Oleh - umexpert.um.edu.my dalam Pendidikan Tinggi ... oleh ceteknya tahap pemikiran dalam kalangan ibu bapa. ... Mereka telah berjaya mengubah persepsi orang luar terhadap

  • Upload
    doanbao

  • View
    246

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1

    Wanita dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia.

    Oleh:

    Mohd Roslan Mohd Nor & Nang Naemah Nik Dahalan

    Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

    Abstrak

    Wanita perlu diberi peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran. Mereka merupakan

    modal insan yang penting dalam pembangunan pendidikan sesebuah negara. Kedatangan

    Islam sedikit demi sedikit telah membawa perubahan yang meletakkan wanita di kedudukan

    yang sepatutnya. Tanggapan dan kepercayaan masyarakat tentang rendah dan hinanya kaum

    wanita telah dihakis. Kesedaran wanita mengenai peri pentingnya pendidikan telah membawa

    kemajuan kepada mereka. Enrolmen kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi

    menunjukkan jumlah pelajar wanita yang lebih ramai berbanding dengan pelajar lelaki. Hal

    ini menjelaskan bahawa peluang untuk kaum wanita memperoleh pendidikan adalah lebih

    terbuka berbanding dengan masa lalu. Artikel ini akan membincangkan kesan pencapaian

    kaum wanita dalam pendidikan tinggi di Malaysia yang meliputi pelbagai sektor seperti

    ekonomi, politik dan aktiviti sosial.

    Kata kunci: Sejarah Pendidikan, Kedudukan Wanita, Pendidikan Tinggi, Pencapaian

    Wanita.

    Pendahuluan

    Wanita merupakan hampir separuh daripada populasi di Malaysia. Perangkaan yang

    telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa

    jumlah penduduk lelaki dan wanita adalah seramai 28,908.8 juta. Daripada jumlah ini,

    14,712.6 juta adalah lelaki dan 14,196.2 adalah wanita.1 Kaum wanita mewakili juga lebih

    dari separuh penduduk di dunia dan sumbangan mereka kepada sistem sosial dan

    pertumbuhan ekonomi masyarakat juga adalah lebih berbanding dengan sumbangan dari

    kaum lelaki.2

    Apabila diselusuri suatu ketika dahulu, anak-anak perempuan suatu sukar mendapat

    peluang untuk memperoleh pelajaran berbeza dengan anak-anak lelaki. Hal ini disebabkan

    oleh ceteknya tahap pemikiran dalam kalangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa anak

    perempuan hanya selayaknya di rumah3 dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan harian

    seperti mengemas, memasak, membasuh dan sebagainya lagi. Walau bagaimanapun, situasi

    masa kini memperlihatkan perubahan penglibatan wanita dalam lapangan pendidikan.

    1 Statistik, http://www.kpwkm.gov.my/258, 22 November 2011. 2 Aida Suraya Md. Yunus et.al (2008), Trend dan Isu dalam Pendidikan Tinggi Negara, dalam buku Morshidi

    Sirat & Ibrahim Che Omar (ed.), Masa Depan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Pulau Pinang: Institut

    Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), h. 26. Lihat juga; Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah

    (2007), Tahrir al-Marah fi Asr al-Risalah, Zulkifilee Yazid (terj.), Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa, h. 5. 3 Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Arbaiyah Mohd Noor (2012), Kesedaran Pendidikan Wanita Melayu Awal

    Abad ke-20, dalam buku, Zalizan Mat Enh & Rohani Abdul Ghani (ed.), Wanita Dan Masyarakat. Johor:

    Penerbit Universiti Tun Hussein Onn, h. 34-37. Lihat juga; Lenore Manderson (1981), Wanita, Politik Dan

    Perubahan Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaysia 1945-1972, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, h. 28-33.

    http://www.kpwkm.gov.my/258

  • 2

    Mereka telah berjaya mengubah persepsi orang luar terhadap kemampuan diri sendiri.

    Mereka juga berjaya menaikkan nama seiring dengan dominasi lelaki dalam lapangan bidang

    yang lain serta membebaskan diri dari kongkongan adat dan tradisi.

    Melihat kepada enrolmen kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi

    menunjukkan jumlah pelajar wanita adalah lebih ramai berbanding dengan pelajar lelaki.4 Hal

    ini telah dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan

    Pengajian Tinggi, KPM iaitu Puan Mazula Sabudin. Beliau telah ditemuramah dalam

    program Analisis Awani bersama Nazri Kahar. Beliau menyatakan bahawa bagi sesi

    akademik 2014/2015, seramai 23,000 calon lelaki dan 51,000 calon wanita telah telah

    memohon kemasukan ke IPT.5 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang untuk para

    wanita memperoleh pendidikan adalah lebih terbuka berbanding dengan masa lalu. Dalam

    erti kata yang lain, kaum wanita merupakan pencabar utama kepada lelaki dalam segenap

    bidang.

    Kaum wanita juga sebagai agen masyarakat yang telah banyak memberi sumbangan

    kepada pembentukan ummah dan pembangunan negara. Mereka berupaya melibatkan diri

    dalam bidang pekerjaan yang ketika dahulu didominasi lelaki. Dalam erti kata yang lain,

    wanita masa kini setanding dengan lelaki dari sudut peranannya. Kesedaran terhadap peri

    pentingnya pendidikan telah membawa perubahan nyata kepada mereka. Oleh itu, konsep

    pendidikan seumur hidup (long life education) hendaklah dipegang iaitu pendirian yang

    mengatakan bahawa sepanjang hayat kita ini tidak ada had dalam mencari ilmu.6

    Tuntutan Wanita Menuntut Ilmu

    Ajaran Islam memandang tinggi kepada orang-orang yang berilmu, sebagaimana

    firman Allah swt dalam Surah al-Mujadalah:

    Maksud: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan

    orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa

    darjat.

    Terjemahan Al-Mujadalah 58:11

    Selain daripada ayat-ayat di dalam kitab suci, kewajipan menuntut ilmu juga

    dijelaskan dalam beberapa hadith, seperti:

    4 Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (2010), Wanita Dalam Bidang Sosial,

    dalam buku Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (peny.), Isu-Isu Dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor: Penerbit

    Universiti Tun Hussein Onn, h. 153. Lihat juga, Andek Masnah Andek Kelawa (2001), Kepimpinan Wanita

    Dalam Islam: Kedudukannya Dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 149. 5 Pengajian Tinggi Pelbagai Pilihan, http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540, 3 September 2014. 6 Nik Safiah Haji Karim (1984), Peningkatan Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga (Kertas Kerja,

    Seminar Naib Pengerusi JKKR dan Pengurus Rancangan, anjuran FELDA), 20-21 Februari 1984, h. 30.

    http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540

  • 3

    Terjemahan: Menuntut ilmu itu kefarduan bagi setiap Muslim.7

    Terjemahan: Sesiapa yang mengikuti satu jalan untuk pergi menuntut ilmu, Allah

    akan memudahkan baginya jalan ke syurga.8

    Wanita Melayu di zaman tradisi hanya melalui peringkat pendidikan secara informal

    di rumah. Pendidikan yang diberi adalah sesuai dengan keperluan semasa zaman tersebut

    iaitu melaksanakan urusan rumahtangga dan pembantu kepada lelaki untuk meringankan

    beban keluarga.9 Sejarah pendidikan memperlihatkan perkembangan persekolahan dalam

    kalangan orang perempuan adalah sangat perlahan. Jika ada sekolah untuk anak perempuan,

    jumlahnya adalah tidak banyak.

    Pendidikan yang diperoleh oleh para wanita adalah bertujuan untuk meningkatkan

    pemikiran, kerohanian dan keperibadian mereka sebagai insan mulia.10 Pendidikan dan ilmu

    merupakan keperluan setiap individu tanpa mengira kepada perbezaan jantina, umur, darjat

    dan sebagainya. Setiap orang haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi

    mencapai tujuan dalam pendidikan, tidak kira dalam aspek keduniaan mahupun keagamaan.

    Justeru, wanita adalah berhak mendapat apa yang mereka inginkan seperti melanjutkan

    pelajaran ke peringkat tinggi.

    Pengertian Dan Hak-Hak Wanita Dalam Islam

    Wanita juga dikenal sebagai seorang perempuan, puteri, isteri dan ibu yang telah

    diciptakan oleh Allah swt bersama perwatakan lemah-lembut, berkulit halus, lembut sendinya

    yang mana berbeza dengan bentuk dan susunan tubuh orang lelaki.11 Menurut Kamus Dewan

    pula, wanita ialah orang perempuan, iaitu lawan kepada orang lelaki.12 Kamilia Ibrahim di

    dalam seminar Wanita Malaysia Menjelang Abad ke-21 telah mentakrifkan wanita sebagai

    seorang individu yang mempunyai hak menentukan corak, jenis dan arah pemerintahan

    negara, rakan kongsi dalam perniagaan, rakan sejawat dalam sistem pentadbiran negara,

    rakan suami dalam rumahtangga, mereka juga (kaum wanita) berfungsi sebagai pekerja dan

    seterusnya berperanan efektif di dalam pembentukan masyarakat di sekeliling.13 Pembabitan

    mereka pada ketika ini telah menunjukkan kepada dunia bahawa wanita adalah salah satu

    7 Ibn. Madjah, al-Hafiz Abdullah Muhammad Ibn. Yazid al-Kazwini (t.t), Sunan Ibn Madjah, Kitab al-

    Muqaddimah, Bab Talab al-Ilm Wa al-Amal Bihi: al-Ilm, no. hadith 220. 8 Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surat al-Turmidhi i (1958), al-Jami al-Sahih Sunan al-Turmidhi, Bab al-

    Khuruj Fi Talab al-Im, no. hadith 78. Lihat juga Sahih al-Bukhari, Bab Fadhl Talab al-Ilm, no. hadith 2646. 9 Wahibah Twahir, Ketokohan Wanita Dalam Sejarah Pendidikan Islam Malaysia: Kajian Khusus di Negeri

    Kelantan, (Disertasi, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya, 1995), 134-135. 10 Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Marah, Kuwait: Dar Hawa, Beirut:

    Dar Ibn Hazm, h. 35. 11 K.H. Moenawwar Chalil (1977), Nilai Wanita. Indonesia: CV Ramadhani Solo, h. 11. 12Noresah Baharom et.al (ed.) (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, cet.2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka, h. 1800. 13 Kamilia Ibrahim (1992), Wanita Islam Menjelang Abad 21 (Seminar, Wanita Malaysia Menjelang Abad ke

    21, di Auditorium Arkib Negara Jalan Duta), 15 Oktober 1992, h. 1.

  • 4

    golongan yang berupaya memberi sumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan

    sesebuah organisasi, keluarga dan seterusnya negara.14

    Banyak hak-hak yang telah diberi oleh Islam untuk para wanitanya. Antaranya ialah

    hak-hak yang bersifat umum seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, hak

    menerima pusaka, hak memilih pasangan dan hak-hak yang bersifat sosial seperti kewajipan

    belajar dan menuntut ilmu, kebebasan bekerja, hak melibatkan diri dalam politik dan

    sebagainya. Sebagai contoh, dalam soal perwarisan, seorang wanita berhak mendapatkan

    manfaat dari harta yang diwarisi sepertimana yang ditetapkan dalam Islam.

    Hal ini membuktikan bahawa ajaran Islam tidak sekali-kali melupakan hak wanita

    untuk memperoleh harta. Umum mengetahui bahawa anak perempuan berhak mendapat 1/3

    dari harta peninggalan bapanya. Terjemahan ayat yang ketujuh dari surah al-Nisa menjadi

    bukti yang sempurna di mana ayat tersebut telah menyatakan;

    Maksud: Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan

    kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-

    bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah

    ditetapkan.

    Terjemahan Surah al-Nisa (4):7

    Dalam soal perkahwinan pula, Islam memberikan kebebasan untuk wanita membuat

    pilihan menentukan bakal suami. Malah, ajaran Islam turut memberi beberapa kriteria yang

    diperlukan untuk memilih calon bakal suami. Para wanita juga berhak menerima mahar

    sebagaimana firman Allah dalam kalamnya. Mahar ini merupakan pemberian wajib seorang

    suami kepada isterinya.

    Maksud: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka

    sebagai pemberian yang wajib.

    Terjemahan Surah al-Nisa (4):4

    Wanita Dan Pendidikan Tinggi Islam

    Fenomena masa kini memperlihatkan ramai wanita yang mula mendominasi

    pendidikan di peringkat rendah mahupun tinggi. Pengkajian mengenai wanita juga telah

    banyak ditulis di peringkat antarabangsa yang meliputi seperti isu-isu keganasan,

    penganiayaan dan diskriminasi terhadap kaum wanita.15 Kefahaman masyarakat akan

    14 Hamizah Badiran (2012): Sumbangan Wanita Makin Dihargai. Harian Metro, 6 Mac 2012. 15 Untuk maklumat lanjut, sila lihat; Prof. Dato Dr. Zaleha Kamaruddin (2012), In The Name Of Islam: The

    Real Image Of Women In Islam, in (Symposium Intercivilisational Dialogue Towards Peace, Harmonius

    Coexistence And Sustainability, Main Lecture Hall, Academy Of Islamic Studies, University Of Malaya), 23-24

    October 2012,. Lihat juga; Mohd Roslan Mohd Nor (2011), Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim,

    dalam buku Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Azzah Kamri (penyelenggara), Wanita Islam: Isu-Isu Dan

    Pemerkasaan Hak, Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia; Salah Faham Terhadap Isu Wanita,

    http://ustazahnorsaleha.blogspot.com, 6 Jun 2013.

    http://ustazahnorsaleha.blogspot.com/

  • 5

    kedudukan wanita dalam Islam dan penglibatan mereka dalam institusi masyarakat telah

    membawa kepada pengkajian tersebut.16

    Menuntut ilmu merupakan tuntutan kepada semua umat manusia tidak kira kepada

    kaum lelaki mahupun wanita. Islam tidak melarang penganutnya menuntut ilmu asalkan ia

    tidak menyeleweng daripada ajaran sebenar dan tidak menjauhkan diri mereka dari Allah swt.

    Islam turut memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan kerana dengannya sesebuah bangsa

    dan umat akan maju.17 Ketinggian ilmu pengetahuan merupakan tali ukur dalam membezakan

    seorang individu dengan individu yang lain. Firman Allah swt;

    Maksud: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak

    mengetahui.

    Terjemahan Surah al-Zumar (39):9

    Pendidikan kepada wanita bertujuan untuk meningkatkan pemikiran, kerohanian dan

    keperibadian mereka sebagai seorang insan yang mulia.18 Pendidikan dan ilmu merupakan

    keperluan setiap individu tanpa mengira kepada perbezaan jantina, umur, darjat dan

    sebagainya. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai aspek ilmu pengetahuan bagi

    mencapai tujuan dalam pendidikan, tidak kira dari sudut keduniaan mahupun keagamaan.

    Justeru itu, kaum wanita berhak mendapat apa yang mereka inginkan seperti melanjutkan

    pelajaran ke peringkat tinggi.

    Islam telah menggariskan prinsip-prinsip dalam pendidikan bagi membolehkan kaum

    wanita berperanan terhadap pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang sempurna.

    Masyarakat kita pada masa kini memerlukan kepada para doktor, guru-guru, ahli akademik

    dan penulis-penulis dalam kalangan wanita. Ilmu yang diperolehi menjadi titik tolak dalam

    mencurahan idea serta kepakaran mereka dalam bidang profesional. Sebagai contoh, adalah

    menjadi suatu kepentingan keperluan adanya doktor, guru, jururawat, hakim dan polis wanita

    dalam memastikan kehidupan masyarakat yang harmoni. Adalah sukar bagi seorang wanita

    yang terpaksa mengadu masalah peribadi mereka kepada doktor atau hakim lelaki. Oleh itu,

    adalah perlu kepada seorang wanita untuk mendapatkan pendidikan dalam bidang pengajian

    tinggi supaya dapat melahirkan hakim atau peguam wanita yang mengkhususkan dalam

    pengadilan masalah rumahtangga.19

    Pada ketika ini, keperluan mendapatkan pendidikan baik kepada lelaki mahupun

    wanita adalah lebih terbuka berbanding dengan masa lalu. Hal ini kerana kaum wanita pada

    masa yang lalu lebih digalakkan menerima pendidikan secara tidak formal iaitu pendidikan

    16 Raihanah Abdullah (2007), Pengajian Gender dan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia:

    Pengalaman Universiti Malaya, dalam buku Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan et.al, Pengajian Islam di

    Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 239. 17 Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam

    Malaysia, h. 27; lihat juga; Zeenath Kausar (2006), Muslim Women at The Crossroads: The Rights of Women in

    Islam and General Muslim Practices, Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd. p. 61. 18 Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Marah, Kuwait: Dar Hawa, Beirut:

    Dar Ibn Hazm, h. 35. 19 Perlakuan Negara Khilafah Terhadap Wanita, http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267, 30 Mac

    2012.

    http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267

  • 6

    yang bercorak keagamaan berbanding dengan pendidikan secara formal yang meliputi

    kemahiran membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain,

    penglibatan kaum wanita dalam pendidikan secara formal adalah terhad, dengan melihat

    kepada jumlah kemasukan murid perempuan yang jauh lebih rendah berbanding dengan

    murid lelaki.20

    Di Tanah Melayu ketika itu, amat sukar untuk menemui sekolah yang khusus untuk

    anak perempuan Melayu. Selain daripada itu, terdapat kesukaran untuk mencari guru dalam

    kalangan perempuan Melayu. Wanita Melayu ketika itu adalah buta huruf kerana kebanyakan

    mereka telah berkahwin di usia muda dan belum sempat menamatkan pelajaran.21 Selain itu,

    bilangan murid perempuan yang menerima pendidikan adalah lebih rendah berbanding

    dengan murid lelaki.22 Menurut Tan Sri Dr. Salma Ismail;

    Kaum wanita pada zaman dahulu tidak seperti sekarang. Mereka hidup terkongkong

    dan tidak dapat bergaul dengan bebas. Pembelajaran untuk kebanyakan anak

    perempuan pada waktu itu hanya menjadi faktor sampingan. Mereka diajar serba

    sedikit cara menulis dan membaca, kemudian cukup umur, mereka akan

    dikahwinkan.23

    Selain dari menulis dan membaca, pelajar perempuan juga diajar cara-cara menenun,

    menjahit, memasak dan sebagainya. Tugas mereka adalah mengurus suami dan anak.24 Faktor

    tradisi yang dipegang meletakkan kaum wanita hanya berperanan dalam aspek rumahtangga

    dan keluarga sahaja. Selain itu, sebagai persediaan memasuki alam rumah tangga mereka

    diajar oleh ahli keluarga kemahiran-kemahiran biasa yang dilakukan seorang perempuan.25

    Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendidikan wanita sebelum merdeka adalah

    jauh lebih rendah berbanding lelaki.

    Mereka tidak berpeluang menceburi bidang profesional seperti peguam, akauntan,

    doktor, arkitek dan sebagainya dengan alasan bidang tersebut hanya bersesuaian dan layak

    dengan kaum lelaki. Masyarakat Melayu ketika itu memberi penekanan besar terhadap ilmu

    agama berbanding dengan ilmu lain. Oleh itu, terdapat beberapa wanita yang mendapat

    pendidikan iaitu sekadar boleh membaca al-Quran dan mengetahui asas ilmu agama. Sistem

    pendidikan awal di Tanah Melayu berdasarkan kitab suci al-Quran.26 Surau dan masjid

    berperanan sebagai tempat belajar dan kanak-kanak akan membawa al-Quran ke sana.

    Menurut Wilkinson;

    20 Robiah Sidin (2008), Dasar dan Peluang Wanita dalam Pendidikan: Satu Analisis Kuantiti dan Kualiti,

    dalam buku Noraziah Ali & Jawiah Dakir, Isu-Isu Wanita di Malaysia. Selangor: International Law Book

    Services, h. 79. 21 Che Kartina Che Muhammad (2003), Isu-Isu Emansipasi Wanita Melayu di Tanah Melayu, (Latihan

    Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Sains Sosial), Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 9-1. 22 Robiah Sidin (2008), op.cit., h. 78-79. 23 Sulasiah Munajir (2009), 20 Tokoh Wanita, Selangor: Medium Publications, h. 70. 24 Che Kartina Che Muhammad (2003), op.cit., h. 63. 25 Virginia H. Dancz (1987), Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapore: Oxford University

    Press, p. 7. 26 Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd., h. 8.

  • 7

    Murid-murid di pondok akan belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas berjaya

    menguasainya, mereka akan mempelajari cara menghafaz huruf abjad Arab sebagai

    panduan untuk membaca doa dan teks Arab. Biasanya, mereka akan belajar tiga

    perkataan sehari dimana setiap pelajaran mengambil masa selama satu jam. Pelajaran

    pertama akan dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas sembahyang

    zohor dan seterusnya selepas senja. Pada masa-masa yang lain, murid akan

    menolong gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah.

    Melalui kerja-kerja tersebut, murid-murid secara tidak langsung akan belajar

    kemahiran-kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalani kerja dalam

    kehidupan harian mereka. Sungguhpun para guru tidak menerima sebarang gaji

    daripada pengajarannya, para ibu bapa biasanya membekalkan tikar dan bantal,

    periuk dan beras untuk gurunya sebagai upah.27

    Sebelum kedatangan orang-orang luar ke sini, Alam Melayu telah ada sistem

    pendidikan tradisionalnya yang memberi fokus terhadap penghafalan Quran, pelajaran bahasa

    Arab, pembacaan doa, kefahaman karya-karya agung Islam dalam bahasa Arab. Walau

    bagaimapun, pelajaran-pelajaran ini tidak memberi kesan kerana murid-murid hanya diajar

    tanpa memahami apa yang dipelajari.

    Kadang-kala kita akan terdengar bahawa wanita tidak diberikan peluang

    menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi. Situasi ini timbul disebabkan pegangan

    sesetengah masyarakat bahawa setinggi manapun pelajaran seorang anak perempuan, mereka

    akan ke dapur juga akhirnya.28 Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh pemikiran sesetengah

    pihak yang masih terikut dengan amalan masyarakat jahiliah dulu.29 Wanita dianggap hamba

    yang tidak berhak menyuarakan pendapat. Masyarakat mungkin berfikiran bahawa sekiranya

    kaum wanita menerima pelajaran, mereka akan melupakan tanggungjawab utama yang perlu

    dipikul.

    Wanita Malaysia masa kini jauh berbeza berbanding 50 tahun lampau. Pendidikan

    antara kaum lelaki dan wanita tidak lagi dibeza-beza. Peluang bersekolah hendaklah

    disediakan kepada semua kanak-kanak yang telah dilahirkan. Wanita pada masa kini

    mempunyai pendidikan yang baik, bahkan pencapaian mereka adalah lebih baik berbanding

    dengan kaum lelaki.30 Menurut Raja Zaharaton Raja Zainal Abidin, hampir 48.8% wanita

    telah meneruskan pengajian mereka ke peringkat Sarjana serta hanya 35.7% wanita ke

    peringkat kedoktoran.31

    27 Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Ibid. Lihat juga; R.J Wilkinson (1957), A Malay Custom and

    Belief, Journal of The Malayan Branch Royal Asiatic Society, vol. 30, part 4, 1957. 28 Kosmo, 12 February 2012, Angkat Martabat Wanita. 29 Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam adalah berada di tahap yang rendah dan memalukan. Mereka

    diperlakukan dengan sesuka hati. Begitu juga dengan pandangan agama-agama yang lain. Sila lihat; Abdul

    Rahman al-Sheha (2000), Women in the Shade of Islam, Riyadh: Islamic Educational Center, p. 17-27; Baterah

    Alias & Che Zarrina Saari (2006), Islam dan Emansipasi Wanita, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,

    h. 8-23. 30 Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Sidek (2007), Pendidikan dan Pembangunan Keluarga

    Cemerlang, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, h. 101-102, lihat juga; Zeenath Kausar (2006),

    op.cit., p. 117. 31 Raja Zaharaton Raja Zainal Abidin (2005), Pembangunan Ekonomi dan Sumbangan Wanita Melayu

    (Kongres Wanita Profesional Melayu 2005, di Dewan Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur), 8-10 Julai 2005, h.

    10.

  • 8

    Menurut Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dalam buku yang berjudul al-Musawat fi al-

    Islam;

    Islam telah memberikan peluang yang cukup kepada kaum wanitanya untuk

    mendapat pendidikan tinggi. Sekiranya peluang ini benar-benar dimanfaat, mereka

    tentu dapat menyaingi kaum lelaki.32

    Selain itu, menurut sumber yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

    (KPT), jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi

    semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.33 Sebanyak 67% atau

    41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar wanita

    dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33% atau 20,182 calon lelaki.

    Menurut Abdul Halim Mat Diah dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi

    Pendidikan;

    persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa adanya pembezaan. Hak-

    hak ini telah terjamin dalam ajaran Islam dan benar-benar telah dilaksanakan dalam

    sejarah pendidikan Islam.34

    Persamaan hak di atas merujuk kepada hak-hak kaum lelaki mahupun wanita untuk

    mendapatkan pendidikan. Pendidikan tanpa adanya pembezaan merujuk kepada pendidikan

    yang sama rata tanpa ada sebarang diskriminasi. Sejajar dengan ajaran Islam, peluang

    pendidikan yang sama hendaklah diberikan kepada semua umat manusia. Selain itu,

    Kementerian Pengajian Tinggi telah menggunakan definisi pendemokrasian pendidikan yang

    telah disarankan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

    (UNESCO). Ianya menyebut;

    .....memastikan peluang pendidikan yang sama bagi menjayakan pendidikan

    universal35

    Selepas merdeka, sikap meminggirkan wanita dalam mendapatkan pendidikan telah

    mula terhakis. Mereka diberi peluang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah rendah

    dan menengah sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Ramai antara wanita

    mula menceburi bidang-bidang yang dulunya dimonopoli oleh golongan lelaki seperti bidang

    kejuruteraan, undang-undang, bidang hartanah dan sebagainya. Selain itu, perubahan sikap di

    kalangan ibu bapa yang mula membenarkan anak perempuan mereka menimba ilmu. Ia

    ditambah dengan kesedaran wanita itu sendiri yang mahu menuntut ilmu sama seperti

    lelaki.36

    32 Ali Abdul Wahid Wafi (1965), al-Musawat fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Maarif, h. 46-49. 33 Kemasukan ke IPTA pelajar lelaki dan wanita, http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-

    wanita 21 November 2011. 34 Abdul Halim Mat Diah (1989), op.cit., h. 1. 35 Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the Development and

    Direction of Higher Education in Malaysia; lihat juga, Norizan Md Noor et.al (2007), Hala Tuju dan Masa

    Depan Pendidikan Tinggi di Malaysia, dalam buku Zailan Moris (ed.), 50 Tahun Pembangunan Pendidikan

    Tinggi di Malaysia (1957-2007), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h. 162. 36 Kosmo, February 12, Angkat Martabat Wanita.

    http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanitahttp://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanita

  • 9

    Tenaga manusia yang diperlukan untuk kemajuan negara adalah terdiri daripada

    golongan lelaki dan wanita.37 Wanita diberi kedudukan yang hampir sama dengan lelaki

    dalam semua bidang kehidupan baik dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

    Penerimaan terhadap pendidikan dalam kalangan anak perempuan berjaya melahirkan tokoh-

    tokoh wanita lain seperti Puan Hajah Tom binti Dato Abdul Razak. Beliau menjadi wanita

    pertama dari Selangor yang berjaya mendapat Junior Cambridge pada tahun 1926.38 Datin

    Cempaka Hajah Kontik Kamariah binti Ahmad adalah wanita Melayu pertama Semenanjung

    Malaysia yang lulus School Certificate.39 Prof. Dr. Fatimah Hamid Don pula merupakan

    antara wanita yang mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ph.D.40 Beberapa tokoh

    wanita yang lain ialah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Nik Safiah Karim dan banyak lagi. Ini

    merupakan salah satu bukti yang menunjukkan kemampuan wanita yang menyerlah.

    Kesan Pencapaian Wanita Di Malaysia

    Kaum wanita telah dikurniakan dengan kebijaksanaan melalui sumbangan mereka

    dalam kecemerlangan ilmu. Keenganan anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada

    kaum wanita akan menyebabkan sesebuah negara berada dalam keadaan mundur dan

    terkebelakang. Kaum ibu yang tidak berpelajaran akan gagal mendidik anak-anak mereka

    menjadi insan berguna. Oleh itu, sesebuah masyarakat hendaklah memberikan peluang

    dengan cara mendedahkan kepada mereka dengan ilmu pengetahuan. Kaum ibu memainkan

    peranan utama membentuk anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna.41

    Dari sudut pekerjaan, kaum wanita diberikan kebebasan bekerja dengan syarat

    pekerjaan yang telah dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarat yang telah

    ditetapkan. Wanita bekerja berkemampuan membantu meringankan beban suami. Beberapa

    alasan telah diberikan bagi menyokong pembabitan wanita dalam dunia pekerjaan.42 Pertama,

    wanita bekerja untuk membantu keluarga mereka menambahkan pendapatan. Kedua, wanita

    yang mempunyai kelulusan akademik seharusnya menyalurkan ilmu mereka untuk manfaat

    bersama. Ketiga, wanita berpotensi meningkatkan pengeluaran serta menambahkan sumber

    pendapatan. Keempat, wanita merupakan sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam

    beberapa sektor utama negara.

    37 Robiah Sidin (1998), op.cit., h. 232. 38 Beliau menyandang beberapa jawatan dalam perkhidmatan perguruan termasuk jawatan guru pelawat di

    Sekolah-Sekolah Perempuan Melayu dan Penolong Penyelia Wanita bagi Sekolah-Sekolah Vernakular. Lihat:

    Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah, Bangi:

    Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 149. 39 Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dengan memegang beberapa jawatan antaranya

    guru pelatih Inggeris di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan Penyelia bagi Sekolah-Sekolah Melayu Negeri

    Selangor antara 1932-1945. Lihat: Andek Masnah Andek Kelawa (1999), op.cit., h. 149. 40 Pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran di Kementerian Pendidikan. Lihat: Andek Masnah

    Andek Kelawa (1999), op.cit., h. 150. 41 Malladi Subbamma (1988), Islam and Women, (terj.) M.V. Ramamurty, New Delhi: Sterling Publishers

    Private Limited, h. 115. 42 Alasan Mereka Yang Menyokong Wanita Bekerja, Fauzi Awang (terj.) Majalah Pengasuh, bil. 509, h. 38-39.

  • 10

    Ekonomi adalah ilmu bukan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan

    perkhidmatan.43 Dari sudut ekonomi, telah ada wanita pada zaman dahulu yang menyumbang

    tenaga kepada kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, anak perempuan Nabi Shuib telah bekerja

    sebagai pengembala kambing. Firman Allah swt;

    Maksud: Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Madyan, ia menjumpai di sana

    sekumpulan orang yang sedang menimunkan ternakannya dan ia menjumpai di

    belakang orang ramai itu, dua orang wanita (anak perempuan Nabi Shuib) yang

    sedang menghambat ternakannya. Maka berkata, Apakah maksudmu dengan berbuat

    begitu? Kedua wanita itu menjawab: kami tadak dapat meminumkan ternakan kami

    sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternakannya.

    Terjemahan Surah al-Qasas (28):23

    Di Malaysia kini, telah wanita-wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang. Kesan

    utama yang dapat kita lihat ialah secara tidak langsung akan membantu dalam meningkatkan

    ekonomi dan meringankan beban tanggungan ketua keluarga. Selain itu, Institut Pengupayaan

    Wanita Negara telah melatih lebih 300 orang wanita untuk memegang jawatan dalam

    lembaga korporat.44 Hal ini bertepatan dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang

    menegaskana bahawa kejayaan dan kewibawaan sesebuah negara patut dinilai berdasarkan

    status yang diberikan terhadap wanitanya.45 Nama-nama seperti Datin Paduka Rafidah Aziz,

    Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, dan Datuk Azalina Othman

    merupakan antara beberapa orang wanita yang telah diberi peluang untuk memegang

    beberapa portfolio dalam Kabinet.

    Wanita kini terlibat dalam perusahaan yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Wanita

    bekerja bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk membina kerjaya serta mencapai

    kepuasan kerjaya. Menurut Berita Harian bertarikh 8 Mei 2014, kadar penyertaan tenaga

    kerja wanita di Malaysia adalah 52.4% pada tahun 2013.46 Hal ini menjelaskan bahawa

    pencapaian wanita kini berada di tahap yang lebih baik berbanding dengan masa lalu.

    Penutup

    Kaum wanita mewakili lebih separuh penduduk dunia dan sumbangan mereka kepada

    sistem sosial dan pertumbuhan ekonomi masyarakat juga melebihi separuh berbanding

    sumbangan kaum lelaki. Seiring dengan pembangunan negara, peranan dan kedudukan kaum

    wanita telah mengalami perubahan. Pendidikan yang diterima telah melahirkan ramai tokoh-

    tokoh wanita yang menempa nama di dalam dan luar negara. Proses pendidikan berjaya

    melahirkan tokoh wanita yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kepada

    perkembangan negara. Sumbangan yang diberikan ini membolehkan mereka menempa nama

    di peringkat tertinggi.

    43 Noresah Baharom et.al, (2007), ed. Kamus Dewan Edisi Keempat, cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka, h. 379. 44 Wanita Harus Main Peranan Utama Jika Negara Mahu Bina Ekonomi Mampan,

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article, 4 September 2014. 45 Ibid. 46 Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia, http://www2.bharian.com.my/bharian/articles, 4 September 2014.

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/articlehttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles

  • 11

    Dalam Islam, wanita tidak disisihkan untuk menerima pendidikan.47 Islam juga

    memberi perhatian terhadap hak-hak yang sewajarnya diperoleh oleh kaum wanitanya. Al-

    Quran berulang-ulang kali menyebutkan akan kepentingan pendidikan dan kesamarataan hak

    wanita untuk mendapat pendidikan. Oleh itu, sikap prejudis yang menganggap wanita akan

    melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga apabila berpelajaran haruslah dikikis.

    Pendidikan bukan sekadar memberi tumpuan kepada kaum lelaki, bahkan ia bersifat umum di

    mana kaum wanita juga tidak dihalang mencari ilmu. Di Malaysia, wujud pelbagai penulisan

    yang membincangkan mengenai pencapaian dan peranan wanita seperti yang dilakukan oleh

    Nik Safiah Karim dan Jamilah Arifin.48 Di Malaysia masa kini, pendidikan untuk anak-anak

    perempuan adalah lebih terbuka. Fikiran para ibubapa tidak lagi terkongkong pada norma-

    norma masyarakat tradisional yang menghalang anak perempuan dari menerima pelajaran.

    Kejayaan demi kejayaan telah dibawa oleh kaum wanita Malaysia menunjukkan kewibawaan

    mereka dalam mengharungi dunia yang mencabar serta berganding bahu dengan kaum lelaki

    bagi memajukan masyarakat mereka.

    Rujukan

    Al-Quran.

    Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan

    Belia Islam Malaysia.

    Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah (2007), Tahrir al-Marah fi Asr al-Risalah,

    Zulkifilee Yazid (terj.), Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa.

    Abdul Rahman al-Sheha (2000), Women in the Shade of Islam, Riyadh: Islamic Educational

    Center.

    Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surat al-Turmidhi i (1958), al-Jami al-Sahih Sunan al-

    Turmidhi, Bab al-Khuruj Fi Talab al-Im, no. hadith 78. Lihat juga Sahih al-Bukhari,

    Bab Fadhl Talab al-Ilm, no. hadith 2646.

    Aida Suraya Md. Yunus et.al (2008), Trend dan Isu dalam Pendidikan Tinggi Negara,

    dalam buku Morshidi Sirat & Ibrahim Che Omar (ed.), Masa Depan Pendidikan

    Tinggi Di Malaysia, Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

    (IPPTN).

    Alasan Mereka Yang Menyokong Wanita Bekerja, Fauzi Awang (terj.) Majalah Pengasuh,

    bil. 509.

    Ali Abdul Wahid Wafi (1965), al-Musawat fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Maarif.

    47 Aishah Abu Bakar, Ummu Salamah dan Hafsah merupakan salah seorang tokoh wanita Islam yang terpelajar. 48 Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Nik Safiah Karim (2003), Pencapaian Wanita Malaysia, Seminar

    Memahami Kedudukan Wanita Berjaya Dari Perspektif Islam, 5-6 Ogos 2003, Nik Safiah Karim (2009),

    Womens Progress In Malaysia: Challenges And Achievements, dalam buku Muslim Women In Contemporary

    Societies: Raelity And Opportunities, edited by Hassan Ahmed Ibrahim & Zaleha Kamaruddin, Kuala Lumpur:

    IIUM Press, Jamilah Ariffin (2010), Himpunan Makalah Wanita Dan Pembangunan Di Malaysia: Satu

    Kesinambungan Menyusulu Perubahan Selama Empat Dekad, Petaling Jaya: MPH Publishing Sdn. Bhd.

  • 12

    Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya

    dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Andek Masnah Andek Kelawa (2001), Kepimpinan Wanita Dalam Islam: Kedudukannya

    Dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Arbaiyah Mohd Noor (2012), Kesedaran Pendidikan Wanita Melayu Awal Abad ke-20,

    dalam buku, Zalizan Mat Enh & Rohani Abdul Ghani (ed.), Wanita Dan Masyarakat.

    Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

    Baterah Alias & Che Zarrina Saari (2006), Islam dan Emansipasi Wanita, Kuala Lumpur:

    Penerbit Universiti Malaya.

    Che Kartina Che Muhammad (2003), Isu-Isu Emansipasi Wanita Melayu di Tanah Melayu,

    (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Sains Sosial), Kuala Lumpur:

    Universiti Malaya.

    Hamizah Badiran (2012): Sumbangan Wanita Makin Dihargai. Harian Metro, 6 Mac 2012.

    Ibn. Madjah, al-Hafiz Abdullah Muhammad Ibn. Yazid al-Kazwini (t.t), Sunan Ibn Madjah,

    Kitab al-Muqaddimah, Bab Talab al-Ilm Wa al-Amal Bihi: al-Ilm, no. hadith 220.

    Jamilah Ariffin (2010), Himpunan Makalah Wanita Dan Pembangunan Di Malaysia: Satu

    Kesinambungan Menyusulu Perubahan Selama Empat Dekad, Petaling Jaya: MPH

    Publishing Sdn. Bhd.

    K.H. Moenawwar Chalil (1977), Nilai Wanita. Indonesia: CV Ramadhani Solo.

    Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Sidek (2007), Pendidikan dan Pembangunan

    Keluarga Cemerlang, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Kamilia Ibrahim (1992), Wanita Islam Menjelang Abad 21 (Seminar, Wanita Malaysia

    Menjelang Abad ke 21, di Auditorium Arkib Negara Jalan Duta), 15 Oktober 1992.

    Kemasukan ke IPTA pelajar lelaki dan wanita, http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-

    pelajar-lelaki-vs-wanita 21 November 2011.

    Kosmo, 12 February 2012, Angkat Martabat Wanita.

    Lenore Manderson (1981), Wanita, Politik Dan Perubahan Pergerakan Kaum Ibu UMNO

    Malaysia 1945-1972, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

    Malladi Subbamma (1988), Islam and Women, (terj.) M.V. Ramamurty, New Delhi: Sterling

    Publishers Private Limited.

    Mohd Roslan Mohd Nor (2011), Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim, dalam

    buku Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Azzah Kamri (penyelenggara), Wanita Islam:

    Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak, Shah Alam:

    http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanitahttp://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanita

  • 13

    Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur:

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Marah, Kuwait: Dar

    Hawa, Beirut: Dar Ibn Hazm.

    Nik Safiah Haji Karim (1984), Peningkatan Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga

    (Kertas Kerja, Seminar Naib Pengerusi JKKR dan Pengurus Rancangan, anjuran

    FELDA), 20-21 Februari 1984.

    Nik Safiah Karim (2003), Pencapaian Wanita Malaysia, Seminar Memahami Kedudukan

    Wanita Berjaya Dari Perspektif Islam, 5-6 Ogos 2003.

    Nik Safiah Karim (2009), Womens Progress In Malaysia: Challenges And Achievements,

    dalam buku Muslim Women In Contemporary Societies: Raelity And Opportunities,

    edited by Hassan Ahmed Ibrahim & Zaleha Kamaruddin, Kuala Lumpur: IIUM Press,

    Noresah Baharom et.al, (2007), ed. Kamus Dewan Edisi Keempat, cet. 2, Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Norizan Md Noor et.al (2007), Hala Tuju dan Masa Depan Pendidikan Tinggi di Malaysia,

    dalam buku Zailan Moris (ed.), 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di

    Malaysia (1957-2007), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

    Pengajian Tinggi Pelbagai Pilihan, http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540, 3

    September 2014.

    Perlakuan Negara Khilafah Terhadap Wanita, http://www.mykhilafah.com/fokus-

    muslimah/1267, 30 Mac 2012.

    Persatuan Ulama Malaysia; Salah Faham Terhadap Isu Wanita,

    http://ustazahnorsaleha.blogspot.com, 6 Jun 2013.

    Prof. Dato Dr. Zaleha Kamaruddin (2012), In The Name Of Islam: The Real Image Of

    Women In Islam, in (Symposium Intercivilisational Dialogue Towards Peace,

    Harmonius Coexistence And Sustainability, Main Lecture Hall, Academy Of Islamic

    Studies, University Of Malaya), 23-24 October 2012.

    R.J Wilkinson (1957), A Malay Custom and Belief, Journal of The Malayan Branch Royal

    Asiatic Society, vol. 30, part 4, 1957.

    Raihanah Abdullah (2007), Pengajian Gender dan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam

    Malaysia: Pengalaman Universiti Malaya, dalam buku Mohd Fauzi Hamat, Joni

    Tamkin Borhan et.al, Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia,

    Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Raja Zaharaton Raja Zainal Abidin (2005), Pembangunan Ekonomi dan Sumbangan Wanita

    Melayu (Kongres Wanita Profesional Melayu 2005, di Dewan Tun Ismail, PWTC,

    Kuala Lumpur), 8-10 Julai 2005.

    http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267http://ustazahnorsaleha.blogspot.com/

  • 14

    Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the

    Development and Direction of Higher Education in Malaysia.

    Robiah Sidin (2008), Dasar dan Peluang Wanita dalam Pendidikan: Satu Analisis Kuantiti

    dan Kualiti, dalam buku Noraziah Ali & Jawiah Dakir, Isu-Isu Wanita di Malaysia.

    Selangor: International Law Book Services.

    Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (2010), Wanita Dalam Bidang Sosial, dalam buku

    Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (peny.), Isu-Isu Dalam Pengajian Islam Siri 2.

    Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

    Statistik, http://www.kpwkm.gov.my/258, 22 November 2011.

    Sulasiah Munajir (2009), 20 Tokoh Wanita, Selangor: Medium Publications.

    Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia, http://www2.bharian.com.my/bharian/articles, 4

    September 2014.

    Virginia H. Dancz (1987), Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapore:

    Oxford University Press.

    Wanita Harus Main Peranan Utama Jika Negara Mahu Bina Ekonomi Mampan,

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article, 4 September 2014.

    Zeenath Kausar (2006), Muslim Women at The Crossroads: The Rights of Women in Islam

    and General Muslim Practices, Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.

    http://www.kpwkm.gov.my/258http://www2.bharian.com.my/bharian/articleshttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article