8
TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit ( 2 waktu ) STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid. KEMAHIRAN 1.Membaca manual kit model. 2.Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

Pdp Minggu 1 Rbt t5

  • Upload
    andrew

  • View
    82

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph rbt tahun 5

Citation preview

Page 1: Pdp Minggu 1 Rbt t5

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARDPEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual.2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. membaca dan memahami manual.2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan :EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

Page 2: Pdp Minggu 1 Rbt t5

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model.

Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

Page 3: Pdp Minggu 1 Rbt t5

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1. Alatan Tangan

Alatan Tangan Nama Fungsi

Pemutar skru PhilipUntuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Philip.

Pemutar skru rataUntuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.

Kunci AllenUntuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Allen.

Playar muncung tirusUntuk memegang komponen yang kecil.

Gandin plastikUntuk mengetuk bahagian kit model secara perlahan.

Sepana hujung terbuka

Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

Page 4: Pdp Minggu 1 Rbt t5

2. Sistem Pergerakan Kit Model

Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

Motor

Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja.

Gear

Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit model.

Syaf

Page 5: Pdp Minggu 1 Rbt t5

Takal dan Tali Sawat

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

Gear Pemacu

Gear dipacu

Takal

Tali sawat

Gegancu

Rantai