4
Pengenalan Objektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai (kualiti) wujud dengan tersendiri (Bednar, Cunningham, Duffy&Perry, 1992). Realiti luar bebas daripada minda dan pengetahuan manusia. Pada pandangan objektivisme, realiti luar adalah sama bagi semua manusia. Walau bagaimanapun, perbezaan persepsi terhadap realiti luar wujud antara manusia kerana manusia mempunyai bias, pandangan dan pilihan yang berbeza-beza. Untuk berfikiran objektif, manusia harus mengenepikan bias, pandangan dan pilihan sendiri dengan berfikir secara logik dan saintifik. Pendekatan objektivisme dalam p&p sealiran dengan behaviorisme. Fahaman behaviorisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia dibentuk secara luaran dan dipengaruhi faktor persekitaran (Skinner, 1953). Tingkah laku ialah rangkaian ransangan dan gerak balas. Tingkah laku manusia berlaku secara penyesuaian (adaptation) dan penerimaan maklumat berlau secara pasif. Behaviorisme mengenepikan faktor warisan baka, jiwa dan mental. Pendekatan pembelajaran terbatas kepada perubahan dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviorisme memberi penekanan kepada peneguhan terhadap tingkah laku untuk mencapai tahap kemahiran seperti yang dianjurkan oleh Skinner (1974) tanpa mengira kefahaman atau pemikiran logik seseorang. Pendekatan Objektivisme dalam Pendidikan Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh pakar yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak pakar . Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan pengetahuan luas.

objektisme

  • Upload
    piece56

  • View
    27

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

Citation preview

PengenalanObjektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai (kualiti) wujud dengan tersendiri (Bednar, Cunningham, Duffy&Perry, 1992). Realiti luar bebas daripada minda dan pengetahuan manusia. Pada pandangan objektivisme, realiti luar adalah sama bagi semua manusia. Walau bagaimanapun, perbezaan persepsi terhadap realiti luar wujud antara manusia kerana manusia mempunyai bias, pandangan dan pilihan yang berbeza-beza. Untuk berfikiran objektif, manusia harus mengenepikan bias, pandangan dan pilihan sendiri dengan berfikir secara logik dan saintifik.Pendekatan objektivisme dalam p&p sealiran dengan behaviorisme. Fahaman behaviorisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia dibentuk secara luaran dan dipengaruhi faktor persekitaran (Skinner, 1953). Tingkah laku ialah rangkaian ransangan dan gerak balas. Tingkah laku manusia berlaku secara penyesuaian (adaptation) dan penerimaan maklumat berlau secara pasif.Behaviorisme mengenepikan faktor warisan baka, jiwa dan mental. Pendekatan pembelajaran terbatas kepada perubahan dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviorisme memberi penekanan kepada peneguhan terhadap tingkah laku untuk mencapai tahap kemahiran seperti yang dianjurkan oleh Skinner (1974) tanpa mengira kefahaman atau pemikiran logik seseorang.Pendekatan Objektivisme dalam PendidikanParadigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh pakar yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak pakar. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan pengetahuan luas.Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikian, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.Ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran KHSRGuru-guru berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan pelajar. Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif. Pendekatan objektivisme mengenepikan keperluan untuk memberi fokus kepada bagaimana proses pelajar berfikir (Wilson, Teslow dan Taylor, 1999). Guru memberi tumpuan kepada isi kandungan dan aktiviti peneguhan bagi tujuan mencapai objektif yang ditentukan. Penyedian bahan pengajaran dan penilaian adalah mengikut satu piawai tertentu dan tidak pelbagai.Ahli objektivisme juga berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar, mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh guru tertentu.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam PendidikanObjektivismeKonstruktivisme

Tanggapan UtamaPengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajarPengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak

KesanGuru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu muridGuru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

Respons Guru"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu""Saya ajari ini, mereka belajar ini""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan""Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya""Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"