15
Panduan Guru Versi 2. Layari www.standtogether.my/teacher untuk versi terbaru.

Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

  • Upload
    lythien

  • View
    240

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Panduan Guru Versi 2. Layari www.standtogether.my/teacher untuk versi terbaru.

Page 2: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Pengenalan

Buku ini adalah panduan bagi guru-guru yang ingin mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether yang akan berlangsung pada minggu pertama setiap April (April 2-6, 2018). Aktiviti-aktiviti ini hanya mengambil masa 10-15 minit setiap hari, tetapi ia mampu menambahbaik budaya dan suasana sekolah anda!

PANDUAN INI TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:

Aktiviti Kelas Harian

Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dijalankan di setiap kelas setiap hari semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan. Guru Tingkatan akan jalankan aktiviti-aktiviti tersebut semasa waktu pengajarannya. Pihak sekolah juga bebas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sendiri!

Cabaran Baik Hati

Cabaran Baik Hati adalah sebuah senarai semak harian perbuatan kebaikan yang para pelajar atau guru perlu lakukan. Selepas anda tandakan senarai perbuatan pada hari tersebut, tulis bagaimana perasaan anda! Terdapat dua senarai semak yang berbeza, satu untuk para guru, dan satu lagi untuk para pelajar.

Apa Itu Minggu Baik Hati Kebangsaan?

Minggu Baik Hati Kebangsaan adalah sebuah program tahunan bertujuan untuk memulakan revolusi kebaikan di semua sekolah seluruh negara. Ia akan dijalankan pada setiap minggu pertama bulan April setiap tahun, bermula tahun 2018 ini!

Sepanjang minggu ini, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mampu mewujudkan budaya sikap baik hati dan saling memahami di kalangan pelajar, guru, kakitangan dan juga komuniti di luar sekolah.Ketahui lebih lanjut di www.standtogether.my.

1

2

Lawati www.standtogether.my/teacher untuk muat turun bahan tambahan para guru, termasuk permainan, tips daripada pakar bagaimana untuk membanteras buli dan video pendidikan.

PANDUAN GURU

Page 3: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Bagaimana Untuk Mengambil Bahagian DalamMinggu Baik Hati Kebangsaan

DAFTARLayari laman web www.standtogether.my/register dan isi borang pendaftaran yang disediakan.

MUAT TURUN BAHAN-BAHANMuat turun buku Panduan Guru yang mengandungi aktiviti-aktiviti kelas yang ringkas dan panduan bagaimana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

LAKSANAJalankan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam buku panduan tersebut sepanjang Minggu Baik Hati Kebangsaan (2–6 April) di kelas atau kelab/persatuan.

KONGSI!Libatkan seluruh sekolah anda! Muat turun Panduan Pengetua dan kongsikannya dengan pengetua sekolah anda. Panduan ini mengandungi 8 langkah terbaik untuk memberantas buli di mana sekolah anda boleh praktikkan untuk mengurangkan perlakuan buli.

Sahkan penyertaan sekolah anda! Jika pengetua anda telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan (setelah membaca Panduan Pengetua), sila e-mel Surat Pengesahan Penglibatan Sekolah kepada [email protected] dengan subjek “Pengesahan Pengilibatan Sekolah #StandTogether”.

AJAK PELAJAR-PELAJAR ANDA UNTUK SERTAI PERTANDINGAN!

Kami akan menghadiahkan geran sehingga RM1,000 kepada 25 Projek Baik Hati yang dikendalikan oleh pelajar! Minta pelajar-pelajar kongsikan idea bagaiman untuk memupuk sikap baik hati di sekolah, dan hantarkannya kepada kami di www.standtogether.my/competition. Pelajar-pelajar yang terpilih akan menerima lawatan selebriti ke sekolah mereka!

BAGAIMANA ANDA BOLEH AMBIL BAHAGIAN

1

2

3

Page 4: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Sebelum Anda Mula

Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah buli di kelas anda. Garis panduan ini sebagai persediaan jika pelajar-pelajar anda mengadu jika mereka pernah dibuli.

Bagaimana saya tahu jika pelajar dibuli?

Berikut adalah beberapa tanda mereka dibuli: Kecederaan yang tidak mampu dijelaskan dan kehilangan atau kerosakan baju, buku, alat eletronik dan barang kemas.Kerap sakit kepala atau sakit perut, tidak sihat atau pun berpura-pura sakit.Pelajaran merosot, hilang minat dalam menyiapkan kerja rumah, atau enggan ke sekolah.Hilang kawan secara mendadak atau kurang bergaul.Perlakuan distruktif seperti ponteng kelas atau sekolah, mencederakan diri sendiri secara fizikal, atau bercakap mengenai bunuh diri.

Apa yang patut saya lakukan jika pelajar saya dibuli?Sentiasa ambil berat perkara yang disampaikan oleh mereka. Amat penting untuk anda mendengar kisah mereka dan beri mereka semangat. Bersabarlah! Sukar sebenarnya untuk seorang kanak-kanak bercerita kerana buli adalah sesuatu yang sangat menyeksakan untuk diceritakan. Jangan pernah salahkan kanak-kanak tersebut atas apa yang telah berlaku atau beritahu mereka untuk ‘abaikan sahaja’, atau perkara tersebut “sebahagian daripada proses pembinaan jati diri”. Membuli bukanlah suatu “pembinaan karakter’. Malah, membuli membunuh keupayaan kanak-kanak tersebut untuk mencapai potensi maksimal mereka.Jika anda ada melihat insiden buli berlaku atau ada pelajar yang melaporkan kejadian tersebut pada anda, pergi dan campur tangan dengan segera. Apa sahaja kes buli, penting untuk pembuli memahami bahawa perlakuan mereka itu salah.Setiap situasi buli itu unik. Ambil masa untuk memahami dinamik situasi tersebut supaya anda boleh mengambil langkah terbaik untuk menanganinya. Contohnya, jika berlaku pergaduhan fizikal, jangan leraikan dan beritahu mereka untuk main bersama-sama dengan elok. Perkara tersebut takkan berlaku.Hormati permintaan mangsa untuk merahsiakan dirinya dibuli. Jika ada pelajar yang datang mengadu tetapi mereka tidak mahu anda mengambil tindakan, hormati keputusan mereka dan bantu mereka selesaikan situasi tersebut sendiri. Jika keselamatan kanak-kanak tersebut terancam adalah lebih baik untuk mengambil tindakan (*Ada masanya kita patut bersuara, contohnya apabila keselamatan kanak-kanak tersebut terancam).

1.

2.3.4.5.

1.

2.

3.

4.

5.

panduan guru

Page 5: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan
Page 6: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Pengenalan Kepada Cabaran Baik Hati

BAHAN-BAHAN:Student Kindness Checklist (disertakan di lampiran). Anda juga boleh memuat turun dan dapatkan senarai semak ini di www.standtogether.my/resource

BAGAIMANA?

Cetak “Student Kindness Checklist” daripada bahagian “Cabaran Baik Hati” dan agihkan kepada semua pelajar di kelas.

Terangkan pada para pelajar apa yang mereka lakukan sepanjang minggu ini. Setiap kali pelajar anda melakukan suatu kebaikan dari senarai tersebut, minta mereka tandakan kotak “Done”.

Tandatangan senarai semak mereka setiap kali mereka selesai melakukan satu perbuatan baik hati dan isikan bahagian “Bagaimana perasaan anda”.

Ingatkan para pelajar untuk menyelesaikan senarai semak tersebut sepanjang minggu ini. Hari ini, mereka perlu katakan sesuatu yang baik kepada guru, pelajar atau seseorang yang mereka tidak kenali.

Ingatkan pelajar anda untuk tonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Isnin di laman web www.standtogether.my

ISNIN

1

2

3

4

Page 7: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Senaraikan Tingkah Laku “Jahat”Minta para pelajar untuk menyenaraikan tingkah laku “jahat” bersama-sama (cth: memanggil nama,

menarik rambut, bergosip, dll) dan pastikan mereka bersama-sama bersetuju untuk menukar setiap tingkah laku “jahat” tersebut dengan tingkah laku yang baik. Menukar setiap tingkah laku “jahat” kepada sesuatu

yang baik mampu mengubah suasana kelas menjadi lebih ramah.

BAHAN-BAHAN:Kertas MahjongPen MarkerPen dan kertas (daripada pelajar)

SELASA

1

2

3

a)

b)

c)

d)

a)b)c)

4

Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Selasa di laman web www.standtogether.my. Video hari ini adalah tentang jenis-jenis buli.

Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah “ Tuliskan sebuah nota yang memberi galakan kepada rakan anda.”

TANYAKAN MEREKA APA YANG MEREKA RASAKAN ADALAH KELAKUAN YANG “JAHAT”Bimbing pelajar-pelajar untuk merenung dan memikirkan kelakuan jahat yang mereka pernah saksikan. Adakan kelakuan itu menyakitkan diri mereka sendiri ataupun orang lain?Beri mereka beberapa contoh. Pastikan mereka sertakan contoh-contoh kelakuan fizikal (memukul, mencubit, menolak, dll) dan kelakuan bukan fizikal (menyebarkan khabar angin, memuatnaik gambar-gambar memalukan di atas talian, membuat lawak yang menyakitkan, memulaukan seseorang dari kumpulan, dll) Minta pelajar-pelajar untuk menulis SATU contoh kelakuan jahat atas sehelai kertas dan lipat kertas tersebut.Kumpul kertas-kertas jawapan para pelajar.

MINTA PARA PELAJAR UNTUK MENCADANGKAN SATU KELAKUAN BAIK UNTUK MENUKAR KELAKUAN “JAHAT” ITUMinta para pelajar untuk mencadangkan satu kelakuan baik yang boleh menggantikan kelakuan “jahat” itu.

Contohnya: Kelakuan “memanggil nama” boleh digantikan dengan perbuatan “memuji”.Tambahkannya pada kertas sama yang ditulis dalam soalan #1 dan lipat kertas tersebut.Kumpul semua kertas-kertas jawapan pelajar.

TULIS JAWAPAN PELAJAR

Tampal sehelai kertas mahjong di atas papan putih/papan hitam.Jika ada jawapan yang berulang (atau jawapan tersebut hampir sama dengan jawapan sebelumnya), anda tak perlu tuliskannya lagi. Anda hanya perlu kira jumlah jawapan sama yang telah diberi, dan tuliskannya di sebelah jawapan sebenar.

PELAJAR-PELAJAR BERIKRAR UNTUK MENGELAK KELAKUAN-KELAKUAN “JAHAT” INI DAN BERSIKAP BAIK HATITampal kertas mahjong ini di mana-mana dinding kelas.Minta semua pelajar untuk berikrar sesama sendiri untuk menggantikan kelakuan “jahat” tersebut dengan kelakuan “baik”

a)

b)

c)

a)

b)

c)

a)

b)

Page 8: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

c)

a)

b)

a)

b)

c)

1

2

3

Memahami Tingkah Laku “Jahat”Semalam, pelajar-pelajar anda sudah pun bersetuju apakah itu kelakuan yang “jahat”. Matlamat hari

ini adalah untuk memahami apakah yang menyebabkan seseorang berkelakuan “jahat” dan mengapa sesetengah orang menjadi sasaran pembuli berbanding orang lain. Bincangkan dengan para pelajar apakah

punca sebenar seseorang berkelakuan ganas ataupun “jahat”. Latihan ini menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyelami dan memahami perasaan orang lain.

BAHAN-BAHANKertas MahjongPen MarkerPen dan kertas (daripada pelajar)

a)b)c)

4

Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Duta Selebriti #StandTogether hari Rabu di laman web www.standtogether.my.

Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah “ Minta maaf kepada kelakuan salah anda kepada seseorang.”

TANYAKAN PARA PELAJAR APAKAH PUNCA SESEORANG BERKELAKUAN “JAHAT”Lihat pada kelakuan-kelakuan jahat yang telah dikenalpasti semalam. Tanyakan pada para pelajar mengapa mereka rasa sesetengah orang melakukan perkara-perkara jahat itu? Contohnya, jika semalam seorang pelajar mengatakan bahawa “Menumbuk” itu adalah kelakuan jahat, tanya pelajar tersebut “Apakah punca seseorang menumbuk orang lain?”Minta mereka tulis jawapan-jawapan mereka di atas sehelai kertas.

TANYAKAN MEREKA MENGAPA SESETENGAH ORANG MENJADI SASARANMinta para pelajar untuk berfikir mengapa sesetengah individu lebih berkemungkinan untuk dibuli. Minta mereka tulis pada kertas yang sama dengan soalan #1.

BINCANG BAGAIMAN BERSIKAP BAIK HATI BOLEH MEMBANTURujuk kelakuan baik yang telah dikenalpasti semalam. Tanyakan mereka bagaimana bersikap baik hati boleh membantu kawan-kawan mereka yang dibuli atau yang “jahat”. Contohnya, jika seseorang menumbuk

kerana dia marah, bagaimana bersikap baik hati boleh menghentikan kemarahan mereka? Bagaimana ia boleh membantu rakan-rakan sekelas mereka? Bagaimana perasaan anda? Dsb.Minta mereka tulis jawapan mereka pada sehelai kertas dan lipat kertas tersebut.

TULIS JAWAPAN PELAJARKumpul semua kertas jawapan dari para pelajar.Tampal sehelai kertas mahjong pada papan putih/papan hitam.Di hadapan kelas, bacakan jawapan-jawapan pelajar dan tuliskan jawapan tersebut di atas kertas mahjong.

BERIKRAR UNTUK SALING MENYOKONGIngatkan para pelajar bahawa pelajar yang membuli selalunya menghadapi masalah di rumah atau masalah peribadi.Ingatkan para pelajar bahawa mereka mampu memastikan bahawa semua rakan sekelas mereka selamat daripada dibuli. Beritahu para pelajar bahawa kita semua lebih kuat apabila kita bekerjasama, dan kadangkala apa yang diperlukan untuk menghentikan kes-kes pembulian adalah untuk bersuara beramai-ramai.Minta para pelajar berikrar untuk bersikap baik hati dan membantu pembuli dan mangsa.

RABU

a)

b)

c)

a)

b)

a)b)

Page 9: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Bantuan dan Sokongan

Kami ingin memastikan bahawa para pelajar mempunyai seseorang yang mereka boleh percayai dan mengharapkan pada bila-bila masa. Di sini, anda boleh memperkenalkan servis sedia ada yang mampu membantu mereka, di dalam dan luar sekolah. Samada mereka pembuli, pernah dibuli atau perlukan

bantuan, mereka boleh manfaatkan senarai di bawah.

BAHAN-BAHAN:Pen MarkerPapan hitam/papan putihPoster Sokongan #StandTogether (muat turun di www.standtogether.my/support)

BAGAIMANA?

PERKENALKAN MEREKA DENGAN SERVIS-SERVIS BERIKUT:1. Bilik Kaunselinga) Lokasub) Siapa guru kaunselor

2. Bantuan talian untuk pelajar-pelajar yang ingin mengadu atau meluahkan perasaana) Befrienders - hubungi 03-79568145 or e-mel [email protected]) Talian Kasih - hubungi 15999

3. Layari www.standtogether.my/support untuk lihat senarai organisasi yang boleh membantu.

Kami sudah menyediakan beberapa tip untuk para pelajar tentang apa yang mereka boleh lakukan jika mereka dibuli (disertakan di bahagian lampiran). Sila bacakan senarai ini bersama pelajar-pelajar anda.

a)b)c)

KHAMIS

Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Khamis di laman web www.standtogether.my. Video hari ini mengandungi tips untuk pelajar-pelajar yang dibuli.

Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah “ Tuliskan sebuah nota ucapan terima kasih kepada peniaga kantin anda.”

Page 10: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Ikrar Baik Hati Peribadi

Sebagai penutup, minta pelajar-pelajar anda untuk menulis ikrar baik hati mereka sendiri untuk tahun ini. Ini boleh membina mereka menjadi bertanggungjawab memperbaiki suasana sekolah, bermula dengan

mereka sendiri

BAHAN-BAHAN:Pen dan kertas

BAGAIMANA?Minta para pelajar untuk tulis sebuah ikrar peribadi di atas sehelai kertas. Ikrar tersebut perlu mengandungi TIGA perkara yang mereka mampu lakukan sepanjang tahun untuk menyebarkan kebaikan.

Contoh:Saya berikrar untuk berbuat baik pada satu orang sekali sehari sepanjang tahun.Saya berikrar untuk berhenti menulis komen-komen jahat di media sosial, dan menulis komen yanglebih positif.Saya berikrar untuk mempertahankan kawan saya jika mereka dibuli

Perkara lain yang mereka boleh ikrarkan: Saya berikrar untuk berjabat tangan atau “high-five” cikgu saya setiap hari!Saya berikrar untuk menulis nota terima kasih kepada semua guru dan rakan sekelas saya sepanjang tahunSaya berikrar untuk menulis mesej positif di media sosial setiap mingguSaya berikrar untuk membantu kerja rumah kawan saya setiap hari

Galakkan pelajar-pelajar anda untuk ikrarkan sesuatu yang mereka mampu lakukan sepanjang tahun, bukan sekali sahaja. Bersikap baik hati sepatutnya menjadi sebuah kebiasaan!

Mereka boleh tampal ikrar mereka di dalam bilik, di laman sosial, ataupun simpan sahaja.Ataupun anda boleh reka sebuah papan ikrar baik hati di dalam kelas, di mana pelajar-pelajar boleh tampal ikrar mereka di situ sepanjang tahun.

1.2.

3.

a)b)c)d)

JUMAAT

Ingatkan pelajar-pelajar untuk menonton Video Pendidikan Selebriti #StandTogether hari Jumaat di laman web www.standtogether.my.

Semak bagaimana perkembangan pelajar-pelajar anda dengan Cabaran Baik Hati. Perbuatan hari ini adalah “ Tampalkan sebuah nota ucapan terima kasih di pejabat guru anda”

Page 11: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan
Page 12: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan
Page 13: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan
Page 14: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

LAMPIRAN

Page 15: Panduan Guru Versi 2. Layari … · Sebelum anda mulakan aktiviti-aktiviti ini pada hari Isnin, sila baca garis panduan di bawah bagaimana ... Tampal sehelai kertas mahjong pada papan

Tip untuk pelajar-pelajar yang dibuli

Jika anda dibuli, anda tidak keseorangan dan anda bukanlah seorang yang tidak berdaya. Di sini kami kongsikan lima perkara yang anda boleh lakukan hari ini, untuk membantu diri anda.

Pertama, jangan salahkan diri anda! Inilah mesej paling penting dan jika anda hanya mampu ingat satu perkara sahaja, ingatlah bahawa ini bukan salah anda. Segala perkara jahat yang dilemparkan atau dilakukan pada anda, ia bukan salah anda dan anda tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Pastikan anda dapatkan bantuan. Beritahu guru anda, ibubapa anda, guru kaunselor atau mana-mana orang dewasa yang anda boleh percayai. Kami faham bahawa ia sesuatu yang sukar untuk mengakui diri anda dibuli dan mungkin anda malu, tetapi membuli itu sesuatu yang berlaku hampir pada semua orang. Memberitahu pada seorang dewasa mungkin akan membantu anda mendapatkan bantuan, dan mungkin juga membantu pembuli mengubah kelakuannya.

Bersuaralah. Kadangkala, memberanikan diri di hadapan pembuli sekali sahaja pun mampu menghentikan mereka. Jika anda rasa mereka suka membuli anda sebab anda tidak membalas balik, berdepanlah dengan mereka dan buktikan bahawa anda tidak takut untuk mendiamkan mereka. Buat perubahan. Jika anda dibuli secara fizikal, pilihan yang lebih selamat adalah dengan mengelak dengan pembuli. Fikirkan bila dan di mana ia berlaku - jika buli itu berlaku di dalam perjalanan pulang ke rumah, contohnya, ada tak jalan lain yang anda boleh ambil? Ada tak kawan yang anda boleh balik bersama? Cuba fikirkan kawasan yang lebih selamat anda boleh pergi, yang boleh buat anda tidak mudah diserang. Apapun ia, jangan takut untuk lari jika perlu. Tidak perlu malu untuk menyelamatkan diri.

Akhirnya , jika anda nampak seseorang dibuli, jangan jadi pemerhati - itu hanyalah seseorang yang berdiri tanpa membuat apa-apa. Bersegeralah melaporkan pada seorang dewasa! Walaupun anda tidak mampu buat apa-apa, jangan hanya berdiri dan melihat. Kadang-kadang, pembuli sukakan perhatian dari orang ramai. Tinggalkan tempat itu, dan yakinkan orang lain untuk ikut anda sekali (jika ia selamat untuk dilakukan) dan laporkan pada seorang dewasa.

1.

2.

3.

4.

5.