20
PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD) Pelatih-pelatih mesti boleh : - 1.Berikan definisi papan suis utama 2.Jelaskan reka bentuk papan suis utama 3.Nyatakan peranti perlindungan dan aksesori papan suis utama

PAPAN SUIS UTAMA (main switch board).pptx

Embed Size (px)

Citation preview

PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD)

Pelatih-pelatih mesti boleh : -1.Berikan definisi papan suis utama2.Jelaskan reka bentuk papan suis

utama3.Nyatakan peranti perlindungan dan

aksesori papan suis utama

Definisi papan suis utama

Papan Suis Utama (Main Switch Board) adalah antara merupakan komponen penting dan utama di dalam sistem agihan bekalan elektrik terutamanya di dalam sesuatu premis dalaman bangunan komersial, industri perkilangan dan sebagainya.

Ianya berfungsi dan berperanan untuk menerima bekalan elektrik dari sumber luaran infrastruktur elektrik seperti Pencawang Elektrik dan kemudiannya mengagihkan bekalan elektrik tersebut kepada rangkaian Papan-Papan Suis Perantaraan Elektrik (Sub Switch Boards) dan Kotak-Kotak Agihan Elektrik (Distribution Boards) yang lebih kecil di seluruh bangunan.

REKA BENTUK PAPAN SUIS UTAMA

1. Jenis Lekapan Dinding (Wall Mounted)

Jenis Lekapan Dinding (Wall Mounted)

• Digunakan sekiranya rekabentuk binaan fizikal adalah kecil• Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang sedikit• Kapasiti Amp antara 100A hingga 400A• Jenis operasi kendalian dan penyelenggaraan dari bukaan pintu hadapan sahaja.• Tidak memerlukan Bilik Papan Suis yang besar

REKA BENTUK PAPAN SUIS UTAMA

2. Jenis Dirian Lantai (Floor Standing/ Cubical)

Kategori PSU

Terdapat tiga kategori PSU: -1. Tiada kompartmen iaitu tiada

dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.

2. Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.

3. Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.

Di antara keperluan bilik suis adalah; Berhampiran dengan penempatan beban yang

tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.

Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.

Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.

Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.

Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan

Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.

Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.

Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.

Jenis Dirian Lantai (Floor Standing/Cubical)

Digunakan sekiranya reka bentuk binaan fizikal adalah besar

Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang banyak

Kapasiti Amp antara 400A dan ke atas.

Jenis operasi kendalian dari bukaan hadapan dan penyelenggaraan dari bukaan pintu belakang

Memerlukan Bilik Papan Suis yang besar.

Peranti perlindungan dan aksesori papan suis utama

Pemutus Litar Utama1. Jenis Air Circuit Breaker (ACB)

Air Circuit Breaker – ACB ( Pemutus Litar Udara )

Air circuit breaker asasnya adalah hanya sebuah pengasing sahaja dan tidak boleh beroperasi secara automatik.

Untuk membolehkan ianya bertindak secara automatik ACB hendaklah dilengkapkan dengan shunt trip coil, geganti dan alat ubah arus. Ia boleh memberikan perlindungan arus lebih, beban lebih, bocor kebumi dan rosak kebumi ia itu bergantung kepada geganti yang disambungkan kepada shunt trip coil nya.

ACB lebih kukuh kerana diperbuat keseluruhannya dari logam. Kadaran arusnya adalah dari 600A hingga 8000A

Binaan ACB

Peranti perlindungan dan aksesori papan suis utama

2. Moulded Case Circuit Brealer (MCCB)

Moulded Case Circuit Breaker – MCCB ( MCCB)

MCCB gguna prinsip yang sama dengan MCB tetapi terdapat juga MCCB yang menggunakan prinsip magnet dan haba secara gabungan. Ia lazim berkadar melebihi 60A dan untuk kegunaan tiga fasa. Ia mengambil alih peranan fuse switch

Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat untuk memutuskan dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing, ini kerana ianya dilengkapkan dengan perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina didalamnya.

Moulded Case Circuit Breaker – MCCB ( MCCB)

Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah arus, geganti dan gelung shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak terbina di dalam MCCB.

Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius. Apabila berlaku arus lebih atau beban lebih daripada kadaran arus sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa diganti dengan yang baru

Apabila MCCB digunakan dalam ke sini ia hanya akan terpelantik. Apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON ) kan sahaja, tiada apa-apa yang perlu digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat dijimatkan dan masa gangguan bekalandapat dikurangkan

Moulded Case Circuit Breaker – MCCB ( MCCB)

Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah kuat dengan bertambahnya arus yang mengalir dalam MCCB. Apabila tahap tertentu seperti yang ianya telah direkabentuk tercapai maka ia akan terpelantik

Ada juga MCCB menggunakan kaedah bimetal strip yang akan membengkok apabila panas yang disebabkan arus lebih dan seterusnya memutuskan bekalan. Ada juga MCCB yang menggunakan gabungan kedua-dua prinsip ini.

Binaan MCCB

Soalan ?

TUGASAN

1. Berikan jenis-jenis papan suis utama dan jelaskan jenis tersebut

2. Senaraikan 3 kategori papan suis utama3. Jelaskan 5 keperluan pemasangan

papan suis utama4. Terangkan peranti pelindungan tersebut ACB MCCB5. Apakah fungsi Shunt trip coil pada alat

perlindungan