Upload
robin-stone
View
16
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kajian
Citation preview
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN
PENYELIDIKAN TINDAKANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
25 Mei 2010PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
1.0 PENDAHULUAN
Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan
penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana
Muda Perguruan.
2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih
3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
Atas : 2.5 cm daripada jidar atas
Bawah : 2.5 cm daripada jidar bawah
Kanan : 2.5 cm daripada jidar kanan
Kiri : 4.0 cm daripada jidar kiri
Peringatan:
i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.
iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.
3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.
3.5 Nombor Halaman :
i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.
ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….
Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.
iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….
Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.
4.0 CETAKAN
Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.
5.0 PENJILIDAN
5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis biasa SAHAJA.
Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.
5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.
5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).
6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN
6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun
mengikut urutan berikut:
Judul lengkap penyelidikan
Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
Penyataan tujuan penyelidikan
Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
Bulan dan Tahun diserahkan
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah.
Sila lihat contoh di Lampiran A.
6.2 Tulang Kulit
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:
Nama IPG (singkatan)Nama CalonIjazahTahun
Contoh:
5.0 cm IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010
5.0 cm
7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun
mengikut format Penyelidikan Tindakan.
8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN
Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
8.1 Kertas Kosong
8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan
penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih
dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.
8.3 Halaman Pengakuan Penulis
Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian
penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat
contoh pada Lampiran C.
8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada
satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta
atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.
8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.
Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau
organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam
penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.
8.6 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang
digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.
Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak
melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia
hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,
kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila
lihat contoh pada Lampiran F dan G.
8.7 Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada
tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada
Lampiran H.
8.8 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam
penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.
8.9 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang
memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.
8.10 Halaman Senarai Lampiran
Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan
penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi
lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,
jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang
terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang
tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara
yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke
dalam lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B
dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya
bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga
boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada
Lampiran K.
8.12 Sistem Rujukan
8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,
penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis
mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang
terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:
(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:
Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…
Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).
(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:
Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…
Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:
Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …
Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…
(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:
Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).
Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.
8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:
(a) Buku
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.
(b) Jurnal
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.
(c) Surat khabar
Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.
(d) Tesis tidak diterbitkan
Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
(e) Media elektronik
Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/
(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/
8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia
Dalam Teks
Pengarang Melayu
Pengarang Cina
Pengarang India
Mohd. Ali (2005) menyatakan …
Lim (2006) menyokong …
Krishnan (2003) menerangkan…
Dalam Senarai Rujukan
Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.
Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.
Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan a/l Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.