4
PANDU PUTERI TUNAS Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat- sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna. T Tolong orang selalu U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N Nilai hidup yang murni A Akhlak yang utuh S Selalu senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan

Pandu Puteri Tunas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pandu Puteri Tunas

PANDU PUTERI TUNAS

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selaluU Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan NegaraN Nilai hidup yang murniA Akhlak yang utuhS Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri TunasU Utamakan tanggungjawab sendiriT Tabah menghadapi cabaranE Erat dalam perpaduanR Rela berkhidmat untuk masyarakatI Indah budi bahasa

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

Page 2: Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri TunasKumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

MelurMelur taat dan setiaBerusaha setiap masa

SiantanSiantan datang berkawanBerani macam pahlawan

TerataiTeratai nama kamiBekerja setiap hari

KesidangKami Kesidang datangMenolong pagi petang

CempakaCempaka bersuka riaMenolong orang duka

KenangaKami bernama KenangaBerjasa bertenaga

LAGU DUNIA

Page 3: Pandu Puteri Tunas

Versi Bahasa Melayu

Arah kita jelas ke depan,Bendera berkibar;Tidak berlipat di duniaHarapan abadi;Bersatu untuk kebenaran,Persahabatan kukuh;Selagi dunia masih adaAkan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,Menetapkan janji;Dengan rela berjasa,setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama;Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.

English Version

Our way is clear as we march on,And see our flag on highIs never furled throughout the worldFor hope shall never dieWe must unite for what is rightIn friendship true and strongUntil the earth in its rebirthShall sing our song.Shall sing our song.

All those who loved the true and goodWhose promises we were keptWith humble minds whose acts were kindWhose honour never sleptThose were the free and we must bePrepared like them to liveTo give to all, both great and smallAll we can giveAll we can give.