4
Jaminan kolej penginapan UKM yang disediakan khas untuk peserta program PALAPES Kolej Tun Hussein Onn atau lebih dikenali sebagai KTHO adalah salah satu daripada 9 buah kolej yang menawarkan penempatan khas untuk peserta-peserta yang menyertai program PALAPES yang terdapat di UKM, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam konteks lain, kolej ini merupakan kolej yang pertama yang dibangunkan sejak pertubuhan UKM pada tahun 1970 dan diikuti Kolej Dato’ Onn (KDO), Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Ungku Omar (KUO) dan beberapa kolej lain. Pelajar tahun 1 yang berdaftar pada awal semester 1 adalah diwajibkan untuk menginap di kolej kediaman yang ditawarkan oleh pihak UKM. Walau bagaimanapun, seseorang pelajar tidak dijamin untuk mereka kekal di kolej yang sama pada sesi atau tahun yang berikutnya. Hal ini kerana terdapat polisi yang dilaksanakan oleh pentadbiran kolej iaitu mereka mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pelajar tahun satu yang ingin terus kekal menginap di kolej. Antaranya ialah keaktifan seseorang pelajar dalam mengikuti atau menyertai program yang dianjurkan oleh pihak kolej. Namun begitu, bagi pelajar KTHO yang mendaftarkan diri sebagai peserta PALAPES secara tidak langsung mereka berpeluang untuk terus kekal menginap di kolej pada tahun yang akan datang sehingga mereka tamat pentauliahan PALAPES. Walaupun mereka diberi kelebihan untuk mendiami Kolej sehingga akhir pentauliahan, mereka perlu membayar yuran kolej

Palapes

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja berkaitan pendidikan & masyarakat

Citation preview

Page 1: Palapes

Jaminan kolej penginapan UKM yang disediakan khas untuk peserta program PALAPES

Kolej Tun Hussein Onn atau lebih dikenali sebagai KTHO adalah salah satu daripada 9 buah

kolej yang menawarkan penempatan khas untuk peserta-peserta yang menyertai program

PALAPES yang terdapat di UKM, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam konteks lain, kolej

ini merupakan kolej yang pertama yang dibangunkan sejak pertubuhan UKM pada tahun

1970 dan diikuti Kolej Dato’ Onn (KDO), Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Ungku Omar

(KUO) dan beberapa kolej lain. Pelajar tahun 1 yang berdaftar pada awal semester 1 adalah

diwajibkan untuk menginap di kolej kediaman yang ditawarkan oleh pihak UKM.

Walau bagaimanapun, seseorang pelajar tidak dijamin untuk mereka kekal di kolej

yang sama pada sesi atau tahun yang berikutnya. Hal ini kerana terdapat polisi yang

dilaksanakan oleh pentadbiran kolej iaitu mereka mengenakan syarat-syarat tertentu kepada

pelajar tahun satu yang ingin terus kekal menginap di kolej. Antaranya ialah keaktifan

seseorang pelajar dalam mengikuti atau menyertai program yang dianjurkan oleh pihak kolej.

Namun begitu, bagi pelajar KTHO yang mendaftarkan diri sebagai peserta PALAPES secara

tidak langsung mereka berpeluang untuk terus kekal menginap di kolej pada tahun yang akan

datang sehingga mereka tamat pentauliahan PALAPES.

Walaupun mereka diberi kelebihan untuk mendiami Kolej sehingga akhir

pentauliahan, mereka perlu membayar yuran kolej kerana polisi UKM yang menekankan hak

kesamarataan di kalangan warga UKM.

Page 2: Palapes

Berikut adalah gambar Kolej Tun Hussein Onn serta penghuni PALAPES :

Lampiran 1 : Foyer KTHO bahagian hadapan

Lampiran 2 : Foyer KTHO di sudut kiri

Page 3: Palapes

Lampiran 3 : KTHO dan lambang PALAPES

Lampiran 5 : Peserta PALAPES selepas tamat latihan harian