3
USM, PULAU PINANG, 12 November 2016 - Sekumpulan pelajar tahun 2 jurusan Seni Halus Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia telah menampilkan keunikan tersendiri apabila berjaya menghasilkan sebuah arca orang utan yang berdimensi 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. Menurut ahli kumpulan, Nor Fatihah Yusof, pada awal perbincangan kumpulannya, mereka memilh kucing untuk dijadikan sebagai subjek, namun setelah dikaji dan diterokai, terdapat beberapa halangan yang sukar dielakkan dalam menciptanya. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... ARCA ORANG UTAN SEDARKAN MASYARAKAT TENTANG ISU KEPUPUSAN DAN KITAR SEMULA 12 NOV

NOV ISU KEPUPUSAN DAN KITAR SEMULA - core.ac.uk file"Setelah ka mi mene liti dan menyelidik s atu-persatu haiwan dan bahan lain untu k dijadikan sebagai subjek, kami mendapati bahawa

Embed Size (px)

Citation preview

USM, PULAU PINANG, 12 November 2016 - Sekumpulan pelajar tahun 2 jurusan Seni Halus PusatPengajian Seni Universiti Sains Malaysia telah menampilkan keunikan tersendiri apabila berjayamenghasilkan sebuah arca orang utan yang berdimensi 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar.

Menurut ahli kumpulan, Nor Fatihah Yusof, pada awal perbincangan kumpulannya, mereka memilhkucing untuk dijadikan sebagai subjek, namun setelah dikaji dan diterokai, terdapat beberapahalangan yang sukar dielakkan dalam menciptanya.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

ARCA ORANG UTAN SEDARKAN MASYARAKAT TENTANGISU KEPUPUSAN DAN KITAR SEMULA12

NOV

"Setelah kami meneliti dan menyelidik satu-persatu haiwan dan bahan lain untuk dijadikan sebagaisubjek, kami mendapati bahawa terdapat sejenis haiwan yang sangat unik dan semakin pupusdisebabkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab di negara ini khususnya iaitu orangutan dan seterusnya mengambil keputusan untuk menciptanya," tegasnya.

Katanya, pemburuan haram, penebangan hutan secara berleluasa dan tidak terancang jugamenyumbang kepada kepupusan haiwan tersebut dan melalui ciptaan arca orang utan ini, kami inginmengetengahkan bahawa kesedaran yang tinggi perlu dipupuk dalam jiwa masyarakat kini tentangisu kepupusan orang utan yang merupakan salah satu aset negara dan juga aspek kepentinganmengitar semula barangan terpakai di negara ini melalui penggunaan tayar-tayar terbuang dalammencipta arca ini.

Jelasnya, keunikan arca orang utan ini adalah ianya dibina dengan menggunakan bahan terbuangiaitu tayar-tayar yang selalunya tidak dipandang langsung oleh orang ramai akan potensi bahantersebut untuk dikembangkan menjadi sesuatu yang menarik walaupun ianya sukar dikendalikansesetengah masa dan waktu.

Fatihah dan ahli kumpulannya juga ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa bahan tersebutada kegunaan dan kelebihannya selain hanya dibakar atau dibuang di merata-rata tempat dan tidakterurus dengan baik.

"Kami menghasilkan arca ini dengan mengunakan teknik welding untuk mencantum besi-besiterpakai yang bertindak sebagai rangka utama yang menyokong struktur arca ini dan menampaltayar-tayar ini pada besi tersebut mengikut rekaan orang utan dan terutamanya ketika menggunakan

mesin jigsaw, welder, driller dan sebagainya dalam penghasilan arca ini, kami amat menitikberatkanaspek keselamatan bagi mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku," kata pelajar tahun 2 ini.

Pembuatan Arca ini mengambil masa selama 168 jam menggunakan lebih 3000 screw dan lebih 200tayar kitar semula dan membabitkan 6 orang pelajar.

Fatihah juga memberitahu bahawa tayar-tayar untuk pembuatan arca ini didapati dari kedai-kedaimotosikal dan kereta di sekitar Bayan Baru, Relau, Sungai Nibong dan Bukit Gambir.

Selain Fatihah, ahli kumpulan lain terdiri daripada Putri Intan Sari Binti Amrizal, Ain Munirah BintiAhmad Kamil, Intan Eva Natasha Binti Hadzamee, Muhammad Riduan Bin Raja Yunus dan NoorHafizah Binti Rosli.

Arca ini akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Arca 3R antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia yang merupakanpertandingan anjuran SWCorp Malaysia bersempena Sambutan Karnival Kesejahteraan BandarKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah Foto : Nor Fatihah Yusof

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015