37
PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W. Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

PANDUAN SOLAT SUNAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PANDUAN SOLAT SUNAT

Citation preview

Page 1: PANDUAN SOLAT SUNAT

PANDUAN SOLAT SUNATCARA NABI S.A.W.

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

Page 2: PANDUAN SOLAT SUNAT

SOLAT QIYAM AL-LAIL (TAHAJJUD)

  APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL YANG MENSYARI’ATKANNYA

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu

‘alaihi wasallam:

��ة ال �ف)ض�ل% الص!! . و�أ م% )م%ح�ر ه)ر% الل ه� ال �م�ض�ان� ش ��ع)د� ر � ب �ام �ف)ض�ل% الص=ي أ

)ل �ة% الل ي )ف�ر�يض�ة� ص�ال �ع)د� ال �.ب

Maksudnya:

Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan

Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat

Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.

            Tahajjud terbentuk dari kata dasar hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Maka kata tahajjadtu

bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.

            Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimahullah:

Imam al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris

berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’

menyatakan: “Tahajjud adalah solat malam secara khusus.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar

al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203.

Oleh itu solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat Isyak dan

sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama untuk dilaksanakan solat Tahajjud itu adalah

sepertiga malam yang terakhir (iaitu dari pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini

kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat Witir sebagai penutupnya.

Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Page 3: PANDUAN SOLAT SUNAT

Rك� م�ق�امOا ب ��ك� ر )ع�ث �ب �ن) ي �ك� ع�س�ىU أ �ةO ل �اف�ل �ه� ن �ه�ج د) ب )ل� ف�ت و�م�ن� الل ي

م�ح)م%ودOا

Maksudnya:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat

tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Israa’ (17) : 79

Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan: “Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya”

bermaksud berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani,

Fathul Baari, jilid 6, ms. 202.

Dalil solat Tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga malam terakhir disandarkan kepada sabda Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam:

)ق�ى �ب �ا ح�ين� ي )ي م�اء� ال!!دRن �ل�ى الس �ةd إ )ل �ي %ل ل �ع�ال�ى ك ك� و�ت ��ار �ب �ا ت Rن ب �)ز�ل% ر �ن ي

. )ل� اآلخ�ر% %ل%ث% الل ي ث

ه% م�ن) �%ع)ط�ي! �ي ف�أ %ن �ل أ �س!!) ه% م�ن) ي ��ج�يب� ل! ت س!)� �ي ف�أ د)ع%ون �: م�ن) ي! ول% �ق!!% ي

�ه%. �غ)ف�ر� ل �ي ف�أ ن �غ)ف�ر% ت �س) ي

Maksudnya:

Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang

akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta

kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan

mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145.

Selanjutnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

�ن) إ �ر� ف!! �ل� اآلخ!! و)ف� الل ي!!) �د� ف�ي ج!! )ع�ب!!) بR م�ن) ال %ون% الر �ك ب% م�ا ي ��ق)ر أ

Page 4: PANDUAN SOLAT SUNAT

��ط�ع)ت ت اس)

. %ن) اع�ة� ف�ك �ل)ك� الس %ر% الل ه� ف�ي ت �ذ)ك %ون� م�م ن) ي �ك �ن) ت أMaksudnya:

Saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh

menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-

Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3503.

Ternyata ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa, zikir-zikir, permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah

solat. Maka selayaknya solat yang paling utama setelah solat fardu ini dilaksanakan pada sepertiga malam yang akhir.

  JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

            Secara umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai

batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:

. �)ل �ة% الل ي )ف� ص�ال �ي س%ول� الل ه� ك ��ا ر : ي �O ق�ال ج%ال ��ن ر إ

.dة��و�اح�د �ر) ب و)ت� )ح� ف�أ �ذ�ا خ�ف)ت� الصRب �ى ف�إ )ن �ى م�ث )ن : م�ث �ق�ال

Maksudnya:

Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda:

Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis

riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.

            Namun begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas

rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

            Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:

Page 5: PANDUAN SOLAT SUNAT

�ح)د�ى )ل� إ �الل ي %ص�ل=ي ب �ان� ي ل م� ك �)ه� و�س �ي س%ول� الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل ��ن ر أ

.dة��و�اح�د )ه�ا ب �ر% م�ن %وت )ع�ةO ي ك �ة� ر �ر ع�ش)

Maksudnya:

Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam pada waktu setelah selesai Isyak sampai terbit

fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat. - Hadis riwayat

Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

            Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:

�ة �ر �ث� ع�ش) �ال )ل� ث %ص�ل=ي م�ن) الل ي ل م� ي �)ه� و�س �ي �يR ص�ل ى الل ه% ع�ل �ان� الن ب ك

.�)ف�ج)ر �ا ال )ع�ت ك �)ر% و�ر )و�ت )ه�ا ال )ع�ةO م�ن ك �ر

Maksudnya:

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat

solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1140.

            Abu Salamah radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah radhiallahu’ anha tentang solat malam Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam pada bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:

�ان �م�ض!! ��ز�ي!!د% ف�ي ر ل م� ي �ه� و�س!! �ي!!) س%ول% الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل ��ان� ر م�ا ك

Oة�)ع ك �ة� ر �ر �ح)د�ى ع�ش) )ر�ه� ع�ل�ى إ � ف�ي غ�ي و�ال

ا O!!ع� ب ر)� ل=ي أ �%ص!! %م ي . ث �ه�ن ول �ه�ن و�ط!!% ن �س�ل) ع�ن) ح%س) � ت �عOا ف�ال ب ر)

� %ص�ل=ي أ ي

. �ه�ن �ه�ن و�ط%ول ن �س�ل) ع�ن) ح%س) � ت ف�ال

Oا. �ث �ال %ص�ل=ي ث %م ي ث

Page 6: PANDUAN SOLAT SUNAT

Maksudnya:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-

bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan

panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya.

Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no:

1147.

            Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat Tahajjud ini juga boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat.

Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta satu salam

Sekiranya Nabi s.a.w  mengerjakan solat Tahajjud dengan tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat,

adakah diperbolehkan bagi kita semua mengerjakannya dengan jumlah rakaat yang mengatasi jumlah rakaat yang

dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam? Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:

Majoriti ulamak –baik daripada kalangan salaf mahupun khalaf- justeru berpendapat

diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam al-Lail melebihi sebelas rakaat

walaupun mereka tetap menyatakan bilangan sebelas rakaat adalah bilangan yang

disunnahkan. Al-Qadhi Iyadh berkata:

Tidak ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa tidak ada batasan yang dilarang,

baik untuk menambah atau mengurangkan dalam masalah ini (jumlah bilangan rakaat Qiyam

al-lail). Solat adalah satu bentuk ketaatan yang setiap kali bertambah jumlah bilangannya,

maka pahalanya pun bertambah. Isu yang menjadi perselisihan adalah hal yang berkenaan

dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk

dirinya. Wallahu a’lam.

Ibnu ‘Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:

Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam bahawa tidak ada batasan

tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah satu perbuatan sunnah dan kebajikan,

sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan boleh memperbanyakannya.

Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan bahawa pendapat inilah yang

kuat. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih

Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 653.

  TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Page 7: PANDUAN SOLAT SUNAT

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)      Membaca surah al-Fatihah

5)      Membaca Surah al-Qur’an

6)      Rukuk

7)      Iktidal

8)      Sujud

9)      Duduk antara dua sujud

10)    Sujud kali kedua

11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)      Duduk untuk tahiyyat akhir

3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal

adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat

Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

B) Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)      Membaca surah al-Fatihah

5)      Membaca Surah al-Qur’an

6)      Rukuk

7)      Iktidal

8)      Sujud

9)      Duduk antara dua sujud

10)    Sujud kali kedua

11)    Bangun untuk rakaat kedua

Page 8: PANDUAN SOLAT SUNAT

Rakaat Kedua

1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)      Duduk untuk tahiyyat awal

3)      Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga

1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)      Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat

1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)      Duduk untuk tahiyyat akhir

3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal

adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat

Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

  BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

  Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum Tidur

Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Tahajjud. Oleh itu bagi mereka yang hendak

melaksanakan solat Tahajjud, hendaklah dia berniat sebelum tidur bahawa dia akan melaksanakan solat tersebut. Sekiranya

seseorang itu telah berniat namun dia gagal untuk terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan solat Tahajjud, maka Allah

Subhanahu wa Ta’ala tetap akan mengurniakan pahala solat Tahajjud tersebut. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam:

�ب� الل ه% �ت �ال ك �و)م� إ )ه�ا ن �ي �ه% ع�ل �ب )لd ف�غ�ل �ي �ل �ة� ب �ه% ص�ال %ون% ل �ك م�ا م�ن) ام)ر�ئd ت

��ه �ت �ج)ر� ص�ال �ه% أ ل

.�)ه �ي �و)م%ه% ص�د�ق�ةO ع�ل �ان� ن و�ك

Page 9: PANDUAN SOLAT SUNAT

Maksudnya:

Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat

malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-

Lail, no: 1763.

  Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk

Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat Tahajjud hendaklah berusaha untuk menghilangkan perasaan

mengantuk dari wajah dengan bersugi atau menggosok gigi dan setelah itu mengucapkan zikir La ilaha illallahu wahdahu

la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shayin qadir alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha

illallah wallahu akbar wa la haulawala quwwata illa billahi. Allahummaghfirli. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda:

�ه%. ر�يك� ل �� ش �ال الل ه% و�ح)د�ه% ال �ه� إ �ل � إ : ال �)ل� ف�ق�ال �ع�ار م�ن) الل ي م�ن) ت

. ي)ءd ق�د�ير� �%ل= ش )ح�م)د% و�ه%و� ع�ل�ى ك �ه% ال )م%ل)ك% و�ل �ه% ال ل

� � ح�و)ل� و�ال �ر% و�ال )ب ك� �ال الل ه% و�الل ه% أ �ه� إ �ل � إ )ح�ان� الل ه� و�ال ب �ل ه� و�س% )ح�م)د% ل ال

.��الل ه �ال ب ق%و ة� إ

� أ �و�ض!! �ن) ت إ �ه% ف!! �%ج�يب� ل!! ت ا اس!!) �و) د�ع!!� ر) ل�ي" أ �: "الل ه%م اغ)ف!! �ال �%م ق!! ث

%ه%. �ت �ل�ت) ص�ال و�ص�ل ى ق%ب

Maksudnya:

Barangsiapa terbangun pada malam hari lalu mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah

semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan

tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku”

atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya. - Hadis riwayat

Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1154.

Page 10: PANDUAN SOLAT SUNAT

Satu cara lagi untuk menghilangkan perasaan mengantuk adalah sebaik sahaja bangun dari tidur hendaklah kita mengusap

wajah kita lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surah ‘Ali Imran.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:

ح% ��م)س!! ل� ي �ل م� ف�ج�ع!! �ه� و�س!! �ي!!) ه% ع�ل ل ى الل!! �ه� ص!! س%ول% الل!! �)ق�ظ� ر �ي ت اس)

��د�ه �ي الن و)م� ع�ن) و�ج)ه�ه� ب

. �ان �ة� آل� ع�م)ر �ور �م� م�ن) س% )خ�و�ات �ات� ال ر� اآلي )ع�ش) � ال أ �%م ق�ر ث

Maksudnya:

Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuk dengan

cara mengusapkan tapak tangannya pada wajahnya. Baginda kemudiannya membaca sepuluh ayat terakhir surah ‘Ali

Imran. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 763.

  Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Megerjakan Solat Tahajjud

Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat Tahajjud. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda:

�)ن �ي )ع�ت ك ��ر �ه% ب �ت �ح) ص�ال �ت �ف)ت )ي )ل� ف�ل %م) م�ن) الل ي �ح�د%ك �ذ�ا ق�ام� أ . إ �)ن �ي خ�ف�يف�تMaksudnya:

Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya

dengan mengerjakan (solat) dua rakaat dengan agak cepat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab

Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 768.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Al-Hafidz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-Tirmidzi bahawa rahsia

solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan

syaitan. – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari jilid 6, ms. 273.

Pendapat di atas ini ada hubung-kaitnya dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Page 11: PANDUAN SOLAT SUNAT

.dد��ث� ع%ق �ال �ام� ث �ذ�ا ه%و� ن %م) إ �ح�د�ك س� أ( أ ��ة� ر )ط�ان% ع�ل�ى ق�اف�ي ي �ع)ق�د% الش ي

��ر )ق�ظ� ف�ذ�ك �ي ت �ن) اس) ق%د). ف�إ )ل� ط�و�يل� ف�ار) �ي )ك� ل �ي %ل ع%ق)د�ةd ع�ل �ض)ر�ب% ك ي

)ح�ل ت) ع%ق)د�ة�. الل ه� ان

)ح�ل ت) ع%ق)د�ة�. �ن) ص�ل ى ان )ح�ل ت) ع%ق)د�ة�. ف�إ � ان �و�ض أ �ن) ت ف�إ

. ��ن ال �س) �يث� الن ف)س� ك ب ��ح� خ ص)ب� �ال أ =ب� الن ف)س� و�إ يطOا ط�ي ��ش �ح� ن ص)ب

� ف�أ

Maksudnya:

Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia

menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir

kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu

bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di

pagi hari perasaannya buruk dan malas. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1142.

Dari hadis ini dapat kita simpulkan bahawa ikatan ketiga itu hanya dapat dilepaskan setelah kita melakukan solat yang

sempurna. Oleh itu solat dua rakaat sebelum solat Tahajjud memainkan peranan tersebut. Setelah itu dapatlah kita

mengerjakan solat Tahhajud dengan penuh semangat dan kesegaran. Wallahu’alam.

  Mengerjakannya Di Rumah

Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan di rumah sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di rumahnya sendiri. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda:

�ال ه� إ �)ت!! �ي ء� ف�ي ب ر) �)م! �ة� ال ال �ر� ص! ي!!) ��ن خ إ �! ف! %م) �ك %وت %ي �ة� ف�ي ب �الص ال %م) ب )ك �ي ف�ع�ل

.��ة %وب )ت )م�ك �ة� ال الص ال

Maksudnya:

Page 12: PANDUAN SOLAT SUNAT

Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali

solat wajib. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 781.

  Doa Solat Tahajjud

Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat satu doa khusus untuk solat Tahajjud. Namun begitu terdapat perbezaan pendapat

tentang di mana hendak membaca doa tersebut. Ada yang menyatakan ianya dibaca ketika berdiri hendak memulakan solat

tahajjud dan ada pula yang beranggapan ianya diucapkan setelah takbiratul ihram sebagai doa iftitah. Doa tersebut adalah

sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Biasanya Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam apabila solat di malam hari untuk tahajjud maka baginda mengucapkan:

ر)ض� و�م�ن) ف�يه�ن � م�و�ات� و�األ =م% الس )ت� ق�ي �ن )ح�م)د% أ �ك� ال الل ه%م ل

ر)ض� و�م�ن) ف�يه�ن � م�و�ات� و�األ �ك� م%ل)ك% الس )ح�م)د% ل �ك� ال و�ل

ر)ض� و�م�ن) ف�يه�ن � م�و�ات� و�األ %ور% الس )ت� ن �ن )ح�م)د% أ �ك� ال و�ل

�ر)ض� م�و�ات� و�األ )ت� م�ل�ك% الس �ن )ح�م)د% أ �ك� ال و�ل

ق¡ �%ك� ح!! �ق�اؤ%ك� ح�ق¡ و�ق�و)ل )ح�قR و�ل )ح�قR و�و�ع)د%ك� ال )ت� ال �ن )ح�م)د% أ �ك� ال و�ل

ن ة% ح�ق¡ و�الن ار% ح�ق¡ �)ج و�ال

اع�ة% ح�ق¡ ل م� ح�ق¡ و�الس �)ه� و�س �ي Rون� ح�ق¡ و�م%ح�م د� ص�ل ى الل ه% ع�ل �ي و�الن ب

�ك �)ت% و�ب!! �ب �ن ك� أ �ي!!) �ل �و�ك ل)ت% و�إ )ك� ت �ي )ت% و�ع�ل �ك� آم�ن �م)ت% و�ب ل س)� �ك� أ الل ه%م ل

�م)ت% )ك� ح�اك �ي �ل خ�اص�م)ت% و�إ

)ت% �ن �ع)ل ت% و�م�ا أ ر) �ر س)� ت% و�م�ا أ �خ ر) ف�اغ)ف�ر) ل�ي م�ا ق�د م)ت% و�م�ا أ

Page 13: PANDUAN SOLAT SUNAT

. �ك )ر% �ه� غ�ي �ل � إ و) ال� )ت� أ �ن �ال أ �ه� إ �ل � إ )م%ؤ�خ=ر% ال )ت� ال �ن )م%ق�د=م% و�أ )ت� ال �ن أ

Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala

isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, Engkau

adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala

puji, Engkau adalah haq (Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu

adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad shallallahu ‘alaihi

wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku

beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya

kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku

lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir,

tidak ada sembahan kecuali Engkau.

Sufyan berkata: ‘Abdul Karim Abu Umayyah menambahkan:

.��الل ه �ال ب � ق%و ة� إ � ح�و)ل� و�ال و�ال

Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-

Tahajjud, no: 1120.

  Membangunkan Ahli Keluarga Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud

Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda:

. �ه% ف�ص�ل ت) ت� أ �)ق�ظ� ام)ر �ي %م أ )ل� ف�ص�ل ى ث O ق�ام� م�ن) الل ي ج%ال �ح�م� الل ه% ر �ر

ام�ت) م�ن) ��ةO ق! أ �ر ه% ام!) ح�م� الل! �)م�اء�. و�ر �ض�ح� ف�ي و�ج)ه�ه�ا ال �ت) ن �ب �ن) أ ف�إ

)ل� ف�ص�ل ت) الل ي

.�)م�اء �ض�ح�ت) ف�ي و�ج)ه�ه� ال �ى ن �ب �ن) أ و)ج�ه�ا ف�ص�ل ى. ف�إ �)ق�ظ�ت) ز �ي %م أ ث

Page 14: PANDUAN SOLAT SUNAT

Maksudnya:

Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia

membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Jika isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah isteri

dengan air. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia

membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka si isterinya memercik wajah suami dengan air. - Hadis riwayat

Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1592.

  Boleh Mengeraskan atau Memperlahankan Bacaan

Diperbolehkan untuk mengeraskan (jahr) dan memperlahankan (sirr) bacaan ketika solat Tahajjud kerana Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam pernah membaca dengan kedua-dua cara tersebut.

Daripada ‘Abdullah bin Abi Qais, dia berkata:

�ل م �ه� و�س!! �ي!!) ه% ع�ل ل ى الل!! �ه� ص!! ول� الل!! س!!% �ر� ر ة� ع�ن) و�ت!!) ��ش �ل)ت% ع�ائ أ � س

ق�ال�ت) ...

. �ج)ه�ر% �م) ي اء�ة� أ �)ق�ر �ال رR ب �%س �ان� ي �ك %ه% أ اء�ت ��ت) ق�ر �ان )ف� ك �ي ك

... �ب م�ا ج�ه�ر ر و�ر% �س� ب م�ا أ �ف)ع�ل% ر% �ان� ي �ك� ك %ل ذ�ل : ك ق�ال�ت)

Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat Witir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam …:

Bagaimanakah bacaan Baginda ketika solat,  adakah dengan suara keras atau suara yang perlahan?

Dia menjawab: Kesemua cara tersebut baginda amalkan, kadang-kadang dengan suara perlahan dan kadang-

kadang dengan suara keras. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1225.

Berkaitan dengan hal ini Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:

Telah banyak dibawakan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan mengeraskan suara dan

hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan merendahkan suara. Para ulamak berkata: Untuk

menggabungkan antara keduanya boleh dikatakan bahawa suara perlahan lebih jauh dari

perasaan riyak dan ini lebih utama bagi orang yang khuatir akan memiliki perasaan riyak,

namun apabila dia tidak takut riyak maka suara keras itu lebih utama baginya dengan syarat

Page 15: PANDUAN SOLAT SUNAT

tidak mengganggu orang lain yang sedang solat, tidur atau selainnya. – Dinukil dari Shahih Fiqh

as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 647.

  Memanjangkan Kadar Waktu Mengerjakan Solat Tahajjud

Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang panjang dan melamakan sujud tatkala

solat Tahajjud. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

. �%وت )ق%ن �ة� ط%ول% ال �ف)ض�ل% الص ال أMaksudnya:

Solat yang paling utama adalah solat yang paling lama berdirinya. Hadis riwayat Imam Muslim dalam

Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 756.

Daripada ‘Abdullah ibnu Mas’ud radhiallahu’ anh, dia berkata:

ا O!!م� ل) ق�ائ �ز ��م) ي!! ةO ف�ل �)ل!! �ي ل م� ل �ه� و�س!! �ي!!) �ي= ص�ل ى الل ه% ع�ل )ت% م�ع� الن ب ص�ل ي

.dو)ء �م)ر� س� �أ ح�ت ى ه�م�م)ت% ب

ه% �ي ص�ل ى الل!! ذ�ر� الن ب� �ق)ع%د� و�أ �ن) أ : ه�م�م)ت% أ �. ق�ال ��ا: و�م�ا ه�م�م)ت )ن ق%ل

. �ل م �)ه� و�س �ي ع�ل

Maksudnya:

Aku pernah solat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam, baginda tetap sahaja berdiri hingga

aku ingin melakukan perbuatan yang buruk. Kami bertanya: Apakah yang ingin kamu lakukan? Dia menjawab: Aku

ingin duduk dan membiarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersolat sendirian. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari

dalam Sahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1135.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:

Dalam hadis di atas terdapat keterangan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memilih

untuk memperpanjangkan solat malam. Ibnu Mas’ud adalah seorang yang kuat dan senantiasa

mengikuti Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Tidak terdetik di dalam dirinya keinginan untuk

duduk, melainkan kerana panjangnya solat tersebut melebihi kebiasaan yang beliau lakukan. –

Page 16: PANDUAN SOLAT SUNAT

Rujuk kitab karya Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 248.

Hendaklah juga membaca ayat-ayat al-Qur’an tersebut secara tartil dan suara yang bagus. Ini sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala:

Oيال� ت �ر) آن� ت )ق%ر) =ل� ال ت �و�ر

…dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil" (secara perlahan-lahan). – al-Muzammil (73) : 4

Daripada Hafshah radhiallahu’ anha, dia berkata:

)ه�ا. ط)و�ل� م�ن� ط)و�ل� م�ن) أ

� %ون� أ �ك ت ى ت �%ه�ا ح =ل ت �%ر ة� ف�ي �ور Rالس� ب% أ ��ق)ر �ان� ي و�ك

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika membaca surah (al-Qur’an) baginda membacanya dengan

tartil hingga seakan-akan surah itu lebih panjang dari biasanya. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab

Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu.  Al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu’ anh berkata:

%م) �ك ص)و�ات� �أ آن� ب )ق%ر) %وا ال =ن ي �ل م� ز �)ه� و�س �ي س%ول% الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل �ق�ال� ر

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Hiasilah (bacaan) al-Qur’an dengan suaramu. - Hadis riwayat Imam

al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Iftitah, no: 1005.

Menurut Abu Hurairah radhiallahu’ anh:

�غ�ن �ت �م) ي ا م�ن) ل )س� م�ن!! �ي ل م� ل �)ه� و�س �ي س%ول% الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل � ق�ال� ر

��ه �ج)ه�ر% ب ه% ي )ر% اد� غ�ي �آن� و�ز )ق%ر) �ال ب

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah termasuk golongan kami orang yang tidak melagukan

(bacaan) al-Qur’an. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tawhid, no. 7527.

Page 17: PANDUAN SOLAT SUNAT

Ingin penulis ingatkan bahawa mereka yang membaca surah atau ayat dari al-Qur’an dengan laju dan tergesa-gesa adalah

termasuk dalam golongan yang mengambil sikap sambil lewa dalam beribadah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq

rahimahullah:

Bacaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah secara panjang (perlahan-lahan). Baginda

berhenti pada setiap ayat dan memanjangkan suaranya.” – Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid

1, ms 338.

Namun demikian janganlah kita keterlaluan dalam melagukan bacaan al-Qur’an sehingga bertentangan dengan peraturan-

peratutan (tajwid – pen) dalam membacanya. Syaikh Kamal al-Sayyid Salim berkata:

Maksud melagukan bacaan al-Qur’an adalah dengan membaguskan suaranya secara keras dan

melantunkannya dengan nada yang lembut sehingga mempengaruhi jiwa dan dapat

mengalirkan air mata dengan syarat tidak keluar dari aturan membaca yang benar menurut ahli

Qira’at. Adapun bacaan yang meliuk-liuk dengan nyanyian yang di luar batasan sehingga

menyebabkan keluar dari semestinya, maka jumhur ulamak tidak menyukainya (makruh).

Wallahu a’lam. - rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa

Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 645.

Hanya sahaja pendek atau panjangnya bacaan ketika solat bergantung kepada kemampuan masing-masing kerana Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menetapkan bacaan tertentu untuk solat Tahajjud ini. Sekiranya tidak mampu

menghafal surah yang panjang, memadailah dengan apa yang termampu untuk dibacakan. Dari Abi Sa’id radhiallahu’ anh

dia berkata:

. �ر �س �ي �اب� و�م�ا ت �ت )ك �ح�ة� ال �ف�ات ب� أ ��ق)ر �ن) ن �ا أ ن %م�ر) أ

Maksudnya:

Kami telah diperintah (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa

(ayat/surah) yang mudah (bagi kami). - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 695.

Dalil tentang memanjangkan sujud pula adalah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh ‘Aishah radhiallahu’ anha

د�ى �ح!!) ل=ي إ �%ص!! ان� ي �ل م� ك!! �ه� و�س!! �ي!!) ه% ع�ل ل ى الل!! �ه� ص!! ول� الل!! س!!% ��ن ر أ

.Oة�)ع ك �ة� ر �ر ع�ش)

Page 18: PANDUAN SOLAT SUNAT

�ت) �ان %م) ك د%ك ��ح!! % أ أ ��ق)ر �ك� ق�د)ر� م�ا ي ج)د�ة� م�ن) ذ�ل ج%د% الس �س) �ه% ي �ت �ل)ك� ص�ال ت

Oة� ين� آي �خ�م)س

ه%. �س( أ �ف�ع� ر �ر) ن) ي

� )ل� أ ق�ب

Maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat (malam) sebelas rakaat, demikianlah solat

yang baginda lakukan. Baginda melakukan satu kali sujud dari sebelas rakaat itu seperti lamanya seperti salah seorang

dari kalian membaca lima puluh ayat sebelum baginda mengangkat kepalanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam

Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1123.

Sujud tersebut dipanjangkan kerana baginda shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika sujud.

sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

وا أك�ث�ر� د� ف اج� ب�ه� وه�و س ا يك�ون� ال�عب�د� م�ن� ر ب� م ر أق�

.الد'عاءMaksudnya:

Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari

itu hendaklah kamu memperbanyakan doa ketika sujud itu. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-

Sholaah, no: 482.

Demikianlah beberapa amalan yang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang

sepatutnya kita berusaha untuk mencontohinya demi untuk mencapai kesempurnaan ketika mendirikan solat Tahajjud

  KESUNGGUHAN RASULULLAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

            Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang insan yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

akan masuk ke syurga. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan sebaik-baik manusia malah digelar Sayyid al-

Mursalin iaitu penghulu segala Rasul. Baginda merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari sebarang bentuk

Page 19: PANDUAN SOLAT SUNAT

dosa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

�)ك �ي �ه% ع�ل �ع)م�ت �م ن %ت �خ ر� و�ي �أ �ك� و�م�ا ت )ب �ق�د م� م�ن) ذ�ن �ك� الل ه% م�ا ت �غ)ف�ر� ل �ي ل

�ق�يمOا ت اطOا م%س) ��ك� ص�ر �ه)د�ي و�ي

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang

terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam

mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). – al-Fath (48) : 2

Walaupun dengan kedudukan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam yang sebegini sempurna tetapi baginda tetap

bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat Tahajjud sehingga bengkak-bengkak kakinya. Isterinya ‘Aishah

radhiallahu’ anha melihat sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam masih ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut sedangkan dia adalah seorang yang maksum.

Kisah ini telah disampaikan oleh ‘Aishah radhiallahu’ anha sendiri di dalam sebuah hadis:

ل� ح�ت ى وم% م�ن) الل ي!) �ق!% ان� ي �ل م� ك! �)ه� و�س �ي �ي الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل �ب ن ن� أ

�ف�ط ر� ق�د�م�اه%. �ت ت

�ك �ه% ل!! س%ول� الل ه� و�ق�د) غ�ف�ر� الل!! ��ا ر �ع% ه�ذ�ا ي �ص)ن �م� ت ة%: ل ��ش ف�ق�ال�ت) ع�ائ

. ��خ ر �أ �ك� و�م�ا ت )ب �ق�د م� م�ن) ذ�ن م�ا ت

ا. Oور% ك �)دOا ش %ون� ع�ب �ك �ن) أ %ح�بR أ � أ �ف�ال : أ �ق�ال

Maksudnya:

Sungguh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. ‘Aishah

berkata kepada baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni

dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba

yang sangat bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 4837.

            Peristiwa yang sama juga telah dikhabarkan dari al-Mughirah radhiallahu’ anh, dia berkata:

Page 20: PANDUAN SOLAT SUNAT

ر�م% �ل=ي� ح�ت ى ت! �%ص!! �ي وم% ل �ق!!% �ي ل م� ل �)ه� و�س �ي �يR ص�ل ى الل ه% ع�ل �ان� الن ب �ن) ك إ

اق�اه%. �و) س� ق�د�م�اه% أ

ا. Oور% ك �)دOا ش %ون% ع�ب �ك � أ �ف�ال : أ �ق%ول% �ه% ف�ي %ق�ال% ل ف�ي

Maksudnya:

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa berdiri (untuk solat malam) hingga kedua kakinya

atau kedua betisnya bengkak. Dikatakan kepadanya maka baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi

hamba yang bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1130.

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini dengan diri kita sendiri yang

bergelumang dengan dosa dan untung nasib kita di Hari Pengadilan juga belum dipastikan sama ada syurga atau neraka.

Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat Tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita

sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Renungilah akan hal ini dengan mendalam

wahai pembaca yang budiman.

  KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

            Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar bagi mereka yang melaksanakan solat

Tahajjud ini sebagaimana yang akan penulis paparkan di sini.

  Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji.

Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan yang terpuji lagi mulia di sisi Allah

Subhanahu wa Ta’ala pada hari akhirat kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga). Ini sebagaimana Firman-

Nya:

ا O!!ام�ك� م�ق R!!ب �ك� ر �)ع�ث!! �ب �ن) ي ىU أ �ك� ع�س!! �ةO ل!! ��اف�ل!! ه� ن �د) ب!! �ه�ج!! ل� ف�ت و�م�ن� الل ي!!)

م�ح)م%ودOاMaksudnya:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai

Page 21: PANDUAN SOLAT SUNAT

solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang

terpuji. - al-Israa’ (17) : 79

dون% ن اتd و�ع%ي �)م%ت ق�ين� ف�ي ج �ن ال إ

��ين ن ��ك� م%ح)س )ل� ذ�Uل %وا ق�ب �ان �ن ه%م) ك Rه%م) إ ب ��اه%م) ر آخ�ذ�ين� م�ا آت

��ه)ج�ع%ون )ل� م�ا ي �يالO م�ن� الل ي %وا ق�ل �ان ك

�ون �غ)ف�ر% ت �س) ح�ار� ه%م) ي �س) �األ) و�ب

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan

matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang

diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat

kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada

waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). - al-

Dzaariyaat (51) : 15-18

  Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi Ahli Syurga

Bagi mereka yang mendirikan solat Tahajjud akan memudahkan baginya untuk menjadi ahli syurga.

Daripada ‘Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

�ل �الل ي!!) Rوا ب ل �ام� و�ص!! �وا الط ع!! �ط)ع�م!!% �م� و�أ ال وا الس �ف)ش% Rه�ا الن اس% أ ي� �ا أ ي

.d �م ال ��س ن ة� ب �)ج %وا ال ل �د)خ% �ام� ت �ي و�الن اس% ن

Maksudnya:

Wahai manusia, tebarkan salam di antara kalian, berilah makan (kepada mereka yang memerlukannya,

sambunglah silaturrahin, dan solatlah pada malam hari pada ketika manusia terlelap dalam tidur, maka kalian

Page 22: PANDUAN SOLAT SUNAT

akan masuk Syurga dengan damai. –  Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunnannya, Kitab Iqaamah al-Sholaah, no.

1334.

  Dikurniakan Bilik Khas Di syurga Nanti

Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam bersabda:

ا م�ن) �%ه!! %ط%ون ا و�ب ��ه!! %ط%ون ا م�ن) ب �ه!! ى ظ%ه%ور% �ر ا ت!!% O!!ف �ة� غ%ر ن!! �)ج �ن ف�ي ال إ

. �ي¡ اب ��ع)ر ظ%ه%ور�ه�ا ف�ق�ام� أ

.�س%ول� الل ه ��ا ر �م�ن) ه�ي� ي : ل �ف�ق�ال

ل ى ��ام� و�ص!! ي �د�ام� الص!!= �ط)ع�م� الط ع�ام� و�أ �م� و�أ �ال )ك �ط�اب� ال �م�ن) أ : ل � ق�ال

. �ام� �ي )ل� و�الن اس% ن �الل ي �ل ه� ب ل

Maksudnya:

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat bilik-bilik yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan

bahagian dalamnya terlihat dari luarnya. Kami bertanya: “Untuk siapakah (bilik-bilik itu) ya Rasulullah?” Sabda

baginda: “Kamar-kamar itu Allah sediakan untuk orang yang bercakap dengan lemah lembut, memberikan

makanan, senantiasa melakukan ibadah puasa dan mendirikan solat semata-mata kerana Allah pada waktu malam

di saat manusia lain sedang tidur.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Bir wa al-Sholaah, no:

1907.

  Membentuk Keperibadian Yang Mulia

Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia seperti tawadhu’ (merendah diri), bertakwa, menghindari

sikap sombong dan pemurah dengan sedekah jariah.

�ه%م% اط�ب ��ذ�ا خ!! ا و�إ O!!و)ن�ر)ض� ه� ون� ع�ل�ى األ) �م)ش!!% ذ�ين� ي ح)م�Uن� ال!! اد% ال!!ر �ب!! � و�ع

مOا �ال �%وا س )ج�اه�ل%ون� ق�ال ال

Page 23: PANDUAN SOLAT SUNAT

�امOا ج دOا و�ق�ي =ه�م) س% ب ��ر %ون� ل �يت �ب و�ال ذ�ين� ي

Maksudnya:

Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan

sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,

mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka (yang diredhai

Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.

- al-Furqaan (25) : 63-64

�د �ح�م!!) ب ح%وا ب �ج دOا و�س!! وا س!!% Rر��ه�ا خ وا ب =ر% �ذ�ا ذ%ك �ا ال ذ�ين� إ �ن �ات �آي %ؤ)م�ن% ب �ن م�ا ي إ

�ون �ر% )ب �ك ت �س) =ه�م) و�ه%م) ال� ي ب �ر

ا ا و�م�م!! O!!ع�ا و�ط�م O!!و)ف�ب ه%م) خ �د)ع%ون� ر �)م�ض�اج�ع� ي!! %ه%م) ع�ن� ال %وب ن �ج�اف�ىU ج% �ت ت

�)ف�ق%ون %ن �اه%م) ي ق)ن �ز �ر

%وا ان �ا ك!! ��م!! اءO ب �ز �%نd ج!! �ع)ي ة� أ ر �ه%م) م�ن) ق!!% %خ)ف�ي� ل ا أ ��ف)س� م!! �م% ن �ع)ل ف�ال� ت

��ع)م�ل%ون ي

Maksudnya:

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang

yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud

(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka

pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana

mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan

perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan

mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang

pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang

amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

al-Sajda (32) : 15-17

Page 24: PANDUAN SOLAT SUNAT

  Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang Solat Tahajjud.

Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih tinggi dari mereka yang tidak mengerjakannya di sisi

Allah Subhanahu wa Ta’ala.

و ج!!% �ر) ة� و�ي �ر �خ!! ذ�ر% اآل) �ح!!) ا ي O!!م� اج�دOا و�ق�ائ �)ل� س!! �اء� الل ي �ت� آن م ن) ه%و� ق�ان� أ

�=ه ب �ح)م�ة� ر �ر

��م%ون �ع)ل �م%ون� و�ال ذ�ين� ال� ي �ع)ل �و�ي ال ذ�ين� ي ت �س) ق%ل) ه�ل) ي

��اب )ب �ل %و األ) %ول �ذ�ك ر% أ �ت �ن م�ا ي إ

Maksudnya:

Adakah orang yang berbakti kepada Allah pada waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada siksa

hari akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian. Katakanlah

lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?

Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal

sempurna. - al-Z’Umar (39) : 9

  Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah

Bagi mereka yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat Tahajjud, mereka termasuk dalam golongan yang

dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

Daripada Abu Dzar, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda: Ada tiga golongan orang yang dicintai

Allah… (yang di antaranya adalah)

�)ل� و�ق�ع �ان� م�ن) آخ�ر� الل ي �ذ�ا ك %و)ا ح�ت ى إ ل ��ح ت � ف�ار) اف�ر� م�ع� ق�و)م �ج�ل� س � ر

Rع�اس% و� الن� ى أ ��ر )ك )ه�م) ال �ي ع�ل

ز ��ةO لل!!ه� ع!! غ)ب ��ط�ه ر� و�ص�ل ى ر %م� ق�ام� ف�ت ه�م) ث �ؤ%وس �ر% %و)ا ب ب �%و)ا ف�ض�ر ل ��ز ف�ن

Page 25: PANDUAN SOLAT SUNAT

)د�ه%. ن �)م�ا ع �ةO ف�ي غ)ب �و�ج�ل و�ر

Maksudnya:

Seorang yang bermusafir bersama sekelompok orang lalu mereka berangkat hingga apabila tiba waktu

akhir malam, mereka mengantuk lalu mereka turun (dari kenderaan) dan tertidur, sementara lelaki itu bangkit

lalu berwuduk dan solat kerana cinta kepada Allah, dan cinta pada apa yang berada di sisi-Nya. – Hadis riwayat

Imam al-Thabrani dalam al-Sunan al-Kubra

  Mudah Untuk Khusyuk.

Pada malam yang hening lagi damai menyebabkan minda seseorang itu merasa tenang. Lantaran itu solat pada waktu

malam sebegini terutamanya ketika sepertiga malam yang akhir memudahkan kita untuk mengerjakannya dengan penuh

khusyuk dan bacaan yang lebih baik. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Oيال��ق)و�م% ق Oا و�أ دR و�ط)ئ ��ش )ل� ه�ي� أ �ة� الل ي ئ ��اش �ن ن إ

Maksudnya:

Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

al-Muzzammil (73) : 6

  Mendekatkan Diri Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala

Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup kesalahan kita yang lalu serta

menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

�ل �ام� الل ي!!) �ن ق�ي %م) و�إ �ك )ل �ح�ين� ق�ب �ب% الص ال �ن ه% د�أ )ل� ف�إ � الل ي �ام �ق�ي %م) ب )ك �ي ع�ل

��ل�ى الل ه �ة� إ ب ق%ر)

. ��ات =ئ ي �لس )ف�ير� ل �ك � و�ت )م �ث )ه�اة� ع�ن) اإل) و�م�نMaksudnya:

Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang

soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus

Page 26: PANDUAN SOLAT SUNAT

dosa. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3472.

Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Jelaslah

bagi kita bahawa untuk mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka akan mendapat limpah kurnia daripada Allah

Subhanahu wa Ta’ala yang tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang mulia ini,

mereka mengalami kerugian yang amat besar. Sekiranya seseorang itu sedang menghadapi keadaan yang sukar ataupun

ditimpa kesusahan maka pohonlah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Tahajjud ini. Sesungguhnya

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian

yang besar bagi umat Islam, baginda telah melakukan solat Tahajjud ini untuk memohon pertolongan serta perlindungan

daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As:

�ام �وك� ق!! �ب!!% و�ة� ت ز) �ام� غ!! �ل م� ع!! �)ه� و�س!! �ي س%ول� الل ه� ص�ل ى الل ه% ع�ل ��ن ر أ

%ص�ل=ي )ل� ي م�ن) الل ي

��ه اب �ص)ح� اء�ه% ر�ج�ال� م�ن) أ ��م�ع� و�ر ت ف�اج)

Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan solat malam (Tahajjud) pada saat perang Tabuk,

maka para sahabat berkumpul di belakang baginda untuk menjaganya sampai baginda menyelesaikan solatnya dan

berpaling menghadapi mereka. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 6771.