Upload
nur-ashikin-ismahun
View
538
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SME 3023:
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL
SCIENCES
INDIVIDUAL ASSIGNMENT:
Skillful Problem Solving
NAME & MATRIC NO:
NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN
D20081032212
DATE OF SUBMISSION:
15.12.2011
LECTURER’S NAME:
PROF DR MARZITA PUTEH
1. Apakah masalah itu?
"Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya
menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut
menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar
Malaysia dalam Matematik dan Sains."
Khairul Anwar Shazali
Setiausaha Agong Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
TIMSS adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan
keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat di dalam kajian
ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005
hingga 2008.
TIMSS terbaru iaitu pada tahun 2007, seramai 4,466 pelajar Tingkatan Dua, 150
guru matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar Tingkatan Dua daripada 150
sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.
Hasil bagi TIMSS 2007 itu, kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang
mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding
46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10
kepada tempat yang ke-20.
Manakala, negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan
perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei, Korea,
Singapura, Hong Kong, Jepun, Hungary dan Rusia. Selain itu, kedudukan Malaysia bagi
mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003)
kepada tempat ke-21 pada TIMSS 2007.
Kesimpulannya, pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada 2007 menunjukkan
penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan.
Jurang pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih
kurang 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi
matapelajaran Matematik dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 – 7% pada
2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama kerana kualiti pendidikan tinggi
berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Sekiranya tiada usaha dijalankan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa
kini dan akan kurang berdaya saing pada masa hadapan.
2. Mengapakah masalah ini terjadi?
Kuasa terbesar pendidikan negara adalah di tangan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sendiri. Segala perancangan, implimentasi serta pelaksanaan dilakukan
di dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum yang bernaung di bawah KPM. Pelbagai
faktor yang menyumbang kepada penurunan pencapaian pelajar di dalam TIMSS.
Namun, bagi tugasan ini saya memberi fokus kepada pihak kerajaan sementara rakan
saya membincangkan pihak lain.
Faktor utama ialah pelaksanaan perancangan yang lema. Kerajaan kira telah
merancang pelbagai dasar dan undang-undang untuk dipatuhi bagi mencapai objektif
yang telah ditentukan. Namun, apabila tugasan tersebut sampai ke pihak sekolah
mahupun pelaksana, proses pelaksanaan itu adalah bercanggah dengan perancangan.
Perangan yang telah di bentangkan adalah, Program Transformasi Kerajaan yang
dibentangan oleh Dato’ Seri Najib b. Razak di dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang
mengutarakan kehendaknya mahu merapatkan jurang pendidikan negara agar pelajar
berdaya saing diperingkat global. Begitu juga dengan perancangan National Keys Result
Areas (NKRA) yang menekankan kanak-kanak perlu hadir ke prasekolah seawal umur
4-5 tahun bagi pendedahan awal untuknya. Sementara LINUS pula menekankan setiap
kanak-kanak dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi menjelang darjah 3 agar
menyediakan diri pelajar kepada kurikulum setara dengan Singapura.
Bukan itu sahaja, perancangan terhadap guru besar dan pengetua juga dibuat iaitu
NKRA : Membuat pelaburan ke atas peimpin terbaik di setiap sekolah. Guru besar dan
pengetua (PGB) di beri ganjaran yang sewajarnya apabila GBP cemerlang, membantu
PBG dari sekolah biasa untuk melepasi sasaran dengan membantu PGB lemah. PGB
yang melepasi sasaran pula akan mendapat ganjaran di dalam bentuk kewangan atau
bukan kewangan seperti program sandaran dengan institusi terkemuka tempatan, laluan
kenaikan pangkat yang lebih pantas ataupun sijil penghargaan.
Walaupun pelbagai perancangan yang digubal kerajaan di dalam pelbagai dasar
dan program telah pun wujud di dalam kerajaan kita, namun masih wujud lagi lompang
besar pendidikan negara kita dengan Singapura.
3. Apakah penyelesaian yang mungkin bagi mengatasi masalah ini?
Kerajaan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia) memainkan peranan yang
penting dalam menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat
antarabangsa kerana ini akan melahirkan pelajar yang cemerlang lantas dapat
meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS. Di sini terdapat beberapa
penyelesaian yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya
ialah:
Memastikan setiap kanak-kanak berjaya
Sistem pendidikan yang berjaya adalah dengan memastikan setiap kanak-kanak
berjaya. Pelaksanaannya adalah dengan menetapkan matlamat yang tinggi bagi
semua pelajar, tanpa mengambil kira latar belakang, dan mengenal pasti pelajar.
Contohnya pelajar berlatar belakangkan sosioekonomi rendah, yang memerlukan
bantuan yang lebih untuk mencapai penanda aras yang disasarkan.
Menetapkan akauntabiliti untuk pencapaian pelajar pada sekolah
Penetapan matlamat sebagai garis panduan sebelum pelaksanaan dibuat
merupakan langkah penting bagi menangani masalah. Dengan menetapkan
matlamat yang tinggi oleh kerajaan dalam pembelajaran di sekolah menjadi faktor
penyumbang pada pencapaian pelajar itu sendiri. Lantas, sekiranya matlamat
tidak tercapai, penambahbaikan yang bersesuaian adalah harus.
Membuat pelaburan ke atas pemimpin terbaik di setiap sekolah
Sistem pendidikan cemerlang mempunyai guru besar juga memainkan peranan
prima bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran
yang teratur di dalam dan diluar bilik darjah. Sistem terbaik memastikan pengetua
sebagai pemacu perubahan kepada pendidikan melalui pemilihan dan proses
latihan yang rapi serta memberi fokus kepada kepimpinan instruksional.
4. Apakah yang akan terjadi jika kita menyelesaikan masalah dengan cara ini?
4.1
Bagaimanakah untuk kita menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang terbaik?
Menetapkan matlamat yang tinggi bagi semua pelajar,
tanpa mengambil kira latar belakang, dan mengenal pasti
pelajar.
Pelaksanaan model LINUS di dalam NKRA dengan lebih
berkesan.
Penyelesaian
Memastikan setiap kanak-kanak berjaya
Akibat
Positif
Pelajar telah di
dedahkan pada
objektif pendidikan
peringkat awal lagi.
Membuka buah
fikiran pelajar
dengan lebih luas
lagi.
Negatif
Tiada
Nilai
Pendedahan terbuka
Bebas
Kreatif
4.2
Bagaimanakah untuk kita menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang terbaik.
Menetapkan matlamat yang tinggi kepada setiap sekolah
dari segi perubahan pencapaian pelajar, memantau
pencapaian matlamat yang ditetapkan dan memberikan
bantuan bersesuaian sekiranya matlamat itu tidak
dicapai.
Penyelesaian
Menetapkan akauntabiliti untuk pencapaian pelajar pada sekolah
Akibat
Positif
Dapat menolak
semangat pelajar
sehingga mencapai
limit lantas meneroka
kebolehan pelajar.
Negatif
Pelajar mungkin
akan mengalami
tekakan bersifat
sementara
Nilai
Berfikiran realistik
4.3
Bagaimanakah untuk kita menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang terbaik?
Yakin dengan kelebihan pengetua dan memberinya
galakan serta kepercayaan yang berterusan.
Pelaksanaan NKRA iaitu Guru Besar Dan Pengetua
(PGB) dengan lebih baik lagi.
Penyelesaian
Membuat pelaburan ke atas pemimpin terbaik di setiap sekolah
Akibat
Positif
Pengetua sendiri
memastikan suasana
pembelajaran
pelajar yang
kondusif.
Pengetua dapat
fokus kepada proses
latihan yang rapi
serta memberi focus
kepada kepimpinan
instruksional.
Negatif
Tiada
Nilai
Bertanggngjawab
Fokus
4.4
Bagaimanakah untuk kita menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang terbaik?
Hanya kohort ketiga keatas tertinggi diterima sebagai
calon bagi profesion keguruan.
Program latihan intensif kepada guru permulaan
dibimbing dan dilatih secara perseorangan oleh guru
berpengalaman.
Penyelesaian
Menarik dan melahirkan guru terbaik
Akibat
Positif
meningkatkan
pembangunan
guru berasaskan
persekitaran
sekolah
mewujudkan
budaya
kecemerlangan
berasaskan
pencapaian
Negatif
Tiada
Nilai
Galakan
Motivasi