri dan/atauagensi-agensi
/ jabatan Kerajaan
� Pemohon � Urus Setia
� Ketua J/S/P/I/U
� Urus Setia
TAMAT
Pertama kali?
Kursus Pemantapan
Projek
Penyertaan Konvensyen KIK
Peringkat IPTA /
Negeri
Penambahbaikan?
Permohonan Kelulusan Projek
� Pemohon
� Urus Setia
Terdiri daripada panel / pakar dari luar
seperti pihak industri dan/atau agensi-agensi
/ jabatan Kerajaan
Pemohon
� Pemohon � Urus Setia
Ya
Tidak
Tidak
Ya
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 9
6.0 KRITERIA PENYERTAAN DI PERINGKAT LUAR UMS
Kumpulan yang berjaya mendapat tempat (johan, naib johan dan tempat ketiga)
menerusi Konvensyen KIK UMS akan dicalonkan untuk menyertai konvensyen yang
sama di peringkat luar UMS (tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan
Universiti (PBPU) dan pihak penganjur) seperti yang berikut:
BIL. KONVENSYEN KIK CALON
1. Peringkat IPTA Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja
(kategori pengurusan dan teknikal)
2. Sektor Awam Peringkat:
(a) Negeri Sabah
(b) Kebangsaan
Pemenang Johan, Naib Johan dan Tempat
Ketiga Konvensyen KIK UMS sahaja
(kategori pengurusan dan teknikal)
3. MPC Peringkat:
(a) Wilayah Sabah
(b) Wilayah Sarawak &
Sabah
(c) Kebangsaan
(d) Antarabangsa
Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja
(kategori pengurusan dan teknikal)
Walau bagaimanapun, terdapat limitasi yang telah ditetapkan oleh universiti bagi
kumpulan yang berkenaan, iaitu sekiranya kumpulan yang mendapat johan tidak
dapat mewakili UMS ke konvensyen yang berkenaan, pemenang naib johan akan
dipertimbangkan dipertimbangkan. Begitu juga halnya jika naib johan mempunyai
halangan, pemenang tempat ketiga akan dipertimbangkan seperti dalam Rajah 2.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 10
Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS
Nota: (1) Y = Ya
(2) T = Tidak
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 11
7.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat penyertaan yang digunapakai dalam
Konvensyen KIK Peringkat Universiti:
(a) Penyertaan adalah dibuka kepada KIK dari semua J/S/P/I/U di UMS.
(b) Pendaftaran kumpulan (untuk kali pertama/pertukaran ketua/ahli/
fasilitator, dll) hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang
Pendaftaran KIK yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia.
(c) Projek kumpulan hendaklah merupakan projek yang telah selesai
dijalankan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing.
(d) Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan
pada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekiranya
projek yang sama telah dipertandingkan, tetapi dipersembahkan oleh
kumpulan dari J/S/P/I/U yang berlainan, adalah dibenarkan.
(e) Penyertaan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang
Penyertaan yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia.
(f) Semua kumpulan perlu mengemukakan perkara-perkara berikut
dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Urus Setia, dua (2)
minggu sebelum Konvensyen berlangsung:
(i) Satu (1) salinan ringkasan projek KIK;
(ii) Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap (tidak melebihi 30
muka surat atau 120 slaid PowerPoint); dan
(iii) Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK.
(g) Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 30
minit sahaja, iaitu:
(i) 5 minit untuk persediaan;
(ii) 20 minit untuk persembahan; dan
� Pada minit ke-6, loceng akan dibunyikan sekali
� Pada minit ke-17, loceng akan dibunyikan dua kali
� Pada minit ke-20, loceng akan dibunyikan tiga kali
(iii) 5 minit bagi sesi soal-jawab.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 12
(h) Pihak Urus Setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana KIK
yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai
Konvensyen oleh pihak Urus Setia adalah muktamad.
(i) Keputusan juri / panel penilai terhadap persembahan projek juga
adalah muktamad.
8.0 KRITERIA PENILAIAN PROJEK
Persembahan kumpulan-kumpulan yang menyertai Konvensyen KIK Peringkat UMS
akan dinilai berdasarkan tujuh (7) kriteria yang telah ditetapkan mengikut skala
pemarkahan dari 1 hingga 10 seperti berikut (sumber daripada MPC):
ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )
WAJARAN
( b )
MARKAH
(Max. 10)
( a ) x ( b )
MARKAH
BERWAJARAN
1.0 PENGENALAN (50 MARKAH)
1.1 Latarbelakang jabatan, kumpulan dan
pemilihan kumpulan diterangkan
2
1.2 Kumpulan menjelaskan bukti
penyertaan dan perancangan projek
3
2.0 PEMILIHAN PROJEK DAN DEFINISI (150 MARKAH)
2.1 Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan kenapa projek menjadi
pilihan
8
2.2 Projek diterangkan dengan jelas.
Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan
4
2.3 Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latarbelakang dan
maklumat serta data-data masa lepas
3
3.0 ANALISIS PELUANG PENAMBAHBAIKAN (250 MARKAH)
3.1 Peluang penambahbaikan telah
dikenalpasti berdasarkan data /
maklumat mencukupi yang telah dikumpul melalui pelbagai cara dan
alat-alat yang bersesuaian
8
3.2 Analisis secara sistematik dan
penilaian sebab-sebab yang berpotensi dibuat untuk mengesahkan
sebab-sebab tersebut dengan penggunaan alat yang bersesuaian
12
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 13
ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )
WAJARAN
( b )
MARKAH (Max. 10)
( a ) x ( b )
MARKAH BERWAJARAN
3.3 Pengesahan dan validasi peluang
penambahbaikan / sebab-sebab yang dibuat dengan menggunakan pelbagai
kaedah
5
4.0 PENYELESAIAN / PELAKSANAAN KREATIF & INOVATIF (200 MARKAH)
4.1 Kumpulan telah mengenal pasti pelbagai potensi tindakan /
penyelesaian kreatif dan inovatif
5
4.2 Kumpulan telah menilai setiap
penyelesaian alternatif dengan berhati-hati berdasarkan kepada
pemilihan akhir berasaskan kriteria
yang sesuai (kelebihan dan kekurangan diambil kira)
7
4.3 Kumpulan telah menilai penyelesaian
akhir yang kreatif dan inovatif ke atas
objektif yang disasarkan
3
4.4 Kumpulan telah membuat dan
melaksanakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan jayanya
(kesulitan/halangan atau bagaimana ia diatasi, dijelaskan)
5
5.0 PEMANTAUAN DAN PENYERAGAMAN (100 MARKAH)
5.1 Kumpulan telah membuat pemantauan yang mencukupi dan
sistematik bagi memastikan
penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara
5
5.2 Kumpulan berupaya membuat
pembaikan bagi memastikan
penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara
2
5.3 Langkah-Langkah telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru
telah disokong, diguna pakai, didokumenkan dan dikongsi
2
5.4 Tindakan-tindakan telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru
yang diguna pakai telah diseragamkan dan diselenggara
1
6.0 PENCAPAIAN & PENCIPTAAN NILAI (200 MARKAH)
6.1 Gambaran jenis-jenis dan kuantum pencapaian dan penciptaan nilai
7
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 14
ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )
WAJARAN
( b )
MARKAH (Max. 10)
( a ) x ( b )
MARKAH BERWAJARAN
6.2 Penyesuaian sasaran pencapaian
sebenar telah dibuat (kos di luar jangkaan dijelaskan)
3
6.3 Pemilihan penyelesaian telah dikenal pasti mengikut keunikan di peringkat
syarikat / industri / kebangsaan dan antarabangsa
4
6.4 Kesan-kesan pencapaian dan penciptaan nilai kepada persekitaran,
komuniti dan ahli-ahli kumpulan dinyatakan
3
6.5 Kumpulan menyediakan bukti pengesahan dan validasi pencapaian
dan penciptaan nilai
3
7.0 PERSEMBAHAN PROJEK (50 MARKAH)
7.1 Persembahan yang kemas, turutan yang logikal dan menepati masa yang
telah diperuntukkan
3
7.2 Persembahan yang jelas, penggunaan
alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik
2
JUMLAH 100 1,000
-------------
1,000
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 15
9.0 KATEGORI ANUGERAH DAN NILAI HADIAH
Berikut adalah kategori-kategori anugerah dan nilai hadiah yang akan diterima
sempena Konvensyen KIK Peringkat UMS:
BIL. KATEGORI ANUGERAH
(Pengurusan & Teknikal)
NILAI
HADIAH
PENETAPAN
1. Johan Piala
RM2,000.00
Sijil Berdasarkan kutipan markah
keseluruhan. 2. Naib Johan RM1,000.00
Sijil
3. Tempat Ketiga RM750.00
Sijil
4. Inovasi Terbaik RM500.00
Sijil
Berdasarkan kutipan markah
tertinggi bagi Kriteria Penilaian
Projek 4.0 & 6.0.
5. Inovasi Harapan RM500.00
Sijil
Berdasarkan kutipan markah
kedua tertinggi bagi Kriteria
Penilaian Projek 4.0 & 6.0.
6. Ketua KIK Terbaik Sijil Berdasarkan kutipan markah
projek KIK terbaik.
7. Persembahan Terbaik Sijil Berdasarkan kutipan markah
tertinggi bagi Kriteria Penilaian
7.0.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 16
10.0 SISTEM PENARAFAN PROJEK
Dalam usaha untuk menilai prestasi dan pencapaian setiap projek yang
dipersembahkan dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, sistem penarafan projek
dibuat dengan menggunapakai mekanisme star rating (sumber daripada MAMPU)
seperti yang berikut:
TARAF BINTANG &
MARKAH TAFSIRAN
ANUGERAH EMAS (90.0% - 100.0%)
• Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai dengan
cemerlang
• Pematuhan sepenuhnya kepada arahan serta
peraturan yang ditetapkan
• Pelaksanaan melebihi standard yang ditetapkan
• Mempunyai tadbir urus korporat yang baik dan
boleh dicontohi
• Melaksanakan penambahbaikan bagi
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
• Boleh dijadikan penanda aras bagi agensi lain
ANUGERAH PERAK
(80.0% - 89.9%)
• Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai
• Mematuhi arahan serta peraturan yang ditetapkan
• Pelaksanaan memenuhi standard yang ditetapkan
• Mempunyai tadbir urus korporat yang baik
• Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke
tahap cemerlang / 5 Bintang
ANUGERAH GANGSA
(70.0% - 79.9%)
• Sebahagian dari objektif setiap kriteria yang dinilai
tidak dicapai
• Mematuhi sebahagian dari arahan serta peraturan
yang ditetapkan
• Pelaksanaan kadangkala memenuhi semua
standard yang ditetapkan
• Mempunyai tadbir urus korporat yang kurang
konsisten
• Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke
tahap yang lebih tinggi (4 atau 5 Bintang)
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 17
11.0 TATACARA PERMOHONAN
Sebarang permohonan (pendaftaran mahupun penyertaan) hendaklah dibuat dengan
mengemukakan borang-borang berkaitan yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan kepada:
Urus Setia Pengurusan KIK
Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar
Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Illani Kifli)
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447
Faks: 088-320 243
Emel: [email protected] / [email protected]
: Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UMS
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 18
1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1
Versi 4.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG PENDAFTARAN KIK
• Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.
• Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
1.0 Tandakan ( ���� ) di petak berkenaan
Pendaftaran Baru Nama KIK:
Pertukaran Ketua Nama Ketua:
Pertukaran Ahli Nama Fasilitator:
Pertukaran Fasilitator J/S/P/I/U:
Lain-Lain:
…………………………..
Tarikh Penubuhan:
2.0 Ahli-Ahli kumpulan (maksimum 10 orang sahaja)
BIL. NAMA AHLI JAWATAN HAKIKI TARIKH MENJADI AHLI
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 19
2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1
Versi 4.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG PENDAFTARAN KIK
3.0 Maklumat Perhubungan
No. H/P Ketua: Emel:
No. H/P Fasilitator: Emel:
4.0 Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan
Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh:
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua Jabatan) Tarikh:
(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja)
No. Rujukan : (KIK | Tahun Semasa | Kategori (T/P) | Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) :
Diterima oleh : Tarikh :
Disahkan oleh : Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 20
1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2
Versi 3.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG KELULUSAN PROJEK KIK
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
1.0 Tandakan ( ���� ) di petak berkenaan
Tajuk Projek Nama KIK :
Cadangan Penyelesaian Nama Ketua :
Tindakan Penyeragaman J/S/P/I/U :
2.0 Butiran (nyatakan sasaran penyelesaian)
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 21
2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2
Versi 3.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG KELULUSAN PROJEK KIK
3.0 Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh:
Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:
4.0 Kelulusan Ketua/Pengarah/Dekan, J/S/P/I/U
Saya *meluluskan / tidak meluluskan permohonan pembangunan projek KIK seperti yang tersebut di atas. Tandatangan & Cop Rasmi :
Tarikh : *Sila potong yang tidak berkenaan ** Sila lampirkan bersama surat kelulusan daripada Ketua Jabatan
(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja)
No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) :
Diterima oleh : Tarikh :
Disahkan oleh : Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 22
1 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4
Versi 3.0, 09/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS
• Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.
• Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
1.0 KETERANGAN KUMPULAN
1.1 Nama J/S/P/I/U:
1.2 Nama Kumpulan:
2.0 KETERANGAN PROJEK
2.1 Tajuk Projek:
2.2 Kategori Projek: □ Pengurusan □ Teknikal
2.3 Penjimatan kos bagi Projek KIK dalam tempoh setahun: (RM / Masa / Tenaga)
2.4 Ringkasan Projek:
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 23
2 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4
Versi 3.0, 09/04/12
JABATAN PENDAFTAR
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS
Sila pastikan perkara-perkara yang berikut telah siap untuk dikemukakan kepada pihak Urus Setia:
No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) :
TELAH SIAP DISEDIAKAN
(HARD COPY & SOFT COPY):
1. Satu (1) salinan Ringkasan Projek KIK
2. Permohonan kelulusan membangunkan
projek dari Ketua Jabatan
3. Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap
(tidak melebihi dua (2) slaid dalam satu
muka surat (hard copy) DAN 120 slaid
PowerPoint (soft copy))
4. Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK
TANDAKAN
( ���� )
�
�
�
�
CATATAN (JIKA ADA)
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
Diterima oleh : Tarikh :
Disahkan oleh : Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]
Dokumen ini adalah DIKAWAL
PROGRAM TAHUNAN PENGURUSAN KIK DI UMS
KIT
AR
AN
B
IL.
AK
TIV
ITI
BU
LA
N
JAN
F
EB
M
AC
A
PR
M
EI
JUN
JU
L
OG
OS
S
EP
T
OK
T
NO
V
DIS
P
1
Pe
nd
aft
ara
n K
IK
2
Ku
rsu
s P
en
ge
na
lan
KIK
D
3
Pe
law
aa
n P
en
ye
rta
an
Ko
nve
nsy
en
KIK
Pe
rin
gk
at
UM
S
4
Me
syu
ara
t Ja
wa
tan
ku
asa
Pe
lak
san
a
C
5
Ku
rsu
s P
em
an
tap
an
Pro
jek
KIK
A
6
Pe
ng
an
jura
n K
on
ve
nsy
en
KIK
Pe
rin
gk
at
UM
S
7
Pe
ng
an
jura
n K
on
ve
nsy
en
KIK
Pe
rin
gk
at
IPT
A*
8
Pe
ng
an
jura
n M
ini K
on
ve
nsy
en
KIK
MP
C W
ila
ya
h S
ab
ah
*
9
Pe
ng
an
jura
n K
on
ve
nsy
en
KIK
Se
kto
r A
wa
m N
eg
eri
Sa
ba
h*
10
P
en
ga
nju
ran
Ko
nve
nsy
en
IC
QC
C A
nta
rab
an
gsa
*
No
ta
:
(1)
*T
ert
ak
luk
ke
pa
da
se
ba
ran
g p
ind
aa
n.
(2)
P =
Pla
n (
Pe
ran
can
ga
n).
(3)
D =
Do
(P
ela
ksa
na
an
).
(4)
C =
Ch
eck
(P
em
an
tau
an
).
(5)
A =
Acti
on
(T
ind
ak
an
).