66
Our Code of Business Conduct Bahasa Melayu

Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Spine is set at 3 mm but will need adjustment depending on the booklet width.Add to back as needed.

COVER

BACK COVER

Our Code of Business ConductBahasa Melayu

Page 2: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan
Page 3: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Kita semua bertanggungjawab

Doug Pferdehirt Ketua Pegawai Eksekutif

Visi kita adalah untuk meningkatkan prestasi industri tenaga dunia dan cara kita menjalankan perniagaan adalah sama penting seperti tujuan kita menjalankan perniagaan. Kita bertindak secara beretika, mengikut undang-undang dan selaras dengan nilai teras dan kepercayaan asas kita dalam semua tindakan yang kita lakukan.

Kita tidak akan berkompromi berkaitan dengan keselamatan, integriti, kualiti, hormat dan kemampanan dalam keputusan yang kita buat dan Tatakelakuan Perniagaan kita dibuat berdasarkan kepercayaan asas ini.

Tatakelakuan kita memberi kita bahasa dan panduan bersama untuk keputusan dan tindakan yang membantu kita mengamalkan nilai teras kita. Tatakelakuan ini terpakai kepada kita semua – tanpa mengambil kira peranan kita, tanpa mengambil kira di mana kita bekerja.

Terserah kepada kita semua – kita mesti menegakkan prinsip Tatakelakuan ini bagi memastikan kita memenuhi cita-cita kita dan berjaya pada hari ini dan pada masa hadapan.

Page 4: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Jadual kandungan

2

Page 5: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Pengenalan

Apakah Tatakelakuan Perniagaan TechnipFMC? 4

Apakah peranan kita? 5

Apakah nilai teras kita? 6

Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai kekhuatiran? 8

Adakah anda akan menghadapi masalah kerana membuat laporan? 9

Respons kita terhadap kekhuatiran 10

Mendapat latihan tentang Tatakelakuan Perniagaan 11

Melindungi orang dan persekitaran

Tingkah laku di tempat kerja 14

Amalan pekerjaan yang adil dan peluang sama rata 15

Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17

Hak asasi manusia 18

Penglibatan masyarakat 19

Pematuhan imigresen 19

Keselamatan 20

Melindungi perniagaan dan penjenamaan

Antirasuah 40

Hadiah, keraian dan layanan mesra 46

Derma dan sumbangan amal 49

Konflik kepentingan 50

Pengubahan wang haram 53

Kawalan eksport dan pematuhan perdagangan 54

Undang-undang persaingan dan antitrust 56

Kepimpinan berkualiti 58

Aktiviti politik 59

Imej dan jenama korporat 60

Komunikasi luaran 61

Media sosial 62

Melindungi aset dan maklumat

Perlindungan harta intelektual 24

Buku dan rekod yang tepat 26

Keselamatan maklumat 30

Privasi dan data peribadi 35

Perdagangan orang dalam dan memberikan maklumat tentang saham 36

Jadual kandungan | 3

Page 6: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Apakah Tatakelakuan Perniagaan TechnipFMC?

Tatakelakuan Perniagaan ini (Tatakelakuan kita) ditubuhkan atas nilai teras dan kepercayaan asas kita.

Tatakelakuan ini menerangkan tentang pembuatan keputusan dan tingkah laku yang diharapkan daripada anda dan syarikat apabila berurusan antara satu sama lain dan pihak berkepentingan kita. Ia bertujuan untuk memberikan anda panduan tambahan bagi memastikan kita melaksanakan perniagaan dan berkelakuan dengan cara TechnipFMC.

Tatakelakuan ini berfungsi bersama dengan dasar dan prosedur kita yang diterbitkan di laman web dalaman kita. Jangan ragu-ragu untuk merujuknya apabila anda memerlukan penerangan yang lebih lengkap tentang prinsip TechnipFMC.

4

Page 7: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Apakah peranan kita?

Setiap daripada kita memainkan peranan dalam mengekalkan reputasi syarikat dan bersama-sama kita membentuk budaya TechnipFMC.

Tatakelakuan kita terpakai untuk setiap daripada kita:

Semua pengarah, pegawai dan pekerja

Semua pekerja subsidiari dan syarikat gabungan kita

Sesiapa yang mewakili TechnipFMC atau bertindak bagi pihak kita, termasuk pekerja kontrak, rakan niaga, subkontraktor, pembekal, kontraktor, ejen dan ejen jualan.

MengamalkanMembaca dan memahami panduan yang diberikan dalam Tatakelakuan Perniagaan ini dan dasar-dasar kita serta mengamalkannya setiap hari.

MemimpinMembantu ahli pasukan lain dalam mematuhi Tatakelakuan kita dengan cara kepimpinan melalui teladan dan memberikan latihan berkenaan isu-isu yang paling kerap dihadapi dalam perniagaan anda.

MenyokongMewujudkan persekitaran yang menggalakkan ahli pasukan lain menyuarakan kekhuatiran tentang etika lebih awal.

MelaporkanMelaporkan tingkah laku yang mungkin melanggar garis panduan yang ditetapkan dalam Tatakelakuan dan dasar-dasar kita.

MenghentikanCampur tangan, tanpa ragu-ragu, untuk menghentikan mana-mana aktiviti yang dilakukan oleh orang lain yang bertentangan dengan dasar dan Tatakelakuan kita.

Berkongsi Tatakelakuan kita:

Kita berhasrat untuk memupuk hubungan perniagaan dengan klien, subkontraktor, pembekal dan rakan perniagaan berdasarkan set prinsip kelakuan perniagaan yang sama.

Tatakelakuan ini seharusnya dikongsi dan dibincangkan dengan klien, pembekal dan rakan perniagaan kita untuk menerangkan dengan lebih baik tentang peraturan kelakuan kita dan mengukuhkan budaya akauntabiliti kita.

Kita semua diharapkan untuk:

Pengenalan | 5

Page 8: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Apakah nilai teras kita?

Nilai-nilai kita mencerminkan cara kita menjalankan perniagaan dan berkelakuan setiap hari. Ia menentukan aspirasi kita dan syarikat yang kita mahukan. Ia adalah pendorong dalam membangunkan identiti bersama yang global.

Nilai-nilai untuk membimbing cara kita bertindak – kepada diri sendiri, satu sama lain serta klien, rakan perniagaan dan pihak berkepentingan – untuk mengukuhkan cara TechnipFMC.

Kita mempunyai nilai kerana kelakuan dan tindakan kita menghasilkan perbezaan. Mengaplikasikan nilai-nilai kita pada setiap hari akan membantu kita mencapai cita-cita kita dan berjaya pada hari ini dan pada masa hadapan – di samping kita meningkatkan prestasi industri tenaga dunia.

6

Page 9: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Mencapai kemungkinanKita terus maju dan mencari penyelesaian baharu, inovatif, meneroka semua peluang untuk memaksimumkan potensi kita

Kita berusaha untuk menjadi lebih baik Kita terus menambah baik dan membuat inovasi terhadap cara kita bekerja dan perkara yang kita sampaikan

Kita mengambil inisiatif Kita secara proaktif berusaha mencapai potensi tertinggi dalam semua perkara yang kita lakukan

Kita belajar daripada kejayaan dan kegagalan Kita belajar daripada setiap langkah yang kita ambil untuk terus maju dan mencari cara yang lebih baik

KeselamatanKita tidak akan berkompromi tentang kesihatan dan keselamatan

MenghormatiKita memperlakukan semua orang dengan jujur, adil dan sopan

IntegritiKita berpegang kepada prinsip moral dan etika yang paling tinggi

KemampananKita bertindak secara bertanggungjawab, sentiasa mempertimbangkan kesan kita terhadap planet, orang dan masyarakat di tempat kita beroperasi

KualitiKita memberikan kualiti tertinggi dalam semua perkara yang kita lakukan

Kepercayaan asas kita

Kepercayaan asas kita ialah asas nilai-nilai kita yang menggambarkan cara kita secara asasnya menjalankan perniagaan dan perkara yang tidak pernah kita berkompromi, tanpa mengira keadaan.

Nilai teras kita

Nilai teras kita adalah pendorong yang membimbing cara kita bertindak dengan cara TechnipFMC yang tersendiri, supaya kita boleh menyampaikan tujuan dan mencapai visi kita. Kita mengamalkan nilai-nilai kita melalui kelakuan kita – tindakan yang khusus, boleh dilihat dan boleh diukur.

Apabila anda membaca Tatakelakuan kita,

anda akan melihat bahawa kepercayaan

asas adalah terkandung secara nyata

dalam setiap bab.

Kita bekerja sebagai satu pasukan Kita mengutamakan kejayaan bersama dan berusaha ke arah matlamat yang sama bersama-sama

Kita berkongsi pengetahuan Kita berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi secara sukarela pengetahuan dan pandangan kita untuk membantu orang lain mencapai prestasi terbaik

Kita menerima kepelbagaian pemikiran Kita mengalu-alukan idea baharu untuk membuka potensi yang dikongsi bersama – tiada sesiapa yang mempunyai pengetahuan sebanyak yang diketahui oleh semua orang

Kita mendengar untuk memperbaik Kita mendengar dengan teliti untuk memahami dengan mendalam perkara yang paling penting dan memberikan tumpuan terhadap cara untuk mengatasinya

Kita bekerjasama secara membina Kita bekerja secara rapat dan telus dalam perkongsian yang sebenar, menangani cabaran dengan pemikiran yang positif

Kita berusaha untuk mengungguli Kita memberikan tumpuan untuk melakukan tugas dengan betul dan bermatlamat untuk menyampaikan hasil yang melebihi jangkaan

Mencapai bersama-samaKita bekerja sebagai satu pasukan, bekerjasama dan berkongsi untuk menghasilkan kesan yang terbesar

Membina kepercayaanKita bekerjasama dengan telus untuk menangani perkara yang benar-benar penting dan sentiasa menyampaikan perkara yang kita janjikan

Pengenalan | 7

Page 10: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai kekhuatiran?

Adakah tindakan itu sah?

Adakah tindakan itu selaras dengan kepercayaan asas dan nilai teras TechnipFMC?

Adakah tindakan itu memberikan contoh yang baik?

Adakah saya selesa bercakap tentang tindakan saya dengan rakan sekerja, keluarga dan rakan saya?

Adakah saya meminta nasihat daripada orang lain yang mempunyai pengetahuan mengenai topik ini supaya saya dapat membuat keputusan yang tepat?

Pengurus langsung anda atau orang lain dalam pengurusan anda.

Ketua Pegawai Pematuhan atau sesiapa sahaja dalam Pematuhan Korporat.

Mana-mana pegawai syarikat.

Wakil Sumber Manusia anda.

Jabatan undang-undang serantau anda.

Pihak ketiga yang bebas melalui talian penting pelaporan yang khusus.

Sekiranya anda tidak pasti cara menyelesaikan sesuatu situasi tertentu, tanyalah kepada diri sendiri tentang soalan-soalan ini:

Anda boleh melaporkan kekhuatiran anda melalui mana-mana saluran ini:

Sekiranya anda menjawab tidak kepada mana-mana soalan ini, pelanggaran terhadap Tatakelakuan atau dasar kita telah berlaku atau mungkin berlaku, dan anda bertanggungjawab untuk melaporkannya.

Perkara yang penting adalah untuk tidak membiarkan kekhuatiran anda tidak diselesaikan.

Tidak kira jenis saluran pelaporan yang anda gunakan, Ketua Pegawai Pematuhan akan menerima aduan tersebut dan memastikan maklumat dikumpulkan dan disimpan dengan selamat.

8

Page 11: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Adakah anda akan menghadapi masalah kerana membuat laporan?

TechnipFMC mempunyai dasar toleransi sifar bagi tindak balas terhadap pekerja kerana melaporkan pelanggaran dasar kita atau Tatakelakuan Perniagaan yang disyaki.

Kita menggalakkan pekerja dan orang lain untuk mengemukakan soalan dan kekhuatiran bagi memastikan kita memimpin melalui teladan.

Tindakan balas terhadap sesiapa yang membuat laporan secara jujur tentang kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan atau dasar kita atau bekerjasama dengan siasatan, adalah dilarang sama sekali.

Laporkan butiran tindakan balas kepada Penasihat Pematuhan Serantau anda, sesiapa sahaja di jabatan Pematuhan Korporat atau kepada Ketua Pegawai Pematuhan dengan segera.

Pengenalan | 9

Page 12: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Respons kita terhadap kekhuatiran

Kita melayani semua laporan pelanggaran yang disyaki terhadap Tatakelakuan kita secara rahsia dan akan berkongsi maklumat hanya dengan mereka yang “perlu tahu” untuk menyiasat dan menyelesaikan isu tersebut.

Sekiranya anda diminta untuk membantu dalam sesuatu siasatan, anda harus membantu secara jujur dan terbuka. Dalam keadaan tertentu dan berdasarkan kepada undang-undang yang berkaitan, apabila menyiasat tentang sesuatu kekhuatiran, TechnipFMC boleh mengakses, mengkaji dan mendedahkan maklumat yang diproses atau disimpan di dalam peralatan, peranti atau komputer syarikat.

Kami akan menyiasat semua laporan dengan segera dan mengambil tindakan yang perlu, termasuk tindakan tatatertib jika sesuai.

Situasi yang boleh menyebabkan tindakan disiplin adalah termasuk:

Melanggar Tatakelakuan, piawaian atau dasar.

Gagal untuk bekerjasama dengan jujur dan terbuka dalam penyiasatan bagi kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan, piawaian atau dasar kita.

Meminta orang lain untuk melanggar Tatakelakuan, piawaian atau dasar kita.

Membuat tindakan balas kepada sesiapa yang membuat laporan bagi kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan, piawaian atau dasar kita.

Tidak melaporkan sebarang pelanggaran yang diketahui atau disyaki terhadap Tatakelakuan, piawaian atau dasar kita.

Secara sengaja melaporkan tuduhan palsu bagi kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan, piawaian atau dasar kita.

Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kelakuan atau tindakbalas yang tidak wajar akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan aturan dan peraturan yang berkenaan, termasuk tindakan diberhentikan kerja.

10

Page 13: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Mendapat latihan tentang Tatakelakuan Perniagaan

Beberapa kursus latihan Tatakelakuan Perniagaan akan disediakan. Program latihan kita ialah faktor penting untuk mengukuhkan etika, pematuhan dan kecekapan dalam syarikat kita. Anda diharapkan untuk menerima permintaan bagi latihan berkaitan denganTatakelakuan. Bercakap dengan pengurus anda mengenai sebarang latihan yang anda ingin ambil.

Pengenalan | 11

Page 14: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tingkah laku di tempat kerja 14

Amalan pekerjaan yang adil dan peluang sama rata 15

Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17

Hak asasi manusia 18

Penglibatan masyarakat 19

Pematuhan imigresen 19

Keselamatan 20

Melindungi orang dan persekitaran

Tatakelakuan Perniagaan Kita

Page 15: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Page 16: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Kita percaya bahawa semua pekerja kita berhak mendapat layanan, ihsan dan penghormatan yang adil, di mana-mana sahaja mereka bekerja – di pejabat, di atas kapal, tapak industri dan pembinaan, atau di pejabat klien.

Cara untuk berkelakuan baik

Percayalah kepada pasukan dan jangan terima sebarang penyelewengan rakan sekerja. Setiap pencapaian dan setiap kegagalan perlu dikongsi.

Kita akan mengekalkan budaya saling mempercayai dan saling menghormati serta berdialog di seluruh perniagaan kita. Kita mendengar, memberikan motivasi dan menyokong orang lain untuk mencapai matlamat yang sama dan kita menghargai sumbangan orang lain.

Kita tidak bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk penyalahgunaan atau gangguan dan tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa tindakan, kelakuan atau tingkah laku yang memalukan, mengancam atau bermusuhan.

Sentiasa

Bersikap terbuka, menyalurkan pengetahuan kita dan berkongsi maklumat seperti yang diperlukan, tertakluk kepada peraturan TechnipFMC mengenai kerahsiaan.

Mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan melaporkan sebarang tingkah laku yang mengganggu.

Menggalakkan pendekatan objektif berdasarkan sikap saling menghormati untuk mengiktiraf sumbangan masing-masing.

Mengalakkan pasukan anda untuk melaporkan sebarang gangguan seperti pengasingan fizikal atau sosial (layanan diam) atau cadangan yang tidak senonoh untuk kelebihan pekerjaan.

Bersuara dan beritahu seseorang jika anda kecewa dengan tindakan atau kelakuannya. Terangkan sebab dan buat permintaan agar tingkah laku itu dihentikan.

Jangan sekali-kali

Terlibat dalam tingkah laku fizikal atau lisan yang boleh disifatkan sebagai menyinggung, mengancam, berniat jahat atau menghina.

Membuat cadangan atau ajakan seksual yang tidak diingini.

Membuat jenaka atau penghinaan berkaitan etnik, agama, usia atau seksual. Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu perkara itu sesuai, anggap ia tidak sesuai.

Mengedarkan bahan yang menyinggung, termasuk gambar, jenaka atau kartun yang tidak sesuai.

Mendedahkan maklumat peribadi atau menyebarkan khabar angin yang berniat jahat.

Tingkah laku di tempat kerja

14

Page 17: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Keputusan pengambilan pekerja dan pembangunan pekerja kita adalah adil dan objektif. Oleh itu, keputusan tersebut akan hanya berdasarkan kepada kelayakan, prestasi, kemahiran dan pengalaman.

Cara untuk berkelakuan baik

Oleh sebab kita berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang positif, ia bukanlah sesuatu yang tidak lazim bagi kita untuk menarik anggota keluarga yang sama untuk menjadi pekerja kita.

Kita memastikan bahawa keputusan berkaitan pekerjaan adalah berdasarkan kepada kelayakan yang berkaitan, kemahiran yang ditunjukkan, prestasi dan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan pekerjaan.

Kita memastikan bahawa pembekal, pelanggan dan rakan perniagaan kita menyedari tentang matlamat kita untuk mewujudkan tenaga kerja yang pelbagai dan bertoleransi.

Sentiasa

Memastikan keputusan pekerjaan anda berkaitan dengan pengambilan, pemilihan, penilaian, pampasan, pembangunan dan lain-lain, tidak dipengaruhi oleh: bangsa, warna kulit, agama, jantina, umur, asal etnik, kewarganegaraan, orientasi seksual, status perkahwinan atau ketidakupayaan.

Jangan sekali-kali

Bertoleransi terhadap diskriminasi yang menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan.

Untuk mengelakkan timbulnya kemungkinan konflik kepentingan, jangan:

Kekalkan hubungan pelaporan secara langsung atau tidak langsung dengan ahli keluarga.

Mengganggu mana-mana aspek pekerjaan saudara-mara anda (pengambilan, pemilihan, penilaian, pampasan, pembangunan) semasa kerjayanya dengan syarikat.

Amalan pekerjaan yang adil dan peluang sama rata

Melindungi orang dan persekitaran | 15

Page 18: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Kita berusaha untuk melaksanakan penyelesaian yang paling cekap dan mesra alam yang tersedia semasa melindungi warga kita dan mengurangkan kesan terhadap aktiviti kita pada setiap masa.

16

Page 19: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Kunci kejayaan HSE ialah budaya yang mantap di mana semua pekerja bekerjasama untuk mencegah kejadian dan bertanggungjawab terhadap HSE, tanpa mengira kedudukan mereka. Budaya HSE yang mantap bergantung kepada kepimpinan dan komunikasi berkenaan prosedur yang jelas dan berkesan yang memberikan fokus terhadap cara mengurus risiko dalam pelaksanaan projek kita. Langkah ini mendorong kesedaran yang tinggi mengenai prosedur kita dan memberikan kuasa kepada warga kita untuk terlibat secara peribadi apabila terdapat risiko HSE.

Kita mengharapkan semua pekerja kita mengetahui peranan mereka dalam budaya dan prosedur HSE kita dan sebab ia wujud. Kita juga mengharapkan mereka bertindak sebagai pemimpin HSE dan mengambil tindakan khusus dan berkesan yang melindungi kesihatan dan keselamatan warga kita dan meminimumkan kesan aktiviti kita terhadap persekitaran.

Sentiasa

Mengetahui dan mematuhi aturan dan peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang berkenaan.

Memahami risiko yang berkaitan dengan pekerjaan dan melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan persekitaran serta mencegah kejadian sebelum memulakan operasi.

Campur tangan sekiranya peraturan kesihatan, keselamatan atau persekitaran tidak dihormati, serta menghentikan tindakan atau keadaan yang tidak selamat.

Sebagai pengurus, anda bertanggungjawab untuk sentiasa:

Bertindak sebagai contoh kepada orang lain dengan menunjukkan tingkah laku HSE yang positif.

Memastikan pekerja, kontraktor dan pembekal mengetahui tentang peraturan, prosedur dan kelakuan HSE yang diharapkan dan peranan mereka dalam budaya HSE di mana-mana sahaja kita beroperasi.

Memastikan bahawa sistem dan prosedur pengurusan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang berkesan telah dilaksanakan dan berfungsi di setiap kawasan, serta terdapat budaya HSE yang positif.

Memastikan individu yang melaporkan kepada mereka menerima latihan berkaitan HSE yang diperlukan, termasuk latihan dalam program perubahan budaya HSE TechnipFMC (Pulse).

Mengikuti dan memperbetulkan isu HSE yang dibawa kepada perhatian mereka.

Mengalakkan pekerja untuk berhenti bekerja apabila terdapat keadaan yang tidak selamat dan alu-alukan campur tangan.

Memuji amalan HSE yang baik dan mencabar amalan yang tidak baik.

Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE)Di TechnipFMC, kita berusaha untuk melaksanakan penyelesaian yang paling berkesan, cekap dan mesra alam yang tersedia semasa melindungi warga kita dan mengurangkan kesan terhadap aktiviti kita pada setiap masa. Kita tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kesihatan, pengawasan atau kemampanan persekitaran untuk mencapai keputusan.

Kita komited untuk memupuk persekitaran bebas insiden di seluruh dunia, berdasarkan prinsip bahawa semua insiden dapat dicegah. Klien, pemegang saham, pembekal, kontraktor, rakan perniagaan dan pekerja kita mempunyai hak untuk mengharapkan prestasi HSE yang cemerlang daripada kita.

Melindungi orang dan persekitaran | 17

Page 20: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Reputasi TechnipFMC ditubuhkan berdasarkan tingkah laku peribadi pekerja kita di seluruh dunia. Kita semua mesti memahami dan mematuhi prinsip-prinsip ini:

Sentiasa

Melayani orang secara bermaruah dan hormat.

Bertindak tanpa diskriminasi atau prasangka.

Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada gangguan.

Memastikan rakan perniagaan dan pembekal kita tidak terlibat dalam amalan buruh yang tidak sesuai, termasuk buruh kanak-kanak atau buruh terikat.

Mengalakkan kesaksamaan di tempat kerja dengan gaji berdasarkan merit.

Bekerjasama dengan pemeriksaan dan audit untuk mengesahkan bahawa nilai-nilai kita dilaksanakan di seluruh syarikat.

Hak asasi manusia

Kita komited untuk mengiktiraf hak asasi manusia secara global. Kita tidak bertolak ansur terhadap penggunaan buruh kanak-kanak, buruh paksa, terikat atau tidak sukarela, walau di mana-mana kita menjalankan perniagaan.

Kita tidak akan bekerjasama dengan pembekal yang mendapatkan sumber mineral dari zon konflik. Kita akan menjalankan perniagaan hanya dengan mereka yang menghormati hak asasi manusia dan menegakkan undang-undang buruh.

18

Page 21: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Pekerja kita digalakkan untuk memastikan bahawa TechnipFMC ialah warga korporat yang bertanggungjawab dalam masyarakat kita.

Sentiasa

Mereka bentuk inisiatif pembangunan lestari dengan memberikan tumpuan pada nilai tambah jangka panjang.

Terlibat dengan masyarakat setempat yang terjejas disebabkan oleh aktiviti kita dengan penyelarasan yang teliti bersama pelanggan kita dan menyumbang kepada kemampanan diri sosial dan ekonomi.

Cara untuk berkelakuan baik

Kita tidak mengupah atau merekrut sesiapa sahaja yang tidak dibenarkan secara sah untuk bekerja di negara tempat pekerjaan dicari.

Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk mengekalkan status imigresen kita dalam keadaan mematuhi undang-undang di negara kita bekerja.

Menjangkakan dan meminimumkan kemungkinan gangguan terhadap masyarakat.

Mengawal apa-apa kesan negatif terhadap masyarakat tempatan akibat daripada aktiviti kita.

Menyumbang ke arah pertumbuhan pekerjaan tempatan dengan memupuk latihan dan pemindahan kemahiran dan teknologi.

Menghormati budaya tempatan dan mengetahui tentang amalan dan tradisi tempatan, undang-undang dan faktor budaya yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan.

Sentiasa

Pastikan anda mempunyai visa yang sesuai dan permit lain sebelum pergi ke sesebuah negara.

Pastikan anda mempunyai permit kerja sesuai yang diperlukan untuk menjadi pekerja TechnipFMC.

Jangan sekali-kali

Membuat perjalanan tanpa pasport atau pengenalan lain yang berkenaan.

Memalsukan identiti anda atau gagal untuk mendedahkan maklumat yang berkenaan berkaitan imigresen atau pekerjaan.

Penglibatan masyarakat

Masyarakat di tempat kita bekerja ialah pihak berkepentingan yang penting untuk TechnipFMC dan kita berusaha untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Pematuhan imigresen

Kita komited untuk memastikan pekerjaan, perjalanan, pemindahan dan kediaman pekerja mematuhi undang-undang imigresen dan pekerjaan yang berkenaan.

Melindungi orang dan persekitaran | 19

Page 22: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Keselamatan memerlukan komitmen daripada semua orang untuk memastikan perlindungan semua. Anda ialah penjaga keselamatan utama anda. Inilah sebabnya anda perlu mengetahui dan menghormati langkah-langkah keselamatan di tempat kerja anda, sama ada di pejabat, kilang atau tapak pembinaan.

Sentiasa

Mematuhi cadangan keselamatan TechnipFMC dan keperluan perjalanan untuk negara tempat anda bekerja.

Apabila anda menerima pesanan keselamatan berikutan perubahan berkenaan keselamatan di persekitaran kerja anda, patuhi langkah-langkah keselamatan yang baharu dan pastikan rakan-rakan anda mengetahui tentang pesanan tersebut.

Berhati-hati dengan prosedur kecemasan yang berkaitan di tapak kerja anda supaya anda tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku insiden, termasuk lokasi titik temu.

Ikuti langkah keselamatan am untuk mengurangkan pendedahan anda terhadap risiko semasa perjalanan.

Jika anda menerima pakej atau surat dari tempat asal yang mencurigakan, jangan buka atau cuba untuk mengenal pasti kandungannya. Segera hubungi pengurus keselamatan anda.

Sekiranya anda melihat seseorang yang mencurigakan atau tidak dibenarkan di pejabat atau di kawasan larangan, segera hubungi pengurus keselamatan anda.

Pastikan anda mempunyai nombor telefon pengurus tempatan yang bertugas sekiranya berlaku kejadian keselamatan.

Pastikan lencana anda dipamerkan dan boleh dilihat apabila anda bekerja di pejabat atau di tapak projek.

Iringi semua pelawat di pejabat atau di tapak projek.

Segera laporkan kepada pengurus keselamatan anda:

Jika anda ialah mangsa kecurian di pejabat, di tapak atau semasa dalam perjalanan.

Jika anda menyaksikan pelanggaran keselamatan.

Jika anda menerima pakej atau surat yang tempat asalnya mencurigakan. Jangan buka atau cuba untuk mengenal pasti kandungannya.

Jika anda melihat orang yang mencurigakan atau tidak dibenarkan di pejabat atau di kawasan larangan.

Sekiranya anda melihat sesuatu yang mencurigakan.

Semasa dalam perjalanan:

Pastikan bahawa anda mempunyai cara komunikasi yang berfungsi di negara destinasi anda.

Baca maklumat keselamatan terkini sebelum membuat perjalanan ke negara asing.

Perhatikan barang-barang peribadi di tempat-tempat yang ramai orang dan kawasan awam.

Berhati-hati dengan tawaran yang boleh dipersoalkan seperti kadar pertukaran yang menguntungkan, lawatan bersiar-siar, lawatan yang teratur dan tawaran perkhidmatan percuma.

Peka terhadap perbezaan budaya dan agama ketika melakukan perjalanan di tempat asing.

Keselamatan

Objektif kita adalah untuk memastikan keselamatan pekerja TechnipFMC serta klien dan rakan perniagaan kita di tapak kerja kita di mana-mana sahaja kita beroperasi.

Pekerja kita membuat perjalanan ke seluruh dunia. Kita komited untuk memastikan perlindungan mereka semasa transit dan di destinasi akhir mereka.

20

Page 23: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Keselamatan memerlukan komitmen semua orang untuk memastikan perlindungan semua.

Melindungi orang dan persekitaran | 21

Page 24: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Perlindungan harta intelektual 24

Buku dan rekod yang tepat 26

Keselamatan maklumat 30

Privasi dan data peribadi 35

Perdagangan orang dalam dan memberikan maklumat tentang saham 36

Melindungi aset dan maklumat

Tatakelakuan Perniagaan Kita

Page 25: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Page 26: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Perlindungan harta intelektual

Pengetahuan, teknologi dan pelaksanaan kita ialah perbezaan kita. Ini adalah hasil idea, teknik dan proses kita. Secara kolektif, ini dikenali sebagai harta intelektual atau maklumat sulit TechnipFMC. Harta intelektual kita termaktub di dalam produk yang kita tawarkan dan menjadi asas untuk penyelesaian bagi menyelesaikan keperluan pelanggan kita yang semakin kompleks.

Kita semua mesti melindungi hak paten, hak cipta, cap dagang, rahsia perdagangan dan maklumat proprietari TechnipFMC yang lain.

24

Page 27: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Sentiasa

Menghormati hak paten pihak lain apabila mereka bentuk produk atau perkhidmatan kita.

Melindungi maklumat sulit yang diamanahkan kepada kita oleh pelanggan, subkontraktor dan pembekal kita dengan langkah penjagaan yang sama seperti maklumat sulit TechnipFMC.

Mengikuti proses kita untuk mengenal pasti, merekodkan dan menerbitkan maklumat mengenai inovasi teknikal kita. Mendedahkan idea-idea baharu terlalu cepat boleh menjejaskan keupayaan kita bagi mendapatkan perlindungan paten untuk inovasi kita.

Melaksanakan pendedahan, permohonan dan dokumen tugasan yang diperlukan untuk paten tepat pada masanya bagi melindungi harta intelektual kita.

Bekerjasama dengan berhati-hati. Berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan inovasi kita dengan orang lain, malah pelanggan kita, dapat mengurangkan keupayaan kita untuk melindungi inovasi tersebut.

Ingatlah, kewajipan kerahsiaan anda berterusan selepas anda meninggalkan TechnipFMC.

Membincangkan penggunaan harta intelektual atau maklumat sulit pihak ketiga dengan jabatan undang- undang anda.

Mematuhi penggunaan penjenamaan TechnipFMC. Lihat bahagian imej dan jenama korporat untuk maklumat lanjut.

Jangan sekali-kali

Menyebarkan maklumat rahsia atau proprietari majikan sebelumnya.

Memberikan maklumat mengenai perkhidmatan atau produk baharu sebelum permohonan paten telah difailkan atau Jabatan Harta Intelektual telah memutuskan untuk tidak meneruskan paten.

Membincangkan maklumat rahsia atau proprietari TechnipFMC dengan pihak ketiga, kecuali apabila perbincangan sedemikian dilindungi oleh perjanjian kerahsiaan yang telah diluluskan dan ditandatangani.

Menyebarkan maklumat proprietari pihak ketiga apabila TechnipFMC mempunyai kewajipan untuk memastikannya dirahsiakan.

Cara untuk berkelakuan baik

Kita semua mesti melindungi hak paten, hak cipta, cap dagang, rahsia perdagangan dan maklumat proprietari TechnipFMC yang lain dan berhati-hati untuk tidak berkongsi harta intelektual kita secara tidak sengaja atau tidak wajar.

Pada masa yang sama, TechnipFMC mesti memastikan bahawa ia menghormati hak harta intelektual orang lain. Kita mesti mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kewajipan kontraktual mengenai hak harta intelektual orang lain yang sah. Kita bertanggungjawab untuk melindungi harta intelektual pihak ketiga yang dibenarkan untuk kita menggunakannya dan oleh itu, kita semua mesti mengambil langkah penjagaan yang sama terhadap harta intelektual pelanggan, subkontraktor dan pembekal kita seperti yang kita lakukan terhadap harta intelektual kita sendiri.

Untuk mengelakkan risiko ini dan melindungi harta intelektual kita, kita mesti memastikan bahawa produk baharu, perisian, proses dan perkhidmatan disemak semula untuk penemuan atau rahsia perdagangan baharu, dan ia tidak melanggar hak harta intelektual orang lain.

Melindungi aset dan maklumat | 25

Page 28: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Buku dan rekod yang tepat

Cara untuk berkelakuan baik

Apabila anda menempah transaksi kewangan, membuat pesanan pembelian, melengkapkan jadual waktu anda atau memfailkan laporan perbelanjaan, anda membuat rekod kewangan yang perlu mematuhi garis panduan ini. Kita tidak sekali-kali bertolak ansur terhadap penipuan.

Buku dan rekod yang tepat merujuk pada semua maklumat perniagaan kewangan dan bukan kewangan yang kita rekodkan dan laporkan. Hal ini mesti dilakukan dengan jujur, tepat, secara menyeluruh dan secara objektif untuk melindungi kredibiliti dan reputasi kita, memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kita, memenuhi tanggungjawab kita kepada para pemegang saham dan pihak berkepentingan lain, serta memaklumkan dan menyokong keputusan dan tindakan perniagaan kita.

Walaupun usaha kita adalah untuk memastikan buku dan rekod yang tepat dapat dilihat dengan jelas dalam kewangan, perbendaharaan, perakaunan, gaji, cukai dan jabatan yang mengawal, semua pekerja memainkan peranan dalam memastikan ketepatan dan kesempurnaan maklumat kewangan kita.

26

Page 29: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Bekerjasama sepenuhnya dengan semua ulasan, termasuk audit dalaman dan luaran.

Laporkan sebarang kekhuatiran atau penyelewengan mengenai perakaunan, pengauditan dan kawalan dalaman.

Usaha mengekalkan buku dan rekod yang tepat memerlukan anda:

Mewujudkan rekod yang terkini, tepat, boleh dipercayai, boleh disahkan dan selaras dengan peraturan, undang-undang, kawal selia dan dasar syarikat yang berkenaan.

Membentangkan laporan yang adil, lengkap, tepat, tepat pada masanya dan dapat difahami oleh pengguna dalaman dan luaran.

Melindungi aset syarikat untuk meminimumkan risiko kerugian kewangan.

Membangunkan dan menyelenggara sistem kos kukuh yang menyediakan maklumat kewangan berkualiti tinggi dan menyokong inisiatif pengurusan strategik syarikat.

Jangan sekali-kali

Memalsukan laporan, dokumen atau rekod, atau dengan sengaja membuat kemasukan yang palsu atau mengelirukan di dalamnya.

Merekodkan transaksi yang tidak sah; terutamanya jika ia mungkin menipu wang, harta atau perkhidmatan yang jujur daripada orang lain.

Membuat akaun, syarikat atau aturan untuk memintas atau menggagalkan kawalan, dasar atau prosedur TechnipFMC.

Mempengaruhi orang lain untuk melakukan apa-apa saja yang dapat menjejaskan integriti rekod kewangan dan laporan TechnipFMC.

Mengikat TechnipFMC dengan kontrak atau kewajipan kewangan lain melainkan anda diberikan kuasa untuk berbuat demikian.

Memproses transaksi tanpa pengesahan yang betul.

Menjual, memindahkan atau melupuskan aset syarikat tanpa dokumentasi dan kebenaran yang sepatutnya.

Menghalang atau mempengaruhi aktiviti yang dibenarkan oleh pengawal selia. Hal ini mungkin termasuk menyembunyikan, mengubah, memusnahkan atau mengganggu maklumat.

Sentiasa

Membuat keputusan perakaunan berdasarkan piawaian kewangan TechnipFMC dan piawaian perakaunan yang diiktiraf.

Bercakap dengan Pengawal anda jika anda tidak pasti tentang cara yang betul untuk merekodkan atau melaporkan transaksi.

Memaklumkan penyelia anda apabila anda percaya bahawa terdapat rekod atau laporan yang tidak mencerminkan dengan tepat transaksi yang dilakukan.

Melaporkan sebarang kebimbangan atau penyelewengan dalam pengauditan atau kawalan dalaman terlebih dahulu kepada pengurus atasan terdekat anda. Jika anda merasakan bahawa tindakan ini tidak menyelesaikan masalah, pertimbangkan untuk menggunakan salah satu saluran pelaporan yang lain.

Berhati-hati dengan sifat rahsia maklumat kewangan yang anda kendalikan. Jangan berikan akses maklumat sulit kepada orang luar atau menggunakannya untuk keuntungan peribadi. Apabila ragu-ragu, bertanya kepada pengurus anda sebelum anda mengedarkan maklumat.

Ketahui piawaian pelaporan luaran dan dalaman dan pastikan ia dipatuhi.

Memastikan semua transaksi disahkan dengan betul dan direkodkan dengan tepat dan lengkap.

Menghantar, merekod dan mengesahkan transaksi yang sah sahaja.

Merekodkan transaksi tepat pada masanya, minimumkan kesilapan yang disebabkan oleh kelewatan antara transaksi dan perekodannya.

Memastikan semua rakan niaga ditetapkan dengan sewajarnya dalam sistem syarikat. Ini termasuk pelanggan, pembekal, ejen, penasihat profesional, rakan usaha sama dan mana-mana rakan perniagaan lain.

Memastikan tiada jumlah, dana atau aset yang tidak didedahkan atau tidak direkodkan, diwujudkan atau dikekalkan.

Berhati-hati terhadap pembayaran atau invois yang tidak dibenarkan seperti yang diterangkan dalam bahagian Antirasuah Tatakelakuan ini.

Memastikan semua buku dan rekod disokong dengan dokumentasi bagi penyediaan rekod transaksi yang boleh diaudit.

Melindungi aset dan maklumat | 27

Page 30: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tanda amaran

“Laporan perbelanjaan termasuk perbelanjaan yang tidak lengkap dan tidak tepat.”

28

Page 31: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Berhati-hati dengan apa-apa aktiviti yang tidak menghormati prinsip-prinsip berikut:

Kebenaran. Transaksi yang anda rekodkan atau maklumat yang anda edarkan telah dibenarkan oleh orang yang betul.

Pengesahan dan Penjelasan. Rekod kewangan kita seharusnya mencerminkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau peristiwa yang kita tahu dengan kepastian yang tinggi akan berlaku.

Tindakan perakaunan yang sesuai. Rekod dan laporan dibuat selaras dengan peraturan berkaitan, yang digunakan secara konsisten.

Kesempurnaan dan ketepatan. Maklumat yang direkodkan dalam sistem kewangan (dan bukan kewangan) kita, termasuk perbelanjaan perniagaan, mesti lengkap dan tepat.

Penyebaran maklumat. Bertukar maklumat dengan rakan sekerja anda di semua entiti, lokasi dan jabatan yang berkaitan dengan peristiwa dan transaksi yang anda rekodkan sambil menghormati peraturan kerahsiaan.

Masa yang tepat. Setiap pengurus harus menetapkan tempoh masa yang tegas tetapi realistik untuk memproses rekod kewangan dan menetapkan tarikh akhir untuk pelaporan kewangan dan pekerja harus berusaha mematuhinya.

Melindungi aset dan maklumat | 29

Page 32: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Keselamatan maklumat

Keselamatan maklumat bertujuan untuk mengekalkan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat bagi mengurangkan risiko dan kesan kemungkinan ancaman terhadap perniagaan dan operasi kita.

Perlindungan terhadap pengetahuan TechnipFMC adalah penting untuk memelihara perniagaan dan daya saing kita pada setiap hari. Keselamatan maklumat bertujuan untuk melindungi pengetahuan ini dan mengurangkan risiko gangguan IT.

Walaupun serangan siber adalah rumit, ia selalunya bermula dengan perbuatan yang kurang bijak, cuai atau kurang kesedaran.

30

Page 33: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Jangan sekali-kali

Membuka pautan atau lampiran dalam e-mel yang mencurigakan.

Menghantar apa-apa data yang berkaitan dengan pekerjaan ke alamat e-mel peribadi anda.

Menyambung ke peti mel TechnipFMC anda dari komputer awam.

Menggunakan laman web perkongsian awam untuk menukar dokumen profesional.

Memasukkan maklumat sulit ke dalam alat terjemahan dalam talian.

Menggunakan alamat e-mel TechnipFMC anda untuk mendaftar di laman web bagi kegunaan peribadi.

Menggunakan kata laluan yang sama untuk semua laman web.

Mendedahkan rancangan perjalanan anda di media sosial.

Meninggalkan komputer riba atau telefon pintar anda tanpa pengawasan di kawasan awam.

Memberikan apa-apa maklumat mengenai TechnipFMC kepada orang yang tidak dikenali melalui telefon.

Menggunakan aset syarikat untuk keuntungan peribadi.

Menyimpan maklumat peribadi pada peranti syarikat anda dan mengharapkan maklumat itu tetap dirahsiakan.

Cara untuk berkelakuan baik

Patuhi piawaian keselamatan dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan sistem maklumat kita. Ketahui mengenai prosedur kawalan dalaman dan fasal kerahsiaan kontrak, terutamanya berkenaan projek. Baca berita mengenai maklumat keselamatan dan makluman daripada jabatan Keselamatan dan IT.

Walaupun serangan siber adalah rumit, ia selalunya bermula dengan tindakan kurang bijak atau kurang kesedaran. Oleh itu, perkara paling penting yang boleh anda lakukan ialah membaca maklumat kesedaran dan sentiasa berjaga-jaga pada setiap saat, terutamanya semasa mengendalikan e-mel, melayari web atau menjawab panggilan telefon luar.

Sentiasa

Berhati-hati dengan e-mel dan panggilan telefon yang mencurigakan, terutamanya daripada seseorang yang anda tidak kenali.

Berhati-hati dengan e-mel yang mengandungi pautan.

Berhati-hati dan laporkan apa-apa kemungkinan kejadian yang melibatkan maklumat sulit atau sensitif.

Pastikan anda mengamalkan sikap bijak dalam semua keadaan.

Menjaga data sulit.

Data TechnipFMC mesti kekal pada sistem IT TechnipFMC, sebagai mengikut kebiasaan.

Lindungi komputer riba anda dengan kata laluan permulaan sebagai tambahan kepada kata laluan Windows. Jika komputer riba anda tidak mempunyai kata laluan, hubungi Meja Bantuan IT anda.

Lindungi alat, teknologi dan inventori IT untuk mengelakkan kehilangan.

Secara kerap menyemak alat, teknologi dan inventori IT.

Melindungi aset dan maklumat | 31

Page 34: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tanda amaran

“E-mel menunjukkan bahawa ia berasal daripada syarikat yang bereputasi baik, tetapi ia berasal daripada alamat e-mel peribadi.”

32

Page 35: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Kebanyakan serangan siber datang melalui satu daripada tiga saluran:

E-mel E-mel yang berniat jahat biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

Ia mengandungi lampiran dan/atau pautan ke laman web luaran.

Ia datang daripada alamat e-mel luaran.

Ia kelihatan seperti dihantar oleh institusi yang terkenal (termasuk TechnipFMC).

Web Berhati-hati apabila anda melayari web.

Jangan klik pada pautan yang kelihatan mencurigakan dan jangan muat turun sebarang fail daripada sumber yang tidak dipercayai.

Panggilan telefon Penipu luar boleh menggunakannya untuk cuba mendapatkan maklumat mengenai TechnipFMC. Berhati-hati jika:

Nombor luar muncul pada ID pemanggil telefon anda.

Pemanggil mengambil identiti seseorang di TechnipFMC atau salah satu rakannya.

Untuk menyemak bahawa panggilan telefon adalah daripada orang TechnipFMC yang sah, cuba hubungi orang yang didakwa oleh pemanggil melalui telefon atau e-mel.

Melindungi aset dan maklumat | 33

Page 36: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Kita semua diharapkan agar menghormati hak privasi dan kerahsiaan data peribadi pekerja lain.

34

Page 37: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Kita menghormati kehidupan peribadi pekerja dan tidak mengambil tahu tentang kelakuan mereka di luar kerja melainkan kelakuan sedemikian mempunyai kesan terhadap prestasi pekerja atau mempengaruhi reputasi atau kepentingan perniagaan yang sah bagi TechnipFMC.

Kita semua diharapkan agar menghormati hak privasi dan kerahsiaan data peribadi pekerja lain.

Sentiasa

Sekiranya anda diberikan kuasa untuk mengakses data peribadi, anda mesti:

Hanya mengakses maklumat dengan sebab perniagaan yang sah dan menggunakannya hanya untuk tujuan itu. Mematuhi piawaian kerahsiaan tertinggi apabila menggunakan data peribadi.

Memastikan maklumat sedemikian tidak diberikan kepada sesiapa di luar TechnipFMC tanpa kebenaran yang sewajarnya.

Menyimpan maklumat hanya selagi diperlukan untuk memenuhi sebab perniagaan yang diberikan kebenaran.

Memaklumkan kepada Sumber Manusia atau Penasihat Pematuhan Serantau anda jika anda mendapati terdapat data peribadi yang tidak dilindungi.

Mengumpulkan hanya maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan kerja anda.

Menyimpan hanya data peribadi yang diperlukan.

Memindahkan data peribadi di peringkat antarabangsa dengan mematuhi undang-undang privasi negara yang menerima dan menghantar. Menyemak dengan jabatan undang-undang untuk memastikan anda mengetahui keperluan yang berkaitan.

Jangan sekali-kali

Menyimpan data lebih lama daripada yang diperlukan untuk melengkapkan tujuan perniagaan data dikumpulkan.

Privasi dan data peribadi

Data peribadi ialah maklumat yang berkaitan dengan individu atau boleh dikenal pasti.

TechnipFMC komited untuk melindungi data peribadi yang tersimpan dalam sistem maklumat dengan mereka bentuk dan melaksanakan langkah keselamatan dan akses yang sesuai, dan kita komited untuk mengendalikan data peribadi secara bertanggungjawab.

Akses ke data peribadi adalah terhad kepada pekerja yang mempunyai kebenaran yang sesuai dan keperluan perniagaan yang jelas untuk maklumat tersebut.

Melindungi aset dan maklumat | 35

Page 38: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Perdagangan orang dalam dan memberikan maklumat tentang saham

Jangan sekali-kali

Melakukan urus niaga saham berdasarkan maklumat penting bukan awam.

Menyampaikan maklumat penting bukan awam kepada orang lain.

Menulis atau membeli opsyen pada sekuriti TechnipFMC.

Sentiasa

Menyimpan semua maklumat penting bukan awam mengenai rahsia TechnipFMC.

Mengendalikan semua maklumat penting bukan awam mengenai pelanggan dan pembekal kita dengan tahap kerahsiaan sama yang akan anda lakukan terhadap maklumat TechnipFMC.

Menghormati semua “notis pemberhentian” yang melarang membeli atau menjual saham TechnipFMC dalam tempoh tertentu.

Kadangkala semasa kita bekerja, kita mendapat tahu maklumat mengenai TechnipFMC, pelanggan, subkontraktor atau pembekal yang belum diumumkan. Jika kita membuat urus niaga saham berdasarkan “maklumat penting” ini sebelum ia didedahkan kepada semua pelabur, kita akan mendapat kelebihan yang tidak adil.

Menggunakan maklumat bahan bukan awam untuk faedah peribadi anda (termasuk urus niaga pasaran saham) dipanggil “perdagangan orang dalam”. Menyampaikan maklumat bahan bukan awam kepada orang lain, walaupun ahli keluarga, supaya mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mendapatkan keuntungan peribadi disebut “memberikan maklumat tentang saham”. Amalan ini mengurangkan keyakinan pelabur dan melanggar nilai teras kita, Tatakelakuan ini dan undang-undang.

36

Page 39: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Maklumat dianggap “bahan” jika pelabur yang bersesuaian akan mempertimbangkan maklumat itu penting dalam membuat keputusan untuk membeli, memegang atau menjual saham. Contoh maklumat penting ialah unjuran pendapatan masa depan, kehilangan projek yang penting, atau rancangan perniagaan atau strategi lain yang sensitif. Apa-apa maklumat yang boleh dijangka akan menjejaskan harga saham TechnipFMC, sama ada secara positif atau negatif, harus dipertimbangkan sebagai “bahan” dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada maklumat itu penting atau tidak?

Baik untuk mengetahui

Melindungi aset dan maklumat | 37

Page 40: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Antirasuah 40

Hadiah, keraian dan layanan mesra 46

Derma dan sumbangan amal 49

Konflik kepentingan 50

Pengubahan wang haram 53

Kawalan eksport dan pematuhan perdagangan 54

Undang-undang persaingan dan antitrust 56

Kepimpinan berkualiti 58

Aktiviti politik 59

Imej dan jenama korporat 60

Komunikasi luaran 61

Media sosial 62

Melindungi perniagaan dan penjenamaan

Tatakelakuan Perniagaan Kita

Page 41: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Page 42: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Di TechnipFMC, semua perbuatan rasuah (termasuk rasuah, sogokan dan berurusan sendiri) adalah dilarang sama sekali. Kita bersaing secara adil dengan kekuatan teknologi, perkhidmatan dan kecemerlangan pelaksanaan kita. Kita tidak menerima rasuah dalam apa-apa jua bentuk dan tidak membuat atau menerima bayaran yang tidak wajar untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan dengan mereka yang berada dalam kerajaan atau sektor swasta atau sebagai ganjaran untuk memberikan kontrak subkontraktor atau pembekal. Kita komited untuk mematuhi semua undang-undang antarabangsa dan negara terhadap pembayaran haram, termasuk larangan atas pembayaran kemudahan (untuk mempercepat tindakan rutin dan pentadbiran kerajaan) kecuali dalam keadaan luar biasa yang mana keselamatan pekerja berada dalam bahaya yang terdekat.

Antirasuah

Kita bersaing secara adil dengan kekuatan teknologi, perkhidmatan dan kecemerlangan pelaksanaan kita.

40

Page 43: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Sentiasa

Hubungi Penasihat Pematuhan Serantau anda untuk panduan jika anda tidak pasti tentang Prosedur Pematuhan yang perlu digunakan.

Memastikan rekod perbelanjaan mencerminkan jenis transaksi dengan betul.

Memilih tempat dan aktiviti keraian perniagaan yang mencerminkan nilai-nilai kita.

Melakukan usaha wajar yang sesuai terhadap semua perunding, pembekal, rakan perniagaan dan ejen, serta pastikan pihak ketiga memahami dasar toleransi sifar terhadap rasuah oleh TechnipFMC.

Memberikan bayaran kepada semua perunding, ejen dan rakan perniagaan di negara tempat mereka melakukan kerja.

Menggunakan saluran pelaporan untuk melaporkan sebarang perbuatan rasuah atau percubaan untuk menyembunyikan rasuah.

Dapatkan nasihat daripada pengurus atau Penasihat Pematuhan Serantau jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang bayaran yang diminta daripada anda.

Jangan sekali-kali

Melakukan pembayaran atau memberikan nilai lain seperti hadiah, pinjaman, diskaun dan layanan mesra yang berlebihan, atau menggunakan dana atau aset syarikat untuk mempengaruhi keputusan yang tidak wajar dalam apa-apa jua keadaan.

Menawarkan, memberikan, menjanjikan atau mendapatkan — sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga — apa-apa bayaran atau memberikan perkhidmatan, hadiah atau aktiviti masa lapang untuk mendapatkan atau mengekalkan pasaran atau kelebihan daya saing. Peraturan ini terpakai untuk urusan dengan pegawai kerajaan, syarikat dan orang perseorangan.

Bertindak dengan cara yang melanggar undang-undang tempatan atau peraturan dan garis panduan perniagaan pelanggan.

Memberikan apa-apa nilai yang menimbulkan penampilan ketidakpatuhan.

Memberikan apa-apa yang bernilai untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan yang tidak wajar.

Cara untuk berkelakuan baik

Untuk memastikan rakan perniagaan kita berkongsi komitmen kita terhadap amalan perniagaan beretika dan memastikan hubungan rakan perniagaan kita yang lain (termasuk hubungan keluarga) tidak mewujudkan kemungkinan konflik kepentingan, kita melakukan usaha wajar yang terperinci bagi semua bakal rakan perniagaan yang berpotensi sebelum menjalinkan hubungan.

TechnipFMC telah mewujudkan dasar dan prosedur antirasuah yang membantu kita mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap urus niaga yang tidak wajar setiap kali ia berlaku. Kita mesti memastikan bahawa kita mematuhi dasar dan prosedur ini serta tidak pernah terlibat dalam rasuah individu atau entiti awam atau swasta.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 41

Page 44: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tanda amaran

“Saya tidak pasti mengapa pelanggan saya melibatkan saudaranya – seorang pegawai kerajaan

– dalam projek kita.”

Apabila berurusan dengan rakan perniagaan, kita mungkin berhadapan dengan tanda-tanda amaran bahawa rakan perniagaan mungkin melakukan pembayaran yang tidak wajar atau sebaliknya memberikan pengaruh yang tidak wajar terhadap keputusan untuk memberikan atau mengekalkan perniagaan.

42

Page 45: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tanda-tanda amaran ini (kadang-kadang disebut sebagai “bendera merah”) termasuk:

Permintaan oleh perunding perdagangan untuk komisen dibayar sebelum pengumuman keputusan penganugerahan.

Keengganan pihak ketiga untuk mendedahkan struktur pemilikan muktamadnya.

Permintaan pampasan tidak selaras dengan perkhidmatan yang disediakan.

Kekurangan sokongan untuk perkhidmatan yang digambarkan dengan jelas dalam invois atau ketidakupayaan untuk memberikan butiran mengenai tindakan yang diambil bagi pihak TechnipFMC.

Permintaan untuk pembayaran di negara selain daripada perkhidmatan yang disediakan.

Penglibatan pegawai kerajaan, termasuk ahli keluarga atau saudara-mara pegawai kerajaan yang lain.

Sekiranya anda memerhatikan sebarang tanda amaran, hubungi Penasihat Pematuhan Serantau anda atau Jabatan Pematuhan Korporat untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 43

Page 46: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Baik untuk mengetahui

Siapakah yang dianggap sebagai pegawai awam atau kerajaan?

Istilah-istilah ini ditafsirkan secara meluas iaitu termasuk mana-mana orang yang bekerja untuk badan kerajaan, mana-mana calon parti politik dan mana-mana perniagaan yang dimiliki dan/atau dikendalikan oleh pegawai kerajaan. Di samping itu, “kerajaan” merangkumi semua cawangan, peringkat dan bahagian mana-mana kerajaan.

44

Page 47: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Pegawai kerajaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Mana-mana pegawai atau wakil kerajaan yang dipilih atau dilantik.

Pekerja semasa, bekas pekerja, pegawai, kontraktor, perunding atau wakil kerajaan atau mana-mana jabatan, agensi atau syarikat milik kerajaan atau negeri.

Mana-mana pekerja semasa atau bekas pekerja atau orang yang bertindak bagi pihak pegawai kerajaan, agensi atau perusahaan yang menjalankan fungsi kerajaan, seperti pegawai pelesenan atau ejen cukai.

Mana-mana parti politik, pegawai, pekerja atau orang yang bertindak untuk atau bagi pihak parti politik atau calon pejabat awam.

Seseorang dalam perkhidmatan kerajaan, termasuk anggota tentera, polis atau perkhidmatan awam.

Ahli keluarga dan saudara-mara mana-mana pihak di atas.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 45

Page 48: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Sentiasa

Memberitahu pengurus anda mengenai apa-apa hadiah atau jemputan yang ditawarkan atau diterima, walau apa-apa pun nilainya.

Memberitahu rakan perniagaan anda mengenai dasar TechnipFMC mengenai hadiah dan keraian pada awal setiap hubungan perniagaan baharu.

Bercakap kepada pengurus anda sekiranya pembekal atau subkontraktor menawarkan anda hadiah atau jemputan yang bernilai penting.

Meminta kelulusan pengurus anda sebelum menawarkan hadiah atau jemputan kepada wakil pegawai kerajaan.

Menerima atau menawarkan jemputan restoran hanya untuk tujuan berkaitan perniagaan.

Fahami adat dan undang-undang tempatan sebelum menawarkan atau menerima hadiah, aktiviti riadah atau faedah lain.

Mempertimbangkan dasar syarikat orang yang menerima hadiah atau jemputan.

Memastikan semua hadiah yang ditawarkan dan diterima disokong oleh dokumentasi yang tepat, termasuk invois dan resit, jika berkenaan.

Dapatkan nasihat daripada pengurus anda atau daripada Penasihat Pematuhan Serantau anda jika anda tidak pasti sepenuhnya.

Jangan sekali-kali

Memberikan atau menerima apa-apa hadiah atau keraian yang berlebihan, sama ada secara kewangan atau tanpa wang, secara langsung atau tidak langsung, kepada atau daripada mana-mana pegawai kerajaan, pelanggan, pembekal, vendor, subkontraktor atau mana-mana pihak ketiga yang lain.

Membiarkan hadiah atau keraian mempengaruhi keputusan atau dilihat sebagai mempengaruhi keputusan kepada mereka yang menerimanya.

Mendapatkan hadiah atau jemputan.

Menawarkan atau menerima hadiah, atau memberikan perkhidmatan yang anda akan alami kesulitan untuk menjelaskan kepada rakan sekerja anda, keluarga anda atau media.

Menawarkan hadiah atau memberikan layanan mesra, walaupun nilai minimum, dengan kekerapan yang boleh mewujudkan penampilan ketidakpatuhan apabila dijumlahkan.

Menawarkan hadiah, keraian atau perjalanan kepada pegawai kerajaan tanpa kelulusan terlebih dahulu.

Menawarkan hadiah atau memberikan layanan mesra dalam bentuk wang tunai.

Menerima hadiah atau layanan mesra daripada bakal pembekal yang boleh meletakkan anda dalam situasi berkewajipan, terutamanya semasa fasa kritikal proses membuat keputusan atau pemberian.

Menerima tawaran yang melebihi daripada kadar yang dianggap boleh diterima di TechnipFMC.

Hadiah, keraian dan layanan mesra

Walaupun keraian yang sesuai dapat memberikan peluang untuk membina atau memperkukuh hubungan dengan pelanggan atau untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang subkontraktor dan pembekal utama, terdapat beberapa bentuk pemberian hadiah yang dapat dilihat sebagai tidak sesuai dan boleh menjadi rasuah.

Cara untuk berkelakuan baik

Jika anda diberikan hadiah atau layanan mesra atau keraian, atau jika anda menawarkan seseorang hadiah, layanan mesra atau keraian kepada seseorang, anda perlu menilai sama ada anda boleh menerima atau memberikan hadiah tersebut selaras dengan keperluan dasar dan prosedur syarikat.

46

Page 49: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

“Pembekal saya mahu membelanja saya dan isteri saya tiket ke teater dan makan malam.”

Sesetengah hadiah dan layanan mesra adalah, mengikut sifatnya, tidak sah dan dengan itu dilarang oleh TechnipFMC. Hal ini termasuk pembayaran tunai, perkhidmatan peribadi, pinjaman, hadiah, jemputan yang tidak wajar atau tempat atau acara yang tidak sesuai, jamuan yang mana pasangan perdagangan tidak mengambil bahagian, dan hadiah atau jemputan pada masa keputusan perdagangan penting dibuat.

Tanda amaran

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 47

Page 50: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Apabila menyumbang kepada masyarakat setempat bagi pihak TechnipFMC, pastikan pemberian itu selaras dengan nilai teras dan kepercayaan asas kita.

48

Page 51: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Apabila menyumbang kepada masyarakat tempatan bagi pihak TechnipFMC, pastikan pemberian tersebut selaras dengan nilai korporat, piagam, dasar dan prosedur korporat kita. Sekiranya terdapat badan amal atau program sosial yang, pada pendapat anda, berkongsi nilai syarikat, maklumkan Penasihat Pematuhan Serantau anda. Semua sumbangan yang diluluskan mestilah direkodkan dengan betul dan dilaporkan dengan tepat pada buku syarikat.

Sentiasa

Mengalakkan pembangunan masyarakat setempat melalui sumbangan amal yang selaras dengan nilai, dasar dan prosedur kita.

Memastikan organisasi kebajikan tidak menggunakan derma untuk tujuan haram.

Memberikan semua derma dengan niat baik dan pastikan kelulusan yang sepatutnya diperoleh selaras dengan dasar dan prosedur syarikat.

Jangan sekali-kali

Memberikan derma bernilai besar yang tidak munasabah.

Memberikan apa-apa derma jika ia menyalahi undang-undang di bawah undang-undang dan peraturan tempatan.

Derma dan sumbangan amal

Derma dan sumbangan sosial ialah hadiah yang diberikan untuk tujuan amal atau untuk menyokong sesuatu sebab tertentu. Derma atau sumbangan amal boleh berupa wang tunai, perkhidmatan dan barangan baharu atau terpakai. Ia juga termasuk bantuan kecemasan atau kemanusiaan, sokongan bantuan pembangunan dan bantuan perubatan.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, TechnipFMC percaya dalam usaha menyumbang kepada masyarakat di tempat kita menjalankan perniagaan dengan menyokong sebab, organisasi dan aktiviti yang layak.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, derma boleh dianggap menyembunyikan pembayaran yang tidak sah. Untuk mengelakkan risiko ini, TechnipFMC hanya membiayai persatuan dan yayasan atau mengambil bahagian dalam projek penajaan yang kegiatannya boleh diterima secara sah dan selaras dengan nilai dan keutamaan syarikat. Sebarang derma atau sumbangan bagi pihak TechnipFMC hendaklah diluluskan mengikut dasar yang berkaitan dengan sumbangan sosial dan sumbangan amal.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 49

Page 52: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Anda diharapkan agar membuat keputusan perniagaan yang bermaklumat demi kepentingan terbaik syarikat. Sebarang keadaan yang kepentingan peribadi anda, atau kepentingan orang yang mempunyai hubungan rapat dengan anda, atau mungkin bertentangan dengan kepentingan TechnipFMC mesti dielakkan.

Kepentingan kewangan

Saudara terdekat ialah pemilik atau pelabur dalam pelanggan milik persendirian bagi TechnipFMC.

Anda menerima tiket bagi acara yang mahal atau hadiah daripada pembekal atau pelanggan.

Anda mendapat tahu tentang peluang perniagaan di tempat kerja dan memutuskan untuk meneruskannya bagi diri sendiri.

Hubungan peribadi

Anda mengawasi atau diawasi oleh saudara terdekat atau rakan kongsi.

Anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil saudara terdekat atau pasangan anda sebagai pekerja atau kontraktor.

Anda mempunyai hubungan dengan pembekal yang mempengaruhi keputusan perniagaan anda secara tidak wajar.

Anda mempunyai hubungan romantik dengan orang bawahan.

Hubungan politik

Anda bekerja untuk kempen politik semasa waktu bekerja.

Anda menyatakan pandangan politik anda dalam suasana yang khalayak anda mungkin berfikir bahawa anda bercakap bagi pihak TechnipFMC.

Sentiasa

Bertindak hanya untuk kepentingan TechnipFMC semasa menjalankan aktiviti profesional. Kawal diri anda daripada mengambil kesempatan terhadap sebarang keadaan, sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga, untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak anda sendiri atau orang lain.

Mendedahkan secara bertulis kepada pengurus dan penasihat undang-undang tempatan anda semua kepentingan luar anda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

Mendapatkan kelulusan sebelum mengambil jawatan dengan perniagaan luar semasa bekerja untuk TechnipFMC.

Memahami konsep konflik kepentingan.

Mengetahui sebarang konflik sebenar atau nyata.

Mengetahui cara mengeluarkan diri anda atau melindungi diri anda daripada bahaya penampilan konflik kepentingan, seperti mengeluarkan diri anda daripada kedudukan yang menimbulkan konflik dengan menyerahkannya kepada orang lain.

Memaklumkan apa-apa percanggahan kepada pengurus anda dan dapatkan nasihat tentang cara untuk mengelakkan konflik, mengeluarkan diri anda daripadanya, atau melindungi diri anda dan syarikat daripada akibat konflik.

Jangan sekali-kali

Menyalahgunakan sumber TechnipFMC untuk keuntungan peribadi. Hal ini termasuk peralatan pejabat, masa dan harta intelektual TechnipFMC. Sebarang maklumat yang anda peroleh melalui kedudukan anda di TechnipFMC tidak boleh digunakan untuk keuntungan peribadi.

Menganggap bahawa konflik tidak penting kerana ia terlalu kecil atau remeh.

Membiarkan konflik berlarutan untuk masa yang lama sebelum mengambil tindakan.

Konflik kepentingan

Konflik kepentingan mungkin berlaku apabila pekerja mempunyai kepentingan kewangan, perniagaan, atau peribadi atau aktiviti yang mengganggu atau nampak mengganggu kepentingan TechnipFMC. Terdapat banyak situasi yang boleh dianggap sebagai konflik kepentingan.

50

Page 53: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Safety | Integrity | Quality | Respect | Sustainability

Tanda amaran

Dalam kerja kita, kita boleh melihat situasi yang boleh mewujudkan konflik kepentingan. Tanda-tanda amaran (kadang-kadang disebut sebagai “bendera merah”) konflik termasuk:

Saudara rapat bekerja untuk pembekal atau pelanggan.

Anda menjalankan perniagaan sampingan untuk kepentingan peribadi anda (bukan untuk syarikat) dengan komputer riba syarikat anda.

Anda diminta untuk berkhidmat dalam lembaga pengarah pesaing, pembekal atau syarikat pelanggan.

“Dia menggunakan komputer riba syarikatnya untuk menjalankan perniagaan sampingan yang lain.”

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 51

Page 54: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Laksanakan usaha yang wajar terhadap semua subkontraktor, pembekal, perunding dan ejen.

52

Page 55: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Pengubahan wang haram

Jangan sekali-kali

Cuba menyiasat sendiri apa-apa kes pengubahan wang haram.

Mendedahkan kecurigaan anda terhadap pengubahan wang haram kepada pihak lain dalam urus niaga tersebut, tetapi dapatkan nasihat daripada pengurus atau Penasihat Pematuhan Serantau anda.

Sentiasa

Melaksanakan usaha wajar yang sesuai terhadap semua subkontraktor, pembekal, perunding dan ejen.

Memastikan semua pembayaran kepada subkontraktor, pembekal, perunding dan ejen dibuat mengikut piawaian kewangan kita, termasuk keperluan pembayaran dibuat di negara tempat kerja dilakukan.

Bertanya soalan jika ejen atau perunding mencadangkan struktur urus niaga yang seolah-olah kompleks.

Membuat pertanyaan yang teliti mengenai asal-usul apa-apa wang yang kita terima atau peroleh.

Memeriksa kesahan destinasi apa-apa pembayaran yang kita buat.

Mendapatkan nasihat daripada pengurus atau Penasihat Pematuhan Serantau anda jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang pembayaran yang diminta daripada anda, termasuk bayaran pemudahan.

Pengubahan wang haram berlaku apabila seseorang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti keganasan, narkotik, rasuah atau penipuan yang “mengubah” hasil jenayah itu untuk mengelakkan pengesanan dan kelihatan sah.

Selain memastikan rekod kewangan kita adalah tepat, lengkap dan telus, kita juga perlu menjalankan usaha yang sewajarnya terhadap subkontraktor, pembekal dan vendor lain untuk mencegah pengubahan wang haram.

Usaha wajar yang sesuai juga menghalang “pengubahan wang haram balikan” iaitu dana yang sah mungkin digunakan, secara sedar atau tidak sedar, untuk membiayai kegiatan pengganas.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 53

Page 56: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Kita mesti mematuhi semua undang-undang kastam dan kawalan perdagangan yang terpakai kepada kita, di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan.

Sentiasa

Memastikan pematuhan terhadap semua proses dan dasar yang berkaitan semasa menjalankan import atau eksport.

Menggunakan hanya ejen kastam dan penghantar barang yang diluluskan.

Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai destinasi akhir, pengguna akhir dan penggunaan akhir untuk semua penghantaran.

Memberikan penyenaraian yang lengkap dan tepat untuk semua item termasuk dalam penghantaran.

Menyemak dengan jabatan undang-undang sebelum memindahkan teknologi (lukisan kejuruteraan, kod sumber, dll.) dari satu negara ke negara lain.

Memastikan import sementara diuruskan mengikut lesen import atau dokumen kastam.

Ingatlah bahawa membawa peralatan atau alat ganti dalam bagasi anda (dikenali sebagai “beg bawaan tangan”) adalah tertakluk pada sekatan perdagangan yang sama dan kewajipan pelepasan kastam seperti apa-apa penghantaran lain ke negara itu.

Jangan sekali-kali

Melaksanakan penghantaran merentasi sempadan tanpa menghubungi jabatan logistik.

Membawa peralatan atau alat ganti di dalam bagasi anda tanpa kelulusan terlebih dahulu, mengikut proses dan prosedur TechnipFMC.

Kawalan eksport dan pematuhan perdagangan

Kita menyediakan produk dan perkhidmatan kepada syarikat di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara ini mempunyai undang-undang kastam dan kawalan perdagangan berasaskan dasar, termasuk sekatan ekonomi dan embargo, yang mentadbir import atau eksport produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Sesetengah negara mempunyai undang-undang yang menghendaki boikot negara-negara lain, sementara yang lain mempunyai undang-undang yang melarang menyertai boikot.

Peraturan perdagangan boleh menyasarkan negara, sektor perniagaan di dalam negara, atau individu atau organisasi yang kadang-kadang disebut sebagai penaja negara pengganas atau warganegara khusus.

54

Page 57: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Tidak. Peraturan tertentu juga digunakan untuk aset tak ketara. Oleh sebab kepelbagaian tenaga kerja kita, kita mesti menyedari perkara “yang dianggap eksport” ini dan memperlakukannya dengan cara yang sama seperti eksport fizikal.

Perkara yang dianggap eksport berlaku apabila perbincangan mengenai teknologi dengan warganegara negara yang tertakluk pada sekatan perdagangan dilihat sebagai eksport teknologi ke negara yang disekat itu.

Adakah peraturan eksport dan import terhad kepada objek fizikal?

Baik untuk mengetahui

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 55

Page 58: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Undang-undang persaingan dan antitrust

Kita komited untuk bersaing dengan adil dan mematuhi undang-undang berkaitan yang mengawal persaingan dan antitrust. Undang-undang ini berusaha untuk melindungi pasaran dengan memupuk persaingan yang adil dan mantap.

Khususnya, undang-undang ini berusaha untuk mencegah kesepakatan di kalangan pesaing dan untuk mencegah syarikat-syarikat dengan kedudukan pasaran dominan daripada menyalahgunakan kuasa pasaran mereka. Ia juga menghendaki semakan dan kelulusan awal untuk urus niaga tertentu, seperti penggabungan dan pengambilalihan, yang dapat mengurangkan atau menjejaskan persaingan di pasaran secara ketara.

Di TechnipFMC, objektif kita adalah untuk menjalankan perniagaan kita dengan piawaian kejujuran, integriti dan keadilan yang tertinggi dan memberikan peluang untuk berjaya kepada semua pembekal, rakan perniagaan dan subkontraktor kita dengan semangat persaingan yang adil dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Kita perlu mengadakan pertemuan dengan pesaing kita dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, langkah berhati-hati yang amat teliti perlu diambil untuk menentukan tujuan dan skop perbincangan ini terlebih dahulu untuk mengelakkan timbulnya kerjasama yang tidak sesuai.

56

Page 59: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Sentiasa

Membiasakan diri anda dengan undang-undang persaingan dalam perniagaan dan bidang kuasa anda. Minta nasihat daripada jabatan undang-undang.

Memerhatikan dengan teliti asal-usul maklumat yang anda mungkin kumpulkan di pasaran mengenai persaingan.

Mempertimbangkan sama ada sebab untuk memasuki perjanjian dengan pesaing adalah sah.

Menyimpan rekod mesyuarat dengan pesaing.

Memberikan perhatian yang teliti terhadap perjanjian eksklusif dan perjanjian serupa yang lain.

Memberikan perhatian yang teliti terhadap kewujudan dan operasi kumpulan pembelian yang syarikat berhasrat untuk mengambil bahagian.

Dapatkan bimbingan daripada jabatan undang-undang anda jika anda perlu berurusan dengan perjanjian R&D atau pemindahan teknologi.

Dapatkan bimbingan daripada jabatan undang-undang anda dan dapatkan kelulusan daripada peringkat pengurusan yang betul sebelum menyertai mana-mana persatuan perdagangan.

Jangan sekali-kali

Bersetuju dengan pesaing untuk:

- Bertukar maklumat mengenai harga, jumlah jualan, terma jualan (termasuk terma kontrak), perkongsian pasaran, kapasiti pengeluaran, atau struktur kos, termasuk melalui telefon atau semasa mesyuarat tidak rasmi.

- Membincangkan dasar perdagangan atau perindustrian TechnipFMC.

- Mengambil bahagian dalam tindakan bersama yang bertujuan, atau mempunyai kesan, memilih atau menghapuskan pesaing, memberikan layanan istimewa, atau melaksanakan tekanan atau tindakan balas, atau memboikot pelanggan.

- Menyalah guna kuasa beli, termasuk melarang kerja dengan atau sebaliknya mendiskriminasi pembekal atau pelanggan tertentu, melainkan jika sah dan wajar secara objektif.

Menyampaikan atau bertukar maklumat dengan pembeli yang bersaing mengenai dasar pembelian kita.

Memberikan apa-apa maklumat sulit mengenai pembekal kepada pesaingnya.

Kita komited untuk bersaing dengan adil dan mematuhi undang-undang berkaitan yang mengawal persaingan dan antitrust.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 57

Page 60: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Kepimpinan berkualiti

Sentiasa

Mengetahui dan mematuhi Dasar Kualiti kita.

Memupuk budaya kepimpinan berkualiti melalui keperluan mesyuarat secara sedar, pembelajaran berterusan dan peningkatan melalui tenaga kerja yang diberikan kuasa.

Mendorong kebertanggungjawaban dan pemilikan untuk pencegahan di semua peringkat dalam organisasi.

Bertanggungjawab untuk terlibat dalam peningkatan proses yang anda jalankan.

Apabila berinteraksi dengan asas Bekalan, pastikan bahawa pembekal kita sentiasa memenuhi keperluan dan mendorong budaya peningkatan dan pencegahan yang berterusan.

Mengikuti proses yang didokumenkan apabila melaksanakan kerja.

Jejak kesesuaian dan mengenal pasti isu apabila berlaku.

Kepimpinan berkualiti merujuk pada nilai output yang kita berikan kepada pelanggan dalaman dan luaran kita. Produk, perkhidmatan dan projek perlu menyumbang kepada keputusan yang optimum, boleh dipercayai dan selamat yang memenuhi keperluan setiap masa.

Matlamat TechnipFMC adalah untuk menjadi peneraju dalam industri kita dengan memberikan kualiti yang sangat baik dalam apa-apa jua yang kita lakukan dan mengekalkan produk, integriti aset dan perkhidmatan serta pelaksanaan projek dan kitaran hayat pemasangan yang boleh dipercayai.

Menangani semua isu ketidakpatuhan melalui analisis punca dan penggunaan pencegahan.

Bermatlamat untuk melakukan kerja dengan lebih baik, lebih cepat, dan kos yang lebih berkesan sementara sentiasa menghormati piawaian dan keperluan yang berkaitan.

Campur tangan jika tingkah laku dan piawaian yang berkualiti tidak ditunjukkan.

Bertanggungjawab secara peribadi untuk melaksanakan dan meningkatkan tugas anda melalui kecekapan kepimpinan yang dapat meningkatkan hasil perniagaan.

58

Page 61: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Sentiasa

Mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan nama anda sendiri dan di luar kerja.

Menghormati kepercayaan orang lain.

Jangan libatkan diri anda daripada proses membuat keputusan politik yang melibatkan TechnipFMC.

Mengamalkan kebebasan untuk memberikan pendapat dan aktiviti politik anda di luar skop pekerjaan anda, dengan perbelanjaan anda sendiri dan secara eksklusif bersifat peribadi.

Jelaskan secara jelas bahawa anda hanya mewakili pandangan peribadi anda semasa menyertai aktiviti politik.

Mendapatkan kelulusan pengurus anda sebelum berkomunikasi bagi pihak TechnipFMC dengan wakil kerajaan mengenai hal-hal politik.

Memikirkan tentang reputasi TechnipFMC dan penerimaan orang ramai terhadap tindakan anda apabila berinteraksi dengan wakil kerajaan.

Dapatkan nasihat daripada pengurus atau Penasihat Pematuhan Serantau anda jika anda diminta untuk membuat sumbangan politik.

Beritahu pengurus anda jika pegawai kerajaan menghubungi anda di luar aktiviti biasa anda.

Aktiviti politik

TechnipFMC mematuhi keneutralan politik, agama dan falsafah yang ketat. Oleh itu, dasar TechnipFMC adalah untuk tidak memberikan sumbangan kewangan kepada calon politik, wakil rakyat, parti politik atau institusi keagamaan.

TechnipFMC juga menghormati gabungan politik peribadi pekerjanya. Walau bagaimanapun, gabungan ini tidak boleh menjejaskan aktiviti atau imej TechnipFMC, dan tidak boleh menjejaskan keneutralan politik syarikat.

Jangan sekali-kali

Menggunakan premis, peralatan atau apa-apa aset TechnipFMC yang lain untuk aktiviti politik.

Membuat kenyataan politik bagi pihak TechnipFMC atau syarikat bersekutu TechnipFMC dengan pandangan politik peribadi anda.

Menggunakan imej korporat TechnipFMC untuk menyokong pandangan politik anda.

Menggunakan kedudukan anda di TechnipFMC untuk mendesak sesiapa sahaja bagi membuat sumbangan politik atau menyokong parti politik.

Menggunakan atau membenarkan penggunaan aset atau sumber TechnipFMC untuk kempen, parti atau calon politik.

Menggunakan derma untuk faedah masyarakat bagi menyembunyikan sumbangan politik.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 59

Page 62: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Anda mempunyai peranan untuk melindungi dan memelihara imej kita. Anda ialah duta TechnipFMC dan oleh itu, anda mesti bersikap sesuai dengan prinsip kita seperti yang diperincikan dalam Tatakelakuan ini.

Semua orang di TechnipFMC ialah duta jenama dan setiap daripada kita mesti menjaga dan melindungi reputasi TechnipFMC. Komunikasi yang konsisten dengan semua pihak berkepentingan kita ialah asas untuk kejayaan jenama kita, imej korporat kita dan perdagangan kita.

Sentiasa

Bertindak sebagai duta jenama dan bersikap sesuai dengan prinsip kita seperti yang diperincikan dalam Tatakelakuan ini.

Mengekalkan dan melindungi reputasi TechnipFMC.

Berkomunikasi secara konsisten dengan semua pihak berkepentingan kita.

Jenama kita ialah aset yang perlu kita lindungi. Inilah yang membuatkan kita unik kepada pihak berkepentingan kita. Keperibadian yang kita tampilkan bukan sahaja melalui komunikasi visual kita, tetapi juga melalui tingkah laku bersama dan tingkah laku individu kita.

Imej dan jenama korporat

60

Page 63: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Cara untuk berkelakuan baik

Hanya orang berikut yang dibenarkan untuk melepaskan maklumat luaran:

Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan.

Melalui delegasi dan dalam rangka kerja prosedur dalaman untuk semakan pendedahan undang-undang dan kewangan, Perhubungan, Perhubungan Awam atau Jabatan Perhubungan Pelabur.

Mana-mana komunikasi syarikat luar mesti diberikan kuasa oleh sekurang-kurangnya salah satu di atas. Kakitangan TechnipFMC tidak diberikan kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan maklumat yang berkaitan dengan syarikat kepada pihak luar tanpa kebenaran yang jelas daripada syarikat.

Sentiasa

Sesiapa yang anda temui, kongsi maklumat dengan berhati-hati.

Dedahkan maklumat yang umum sahaja, bermakna maklumat telah diterbitkan di laman web TechnipFMC.

Jangan sekali-kali

Bercakap dengan pihak media. Sekiranya anda mesti bercakap dengan pihak media, ingatlah bahawa tiada istilah “tiada rakaman”.

Memandangkan kehadiran kita di peringkat global, peraturan pelaporan pasaran kewangan dan kepakaran teknikal yang terkenal, TechnipFMC mesti berhati-hati dengan penyebaran maklumat luaran. Sebarang kejadian salah tafsir boleh menjejaskan imej syarikat dan prestasi kewangan.

Komunikasi luaran

Kita mesti berhati-hati dengan penyebaran maklumat luaran.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 61

Page 64: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Keselamatan | Integriti | Kualiti | Hormat | Kemampanan

Media sosial mengubah cara kita berkomunikasi, bekerja dan hidup. TechnipFMC menghormati hak pekerja untuk menggunakan media sosial sebagai medium ekspresi diri.

Bagaimanapun, semua perkara yang pekerja kita siarkan tentang TechnipFMC boleh memberikan kesan terhadap reputasi syarikat. Begitu juga, semua yang diterbitkan dalam talian kekal untuk masa yang sangat lama dan dalam beberapa kes, tidak dapat dibatalkan. Oleh itu, media sosial harus digunakan secara bertanggungjawab.

Media sosial

Cara untuk berkelakuan baik

Bercakap untuk diri sendiri dan telus. Ia penting untuk memahami perbezaan antara menyebut tentang syarikat dan bercakap bagi pihaknya. Kakitangan komunikasi ialah jurucakap rasmi TechnipFMC dalam ruang sosial.

Setiap kali anda menyertai media sosial dan membincangkan topik yang berkaitan dengan syarikat, jelaskan bahawa anda menyatakan pendapat anda sendiri dan komen anda tidak mewakili syarikat.

Bersikap bertanggungjawab dan menghormati. Apabila berkomunikasi secara dalam talian, berikan perhatian khusus pada isu-isu yang sensitif terhadap perniagaan TechnipFMC dan pelanggan, rakan kongsi dan pembekalnya, seperti harga minyak dan gas, tumpahan minyak dan topik sensitif yang lain. Dalam semua perbincangan, gunakan fakta dan rujukan untuk kenyataan anda, jika boleh. Jika anda tidak pasti sama ada siaran adalah sesuai untuk dikongsi, lebih baik tidak menyiarkannya sama sekali. Jika anda menyedari bahawa anda telah menerbitkan kenyataan yang tidak tepat, akui kesilapan anda dan betulkannya secepat mungkin.

Bersikap sopan dan ingatlah bahawa perbezaan budaya mungkin menghalang pemahaman. Elakkan daripada menggunakan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai menyinggung dan gunakan nada yang menghormati walaupun tidak setuju dengan orang lain.

Lindungi maklumat, kerahsiaan, privasi dan harta intelektual. Peraturan TechnipFMC digunakan untuk media sosial dan kewajipan anda sebagai pekerja TechnipFMC adalah sama dalam dunia digital seperti dunia fizikal. Apabila menggunakan media sosial, jangan berkongsi maklumat sulit atau sensitif seperti data kewangan dan perdagangan atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan projek, penyelidikan dan pembangunan, perkara perundangan atau strategi yang sedang berjalan.

Sentiasa

Siarkan kandungan yang mewakili pandangan peribadi anda sendiri.

Atas sebab keselamatan, pastikan perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan atau kedudukan geografi dirahsiakan.

Dapatkan kebenaran bertulis daripada pengurus komunikasi yang berkaitan sebelum menghantar sebarang foto, video atau logo TechnipFMC.

Patuhi undang-undang dan peraturan yang mengawal hak harta intelektual, termasuk hak cipta dan tanda dagangan.

Jangan sekali-kali

Menerbitkan dalam talian apa-apa sahaja yang tidak akan tersedia secara terbuka kepada wartawan, pelanggan dan pesaing.

Menyiarkan maklumat rahsia, sensitif atau proprietari.

Menyiarkan komen tentang orang atau syarikat yang boleh dilihat sebagai negatif atau fitnah.

62

Page 65: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Spine is set at 3 mm but will need adjust-ment depending on the booklet width.Add to back as needed. INSIDE BACK COVERINSIDE FRONT COVER

Semua perkara yang pekerja kita siarkan tentang TechnipFMC boleh memberikan kesan terhadap reputasi kita.

Melindungi perniagaan dan penjenamaan | 63

Page 66: Our Code of Business Conduct · Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) 17 Hak asasi manusia 18 Penglibatan masyarakat 19 Pematuhan imigresen 19 Keselamatan 20 Melindungi perniagaan

Spine is set at 3 mm but will need adjustment depending on the booklet width.Add to back as needed.

COVER

BACK COVER

TechnipFMC.com © TechnipFMC 2018. COBC 18.1