3
~OPEN UNIVERSITY ~MALAYSIA 13 Februari 2013 PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013) Kepada Semua Pelajar Open University Malaysia (OUM) KEMASKINI SYARAT DAN PERATURAN BERKAITAN GRED TIDAK LENGKAP (I - INCOMPLETE) Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Pekeliling Pejabat Pendaftar 5/2011 bertarikh 27 Julai 2011 adalah dirujuk. Sebagaimana yang para pelajar sedia maklum, gred tidak lengkap (I - Incomplete) diberikan kepada pelajar yang memohon untuk menangguhkan peperiksaan atas alasan yang diluluskan oleh pihak Universiti dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan. Setiap permohonan bagi gred tidak lengkap (I - Incomplete) hanya boleh dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perenggan 1(a), (b) dan (c) dalam pekeliling berkenaan. Pihak Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik Universiti (MJPAU) Siri 2/2013 yang bersidang pada 22 Januari 2013 telah menyemak semula peraturan berkaitan perkara ini bagi tujuan memperkemaskan peraturan mengenainya. Sila rujuk Lampiran 1 untuk maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan. Peraturan berkaitan gred tidak lengkap (I - Incomplete) ini berkuatkuasa mulai semester Mei 2013. Semua pelajar diminta supaya mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila salurkan melalui e-CRM yang terdapat dalam myVLE. Sekian, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. r: y(~ KAMARIAH MOHD NOOR Pendaftar s.k Presiden 1 Naib Canselor Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Dekan-dekan Fakulti Pengarah 1 Ketua Pusat Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan) Pengarah 1 Pengurus Kanan / Pengurus 1 Pentadbir Pusat Pembelajaran Pengurus-pengurus Kanan Ketua Pusat Pengurusan Pelajar

PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013) …oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201411030… · bayaran RM100.00 yang akan didebit ke dalam akaun ... Sekiranya pelajar

  • Upload
    dinhdan

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013) …oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201411030… · bayaran RM100.00 yang akan didebit ke dalam akaun ... Sekiranya pelajar

~OPEN UNIVERSITY~MALAYSIA

13 Februari 2013

PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013)

Kepada Semua Pelajar Open University Malaysia (OUM)

KEMASKINI SYARAT DAN PERATURAN BERKAITAN GRED TIDAK LENGKAP(I - INCOMPLETE)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Pekeliling Pejabat Pendaftar 5/2011 bertarikh 27Julai 2011 adalah dirujuk.

Sebagaimana yang para pelajar sedia maklum, gred tidak lengkap (I - Incomplete) diberikankepada pelajar yang memohon untuk menangguhkan peperiksaan atas alasan yang diluluskanoleh pihak Universiti dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan bagi gred tidak lengkap (I - Incomplete) hanya boleh dipertimbangkanberdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perenggan 1(a), (b) dan (c) dalam pekelilingberkenaan. Pihak Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik Universiti(MJPAU) Siri 2/2013 yang bersidang pada 22 Januari 2013 telah menyemak semula peraturanberkaitan perkara ini bagi tujuan memperkemaskan peraturan mengenainya. Sila rujukLampiran 1 untuk maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan.

Peraturan berkaitan gred tidak lengkap (I - Incomplete) ini berkuatkuasa mulai semester Mei2013. Semua pelajar diminta supaya mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekiranyaterdapat sebarang kemusykilan, sila salurkan melalui e-CRM yang terdapat dalam myVLE.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

r: y(~KAMARIAH MOHD NOORPendaftar

s.k Presiden 1 Naib CanselorJawatankuasa Pengurusan KumpulanDekan-dekan FakultiPengarah 1 Ketua PusatTimbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan)Pengarah 1 Pengurus Kanan / Pengurus 1 Pentadbir Pusat PembelajaranPengurus-pengurus KananKetua Pusat Pengurusan Pelajar

Page 2: PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013) …oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201411030… · bayaran RM100.00 yang akan didebit ke dalam akaun ... Sekiranya pelajar

Larnpiran 1

PERATURAN BERKAITAN GRED I-INCOMPLETE

A. KAEDAH PERMOHONAN DAN BAYARAN

a) Permohonan perlu dibuat secara online menggunakan Borang Permohonan TangguhPeperiksaan (UP17) yang terdapat dalam E-Services, myVLE.

b) Pelajar perlu memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat sebelummenekan butang submit. Setiap permohonan bagi setiap kursus akan dikenakanbayaran RM1 00.00 yang akan didebit ke dalam akaun pelajar.

c) Pelajar perlu menghantar cetakan hardcopy borang beserta salinan dokumensokongan yang disahkan kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan berdasarkan alamatdan nombor faks yang tertera dalam borang UP17.

d) Sekiranya pelajar berhasrat untuk menduduki peperiksaan akhir bagi kursus yangberstatus Gred 1- Incomplete, pelajar dikehendaki membayar atas kadar RM100.00setiap kursus (program Sarjana Muda dan Diploma) atau RM200.00 (ProgramSarjana dan Kedoktoran). Bayaran akan didebit ke dalam akaun pelajar bagi setiappermohonan Gred 1- Incomplete yang diluluskan.

B. SAH LAKU TEMPOH MAKSIMUM GRED 1- INCOMPLETE

a) Gred I - Incomplete yang diluluskan bagi sesuatu kursus hanya sah laku untuktempoh satu tahun akademik yang dikira dari semester gred I - Incompletediluluskan bagi kursus itu. Walau bagaimana pun, pelajar akan diberikan peluangsekali SAHAJA untuk menebuskan gred I - Incomplete sesuatu kursus pada mana-mana semester terdekat apabila kursus tersebut ditawarkan dalam tempoh tahunakademik itu.

b) Apabila pelajar telah menebuskan gred 1- Incomplete dalam sesuatu semester dangred kursus berkenaan telah ditukarkan kepada gred sebenar, pelajar tidak boleh lagimengekal atau memohon grade I - Incomplete bagi kursus yang sama pada semesteryang berikutnya.

Contoh:Seorang pelajar telah diluluskan gred I - Incomplete untuk komponen peperiksaanbagi kursus Pengajian Malaysia pada semester Januari 2013. Mengikut peraturan diatas, beliau mempunyai tempoh sehingga semester Januari 2014 untuk mendudukikomponen peperiksaan bagi menebuskan gred 1- Incomplete bagi kursus tersebut.

Sekiranya pelajar mengambil peperiksaan pada semester September 2013 dan luluskursus tersebut, gred I - Incomplete bagi kursus berkenaan dianggap telahditebuskan pada semester September 2013 dan pelajar tidak dibenarkan untukmengguna atau memohon untuk melanjutkan gred I - Incomplete pada semesterberikutnya walaupun tempoh untuk gred I - Incomplete hanya akan tamat padasemester Januari 2014.

Page 3: PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (1/2013) …oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201411030… · bayaran RM100.00 yang akan didebit ke dalam akaun ... Sekiranya pelajar

c) Sekiranya pelajar tidak dapat mengambil peperiksaan kerana sakit atau alasan lainyang boleh diterima atau kursus tidak ditawarkan pada semester di mana tempohgred Gred I - Incomplete dijadualkan tamat, pelajar boleh merayu untuk perlanjutangred I - Incomplete bagi satu semester lagi. Rayuan hendaklah dikepilkan denganalasan dan dokumen sokongan yang kukuh.

C. Kursus Berstatus Gred I-Incomplete dan Kelayakan Senarai Dekan

a) Mengikut peraturan yang sedia ada, sekiranya pelajar menduduki peperiksaanulangan untuk menebus gred I - Incomplete dan lulus, gred terbaru akan dipaparkandalam semester di mana gred I - Incomplete itu pertama kali diluluskan. Jika pelajarmencapai PNG sekurang-kurangnya 3.70 dalam semester berkenaan dengan gredterbaru ini, pelajar layak dianugerahkan Lulus Dengan Cemerlang dan diletakkandalam Senarai Dekan.

Contoh:

Pelajar telah diluluskan gred I - Incomplete bagi kursus Keusahawanan padasemester Januari 2013. Pelajar menduduki peperiksaan kursus Keusahawanan padasemester September 2013 dan mendapat gred A dengan PNG baru 3.75. Gred A iniakan dipaparkan dalam keputusan peperiksaan semester Januari 2013 dan pelajarlayak dianugerahkan Lulus Dengan Cemerlang dan diletakkan dalam Senarai Dekanbagi semester Januari 2013.

b) Berkuatkuasa semester Mei 2013, sekiranya pelajar ada memohon dan diluluskangred I - Incomplete bagi sesuatu kursus dalam sesuatu semester, pelajar tidaklayak dianugerahkan "Lulus Dengan Cemerlang" dan diletakkan dalam SenaraiDekan walaupun mencapai PNG lebih 3.70 pada semester itu.

Contoh:

Pelajar telah mendaftar tiga kursus (membuat kerja kursus dan mendudukipeperiksaan) iaitu Pengajian Malaysia, Keusahawanan dan Etika Profesional padasemester Januari 2013. Pelajar kemudiannya menduduki peperiksaan kursusPengajian Malaysia dan Etika Profesional. Pelajar tidak menduduki peperiksaan bagikursus Keusahawanan, kemudian memohon dan diluluskan gred 1- Incomplete bagikursus ini. Pelajar mencapai PNG 3.70 bagi kursus Pengajian Malaysia dan EtikaProfesional yang diduduki pada peperiksaan semester Januari 2013. Namun, beliautidak layak dianugerahkan "Lulus dengan Cemerlang" dan diletakkan dalam SenaraiDekan bagi semester Januari 2013 kerana mempunyai status gred I - Incompletebagi kursus Keusahawanan.

/LMN